Você está na página 1de 3

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMBANGUNAN?

Konsep pembangunan masih kurang jelas tetapi ia di pandang sebagai kebolehan pembuat keputusan untuk membentuk dan membentuk semula keseluruhan alam sekitar seperti politik , sosial , ekonomi, pentadbiran , pendidikan dan lain-lain menerusi mobilisasi sumber-sumber yang ada dan di pimpin oleh ideologi yang sangat dipercayai. Walaubagaimanapun pembangunan mempunyai makna yang berbeza-beza kepada orang yang berlainan, namun satu makna yang diterima umum ialah perubahan. Pembangunan adalah sebahagian daripada proses perubahan sosial yang lebih menyeluruh sifatnya. Pembangunan boleh dibahagi kepada dua kategori besar. Pertama, pembangunan yang dirancangkan, dan kedua pembangunan yang tidak dirancangkan. Majoriti tumpuan dunia selama ini adalah terhadap pembangunan yang dirancang. Pembangunan yang dirancang melibatkan usaha sedar manusia merancang perubahan dalam hidup mereka. Tindakan ini sering diungkapkan sebagai social engineering yang melibatkan banyak pihak untuk menjayakannya. Dalam konteks sebuah masyarakat, tindakan merancang pembangunan menjadi tanggungjawab semua lapisan rakyat, masing-masing dengan bentuk sumbangan yang tertentu. Ahli politik, anggota profesional, para akademik, saudagar dan pemodal, pakar teknologi, kelas pekerja dan berbagai-bagai golongan lain termasuk rakyat, semuanya bersama-sama terlibat memupuk proses pembangunan berbentuk ini. Alat utama dalam pembangunan yang dirancangkan adalah sebuah institutsi yang dikenali sebagai perancang pembangunan yang disebut Rencana Pembangunan yang dirakamkan secara bertulis dalam sebuah buku iaitu buku rencana pembangunan. Tetapi kini, pembangunan lebih menekankan kepada sekular nasional iaitu pembangunan yang bergantung kepada falsafah dan teori semata-mata. Keputusan dibuat lebih berpandukan kepada akal fikiran manusia dan bukannya kepada hukum-hukum agama. Dimana ia lebih memberi peluang yang lebih luas kepada individu-individu dari segi sosial dan ekonomi tanpa mengambil kira akibat daripada peluang tersebut. Pembangunan yang dijalankan lebih menuju kearah kesejahteraan dunia sahaja bukannya hidup manusia di akhirat kelak. Pembangunan yang dibanggakan itu hanya bersifat sementara di mana generasi akan datang akan menerima kesan negatif atas segala perubahan akibat dari pembangunan itu sendiri. Kesan yang paling nyata ialah ke atas alam persekitaran di mana berlakunya keracunan dan kemusnahan alam yang disebabkan oleh kesan sampingan dari pembangunan yang tidak terkawal. Pembangunan lebih ditumpukan kepada memberi kesempurnaan dan keselesaan hidup rakyat bukannya kepada pembangunan peribadi dan keupayaan manusia itu sendiri. Nilai-nilai agama sudah tidak diambil sebagai sesuatu yang memangkinkan perkembangan tersebut malah telah dianggap sebagai satu anasir yang menghalang kelancaran perkembangan tersebut. Dengan kata lain kemajuan ekonomi dan kebendaan yang dicapai itu tidak akan diiringi dengan kemantapan agama dan kerohanian iaitu dengan mengenepikan soal-soal agama maka wujudlah pembangunan yang diinginkan. Pertumbuhan ekonomi merupakan satu syarat yang perlu untuk mencapai pembangunan. Pembangunan belum pasti berlaku sekiranya pertumbuhan tidak mampu menyelesaikan masalahmasalah pembangunan seperti pengagihan yang tidak seimbang, kebebasan dari penindasan, eksploitasi ataupun penyertaan yang sama rata di dalam aspek ekonomi dan politik. Pertumbuhan

akan diukur dengan melihat kadar per kapita Keluaran Negara Kasar ( KNK ), pendapatan purata, pengagihan pendapatan juga pertambahan dan bilangan rumah, sekolah dan kereta. Ianya melibatkan sesuatu yang boleh diukur atau dikira dari segi kuantiti. Ianya bukan satu petunjuk yang sesuai bagi pembangunan kerana ianya belum pasti dapat menyelesaikan masalah-masalah sosial dan politik. Pembangunan pula bukan sahaja bermaksud pertambahan dari segi ekonomi. Contohnya, pendapatan KDNK dan sebagainya, tetapi ia mesti diiringi juga oleh perubahan sikap sosial dan adat yang selama ini menghalang kemajuan ekonomi. Pertumbuhan boleh tercapai tanpa adanya pembangunan sedangkan pembangunan tidak boleh tercapai tanpa adanya pertumbuhan. Matlamat dalam pembangunan ekonomi pula lebih kepada usaha dalam menghapusan kemiskinan dalam erti kata yang mutlak merupakan satu matlamat sosial terdapat tekanan politik dan sosial yang kian meningkat untuk menjadikan usaha mengecilkan jurang. Dunia di mana orang kaya menjadi lebih cepat kaya daripada orang miskin tidak mungkin mejadi stabil dan aman dari segi politik. Walau bagaimanapun, mengurangkan jurang pendapatan bukanlah satu perkara yang mudah. Jumlah kadar pertumbuhan mungkin meningkat di negara-negara ini tetapi kadar pertumbuhan penduduk yang lebih cepat juga mungkin berlaku. Sementara itu, setelah negara maju memperolehi pengalaman yang lebih banyak dalam mengahadapi masalah pengangguran, kadar pertumbuhan per kapita mungkin melebihi kadar yang lepas-lepas di nagara ini. Oleh yang demikian , jelaslah bahawa jika jurang pendapatan per kapita hendaklah di kecilkan di masa-masa akan datang kedua-dua bantuan diri sendiri dan kerjasama antarabangsa perlu dipertingkatkan jauh lebih tinggi daripada yang terdapat sebelumnya Nilai-nilai agama juga mestilah disemai di hati semua masyarakat, ini adalah penting kerana jika ada pegangan agama maka tidak akan berlaku penyelewengan atau sesuatu gejala yang tidak baik dan akan merosakkan pembangunan yang sedia ada. Sekiranya nilai agama yang diterapkan ini dapat dihayati maka pembangunan yang adil dapat diwujudkan dan juga akan dapat dikekalkan. Pembangunan ekonomi sebenarnya tidak terasing dengan pembangunan sosial kerana pembangunan ekonomi pada dasarnya adalah dilihat sebagai pembangunan manusia yang mencakupi pembangunan sosial dan keluarga. Dengan ini kerajaan sesuatu tempat itu tidak perlu melupakan pembangunan sosial dan keluarga malahan ia sepatutnya diberi lebih penekanan lagi keatas kedua pembangunan ini. Kerajaan perlu mencari pendekatan yang baik walaupun menggunakan modal yang banyak untuk menghapuskan gejala sosial yang boleh mengancam pembangunan sesebuah negara. Kerajaan dan juga ibu bapa perlu bergandingan untuk memberikan kesedaran akhlak kepada generasi muda supaya mereka mempunyai akhlak yang mulia dan berhemah tinggi, ini akan menghindarkan mereka dari terjebak dalam sebarang gejala sosial yang tidak baik. Pembangunan sesebuah negara itu seharusnyalah diasaskan daripada sumber dan potensinya sendiri. Ianya tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada unsur-unsur pembangunan yang berpunca dari luar. Ini adalah untuk menjamin pembangunan di sesuatu negara itu akan terus kekal walaupun ia tidak mendapat bantuan dari luar. Pembangunan juga tidak akan terjejas walaupun ada anasir luar yang cuba untuk menjatuhkannya kerana pembangunannya tidak bergantung sepenuhnya kepada unsur-unsur pembangunan yang berpunca dari luar. Pembangunan yang adil adalah pembangunan yang serentak antara pembangunan fizikal dan spiritual. Tanpa pembangunan spiritual maka pembangunan fizikal tidak akan kekal lama dan

begitu jugalah tanpa pembangunan fizikal maka pembangunan spiritual tidak akan sempurna. Dengan ini sesebuah kerajaan itu mestilah membangunkan ekonomi dengan mencantumkan sekali dengan pembangunan sosial dan kekeluargaan. Untuk mewujudkan satu pembangunan yang adil dan berkekalan, sesuatu pembangunan itu sepatutunya diterapkan dengan aspek abstrak pembangunan kepada penduduk setempat atau penduduk sesuatu kawasan. Sifat abstrak ini seperti sikap, minat, keyakinan dan kecemerlangan terutama sekali dari segi pembangunan insan dan juga kemanusiaan. Pembangunan itu juga perlu diterap dengan nilai-nilai murni yang sepatutnya menjadi teras kepada pembangunan dan semestinya sebati dengan rakyat di tempat yang dibangunkan itu. Kesimpulannya, bagi mewujudkan pembangunan yang adil dan berkekalan, masyarakat sesebuah negara yang sedang membangun haruslah benar-benar percaya bahawa pembangunan yang seimbang akan melahirkan masyarakat, manusia pertengahan, manusia sederhana, manusia yang mencintai alam ciptaan Tuhan, manusia yang tidak melakukan kerosakan sosial, budaya dan akhlak kerana rakus dan tamak materialistik, maka seluruh sistem pembangunan yang kita import dari dunia lain itu hendaklah dirombak seluruhnya, digantikan dengan satu acuan baru, acuan pelbagai dimensi, acuan sintesis daripada ciri-ciri yang baik dari segala sistem dan ideologi yang ada berlandaskan pembangunan yang mengikut perspektif Islam.

Você também pode gostar