Você está na página 1de 2

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium /80 biji papercup small)

3 biji telur-(gred A)275 gm tepung gandum (2 1/5 cawan) 220 gm gula halus (1 cawan + 2cmb)... 150 ml susu segar@susu cair - Mama gunakan susu segar..apam akan jadi lebih lembut 3 sudu teh baking powder sedikit esen vanillan & esen rose 1 sudu kecil ovalette - gunakan 'ovalette special' keluaran Bakel yang ada sijil halal JAKIM. filling ikut citarasa - blueberry/strawberry/kiwi/nutella/kaya pewarna

Cara-cara: (Cara ni lain sikit dari resepi asal....) 1. Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan ekstrak vanilla/jus lemon dan pukul lagi. 2. Masukkan tepung (yang telah diayak bersama dengan baking powder terlebih dahulu) sedikit demi sedikit sambil dipukul. 3. Masukkan susu dan akhir sekali ovallette. Gunakan mixer kelajuan maksima dan dipukul sehingga semua bahan sebati dan kembang. Lagi lama dipukul lagi bagus yer... 4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian diwarnakan berlainan. 5. Ambil sedikit dari setiap warna adunan dan diisikan ke dalam piping bag kecil ...(gunakan plastik kecil pun ok jer...asalkan berbucu!). Guntingkan bucu sedikit sahaja...agak2 lubang sekecil lidi aje. - Inilah yang akan digunakan untuk dot dot tu nanti... 6. Filling yang digunakan perlu diisi dalam piping bag kecil (atau pun plastik seperti adunan untuk dot dot tadi) Kita letakkan ke dapalm piping bag bagi memudahkan kerja mengisi nanti. 7. Sediakan mangkuk kertas ke dalam dalam bekas muffin yang kecil (ini untuk memastikan apam kita nanti cantik bentuk bulatnya...). 8. Sudukan adunan (satu warna dulu - contohnya 'kuning') sehingga separuh daripada mangkuk kertas. 9. Picitkan filling kesukaan kita...biar banyak baru lebih sedap nanti bila dimakan! 10. Sudukan lagi adunan warna yang sama (kuning) hingga lebih sikit je dari 3/4 mangkuk kertas...hampir2 separas ketinggian mangkuk kertas. 11. Ambil adunan warna berlainan dari yang telah diisi dalam piping bag dan di picit bulat kecil di atas adun tadi. - inilah masa kita buat corak dot dot... 12. Ulangi langkah 8-11 dengan menggunakan adunan warna berlawanan pula. 13. Panaskan pengukus. Cara terbaik bagi memastikan apam yang dimasak nanti cantik permukaannya, balut penutup pengukus kita dengan kain bagi mengelakkan air wap kukusan jatuh ke atas permukaan apam semasa mengukus nanti. 14. Kukuslah apam dalam 10-15 minit atau sehingga masak.

****OR: Cara lebih simple, campurkan semua bahan, then adunkan dgn mixer kelajuan tertinggi sehingga adunan jadi gebu.......then buatlah langkah seterusnya seperti di atas.

Você também pode gostar