Você está na página 1de 34

1.0 Pengenalan Sistem pendidikan adalah penting untuk memperkukuh daya saing Negara dan membangunkan 1 Malaysia.

Pendidikan merupakan asas tunjang kepada pembentukan perpaduan sesebuah negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Seperti mana yang kita ketahui, penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Penduduk majoritinya terdiri daripada orang melayu, orang cina dan india. Semua penduduk Malaysia yang terdiri pelbagai kaum ini perlu disatukan agar perpaduan rakyat dapat dibina dengan kukuh demi kesejahteraan Negara dan rakyat. Jadi, untuk memiliki sebuah Negara yang aman dan harmoni, perpaduan harus dicari, dibina, diurus dan dikawal dengan baik agar kestabilan dan keharmonian dapat dicapai, dan ianya bukan adalah satu anugerah yang diberi oleh sesiapa pun. Oleh hal yang demikian, pendidikan merupakan salah satu komponen yang sangat penting, berkesan dan ampuh sebagai dasar yang utama dalam membentuk perpaduan di Negara ini. Pendidikan di Malaysia telah dijadikan wahana untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum semenjak sebelum merdeka lagi, sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Penyata Razak1956, diikuti pula dengan masalah perpaduan dan hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) dengan ciri-ciri sekolah perkasa. Pendidikan yang berteraskan perpaduan ini telah menjadi cabaran negara kita dalam usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara. Status sekolah kebangsaan akan terus diperkukuhkan lagi bagi menjadikannya sebagai sebuah sekolah pilihan kepada semua rakyat Malaysia melalui peningkatan piawaian dan merapatkan jurang prestasi antara sekolah kebangsaan.

Walaupun telah jelas menunjukkan Dasar Pendidikan Negara adalah bertujuan untuk menyatupadukan rakyat, namun tidak dapat dinafikan pelbagai isu telah timbul dalam merealisasikan matlamat tersebut. Isu yang timbul telah menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kekurangan yang jelas dalam pelaksanaan dasar pendidikan Negara. Kekurangan ini telah memberi pelbagai cabaran yang perlu diselesaikan bagi memastikan matlamat dasar pendidikan negara dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, semua pihak harus berganding bahu untuk memastikan matlamat dasar pendidikan Negara tercapai.

2.0 Konsep dan Pengertian Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam erti kata lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd mentakrifkan bahawa perpaduan adalah penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal bersepadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Menurut kamus dewan 1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Menurut Abd. Rahman bin Daub: 1999:15 menyatakan bahawa pendidikan atau education dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Latin educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh anak. Dalam buku yang sama turut memuatkan beberapa pendapat tokoh tentang pendidikan. Abdul Rahman dan Zakaria : 1987 menyatakan bahawa Pendidikan bukanlah merupakan satu ojek atau benda fizikal tetapi sebagai satu idea. Pendidikan adalah khusus dalam apa juga keadaan yang menunjukan gabungan alam semulajadi dengan manusia. Mereka belajar melalui pengalaman dan perjumpaan dengan alam (Alder:1970). The process of installing something into human being (Syed Muhamad Naquid:1980). Manakala menurut Article 26(2) of the Universal Declaration of Human Right 1984 states that education shall be directed to the full development of the human personality and to the strengthening of respect for human rights and fundamental freedoms. It shall promote understanding, tolerance, and friendship among all nations, racial or religious groups and shall futher the activities of the limited nations for the maintenance of peace. Oleh sebab itu, pendidikan merupakan asas tunjang ke arah pembentukan perpaduan Negara. Hal ini adalah kerana menerusi pendidikan, perpaduan dapat dibina dan disemai ke dalam diri para pelajar oleh guruguru di sekolah. Oleh itu, majulah perpaduan untuk Negara.

3.0 Isu-isu berkaitan 3.1 Penyertaan aktiviti kokurikulum yang tidak menyeluruh dari kalangan pelajar. Kokurikulum merupakan aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah dan ada juga yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Secara asasnya, gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Md. Aris Mansor (1985) dalam Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum menyatakan bahawa kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Antara kegiatan yang dijalankan ketika kokurikulum ialah kegiatan sukan dan permainan, persatuan, kelab dan badan beruniform. Gerak kerja kokurikulum diasaskan berdasarkan beberapa faktor seperti, semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan, semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya, semua murid harus mempunyai perseimbangan di antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani, serta sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat. Melalui kokurikulum, bakat-bakat dan potensi terpendam yang ada dalam diri pelajar dapat dicungkil dan dikembang bagi memajukan diri pelajar tersebut. Dalam masyarakat di Malaysia, perbezaan budaya, kepercayaan agama dapat dilihat kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Oleh itu, perkara-perkara sedemikian sudah tentu akan mempengaruhi perspektif pelajar dalam membuat sesuatu perkara dan ianya boleh membawa kepada prasangka. Jurang perbezaan pendapat dapat dikurangkan melalui aktiviti kokurikulum kerana ia mampu membuka ruang kepada para pelajar untuk saling mengenali dan memahami budaya dan kehidupan masing-masing. Nilai integriti yang ditunjukkan dalam aktiviti kokurikulum mampu membantu ke arah pembentukan perpaduan dari segi sikap, budaya, adat dan sebagainya. Menerusi aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan, para pelajar dapat mengasah bakat mereka dalam bidang sukan selain membantu mengekalkan tahap kecergasan mental dan fizikal. Apabila mental dan fizikal pelajar sihat, maka mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang akademik. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah. Namun, sambutan yang diberikan oleh pelajar terhadap aktiviti kokurikulum ini amat mengecewakan. Walaupun kokurikulum ini merupakan salah satu alat bagi mencapai perpaduan, namun perpaduan sukar dicapai disebabkan sambutan yang tidak menggalakkan daripada kalangan pelajar. Apabila aktiviti kokurikulum dijalankan, maka para pelajar dapat berkumpul dalam satu kumpulan yang mana kumpulan-kumpulan tersebut dianggotai oleh pelajar dari pelbagai kaum dan etnik.

Namun, masih ramai lagi pelajar yang tidak mahu menyertai kegiatan kokurikulum kerana mereka berpendapat kegiatan kokurikulum ini hanya membuang masa. Oleh itu, tidak ramai pelajar yang dapat dikumpulkan. Justeru, semangat perpaduan yang sepatutnya diperolehi daripada aktiviti kokurikulum tidak dapat dicapai. Aktiviti kokurikulum bukan sahaja diharapkan dapat membentuk perpaduan dalam kalangan pelajar malah dapat membentuk jati diri dalam diri para pelajar. 3.2 Polarisasi kaum dalam kalangan pelajar Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, setiap bangsa mempunyai latar belakang kebudayaan, agama, adat serta cara hidup yang berbeza. Perbezaan ini tidak dapat dihapuskan kecuali dengan mengiktiraf dan akur akan kewujudan semua perbezaan ini. Perspektif terbuka dan sikap lapang dada mengakui dan menghormati perbezaan selain daripada mencari persamaan dan bekerjasama dalam hal-hal yang boleh dipersetujui bersama adalah merupakan sikap fundamental yang harus wujud dalam masyarakat Malaysia. Kepentingan bagi Negara untuk mewujudkan masyarakat yang saling bantu membantu dan bekerjasama dalam hal sepakat dan muafakat, saling hormat menghormati serta akur terhadap perbezaan dan kelainan budaya dan agama. Walaupun hal ini difahami oleh masyarakat Malaysia, namun masih lagi tetap berlaku polarisasi kaum di Malaysia. Polarisasi berlaku tidak kira tempat. Namun yang dapat dilihat dengan jelas, polarisasi kebanyakan berlaku di sekolah dan di institut-institut sedemikian berlaku?. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan kaum pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini,masih ada lagi para ibu bapa yang kurang yakin untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih yakin menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian. pengajian tinggi. Mengapa hal

Masalah polarisasi kaum di sekolah menengah dan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Hal ini terjadi kerana pelajar mempunyai latarbelakang dan kaum yang berbeza seperti kaum india, melayu, cina, kadazan, bajau, murut dan sebagainya. Pendedahan itu dilakukan oleh Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Husein Onn, Batu Pahat, Prof. Madya Ir. Dr. Amir Hashim dan Setiausaha MCA Bahagian Johor Bahru, Wee Ka Siong. Prof Madya Ir. Dr. Amir Hashim berkata, polarisasi itu berlaku apabila pelajar Melayu, Cina dan India hanya bergaul dengan rakan mereka yang sama kaum dengan mereka sahaja. Mereka tidak cenderung bergaul dengan kaum lain kerana mereka berasa tidak selesa bersama dengan kaum lain hingga menyebabkan perbualan mereka terbatas.

3.3 Sistem pendidikan Negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata Sistem pendidikan Negara terlalu berorientasikan peperiksaan? Adakah isu ini benar? Dalam kita mengharungi arus zaman kemodenan, pendidikan semakin meningkat maju dari semasa ke semasa. Sekolahsekolah dan pusat-pusat institut pengajian yang lain di Negara ini sudah semakin maju dengan dilengkapi dengan alat-alat belajar yang canggih-canggih seperti komputer, LCD dan sebagainya. Tapi bagaimana pula dengan sistem pendidikan yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa ini? Isu sistem pendidikan Negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan ini sering diperkatakan di dada-dada akhbar barubaru ini. Berbanding dengan Negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan sebagainya, sistem pendidikan di Malaysia masih lagi menggunakan peperiksaan sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang pelajar. Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dianggap mampu mencapai kecemerlangan hidup apabila mereka meninggalkan alam persekolahan. Pada 25 Jun 2010, Surat Khabar Utusan Malaysia telah melaporkan bahawa Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa berkemungkinan Kementerian Pelajaran Malaysia akan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR pada masa akan datang. Cadangan itu dibuat berikutan pandangan mengenai kaedah pelaksanaan sistem pendidikan negara masa kini terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding ke arah pencapaian Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat Kurikulum Sekolah Rendah dan Menengah itu sendiri hingga menyebabkan matlamat untuk mencapai perpaduan dan melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai. Isu ini dibangkitkan bukan bermaksud sistem pendidikan sekarang tidak memberi penekanan terhadap ilmu, sahsiah dan penerapan nilai, tetapi matlamat itu kadang kala menjadi perkara nombor 2 untuk dicapai. Matlamat paling utama, pelajar mesti lulus peperiksaan UPSR dan PMR dan mendapat keputusan yang cemerlang. Itu realitinya.

Tidak perlu saya sebutkan secara terperinci tetapi kita boleh lihat banyak program-program sokongan yang dilaksanakan atau dianjurkan oleh Kementerian atau Jabatan Pelajaran lebih menjurus kepada usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dan bukannya cemerlang secara menyeluruh. Hal ini tidak bagus kepada masyarakat kita pada hari ini lebih-lebih lagi kepada generasi pada masa akan datang. Akibat daripada itu, timbul pelbagai tekanan dan beban kepada para pelajar terutamanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan. Tekanan yang dimaksudkan itu mungkin datang daripada guru, ibu bapa, rakan sekolah atau diri sendiri. Selain itu, pendidikan berorientasikan peperiksaan juga turut memberi tekanan kepada guru-guru untuk melaksanakan pelbagai program yang dirancang oleh Kementerian atau Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan program sekolah masing-masing. Selain itu, silibus pelajaran yang terlalu banyak telah membebankan guru untuk mencapai target pendidikan yang menginginkan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan. Dengan sikap yang terkejar-kejar untuk menghabiskan segala silibus pelajaran sebelum peperiksaan bermula, menyebabkan segala nilai-nilai yang perlu disemai dalam diri pelajar seperti semangat patriotisme dan perpaduan diabaikan begitu sahaja tanpa diterap ke dalam diri pelajar. Perkara ini secara langsung akan menyumbang kepada masalah disiplin sekolah seperti gejala ponteng sekolah akibat stress dengan guru-guru yang mengajar di sekolah serta pergaduhan dan permusuhan antara pelajar-pelajar akan kerap berlaku. Hal ini berikutan kerana penerapan nilai-nilai murni seperti saling bekerjasama, bertolak ansur antara kaum tidak disemai dalam diri pelajar-pelajar tersebut. Ini kerana guruguru sibuk dengan usahanya untuk meningkatkan kecemerlangan pelajarnya dalam peperiksaan sahaja tanpa memikirkan betapa pentingnya nilai-nilai murni seperti semangat perpaduan dalam diri seseorang pelajar tersebut. Oleh sebab itu, perpaduan antara pelajar-pelajar di sekolah tidak akan dapat dipupuk dengan jayanya dan cadangan Perdana Menteri Malaysia kita pada hari untuk melaksanakan konsep 1 Malaysia tidak akan tercapai jika sekiranya sistem Pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan ini tidak dihentikan dengan segera. Marilah kita bersama-sama renungkan masalah ini.

3.4 Isu Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang tidak konsisten di sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak dari tahun 1986 lagi. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya, dan agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah Negara. Kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak kepada Kementerian Pendidikan bagi tujuan mewujudkan keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mancapai tujuan tersebut, RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu dalam kalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. RIMUP ini adalah satu usaha yang berterusan bukan sahaja dalam program khas ini, tetapi juga diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas. Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa. Pembinaan Negara Bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada dalam Negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama. Seiring itu juga, RIMUP dapat mewujudkan bangsa Malaysia selain daripada sikap bersatupadu tetapi juga berjiwa patriotik dan harus dipupuk dan disemai dikalangan anak-anak sejak awal lagi. Berdasarkan itulah RIMUP dilaksanakan diperingkat sekolah, bukan sahaja melibatkan pelajar sahaja tetapi secara langsung juga melibatkan para ibubapa dan PIBG di sekolah. Walaupun kini program RIMUP dijalankan secara berterusan di beberapa buah sekolah di seluruh negara sehingga kini, namun pelaksanaannya dijalankan secara tidak serius dan tidak berstruktur. Ditambah dengan kewujudan beberapa kompleks sekolah wawasan, RIMUP seolah-olah dilupakan walaupun konsep pelaksanaannya baik dan murni. Bagi mengukuhkan perpaduan antara pelajar yang berbilang kaum, isu ini perlu dibangkit dan dibangunkan semula agar perpaduan dapat dicapai dengan kadar yang segera.

4.0 Cabaran 4.1.1 Semangat perkauman (assabiah) yang tebal dalam penglibatan aktiviti kokurikulum Terdapat pelbagai halangan yang menjadi punca mengapa perpaduan sukar dicapai. Salah satunya adalah dari segi penyertaan pelajar yang terdiri dari pelbagai jenis kaum dan etnik bagi menjalankan sesuatu aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini disebabkan oleh semangat assabiah atau semangat berpuak-puak yang masih lagi menebal dalam diri mereka. Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik di dunia ini kerana mempunyai masyarakat daripada pelbagai kaum dan etnik. Oleh itu, masyarakat Malaysia sepatutnya berasa bangga dan bersatu padu dalam melakukan setiap tindakan yang dijalankan. Namun, masih ada lagi segelintir masyarakat yang mengamalkan semangat assabiah atau berpuak-puak dalam diri mereka. Hal ini menyebabkan generasi muda turut terpengaruh dengan keadaan tersebut. Keadaan ini menjadi lebih serius dan boleh dilihat menerusi permilihan aktiviti kokurikulum yang disediakan di sekolah. Sepatutnya setiap aktiviti yang dijalankan haruslah disertai oleh pelbagai kaum, namun mereka lebih suka untuk memilih aktiviti kokurikulum yang lebih banyak disertai oleh kaum-kaum mereka sahaja. Sebagai contoh, aktiviti kokurikulum seperti silat hanya mendapat sambutan daripada pelajar melayu sahaja sedangkan pelajar dari kaum lain juga boleh menyertainya dan aktiviti-aktiviti yang lain yang mana kebanyakan aktiviti yang disertai oleh pelajar lebih menjurus ke arah satu kaum sahaja. Justeru, bagaimanakah perpaduan boleh dicapai jika sifat perkauman masih lagi tebal dalam diri pelajar. Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah inilah, pelajar dapat berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar yang berlainan kaum, memahami budaya kaum tersebut, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama di antara satu sama Negara pada suatu hari nanti. lain. Apabila sikap ini dapat dipupuk, maka tidak mustahillah perpaduan rakyat yang berbilang kaum ini dapat menjadi padu dan kukuh meskipun dilanda masalah yang besar dalam

4.1.2 Ketidaksedaran pelajar tentang pentingnya aktiviti kokurikulum Pelajar zaman ini, bukan lagi seperti pelajar pada zaman dahulu. Mereka lebih matang dan bersikap lebih ke hadapan serta lebih terdedah kepada persekitaran yang lebih kompleks. Ada sesetengah pelajar yang tidak pernah berasa susah dalam kehidupan mereka. Segala kemudahan dan keperluan telah disediakan dengan secukupnya oleh ibu bapa mereka yang berkemampuan kerana ibu bapa masing-masing kebanyakannya menjawat jawatan yang tinggi dalam bidang pekerjaan. Apabila telah dibiasakan dengan segala kemudahan tanpa mengenal erti kesusahan, maka mereka mempunyai sifat sombong dan tinggi diri yang tinggi dalam diri mereka.

Oleh itu, mereka merasakan untuk apa mereka perlu menyertai kokurikulum dan cukup hanya dengan menumpukan kepada bidang kurikulum ataupun akademik sahaja. Mereka merasakan yang kokurikulum tidak membawa kebaikan dan kepentingan kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak memberikan kerjasama terhadap aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah di sekolah. Persepsi yang sering dilemparkan oleh mereka adalah kokurikulum ini hanya membuang masa dan seterusnya membebankan mereka. Tambahan pula, mereka ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan apabila aktiviti kokurikulum ini dilaksanakan maka ianya akan mengganggu masa untuk mereka mengulangkaji pelajaran. Namun, realitinya mereka tidak tahu bahawa tujuan sebenar kokurikulum ini diadakan adalah bagi membantu mereka mengembangkan lagi potensi diri yang ada pada diri mereka.

4.1.3 Persepsi guru terhadap bidang kokurikulum Selain daripada pihak pelajar, halangan yang menghalang kokurikulum ini daripada dilaksanakan dengan baik juga datangnya daripada pihak guru. Menurut kajian yang dilakukan oleh Adnan(1990) yang disokong oleh Abu Bakar(1999), beliau menyatakan bahawa alasan guru untuk tidak bergiat aktif dalam aktivtiti kokurikulum ialah apabila guru sendiri merasakan bahawa kegiatan kokurikulum itu membuang masa pelajar, guru sukar hadir kerana tinggal jauh dari sekolah dan guru sudah mempunyai banyak tanggungjawab lain yang lebih penting daripada menguruskan aktiviti kokurikulum ini. Selain itu, guru yang terlibat dalam kegiatan kokurikulum juga didapati kurang berpengetahuan dan tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan kegiatan kokurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Apabila guru sukar melaksanakan aktiviti kokurikulum maka sekaligus menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mengikuti aktiviti tersebut. Penyataan tersebut disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar ini meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah kurang memberangsangkan. Apabila guru tidak dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas mereka, maka hal ini akan memberi kesan kepada pelajar. Sikap guru-guru seperti inilah yang menyebabkan kokurikulum tidak dapat dijalankan dengan berkesan di sekolah dan matlamat kokurikulum iaitu untuk mencapai perpaduan tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya dalam kalangan para pelajar di sekolah.

4.1.4 Pemikiran ibu bapa yang mementingkan bidang akademik sahaja Selain itu, halangan turut hadir dalam kalangan ibu bapa. Ibu bapa merupakan pendorong utama anakanak dalam melakukan sesuatu perkara. Kebanyakan ibu bapa amat mendorong anak mereka untuk bergiat aktif dalam bidang kokurikulum selain kurikulum. Namun, masih ada segelintir golongan ibu bapa yang tidak menggalakkan anak mereka bergiat aktif dalam kokurikulum. Ibu bapa hanya mementingkan akademik semata-mata berbanding kokurikulum. Ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum adalah disebabkan oleh kebimbangan mereka terhadap kemerosotan dalam pelajaran anak-anak mereka di sekolah. Mereka khuatir jika anak-anak terlalu aktif dalam kokurikulum, maka pencapaian akademik anak-anak mereka akan merosot. Oleh itu, mereka tidak membenarkan anak-anak bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu, apabila anak-anak ingin menyertai sebarang aktiviti kokurikulum, mereka harus meminta kebenaran daripada ibu bapa dahulu. Jika tidak, guru-guru akan dipersalahkan jika sebarang masalah berlaku ke atas anak mereka semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Namun, ibu bapa yang tidak suka anak mereka bergiat aktif tidak akan memberikan kebenaran kepada anakanak mereka menyertai sebarang aktiviti kokurikulum yang dianjurkan di sekolah. Mereka merasakan aktiviti kokurikulum di sekolah hanya adalah sebuah program yang membazir masa sahaja dan tidak membawa kepentingan kepada anak-anak mereka untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. Mereka merasakan bahawa semakin tinggi pencapaian akademik oleh anak-anak maka semakin cerah peluang anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau ke luar negara. Oleh sebab sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak ibu bapa, maka kokurikulum ini sukar dilaksanakan dan penyertaan para pelajar dalam menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah adalah tidak memberangsangkan. Masa lapang anak-anak yang sepatutnya diisi dengan kegiatan kokurikulum hanya diisi dengan aktiviti mengulangkaji pelajaran atau menghadiri kelas tambahan yang amat membosankan. Sebenarnya, kokurikulum bukanlah punca yang menjadikan pelajar gagal dalam bidang akademik tetapi keluargalah yang merupakan punca yang sebenar yang memberikan kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Flannery dan Wester (2004) yang ditulis dalam Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar, menyimpulkan bahawa terdapat tiga perkara berkaitan keluarga yang secara signifikannya berkaitan dengan pencapaian akademik remaja iaitu status sosioekonomi keluarga, penglibatan ibu bapa di rumah atau di sekolah dan gaya pengasuhan. Melalui kajian berikut, kita dapat melihat bahawa kokurikulum bukanlah punca pelajar gagal dalam bidang akademik tetapi sebaliknya membantu pelajar untuk berjaya dalam bidang akademik kerana aktiviti kokurikulum dapat membantu pelajar untuk mengurangkan tekanan mereka dalam bidang akademik. Ibu bapa tidak sedar sebenarnya anak-anak mengalami tekanan yang kuat akibat daripada sikap ibu bapa yang terlalu ingin melihat anak mereka berjaya sedangkan ibu bapa sendiri tidak mengambil kira kehendak dan kemahuan anak-anak itu sendiri.

Oleh yang demikian, kokurikulum merupakan salah satu cara bagi membantu anak-anak melepaskan tekanan ketika mereka belajar dengan cara yang lebih sihat dan aktiviti yang berfaedah. Anak-anak juga tidak akan terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan masalah sosial yang semakin banyak pada masa ini kerana banyak masa anak-anak akan dihabiskan di sekolah.

4.1.5 Kewangan yang tak mencukupi Halangan dari segi kewangan juga turut menyumbang ke arah kegagalan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Peruntukan yang disediakan oleh Kementerian untuk diberikan kepada pihak sekolah tidak mencukupi. Jika mengambil kira peruntukan pada 2004, kita dapati setiap pelajar hanya diperuntukkan RM2.56 setahun bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum. Peruntukan ini amat kecil untuk melaksanakan tiga bidang aktiviti kokurikulum yang diwajibkan, iaitu pasukan pakaian seragam, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Oleh itu, pihak sekolah tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti kokurikulum yang mampu menarik minat pelajar. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan juga hanya terhad dalam kawasan sekolah sahaja dan para pelajar tidak dapat melakukan aktiviti yang lebih mencabar di luar kawasan sekolah kerana kekurangan sumber kewangan yang mencukupi. Untuk menjalankan aktiviti kokurikulum juga memerlukan pelajar menggunakan wang mereka sendiri. Oleh itu, bagi pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyertai aktiviti tersebut walaupun mereka berminat, mereka tidak dapat menyertainya. Bagi aktiviti kokurikulum yang melibatkan pakaian seragam pula, ramai pelajar yang tidak mampu untuk membeli pakaian seragam tersebut kerana harganya yang sangat mahal dan membebankan keluarga pelajar untuk membelinya. Oleh sebab mereka berasa malu dengan kawan-kawan yang mempunyai pakaian seragam yang lengkap, maka mereka bertindak untuk tidak menyertai aktiviti tersebut. Justeru, tujuan utama kokurikulum untuk mencapai perpaduan dalam kalangan para pelajar tidak akan dapat dicapai jika halangan-halangan seperti itu tidak dapat diselesaikan dengan segera. 4.1.6 Kekurangan pegawai terlatih dan saiz kawasan sekolah yang kecil Halangan yang seterusnya ialah dari segi saiz kawasan sekolah dan kekurangan pegawai yang terlatih. Saiz kawasan sekolah dan kekurangan pegawai yang terlatih juga telah menghalang aktiviti kokurikulum daripada dilaksanakan dengan selesa dan berkesan. Walaupun Pusat Kokurikulum Negeri cuba untuk mengatasi masalah tersebut dengan menyediakan kemudahan peralatan latihan dan kawasan, namun, jumlah tersebut masih lagi tidak mencukupi dan hanya terhad bagi sesebuah negeri. Pada masa yang sama, kekurangan dan ketiadaan pegawai yang benar-benar mahir dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum menjadikan aktiviti ini semakin sukar untuk dilaksanakan.

Kekurangan pegawai yang terlatih bukan sahaja di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) dan sekolah malah di pihak kementerian juga turut mengalami masalah yang sama. Misalnya, di JPN, Unit Kokurikulum diketuai seorang pegawai bukan Siswazah DG34 dan hanya dibantu dengan tiga penyelia kokurikulum DG32. Bagi unit sukan pula tiada penjawatan hakiki yang diperuntukkan. Walaupun telah disediakan pegawai namun ianya tetap tidak cukup untuk membantu dalam menguruskan aktiviti kokurikulum yang telah dirancang. Oleh sebab pelbagai halangan yang berlaku, maka perjalanan pengurusan aktiviti kokurikulum telah terbantut.

4.2.1 Ibu bapa tidak memahami peri pentingnya pergaulan anak-anak dengan kaum lain sejak kecil Cabaran pertama yang dihadapi dalam menangani masalah polarisasi dalam kalangan pelajar ialah kebanyakan ibu bapa pelajar tidak memahami tentang peri pentingnya pengaulan anak-anak mereka dengan kaum lain. Ketidakprihatinan ibu bapa terhadap permasalahan ini telah menyebabkan masalah polarisasi ini semakin hari semakin berleluasa. Ibu bapa memandang rendah tentang masalah ini. Mereka tidak menerapkan budaya saling bergaul antara kaum lain dalam diri anak mereka sejak dari kecil. Bahkan ibu bapa lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan untuk menuntut ilmu. Contohnya ibu bapa dari kaum cina lebih cenderung menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan cina. Hal ini terjadi kerana ibu bapa merasakan bahawa kualiti akademik di sekolah kebangsaan amat rendah berbanding dengan kualiti adademik di sekolah jenis kebangsaan Cina. Contohnya, di Sekolah Kebangsaan Cina, guru-guru lebih berdedikasi dan mendorong pelajar-pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran mereka. Manakala, di sekolah kebangsaan, guru-guru biasanya tidak bermotivasi untuk mengajar para pelajar di sekolah. Tambahan pula, sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil kebiasaannya lebih kerap menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah masing-masing. Misalnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil dijalankan dengan menggunakan bahasa Cina dan Tamil. Hal ini seterusnya menyebabkan ibu-bapa pelajar Cina dan pelajar Tamil lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan berbanding menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Masalah yang lebih rumit lagi ialah iklim sosial di sekolah kebangsaan biasanya tidak begitu bertolak ansur. Sebagai contohnya, pelajar cina yang menyambut perayaan Caap Goh Meng tidak diberikan cuti untuk menyambut perayaan tersebut. Ini menyebabkan para pelajar cina merasakan betapa sukarnya untuk samasama belajar di sekolah kebangsaan. Di sekolah-sekolah kebangsaan, aktiviti-aktiviti sekolah seperti program gorong-royong perdana kadangkala diadakan pada hari Ahad atau pada hari perayaan agama yang lain dilakukan, dan kakitangan sekolah bukan selalunya bertolak ansur. Semua kejadian kecil ini, apabila dijumlahkan, amat menakutkan bagi ibu-bapa Cina dan India.

4.2.2 Pelajar tidak mengambil kisah tentang gejala polarisasi Selain itu, cabaran yang paling jelas ialah apabila pelajar itu sendiri yang memandang mudah terhadap polarisasi yang berlaku. Hal ini dapat dilihat apabila pelajar-pelajar daripada pelbagai kaum ini hanya bersama-sama dan bergaul pada waktu pembelajaran sahaja. Tetapi ketika bergaul secara tidak formal ataupun semasa di luar waktu pembelajaran, mereka akan memilih untuk bergaul dan bercampur dengan kaum mereka sendiri sahaja. Apatah lagi dalam banyak keadaan, mereka masing-masing menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri untuk berkomunikasi sesama mereka. Bagi mereka, hal ini merupakan perkara biasa sahaja kerana mereka merasakan bahawa lebih mudah dan selesa berbual atau berbincang dengan rakan yang asalnya dari kaum mereka sendiri dengan menggunakan bahasa ibunda mereka yang sudah lama mereka gunakan sejak kecil lagi. Sama juga seperti pelajar-pelajar yang berbangsa melayu. Kebanyakan para pelajar melayu tidak kira berada di sekolah rendah, menengah ataupun di pusat-pusat institut pengajian tinggi, mereka lebih suka bergaul dan berkomunikasi dengan kaum mereka sahaja. Kaum-kaum lain seperti kaum india, cina, serta pelajar-pelajar dari sabah dan Sarawak sering dipinggirkan oleh pelajar-pelajar berbangsa melayu. Mereka merasakan bahawa tidak seronok bersama dengan kaum-kaum yang lain yang berlainan adat,budaya, agama dan bahasa ini. Mereka beranggapan bahawa tidak perlu bergaul sesama kaum yang lain jika kawan-kawan melayu sudah ramai di sekolah. Jika hal ini berterusan, maka perpaduan antara pelajar yang berbagai-bagai jenis ini tidak akan dapat dijalin dengan mudah, kukuh dan berkesan. Oleh hal yang demikian, polarisasi kaum di sekolah dan IPT telah dianggap oleh pelajar bukanlah sebagai satu isu besar yang mampu menggugat perpaduan negara. Tanpa pergaulan mesra di antara para pelajar pelbagai kaum dalam program formal dan tidak formal, para pelajar tidak akan dapat menyelami hati budi kaum lain, tidak dapat merasakan cara berfikir dan pendekatan kepelbagaian kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Malah tidak akan dapat memahami tradisi, budaya dan prinsip agama masing-masing dalam pergaulan, pembicaraan dan penyelesaian konflik ketika berlaku konflik umpamanya. Mereka hanya memahami budaya masing-masing, tradisi dan nilai moral sendiri, tanpa memahami budaya, tradisi dan nilai kaum yang lain, sedangkan mereka merupakan bangsa Malaysia, yang akan keluar ke tengah-tengah masyarakat sebagai pemimpin, peniaga dan orang biasa yang berada di dalam sebuah negara dengan mempunyai cita-cita yang sama dalam membangunkan bangsa dan negara yang sama.

4.2.3 Sistem pendidikan yang terasing Seterusnya, adalah cabaran dari aspek sistem pendidikan yang terasing. Sejak kecil lagi, masyarakat kita dibahagikan mengikut kaum. Setelah menjelang umur 18 tahun, barulah kita digalakkan dalam mengekalkan perpaduan kaum, ternyata tindakan ini adalah terlalu lambat. Sebelum era pemodenan, pelajar tidak mengalami kesulitan untuk memperoleh kawan daripada kaum dan bangsa yang lain. Dalam masyarakat kita yang cukup majmuk, pada bila-bila masa kanak-kanak tentulah bermain dan berborak dengan rakan seumur mereka, tidak kira bangsa. Masalahnya muncul apabila kanak-kanak masuk sekolah. Kalau mereka semua menghadiri sekolah yang sama, tiada masalah bagi mewujudkan semangat perpaduan dalam diri kalangan pelajar namun setiap ibu bapa pada masa ini sudah biasa dengan menghantar anak-anak ke sekolah mengikut kaum dan bangsa masing-masing. Kalau terdapat cukup peluang untuk kanak-kanak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka daripada keturunan lain di luar sekolah, kita masih boleh mengelak persoalan polarisasi kaum daripada berlaku. Tetapi dalam zaman urbanisasi ini, kita hidup dalam masyarakat di mana kanak-kanak tidak berinteraksi dengan jiran kerana mereka lebih gemar bersembang dan bergaul dengan rakan sekolah sesama kaum. Semua sedia maklum bahawa setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem pendidikan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik telah mengekang pemupukan semangat perpaduan antara kaum. Dengan sistem pendidikan yang sedemikian, hanya akan menyebabkan interaksi mereka terhad di antara etnik yang sama sahaja. Kesannya secara langsung akan menjadikan semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka. Hal ini terjadi apabila mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Oleh hal demikian keadaan ini akan mengekang perpaduan.

4.3.1 Matlamat sekolah yang lebih mengutamakan pencapaian akademik yang cemerlang daripada pelajar Terdapat pelbagai cabaran yang menghalang pendidikan untuk terus menjadi pemangkin ke arah perpaduan rakyat dan Negara. Sistem pendidikan kita pada hari ini yang terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata secara langsung telah mempengaruhi sistem pendidikan di seluruh Malaysia khususnya di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Cabaran kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar menjadi rumit apabila matlamat sekolah pada zaman sekarang lebih mengutamakan pencapaian akademik yang cemerlang dalam kalangan pelajar mereka di sekolah. Sekolah bercita-cita untuk melahirkan pelajar yang bijak dan cerdik pandai. Oleh sebab itu, mereka sibuk menjalankan program-program yang cenderung membawa kepada ke arah kecemerlangan akademik sekolah sahaja. Aktiviti kokurikulum seperti kelab, persatuan, dan permainan dikurangkan di sekolah bagi mengelakkan para pelajar leka dan malas untuk belajar bersungguh-sungguh. Guru-guru pula digesa oleh pihak pengurusan sekolah untuk segera menghabiskan silibus pelajaran sebelum peperiksaan berlangsung. Hal ini dilakukan adalah kerana mereka bimbang para pelajar tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sekaligus menjatuhkan nama baik sekolah diperingkat daerah dan negeri. Para pelajar dibebani dengan latihan dan soalan-soalan ramalan serta kerja rumah yang banyak. Tidak cukup itu sahaja, guru juga digesa supaya mengadakan kelas tambahan bagi meningkatkan lagi prestasi murid-murid. Walaupun pihak pengurusan tahu tindakan mereka itu akan memberi tekanan kepada guru dan para pelajar, program-program tersebut terpaksa dilaksanakan demi menjaga nama baik dan prestasi sekolah. Mereka lebih mementingkan status sekolah cemerlang daripada hal-hal lain. Jika hal ini berterusan, maka harapan 1 Malaysia yang diimpikan oleh Perdana Menteri yang ke enam kita ini akan terkubur begitu sahajalah. Hal ini adalah kerana jika semua program di sekolah adalah menjurus ke arah peperiksaan sahaja, bagaimana perpaduan dapat dipupuk dan disemai dalam diri pelajar.

4.3.2 Sikap dan pemikiran guru-guru yang terlalu obses terhadap kejayaan para pelajar mereka dalam peperiksaan Selain itu, cabaran yang seterusnya ialah sikap dan pemikiran guru-guru yang terlalu obses terhadap kejayaan para pelajar mereka dalam peperiksaan. Sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan. Hal ini menyebabkan guru-guru bertungkus-lumus memajukan pelajar-pelajar mereka agar cemerlang di dalam peperiksaan kelak. Bagi mereka, peperiksaan merupakan satu perkara yang penting dalam hidup seseorang pelajar. Peperiksaan menentukan halatuju bagi seseorang pelajar dalam dunia pendidikan. Keputusan peperiksaan akan menjadi mercu tanda kejayaan dan menjadi sanjungan serta kebanggaan sekolah dan keluarga disamping dapat menentukan masa hadapan pelajar itu sendiri dalam bidang-bidang tertentu.

Lantaran itu, penekanan yang begitu kuat diberikan kepada pelajar mengenai peperiksaan oleh golongan ibu bapa dan guru. Subjek-subjek teras seperti sejarah dan sebagainya tidak lagi diajar secara terperinci tetapi hanya diajar sekadar menggunakan teknik hafalan dan menjawab soalan-soalan ramalan sahaja. Akibatnya, semangat patriotisme dan perpaduan tidak dapat dipupuk dengan jayanya dalam diri pelajar. Subjek pendidikan yang tidak termasuk sebagai subjek teras dalam peperiksaan seperti pendidikan jasmani dan sivik kewarganegaraan sering diketepikan dan digantikan dengan subjek-subjek peperiksaan yang lebih penting seperti matapelajaran fizik, kimia dan sebagainya. Walhal, subjek-subjek tersebutlah sepatutnya perlu dititikberatkan oleh guru-guru yang mengajar di sekolah. Hal ini adalah kerana melalui subjek-subjek tersebutlah, perpaduan antara pelajar dapat dipupuk dan disemai dari masa ke masa. Sebagai contoh, apabila para pelajar dibenarkan bermain pada waktu pendidikan jasmani di padang, secara automatiknya perpaduan dan persahabatan antara pelajar dapat dibina dan dijalin dengan kukuh. Tetapi jika mereka sentiasa berada di dalam kelas dan belajar, mereka akan mula belajar berpuak-puak. Sebagai contoh, pelajar melayu dengan melayu sahaja dan pelajar cina dengan cina sahaja. Mereka tidak akan bergaul dan saling bekerjasama di antara satu sama lain. Maka dengan itu, masalah perpaduan kaum tidak akan selesai dan konsep 1 Malaysia tidak akan dicapai dengan jayanya seperti yang Negara inginkan. Perpaduan tidak akan dapat dipupuk dengan berkesan jika sikap ibu bapa dan guru-guru yang terlalu mementingkan kejayaan anak-anak mereka dalam peperiksaan ini berterusan secara terus menerus. Perpaduan hanya akan dicapai apabila pendidikan itu bukan sahaja bertujuan untuk mencipta kejayaan di dalam peperiksaan sahaja malah dapat membina semangat perpaduan dan jati diri pelajar kepada masyarakat, bangsa dan Negara.

4.3.3 Harapan yang terlalu tinggi oleh ibu bapa kepada anak-anak Cabaran yang ketiga ialah datangnya daripada ibu bapa para pelajar itu sendiri. Ibu bapa pada zaman sekarang terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak-anak mereka. Mereka sering mengharapkan keputusan yang cemerlang daripada anak-anak mereka. Oleh sebab itu, mereka sering kali mendesak anak-anak mereka agar belajar bersungguh-sungguh supaya memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Harapan yang terlalu tinggi akan membebankan para pelajar. Mereka akan mudah berasa tertekan jika gagal memenuhi harapan dan impian yang diinginkan oleh ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, kerana tidak mahu lagi memperoleh keputusan yang rendah dalam peperiksaan, mereka mula mengasingkan diri daripada pelajar-pelajar lain dan masa hanya dihiasi dengan belajar sahaja. Akibatnya, hubungan sosial antara pelajar tersebut dengan orang sekeliling seperti kawan-kawan dan masyarakat mula menjadi renggang.

Apabila perkara ini terjadi, bagaimana suatu perpaduan dapat dibentuk jika masing-masing mengasingkan diri di rumah dan tidah mahu lagi bergaul dengan orang lain. Seseorang pelajar akan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian dan harapan yang diimpikan oleh ibu bapa mereka. Masa dihiasi dengan waktu belajar yang padat iaitu waktu siang di sekolah dan malam di pusat-pusat tuisyen. Apabila terlalu inginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, hanya tajuk-tajuk yang penting sahaja difokuskan dan dihafal. Bagi tajuk-tajuk yang mudah dan tidak bersangkutan dengan peperiksaan akan di abaikan begitu sahaja. Apabila hal ini berlaku, nilai-nilai murni yang terkandung dalam subjek-subjek yang tidak termasuk dalam subjek teras peperiksaan akan diabaikan begitu sahaja. Hal ini secara langsung akan menggugat perpaduan dalam Negara kita. Jika motif para pelajar dahulu datang ke sekolah adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan bertemu rakan-rakan namun, motif itu pada zaman sekarang telah bertukar. Motif mereka datang ke sekolah hanyalah sekadar untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Jika semua subjek termasuk sejarah hanya berlandaskan hafalan untuk cemerlang dalam peperiksaan semata-mata, maka para pelajar tidak dapat menghayati dan mempelajari semangat perpaduan dan semangat patrisotisme dalam diri mereka. apa itu sebenarnya maksud

4.3.4 Tiada usaha daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggantikan sistem pendidikan Negara yang lama Cabaran yang terakhir adalah datangnya daripada pihak Kementerian Pelajaran itu sendiri. Walaupun pendidikan pada zaman sekarang sudah semakin meningkat maju dari segi teknologi, namun pemikiran para pelajar masih lagi berada ditahap yang rendah. Mereka masih tertumpu pada sistem yang sama iaitu segalagala ilmu yang dipelajari akan dicurahkan ke dalam peperiksaan dan setelah itu, ilmu itu akan dimusnahkan tanpa diamalkan secara berterusan. Hal ini berlaku kerana kerajaan sendiri yang mewujudkan sistem pendidikan yang berteraskan peperiksaan semata-mata ini. Pelbagai dasar dibuat dan dirangka untuk meningkatkan perpaduan kaum di Malaysia. Sebagai contoh, Dasar Integriti Nasional dan sebagainya. Namun, semua dasar itu tidak akan berguna jika sekiranya sistem pendidikan yang terlalu berlandaskan peperiksaan ini masih diteruskan. Sehingga kini, masih tidak ada lagi usaha mereka bagi menggantikan sistem pendidikan yang lama. Untuk mencapai perpaduan yang tinggi dalam kalangan rakyat di Malaysia, sistem pendidikan yang lama perlu dikaji semula dan perlu diubah jika banyak mendatangkan masalah kepada Negara pada masa akan datang. Diharap semua pihak di Jabatan Kerajaan tidak hanya memandang remeh dan berpeluk tubuh sahaja dalam menghadapi masalah ini demi mewujudkan sistem pendidikan yang bukan sahaja mampu melahirkan generasi yang celik IT tetapi juga celik sahsiah peribadinya. Dengan hadirnya semangat perpaduan dan cintakan Negara, barulah perpaduan antara rakyat dapat dibina dengan kukuh sekaligus dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa ada perasaan sengketa di dalam diri masing-masing.

4.4.1 Pihak pentadbir yang tidak faham akan matlamat dan objektif RIMUP Cabaran yang pertama mengapa pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan tidak konsisten di sekolah adalah berpunca daripada pihak pentadbir sekolah itu sendiri. Kebanyakan para pentadbir sekolah sebenarnya tidak faham akan matlamat dan objektif RIMUP itu sendiri. Apabila tidak faham, maka aktiviti RIMUP yang sepatutnya giat dijalankan akan terbengkalai begitu sahaja. Apabila pentadbir sekolah menerima arahan bagi melaksanakan RIMUP, kebanyakannya beranggapan bahawa hal ini akan menambahkan beban mereka di sekolah. Oleh sebab itu, terdapat pentadbir yang menjadikan program sedia ada di sekolah untuk diRIMUPkan. Sebagai contoh terbaik bagi menjelaskan perkara ini ialah pentadbir yang tidak bertanggungjawab menjalankan tugas RIMUP ini akan mengambil gambar aktiviti kemerdekaan di sekolah yang melibatkan wajah tiga kaum untuk menjadikan bahan bukti mereka melaksanakan aktivitiaktiviti RIMUP yang telah dirancang walaupun sebenarnya perkara-perkara tersebut adalah bohong belaka. Terdapat juga khabar yang mengatakan bahawa pentadbir sekolah meminjam gambar RIMUP di sekolah lain untuk didokumentasikan di dalam laporan RIMUP sekolah sendiri walaupun sememangnya program tersebut tidak pernah dijalankan di sekolah itu. akibat tidak faham akan matlamat dan objektif RIMUP itu sendiri, maka pihak pentadbir malas untuk melaksanakan segala aktiviti yang dirancang untuk perpaduan pelajar yang berbilang kaum. Oleh sebab itu, mereka hanya melaksanakan RIMUP sebagai formaliti dan bukannya mengajak para pelajar bersama-sama menghayati perpaduan.

4.4.2 Sikap guru-guru yang lebih mementingkan akademik para pelajar berbanding perkara-perkara lain. Cabaran yang kedua ialah datangnya daripada guru-guru. Kebanyakan guru-guru pada masa ini lebih mementingkan akademik para pelajar daripada perkara-perkara lain. Mereka lebih memandang serius kepada kecemerlangan para pelajar di dalam peperiksaan sahaja tanpa menghiraukan program-program lain di sekolah. Mereka merasakan bahawa program RIMUP ini tidak penting dan berguna pada masa depan para pelajar mereka . Oleh sebab itu, pelaksanaan RIMUP tidak begitu lancar di sekolah. Ini kerana guru-guru di sekolah kebanyakannya hanya memandang sebelah mata sahaja terhadap program yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran ini. Guru memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai-nilai murni seperti semangat perpaduan dalam diri pelajar. Tapi jika sekiranya matlamat utama guru adalah semata-mata untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik sahaja, maka perpaduan anatara kaum tidak akan dapat dibina dan disemai dengan jayanya dalam diri para pelajar di sekolah. Alangkah sedihnya jika generasi kita pada masa akan datang hanya bijak pada otak sahaja tetapi dalamannya adalah kosong. Tiada nilai-nilai murni diterapkan tetapi hanyalah ilmu hafalan sahaja yang diberikan semata-mata. Jika hal ini berterusan, bagaimana perpaduan dapat diperkukuhkan dalam negara ini.

4.4.3 Matlamat ibu bapa yang tinggi terhadap kecemerlangan anak-anak Cabaran yang ketiga pula datangnya daripada kalangan ibu bapa. Bagi ibu bapa, kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama mereka. Ibu bapa amat menekankan akademik kerana ingin anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi pada masa hadapan. Oleh sebab itu, mereka lebih selesa menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen daripada menghantar anak-anak mereka menghadiri program-program RIMUP di sekolah. Pada pandangan ibu bapa, kepentingan perpaduan tidak perlu dipupuk dan diajar di peringkat sekolah tetapi pengetahuan tersebut secara automatiknya akan ada setelah anak-anak mereka meningkat dewasa. Dengan penghantaran anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen, maka aktiviti RIMUP yang dirancang khas untuk perpaduan antara pelajar tidak dapat berjalan dengan lancar dan akhirnya teraksa dihentikan begitu sahaja. Sikap ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran tentang program RIMUP merasakan bahawa Negara Malaysia sudah pun aman damai dan tidak perlu lagi ditekankan mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia. Oleh sebab itu, kebanyakan golongan ibu bapa tidak lagi mengendahkan tentang RIMUP yang dilaksanakan oleh kerajaan di peringkat sekolah. Kerjasama yang sukar diperolehi daripada pihak guru dan ibu bapa menyebabkan pihak pengurusan sukar melaksanakan RIMUP tersebut. Sepatutnya, ibu bapa harus memberikan kerjasama kepada pelaksanaan RIMUP kerana hal tersebut amat penting untuk anak-anak mereka. RIMUP yang dilaksanakan merupakan satu program yang bukan sahaja dapat membentuk sahsiah dan tingkah laku pelajar, membantu perkembangan akademik mereka malah mampu memupuk perpaduan dan sifat bantu membantu diantara satu sama lain.

4.4.4 Sikap pelajar itu sendiri Cabaran yang keempat ialah sikap pelajar itu sendiri yang mana tidak memahami konsep RIMUP ini. Para pelajar sekolah tidak didedahkan dengan teliti tentang manfaat dan kepentingan RIMUP yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Segelintir pelajar masih lagi tidak mengetahui tentang pelaksanaan RIMUP di sekolah mereka. Hal ini adalah kerana pendedahan tentang rancangan RIMUP disekolah adalah kurang dan pelajar mengambil sikap tidak acuh terhadap program tersebut. Ada yang beranggapan,RIMUP ini tidak penting kerana Negara sudah pun berada dalam keadaan aman dan damai dan isu perkauman tidak lagi diperbesar-besarkan pada masa kini. Pelaksanaan rancangan integrasi murid yang tidak konsisten ini terjadi apabila golongan pelajar sendiri tidak memberi kerjasama dalam menjayakan rancangan ini. Sikap pelajar yang tidak suka mengambil tahu tentang isu-isu semasa yang berlaku di Negara ini menyebabkan ramcangan ini tidak mendapat sambutan dikalangan para pelajar sekolah.

Walaupun pelajar zaman sekarang telah didedahkan dengan kemudahan teknologi seperti internet, mereka tidak menggunakannya untuk mencari maklumat atau isu semasa tetapi mereka menyalahgunakan kemudahan tersebut ke arah yang tidak betul. Oleh kerana terlalu leka dengan mencarian bahan yang tidak berfaedah di internet, maka mereka tidak akan dapat tahu mengenai isu semasa atau apa-apa program baru yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran itu sendiri. Apabila pelajar tidak memberikan kerjasama dalam pelaksanaan program maka secara tidak langsung pelaksanaan RIMUP ini tidak mampu berjalan dengan lancer dan berkesan walaupun giat dijalankan di setiap sekolah di Malaysia ini.

4.4.5 Pengurusan sekolah Beberapa kelemahan telah dikesan dalam melaksanakan RIMUP ini. Melalui tinjauan dan pemerhatian yang dilakukan oleh beberapa pihak, mereka mendapati terdapat beberapa sekolah yang tidak bersungguhsungguh dalam melaksanakan program ini. Buktinya adalah melalui dokumen-dokumen rujukan, perancangan, pelaksanaan dan pemantauan. Walaupun sekolah melakukan banyak program namun, pihak sekolah tidak melaporkan penganjuran program atau aktiviti tersebut atas nama RIMUP. Antara program yang dijalankan oleh pihak sekolah ialah gotong- royong, motivasi, merentas desa, kejohanan sukan dan lain-lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah merupakan program yang melibatkan murid dari semua kaum semestinya melibatkan unsur penerapan nilai seperti kerjasama, tolong-menolong, toleransi, bersatu- padu dan sebagainya berlaku. Pihak pengurusan sekolah terutamanya, pengetua atau guru besar harus lebih peka terhadap kemahuan dasar pelaksanaan RIMUP ini supaya aktiviti atau kegiatan yang dianjurkan lebih menjurus kearah memenuhi objektif utama yang dikehendaki. Dokumen-dokumen perancangan, pelaksanaan dan pemantauan harus disertakan sebagai bukti kepada penilaian yang dilakukan disekolah. Apabila pihak pengurusan sekolah tidak mampu melaksanakan program sedemikian maka RIMUP tidak akan terlaksana dengan jayanya.

4.4.6 Kurang pendedahan mengenai matlamat RIMUP dalam kalangan masyarakat Pihak pengurusan harus memainkan peranan yang penting bagi mendedahkan program ini kepada orang luar terutamanya ibu bapa agar mereka tahu apa itu sebenarnya RIMUP. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan yang dilaksanakan tidak berkesan disebabkan oleh pengurusan yang tidak sistematik. Ini dapat dilihat apabila, masih ada lagi segelintir masyarakat yang tidak mengetahui apa itu RIMUP. Kurangnya pendedahan menyebabkan segelintir masyarakat ataupun ibu bapa yang tidak mengetahui tentang kepentingan RIMUP ini. Kempen-kempen yang dijalankan tidak mendedahkan tentang RIMUP dengan lebih terperinci. Oleh itu, pihak diluar sekolah tidak dapat mengetahui maklumat penting mengenai RIMUP.

Kekurangan risalah-risalah dan kempen-kempen tentang RIMUP menyebabkan masyarakat setempat tidak mengetahui kepentingan RIMUP yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran. Golongan ibu bapa pula kurang diberi pendedahan tentang kepentingan RIMUP manakala di sekolah pula, para pelajar kurang didedahkan tentang RIMUP oleh pihak sekolah menyebabkan anak-anak sekolah tidak menyedari kepentingan pelaksanaan RIMUP. Seharusnya pihak sekolah mahupun pihak kerajaan perl memperluaskan serta memperbanyakkan lagi risalah-risalah dan kempen-kempen tentang RIMUP.

5.0 Pendekatan 5.1.1 Memperbaiki sistem latihan pendidikan Salah satu pendekatan yang telah dijalankan bagi memantapkan lagi kokurikulum ialah kementerian telah meminta supaya latihan di Institut Perguruan (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menepati keperluan dan jenis aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Setiap mahasiswa dan mahasiswi diwajibkan untuk terlibat dalam setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Contohnya, mahasiswa dan mahasiswi yang berada dalam bidang pendidikan, mereka sepatutnya mengambil peluang ini untuk menguasai setiap aktiviti yang dijalankan di universiti. Aktiviti yang dijalankan akan memudahkan mereka apabila mereka di alam pekerjaan kelak. Hal ini disebabkan, apabila mereka berada dialam pekerjaan khususnya di sekolah, mereka akan diminta untuk melibatkan diri sebagai guru bimbingan dalam setiap aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Jika guru sendiri tidak dapat menguasai kemahiran dan ilmu dalam bidang kokurikulum, bagaimana mereka mahu mengajar dan menarik minat pelajar untuk terlibat sama dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Oleh itu, kokurikulum tidak dapat dijalankan dan perpaduan tidak akan dapat dibina di antara pelajar di Malaysia ini. Pendekatan ini merupakan salah satu cara yang terbaik bagi memastikan bakal guru yang akan mengajar kelak dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada murid sama ada dalam bidang kurikulum ataupun kokurikulum apabila mereka berada di sekolah nanti. Menerusi aktiviti kokurikulum yang dijalankan ke peringkat yang lebih tinggi seperti di institut pendidikan tinggi awam seperti di Universiti Pendidikan Sultan Idris, maka kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih mudah kerana mereka sudah berfikiran matang dan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam terhadap kepentingan kokurikulum. Apabila mahasiswa dan mahasisiwi ini sudah tamat pengajian dan akan melangkah ke alam pekerjaan, maka mereka lebih berkeyakinan dan dapat membantu menerapkan kepentingan kokurikulum ini dalam diri pelajar yang masih terpinga-pinga akan kepentingan kokurikulum. Secara tidak langsung, perpaduan dapat disemai dari peringkat yang lebih rendah hingga peringkat yang lebih tinggi menerusi pendidikan yang berteraskan kurikulum dan kokurikulum.

5.1.2 Memantapkan latihan guru dan program kejurulatihan di IPG dan sekolah dalam aspek kokurikulum. Selain daripada pendekatan tersebut, kementerian juga berusaha untuk memantapkan latihan guru dan program kejurulatihan di IPG dan sekolah dalam aspek kokurikulum., berusaha mengadakan struktur organisasi di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Negeri(PPD) dan sekolah, berusaha mengadakan insfrastruktur yang sesuai dan mencakupi semua sekolah, Institut Perguruan (IPG) dan Kolej matrikulasi, memantapkan kerjasama dengan kementerian lain dan pihak diluar kementerian serta mewujudkan peruntukan kewangan khas bagi membantu pihak sekolah melakukan aktiviti kokurikulum. Kementerian juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum yang berperanan untuk merancang program dan aktiviti pembangunan pada peringkat sekolah, daerah dan negeri bagi memastikan pelaksanaan kegiatan kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur. Seramai 480 orang jurulatih kokurikulum telah dilatih pada tahun 2009 bagi membolehkan 516 jawatan jurulatih kokurikulum diisi pada tahun 2010. Apabila segala insfrastruktur telah disediakan maka, aktiviti kokurikulum bolehlah dijalankan seperti yang dirancang. Menerusi usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kementerian ini, maka diharap kegiatan kokurikulum dalam pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih banyak lagi dan lebih berkesan di peringkat sekolah bagi membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar.

5.1.3 Memperkasa sistem merit kokurikulum Selain itu, bagi menunjukkan betapa pentingnya kokurikulum, kementerian telah melaksanakan dasar menjadikan merit kokurikulum sebagai salah satu kriteria dalam pemilihan utama untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh(SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan program perguruan yang ditawarkan oleh pihak kementerian. Kementerian juga telah mula mengambil kira merit untuk kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi. Pendekatan yang dijalankan oleh kementerian ini amat baik kerana para pelajar tidak akan dapat mengelakkan diri daripada menyertai aktiviti kokurikulum kerana kokurikulum juga telah dinyatakan sebagai salah satu syarat untuk kemasukan ke IPTA iaitu sebanyak 10 peratus. Jika pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA, maka mereka harus melibatkan diri dalam bidang kokurikulum. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pengajian tinggi bagi mengadakan pemarkahan yang sesuai, praktikal dan adil bagi menilai pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Oleh itu, tidak timbul soal pilih kasih atau berat sebelah dalam menilai para pelajar yang akan memasuki IPTA. Ibu bapa juga tidak boleh menyalahkan kementerian jika sekiranya anak mereka tidak terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA kerana mungkin kurangnya penglibatan dalam bidang kokurikulum menjadi penyebab mengapa mereka tidak terpilih.

5.1.4 Sekolah memperbanyak aktiviti kokurikulum Bagi menarik minat pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang dijalankan, pihak sekolah boleh menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum yang menarik minat pelajar. Contohnya, dalam aktiviti sukan dan permainan, pihak sekolah bolehlah menubuhkan kelab sukan dan permainan yang digemari oleh pelajar zaman sekarang seperti futsal, sukan paintball ataupun kelab sukan aktiviti lasak seperti memanjat gunung dan sebagainya. Pelajar yang bermotivasi tinggi sentiasa ingin menjalankan aktiviti yang berbentuk mencabar. Menurut Coon dan Mitterer (2007), keinginan untuk pencapaian dan perkiraan risiko bakal dihadapi oleh pelajar membawa kejayaan dalam kebanyakan situasi. Oleh itu, penubuhan kelab sukan dan permainan yang mencabar mampu menarik pelajar untuk menyertainya. Apabila kelab sukan dan permainan yang ditubuhkan itu mengikut minat pelajar maka secara langsung pelajar akan tertarik untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Selain itu, sesebuah kelab atau persatuan menganjurkan sesuatu aktiviti atau pertandingan, mungkin pihak sekolah boleh menyediakan sedikit peruntukan untuk diberikan kepada pelajar sebagai hadiah atau ganjaran kepada pelajar yang memenangi aktiviti tersebut. Maka, hadiah tersebut akan mendorong pelajar dengan lebih banyak lagi untuk menyertai aktiviti yang disediakan dalam kokurikulum di sekolah.

5.1.5 Mempertingkatkan dana untuk Kokurikulum Jika pada tahun 2004 hanya RM2.56 setahun diperuntukkan untuk menampung tiga jenis aktiviti kokurikulum bagi seorang pelajar, tetapi jumlah tersebut telah bertambah hampir empat kali ganda untuk pelajar sekolah rendah iaitu RM10 setahun dan naik hampir lima kali ganda untuk pelajar sekolah menengah iaitu RM12 setahun. Pada masa yang sama, kementerian juga telah memperuntukan RM50.000 bagi pengurusan kokurikulum di setiap daerah. Jumlah keseluruhan peruntukan kokurikulum bagi semua peringkat di sekolah, daerah, negeri dan pusat adalah kira-kira sekitar 106 juta yang mana jumlah tersebut tidak termasuk penyertaan pelajar dalam pertandingan pada peringkat antarabangsa. Bagi sekolah yang ingin menawarkan kegiatan kokurikulum yang menggunakan belanja yang besar dan banyak seperti pasukan wind orchestra dan brass band, peruntukan yang disediakan sudah pasti tidak cukup untuk menampung segala alat kelengkapan. Oleh itu, sumbangan dari pihak luar terutamanya ibu bapa amat diharapkan. Sumbangan tersebut akan membawa makna yang besar kepada pihak sekolah dan akan menjadi lebih bermakna apabila sumbangan yang diberikan itu dapat membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan dalam pertandingan yang disertai oleh mereka.

5.2.1 Ibu bapa perlu memupuk semangat perpaduan sejak dari kecil Isu polarisasi kaum di sekolah, pusat pengajian tinggi di kalangan golongan muda dan belasan tahun menjadi isu yang membimbangkan negara. Hal ini kerana polarisasi sedemikian mampu menanam benihbenih kebencian antara kaum dalam sesebuah Negara. Peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam menangani masalah polarisasi ini. Cara yang mungkin berkesan dalam menangani masalah polarisasi ini ialah dengan memupuk nilai-nilai murni seperti nilai kerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain walaupun berbeza adat, agama dan budaya ketika para pelajar masih kecil lagi. Oleh hal yang demikian, ibu bapalah golongan yang paling sesuai dalam memikul tanggungjawab ini. Ibu bapa seharusnya membimbing anak-anak mereka untuk memupuk persefahaman dengan rakan daripada pelbagai kaum dan agama. Dengan cara ini generasi muda kita akan dapat mempelajari dan menghayati kepentingan hidup yang harmoni sejak dibangku sekolah lagi. Walaupun sistem pendidikan diharap memainkan fungsi penting untuk memupuk perpaduan, ibu bapa juga bertanggungjawab menggalakkan anak-anak berinteraksi, bermain dan membesar bersama kanak- kanak daripada kaum dan agama lain. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya . Hal ini adalah sama seperti mengalakkan anak-anak bergaul aktif sesama rakan mereka daripada pelbagai kaum. Apabila mereka telah diajar dari kecil untuk berinteraksi dengan rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum itu, maka secara langsung mereka tidak akan merasa kekok apabila mereka besar nanti bahkan mereka akan terbiasa dengan mempunyai kawan daripada kaum yang berbeza. Hal ini adalah satu daripada usaha untuk memupuk persefahaman antara kaum.

5.2.2 Pihak sekolah menggiatkan pertukaran aktiviti kokurikulum dan kurikulum Selain itu, pihak sekolah juga harus memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini daripada berlarutan. Dengan mengadakan pelbagai pertukaran aktiviti akademik, sukan dan perkhemahan hubungan antara kaum di sekolah boleh dieratkan. Program sebegini mampu membantu pelajar bergaul dengan rakan daripada pelbagai kaum. Aktiviti sebegini akan membuka ruang yang lebih luas kepada pelajar untuk megenali rakan pelajar lain daripada pelbagai kaum dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan antara mereka. Contohnya dalam aktiviti yang pelajar serta, mereka akan berada di dalam kumpulan yang sama, mereka akan sama-sama menyelesaikan masalah yang mereka tempuhi dalam menyelesaikan masalah ini, mereka akan bertambah akrab dan akan mudah mesra, Jika keadaan ini berterusan, kesannya akan dapat dapat dilihat apabila persefahaman dan keharmonian pelbagai kaum terbentuk.

Sekolah merupakan wadah yang berkesan untuk menerapkan semangat untuk memahami sekaligus membina sifat jujur, prihatin, hormat, kerjasama, berbaik sangka, interaksi dan sikap toleransi dan akur terhadap perkara yang berbeza atau yang tidak dipersetujui. Pemupukan nilai-nilai murni dan baik lebih mudah dan berkesan dilakukan semasa kanak-kanak masih kecil melalui kokurikulum sekolah yang terancang. Pemupukan nilai peringkat awal ini merupakan wadah yang berharga ke arah dialog antara peradaban. (Mahadzir MohdKhir, 2005: 46). Oleh itu, bertepatan dengan perlaksanaan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan melalui sekolah Wawasan sebagai suatu micro concern kepada dialog peradaban, membolehkan murid- murid dan guru-guru daripada tiga aliran dan latar belakang budaya serta agama yang sangat berlainan bertemu, berinteraksi dan berkongsi untuk kebaikan.

5.2.3 Kerajaan Malaysia.

menstruktur semula sistem pendidikan dan memperkasa konsep gagasan satu

Kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk menutup sekolah pelbagai aliran. Hal

ini akan

memberi ruang kepada sekolah kebangsaan yang sedia ada untuk membawa aspirasi cadangan ini. Pelajar daripada semua kaum akan belajar di bawah sistem satu sekolah yang sama. Ini bukan sahaja akan membolehkan mereka melalui sukatan pelajaran yang sama, malah turut memberikan pendedahan awal untuk mereka hidup di dalam persekitaran kepelbagaian kaum. Pendedahan awal untuk mereka hidup di dalam persekitaran kepelbagaian kaum adalah amat penting. Ini akan membolehkan mereka mengadaptasi segala permasalahan yang timbul sesama mereka dan seterusnya mencapai persefahaman daripadanya di peringkat seawal sekolah rendah. Ini akan menjadi sebagai satu batu asas yang amat kukuh buat para pelajar yang melalui sistem satu sekolah untuk mencorak kehidupan bermasyarakat di masa hadapan dengan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia. Selain itu untuk menangani masalah polarisasi dikalangan pelajar, sistem sekolah kebangsaan haruslah dibentuk semula. Bagi memastikan semangat perpaduan dapat dipupuk, Guru-guru dan kakitangan sekolah mestilah lebih bertolak ansur dan lebih bermotivasi. Mereka yang enggan menerima hakikat bahawa kita tinggal di negara dan masyarakat yang majmuk patut berdepan dengan akibat yang serius. Untuk meningkatkan motivasi guru-guru, gaji harus naik. Kalau kerajaan kita mahu memupuk semangat perpaduan di sekolah kita, guru-guru mestilah menjadi satu contoh teladan yang baik kepada para pelajar mereka. Dengan ini, barulah sistem sekolah kebangsaan kita menjadi sistem sekolah kebangsaan yang sempurna dan bukan lagi digelar sebagai sistem sekolah-sekolah Melayu sahaja.

Selain itu, konsep Gagasan 1 Malaysia merupakan satu jam loceng yang mengejutkan kita untuk segera sedar dan bangun memperbaiki keadaan, juga untuk memahami di manakah kita berada selama ini dalam perjalanan kita untuk membina bangsa dan negara kita yang bersatu padu, aman makmur dan terhindar dari semua jenis keganasan dan kekacauan yang menghancur-leburkan pembangunan sesuatu bangsa itu. Semangat 1 Malaysia, roh patriotik dan rasa bangga dengan kemerdekaan negara yang menjangkau usia 54 tahun, dan kemampuan kita membangun begitu banyak IPT awam dan swasta, seharusnya kita manfaatkan sebagai titik awal untuk meninjau kembali kekuatan dan kelemahan kita, dan meningkatkan kualiti pembangunan bangsa kita, juga memperbaiki segala kelemahan kita selama ini, termasuk isu polarisasi kaum para pelajar IPT kita. Oleh hal yang demikian, biarlah masyarakat Melayu ataupun masyarakat-masyarakat bukan Melayu, mesti sedia berkompromi sedikit. Dalam iklim masyarakat yang majmuk, hanya kompromi akan mengelakkan keganasan dan huru-hara. Mungkin cadangan-cadangan saya tidak begitu sesuai untuk masyarakat kita tetapi tidak mengapa. Yang kita mesti tumpukan ialah masalah perpaduan; masalah sistem sekolah kebangsaan. Suatu sistem yang pada terasnya merupakan sistem yang dibahagi mengikut keturunan akan menyumbang kepada polarisasi kaum. Apa-apa sistem pun, biarpun sistem kerajaan, sistem pendidikan, sistem korporat, asalkan mengikut dasar pemecahan rakyat dari segi kaum, akan tetap gagal menyatupadukan rakyat.

5.2.4 Memperkenalkan konsep pengurusan hal ehwal murid. Pendekatan lain yang digunakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah polarisasi di sekolah mahupun di Institut- institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta ialah kerajaan telah memperkenalkan konsep pengurusan hal ehwal murid. Konsep pengurusan hal ehwal murid ini perlu dilaksanakan di setiap sekolah tidak kira sekolah di bandar mahupun di luar bandar. Sistem pengurusan sekolah yang melibatkan pengurusan hal ehwal murid di sekolah-sekolah kerajaan di perkemaskan supaya ianya lebih sistematik dan teratur. Pembentukan perpaduan kaum dapat diselenggarakan sekiranya masalah berkaitan hal ehwal murid diatasi sebelum ianya menular ke tahap yang memburukkan. Sebagai contoh, masalah gangster di kalangan pelajarpelajar berbangsa india yang mana ianya telah menjejaskan imej sekolah, malah turut menjejaskan imej bangsa tersebut. Pergaulan sesama kaum lebih menimbulkan kesan negatif dan pemikiran meraka tidak berkembang dari segi budaya, adat dan tatasusila. Pelajar berbangsa cina yang hanya bergaul dengan bangsa cina sahaja di kenalpasti tidak dapat mengembangkan lagi pengetahuan yang sedia ada dimana, mereka tidak akan tahu mengenai bangsa melayu serta adat bangsa lain. Masalah sosial timbul sekiranya pelajar-pelajar tidak menghormati sesama mereka mahupun tidak menghormati bangsa lain. Penerapan nilai-nilai murni adalah sejajar dengan pengajaran akidah pelajar bagi memastikan seseorang pelajar itu tahu menghormati orang lain atau bangsa lain.

5.2.5 Pelaksanaan Kaedah Pedagogika di sekolah Selain itu, kaedah pedagogika yang di perkenalkan oleh pihak Kementeriaan Pelajaran adalah bertujuan mengatasi masalah polarisasi kaum yang semakin berleluasa pada zaman ini. Dalam kaedah pedagogika ini, rancangan pengajaran akidah diterapkan bagi memperkukuhkan hubungan antara kaum. Di sekolah, rancangan pengajaran akidah ini detekankan dimana, pelajar-pelajar sekolah diterapkan dengan nilainilai murni dan semangat patriotik negara atau semangat cintakan tanah air yang kini mula pudar dikalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar sekolah diajar untuk menghormati agama dan budaya bangsa lain serta mengeratkan lagi hubungan antara kaum. Pelajar-pelajar juga diajar dan disarankan supaya bergaul dengan bangsa lain contohnya, bangsa melayu perlulah bergaul dengan bangsa cina dan india dan sebaliknya. Dengan adanya kaedah pedagogika ini, perpaduan kaum dapat dirapatkan lagi.

5.2.6 Memperkenalkan sekolah wawasan. Kerajaan juga telah memperkenalkan sekolah wawasan bagi mengatasi masalah perpaduan kaum dalam kalangan pelajar ini. Sekolah Wawasan adalah sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah sekolah yang berlainan aliran dalam satu kawasan yang sama. Sekolah-sekolah ini akan berada di bawah satu bumbung tanpa mengira agama dan bangsa. Konsep Sekolah Wawasan adalah bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat Melayu, Cina dan India melalui satu sistem pendidikan di dalam satu kawasan. Dengan adanya sekolah wawasan ini, perpaduan kaum dapat disemai dan dibina dengan mudah dan berkesan.

5.3.1 Memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan isu sistem pendidikan kita sekarang yang dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata tanpa menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar-pelajar di sekolah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Perpaduan sememangnya perlu dibentuk sejak mereka berada diperingkat sekolah rendah lagi. Memandangkan sistem pendidikan sekarang tidak mampu memupuk semangat perpaduan yang jitu dalam diri pelajar, pelbagai langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Sebagai contoh, pendekatan yang pertama boleh kita ambil adalah dengan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Peranan bagi memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR ini akan diambil alih oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merombak semula sistem pendidikan yang sedia ada untuk kesejahteraan bersama.

Hampir seluruh rakyat Malaysia menyokong akan cadangan pihak Kementerian untuk membubarkan peperiksaan UPSR dan PMR pada masa akan datang bagi mengelakkan sistem pendidikan di Malaysia daripada terus berorientasikan peperiksaan. Namun cadangan ini masih lagi dikaji dengan teliti oleh pihak Kementerian agar tidak menimbulkan implikasi-implikasi negatif pada generasi akan datang. Bagi orang ramai yang bersetuju dengan pendapat ini, mereka merasakan pendidikan negara kita memang perlu diperbaiki sejak dari dahulu. Terdapat banyak faedah yang akan dapat kita perolehi apabila UPSR dan PMR dimansuhkan pada masa akan datang. Antaranya ialah pemansuhan peperiksaan-peperiksaan itu akan dapat memberi lebih banyak masa kepada guru untuk mengajar secara lebih berkesan dan teratur tanpa terikat dengan jadual peperiksaan. Apabila guru mempunyai lebih banyak masa untuk mengajar, maka penerapan nilai-nilai murni seperti semangat cintakan tanah air, bekerjasama, saling tolong-menolong, bersatu padu dan sebagainya dapat disalurkan dengan mudah ke dalam diri para pelajar. Jika hal ini berterusan berlaku, tidak mustahil rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dalam keadaan harmoni tanpa ada permusuhan dan pergaduhan antara kaum. Jadi, diharapkan cadangan ini tidak hanya tinggal cadangan sahaja. Penilaian secara holistik amat perlu bagi menggantikan penilaian berasaskan peperiksaan yang diamalkan sekarang untuk membentuk warga malaysia yang cemerlang secara menyeluruh. Pembahagian penilaian kepada akademik, kokorikulum dan khidmat masyarakat dapat membentuk modal insan kelas dunia yang mempunyai kepintaran, kecerdasan otak dan fizikal sekaligus dapat mencapai matlamat yang sejajar dengan falsafah pendidikan Negara.

5.3.2 Tekankan matapelajaran sejarah,moral,pendidikan islam dan sivik kewarganegaraan di sekolah Pendekatan yang kedua adalah menerusi pihak sekolah. Pihak sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadikan pendidikan sebagai pemangkin utama ke arah perpaduan Negara. Hal ini adalah kerana sekolah adalah tempat khas dimana para pelajar banyak menghabiskan masa mereka di sana selain di rumah dan di sekolah jugalah tempat berkumpulnya pelbagai jenis pelajar yang berbilang kaum dan bangsa. Situasi ini perlu dititikberatkan oleh pihak sekolah agar perpaduan antara pelajar dapat dibina dengan kukuh dan kuat. Oleh sebab itu, mereka perlulah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dapat meningkatkan semangat perpaduan dalam diri setiap pelajar agar mereka dapat mencapai matlamat yang sejajar dengan falsafah Pendidikan Negara. Perkara penting yang perlu pihak sekolah lakukan untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam pendidikan ialah dengan menekankan matapelajaran pendidikan islam, moral, sejarah dan pendidikan sivik kewarganegaraan. Subjek-subjek ini penting dalam mengekalkan perpaduan Negara.

Banyak relevannya jika sekiranya pihak sekolah menekankan subjek-subjek ini dalam pendidikan di sekolah. Sebagai contoh, melalui sejarah dan sivik kewarganegaraan, nilai-nilai seperti patriotism dapat disemai dan dipupuk dengan jayanya ke dalam diri pelajar. Pendidikan islam dan moral pula dapat menerapkan nilai-nilai yang baik ke dalam diri pelajar. Sebagai contoh, nilai saling tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain, nilai kasih sayang, nilai bersatu padu dalam menjalankan sesuatu perkara dan sebagainya. Nilai-nilai ini bagus dalam membantu pelajar untuk saling berinteraksi antara satu sama lain walaupun berbeza adat resam, agama dan budaya. Apabila nilai-nilai ini ada dalam diri pelajar, hal ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan persahabatan dan perpaduan antara para pelajar di sekolah dan sekaligus perpaduan Negara akan menjadi semakin utuh pada masa akan datang.

5.3.3 Para guru perlu ubah sikap dan minda yang terlalu obses terhadap kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan. Pendekatan ketiga yang boleh kita ambil ialah guru-guru mestilah mengubah sikap dan minda mereka yang terlalu inginkan kecemerlangan pelajar mereka dalam peperiksaan hingga mengabaikan nilai-nilai yang perlu diterapkan dalam diri para pelajar di sekolah. Sikap mengabaikan nilai-nilai murni untuk keperluan para pelajar perlu dikikis dengan segera agar para pelajar tidak hanya datang ke sekolah untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Kebanyakan para guru yang terlalu mementingkan kejayaan para pelajarnya, mereka sentiasa tergesa-gesa menghabiskan silibus pelajaran dan hanya menfokuskan kepada subjek-subjek peperiksaan yang penting sahaja. Subjek seperti pendidikan jasmani sentiasa diabaikan begitu sahaja. Mereka merasakan subjek tersebut tidak penting dan tidak perlu dititikberatkan dalam pendidikan di sekolah. Oleh sebab itu, apabila tiba jadual pendidikan jasmani yang sebenarnya mewajibkan para pelajar turun bermain di padang akan digantikan dengan belajar subjek-subjek yang penting seperti subjek kimia, fizik dan sebagainya. Hal ini sepatutnya perlu dibendung dengan segera agar tidak terus berlaku lagi. Pendidikan jasmani sebenarnya merupakan subjek yang penting. Ini adalah kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh apabila mengikuti pendidikan jasmani ini. Selain daripada sihat tubuh badan, perpaduan antara pelajar juga dapat disemai dan dipupuk dengan jayanya melalui permainan yang mereka main bersama-sama di padang. Oleh itu, semua subjek yang disarankan oleh pendidikan janganlah diambil remeh oleh para guru. Nilai-nilai murni seperti perpaduan wajib diajar dan dipupuk dalam diri pelajar. Tugas seorang guru adalah mendidik para pelajar agar menjadi manusia berguna pada masyarakat, bangsa dan Negara. Maka, didiklah pelajar-pelajar dengan sebaik mungkin.

5.4.1 Pelaksanaan program yang lebih terancang dan berkesan. Guru-guru harus melaksanakan program yang telah dirancang dengan sebaik-baiknya bagi menyahut objektif RIMUP. Jika sebelum ini guru hanya menumpukan kepada aktiviti yang bersifat akademik sematamata namun guru haruslah melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan RIMUP. Pihak kerajaan telah merancang beberapa perkara untuk guru laksanakan seperti memperkenalkan sekolah wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah sekolah yang berlainan aliran dalam satu kawasan yang sama. Sekolah-sekolah ini akan berada di bawah satu bumbung tanpa mengira agama dan bangsa. Konsep Sekolah Wawasan adalah bertujuan menyatukan masyarakat Melayu, Cina dan India melalui satu sistem pendidikan di dalam satu kawasan. Dengan adanya sekolah wawasan ini, perpaduan kaum dapat disatukan. Guru-guru yang mengajar di sekolah wawasan bukan sahaja harus menumpukan kepada pencapaian akademik tapi mereka harus membantu membentuk perpaduan dalam kalangan murid-murid di sekolah tersebut dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berpandukan kepada RIMUP.

5.4.2 Mengubah persepsi ibu bapa dan murid bahawa pencapai akademik sahaja yang harus diutamakan. Perkara pertama yang harus diubah bagi menjadikan pelaksanaan RIMUP lebih bekesan ialah dengan mengubah persepsi yang telah lama bersarang dalam diri ibu bapa dan murid ialah dengan menyatakan bahawa program RIMUP juga sama penting dengan pencapaian akademik pelajar. Kerajaan telah memperkenalkan rancangan multi-budaya. Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir Hasan Dawi, 2002). Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir Hasan Dawi, 2002). Tylor (1871) mengatakan bahawa budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undangundang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Bagi tokoh kontemporari Bourdieu, budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan. Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat sekeliling. Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Pelajarpelajar sejak mula masuk ke sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorakkan masa depan mereka.

Pendidikan nilai amat diutamakan untuk menerapkan niali-nilai material dan bukan material di kalangan pelajar dan mengelakkan berlakunya penyelewengan budaya. Multibudaya adalah satu perkataan yang paling sesuai dan tepat untuk menggambarkan kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang budaya. Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (James A.Banks dan Cherry A. McGee Banks, 2003). Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan multibudaya ini adalah satu pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian. Ia bukan sahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi. Susulan daripada peristiwa pertumpahan darah yang berlaku melibatkan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India pada 13 Mei 1969, kerajaan telah merangka beberapa dasar yang menekankan kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), sekolah dianggap sebagai institusi sosial di dalam masyarakat. Sekolah merupakan tempat pergaulan utama bagi setiap individu tidak kira sama ada di sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah, pelajar akan di ajar mengenai kebudayaan kebangsaan seperti lagu kebangsaan negara, bahasa kebangsaan dan bendera kebangsaan. Oleh sebab itu, sistem pendidikan negara merupakan agen utama dalam usaha memupuk perpaduan rakyat yang mempunyai pelbagai budaya dan amalan.

6.0 Penutup 13 Mei 1969 merupakan tarikh keramat yang terpahat dalam seluruh rakyat Malaysia apabila rusuhan dan pergaduhan antara kaum telah meletus sehingga membawa kepada kecederaan dan kematian ramai orang. Malapetaka yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 telah membuktikan bahawa perpaduan amat penting dalam masyarakat pluralistik di Malaysia ini. Tanpa perpaduan maka, masyarakat tidak dapat hidup dalam keadaan aman, harmoni dan sentosa. Sebenarnya pentakrifan semula Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah rancangan utama yang pertama dilakukan oleh kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Oleh itu, pendidikan merupakan salah satu medium yang digunakan untuk membentuk semangat perpaduan dalam diri setiap warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menambahbaik lagi sistem pendidikan di Malaysia ini. Saban tahun, kerajaan berusaha untuk meningkatkan lagi bidang pendidikan yang ada di Malaysia ini. Oleh sebab itu, setiap pihak haruslah bekerjasama bagi meletakan sistem pendidikan di Malaysia ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Apabila sistem pendidikan di negara ini semakin berkembang maju, maka lebih ramai graduan dan cendekiawan yang dapat dihasilkan bagi membantu membangunkan negara dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan negara melalui idea-idea baru daripada generasi yang baru. Melalui aktiviti kukorikulum, modal insan yang berkualiti dapat dibentuk bagi kepentingan negara untuk masa hadapan. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin tersohor negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan orang yang aktif bepersatuan sejak dari bangku sekolah lagi. Malaysia juga akan menjadi sebagai pusat kecemerlangan serantau melalui sistem pendidikan yang membenarkan pelajar dari luar negara untuk belajar di negara ini dalam pelbagai bidang ilmu. Oleh itu, pendidikan sebagai pemangkin ke arah pembentukan perpaduan memang penyataan yang tidak dapat disangkal lagi kerana sistem pendidikan itu sendiri yang telah membentuk perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia.

6.0 Penutup 13 Mei 1969 merupakan tarikh keramat yang terpahat dalam seluruh rakyat Malaysia apabila rusuhan dan pergaduhan antara kaum telah meletus sehingga membawa kepada kecederaan dan kematian ramai orang. Malapetaka yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 telah membuktikan bahawa perpaduan amat penting dalam masyarakat pluralistik di Malaysia ini. Tanpa perpaduan maka, masyarakat tidak dapat hidup dalam keadaan aman, harmoni dan sentosa. Sebenarnya pentakrifan semula Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah rancangan utama yang pertama dilakukan oleh kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Oleh itu, pendidikan merupakan salah satu medium yang digunakan untuk membentuk semangat perpaduan dalam diri setiap warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menambahbaik lagi sistem pendidikan di Malaysia ini. Saban tahun, kerajaan berusaha untuk meningkatkan lagi bidang pendidikan yang ada di Malaysia ini. Oleh sebab itu, setiap pihak haruslah bekerjasama bagi meletakkan sistem pendidikan di Malaysia ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Apabila sistem pendidikan di negara ini semakin berkembang maju, maka lebih ramai graduan dan cendekiawan yang dapat dihasilkan bagi membantu membangunkan negara dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan negara melalui idea-idea baru daripada generasi yang baru. Melalui aktiviti kukorikulum, modal insan yang berkualiti dapat dibentuk bagi kepentingan negara untuk masa hadapan. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin tersohor negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan orang yang aktif bepersatuan sejak dari bangku sekolah lagi. Malaysia juga akan menjadi sebagai pusat kecemerlangan serantau melalui sistem pendidikan yang membenarkan pelajar dari luar negara untuk belajar di negara ini dalam pelbagai bidang ilmu. Oleh itu, pendidikan sebagai pemangkin ke arah pembentukan perpaduan sememangnya sebuah penyataan yang tidak dapat disangkal lagi kerana sistem pendidikan itu sendiri yang telah membentuk perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia.

Você também pode gostar