Você está na página 1de 3

SEULAS PINANG PENGETUA SMK BANDAR SUNWAY Assalamualaikum w. b.

t Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama menjayakan program Aerobikton bagi mengumpul dana untuk program peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menaik taraf prasarana sekolah tahun ini dan pada tahun hadapan. Seperti yang sedia maklum, pihak sekolah telah mengedarkan kad-kad kutipan derma tersebut kepada
semua murid dan guru mulai 28 mei. Adalah diharapkan semoga semua ibu bapa dan penjaga serta guru-guru dapat bersama-sama menjayakan projek ini dan mengumpulkan sebanyak mungkin dana untuk dimanfaatkan bagi kebaikan murid-murid dan sekolah. PIBG mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM60,000 dan sasaran tersebut hanya akan tercapai sekiranya setiap seorang ibu/bapa/penjaga dan guru dapat mengumpulkan tidak kurang dari RM50.00. Hadiah juga disediakan untuk kutipan terbanyak. Tempoh kutipan derma adalah sehingga 15 Julai 2011. Program ini merupakan kerjasama di antara PIBG dan warga sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di sekolah berperanan untuk membantu kemajuan dan pembangunan terutama dari sudut kewangan. Bagi membolehkan tanggungjawab ini dimainkan dengan berkesan maka PIBG sewajarnya memiliki dana kewangan yang kukuh. Sehubungan dengan itu, projek Hari Aerobikton ini dirancang bertujuan untuk menambahkan dana kewangan persatuan bagi membiayai pelbagai program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dan PIBG ke arah mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penambahbaikan prasarana fizikal, meluaskan dan menceriakan kantin sekolah, menaik taraf tandas pelajar dan tandas di Dewan Budiman, membina laluan pejalan kaki dari pagar sekolah ke kantin dan mengadakan program-program khas berkaitan pembangunan sahsiah, sukan dan kokurikulum. Projek ini juga diharap dapat menarik minat ibu bapa supaya hadir ke sekolah untuk sama-sama mengambil bahagian dan memberi sokongan kepada anak-anak yang turut terlibat. Di samping itu, pertemuan, komunikasi dan perbincangan secara tidak formal antara waris dan pihak guru pada hari tersebut juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara kedua-dua pihak supaya akhirnya masing-masing dapat memainkan peranan serta tanggungjawab dengan lebih berkesan ke arah pembentukan modal insan yang berpendidikan tinggi dan berkeperibadian unggul (towering personality) .

Sekian, terima kasih. Aerobikton Dipilih, Dana Diperoleh, Prasarana Dipulih

......................................................... (PUAN HAPSAH BT SAFIAN) Pengetua SMK Bandar Sunway

SEKAPUR SIRIH YANG DIPERTUA PIBG SMK BANDAR SUNWAY Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur ke-hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya yang memberi kesempatan kepada saya merakamkan sepatah dua kata dalam buku program ini. Tahniah kepada warga SMKBS dan AJK PIBG sesi 2011/2012 yang telah berjaya menganjurkan Hari Aerobikton 2011 ini. Konsep PIBG membantu sekolah ini bermatlamat meringankan dan melicinkan pelaksanaan program sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan termasuk pembangunan infrastruktur (prasarana fizikal). Bidang tugas PIBG sepatutnya merangkumi memberi perkhidmatan untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah. Selain itu, membantu menambah usaha sekolah memenuhi keperluan dan kehendak fizikal murid-murid dalam bidang kurikulum, kokurikulumdan bidang yang difikir perlu yang diperlukan dengan serta-merta di samping mewujudkan persekitaran sekolah (budaya sekolah) yang boleh mendorong ke arah perkembangan pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan jasmani,emosi, rohani dan intelek (JERI) secara menyeluruh dan bersepadu. Hari Aerobikton anjuran bersama PIBG serta pihak sekolah diadakan bertujuan mengumpul dana bagi menambah baik prasarana sekolah selain memupuk minat dan kecenderungan murid dalam bidang sukan selaras dengan aspirasi negara melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Akhir kata, kepada murid-murid dan semua yang terlibat, diucapkan selamat menjayakan Hari Aerobikton ini dengan cemerlangnya! Sekian, terima kasih dan salam hormat.

................................................................ (EN. HAMZAH BIN HASSIM) Yang Dipertua PIBG

SEUNTAI KATA

PENGERUSI BANDAR SUNWAY RESIDANCE ASSOCIATION Salam hormat. Terima kasih saya ucapkan kepada warga SMK Bandar Sunway yang sudi menjemput saya untuk bersama-sama meraikan Hari Aerobikton pada tahun 2011 ini. Tahniah kepada pihak PIBG SMK Bandar Sunway dan warga sekolah yang berjaya menambahkan dana untuk menjalankan aktiviti kurikulum, kokurikulum dan menaik taraf prasarana sekolah. Untuk sesebuah sekolah itu maju, mereka bukan sahaja berharap kepada peruntukan kewangan daripada kerajaan sahaja tetapi pihak PIBG juga turut sama-sama berusaha menambahkan dana. Keadaan infrastruktur sekolah yang lengkap dan mencukupi dapat membuahkan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan nyaman akan membangkitkan suasana pembelajaran yang kondusif. Faktor prasarana perlu diberi penekanan agar sekolah dapat dibina dengan lebih berkecekapan tenaga serta menjimatkan kos dari jangka masa yang ditetapkan agar seiring dengan perubahan dari aspek pengajaran dan pembelajaran. Infrastruktur atau prasarana pelengkap dalam pelaksanaan pendidikan. Maju mundurnya pendidikan ditentukan oleh prasarana yang lengkap dan mencukupi yang akan menambahkan motivasi murid dalam pencapaian tujuan dan objektif pendidikan di sekolah. Terima kasih sekali lagi atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh PIBG dalam menjaga kebajikan murid-murid dan prasarana sekolah. Sepakat membawa berkat.

........................................................................ (EN. MANIKAVASAGAM) Pengerusi Bandar Sunway Residance Association

Você também pode gostar