Você está na página 1de 1

Antara kandungan daripada 10 Pokok Paling Pupus di Dunia

Apabila anda memikirkan sesuatu yang hampir pupus, anda mungkin secara automatic memikirkan binatang. Di seluruh dunia, ada sekitar 5000 species binatang yang hampir kepupusan, dan meskipun pentingnya melindungi binatang-binatang yang hampir pupus ini, ada juga yagn penting dalam melindungi pokok-pokok yang dikategorikan hampir pupus dari dunia ini. Penggondolan hutan dan penebangan pokok-pokok tanpa memikirkan untuk menanam semula pokok-pokok tersebut menambahkan lagi ketidakseimbangan ekosistem alam ini. Sebahagian besar kayu pokok-pokok ini digunakan untuk membuat kayu serta perabot, lantai, dan juga kertas untuk kegunaan manusia sejagat. Walaupun anda mungkin tidak berfikir tentang peri pentingnya kewujudan pokokpokok ini setiap hari, faktanya tetap sama pokok-pokok ini sangat penting untuk manusia. Pertamanya, pokok mampu menghasilkan oksigen. Dikatakan bahawa satu pohon dewasa boleh menghasilkan oksigen yang cukup untuk sepuluh orang untuk bernafas selama satu tahun. Pohon juga baik untuk membersihkan tanah mahupun udara. Karbon dioksida merupakan masalah besar di dunia sekarang ini, tetapi pokok mampu menyerap dan menahan karbon dioksida serta belerang dioksida dan begitu juga penyerapan nitrogen dioksida. 10 pokok paling pupus di dunia Pokok Bois Dentelle, Pokok Naga, Pokok Baobab Afrika, Cedar Clanwilliam, Pokok Rosewood Honduras, Pokok Monkey Puzzle, Blackwood Afrika, St. Helena Gumwood, Pokok Oak Hinton dan Loulu.

Begitulah senarai 10 pokok yang hampir pupus di dunia. Kepupusan mereka disebabkan oleh pelbagai sebab seperti untuk kegunaan manusia, kewujudan ekosistem baru yang tidak sesuai dengan kehidupan mereka atau berlakunya ketidakseimbangan ekosistem dalam dunia ini, malah ada juga disebabkan oleh spesies haiwan dan pepohon lain yang menghapuskan mereka.

http://panduanpercuma.info/tahukah/3511/10-pokok-paling-pupus-di-dunia/

Você também pode gostar