Você está na página 1de 6

Kemahiran Penyeliaan yang Berkesan

Meningkatkan kemahiran penyeliaan anda untuk menghadapi cabaran masa depan Disampaikan oleh Pathmanathan Balakrishnan

Tempat & Tarikh 10th-11th November 2010, Grand Dorsett Subang Hotel, Subang Jaya, Selangor, Malaysia [Download Brochure in PDF] Salam Sejahtera,

Penyelia merupakan golongan pegawai yang amat penting dalam sesebuah organisasi. Mereka adalah penggerak, perancangan utama dan berfungsi sebagai tulang belakang bagi operasi organisasi dan mereka juga adalah penghubung di antara para pekerja dengan pihak pengurusan. Kejayaan para penyelia dalam memainkan peranan dan fungsi mereka dengan yakin sudah pasti akan membawa kejayaan kepada organisasi secara keseluruhan. Tentang apakah kursus ini?

Justeru itu, kursus "Kemahiran Penyelia Yang Berkesan" adalah satu pilihan kursus untuk melatihkan diri supaya dapat melaksanakan tugas yang lebih mencabar dan memikul tanggungjawab yang lebih berat di setiap masa. Pemupukkan dan penyuburan budaya prestasi kerja yang cemerlang dapat dilaksanakan melalui pengasuhan bakat tenaga kerja profesional, perancangan haluan perkembangan kerjaya dan perkongsian pengalaman dalam penyempurnaan tugas setiap organisasi. Objektif:

Memahami peranan, tanggungjawab dan tugas-tugas seorang penyelia dan pemimpin kumpulan kerja dalam sesuatu organisasi. Mengenalpasti sikap dan ciri-ciri yang perlu dibina ke arah menjadi seorang penyelia yang berkesan. Menyusun dan membahagikan kerja-kerja operasi secara lebih efektif dan produktif. Mewujudkan kakitangan yang matang dan bersedia untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar dalam proses kenaikan pangkat.

Memperturunkan ilmu, pengalaman, ketrampilan peribadi dan kemahiran pihak pengurusan atasan kepada pegawai-pegawai di bawahnya sebagai usaha untuk menyambung kesinambungan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Metodologi Pembelajaran

Program ini akan dipersembahkan melalui cara pembelajaran Realisasi-Diri, Pengalaman Pembelajaran dan Kerja-Sambil-Belajar. Para peserta akan menjalani pelbagai analisasi untuk menyedari kekuatan dan kelemahan diri sebagai seorang penyelia. Kemudian, para peserta akan menpelajari pelbagai teknikteknik penyeliaan dari pelbagai activiti seperti permainan perseorangan atau berkumpulan, video persembahan, dan perbincangan kumpulan. Akhirnya, pelatih akan membantu para peserta menyesuaikan teknik-teknik yang diperlajari dapat dilaksanakan di tempat kerja.

Nisbah aktiviti kursus boleh dianggarkan kepada 30% kuliah dan 70% aktiviti pembelajaran aktif. Activiti pembelajaran aktif merangkumi: Penilaian individu Perbincangan kumpulan Permainan pendidikan Video persembahan Berkongsi pengalaman secara interaktif Brainstorming 12 Modul Yang Penting Anda Akan Pelajari Dalam Kursus ini

Modul 1 Kesedaran diri dan Penilaian tanggungjawab sebagai seorang penyelia.

* Analisa diri - Kekuatan dan kelemahan diri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penyelia yang berkesan.

Modul 2 Kajian analisis tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seseorang Penyelia di pekerjaaan secara umum. * Permainan kumpulan - Pemahaman penyelia.

Modul 3 Kepentingan nilai-nilai kepimpinan untuk seseorang penyelia. * Permainan - Kepimpinan kumpulan

Modul 4 Keberkesanan pengunaan sistem komunikasi bagi menjadi seorang penyelia yang berkesan. * Kerja kumpulan - Pengunaan pendengaran dengan teliti .

Modul 5 Memahami sistem-sistem yang boleh digunakan oleh seorang penyelia demi memberi perkhidmatan yang berkesan. * Kerja kumpulan - Mengendalikan suatu projek

Modul 6 Memahami sistem pembahagian kerja yang berkesan. * Perbincangan dan soal-jawab

Modul 7 Pengunaan dan pengurusan masa adalah faktor penting bagi seorang penyelia.

* Permainan kumpulan - Ujikaji pengunaan masa

Modul 8 Analisis pekerjaan semasa bagi anda sebagai seorang penyelia

Modul 9 Proses pengurusaan pekerjaan dan pekerja semasa.

Modul 10 Cara yang produktif untuk mengadakan mesyuarat dengan pekerja anda.

Modul 11 Mencipta carta atau garis panduan kehidupan tanggungjawab seorang Penyelia untuk kejayaan berkekalan. * Perbincangan dan soal-jawab

Modul 12 Kesimpulan kursus penyelia yang berkesan. Pelatih Kursus Mr. Pathmanathan Balakrishnan, atau yang lebih dikenali dengan nama samarannya Mr. Nathan merupakan seorang pelatih yang dinamik dengan gayanya yang tersendiri dan pengalamannya yang melebihi 15 tahun dalam bidang latihan perindustrian. Terlatih di bawah bimbingan pelatih-pelatih yang terkenal di dunia seperti Bod Procter, Philip Teal dan Chris Newton, beliau telah melatih beribu-ribu peserta yang berasal dari bidang perindustrian yang berlainan. Ini termasuk bidang perkhidmatan, multinasional, perusahaan organisasi, industri penginsurans, industri penghotelan dan industri jaringan pemasaran. Mr. Nathan merupakan seorang pelatih yang serba boleh dalam pendekatan dan penyampaian ceramahnya.

Berdasarkan teknik pembelajaran yang dijalankan secara praktikal, semangat interaksi beliau yang tinggi dan pendekatannya yang ramah serta mantap meningkatkan penyerapan inti latihan oleh para pesertanya dengan mudah sekali. Sepanjang pengalamannya yang setiap masa berdepan dengan orang-orang dari pelbagai tahap dan latar belakang, beliau sentiasa mencipta teknik latihan dan topik yang baru selaras dengan keperluan pelatihan yang semakin meningkat pada masa kini. Penyertaan dalam latihan beliau semestinya sesuatu pengalaman yang tidak akan dilupakan di mana para peserta menyedari kebolehan dan potensi yang terlindung dalam diri mereka yang akan membawa kepada pembinaan serta persembahan yang unggul di mana jua dalam kehidupan mereka. Siapa yang patut hadir Eksekutif, Jurutera, Penyelia, Ketua Kumpulan, dan mereka yang ingin meningkatkan produktiviti dan keberkesanan di tempat kerja mereka. Saiz Kursus Pendaftaran hanya dihadkan kepada 20 orang. Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami atau memuat turun borang pendaftaran di sini dan fax kepada kami di +6 03 40235716. Pembiayaan HRDF Kursus ini boleh dituntut dari HRDF di bawah HRDF Skim SBL. Sila merujuk kepada bahagian pengurusan sumber manusia anda untuk kepastian. Bayaran Kursus $$ RM 1290.00 setiap peserta. Bayaran ini termasuk semua alatan dan bahan pembelajaran. Makan tengah hari disediakan. Pendaftaran Awal!! Daftarlah secepat mungkin untuk menikmati potongan sebanyak 5%. Untuk Maklumat lanjut, sila rujuk borang pendaftaran di sini. Pendaftaran Berkumpulan!!! Sekiranya anda mendaftar 3 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 5%, dan sekiranya kumpulan anda ialah 5 orang atau lebih, anda akan menikmati potongan tambahan sebanyak 7% dan 10% potongan akan diberikan sekiranya anda mendaftar seramai 8 orang atau lebih. Oleh itu, daftarlah bersama-sama kawan atau rakan sekerja bersama anda. Jaminan 100%

Kami memahami sebahagian dari anda tidak mengetahui kami. Oleh yang demikian kami memberi jaminan kepuasan 100%. Sekiranya anda merasai apa yang anda perolehi tidak memadai dengan jumlah yang anda bayar, kami akan memberi jaminan 100% wang kembali tanpa sebarang persoalan. Sekiranya anda berminat, anda bolehlah mendaftar dan memuat turun risalah di sini, dan fax borang pendaftaran kepada kami di ++6 03 40235716. Dan Sekiranya anda mempunyai kawan atau rakan sekerja yang berminat dengan topik ini, silalah hantarkan maklumat ini kepada mereka.

Yang Benar, Global Intelligence Network (M) Sdn Bhd Tel: ++6 03 40216000 Fax: ++6 03 40235716 Email: admin@gin-my.com

Você também pode gostar