Você está na página 1de 6

PENGENALAN

Pembangunan manusia dari perspektif islam memberi penekanan kepada kesedaran tentang betapa perlunya setiap individu mengetahui tentang apa yang perlu dilakukan ,dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala tindakan atau perbuatan yang dilakukan supaya semua yang dilakukan menjadi sebahagian daripada amalan terbaik(amal soleh).Apa yang dipentingkan dalam konteks pendekatan islam ialah membangunkan keperibadiaan manusia seutuhnya selaras dengan bakat dan potensi yang dimiliki menerusi program pendidikan dan latihan.Penekanan yang diberikan ialah setiap manusia perlu dibangunkan dengan kekuatan spiritual untuk mengerakkan daya kerja yang tulus ikhlas,kekuatan minda untuk memikirkan tentang kerja yang lebih sistematik dan berdaya maju,kekuatan fizikal untuk melaksanakan kerja dengan sepenuh tenaga serta dipupuk dengan kesedaran dalaman,kesungguhan ,disiplin,dan visi masa hadapan yang jelas. Ini kerana manusia perlu dididik supaya mempunyai nilai dan harga diri,kepercayaan diri dan keutuhan diri untuk merangsang masa hadapan yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

Prinsip syarak secara umum Ajaran islam didasari oleh asas yang amat kukuh.Setiap perkara yang dianjurkan atau yang dilarang oleh islam pasti mempunyai alasan yang tertentu.Islam mengariskan beberapa matlamat syarak (al-maqasid al-syariyyah) dalam setiap perlakuan manusia
Pembangunan manusia dari perspektif islam 1

mencakupi aspek penjagaan agama,nyawa,akal,keturunan dan harta benda.Dalam konteks pembangunan,prinsip ini dapat diterjemahkan di peringkat perencanaan lagi.Suasana persekitaran yang aman dan damai dengan susun atur bangunan yang menarik disesuaikan dengan alam semulajadi memberi seribu ketenanagan yang mendorong manusia bersyukur dengan nikmat Allah.Ini mewujudkan hubungan manusia dengan Allah. Pembanguan manusia menurut perspektif islam Islam merupakan sebuah agama yang universal.Hukum-hukum perlakuan manusia diperoleh daripada dua sumber iaitu al-Quran dan al-Sunnah ialah hasil ijtihad para cendiakawan islam.Begitu juga dalam mebicarakan habitat menurut perspektif islam yang memerlukan pemerhatian dan penelitian bagi mengeluarkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam kedua-dua sumber utama berkenaan.Antara persoalan yang mempunyai kaitan rapat dengan topik ini ialah bagaimana islam menekankan konsep kekeluargaan,larangan kepada pembaziran dan penjagaan alam sekitar.Hasil penelitian ayat-ayat al-Quran dan Sunnah Nabi yang berkaitan dengan perkara-perkara tersebut dapat disimpulkan ciri-ciri sebuah pembangunan manusia menurut islam. Pembangunan manusia melalui pendidikan akhlak Pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak individu dan untuk melahirkan manusia yang baik.Penekanan pendidikan akhlak adalah sangat penting bagi membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi merealisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah
Pembangunan manusia dari perspektif islam 2

dimuka bumi.Pendidikan akhlak Islamiyyah merupakan satu-satunya cara pendidikan akhlak individu kearah melahirkan manusia yang dapat membina masyarakat yang membangun selaras dengan maksud pembangunan dalam islam melalui pendidikan yang benar dan tepat,akhlak individu dapat dibentuk dan seterusnya segala kegiatan yang tidak bermoral akan dapat dikawal dan dihapuskan. Selain itu,pembangunan manusia yang berakhlak mulia merupakan agenda utama dalam sistem pendidikan negara.Ini jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Falsafah pendidikan Kebangsaan jelas menyatakan ciri-ciri akhlak mulia iaitu insan yang mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai baik dan buruk,mempunyai kesedaran tentang kesan daripada perbuatan yang baik dan buruk,berkeyakinan terhadap nilai murni ,mengamalkan perbuatan yang baik menghindari perlakuan yang buruk,menghayati nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohaniaan,kemanusiaan dan kewarganegaraan.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan manusia yang berilmu

pengetahuan,berketerampilan,berakhalak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pembangunan manusia dari perspektif islam

Pembentukan modal insan sebagai pekerja yang mulia Akhlak memainkan peranan penting dalam kehidupan individu Muslim.Tanpa akhlak akan pincanglah sebuah kehidupan dan akan hancurlah sesebuah

negara.Dewasa ini pelbagai kejadian yang berlaku ekoran dan kelunturan akhlak di kalangan individu seperti rasuah,jenayah dan sebagainya.Apa yang menyedihkan ialah kelunturan akhlak yang berlaku di kalangan individu muslim khususnya.Ramai yang mengakui dirinya sebagai individu muslim ,tetapi tidak memiliki akhlak sebagaimana seorang muslim yang benar-benar menghayati islam dan panduan yang digariskan dalam al-Quran.Perbuatan atau akhlak yang baik itu bukan sahaja akan membawa kebahagiaan kepada orang lain,tetapi jugak membahagiakan pelaku itu sendiri.Allah S.W.T turut mengasihi dan berserta dengan orang-orang yang melakukan kebaikan. Masjid sebagai Penjana aktiviti kemasyarakatan Setiap pembangunan perlu menjadikaan masjid atau institusi keagamaan sebagai qatumpuan utama masyarakat menjalankan pelbagai aktiviti di itu.Sejarah islam membuktikan masjid berfungsi sebagai simbol sebuah penempatan islam selain menjana aktiviti kemasyarakatan seperti majlis ilmu.Dalaam konteks perancangan dan pembangunan hari ini,lokasi masjid di tengah-tengah kawasan pembangunan

merupakan langkah yang baik bagi menghidupkan masjid.Pelbagai kemudaahan lain seperti balai polis,pejabat pos,sekolah bank,komplek beli-belah dan pusat pentadbiran didirikan berdekatan dengan masjid bagi meghidupkanfungsi masjid selari dengan ajaran islam taamir al-masajid.Selain itu,pembinaan masjid juga perlu mengambil kira

Pembangunan manusia dari perspektif islam

kepadattan penduduk sesebuah kawasan bagi memastikan kupayaan masjid untuk menampung jemaah. Selain itu,factor lokasi dan keluasan masjid,factor pengurusan masjid juga penting bagi menjamin hidup atau matinya peranan sesebuah masjid. Interaksi sosial yang sihat Sesungguhnya islam mengalakan interaksi sosial supaya manusia saling berinteraksi antara satu sama lain.Ini kerana manusia tidak boleh hidup berseorangan dan mereka perlu saling bantu-membantu dalam memeenuhi keperluan hidup.Ibnu Khaldun mengatakan:al-insan madaniyyun bi al-tabI yang bermaksud manusia hidup secara kolektof sejak semula jadi. Dalam konteks perancangan fizikal,prinsip ini dapat diterjemahkan menerusi susun atur bangunan yang mengalakkan pertemuan antara anggota masyarakat.Selain daripada perancangan fizikal,penduduk sesebuah kawasan kejiranan perlu ditanamkan kesedaran menghormati hak jiran dan melaksanakan tanggungjawab terhadap jiran.Dalam islam,seseorang individu itu mempunyai

tanggungjawab terhadap jirannya sebagai menunaikan hak individu tersebut.Apabila seluruh anggota menghayati prinsip ini,maka lahirlah sebuah masyarakat yang harmoni.

Pembangunan manusia dari perspektif islam

Pembangunan manusia dari perspektif islam

Você também pode gostar