Você está na página 1de 2

KOLAM TANAH LAPANG

DEFINISI

T A K U N G A N DAN

Kolam Takungan (detention pond) ialah sebuah kolam yang digunakan untuk menahan air bagi beberapa jam supaya saliran perparitan dan sungai sempat mengalirkan air larian (surface run-off) ke lautan. Fungsi kolam takungan ialah untuk mengatasi masalah banjir dan juga sebagai kolam penapis kelodak dan tempat beriadah. Penyediaan kolam takungan di kawasan pembangunan merupakan satu langkah yang lebih mampan untuk mengatasi masalah banjir yang mendatangkan kerosakan harta benda dan bencana kepada penduduk dan orang awam. Tanah Lapang mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan 1995) ditakrifkan sebagai: Mana-mana tanah sama ada dikepung atau tidak yang dikhaskan dan dirizabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai sesuatu taman bunga awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai sesuatu tempat awam. Kolam takungan yang dirancang sebagai sebahagian daripada tanah lapang dan bahagian yang mempunyai air, hendaklah tidak menjejaskan prinsip perancangan kawasan tanah lapang yang digunakan untuk rekreasi air dan dijadikan sebagai satu elemen landskap dalam taman rekreasi.

Mudah sampai Tanah lapang yang disediakan mudah untuk dikunjungi dan dinikmati oleh orang ramai; Kebersihan dan keindahan Tanah lapang dilandskapkan dengan menanam pokok-pokok yang sesuai supaya kelihatan bersih dan indah; Kesesuaian Perletakan yang sesuai mengikut topografi dari segi saliran semulajadi; dan Menjamin Hak Tanah lapang dimiliki oleh awam dan diwartakan untuk tanah lapang.

GARIS PANDUAN U M U M
Kolam takungan perlu disediakan bagi pembangunan melebihi 10 hektar (25 ekar). Luas maksimum 30% daripada peruntukan tanah lapang. Kolam takungan sebagai tanah lapang dibenarkan dengan 7% tanah lapang dan 3% kolam takungan. Saiz minimum kolam takungan tidak kurang daripada saiz padang bola sepak. Perletakan kolam takungan harus mengambilkira: Sesuai mengikut topografi. Mudah sampai oleh orang ramai. Kawasan yang sesuai dari aspek semulajadi. Mampu untuk menakung air selama 5 jam sebelum disalurkan ke sungai. Harus bercirikan wet pond. Tidak dibenarkan dibangunkan dengan pembangunan lain. Hendaklah bersesuaian dan mempunyai ciri yang ekonomik dari aspek kos penyediaan dan penyelenggaraan untuk Pihak Berkuasa Tempatan.

P R I N S I P PERANCANGAN
Prinsip perancangan bagi penyediaan 10% kawasan tanah lapang adalah seperti berikut: Keselamatan Tanah lapang disediakan di kawasan yang selamat kepada pengguna sepanjang masa; Berfungsi Tanah lapang dilengkapi dengan peralatan yang sesuai dan berperanan sebagai padang permainan kanak-kanak dan padang permainan untuk remaja;

GARIS PANDUAN K H U S U S
Hanya dibenarkan dijalankan sekiranya perancangan kolam takungan dan tanah lapang bersesuaian. Jika baki 30% tanah lapang tidak dapat menampung keperluan kolam takungan setempat, ia boleh disediakan secara berasingan. Keperluan kolam takungan boleh disyaratkan bagi kategori tanah lapang berikut: Taman Negara Taman Wilayah

Taman Bandar Taman Kejiranan Aktiviti yang dibenarkan dijalankan di kawasan tanah lapang yang boleh diintegrasikan dengan kolam takungan ialah: Taman rekreasi Tempat beristirehat Tempat berkelah Laluan joging Perlu mempunyai rizab bagi landskap (papan tanda, siar kaki, jeti, perabot landskap) rekreasi dan pengekalan habitat. Keadaan semulajadi kolam harus dikekalkan. Rekabentuk kolam takungan hendaklah mengikut piawaian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) seperti: Struktur kejuruteraan Reka bentuk kecerunan Alatan mekanikal yang digunakan Reka bentuk kolam harus mengikut kala ulangan (1:20 tahun) dan semakan semula untuk 100 tahun. Topografi asal harus dikekalkan. Sistem air kumbahan dan bahan buangan lain tidak dialirkan masuk oleh pemaju. Kawasan tanah lapang utama dan kolam takungan hendaklah menjadi titik tumpuan utama perancangan (bangunan menghadap kawasan kolam takungan). Permukaan tanah hendaklah ditutup dengan tanaman rumput yang bersesuaian. Pokok sedia ada di kawasan hijau mesti dikekalkan berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa (pindaan) 1995, Akta A933. Harus mematuhi syarat yang diamalkan oleh JPS iaitu air larian pembangunan hendaklah mencatatkan takat yang sama sebelumnya.

Untuk keterangan selanjutnya, sila rujuk: Garis Panduan Kolam Takungan sebagai Sebahagian Tanah Lapang (Piawaian Perancangan JPBD 4/97)

B a h a g i a n
k e m e n t e r i a n p e r u m a h a n & k e r a j a a n t e m p a t a n j a l a n c e n d e r

P e n y e l i d i k a n
a

d a n
k

P e m b a n g u n a n
u a l a l u m p u r f a k s : 0 3 - 2 6 9 3 3 9 6 4

s a r i , 5 0 6 4 6 T e l : 0 3 - 2 6 9 8 9 2 1 1

Bil 001 002 003

T A J U K

G A R I S P A N D U A N

D A N

P I A W A I A N

j a b a t a n

Piawaian Perancangan dan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau Piawaian Perancangan Penyediaan Kemudahan Asas dan Fizikal Berkaitan Program Rakan Muda Piawaian Perancangan Guidelines & Geometric On Road Network System Piawaian Perancangan dan Pembangunan Taman Atas Bumbung Garis Panduan Kolam Takungan Sebagai Sebahagian Tanah Lapang Piawaian Perancangan dan Pembangunan Padang Golf Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Pesisiran Pantai Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Perancangan Tempat Ibadat Islam Garis Panduan Perancangan Tapak Pencawang Elektrik Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksid dan Sisa Pepejal Garis Panduan Perancangan Tapak Incinerator Piawaian Perancangan Kawasan Perdagangan Piawaian Perancangan Kawasan Perindustrian Garis Panduan Perancangan Perumahan Pekerja Kilang Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Taman Tema (Theme Park) Garis Panduan Perancangan Pemeliharaan Topografi Semulajadi Dalam Perancangan dan Pembangunan Fizikal Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Garis Panduan Perancangan Tanah Perkuburan Islam dan Bukan Islam Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (Service Protocol) Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi Garis Panduan Perancangan Kemudahan Pembetungan Piawaian Perancangan Perumahan Berbilang Tingkat Garis Panduan Perancangan dan Piawaian Perancangan Kemudahan Golongan Kurang Upaya Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kawasan Tasik Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Taman Industri Teknologi Tinggi dan Rumah Pekerja Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat (Edisi 2) Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tempat Letak Kereta Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kawasan Pantai, (Bah II) Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi, (Bah II) Garis Panduan Perancangan Pembangunan Caf Terbuka Garis Panduan Perancangan Kawasan Rizab Sungai Sebagai Sebahagian Tanah Lapang Awam Garis Panduan Perancangan Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi Bertema Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan Satu Tingkat dan Dua Tingkat Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan Kos Sederhana Rumah Pangsa Garis Panduan Perancangan Susun Atur Yang Optima Bagi Kawasan Perumahan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Reka Bentuk Imej Bandar Malaysia Garis Panduan Hypermarket Garis Panduan Perancangan Pembangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat

perancangan bandar dan desa


semenanjung malaysia

Kawasan Perancangan Kolam Takungan Dalam Kawasan Tanah Lapang

004 005 006 007 008

Kriteria kolam takungan

Kriteria tanah lapang

009 010 011 012 013 014 015 016 017

Keadaan di mana kolam takungan dapat dirancang sebagai sebahagian tanah lapang

Prinsip Perancangan Kolam Takungan Bersama Dengan Tanah Lapang

018 019 020 021 022 023 024 025 026 027 028 029 030 031 032 033 034 035 036 037 038

KAWASAN KOLAM TAKUNGAN


Sebagai Sebahagian

TANAH LAPANG

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

B a h a g i a n P e n y e l i d i k a n d a n Pe mb a n g u n a n JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Jalan Cenderasari 50646 Kuala Lumpur Tel: 603-2698 9211 Fax: 603-2693 3964 www.townplan.gov.my

Siri : 005
Jun 2005

Você também pode gostar