Você está na página 1de 7

Arowana Arowana adalah sejenis ikan tropika yang cukup cantik dan unik.

Bentuk badan dan kilauan warna sisiknya sahaja sudah cukup membuatkan para peminatnya tergila-gilakan spesis Dragon ini. Ditambah pula dengan lenggok tubuhnya yang lemah gemalai, ooooo.......cukup mempersonakan. Sifatnya yang lembut dan penyayang serta mudah mengenali pemiliknya juga merupakan salah satu faktor untuk seseorang itu memiliki spesis ini. Walau bagaimanapun ia juga memerlukan perhatian yang secukupnya dari kita. Akan tetapi tidak banyak sumber ilmiah yang disiarkan di dalam bahasa melayu. Oleh itu saya cuba mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengetahuan dengan anda sekadar yang termampu. Osteoglossum bicirrhosum, adalah salah satu spesis arowana yang berasal dari Amerika Selatan. Ia mula dipelihara secara terhad oleh para peminat semenjak tahun 1938. Mereka berminat untuk memelihara arowana adalah kerana beberapa sebab seperti riwayat hidupnya yang pra-sejarah, bentuk badan dan mulutnya yang unik dan ditambah pula dengan keupayaannya untuk membuat pusingan 'U-turn' secara 180 0. Di samping itu, arowana juga mampu melompat setinggi beberapa kaki dengan menggunakan lenggok badan dan libasan ekor yang kuat. Bagi spesis yang lebih besar, Arapaima gigas yang hidup di sepanjang sungai Amazon dilaporkan mampu melompat sehingga 5 meter untuk menyambar monyet yang bergayutan di dahan-dahan pokok di sepanjang tebing sungai. Spesis ini juga boleh membesar sehingga 14 kaki panjang dan mampu menelan seekor lembu yang bersaiz sederhana dengan senang. Malah terdapat juga peristiwa pahit yang menimpa penghuni asli pinggiran sungai yang hidup secara berpindah-randah. Mereka ini yang kebanyakannya tidak biasa dengan tempat tersebut dengan mudah akan menjadi mangsa spesis gergasi ini. Keupayaan arowana untuk membesar dengan cepat walaupun berada di dalam kurungan (akuarium/kolam) juga mampu menarik minat ramai untuk memeliharanya. Jika diperhatikan, kebanyakan ikan tropika yang lain sukar untuk mencapai tumbesaran maksimum jika dibela dalam kurungan yang kecil berbanding spesis arowana. Malah terdapat juga di antara spesis-spesis tropika yang lain akan mengalami kebantutan tumbesaran sepanjang berada di dalam kurungan. Telah dibuktikan bahawa fenomena ini tidak atau amat jarang menimpa spesis arowana. Arowana-arowana yang bersaiz agak besar seperti Arapaima gigas dan Osteoglossum sp. adalah amat sesuai untuk dijadikan bahan spesimen bagi tujuan pameran, sama ada di rumah. pejabat atau 'showroom'. Walau bagaimanapun khas untuk Arapaima sp., ianya memerlukan ruang yang lebih besar untuk menampung saiz tubuh maksimumnya itu. Adalah disyorkan supaya para peminat Arapaima sp. menyediakan satu kolam yang

berukuran minimum 30 x 50 kaki persegi. Ini penting kerana ia akan menjimatkan 'kos tetap' untuk jangkamasa panjang. Di samping itu, hayat umur maksimum arowana juga lama iaitu boleh mencecah sehingga 120 tahun bagi Arapaima gigas. Manakala rekod terlama hayat bagi spesis Asian Arowana ialah 25 tahun dengan saiz maksimum 2.5 kaki. Walau bagaimanapun jangka hayatnya juga turut bergantung kepada cara penjagaan dan pemakanan yang baik. Aspek yang dinyatakan tersebut amat penting untuk memastikan kesihatan dan kordinasi tubuhnya adalah baik dan cantik sepanjang masa. Secara Semulajadi Di dalam kehidupan semulajadinya, arowana akan memilih pasangan masing-masing mengikut nalurinya apabila sampai masa matang untuk membiak. Tempoh pengawanannya akan berlangsung selama beberapa minggu/bulan (bergantung kepada jenis arowana). Apabila sampai masa yang sesuai untuk bertelur, induk betina akan melepaskan telurnya di dasar sebuah sungai yang berarus perlahan. Sementara itu pasangannya akan menyuburkan telur tersebut dengan melepaskan benihnya di atas kelompok telur berkenaan. Kesemua telur yang sudah disenyawakan itu akan disedut masuk ke mulut induk jantan untuk 'dieramkan' di dalamnya. Telur-telur tersebut akan menetas dalam masa 2 bulan. Anak-anak arowana itu akan keluar dari mulut induknya untuk beberapa ketika dan masuk semula jika terdapat sebarang ancaman musuh. Mulut induk jantan telah dicipta dengan saiz yang lebih besar berbanding induk betina untuk memberi perlindungan kepada anak-anaknya. Setelah kordinasi tubuhnya agak kuat dan stabil, mereka akan meninggalkan induknya untuk selama-lamanya. Kriteria Pemilihan Arowana Arowana adalah ikan yang berharga tinggi. Jadi pastikan pilihan adalah tepat sebelum membuat pembelian sesuatu spesimen. Ada beberapa kriteria yang boleh dijadikan panduan sebelum memilikinya seperti; Item Warna Bentuk badan Sisik Sirip/ekor Tutup insang Kriteria bergantung kepada spesis, tetapi warna badannya perlulah berkilau dan menarik tanpa kesan-kesan fungus panjang dan lebar tubuhnya adalah seragam/seimbang tersusun rapi, berkilau, saiz dan bentuknya seragam besar, lebar dan lembut serta bahagian tepinya adalah seragam padat dan rapat ke badan. Ia mestilah berkilau tanpa kesan calar atau melengkung keluar

Mandibular sama panjang, lurus serta warna hampir sama dengan warna tubuh

Mata Mulut Gigi

bentuk dan saiznya seragam, tiada 'drop-eye syndrome', tidak menjojol, terang serta tidak berkabut kedua-dua rahangnya rapat tanpa terdapat rahang yang terjojol keluar (protruding) tersusun rapi di dalam baris rahangnya

Gaya renang lemah gemalai dan sentiasa berenang berhampiran permukaan air AWAS!!!!Jangan tertipu dengan pekedai yang menjual arowana yang disuntik hormon (supaya kelihatan cantik). Pastikan arowana pilihan anda mempunyai lesen yang disahkan oleh CITES. Penjagaan Arowana Sebenarnya penjagaan arowana adalah cukup mudah jika anda benar-benar memahami tentang keperluan hidupnya. Di samping itu anda juga perlu mengorbankan masa luang di antara 2-3 jam seminggu untuk menguruskannya. Kualiti Air Item pH Kriteria tahap pH yang paling ideal untuk arowana ialah 6.5-7.0. Periksalah pH air tersebut dari semasa ke semasa terutama jika anda menggunakan sesuatu peralatan tambahan yang boleh mengganggu tahap pH nya seperti peat, sistem CO 2 dan lain-lain. suhu air perlu dikekalkan di antara 26-30 0 C (79-86 0 F). Elakkan daripada mengubah suhunya secara mendadak kerana ia boleh menyebabkan kesan kejutan pada arowana dan seterusnya boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh. arowana lebih sesuai dengan air lembut tetapi masih boleh bertoleransi dengan suatu tahap kekerasan tertentu.

Suhu

Kekerasan air

Penukaran Air Arowana ialah ikan jenis karnivor dan manghasilkan kumuhan yang banyak. Ini akan meningkatkan kandungan ammonia, nitrit dan nitrat air. Situasi tersebut boleh mengundang bahaya terhadap spesis ini. Fenomena ini boleh diatasi dengan melakukan penukaran air secara teratur, tetap dan bersistematik. Penukaran sebanyak 1/3 bagi setiap minggu adalah mencukupi namun menukarkan sebanyak 20 % (dua kali seminggu) adalah lebih baik. Pastikan anda menyelaras suhu dan pH air tersebut supaya sama dengan air di dalam akuarium sebelum memasukkan ke dalam kediaman Dragon tersebut. Perubahan suhu atau pH yang mengejut akan mengundang bahana kepada spesimen anda.

Pemakanan Kadar pemberian makanan kepada arowana adalah berbeza mengikut tahap umurnya. Di sini nyatakan sedikit panduan untuk rujukan anda; Item Arowana kecil (< 15cm) Arowana medium (15-35cm) Arowana besar (>35cm) Kriteria 3 kali sehari 2 kali sehari 1 kali sehari atau selang sehari

Kepelbagaian dalam dietnya adalah penting untuk mencegah sindrom kekurangan nutrisi. Makanan yang mengandungi kandungan lemak tinggi seperti hati dan anak ikan hendaklah dikurangkan untuk mencegah masalah drop-eye. Di samping itu jika arowana anda diberi makan secara berlebihan dalam jangkamasa yang panjang akan menyebabkan ia kehilangan selera untuk satu jangkamasa tertentu. Ia juga boleh mengurangkan jangka hayat dan kesuburan spesimen anda. Makanan Arowana Terdapat pelbagai makanan yang sesuai untuk arowana seperti serangga, pellet, katak dan lipan. Di samping itu anda juga boleh melatihnya untuk menerima makanan beku seperti hati dan udang beku. Ada juga di kalangan peminat yang memberinya makan belalang dengan tujuan rawatan penyakit secara natural. Di sini saya akan terangkan beberapa lagi jenis makanan yang sesuai;

Item

Kriteria

ia bagus untuk arowana anda kerana ia kaya dengan protein dan karotein. Ia Cengkerik dapat membantu tumbesarannya dan menaikkan tahap kekilauan sisik serta kejelasan warnanya. ia tidak popular di kalangan peminat arowana tetapi telah dibuktikan mampu mengubati penyakit-penyakit arowana pada tahap awal. Ia adalah perubatan secara natural. Tetapi pastikan ia bukan belalang yang ditangkap di sawah Belalang atau belakang rumah kerana ia mungkin telah termakan racun serangga. Pastikan juga semua kepak dan lebihannya yang tidak dimakan, dibuang selepas 5 minit untuk mengelakkan kekeruhan air ia bagus untuk arowana anda kerana kaya dengan protein dan karotein. Ia dapat meningkatkan tumbesarannya serta menyerlahkan warna asalnya(merah). Anda perlu membuang kepala dan ekornya sebelum diberi makan kepada arowana kecil kerana bahagian tajam tersebut mampu mencederakan perut arowana. Manakala keseluruhan udang boleh diberikan kepada arowana dewasa

Udang

ia mempunyai kandungan protien dan lemak yang tinggi serta sesuai untuk tumbesaran yang cepat. Tetapi pengambilan lemak yang berlebihan oleh arowana akan menjejaskan sistem kordinasi tubuhnya dan boleh menjejaskan Hati beku kesihatan. Terdapat juga kes 'drop-eye syndrome' yang disebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan. Ia juga boleh mengotorkan air serta menjadikannya kelihatan berminyak Ulat beras ia murah senang didapati dan sesuai untuk semua tahap umur arowana Katak pastikan hanya katak yang dibela sahaja digunakan. Jangan sekali-kali mengambil katak dari bendang/padang kerana berkemungkinan besar telah berlaku pengumpulan toksid di dalam tubuhnya amat sesuai terutama untuk asian arowana seperti Super Red, RTG dan lainlain. Kandungan karotein yang tinggi di dalamnya boleh menambahkan keceriaan kilauan sisiknya ia mengandungi komposisi keperluan arowana yang agak lengkap (bergantung kepada jenis pallet). Tetapi pengambilannya yang berlebihan akan mengeruhkan warna air. Ia juga perlu diseimbangkan dengan pengambilan diet-diet yang lain

Lipan

Pellet

Peralatan Asas Tangki Akuarium Tangki yang sesuai untuk pemeliharaan arowana adalah dari jenis kaca yang bermutu tinggi dan tahan tekanan. (Awas!!!Tekanan air di dalam akuarium adalah tinggi.) Pastikan akuarium anda cukup kuat untuk menampungnya. Saiznya pula hendaklah berukuran sekurang-kurangnya 2 kali ganda panjang tubuh arowana tersebut. Sebagai contoh; untuk memelihara arowana bersaiz 40cm, anda memerlukan akuarium berukuran sekurang-kurangnya 90cm x 45cm. Manakala bagi arowana bersaiz 120cm pula, akuarium yang paling ideal untuknya adalah berukuran 150cm x 75cm. Ruang dalam akuarium yang luas adalah amat penting untuk memastikan spesimen tersebut membesar dengan sihat tanpa sebarang kebantutan Hiasan Akuarium Sememangnya ramai di antara peminat arowana yang gemar menghias kediaman spesimennya dengan pelbagai hiasan yang cantik dan menarik tanpa menyedari risiko yang bakal mereka hadapi. Sebenarnya peralatan hiasan berkenaan berpotensi besar untuk menjadi punca kematian arowana kesayangan anda. Adalah difahami bahawa spesis ini adalah dari jenis yang agresif dan cepat bereaksi terhadap sesuatu perkara. Sifat semulajadinya ini akan mencederakan dirinya sendiri apabila berlanggar dengan hiasan-hiasan tersebut. Ini boleh mencederakan mata, mengoyakkan sirip-siripnya serta menyebabkan pendarahan yang serius. Kawasan yang tercedera itu akan mendedahkannya kepada risiko jangkitan penyakit oleh bakteria atau fungus.

Di samping itu, arowana juga mampu menelan batu-batu kecil yang terdapat di dasar akuarium berkenaan dan menyebabkan masalah abdomen yang serius. Jadi berfikirlah dulu sebelum membeli sebarang hiasan akuarium. Lampu Lampu adalah suatu alat yang perlu dalam pemeliharaan arowana. Walaupun ia hanya sebagai alat tambahan, tetapi telah dibuktikan bahawa kadar pembentukan pigmen warna pada badannya telah meningkat dengan penggunaan lampu tersebut pada kadar yang ditetapkan. Akan tetapi bagi spesis RTG, penggunaan lampu perlu dihadkan kerana pembentukan pigmen warna adalah lebih tinggi dalam persekitaran yang gelap. Terdapat pelbagai jenis lampu di pasaran, tetapi pilihlah dari jenis yang dikhaskan untuk akuarium kerana ia telah diciptakan khas untuk spesimen kesayangan anda. Pemanas Air Penggunaan alat pemanas air adalah terhad di rantau Asia Tenggara. Ini kerana iklimnya yang bersuhu 26-30 0 C adalah memadai untuk tumbesarannya yang sihat. Walau bagaimanapun alat ini adalah suatu kemestian bagi peminat-peminat di kawasan beriklim sejuk untuk memastikan suhu persekitaran arowana adalah stabil dan memuaskan. Akan tetapi pada satu-satu ketika penggunaan alat ini menjadi suatu kemestian terutama semasa merawat penyakitnya. Berkenaan topik ini, saya akan terangkannya di tajuk 'Pengawalan Penyakit'. Sistem Penapisan Air Satu perkara domain di dalam penjagaan arowana ialah sistem penapisan airnya. Terdapat dua kaedah utama iaitu 'Biological System' dan 'Mechanical System'. Kaedah yang pertama adalah melibatkan penapisan air secara semulajadi. Ia melibatkan kitaran berikut; Ammonia------------------->Nitrit------------------>Nitrat Ammonia daripada rembesan najis dan sisa makanan akan ditukarkan kebentuk Nitrit oleh Bakteria Nitrosomonas dan seterusnya kepada Nitrat yang tidak toksik oleh Nitrobactor. Manakala sistem yang kedua pula melibatkan penggunaan beberapa alat tambahan seperti pam, sistem penapis dan salur keluar. Terdapat dua teknik utama bagi sistem penapisan ini iaitu 'Sistem Dalaman' dan 'Sistem Luaran'. Sistem Dalaman memerlukan peralatan tapisannya ditempatkan di dalam akuarium dan ini akan menyempitkan ruang tangki tersebut. Fenomena ini adalah bertentangan dengan Sistem Luaran.

Penutup Akuarium Akuarium anda perlu sentiasa ditutup rapat dan kemas kerana arowana adalah jenis yang agresif dan kuat melompat. Banyak kes kematiannya adalah disebabkan oleh perkara tersebut. Terdapat pelbagai jenis penutupnya seperti yang dibuat khas dari 'playwood' atau kepingan kaca yang tebal. (Pastikan setiap hujung kaca berkenaan telah ditumpulkan untuk mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.) Apa yang penting ialah pastikan penutup tersebut mampu menahan sebarang lompatan arowana serta tidak dapat mencederakan.

Sistem Pengudaraan Air Arowana memerlukan sistem pengudaraan yang cekap untuk memastikan medium kehidupannya adalah kaya dengan oksigen terlarut. Kadar pengudaraan bergantung kepada saiz akuarium serta bilangan ikan di dalam tangki tersebut. Penggunaan 'air-buble' dari dasar akuarium adalah disyorkan kerana kadar kelarutan oksigennya adalah lebih tinggi serta dapat digunakan oleh arowana anda dengan effisien

Você também pode gostar