Você está na página 1de 8

Pengenalan kepada Autisma

Autisme ialah gangguan perkembangan yang selalunya mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dan mewujudkan hubungan dengan orang lain serta kegagalan untuk memberi tindakbalas yang sepatutnya terhadap apa yang berlaku di persekitaran mereka. Sesetengah individu autisme mempunyai IQ yang tinggi, boleh bercakap (mengeluarkan suara) dan perkembangan mentalnya tidak terganggu. Namun bagi sesetengah kes autisme, mereka akan mengalami perkembangan yang agak lewat, tidak boleh bercakap atau mengeluarkan suara yang difahami maksudnya dan ada yang menghadapi masalah pertuturan yang serius. Bagi sesetengah individu, autisme akan menjadikan mereka terasing daripada persekitaran, terperangkap dalam kelakuan yang sering mengulang-ulang sesuatu perkara dan mempunyai cara berfikir yang kaku (tidak kreatif). Walaupun para penghidap autisme mungkin mempunyai gejala atau kekurangan yang berbeza di antara satu sama lain, mereka biasanya cenderung berkongsi masalah yang sama terutama di dalam soal pergaulan sosial, komunikasi, pergerakan dan deria rasa. Secara lazimnya, bayi mudah berhubung dengan persekitaran menerusi cara tersendiri. Mereka boleh memandang atau merenung orang, berpaling ke arah bunyi, menggengam jari dan tersenyum. Namun, bagi kebanyakan kanak-kanak autisme, mereka biasanya sukar untuk berhubung atau terlibat dalam suasana memberi dan menerima seperti yang berlaku dalam kehidupan seharian orang biasa. Mereka lebih selesa bersendirian atau hidup di alam sendiri. Mereka menolak perhatian atau tumpuan yang diberikan kepada mereka malah selalunya tidak mahu dipeluk atau disentuh. Autisme juga merupakan kecacatan perkembangan tegal (pervasive developmental

disorder) yang melibatkan kefungsian otak. Selain itu, autisme juga dianggap sebagai sejenis
kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (psychiatric disorder) mudah, walaupun ciriciri biasanya termasuk dengan masalah perhubungan sosial, dan komunikasi emosi serta juga melibatkan pola yang biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Autisme berasal dari kata autism yang berarti hidup dalam dunianya sendiri. Sesuai dengan perilaku anak autisme yang cenderung asyik dengan dunianya sendiri, tidak peduli dengan orang atau lingkungan di sekitarnya. Menurut Leo Kanner (1943) adalah sebagai

individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, rote memory dan lain-lain. Pakar lain juga mengatakan: Autisme adalah ketidaknormalan perkembangan yang sampai sekarang tidak ada penyembuhannya dan gangguannya tidak hanya mempengaruhi kemampuan anak untuk belajar dan berfungsi di dunia luar tetapi juga kemampuannya untuk mengadakan hubungan dengan anggota keluarganya.

Jenis-jenis Autisme
Secara umumnya terdapat beberapa jenis Autisme yang dapat dikenali dari ciri-cirinya. Antaranya jenis-jenis Autisme ialah Autisme Masa Kanak-Kanak (Childhood Autism), Gangguan Perkembangan Pervasif YTT (PDD-NOS), Sindrom Rett, Gangguan Disintegrasi Masa KanakKanak dan Sindrom Asperger.Dan secara umum jenis-jenisnya tersebut adalah seperti berikut;

1) Autisme Masa Kanak-Kanak (Childhood Autism)


Autisme Masa Kanak-Kanak adalah gangguan perkembangan pada anak yang gejalanya sudah kelihatan sebelum anak tersebut mencapai umur 3 tahun. Perkembangan yang terganggu adalah antaranya dalam bidang: a) dari segi komunikasi, kualiti komunikasinya kelihatan tidak normal; seperti perkembangan bicaranya lambat, atau sama sekali tidak berkembang dan tidak adanya usaha mereka untuk berkomunikasi dengan bergerak atau mimik muka untuk mengatasi kekurangan dalam kemampuan untuk berbicara. Anak-anak mengalami masalah ini juga, tidak mampu untuk memulai suatu pembicaraan atau memelihara suatu pembicaraan dua arah yang lebih baik serta bahasa yang tidak lazim diulang-ulang atau stereotipik dan tidak mampu untuk bermain secara imajinatif, biasanya permainannya kurang variatif. b) dari segi interaksi sosial, iaitu adanya gangguan dalam kualiti interaksi sosial; seperti kegagalan untuk bertatap mata, menunjukkan ekspresi fasial,

mahupun postur dan gerak tubuh, untuk berinteraksi secara yang betul. Dan juga kegagalan untuk membina hubungan sosial dengan teman sebaya, dimana mereka boleh berkongsi emosi dan aktiviti. Mereka juga mengalami masalah ketidakmampuan untuk berempati, untuk membaca emosi orang lain serta ketidakmampuan untuk secara spontan mencari teman untuk berkongsi kesenangan dan melakukan sesuatu bersama-sama.c) tingkahlaku iaitu aktiviti, tingkahlaku dan minatnya sangat terbatas serta diulang-ulang. Seperti adanya suatu kelekatan pada suatu rutin atau ritual yang tidak berguna, misalnya kalau mereka mahu tidur harus cuci kaki dulu, gosok gigi, pakai pijama, baru naik ketempat tidur. Bila ada satu diatas yang terlewat atau terbalik urutannya, maka ia akan sangat terganggu dan mereka akan menangis teriak-teriak minta diulang. Anak-anak ini juga sering menunjukkan emosi yang tidak wajar seperti tertawa dan menangis tanpa sebab, dan ada juga rasa takut yang tidak wajar.

2) Gangguan Perkembangan Pervasif YTT (PDD-NOS)


PDD-NOS juga mempunyai gejala gangguan perkembangan dalam bidang komunikasi, interaksi mahupun tingkahlaku, namun gejalanya tidak sebanyak seperti pada Autisme Masa Kanak. Tapi kualiti dari gangguan tersebut lebih ringan, sehingga kadang-kadang anak-anak ini masih boleh bertatap mata, ekspresi fasial tidak terlalu mendatar, dan masih boleh diajak untuk bergurau.

3) Sindrom Rett
Sindroma Rett adalah gangguan perkembangan yang hanya dialami oleh anak perempuan. Kehamilannya normal, kelahiran normal, perkembangan normal sampai sekitar umur 6 bulan. Lingkaran kepalanya normal sehingga pada saat lahir. Mulai sekitar umur 6 bulan mereka mulai mengalami kemunduran perkembangan. Pertumbuhan kepala juga mulai berkurang antara umur 5 bulan hingga 4 tahun. Gerakan tangan anak-anak ini juga menjadi tidak terkendali, gerakan yang kearahnya hilang, disertai dengan gangguan komunikasi dan penarikan diri secara sosial. Gerakan-gerakan otot juga kelihatan semakin tidak terkoordinasi. Seringkali memasukan tangan ke dalam mulut, menepukkan tangan dan membuat gerakan dengan dua tangannya seperti orang sedang mencuci baju. Hal ini terjadi antara umur 6 hingga 30 bulan. Gejala-gejala lain yang sering kelihatan adalah seperti

gangguan pernafasan, otot-otot yang semakin kaku , timbul kekejangan, scoliosis tulang punggung, pertumbuhan terbantut dan kaki semakin mengecil (hypotrophik).

4) Gangguan Disintegrasi Masa Kanak-Kanak


Pada Gangguan Disintegrasi Masa Kanak-Kanak, boleh dikatakan bahawa anak tersebut telah berkembang dengan sangat baik selama beberapa tahun, sebelum terjadinya kemunduran yang hebat. Gejalanya biasanya timbul setelah umur 3 tahun. Kanak-kanak tersebut biasanya sudah boleh berbicara dengan sangat lancar, sehingga menyebabkan kemunduran tersebut menjadi sangat dramatis. Bukan saja bicaranya yang mendadak terhenti, tapi juga ia mulai menarik diri dan keterampilannya juga ikut mundur. Tingkahlakunya juga timbul tingkahlaku yang berulang-ulang dan stereotipik.

5) Sindrom Asperger
Sindrom ini juga lebih kurang sama dengan Autisme Masa Kanak-Kanak, Sindrom Asperger juga lebih banyak terdapat pada kanak-kanak lelaki daripada perempuan. Kanak-kanak Sindrom Asperger juga mempunyai gangguan dalam bidang komunikasi, interaksi sosial mahupun tingkahlaku, namun tidak seteruk seperti pada Autisme. Pada kebanyakan dari kanak-kanak ini perkembangan bicara mereka tidak terganggu. Malah bicaranya tepat waktu dan cukup lancar, meskipun ada juga yang bicaranya agak terlambat. Namun meskipun mereka pandai bicara, mereka kurang boleh berkomunikasi secara timbal balik. Komunikasi biasanya jalannya searah, dimana kanak-kanak banyak berbicara mengenai apa yang saat itu menjadi obsesinya, tanpa boleh merasakan apakah lawan bicaranya merasa tertarik atau tidak. Seringkali mereka mempunyai cara bicara dengan tata bahasa yang baku dan dalam berkomunikasi mereka kurang menggunakan bahasa tubuh. Ekspresi muka pun kurang ditunjukkan bila dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seumur dengannya.

Teori-teori yang berkaitan dengan Autisme


Berdasarkan teori yang berkaitan dengan masalah Autisme ialah dalam sekitar tahun-tahun 70an dan 80-an, telah wujud teori Refrigerator Mum atau Ibu Petisejuk. Teori ini menyatakan bahawa ia mempersalahkan kaum ibu yang dikatakan penyebab kepada masalah autisme yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Bagaimanapun, kita perlu berterima kasih kerana teori ini tidak diterima sehingga sekarang. Para pengkaji kini sedang meneliti kemungkinan terdapat unsur-unsur genetik yang mempengaruhi masalah ini. Keadaan ini diasaskan kepada kehadiran lebih daripada seorang anak yang menghadapi masalah autisme dalam satu keluarga. Selain itu, terdapat juga teori awal yang menyebutkan ada dua faktor penyebab kepada masalah Autisme , iaitu (1) Faktor psikososial ,yang dinyatakan kerana sikap ibubapa yang bersikap dingin dalam mengasuh anak-anak mereka sehingga menyebabkan anak-anaknya pula bersikap dingin. (2) Teori gangguan neuro-biologi yang menyebut tentang gangguan neuroanatomi atau gangguan biologi pada otak.

Simptom-simptom/Gejala Autisme
Menurut Jamila K.A. Mohamed (2005), telah menggabungkan kesemua ciri-ciri atau simptom yang ada pada kanak-kanak autisme dan dibahagikan kepada enam bidang iaitu: a)

Komunikasi, kanak-kanak autisme yang menunjukkan ciri-ciri komunikasi adalah seperti


berikut; perkembangan bahasa mereka lambat ataupun tiada langsung, kelihatan seperti bermasalah dengan pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain,jarang menggunakan bahasa, sukar diajak untuk bercakap, kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja, mengeluarkan bahasa yang tidak difahami, serta suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu. b) Interaksi Sosial, interaksi sosial kanakkanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem; iaitu suka bersendirian, tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain, tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan serta suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut. Seterusnya, c) Gangguan Deria, antaranya ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah; seperti sensitif pada sentuhan, tidak suka dipegang ataupun dipeluk, sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga serta suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain. d) Pola Bermain, pola bermain kanak-kanak autisme adalah ditunjukkan seperti berikut;

tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya, tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang dipegangnya, suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin dan apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana sahaja. e)

Tingkahlaku,

tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut; iaitu sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif, melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir, tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya) serta dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi. Dan yang terakhir, ialah f) Emosi, emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. Diantaranya ialah; sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya, merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu, menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu, adakalanya mencederakan dirinya sendiri, serta tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

Penyebab kepada Autisme


Sehingga kini, penyebab masalah Autisme ini masih belum ditemui. Tetapi penyebab kepada masalah Autisme ini sehingga kini diteruskan pencariannya. Namun, terdapat beberapa faktor yang sampai sekarang dianggap penyebab kepada masalah Austime; iaitu dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU). Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Menurut Gargiulo, (2003) menyatakan bahawa susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih.

Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku yang telah dinyatakan oleh Jamila K.A. Mohamed, (2005).

Rawatan Psikologikal dan Farmakologikal bagi Autisme


Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah Autisme atau yang mempunyai kekurangan atau gejala yang hampir sama ini memerlukan terapi khas. Evolusi dalam bidang rawatan ini memungkinkan potensi kepada yang lebih tinggi untuk memulihkan kanak-kanak yang mengalami masalah Autisme ini menerusi terapi khas yang telah disediakan. Terdapat empat terapi yang dapat dijelaskan di sini, iaitu antaranya Terapi Pertuturan dan Bahasa, Terapi Pekerjaan, Fisioterapi dan Mengubah Kelakuan. Berikutnya adalah penjelasan secara jelas dan terperinci tentang terapi-terapi tersebut, iaitu:

1) Terapi Pertuturan dan Bahasa


Dalam terapi ini ia menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah Autisme selalunya menghadapi masalah kelewatan dalam berkomunikasi. Sesetengahnya tidak mempunyai bunyi yang membentuk suara yang bermakna. Bagi yang bersuara pula mereka menghadapi masalah untuk menggunakan bahasa yang bagi menerangkan kemahuan mereka. Perkataan yang mereka pilih mungkin tidak memberi makna yang betul dengan apa yang ingin mereka katakan. Pakar pertuturan yang mahir dalam mendiagnosa dan melakukan rawatan bagi masalah gangguan perkembangan bahasa dan pertuturan boleh membantu kanak-kanak ini belajar berkomunikasi dengan secara lebih efektif.

2) Terapi Pekerjaan
Dalam terapi ini pula ialah memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran pergerakan yang lebih halus seperti memberus gigi, menyuap makanan dan minuman, menulis, dan menyusun manik-manik kecil. Tumpuan ini juga diberi kepada kemahiran pergerakan deria seperti imbangan badan, pengetahuan mengenai kedudukan anggota badan serta sentuhan dan rasa.

3) Fisioterapi
Rawatan ini pula lebih kepada usaha meningkatkan kekuatan, penyelarasan dan pergerakan anggota badan. Pakar fisioterapi selalunya menumpukan kepada kemahiran pergerakan kasar (gross motor skills). Terapi ini juga bertujuan meningkatkan fungsi otototot badan yang lebih besar menerusi aktiviti fizikal termasuk senaman.

4) Mengubah Kelakuan
Terapi ini pula dirangka untuk mendidik kanak-kanak Autisme untuk melakukan sesuatu. Terdapat beberapa bentuk perubahan kelakuan dan ibu bapa selalunya digalakkan mengetahui keperluan anak-anak dan juga keperluan ahli keluarga sebelum terapi berkesan dilakukan. Terapi ini biasanya diselaraskan dengan kehendak semasa kanakkanak dan juga ahli keluarga.

Você também pode gostar