Você está na página 1de 5

Apa Itu Rokok Elektronik?

Rokok Elektronik ialah alat yang kelihatan seperti rokok dan rasa seperti rokok, tetapi ianya bukan rokok. Ia hanyalah cara yang sihat untuk menikmati rokok. Ia memberi perokok rasa sebenar "merokok" tanpa bahan kimia merbahaya, karsinogen, api, tembakau, tar, karbon monoksida, abu atau bau yang terdapat dalam rokok sebenar dan lebih murah dari rokok sebenar. Rokok Elektronik terdiri daripada 3 komponen iaitu bateri, alat pengeluwapan (atomizer), dan katrij (cartridge).

Adakah Rokok Elektronik Mempunyai

Perisa? Ya. Rokok Elektronik mempunyai perisa. Perisanya terkandung di dalam cartridge. Antara perisa-perisa yang terdapat di pasaran ialah Dunhill, Marlboro, Winston, Menthol, Strawberry dan macam-macam lagi.

Kandungan Apakah Di Dalam Cartridge? Bahan utamanya ialah air, perisa, NIKOTIN dan propylene glycol (digunakan secara meluas dalam makanan & ubat-ubatan) NIKOTIN hanyalah seperti kafein di dalam kopi, ianya membuatkan kita ketagih dan tidak merbahaya, ianya hanya penyebab mengapa kita ingin merokok. Bila anda menghisap Rokok Elektronik, ianya memberi kelegaan segera dari ketagihan merokok,

tanpa bahan kimia merbahaya dan tar yang menjadi pembunuh utama sebenarnya.

Adakah Rokok Elektronik Selamat? Yang paling bahaya dalam rokok sebenar ialah hasil dari pembakaran tembakau, kertas dan lain-lain. Contohnya Karbon Monoksida, Karsinogen, dan 4800+ bahan kimia yang terkandung di dalamnya.

Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi?

Apabila disedut melalui cartridge, microprocessor akan mengaktifkan bateri yang akan menyebabkan nikotin di dalam 'asap'(wap) akan dihantar terus ke sistem darah kita melalui paru-paru dan memberikan anda 'kepuasan merokok' dan menghilangkan ketagihan merokok sertamerta.

Berapa Lama Sepuntung Cartridge Bertahan?

Sepuntung cartridge boleh disedut sebanyak 100-150 kali (untuk Model S401). Bergantung

kepada berapa kuat sedutan & kekerapan anda menggunakannya.

Você também pode gostar