Você está na página 1de 4

ADAT KEMATIAN

A) MELAYU
1) Sebelum dikebumikan, jenazah dimandi, dikaIan (dibalut dengan kain putih) dan
disembahyangkan.
2) Jenazah ( mayat ) akan dimasukkan ke dalam liang lahad.
3) Ikatan di kepala jenazah akan dibuka.
4) Kepala disendal dengan tanah dan telinga diazankan. Selepas itu, sekeping papan akan
digunakan untuk menutup mayat sebelum liang lahad ditimbus.

B) CINA
1) Mayat dimandikan dan di solek sebagai penghormatan terakhir kepada si mati.
2) Apabila memasuki rumah si mati, perlulah membongkokkkan badan sebagai tanda hormat.
3) Ahli keluarga si mati akan memakai pakaian berwarna putih dan hitam sebagai tanda
berkabung.
4) Kertas kertas sembahyang yang bersalut logam akan dibuang sepanjang jalan dari rumah
hinggalah ke tanah perkuburan kerana dipercayai roh si mati akan mengetahui jalan untuk
pulang ke rumah berdasarkan kertas logam tersebut.
5) Kawasan perkuburan yang strategik ( Ieng shui) dianggap penting kerana dipercayai dapat
membawa kebahagiaan kepada anak cucu si mati.
6) Anak lelaki dan cucu cicit dilarang menggunting rambut selama 49 hari.

C) INDIA
1) Mayat diletakkan di ruang tamu dengan kepala si mati dihadapkan ke arah selatan dan lampu
minyak dinyalakan.
2) Kelapa yang telah dibelah dua dan sirih pinang akan diletakkan berhampiran mayat
sementara serbuk suci disapukan pada dahi mayat.
3) Dilarang memasak selagi mayat di dalam rumah, gambar gambar yang digantung akan
diterbalikkan dan barang perhiasan akan disimpan.
4) Kollic Catti atau periuk tanah yang mengandungi api akan dibawa mengiringi mayat. Anak
sulung yang melakukan upacara ini jika bapa meninggal dan anak bongsu jika ibu meninggal.
5) Rambut pembawa kollic Catti akan dicukur sebelum upacara ini sebagai tanda permulaan
hidup yang lebih bahagia apabila rambut baru tumbuh.
6) Kaum wanita dilarang ke tempat membakar mayat.

D) KADAZAN
1) Memukul gong memberitahu ada kematian.
2) Harta benda kepunyaan si mati akan diletakkan di tepinya.
3) Mayat si mati akan dimasukkan dalam keranda atau tempayan besar yang lama.
4) Sebuah pondok kecil (sulap) akan didirikan untuk melindungi kubur tersebut.
E) IBAN
1) Pintu utama rumah panjang akan digalang dengan dua batang alu` iaitu kayu yang
digunakan untuk menumbuk padi. Bertujuan menghalang hantu simati daripada membawa balik
rohnya.
2) Mayat dibawa ke anjung tengah dan dilindungi dengan kain tenunan (sapat). Beberapa orang
wanita akan menjaga mayat.
3) Barang barang yang akan ditanam bersama mayat diletak di tepi mayat.

PERAYAAN
A) MELAYU
1) Hari raya aidilIitri setiap 1 syawal selepas berpuasa selama sebulan.
2) Hari raya dimulakan dengan takbir dari malam sebelumnya.
3) Juadah yang dihidangkan ialah ketupat, rending, lemang dan kuih.

B) CINA
1) Tahun baru cina pada hari pertama berdasarkan calendar cina.
2) Pembakaran mercun dapat menghalau dan menakutkan seekor makhluk ganas ( Nian) yang
membawa kesengsaraan kepada masyarakat cina.
3) Semua ahli keluarga akan tidur lewat kerana dipercayai usia mereka dapat dipanjangkan.
4) Limau mandarin bermaksud emas.
5) Masyarakat cina dilarang menyapu rumah pada hari pertama Tahun Baru Cina untuk
mengelakkan daripada tersapu tuah yang datang dan ditimpa nasib malang.
6) Masyarakat cina juga dilarang mencuci rambut pada hari pertama Tahun Baru Cina kerana
dipercayai akan mencuci tuah yang akan datang.

C) INDIA
1) Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya iaitu hari yang menandakan kejahatan berjaya
ditumpaskan oleh kebaikan.
2) Disambut pada bulan ketujuh mengikut kalendar Hindu.
3) Upacara mandi minyak untuk menyucikan diri pada pagi hari Deepavali.
4) Perempuan india memakai sari dan lelaki memakai doti.

D) HARI KRISMAS
1) Memperingati hari kelahiran Jesus Christ pada 25 Disember, tahun pertama Masihi.
2) Kanak kanak menggantungkan sarung kaki pada hujung katil kerana dipercayai Santa
Claus akan memberikan hadiah pada malam krismas.
3) Pada malam krismas, kumpulan choral akan menyanyikan lagu krismas dari rumah ke
rumah.
4) Juadah yang disediakan seperti ayam belanda bakar, pai dan kek.
E) BUMIPUTERA
1) Menyambut Pesta Gawai
2) Disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun bagi meraikan tamatnya musim menuai
padi.
3) Makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada dewa padi dan kekayaan pada hari
tersebut.
4) Darah ayam jantan akan direnjiskan pada barang barang yang disediakan untuk pemujaan
sebagai memulakan sambutan Hari Gawai.
5) Ranyai atau pokok istiadat akan diletakkan di serambi rumah panjang dan dikelilingi
makanan serta minuman.
6) Penari Ngajat Lesong akan menari sambil mengangkat lesung menumbuk padi dengan gigi
bagi menunjukkan kekuatannya.
7) Pesta Gawai berakhir setelah Ranyai dibuang.

PANTANG LARANG
A) MELAYU
1) Tidak dibenarkan menyanyi semasa memasak di dapur.
2) Dilarang memotong kuku pada waktu malam.
3) Dilarang bertukar tempat duduk sewaktu makan.
4) Dilarang menjahit baju yang koyak di atas badan.
5) Dilarang bersiul di dalam rumah.
6) Bayi tidak boleh dicium di ubun kepalanya dan tali pusatnya semasa tidur
7) Bayi tidak boleh dicium pada telapak tangan.

B) CINA
1) Pasangan hidup sebaik baiknya tidak mempunyai pangkal nama yang sama kerana
dipercayai berasal daripada urutan keluarga yang sama.
2) Apabila menghadiri suatu majlis perkahwinan, hari jadi dan perayaan, tetamu seharusnya
memakai pakaian berwarna terang.
3) Pakaian berwarna gelap jika menghadiri kematian.









C) INDIA
1) Hari Ahad, Selasa dan Khamis tidak digalakkan untuk berkunjung ke rumah seseorang
dengan tujuan meraikan perayaan atau melawat orang yang baru berpindah.
2) Makanan yang dihidang mesti dimakan sebagai menghormati tuan rumah.
3) Semasa menghadiri kematian, sebaik baiknya membawa karangan bunga.
4) Selepas makan, daun pisang mesti dilipatkan kea rah sendiri sebagai tanda menghargai
makanan yang dihidangkan.
5) Sesuatu yang buruk dikatakan akan menimpa seseorang jika ada kucing hitam berlari
dihadapannya ketika dia hendak keluar dari rumah.

D) BUMIPUTERA
1) Tetamu menunggu di tepi rumah sambil berpura pura batuk bagi menarik perhatian tuan
rumah supaya sedar akan kehadirannya.
2) Tetamu dilarang berkunjung ke rumah seseorang jika ada penghuni rumah sedang sakit tenat
dan menjalani rawatan tradisional.
3) Tetamu juga dilarang berkunjung ke rumah seseorang sebelum istiadat menuai dirasmikan.

BUDAYA MAKAN
1) Orang india dan melayu menggunakan tangan semasa makan.
2) Orang cina menggunakan kayu penyepit semasa makan.
3) Orang melayu menitikberatkan makanan halal dan haram.
4) Orang cina mengkategorikan makanan kepada yin dan yang.
5) Makanan yin akan diberikan kepada seseorang jika badannya berasa panas.
6) Penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana menganggap haiwan yang suci.
7) Ada juga penganut agama Hindu mengamalkan diet sayur sayuran.