Você está na página 1de 34

!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?

u




1.0PENDAHULUAN

Bahasa lisan merupakan satu bentuk komunikasi yang dijumpai pada manusia yang bermula
dari kosa kata yang besar yang diucapkan melalui organ mulut. Matlamat sebenar bahasa adalah
untuk menyampaikan mesej serta makna dan yang penting ialah komunikasi itu haruslah
berkesan.

Oleh hal demikian, wujudlah suasana baru dalam penggunaan bahasa yang mana
timbulnya penggunaan bahasa rojak. Bahasa rojak ialah Ienomena bahasa kacukan semasa yang
berkaitan dengan percampuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dimana Bahasa Melayu
sebagai bahasa dasarnya.

Bahasa rojak boleh dirumuskan sebagai satu variasi atau suatu ragam bahasa basahan
yang dapat diterima penggunaannya dalam suasana tidak rasmi. Apabila ragam bahasa itu
digunakan dalam urusan yang rasmi, maka timbullah masalah kesalahan pemilihan ragam bahasa
dan secara khusus masalah itu berkaitan dengan masalah keracunan atau kesalahan bahasa.

Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi oleh kerana
para pengkaji bahasa menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin
menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Mereka bimbang bahawa siswa-siswi dan
pelajar akan kekurangkan kemahiran menulis dan bertutur sekiranya amalan ini terus berlaku.
Alasan yang paling popular bagi penggunaan Bahasa Rojak ini ialah untuk menonjolkan
kehebatan si penutur menguasai bahasa yang satu lagi, terutama Bahasa Inggeris. Malangnya ini
juga secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada cemuhan orang lain yang melihat
mereka sebagai tidak mampu atau dalam bahasa kasarnya, bodoh, dalam menguasai salah satu
daripada bahasa tersebut secara sepenuhnya. Satu Iakta yang memang tidak dapat disangkal lagi
ialah, kebanyakan penutur Bahasa Rojak ini biasanya mengalami kesukaran untuk
berkomunikasi di dalam persekitaran berbahasa Inggeris yang sebenar, dan ini kerap
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


menyebabkan mereka disalah erti, terutama apabila berada di negara-negara barat yang
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.

Sebagaimana popularnya rojak sebagai makanan kegemaran ramai, tampaknya begitulah
jua popularnya 'bahasa rojak' dalam tempoh akhir-akhir ini. Isu tersebut menjadi salah satu isu
bahasa yang hangat diperkatakan dalam media dan dalam pelbagai wacana seperti Iorum dan
seminar, selain isu nasib bahasa Melayu yang kelihatannya masih bagai telur di hujung tanduk
apabila dipinggirkan atau tidak diberi keutamaan pada tempatnya yang hak dan wajar, seperti
dalam sesetengah majlis dan acara rasmi dalam negara, pada iklan dan papan tanda perniagaan,
pada nama jalan, taman perumahan dan bangunan dan sebagainya.

Pada pendapat sesetengah orang, Ienomena bahasa rojak atau bahasa yang bercampur-
aduk itu tidak lebih daripada Iesyen semasa yang tidak patut mencemaskan. Orang yang menilai
bahasa sebagai Ienomena sosial semata-mata menganggapnya sebagai realiti dan juga
perkembangan yang biasa. Malah tidak kurang pula yang keliru dan mengatakan bahawa sejak
beratus-ratus tahun dahulu bahasa Melayu sudah menerima kata dan istilah daripada bahasa
asing dan oleh itu tidak relevan hal itu dijadikan isu.












!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


1. 1 BAHASA RO1AK

'.. Apa dia itu bahasa rojak? Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang
menakriIkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pijin,
Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu .

Bahasa Rojak dalam masyarakat Melayu atau di Malaysia boleh dikesan seawal zaman
Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada
tahun 1402 . Melaka pada ketika itu adalah pelabuhan yang telah menarik ramai pedagang yang
dating untuk berdagang. Secara keseluruhannya para pedagang ini telah bertutur lebih 80 bahasa
dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang mengunapakai pelbagai
bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku.Semasa pemerintahan Parameswara , apabila
ada dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian ( sama bahasa) , mereka akan cuba
untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami
antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pidgin atau Rojak.

Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) , situasi ini merupakan
sebahagian daripada pidgin atau satu bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di
Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai
perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris, dan
seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan
menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun.

Sesungguhnya Bahasa rojak ini banyak diperkatakan dalam kalangan masyarakat Melayu
kini. Ada pandangan yang mengatakan bahawa kemunculan bahasa rojak tidak dapat dielakkan.
Bahasa perlu dinamis untuk berkembang. Bahasa rojak adalah sebahagian daripada akibat
langsung `penciptaan semula' bahasa Melayu yang dalam proses perkembangannya yang pesat.
Malah, seperti juga bahasa-bahasa utama dunia yang berdepan dengan krisis, ekoran ragam
bahasa di dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan internet, bahasa Melayu harus juga
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


berdepan dengan masalah kecelaruan berikutan penggunaannya yang meluas dan oleh pelbagai
kalangan. Apa yang membezakan bahasa itu ialah laras dan ragamnya sesuai dengan taraI
penguasaan pengguna atau situasi penggunaannya. Ada yang berpendapat asal bahasa Iormal
dapat dipertahankan.

Jadi apakah sebenarnya deIinasi bahasa rojak itu?

ProIesor Datin Dr Rahmah Hj Bujang dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya menyatakan sebenarnya bahasa rojak itu bagaimana untuk mentaIsirkannya. Kalau
dalam konteks teknologi sekarang, bahasa yang seperti bahasa sms, bahasa melalui emel itu pun
bahasa rojak, sebab dia sudah jadi macam Iormula. Adakah bahasa rojak itu bahasa yang
disesuaikan dengan teknologi masa kini yang ringkas-ringkas saja ataupun bahasa rojak yang
dicampur-campur bahasa-bahasa lain tapi bukan melambangkan kemajuan yang baik.

Dalam bidang linguistik atau ilmu bahasa, sebenarnya tidak pernah ada istilah bahasa
rojak. Istilah ini ditimbulkan oleh sejumlah orang yang melihat adanya Ienomena bahasa yang
bercampur-baur antara bahasa Melayu dengan bahasa asing, Khususnya bahasa Inggeris,
daripada sudut pandangan orang awam. Mereka mengaitkan sesuatu yang bercampur-campur itu
sebagai rojak, kerana rojak merupakan makanan daripada bahan-bahan yang bercampur-campur.

Dalam hal ini, bahasa yang bercampur-campur itu pun dikaitkan oleh mereka dengan
rojak, lalu timbullah istilah bahasa rojak. Bahasa rojak membawa konotasi yang tidak murni
walaupun rojak itu sendiri makanan yang enak dan digemari ramai. Dalam soal istilah bahasa
rojak, kesnya sama dengan istilah najis dadah yang pada suatu waktu dahulu menimbulkan
persoalan juga. Dadah, menurut hukum agama bukan najis, kerana dadah dapat menjadi unsur
penting dalam perubatan. Tetapi, orang menimbulkan istilah najis dadah hanya untuk
menunjukkan betapa beratnya ataupun buruknya kesan penyalahgunaan dadah. Ringkasnya,
istilah bahasa rojak bukanlah istilah ilmu.
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


Dalam ilmu linguistik tidak ada istilah itu, tetapi istilah itu dihasilkan oleh orang yang
perihatin akan nasib dan maruah bahasa Melayu. Apabila mereka menyaksikan Ienomena
percampurbauran unsur-unsur bahasa asing dengan bahasa Melayu secara yang tidak bersistem
atau tidak teratur, timbul rasa bimbang pada mereka akan maruah bahasa Melayu yang sejak
ratusan tahun telah bermartabat tinggi.

Fenomena percampuran dalam penggunaan bahasa sebenarnya bukanlah Ienomena
baharu walaupun istilah bahasa rojak itu agak baharu. Dalam linguistik, dikenal satu ragam
bahasa yang disebut bahasa pijin dan ragam ini sudah sekian lama ada dalam sejarah
pertumbuhan bahasa manusia. Dalam konteks masyarakat di Malaysia, masyarakat Cina Baba,
misalnya, menuturkan satu ragam bahasa Melayu yang memperlihatkan percampuran unsur
bahasa Melayu dengan bahasa Cina. Walau bagaimanapun, ragam bahasa masyarakat Baba ini
masih dapat dianggap sebagai variasi bahasa Melayu.

Dalam bidang sosiolinguistik pula terdapat istilah peralihan kod (codeswitiching), iaitu
penggunaan unsur bahasa asing pada tempat-tempat tertentu, sama ada dalam bentuk kata, Irasa
dan bahkan ayat dalam suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang. Dalam bahasa Melayu,
peralihan kod memang kerap berlaku, bukan sahaja dalam perbualan, bahkan dalam mesyuarat,
kuliah, ucapan dan beberapa wacana rasmi yang lain.

Unsur bahasa asing yang lazimnya dicampurbaurkan dengan bahasa Melayu ialah bahasa
Inggeris. Ahli bahasa melihat bahasa yang bercampur-baur ini sebagai salah satu ragam bahasa
basahan, iaitu bahasa yang digunakan untuk urusan yang tidak rasmi, seperti dalam perbualan,
gurau senda dan sebagainya. Malah, Za'ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu ada
menghuraikan perbedaan antara bahasa surat (bahasa persuratan) dengan bahasa mulut (bahasa
pertuturan) yang sememangnya berlainan.

!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


Dengan demikian, yang dikatakan bahasa rojak itu bolehlah dirumuskan sebagai satu
variasi atau satu ragam bahasa basahan yang sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi. Walau
bagaimanapun, apabila bahasa ini digunakan dalam urusan yang rasmi, maka timbullah masalah
kesalahan pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkaitan dengan masalah
kerancuan atau kesalahan bahasa dan juga isu kesantunan bahasa.

Hal ini disebabkan bahawa penggunaan bahasa berkaitan dengan adab. Adab bermakna
bahawa sesuatu hendaklah diletakkan pada tempatnya yang betul. Oleh yang demikian, bahasa
hendaklah digunakan sesuai dengan konteks dan keperluannya. Dalam urusan rasmi dan untuk
keperluan mengungkapkan ilmu serta pemikiran, bahasa yang sesuai digunakan ialah bahasa
yang baku, bukan bahasa basahan atau bahasa pasar. Selama bahasa yang bercampur-baur itu
digunakan dalam bahasa pertuturan biasa seperti dalam perbualan dengan rakan atau anggota
keluarga, tidak timbul isu.

Hal ini demikian kerana kita Iaham bahawa dalam perbualan biasa yang tidak rasmi,
memang mungkin sahaja timbul pelbagai unsur bahasa, misalnya slanga, lingo, dialek dan
bahkan ideolek. Namun, disebabkan unsur bahasa yang sepatutnya terbatas dalam suasana tidak
rasmi itu tampaknya telah melarat dalam bidang yang rasmi seperti dalam mesyuarat, penyiaran
dan penulisan, maka memang dapat kita rasakan Ienomena itu sebagai satu gugatan kepada
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Hal ini demikian kerana bahasa basahan atau bahasa pasar memang selamanya tidak
pernah diangkat menjadi bahasa ilmu, pemikiran, pentadbiran, undang-undang dan budaya tinggi
dalam mana-mana tamadun manusia. Bacalah Sulalatus Salatin, Tajus Salatin, Bustanus Salatin,
'Aqaid al-NasaIi, Mutla'al Badrain, Siratus Salikin, TuhIat al-NaIis, Kitab Pengetahuan Bahasa,
Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan ribuan karya klasik dalam bahasa
Melayu; kesemuanya menggunakan bahasa Melayu yang baku pada zaman itu.
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


Bahasa pasar hanya digunakan dalam urusan asas sehari-hari. Bahasa Melayu yang kini
diwara-warakan sebagai warisan bangsa tentu tidak harus diwakili oleh ragam bahasa yang tidak
keruan itu walaupun kita tidak perlu pula menaIikan kewujudannya dan keperluan
menggunakannya dalam suasana tidak rasmi. Bahasa yang menjadi warisan bangsa ialah bahasa
persuratan, iaitu bahasa yang menjadi tonggak tamadun seperti yang tercermin dalam bidang
ilmu, pemikiran, undang-undang, sastera dan sebagainya.

Menurut Pendita Za'ba, dalam bahasa Melayu terdapat hanya tiga perkataan yang tidak
berasal daripada bahasa lain, yakni benar-benar perkataan Melayu. Tiga perkataan itu ialah batu,
babi dan kayu. R.O Winstedt pula menambah dua lagi perkataan, iaitu padi dan besi.


Bahasa rojak yang dimaksudkan dalam isu sekarang ialah campuran bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu dalam penulisan dan pertuturan. Misalnya perkataan SureHeboh. Kenapa tidak
digunakan PastiHeboh. Sure adalah perkataan Inggeris yang tidak pernah diterima pakai dalam
bahasa Melayu. Ada banyak perkataan Inggeris yang diterima pakai, tetapi diubah ejaannya.
Misalnya commitment dieja komitmen.


Bahasa rojak menjadi isu kerana semakin kerap digunakan dalam program radio, TV dan
di majlis-majlis rasmi. Mereka yang risau dengan perkembangan ini tentulah lega sedikit apabila
diumumkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diberi kuasa penguatkuasaan bagi
menangani segala kepincangan.





!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


1.2 ISU-ISU BAHASA RO1AK

Menurut Datuk Dr Hassan Ahmad, semasa beliau membentangkan kertas kerja berjudul
Kecelaruan Bahasa Melayu dari Faktor Dalaman dalam Seminar Bahasa Rojak di Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) , ( berita Harian:22 Julai 2007); menyebutkan di antara punca utama berlaku
kecelaruan itu ialah kegagalan orang Melayu yang bukan saja tidak mempunyai kecekapan
linguistik (linguistic competence) tetapi juga ketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam
masyarakat (communicative competence).

Kecelaruan ini banyak dilakukan oleh orang Melayu yang menguasai bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua. Mereka mungkin secara sedar atau tidak, sering berIikir dalam atau
melalui bahasa Inggeris, lantas mereka melakukan kesalahan bahasa baik pada peringkat sistem
atau struktur bahasa mahupun pada peringkat leksikal dan bentuk kata.

Katanya, masalah kecelaruan lebih jelas apabila bahasa kedua (bahasa
Inggeris) digunakan sebagai alat pemikiran yang utama. Pada waktu yang sama mereka
menggunakan bahasa Melayu sebagai `bahasa terjemahan.' Bahasa Melayu digunakan tidak lebih
untuk `menterjemahkan Iikiran' yang dibentuk dalam bahasa Inggeris. Dalam keadaan itu
peraturan sistem bahasa Inggeris yang mewakili cara berIikir dan budaya pengucap asli bahasa
itu cuba digunakan atau ditiru dalam bahasa Melayu.

Hassan berpendapat bahawa kecelaruan bahasa tidak semestinya bererti kesalahan bahasa
saja. Kecelaruan ini berlaku `apabila terdapat peraturan-peraturan bahasa, biasanya peraturan
yang preskriptiI, yang tidak konsisten atau yang tidak sesuai dengan sistem bahasa Melayu yang
asli.' Atau lebih jelas apabila bahasa yang digunakan itu menyalahi peraturan bahasa `asli' bahasa
Melayu..

!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


4394 baasa r4ak , a39ara3a iala :-
a) Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)
1. Kau memang terror (hebat) la!
2. Tempat makan ni best (bagus) sangat!
3. Wah, you smartlah ( kacak, bergaya) brother ( kata ganti nama -abang).

.ProIesor Ahmad Murad dari Universiti Teknologi Mara, Kuala Lumpur. Pula
menyatakan Stesen TV3 di Malaysia, akan menukar salah satu daripada tajuk program mereka,
Karnival Sure Heboh. Tajuk itu kini dirasakan kurang sesuai; satu contoh bahasa rojak, topik
yang hangat diperkatakan oleh ahli-ahli bahasa dinegara kita.

Selain dari stesen TV3 yang akan memberitahu tajuk program mereka yang baru, satu
lagi usulan yang baru sahaja dilaporkan di Utusan Malaysia, agar nama jalan di Putrajaya diubah
ke bahasa Melayu. Menurut Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dr Rais Yatim, yang
akan menghantar usulan rasmi itu, nama-nama jalan di Putrajaya seharusnya berpandukan
kepada istilah-istilah warisan negara` dan bukan menggunakan nama-nama Barat seperti
Precinct, Boulevard dan Parcel.

Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia,
yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu
yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak.
Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh
oleh sebab kebimbangan orang ramai.

!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


Adakah tindakan kartunis komik menggunakan bahasa rojak turut membuatkan
penggunaan Bahasa Malaysia dipinggirkan? dalam Program bual bicara Ally- eksklusiI di TV3
(28 Januari 2009-Rabu) Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak
dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau Irasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering
diteks tebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah
Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempak dan Kreko
menggunakan bahasa yang lebih Iormal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.


Dalam temubual selama hampir satu jam ini pelbagai isu menarik mengenai bahasa
diperbahaskan. Pengacara Ally Iskandar telah mengutarakan kepada kartunis Ujang tentang
peranan kartunis dalam memartabatkan bahasa. Menurut Ujang, kartunis hanya merakam apa
yang berlaku dalam persekitaran masyarakat. Bahasa yang kartunis gunakan dalam karya itu
bukanlah bahasa ciptaan mereka sendiri, sebaliknya ia benar-benar wujud dalam masyarakat
ketika itu dan kartunis bertindak sebagai perantaranya sahaja.


Menurut beliau lagi, sekitar awal tahun 80-an dahulu, ketika awal penglibatan beliau
dalam penghasilan karya kartun bersama Majalah Gila-Gila sudah ada pakar-pakar bahasa yang
menegur tentang isu bahasa ini melalui seminar yang dianjurkan. Pakar-pakar bahasa menegur
kartunis agar menggunakan bahasa yang betul dalam berkarya kerana kartunis mempunyai
pengaruh yang besar dalam masyarakat. Teguran ini dijawab oleh kartunis bahawa jika mereka
menggunakan bahasa yang betul, maka humor yang dihasilkan tidak sampai dengan mudah
kepada pembaca.


Walaupun kartunis menerima pelbagai kritikan dan kutukan kerana di anggap sebagai
pencemar bahasa, namun ianya tidak menjadi tekanan kepada kartunis. Kartunis berkarya dengan
berpegang kepada bahasa kartun untuk menyampaikan humor, maka kartunis tidak perlu
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


menukar bahasa kartun ke dalam bahasa yang lebih Iormal. Biarlah bahasa kartun ini diletakkan
dalam satu kumpulan bahasa yang tersendiri seperti mana pakar bahasa boleh menerima bahasa
melayu klasik sebagai satu kelompok bahasa. Masyarakat juga sudah bijak dalam mengenalpasti
mana bahasa Iormal dan bahasa tidak Iormal. Mereka dapat menyesuaikan penggunaan bahasa
ini dalam urusan Iormal dan tidak Iormal.

1.1 BAHASA RO1AK SEBAGAI SATU BENTUK KERANUAN BAHASA

~Semangat mendaulatkan bahasa Melayu harus dihidupkan dan tiada maknanya sekiranya ia
hanya termaktub dalam satu perenggan dalam Perlembagaan negara. Bahasa ialah satu
komponen yang memberikan identiti bukan hanya kepada bangsa tetapi kepada negara. Bahasa
Melayu juga perlu diberikan nyawa dan naIas serta perlu disuntik dengan nilai dan harga.
Demikian titah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr.
Nazrin Shah semasa mencemar duli merasmikan Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan penggunaan
Bahasa Melayu, pada 19 Julai lalu di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


Titah baginda lagi, 'Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai
bahasa kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada semangat perjuangan kemerdekaan
ketika negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50. Negara harus ariI melakukan
pertimbangan bi-jaksana supaya warisan pusaka bangsa tidak tergadai dalam hasrat negara yang
mahu membangunkan sumber manusia bersiIat global. Bahasa Melayu juga harus terus
dipertingkatkan sebagai bahasa pentadbiran dan perantaraan ilmu serta menjadi instrumen yang
penting dalam menyatupadukan rakyat di negara ini.

Bahasa rojak yang menjadi punca krisis kecelaruan penggunaan bahasa Melayu kini
umpama barah yang hampir merosakkan keseluruhan sistem bahasa Melayu itu sendiri.
Sungguhpun pada peringkat penulisan ia masih terkawal tetapi barah yang menyerang sistem
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


bahasa lisan sedang dalam proses membunuh jiwa bahasa ibunda yang kita sayangi itu.
Bagaimana satu kehidupan itu mampu mengharungi zaman kalau maruahnya tercalar dan
jiwanya sendiri sudah terkorban?

Melihat dari segi Iizikalnya kecelaruan bahasa telah mencederakan organ-organ yang
terdapat dalam batang tubuh bahasa itu sendiri dan seterusnya melumpuhkan sistem, manakala
dari segi moralnya pula kecelaruan bahasa merupakan satu bentuk penghinaan terhadap bahasa
Melayu. Bentuk penghinaan sebegini adalah sesuatu yang tidak boleh dimaaIkan.

Kecelaruan bahasa menggambarkan kecelaruan minda penuturnya yang tidak stabil,
dengan aliran pemikiran yang tersekat-sekat serta tidak teguh iman patriotismenya kerana
membiarkan minda dan jatidiri diresapi pengaruh satu bahasa lain yang kononnya lebih gagah.
Memang kalau tidak kerana pengaruh pendidikan Inggeris kecelaruan bahasa ini tidak mungkin
akan berlaku. Tetapi dalam hal ini bukan bahasa ilmu itu yang wajar dipersalahkan. Segala-
galanya berpunca daripada masalah sikap yang melihat bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dua,
rasa rendah diri kalau kita tidak pandai berbahasa Inggeris dan rasa bangga dan sikap suka
menunjuk-nunjuk kononnya kita lebih Iasih berbahasa Inggeris. Dan lebih melampau lagi kalau
bahasa itu berjaya dijadikan bahasa ibunda anak-anak kita dan pada masa yang sama
meminggirkan bahasa sendiri.

Sebagaimana pandangan Ketua Pengarah DBP Datuk Dr. Firdaus yang turut
mengakui bahawa untuk mengatasi masalah penggunaan bahasa rojak memang sukar dilakukan
kerana sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat. Apakah mungkin di DBP sendiri
masalah tersebut turut melanda? Apakah pandangan Firdaus itu berdasarkan pengalamannya
sendiri mentadbir sebuah 'organisasi bahasa yang penggunaan bahasa rojak di kalangan para
pegawainya sendiri sudah menjadi tidak terkawal? Kalau dalam organisasi yang bertanggung
jawab dalam hal-ehwal pembangunan bahasa Melayu itu sendiri penggunaan bahasa rojak sudah
tidak mampu dikawal, apa lagi yang boleh kita lakukan?

!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u



Kecelaruan yang berpunca daripada masalah sikap tadi boleh dilihat hampir setiap hari
di kaca TV baik apa juga salurannya sama ada stesen milik kerajaan maupun swasta. Temubual
stesen TV terutamanya dalam berita berbahasa Melayu akan dijawab dalam bahasa Inggeris atau
sekurang-kurangnya cuba dijawab separuh Melayu dan separuh Inggeris. Atau setidak-tidaknya
keluar juga beberapa istilah bahasa Inggeris kononnya bagi tujuan memberi gambaran kepada
penonton di seluruh negara bahawa orang Melayu yang bercakap itu sebenarnya lebih pandai
berbahasa Inggeris dan kurang Iasih berbahasa Melayu.

Fenomena ini bukan saja berlaku di peringkat masyarakat tetapi juga di peringkat
kepemimpinan tertinggi yang sebahagian besarnya kerap menghina bahasa ibunda sendiri.
Kecelaruan bahasa yang berlaku dalam kalangan pemimpin juga amat serius dan perlukan
perhatian. Sayang sekali, golongan yang sepatutnya menunjukkan teladan tidak berusaha
mengatasi penyakit ini malah mereka terus mengamalkan perkara yang bertentangan dengan
semangat yang harus dibawa oleh seorang pemimpin khususnya pemimpin di peringkat nasional.

Alangkah manisnya kalau di peringkat pemimpin, setiap kali berucap sama ada di
hadapan rakyat maupun menerusi media massa seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada
menghina Bahasa Melayu.Kalau peringkat pemimpin dapat mengubah budaya Iikir ini pasti
budaya ini akan secara perlahan jadi ikutan. Kalau setiap masa para pemimpin dapat
mempertahankan martabat Bahasa Melayu dan memberi kesedaran kepada rakyat betapa bahasa
kita itu wajib dimuliakan tentu sekali rakyat biasa juga akhirnya akan malu sendiri dan cuba
mengubahnya.

Bayangkan bila seorang rakyat biasa bertemu dengan seorang pemimpin yang cukup
memelihara penggunaan bahasanya, bercakap dengan begitu kemas lagi teratur serta jauh
daripada unsur-unsur kecelaruan, apakah mungkin rakyat itu sanggup mencelarukan bahasanya
di hadapan pemimpin berkenaan? Tidak mungkin salah kalau menyatakan bahawa apa juga
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


perkara wajar dimulakan oleh pemimpin, rakyat hanya mengikut apa yang dilakukan pemimpin.
Dalam masyarakat kita hari ini, kalau pemimpin tidak menunjukkan contoh yang baik apakah
kita boleh mengharapkan rakyat juga akan berkelakuan baik?


1.4 PUNA PENUTUR MENGGUNAKAN GUNA BAHASA RO1AK

Memang isu bahasa rojak ini banyak diperkatakan akhir-akhir ini. Ada pandangan yang
mengatakan bahawa kemunculan bahasa rojak tidak dapat dielakkan. Bahasa perlu dinamis untuk
berkembang. Bahasa rojak adalah sebahagian daripada akibat langsung `penciptaan semula'
bahasa Melayu yang dalam proses perkembangannya yang pesat.

Malah, seperti juga bahasa-bahasa utama dunia yang berdepan dengan krisis, ekoran
ragam bahasa di dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan internet, bahasa Melayu harus juga
berdepan dengan masalah kecelaruan berikutan penggunaannya yang meluas dan oleh pelbagai
kalangan. Apa yang membezakan bahasa itu ialah laras dan ragamnya sesuai dengan taraI
penguasaan pengguna atau situasi penggunaannya. Ada yang berpendapat asal bahasa Iormal
dapat dipertahankan, memadailah.

Apa yang membimbangkan ialah bahasa rojak begitu meluas digunakan di media
hingga akhirnya menjejaskan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Pada akhirnya apa yang
dianggap bahasa yang celaru diterima sebagai pemakaian yang betul dalam masyarakat.
Berdasarkan dalam kertas kerja oleh Hassan, menyebutkan di antara punca utama berlaku
kecelaruan itu ialah kegagalan orang Melayu yang bukan saja tidak mempunyai kecekapan
linguistik (linguistic competence) tetapi juga ketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam
masyarakat (communicative competence).

Kecelaruan ini banyak dilakukan oleh orang Melayu yang menguasai bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua. Mereka mungkin secara sedar atau tidak, sering berIikir dalam atau
melalui bahasa Inggeris, lantas mereka melakukan kesalahan bahasa baik pada peringkat sistem
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


atau struktur bahasa mahupun pada peringkat leksikal dan bentuk kata. Katanya, masalah
kecelaruan lebih jelas apabila bahasa kedua (bahasa Inggeris) digunakan sebagai alat pemikiran
yang utama. Pada waktu yang sama mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai `bahasa
terjemahan.'

Bahasa Melayu digunakan tidak lebih untuk `menterjemahkan Iikiran' yang dibentuk
dalam bahasa Inggeris. Dalam keadaan itu peraturan sistem bahasa Inggeris yang mewakili cara
berIikir dan budaya pengucap asli bahasa itu cuba digunakan atau ditiru dalam bahasa Melayu.
Hassan berpendapat bahawa kecelaruan bahasa tidak semestinya bererti kesalahan bahasa saja.
Kecelaruan ini berlaku `apabila terdapat peraturan-peraturan bahasa, biasanya peraturan yang
preskriptiI, yang tidak konsisten atau yang tidak sesuai dengan sistem bahasa Melayu yang
asli.' Atau lebih jelas apabila bahasa yang digunakan itu menyalahi peraturan bahasa `asli' bahasa
Melayu.

Katanya, `orang Melayu makin lama makin tidak berIikir atau tidak pandai berIikir lagi
dalam bahasanya sendiri.' Lantas mereka menggunakan bahasa kedua, khususnya bahasa
Inggeris sebagai `bahasa Iikiran' mereka dan ini menyebabkan mereka membuat pelbagai
kesalahan dalam bahasa Melayu. Apabila `sistem' bahasa Inggeris mempengaruhi pengguna
bahasa, ayat dan kata-kata bahasa Inggeris mulai bercampur-baur dengan ayat dan kata-kata
bahasa Melayu. Apabila orang Melayu mulai bergantung pada kata-kata leksikal dalam bahasa
Inggeris, maka bahasa rojak akan berleluasa.


Bagaimanapun, kata Hassan, tiga perkara harus diambil perhatian apabila kita bercakap
tentang bahasa rojak. Pertama, bahasa rojak bukan bahasa kacukan seperti bahasa Creol dan
Pidgin atau bahasa Melayu pasar. Malah, jikalau dikaji kebanyakan ayat, Irasa atau kata-kata
yang digunakan tidak salah dari segi bentuk dan strukturnya. Kedua, bahasa rojak tidak
semestinya digunakan oleh mereka yang lemah bahasa Inggeris atau bahasa Melayunya. Ketiga,
bahasa rojak digunakan hanya dalam bentuk komunikasi lisan tetapi tidak dalam bentuk tulisan.

!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


Jikalau begitu keadaannya, bahasa rojak masih belum terlalu serius dan masih boleh
diperbaiki. Paling penting ialah orang Melayu harus menggunakan bahasa Melayu sebagai alat
pemikiran utamanya bagi mengelakkan kecelaruan berIikir dan menggunakan bahasa. Beliau
juga mencadangkan agar bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah tidak harus ditumpukan
hanya sebagai sistem linguistik tetapi juga diajar sebagai sistem atau alat pemikiran dan budaya.


1.5 ANTARA BAHASA RO1AK DAN KATA SERAPAN

Timbul kekeliruan pada sesetengah kalangan yang salah Iaham akan Ienomena bahasa rojak ini.
Mereka yang salah Iaham ini menyamakan Ienomena bahasa rojak dengan pengambilan atau
penyerapan kata atau istilah asing sehingga timbul tanggapan yang tidak benar kepada golongan
yang memperkatakan isu kerancuan bahasa yang secara popular disebut bahasa rojak itu.

Timbul dakwaan bahawa orang yang sibuk memperkatakan bahasa rojak sebagai orang
yang tidak memahami sejarah perkembangan bahasa dan tidak sedar akan adanya sekian banyak
kata daripada bahasa asing dalam bahasa Melayu sejak ratusan tahun lalu. Lebih berat lagi, ada
yang menuduh bahawa orang yang memperkatakan bahasa rojak ialah orang yang emosional dan
tidak melihat kenyataan di hadapan mata, iaitu tidak sedar akan adanya belasan ribu kata dalam
bahasa Melayu yang asalnya daripada bahasa asing.

Maka ada pula yang menyarankan agar dijalankan kajian sama ada bahasa Melayu telah
menerima kata-kata asing atau tidak. Malah seorang penyanyi dan penggubah lagu sampai
mengatakan bahawa ucapan salam dalam bahasa Arab itu menunjukkan bahawa bahasa Melayu
memang telah lama menerima kata asing dan oleh itu tidak patut timbul isu bahasa rojak.

!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


Sungguh dahsyat kekeliruan yang timbul. Sebenarnya Ienomena penerimaan kata dan
istilah daripada bahasa asing tidak ada kaitannya dengan isu bahasa rojak. Kedua-duanya itu
merupakan Ienomena yang lain sama sekali. Pengambilan kata dan istilah daripada bahasa asing
ialah Ienomena yang lumrah berlaku dalam mana-mana bahasa dan Ienomena itu diterima
sebagai Iitrah bahasa. Menurut kajian, bagi bahasa Inggeris yang dianggap bahasa yang besar
dan hebat itu pun, lebih 60 peratus kosa katanya atau perbendaharaan katanya berasal daripada
kata asing.

Namun demikian, pengaruh bahasa asing itu tentulah diserapkan dan diambil secara
sistematik. Maknanya, pengaruh bahasa asing itu ditapis melalui sistem bahasa Melayu, baik
dalam hal Ionologi mahupun morIologinya, sehingga tidak kelihatan atau kedengaran asing lagi
supaya sesuai dengan siIat bahasa Melayu. Akhirnya kosa kata bahasa asing itu diterima pula
sebagai sebahagian khazanah bahasa Melayu dan tidak dianggap kata asing lagi. Hal ini sama
sahaja halnya dengan yang berlaku dalam bahasa Inggeris.

Dalam bidang linguistik, Ienomena pengambilan kata dan istilah daripada bahasa asing
itu dinamai peminjaman (borrowing), atau di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), istilah yang
digunakan ialah penyerapan atau pengambilan. Menarik tetapi lucu bagaimana kedua-dua istilah
itu timbul. Dalam beberapa seminar dan kursus yang dianjurkan oleh DBP, agak kerap
ditimbulkan oleh sesetengah orang yang menggunakan logikanya sebagai orang awam tentang
kesesuaian istilah peminjaman bahasa itu. Ada yang menyoal: Bilakah agaknya kata-kata yang
dipinjam itu akan atau perlu dikembalikan? Walaupun tidak menganggap istilah peminjaman itu
salah, barangkali untuk mengelakkan salah Iaham sesetengah orang, maka DBP, sejak lebih dua
dekad yang lalu, memilih istilah penyerapan dan pengambilan.

Dalam mana-mana bahasa pun, Ienomena penyerapan dan pengambilan ini memang
tidak dapat dan tidak perlu dielakkan. Tujuannya, tidak lain dan tidak bukan, ialah untuk
kemajuan bangsa. Namun, Ienomena bahasa rojak atau bahasa yang tidak keruan, iaitu yang
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


tidak teratur percampurbaurannya itu, ialah satu ragam bahasa yang tidak menurut sistem.
Keseluruhan unsur bahasa asing itu memang dalam bentuk asalnya dan dicampurkan dalam
wacana atau ujaran bahasa Melayu, seperti dalam percakapan, mesyuarat, ceramah dan
sebagainya. Misalnya, dalam satu ayat yang pada asasnya ayat Melayu, dimasukkan beberapa
patah kata bahasa asing atau beberapa Irasa bahasa asing sehingga bercampur-baurlah ayat itu
antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

Fenomena itulah yang dikatakan oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai 'sekerat ular
sekerat belut'. Sebenarnya, jika unsur bahasa asing diambil dan digunakan dengan bersistem,
tidak ada masalahnya. Misalnya, kata Ienomena. Asal kata ini daripada bahasa Inggeris tetapi
setelah diubahsuai ejaan dan sebutannya, kata ini telah diterima menjadi bahasa Melayu. Begitu
juga kata sains, teknologi, atom dan ratusan ribu lagi kata dan istilah ilmu yang telah diserapkan
ke dalam bahasa Melayu.

Penggunaan kata dan istilah itu tidak wajar dikatakan sebagai bahasa rojak. Kekeliruan
ini perlu dijelaskan kepada masyarakat supaya tidak timbul perbalahan yang sia-sia. Sebenarnya,
kajian tentang Ienomena pengambilan kata daripada bahasa asing ini sudah begitu banyak
dilakukan oleh para sarjana. Oleh itu tidak sepatutnya, walau sesiapa pun, terburu-buru
mengatakan bahawa tidak ada kajian yang dijalankan tentang hal tersebut, semata-mata kerana ia
tidak mempunyai maklumat atau tidak tahu akan adanya sekian banyak kajian itu.

. Fenomena menggunakan bahasa Melayu yang bercampur-aduk dengan bahasa Inggeris
dalam ayat atau wacana, yang dikenal sebagai bahasa rojak itu dapat diterima sebagai kenyataan
dalam kehidupan sehari-hari, selama penggunaannya terbatas dalam suasana tidak rasmi,
misalnya dalam perbualan, gurau senda dan sebagainya. Namun, apabila Ienomena itu berlaku
dalam wacana yang rasmi siIatnya, seperti dalam mesyuarat di jabatan kerajaan, maka telah
berlaku kesalahan memilih ragam bahasa yang sesuai dan telah berlaku kepincangan dalam adab
berbahasa.
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


1.7 KAEDAH MENGATASI BAHASA RO1AK

Ada saranan yang menganjurkan kuasa diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, badan
pemerintah yang memantau kegunaan bahasa melayu di Malaysia, untuk menguatkuasakan
perundangan yang mungkin diperkenalkan oleh Kementrian Pendidikan kelak. Namun apakah
semua ini perlu? Dan sejauh mana perundangan ini akan berkesan?


'Pertumbuhan bahasa tidak bergantung kepada perundangan. Tapi seperti di Malaysia, di
dalam keadaan begini, perlu terdapat satu agensi penguatkuasaan. Dari segi menguatkuasakan
penggunaan bahasa dalam ruang-ruang tertentu, terutama sekali dalam ruang-ruang publik
kerana bahasa itu didedahkan kepada orang awam.


Dewan Bahasa dan Pustaka disarankan diberi kuasa untuk menyaman pihak-pihak seperti
agensi periklanan, syarikat-syarikat cetak dan stesen-stesen televisyen, yang salah menggunakan
Bahasa Melayu. Apakah sistem kawalan seperti ini berkesan bagi memantau pihak media, di
manakah kelemahannya? 'Perundangan ini boleh diguna-pakai untuk penulisan dari segi
pencetakan dan penulisan bahasa. Tapi kalau bahasa lisan, ini agak sukar. Sebab kita tidak boleh
mengawal perhubungan lisan di antara masyarakat. Dan kita tidak boleh juga dari satu segi,
rancangan-rancangan yang berkontekskan sesuatu isu, satu sub-group yang menggunakan bahasa
rojak.
Fenomena bahasa rojak ini adalah sebahagian daripada budaya generasi kini, yang susah
untuk dikekang, disebabkan pengaruh teknologi dan pendedahan kepada budaya asing. Namun
langkah-langkah tetap perlu diambil agar ada kesedaran di kalangan generasi muda untuk tidak
melupakan bahasa dan budaya mereka yang sebenar dan yang tidak seharusnya pupus pada
masa hadapan.

!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u



Fenomena bahasa rojak adalah antara contoh yang paling jelas memperlihatkan gagalnya
usaha untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik` (yang dikejar tak dapat) dan gagal juga
untuk berbahasa Melayu dengan baik (yang dikendong mula tercicir).


Fenomena bahasa rojak yang diibaratkan sebagai bahasa sekerat ular sekerat belut`
oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Y. B. Dato' Dr. Rais Yatim, merupakan satu
gejala krisis identiti yang serius. Krisis identiti ini merupakan sebahagian daripada krisis
kebudayaan yang meliputi krisis nilai yang lambat laun boleh menyebabkan kita kehilangan hala
tuju dalam kehidupan sosial dan rohaniah. Jadi beberapa cadangan dan tindakan boleh diambil
bagi membendung masalah ini diantaranya ialah;

. Penggunaan bahasa yang baik dan santun hanya dapat dibudayakan melalui pendidikan.
Oleh sebab itu semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah
generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan
bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Di sekolah dan di
institusi pendidikan yang lain, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu
yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan
dalam kehidupan.

Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur dan berkesan.
Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius
harus dikikis dalam kalangan pelajar. Guru pula patut dapat menjadi contoh yang baik dalam hal
penggunaan bahasa yang teratur. Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang baik
perlu terus diberi penekanan. Tidak patut timbul anggapan salah bahawa pelajar telah belajar
bahasa selama 11 tahun di sekolah dan oleh itu di maktab dan di universiti tidak perlu lagi
ditekankan kursus bahasa. Akibatnya ialah kegagalan kita melahirkan lepasan universiti yang
mampu berbahasa dengan baik dan berkesan, baik secara lisan mahupun dalam tulisan..
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u



Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib untuk
memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada
papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Demikian juga
bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan,
taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Jika ada
keperluan menggunakan bahasa asing atas sebab tertentu yang munasabah, maka bahasa Melayu
mestilah diutamakan, baik dalam pengacaraan majlis, dalam ucapan dan juga pada latar pentas
dan sekitaran majlis.

Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini telah menyerahkan draI Garis Panduan
Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan dan Majlis Rasmi kepada Menteri Pelajaran dan
diharapkan agar garis panduan itu dapat diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai panduan
penggunaan bahasa yang baik, sama ada daripada sudut pengutamaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mahupun daripada sudut mutu bahasa yang digunakan.
Serentak dengan itu, mutu bahasa yang digunakan dalam semua bidang pentadbiran hendaklah
dikawal dengan tegas.

Dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu, badan atau agensi yang diberi
amanah perlu tegas. Sebagai contoh, Undang-undang Kecil Pengiklanan di Tempat Awam
mensyaratkan pengutamaaan bahasa Melayu dan bahasa Melayu yang digunakan mestilah yang
betul, malah disyaratkan supaya mendapat pengesahan DBP lebih dahulu. Dalam bidang
penyiaran pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertanggungjawab memastikan garis
panduan yang mensyaratkan 60 siaran mestilah dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen
radio dan televisyen swasta dan di samping itu mestilah dalam bahasa Melayu yang terkawal.

!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


Hingga kini, tampaknya mutu bahasa Melayu dalam bidang-bidang itu masih sukar
dikawal biarpun DBP menawarkan khidmat nasihat bahasa, memberikan kursus bahasa terus-
menerus, mengirimkan surat teguran dan juga memberikan anugerah dan hadiah sebagai
pengiktiraIan. Kita akuilah hakikat bahawa belum meluas kesedaran dan budaya berbahasa yang
baik dan berkesan dalam kalangan sebilangan anggota masyarakat kita. Bahasa sebenarnya
belum lagi dihargai sebagai 'jiwa bangsa'. Pantun 'Yang kurik kundi, yang merah saga; yang
cantik budi yang indah bahasa' belum sebenar-benarnya dihayati oleh semua orang.

Selain itu, yang jauh lebih penting ialah keazaman politik dalam pelaksanaan dasar
bahasa di negara ini. Jika para pemimpin memperlihatkan iltizam yang teguh dan jelas tentang
keutamaan bahasa Melayu dan tentang mutu bahasa Melayu dalam ranah-ranah utama kehidupan
di negara ini, maka saya yakin bahawa semua jabatan kerajaan dan pihak lain akan bersungguh-
sungguh melaksanakan bahasa kebangsaan dan pada waktu yang sama peka akan mutu bahasa
yang digunakan. Kita berdoalah bersama-sama agar iltizam Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai warisan bangsa dan negara yang agung
menjadi kenyataan dan didukung oleh semua pihak, terutama pucuk pimpinan negara sendiri.

Kerajaan perlu bertegas dalam menangani isu bahasa rojak jika mahu kedaulatan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikekalkan. Tokoh akademik dan pemimpin pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) berpendapat, jika tidak dikawal semangat slogan `Bahasa Jiwa Bangsa?
akan luntur khususnya di kalangan generasi akan datang. Mereka bimbang, memandangkan
penggunaan bahasa rojak digunakan secara meluas termasuk di media elektronik.


Sehubungan itu, mereka mencadangkan badan pemantau bahasa ditubuhkan atau
memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertindak mengikut undang-undang
jika terdapat mana-mana pihak menggunakan bahasa rojak secara Iormal. Pensyarah di Jabatan
Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putera Malaysia (UPM), ProI.
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


Madya Dr. Musa Abu Hassan menegaskan semua pihak mesti bekerjasama dalam usaha
menghapuskan penggunaan bahasa rojak terutamanya di media dan majlis rasmi kerajaan.

Bahasa Inggeris berjaya dimartabatkan oleh British tanpa ada campuran atau dirojakkan,
jadi kita mesti menunjukkan bahasa Melayu yang sebenar dalam urusan kita.
Jangan dicampuradukkan, jika ingin menggunakan bahasa Melayu, gunakan sepenuhnya begitu
juga bahasa Inggeris. Bahasa yang rosak mencerminkan bangsa yang rosak,? katanya kepada
Utusan Malaysia . Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahasa penggunaan bahasa Melayu kini
semakin luntur disebabkan sikap tidak peka masyarakat yang merosakkannya dengan
menggunakan bahasa rojak.

Lebih teruk, katanya, golongan itu tidak sedar mengenai kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Negara. Isu bahasa rojak
kembali mendapat perhatian umum ekoran pengharaman lagu seperti Seksis dan Diva nyanyian
Anita Sarawak dan Tipah Tertipu nyanyian RuIIedge oleh Radio dan Televisyen Malaysia
(RTM) kerana mempunyai unsur bahasa rojak.

Pakar bahasa dan linguistik Melayu, ProI. Emeritus Datuk Dr. Nik SaIiah Karim berkata,
badan khas tersebut sangat penting sebelum masalah bahasa Melayu semakin rumit dan sukar
untuk di atasi terutamanya di sektor swasta. Katanya, badan tersebut perlu dianggotai oleh ahli-
ahli bahasa, pegawai-pegawai DBP dan wakil-wakil daripada Kementerian Penerangan.
?Tidak semestinya badan khas itu dibuat secara Iormal, tapi yang penting ada jawatankuasa khas
yang bertindak sebagai pemantau masalah bahasa dan pelaksanaannya di Malaysia,? katanya.

Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Dr. Siti
Zobidah Omar berkata, penggunaan bahasa rojak boleh mempengaruhi penulisan individu tanpa
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


disedari. Katanya, penggunaan bahasa rojak untuk komunikasi seharian juga boleh menghadkan
perbendaharaan kata sedangkan bahasa Melayu kaya dengan unsur tersebut.

Setiausaha Agung Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), ProI Madya Zainal
Abidin Borhan berkata, kerajaan perlu membuat pindaan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
?ujukan untuk pindaan boleh dibuat kepada badan khas bahasa atau menjadikan badan-badan
penulis atau DBP sebagai konsultan supaya akta itu mempunyai bidang kuasa yang lebih luas.
Ini kerana akta itu tidak mempunyai peruntukan penguatkuasaan dan perlu ada pindaan dengan
bantuan badan khas supaya DBP misalnya, diberi kuasa penguatkuasaan bahasa yang terkandung
dalam akta tersebut`, katanya.

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Dr. Awang Sariyan berkata, sudah tiba masa
kerajaan memberi peluang lebih besar kepada ahli-ahli bahasa dan akademik membuat keputusan
dalam isu bahasa. Terserah kepada kerajaan untuk memberi peluang yang bagaimana, kepada
ahli-ahli akademik tetapi penyelesaian isu bahasa rojak perlu melibatkan golongan ini.Kami
boleh menjadi penasihat kepada kerajaan menerusi kepakaran yang ada sebab penyelesaian
masalah bahasa sedikit sebanyak memerlukan orang-orang bahasa, katanya.

Kekeliruan masyarakat terhadap kepentingan dan peranan yangdimainkan oleh bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris perlu dileraikan agarbahasa Melayu tidak terkubur dan dikuburkan
di negaranya sendiri.Menyedarkan masyarakat bahawa bahasa Melayu penting sebagai
wahana pembinaan negara bangsa yang memerlukan pengisian ilmuyang bukan sedikit, dan
bahasa Inggeris penting sebagai alat untuk mencungkil ilmu daripada bahasa asing demi
pembangunan negara, dan bahasa Melayu penting sebagai unsur pemersatu bangsa serta sebagai
simbol identiti bangsa Malaysia merupakan tugas yang bukan kepalang besarnya kepada DBP.

!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


Tentangan yang cukup hebat ini perlu ditangani secara yang lebih strategik bukan hanya
oleh DBP tetapi juga oleh semua penggiat, pencinta, dan pejuang bahasa agar yang dikendong
tidak tercicir, yang dikejar ada pulangannya dalam pembangunan negara. Sejak tersiarnya berita
bahawa kabinet telah meluluskan agar DBP diberikan kuasa penguatkuasaan pada 4 Oktober
2006 yang lalu, DBP dihujani dengan perlbagai pertanyaan dan persoalan oleh pengguna
bahasa, terutamanya dari kalangan para wartawan dan peniaga. Mereka inginkan garis panduan
tentang bentuk bahasa salah yang boleh dikenakan denda. Ramai yang tidak dapat membezakan
situasi Iormal dan tidak Iormal sehinggakan ada yang membesarkan cerita bahawa DBP
akan mengenakan denda kepada sesiapa jua yang menggunakan bahasa salah atau bahasa rojak
walaupun dalan situasi tidak Iormal.


Ini bermakna, satu garis panduan yang jelas tentang maksud situasi Iormal dan tidak
Iormal perlu disediakan dan diedarkan kepada masyarakat. Disamping itu, kaedah pelaksanaan
penguatkuasaan yang akan dijalankan berhubung dengan penyalahgunaan bahasa kebangsaan,
khususnya pelaksanaan teguran atau arahan untuk membaiki penyalahgunaan bahasa dalam
keadaan tertentu, seperti pertuturan (contohnya juruhebah radio, pembaca berita, atau pengacara
televisyen), penerbitan buku atau penulisan, percetakan dalam akhbar harian, penyiaran apa-apa
rancangan dalam media elektronik, kandungan dalam internet, dan sebagainya perlu disediakan.


Dengan melebarnya tugas DBP, khususnya dalam konteks memberikan teguran, khidmat
nasihat bahasa, dan tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang ingkar terhadap
peraturan dan panduan yang disediakan, keperluan pertambahan jawatan, kepakaran, dan
peralatan merupakan Iaktor yang memang sudah dijangkakan. Perancangan dan tindakan bagi
menghadapi keperluan ini perlu dilakukan segera.


Sesuatu yang baru yang melibatkan denda pula biasanya akan menimbulkan kontroversi
dalam kalangan pengguna bahasa, terutama golongan yang kurang memahami seluruh isu yang
dibicarakan, termasuklah golongan yang kurang yakin dan memandang remeh terhadap
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


kepentingan mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu. Disamping perlu menambah jawatan dan
kepakaran untuk melaksanakankerja pemantauan bahasa kepada pengguna bahasa di luar sana,
DBP juga perlu lebih berhati-hati dan prihatin dengan kepakaran dan kemahiran staInya untuk
menghasilkan produk DBP agar mencapai kecacatan siIar; sekiranya DBP juga menghasilkan
produk dan perkhidmatan yang separa masak, wibawa dan kuasa yang ada pasti akan
mencetuskan pertikaian.


1.7 PENUTUP

Bahasa rojak ialah Ienomena bahasa kacukan semasa yang berkaitan dengan percampuran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dimana menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
dasarnya.Bahasa rojak boleh dirumuskan sebagai satu variasi atau satu ragam bahasa basahan
yang dapat diterima penggunaannya dalam suasana tidak rasmi. Apabila ragam bahasa itu
digunakan dalam urusan yang rasmi, maka timbullah masalah kesalahan pemilihan ragam bahasa
dan secara khusus masalah itu berkaitan dengan masalah keracunan atau kesalahan bahasa.


Sesungguhnya Bahasa rojak ini banyak diperkatakan dalam kalangan masyarakat Melayu
kini. Ada pandangan yang mengatakan bahawa kemunculan bahasa rojak tidak dapat dielakkan.
Bahasa perlu dinamis untuk berkembang. Bahasa rojak adala sebahagian daripada akibat
langsung `penciptaan semula' bahasa Melayu yang dalam proses perkembangannya yang pesat.
Malah, seperti juga bahasa-bahasa utama dunia yang berdepan dengan krisis, ekoran ragam
bahasa di dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan internet, bahasa Melayu harus juga
berdepan dengan masalah kecelaruan berikutan penggunaannya yang meluas dan oleh pelbagai
kalangan. Apa yang membezakan bahasa itu ialah laras dan ragamnya sesuai dengan taraI
penguasaan pengguna atau situasi penggunaannya. Ada yang berpendapat asal bahasa Iormal
dapat dipertahankan, memadailah.


!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


Bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang besar dan diiktiraI oleh dunia sebagai bahasa
antarabangsa pada suatu zaman dahulu. Sepatah kata Francois Valentyn, iaitu sarjana Belanda
yang menulis sejarah bangsa di bahagian timur dunia pada abad ke-18, bahasa Melayu sungguh
luas daerah penggunaannya hingga sesiapa jua yang datang ke alam Melayu perlu mempelajari
dan menguasainya; malah orang yang tidak menguasainya dianggap orang yang tidak terpelajar.


Demkian juga, bahasa Melayu telah menjadi bahasa hubungan diplomatik apabila segala
surat dan perjanjian antara kerajaan di alam Melayu dengan kerajaan atau pihak lain di luar alam
Melayu semuanya ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Tentulah yang menjadikan
bahasa Melayu demikian besarnya itu ialah bahasa yang teratur, terkawal dan berkesan pula,
iaitu bahasa yang baku dan rasmi. Hakikat ini perlu dipertahankan jika kita hendak menjadikan
bahasa Melayu bahasa yang mampu menjadi bahasa dunia moden. Usahlah diturunkan darjat
bahasa Melayu yang sudah mencapai taraI bahasa tinggi itu dengan mencemarkannya, atas nama
perkembangan bahasa, Iesyen semasa atau kebebasan dan hak asasi menggunakan bahasa.















!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u



BIBILIOGRAFI

1. Abdullah Hassan (Ed.). 1999. !erancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Abdul Rahim Bakar & Awang Sariyan. 2005. $:ara !ef:ang Bahasa:Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
3. Azman Wan Chik. 1982. Trend-Trend Bar: dalam Bidang !endidikan Bahasa. Analisi
Kesilapan Bahasa dan Kafian-kafian yang Berdekatan Dengannya. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
4. Asmah Hj. Omar. 1982. ah: Melay: M:takhir. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala
Lumpur.
5. Abdul Ghalib Yunus. 2003. Kasalahan, Kesilapan, dan Kekelir:an Bahasa. Jurnal
Dewan Bahasa 3 (12): 27.
6. Awg. Sariyan. ( 1996 ). arna dan $:asana !erancangan Bahasa Melay: di Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
7. AsraI (Ed.). Manifesto B:daya. !:p:s Bahasa !:p:slah Bangsa. Kuala Lumpur:
Persatuan Linguistik Melayu.
8. Awang Sariyan. 2005. akikat Bahasa dan Realisasi F:ngsinya dalam !embinaan dan
!enakatan Tamad:n. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
9. Hassan Ahmad. 2000. mbasan. K:ala L:mp:r. Dewan Bahasa dan Pustaka.
10.Johari Bujang. 1997. Rofak Melay: M:ngkin Tidak Laku. Pelita Bahasa 9 (7): 3-4.
11.Nik SaIiah Karim dan rakan-rakan. 2003. Tatabahasa Dewan. Edisi Bar:. Dewan Bahasa
dan Pustaka : Kuala Lumpur.
12.Noresah Baharom. 2006. Lima Dekad Merancang dan Meredah $am:dera Bahasa. Klik
Jun 2006, Berta Harian.
13.Noresah Baharom. 2006. Remp:han Globalisasi dan !emerkasaan Bahasa Melay:.
Utusan Malaysia, 22 Jun 2006.
14.ProIesor Datin Dr Rahmah Hj Bujang .Kecelar:an Bahasa Rofak Ahad, May 02, 2004
dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


15.Teo Kok Seong. 2001. Bahasa Melay: Rofak s: Jati Diri dlm.Rakaman Rampai !agi.
Malaysia Dar:ssalam.
16.Wong Khek Seng. 1991. !en:karan Kod Dalam !erb:alan. Jurnal Dewan Bahasa 35
(12): 1052-1060.

















!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u


UNIVLkSI1I kL8ANGSAAN MALASIA






kCGkAM 8Lk1LkUSAN (IAkAk IAUn)
IAkUL1I SAINS SCSIAL DAN kLMANUSIAAN
IIA2An SAkIANA MUDA SAS1LkA
LNGAIIAN 8AnASA MLLAU
DISLDIAkAN CLLn
IAMNAn 81 A8D MANAI G800679
SkM8 3183
LkSCALAN DAN LkMASALAnAN 8AnASA MLLAU
1AIUk 1UGASAN
8AnASA kCIAk ISU DAN LkMASALAnANNA DALAM 8AnASA
MLLAU
DISLDIAkAN UN1Uk
UAN SA'ADIAn MA'ALI


!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u






PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberikan kami kesihatan yang
baik, masa dan kematangan Iikiran untuk menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih yang
rasanya tidak saya mampu untuk balas kembali hingga ke akhir hayat kami kepada pensyarah
kursus SKMB 3233 (Sejarah Bahasa Melayu) Pn Sa`adiah Maa`lip di atas bantuan yang begitu
besar, bimbingan, teguran dan nasihat yang amat berguna sepanjang tugasan ini. Malah tidak
lupa juga kepada ahli keluarga kami dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu
serta memberikan galakan semangat kepada kami untuk menyempurnakan tugasan ini . Terima
kasih juga kami ucapkan kepada pihak dekanan FSSK dan pihak Perpustakaan Tun Lanang
UKM kerana telah memberikan kami kerjasama dalam dapatan bahan, sumbangan idea,
pendapat dan teguran bagi menyempurnakan tugasan ini.
.
Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak
langsung dalam membantu kami untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanatkan ini dengan
jayanya .

Sekian. Terima Kasih.






i
!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u

2

KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

1.0PENGENALAN 1-2
1.1 BAHASA RO1AK 3-7
1.2.ISU -ISU BAHASA RO1AK 8-11
1.3.BAHASA RO1AK SEBAGAI SATU BENTUK 11-14
KERANUAN BAHASA
1.4.PUNA PENUTUR GUNA BAHASA RO1AK 14-16
1.5.ANTARA BAHASA RO1AK DAN BAHASA SERAPAN 16-18
1.6.KAEDAH MENGATASI BAHASA RO1AK 19-26
1.7.PENUTUP 26-27
1.8 BIBLIOGRAFI 28-29

!AMnAP A8u MAnAl C800679 SkM83183 L8SCALAn uAnL8MASALAPAn uALAM 8APASA MLLA?u

3

Você também pode gostar