Você está na página 1de 2

Apakah itu ujian saringan?

Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan rawatan. Sebagai contoh, sekiranya jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan jantung. Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut: Kegemukan (Obesiti) Tekanan Darah Tinggi Kencing Manis Paras kolesterol dalam darah Kanser payudara Kanser pangkal rahim Mengapakah saya harus membuat ujian saringan untuk keadaan tersebut? Penyakit jantung, angin ahmar dan kanser (barah) adalah faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian. Kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko yang utama untuk penyakit jantung dan angin ahmar. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung dan angin ahmar. Kanser payudara dan kanser pangkal rahim boleh dirawat jika dikesan awal. Ia adalah jenis kanser utama dikalangan kaum wanita di Malaysia. Bagaimana untuk membuat ujian saringan? Keadaan Apa yang perlu dibuat/ujian yang dijalankan

Kegemukan Tekanan darah tinggi Kencing manis Kolesterol tinggi Kanser payudara Kanser pangkal rahim

Berat dan tinggi untuk mengira Indek Jisim Badan (IJB) Tekanan darah Paras gula dalam darah Paras kolesterol dalam darah Pemeriksaan sendiri payudara Ujian pap smear

Bilakah saya perlu membuat ujian saringan? Anda digalakkan mengikut panduan di bawah. Ujian Berat dan tinggi untuk IJB Tekanan darah 20 34 tahun Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali 35 -59 tahun Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali

Pemeriksaan rambang untuk gula dalam darah sekurangParas gula dalam Sekiranya salah seorang ahli keluarga kurangnya 2 tahun sekali untuk < 40 tahun dan setahun darah ada kencing manis sekali untuk > 40 tahun. Sekiranya salah seorang ahli keluarga ada paras kolesterol yang tinggi Ujian kolesterol dalam darah sekurang-kurangnya 5 kali dalam darah setahun Setiap bulan Klik di sini untuk keterangan lanjut Setiap bulan

Paras kolesterol dalam darah Pemeriksaan sendiri payudara Ujian pap smear

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut? Jumpa doktor anda. Semua klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta, hospital swasta dan makmal swasta menyediakan ujian tersebut kecuali pemeriksaan sendiri payudara (PSP) di mana anda sendiri boleh melakukannya. Siapakah yang perlu saya rujuk sekiranya ujian saya luarbiasa? Jumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran. Apakah yang harus saya buat lagi untuk memastikan saya sentiasa sihat? Makan secara sihat Pelbagaikan makanan. Makan mengikut keperluan aktiviti fizikal anda. Sentiasa aktif Sentiasa aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 30 minit setiap kali. Ia dapat mengekalkan IJB dan meningkatkan tahap kecergasan. Tidak merokok Merokok boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser (barah). Sekiranya anda merokok, cuba berhenti. Sila rujuk doktor anda. Menangani tekanan (stres) Kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.

Você também pode gostar