Você está na página 1de 6

Secara Standardnya ia dikenali dengan ISO 5800:1987 dari International Organization for

Standardization (ISO) yang menetapkan skala linear dan skala logaritmik untuk mengukur
kecepatan film. Skala linear ISO dikenal dengan ASA. Dahulunya ketika zaman menggunakan filem "ASA" lebih digunakan berbanding ISO. ISO pula pada asalnya adalah IOS tetapi sehingga sekarang ianya telah berubah menjadi ISO. Apa itu ISO? ISO perlu difahami bagi mendapatkan gambar yang menarik dan ianya merupakan perkara paling asas serta bersangkutan dengan sensor kamera. ISO adalah seberapa sensitif filem atau digital kamera pada cahaya. Pada zaman digital ini, ISO amat mudah dilaras dan diubah. Boleh di ubah serendah ISO 50 atau setinggi ISO 102,400 bergantung pada kamera.Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'shutter speed' yang diperlukan. Contoh Perbezaan antara ISO tinggi & ISO rendah

Gambar atas (ISO 100) manakala bawah (ISO 1600)

ISO 800

ISO 200 Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan 'shutter speed' yang laju. ISO yang laju adalah seperti ISO 800, 1600. Manakala ISO yang perlahan seperti ISO 100 atau ISO 200. Sebab utama untuk menggunakan ISO yang perlahan adalah untuk menggurangkan noise atau 'grain'(Penetapan ISO yang laju bisanya lebih 'grain, berbanding dengan ISO yang perlahan.

Noise/Grain kelihatan

Noise/Grain tidak kelihatan sekiranya sensor menerima cahaya yang mencukupi

Dalam cahaya yang rendah, pendedahan yang betul memerlukan penggunaan kelajuan shutter panjang, keupayaan merakam (ISO sensitiviti), atau kedua-duanya. Pada kebanyakan kamera, kelajuan shutter yang lebih lama membawa kepada salt-and-pepper noise kerana kebocoran arus pada fotodiod. Pada kos dua kali ganda varians membaca noise (41% peningkatan dalam sisihan noise bacaan standard). Banding Noise serupa dengan Shadow Noise. Ianya boleh dihilangkan dengan mencerahkan bahagian bayangbayang atau mengubah color-balance.

salt-and-pepper noise Saiz sensor imej, atau kawasan yang mencerap cahaya per pixel adalah penentu terbesar tahap isyarat yang menentukan nisbah signal-to-noise ratio dan dengan itu menentukan tahap noise yang jelas. Dengan mengandaikan kawasan bukaan adalah berkadar dengan kawasan sensor, atau bahawa keterangan f-number atau focal-plane adalah sekata. Oleh itu lebih besar sensor biasanya menghasilkan noise pada imej yang lebih rendah daripada sensor yang lebih kecil. Sebagai contoh, tahap Noise yang dihasilkan oleh sensor Four Thirds di ISO 800 adalah kira-kira bersamaan dengan yang dihasilkan oleh sensor Full Frame (dengan kira-kira empat kali kawasan itu) iaitu pada ISO 3200, dan yang dihasilkan oleh 1/2.5 "sensor kamera kompak (dengan kira-kira 1/8 kawasan) pada ISO 100. Keupayaan untuk menghasilkan imej

yang boleh diterima pada sensitiviti yang lebih tinggi merupakan faktor utama yang memacu penggunaan kamera DSLR, yang cenderung untuk menggunakan sensor yang lebih besar daripada kompak. Satu contoh menunjukkan sensor DSLR di ISO400 mewujudkan Noise yang kurang daripada sensor mata-dan-menembak pada ISO 100 Selain itu, suhu juga boleh mempunyai kesan ke atas jumlah Noise yang dihasilkan oleh sensor ime. Dengan ini kita boleh anggap bahawa DSLR akan menghasilkan Noise yang lebih pada suhu panas berbanding waktu sejuk. Penentuan untuk menggunakan ISO yang betul juga adalah penting untuk menjaga jangka hayat Sensor pada kamera..Penggunaan ISO yang salah boleh menyebabkan Sensor terbakar dan akan menyebabkan kelihatan bintik hitam yang tidak boleh di elakkan pada setiap gambar yang dihasilkan..untuk membaiki keadaan ini sensor terpaksa ditukar dan ini sudah tentunya memerlukan kos yang besar. Nota : Jangan sekali-sekali menggunakan long-exposure-capture dengan kadar ISO yang tinggi di tempat-tempat yang mempunyai cahaya laser yang banyak bagi mengelakkan sensor terkena laser.

Você também pode gostar