Você está na página 1de 25

BAB 1 Fungsi Organ dan Bahagian Tubuh Badan

Jadual 1.1: Kedudukan dan Fungsi Organ


Organ Otak Kedudukan Terletak di dalam ruang tengkorak Fungsi Memuatkan pusat-pusat (intelek, fikiran, ingatan/kuasa kemahuan) yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh.

Paru-Paru

Terletak di dalam ruang toreks Membawa masuk udara beroksigen ke dalam tubuh dan membawa keluar karbon dioksida serta wap dari darah. Terletak pada belakang tulang dada di dalam ruang toreks di antara paru-paru. Perut bersambung terus daripada kerongkong. Ia bergantung bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam ruang abdomen. Terletak di bawah ototdiaphragm dalam ruang abdomen. Terletak di dinding belakang abdomen Mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh tubuh serta mengekalkan aliran atau peredaran darah setiap masa. Ia menerima bahan makanan daripada kerongkong dan menyimpan buat sementara waktu untuk dilembutkan dan dihadamkan. Menghasilkan cecair hempedu dan bahan yang terdapat di dalam darah seperti serum untuk perkumuhan serta metabolisme. Membuang air yang berlebihan dalam tubuh. Membuang hasil perkumuhan seperti urea dan asid urik. Mengawal kepekatan atau kuantiti bahan yang terkandung dalam darah

Jantung

Perut

Hati

Buah Pinggang

Pengurusan Kesihatan Diri

Pengurusan stress. pengurusan (stress) adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap perubahan dan cabaran. Stres boleh dialami sama ada di rumah, sekolah dan tempat kerja. Cara pengurusan stress

Belajar mengurus stres dapat menjauhkan kerunsingan. Pengurusan masa dan kerja secara bijak dapat membantu mengurangkan stres. Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif. Dapatkan bantuan jika tidak mampu menguruskan tekanan dengan sendiri.

1.2.2 Kesedaran dan Tanggungjawab Menjaga Tubuh


Bagaimanakah caranya kesedaran dan amalan penjagaan tubuh dapat dididik? Berikut adalah beberapa cara: a.Keluarga b.Klinik Kesihatan atau Hospital c.Sekolah

1.3.1 Peranan Lelaki


Sistem patriaki yang mana golongan lelaki mengetuai sesebuah keluarga. memberi kuasa kepada lelaki dalam memimpin keluarga, membuat keputusan,

menyediakan sumber ekonomi serta kemudahan asas yang selesa untuk kesejahteraan kesihatan hidup berkeluarga. aspek perancang keluarga. Penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sebuah keluarga

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI Amalan pemakanan Pemilihan Jenis dan Kualiti Makanan
Komponen Makanan Karbohidrat Jenis Fungsi Sukatan Keperluan Perlu dimakan lebih banyak. 8-12 sajian. Contoh 1 sajian ialah cawan nasi atau keping capati. Makan dengan sederhana. 2-3 sajian. Contoh, 1 sajian ialah 1 ketul paha ayam atau 1 ekor ikan kembung atau 2 biji telur. Susu dan hasil tenusu. 1-2 sajian. Contoh, 1 sajian ialah 1 gelas susu atau 1 cawan dadih atau 1 keping keju. Nasi, mi, roti, hasil Membekalkan bijirin, ubi tenaga, vitamin, mineral, serat dan protein Daging, ikan, telur, Membina dan kekacang membaik pulih tisu tubuh. Susu dan hasil tenusu Tumbesaran

Protein

Kalsium Zat besi

Vitamin Semua jenis Membekalkan Makan dengan lebih. 3-5 sajian. Mineral Serat sayuran dan buah- vitamin, mineral dan Contoh 1 sajian ialah cawan

buahan

serat. Menjauhi sayur daun hijau atau 1 hiris betik. penyakit akibat kekurangan vitamin. Serat mengelakkan masalah sembelit. Memberi tenaga. Perlu dimakan sedikit. Sebagai penyedap makanan dan tidak diperlukan dalam jumlah yang banyak.

Garam Gula Minyak

Makanan diproses, kuih-muih, aiskrim, makanan bergoreng

Penyimpanan Makanan

a.

Makanan Kering Makanan mentah kering seperti beras dan tepung hendaklah disimpan di dalam bekas dan tempat yang kering. Ruang yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan kulat. b. Makanan Basah Makanan mentah basah seperti ayam, daging dan hasil laut mengandungi banyak bakteria. Makanan mentah ini perlu diasingkan daripada makanan lain yang telah dimasak atau makanan mentah yang sedia untuk dimakan seperti buah-buahan dan ulam. Titisan daripada air makanan mentah ini boleh memindahkan bakteria melalui proses pencemaran silang.
c. Ciri-ciri seorang penyedia makanan yang sihat adalah seperti berikut:

Peringkat Dewasa
Jenis Pemeriksaan Tekanan darah Glukos darah Kebaikan Dapat mengesan dengan lebih awal tanda-tanda tekanan darah tinggi. Alat-Alat Ujian Sphigmomanometer

Dapat mengesan tahap glukos di dalam Glucometer dan strip darah dan membantu sebagai amaran untuk mengawal pengambilan gula atau rawatan awal Dapat mengesan tahap kolesterol darah Accutrend dan strip dan membantu menyedarkan seseorang seseorang mengawal pemakanan serta mengamalkan senaman.

Kolesterol

Pengesanan barah pangkal rahim Penglihatan Pendengaran

Dapat mengesan awal sel-sel kanser di Spatula, mikroskop pangkal rahim dan dirawat awal. Dapat mengesan awal masalah penglihatan (rabun dekat atau jauh). Dapat mengesan awal masalah pendengaran dan membuat rujukan untuk rawatan. Dapat mengetahu Carta Snellen Audiometer

Berat badan/ Indeks Jisim Badan (IJB)

TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Matlamat


Matlamat pendidikan kesihatan keluarga ialah untuk meningkatkan pengetahuan, sikap serta kemahiran dalam mengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat menuju atau mencapai taraf kesihatan keluarga yang optimum. Keluarga sihat ditakrifkan sebagai keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologikal, sosial dan kerohanian ahli-ahlinya. Dengan memenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh mencapai kesejahteraan optimum daripada segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001).

Objektif
Apakah objektif pendidikan kesihatan keluarga? Antaranya ialah :Mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat. Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat sihat dan negara pun sihat. Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta ataupun pihak badan bukan kerajaan (NGOs). Meningkatkan tahap literasi kesihatan (health literacy) dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak untuk mencapai, menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut ke arah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki (Conttrell, Girvan & Mckenzie, 2002).

3.2.1 Merentas Kurikulum


Mari kita lihat bagaimana pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum melalui dua pendekatan (Rajah 3.2):

Rajah 3.2: Pendekatan merentas kurikulum

a.

Pendekatan Integrasi Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum (Mok Soon Sang, 2004). Dengan mengambil kira perkara ini dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu hendaklah sentiasa sensitif dan peka terhadap perubahan yang berlaku dan mengubahsuai pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan setempat dan keadaan semasa. Ini bermakna pendekatan yang kita gunakan tidak statik tetapi dinamik.

b.

Pendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu menggabungkan pelbagai kaedah dan cara untuk menyampaikan sesuatu pengetahuan, sikap yang positif dan kemahiran. Pelajar hendaklah didedahkan dengan pengalaman seperti tingkah laku kesihatan yang diingini atau positif. Setiap pengalaman ini pula didedahkan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) masing-masing. Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, terdapat pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). PBSS adalah sebuah program kesihatan secara bersepadu yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. PBSS merangkumi pelbagai topik kesihatan seperti penjagaan kesihatan diri, program pencegahan denggi, pencegahan HIV/AIDS serta amalan cara hidup sihat yang diajar secara bersepadu di sekolah rendah dan menengah. Ia menjadikan kesihatan sebagai satu aspek yang tidak diasingkan tetapi diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu akan melibatkan kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pendekatan bersepadu melibatkan aspek kesihatan disentuh dalam subjek-subjek lain seperti agama, moral, bahasa dan sebagainya. Setiap pelajar mempunyai minat untuk belajar sama ada ianya dibuat secara individu atau berkumpulan.

Mempelbagaikan kaedah pengajaran dapat memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menunjukkan bakat dan memperkembangkan potensi masing-masing.

3.2.2 Tumpuan kepada Teknik


Jadual 3.1: Teknik yang Digunakan dalam Pendidikan Kesihatan Keluarga
Teknik Penerokaan Keterangan

Pelajar mempelajari apa yang diteroka melalui kajian kes, pencarian di internet, perpustakaan dan mendapatkan maklumat daripada hospital dan klinik. Proses pembelajaran melalui penerokaan akan memupuk inquiry learning seseorang pelajar. Maknanya mereka akan mencari, membentuk dan menguji andaianandaian mereka Penerokaan menjadikan pelajar bebas mendapatkan maklumat. Guru adalah sebagai fasilitator. Penerokaan memberi peluang kepada pelajar melakukan sesuatu dengan kreativiti selain daripada daya intelek. Ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dengan orang lain. Begitu juga menghargai ilmu yang mereka cari.

Lawatan

Contoh: melawat ke klinik atau hospital .Lawatan memberi peluang kepada seseorang melalui pengalaman sebenar. Misalnya, pengalaman melawat pesakit di wad akan memberi pengalaman baru berkenaan penderitaan seseorang apabila menghidap sesuatu penyakit. Membuat projek seperti sudut pendidikan kesihatan di sekolah. Kemahiran yang diperlukan dalam kalangan pelajar ialah mengumpul bahan, mengolah bahan dan memupuk kreativiti untuk mempersembahkan bahan tersebut. Penggunaan poster, risalah, CD atau VCD yang berkaitan dengan kesihatan.

Projek

Penggunaan alat atau bahan multimedia

3.3 KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA


Mari kita tinjau kandungan pendidikan kesihatan keluarga. Ianya merangkumi tiga aspek (Rajah 3.3):

Rajah 3.3: Kandungan pendidikan kesihatan keluarga

3.3.1 Tubuh Badan Manusia


Jadual 3.2: Sistem Tubuh Badan Manusia

Bahagian Badan Sistem Rangka Sistem Penghadaman

Peranan

Memberi sokongan, perlindungan dan struktur kepada organ-organ. Memproses makanan yang diambil daripada mulut, perut, pankreas, esofagus, hati dan usus. Segala zat makanan diambil untuk digunakan oleh tubuh. Pergerakan anggota tubuh badan. Pemindahan limfa di antara tisu dan darah. Suatu bentuk komunikasi dalam badan menggunakan hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar hormon seperti hipotalamus, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal dan sebagainya. Mengumpul, menghantar dan memproses maklumat di antara otak, saraf tunjang, saraf pheriferal dan saraf. Mengepam dan menghantar darah dalam badan. Mengandungi organ lelaki dan perempuan. reproduktif

Sistem Otot Sistem Limfatik Sistem Endokrin

Sistem Saraf

Sistem Kardiovaskular Sistem Reproduktif

Sistem Perkumuhan

Keseimbangan bendalir dalam badan, perkumuhan air kencing serta keseimbangan elektrolit. Membolehkan proses pernafasan dilakukan dengan melibatkan organ seperti paru-paru.

Sistem Respiratori

3.2 Kesihatan Diri dan Keluarga Kebersihan Tubuh Badan


Amalan Pemakanan Sihat Melakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan Fizikal Amalan Kesihatan Mental yang Baik

Pengurusan stress kaedah yang boleh digunakan untuk mengurus atau menyelesaikan masalah.

Rajah 3.5: Kaedah IDEAL untuk mengurus masalah Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.

d. Tidak merokok
Mari kita lihat apakah kebaikan yang akan diperolehi oleh seseorang yang tidak merokok serta panduan berhenti merokok (Rajah 3.7(a) dan (b).

Rajah 3.7 (a): Kebaikan tidak merokok Sumber: Risalah Tak Nak Merokok (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2003)

e.

Penjagaan kesihatan keluarga

komponen-komponen dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak ialah: i. Perancangan Keluarga Kesihatan Ibu Hamil dan Selepas Bersalin Kesihatan Bayi Penjagaan kesihatan bayi untuk dua tahun pertama memerlukan mereka dibawa ke klinik kesihatan secara berkala untuk mendapat suntikan imunisasi. Amalan pemakanan yang sihat, kebersihan dan pemberian imunisasi secara berkala amat penting untuk menjamin kesihatan bayi. Dalam tempoh usia satu tahun pertama bayi amat mudah dijangkiti penyakit. Pemberian imunisasi dapat memberi mereka perlindungan daripada penyakit berjangkit seperti polio, tetanus (kancing gigi), difteria, campak, hepatitis B dan tibi. Pemeriksaan berat badan bertujuan untuk melihat perkembangan bayi mengikut bulan. Di samping itu, doktor atau jururawat akan menguji gerak balas bayi terhadap rangsangan.

ii. iii.

TOPIK 4 ANATOMI SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA


Organ Reproduktif Lelaki dan Fungsi
Organ Fungsi

Zakar

Organ persetubuhan lelaki yang menyalurkan semen dan sperma untuk tujuan reproduksi. Zakar juga berfungsi untuk menyalurkan air kencing keluar daripada tubuh lelaki.

Testis

Organ yang menghasilkan sperma. Sel-sel dalam testis mengeluarkan hormon lelaki iaitu testosteron. Hormon testosteron mengembangkan sifat kejantinaan lelaki apabila meningkat baligh seperti pertumbuhan janggut, misai, bulu pada kemaluan, bentuk tubuh lelaki dan perkembangan organ jantina lelaki.

Kelenjar prostat

Kilang yang menghasilkan bendalir cair bersifat alkali. Bendalir ini adalah sebahagian daripada komponen air mani. Sifat alkalinya melindungi sperma daripada tindak balas asid dalam saluran air kencing dan dalam faraj perempuan. Saluran yang mengalirkan air mani dan air kencing.

Saluran urethra

SISTEM REPRODUKTIF PEREMPUAN


Organ Reproduktif Perempuan dan Fungsinya
Organ Vulva Fungsi

Vulva adalah komponen organ reproduktif perempuan yang membentuk organ kemaluan luar. Ia terdiri daripada vagina, clitoris, labia minora dan labia majora. Setiap perempuan mempunyai dua ovari. Ovari menghasilkan hormon estrogen dan sel reproduktif perempuan atau ovum. Sel ovari turut mengeluarkan hormon progesteron. Saluran Fallopian menghubungkan uterus dengan ovari. Ia menyediakan saluran perjalanan untuk pergerakan ovum yang telah disenyawakan ke uterus. Persenyawaan atau percantuman ovum dan sperma biasanya berlaku dalam saluran Fallopian. Tempat ovum melekat selepas disenyawakan. Janin akan membesar dalam ruang uterus. Lapisan yang terdiri daripada otot. Lapisan ini menyediakan ruang untuk ovum yang telah disenyawakan melekat. Semasa proses kelahiran, otot-otot ini menguncup untuk membantu proses mengeluarkan bayi. Serviks berfungsi sebagai leher uterus yang terletak pada bahagian bawah sekali. Di dalamnya terletak saluran yang menyambungkan faraj

Ovari

Saluran Fallopian

Uterus Lapisan dinding uterus

Serviks

dengan uterus. Faraj

Bahagian yang menyambungkan organ dengan luar tubuh. Ia adalah organ persetubuhan perempuan.

reproduktif

Faraj juga adalah saluran untuk darah haid keluar. Faraj menyediakan sebahagian daripada saluran kelahiran bayi.

4.3 AKIL BALIGH

4.3.2 Haid
Haid adalah petunjuk bahawa organ reproduktif perempuan telah berfungsi. Haid dicirikan dengan pengeluaran darah daripada faraj. Pusingan haid biasanya berlaku di antara 28 hingga 35 hari. Seseorang perempuan akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh haid ini berbeza antara individu. Ovum atau sel telur akan menjadi matang di dalam ovari. Hormon progesteron akan merangsang lapisan tebal darah yang baru terbentuk semula di dalam uterus. Semasa pertengahan kitaran haid, ovum atau telur dibebaskan daripada ovari ke saluran Fallopian. Sekiranya ovum tidak disenyawakan oleh sperma, ovum akan hancur dan dikeluarkan melalui faraj. Bekalan hormon progesteron yang menyuburkan lapisan uterus akan terhenti. Lapisan dinding uterus akan luruh dan keluar sebagai darah haid. Tetapi sekiranya ovum disenyawakan dan janin melekat pada dinding uterus yang subur ini, haid tidak berlaku kerana kehamilan telah berlaku. Seseorang perempuan akan mengalami haid setiap bulan sehinggalah dia memasuki fasa putus haid atau menopause. Gangguan haid seperti lewat atau tidak teratur akan berlaku jika seseorang mengalami gangguan emosi atau tekanan.

TOPIK 5 PROSES REPRODUKTIF MANUSIA

Pergerakan Sperma
Sperma dikeluarkan daripada dua testis lelaki. Sperma mempunyai bentuk seperti berudu yang amat halus. Ianya dilepaskan ke dalam faraj melalui saluran urethra. Berjuta-juta sperma akan bergerak ke arah uterus (Rajah 5.2). Namun hanya satu sperma sahaja yang mungkin berjaya menembusi dan bercantum dengan ovum di saluran Fallopian.

Peringkat dalam Proses Kehamilan


Anda mungkin sedia maklum bahawa, peringkat dalam kehamilan terbahagi kepada tiga, iaitu (Rajah 5.6):

Berikut adalah peringkat kehamilan:

a. Peringkat Awal
Peringkat awal atau first trimester kehamilan bermula daripada terbentuknya embrio sehinggalah kehamilan mencecah tiga bulan. Plasenta yang berupa gumpalan salur darah yang melekat pada lapik uterus membawa masuk oksigen dan zat makanan. Hasil buangan akan dikeluarkan melalui tali pusat. Menjelang minggu kelima, embrio telah menunjukkan tunas anggota tubuh seperti kaki serta lengan dan bonjolan untuk jantung. Apabila janin telah mencapai usia dua bulan, organ dalaman telah terbentuk. Memasuki bulan ketiga fetus telah terbentuk dengan sempurna dan mula membesar dengan cepat.

b. Peringkat Pertengahan
Peringkat pertengahan kehamilan disebut second trimester. Tempoh ini bermula apabila kehamilan memasuki bulan keempat sehingga bulan keenam. Pada bulan keempat, degupan jantung bayi boleh dikesan menerusi alat stethoscope. Beratnya kira-kira 300 gm. Memasuki bulan kelima (28 minggu) mata bayi sudah boleh dibuka. Bayi juga telah boleh bergerak dengan aktif. Kadang-kadang si ibu akan mengesan tendangan atau pergerakan bayinya.

c. Peringkat Akhir
Peringkat akhir kehamilan atau third trimester bermula apabila kehamilan memasuki bulan ketujuh

sehinggalah bulan kesembilan. Berat bayi kian bertambah dan pergerakan semakin aktif. Memasuki minggu ke-38, kepala bayi berada pada kedudukan bawah dan bersedia untuk dilahirkan. Memasuki bulan kesembilan (40 minggu) bayi akan turun lebih ke bawah abdomen bagi tujuan kelahiran. Namun, tidak semua kehamilan berakhir pada minggu ke-40. Terdapat bayi yang dilahirkan lebih awal. PERUBAHAN FIZIKAL IBU Perubahan Fizikal semasa Hamil

Perubahan Perubahan buah dada

Keterangan Pada bulan keempat kehamilan, buah dada akan membesar. Bahagian puting dan sekeliling puting (aerola) akan bertukar menjadi gelap. Ibu perlu menggunakan baju dalam yang bersesuaian untuk menampung saiz buah dada yang telah berubah. Mabuk atau morning sickness boleh berlaku di sekitar bulan ketiga kehamilan. Ia berlaku bukan sahaja pada waktu pagi tetapi tidak mengira waktu. Mabuk yang melampau akan menyebabkan si ibu muntah. Masalah ini berlaku apabila kandungan semakin membesar. Ini kerana kandungan menekan pada pundi kencing. Kaki membengkak biasa berlaku pada peringkat pertengahan kehamilan. Berat ibu yang betambah akan menjejaskan kaki dan pergelangan kaki.

Pening dan mabuk

Kerap kencing

Bengkak kaki

5.3 PENJAGAAN ASAS KEHAMILAN Pemeriksaan Kesihatan Berkala Amalan Senaman dan Makanan Seimbang
Makanan Seimbang Semasa kehamilan ibu makan untuk dua orang untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Ibu memerlukan protein, karbohidrat, vitamin, asid folik, zat besi dan kalsium yang secukupnya untuk keperluan sendiri dan zat untuk pertumbuhan bayi. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna ibu boleh makan mengikut selera dan nafsu. Untuk kesihatan yang baik panduan piramid makanan masih diperlukan. Ibu hanya memerlukan lebih komponen tertentu untuk pertumbuhan bayi dan mengelakkan sesuatu penyakit. Misalnya, memerlukan lebih zat besi dan kalsium. Semasa hamil, ibu memerlukan sesetengah zat atau komponen makanan dengan lebih untuk membantu tumbesaran bayi dalam kandungan dengan normal. Berikut adalah zat-zat yang sangat penting bagi ibu mengandung:

i. ii.

Protein Protein membantu pertumbuhan sel-sel. Ibu memerlukan lebih kurang 80 gm protein setiap hari. Protein boleh didapati daripada daging, ikan, telur, kekacang, keju dan susu. Asid Folik Asid folik dibekalkan kepada ibu semasa pemeriksaan di klinik. Asid folik membantu pembentukan sistem saraf bayi dan sel darah merah dalam tulang bayi. Makanan yang dapat membekalkan asid folik ialah hati, buah pinggang dan sayur-sayuran hijau.

iii.

iv.

Zat besi Ibu juga memerlukan zat besi untuk penghasilkan hemoglobin dan sel darah merah. Ibu biasanya akan dibekalkan dengan pil zat besi semasa pemeriksaan di klinik. Sumber makanan yang kaya dengan zat besi ialah hati, buah pinggang, daging lembu, sayuran hijau, telur dan kekacang. Kalsium Kalsium membantu bayi membina gigi dan tulang yang kuat. Ibu memerlukan bekalan mineral ini daripada susu, hasil tenusu, telur, keju, udang, kacang dan ikan bilis.

Rehat, Istirehat dan Sokongan Emosi


a. Rehat/Istirehat

TOPIK 6 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN 6.1.1 Kanak-kanak


a. b.
Tahap bayi iaitu dari lahir hingga umur satu setengah tahun. Tahap kanak-kanak bertatih (toddler) ialah dari umur satu setengah tahun kepada umur empat tahun.

a.Berat Badan b.Pertumbuhan gigi Bayi yang menjangkau umur satu tahun akan mula mengalami pertumbuhan gigi sebanyak lebih kurang 6 batang. Pada tahap inilah, bayi akan mula aktif untuk mengigit apa sahaja yang dapat dipegangnya. Menggigit umpama latihan untuk bayi itu memakan dan merasa sesuatu apabila besar kelak. Pada peringkat ini, kita sebagai ibu bapa hendaklah mengawasi anak supaya mereka tidak tertelan sesuatu yang boleh menyebabkan tercekik atau mengigit benda yang kotor. Kita boleh memberi mereka alat khas untuk digigit. Gigi hendaklah dibersihkan dengan kain atau berus gigi khas supaya susu yang diminum tidak merosakkan gigi bayi tersebut. c.Perkembangan sistem otot, saraf dan tulang Perkembangan sistem otot, saraf dan tulang seseorang bayi berlaku selaras dengan perkembangan motor secara urutan iaitu bayi boleh angkat kepala, duduk sendiri, meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Kadar perkembangan motor mungkin berbeza antara seseorang bayi dengan bayi lain tetapi urutannya adalah sama.

6.1.3 Awal Remaja


Antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku kepada remaja perempuan ialah:

Payu dara mula membesar dan menampakkan bentuk. Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari. Punggung melebar dan mula menunjukkan ciri-ciri kewanitaan. Jerawat mula tumbuh di pipi atau muka. Mula didatangi haid. Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.

Bagi remaja lelaki pula, pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku ialah:

Suara menjadi garau.

Misai dan janggut mula tumbuh. Bulu mula tumbuh pada bahagian kemaluan. Bahu dan dada menjadi lebih lebar. Mengalami mimpi basah (wet dream) atau ihtilam. Istilah yang merujuk kepada seseorang kanakkanak mula memasuki alam remaja dengan mengalami mimpi yang ghairah sehingga mengeluarkan air mani. Zakar dan testis mula membesar.

6.2 PERUBAHAN EMOS Kanak-kanak


Pada peringkat bayi dan kanak-kanak bertatih, perkembangan emosi yang berlaku banyak melibatkan keperluan asas untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Pada peringkat umur 6 bulan hingga satu tahun, seseorang bayi sudah mampu menunjukkan reaksi kepada ibu atau bapanya dengan memberikan gerakbalas seperti menangis untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Biasanya seseorang bayi akan menunjukkan reaksi dalam bentuk tangisan atau rengekan yang berulang-ulang apabila inginkan sesuatu seperti susu, mainan kesukaan atau untuk dibelai oleh ibunya. Pada peringkat inilah peri pentingnya kehadiran si ibu atau bapa amat penting untuk memenuhi keperluan bayi. Tidur yang cukup amat penting kepada perkembangan emosi seseorang bayi. Jadual waktu tidur yang teratur dan jadual penyusuan amatlah penting dalam memenuhi keperluan tidur bayi. Bayi yang tidak mendapat tidur yang cukup kerana sering terjaga kerana terdengar bunyi bising atau lapar akan kelihatan resah dan tidak seles

PERUBAHAN SOSIAL 6.3.3 Awal Remaja


a.
Identiti Kendiri Remaja lelaki atau perempuan ingin mencari dan membentuk identiti kendiri. Identiti kendiri adalah berkaitan dengan matlamat dan arah tuju kehidupan untuk menentukan dan menyesuaikan (fine tune) ciri-ciri identiti diri berbanding dengan orang lain di sekeliling hidupan mereka seperti adik beradik, ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Remaja juga ingin mencari dan membentuk identiti kejantinaan (gender identity) iaitu bagaimana menjadi seorang remaja lelaki ataupun perempuan di dalam persekitaran sekolah atau masyarakat. Usaha untuk membentuk identiti kendiri secara tidak langsung akan menentukan corak personaliti mereka di dalam keluarga, sekolah dan masyarakat. Erikson melalui tahap perkembangan psikososial (stages of psychosocial development) mengemukakan persoalan di mana peringkat awal remaja ini pemikiran seseorang itu berligarligar berkaitan dengan Who am I?. Kegagalan untuk memenuhi persoalan-persoalan ini akan menyebabkan remaja tersebut mengalami kecelaruan identiti (identity confusion). Ini dimanifestasikan dalam bentuk perasaan tidak dihargai, tiada tujuan dan perasaan bersalah. b. Penerokaan Peringkat awal remaja adalah umpama menerokai perkara, pengetahuan dan amalan yang baru. Remaja ingin mencuba perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini iaitu semasa zaman kanak-kanaknya. Dalam usaha untuk membentuk identiti kendiri, remaja akan melakukan pelbagai perkara yang mungkin boleh mendatangkan kebaikan dan juga kemudaratan kepada dirinya. Jika seseorang remaja itu tidak mempunyai jati diri yang kuat dan mudah terikut-ikut atau

termakan pujuk rayu rakan sebaya maka mereka akan mudah terlibat dengan tingkahlaku yang tidak sihat dan berisiko.

Topik 7 7.2 TINGKAH LAKU REMAJA IMEJ KENDIRi Penghargaan Kendiri


Penghargaan diri membawa pengertian yang luas. Penghargaan diri memainkan peranan dalam menentukan keterampilan diri. Penghargaan diri boleh dianggap sebagai tunjang kepada kesihatan mental dan emosi. Kita boleh merujuk kepada definisi kesihatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu bukan sekadar tiada penyakit tetapi kesihatan yang menyeluruh termasuk fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani.
Ahli psikologi dan falsafah Amerika, William James (1890) menerangkan penghargaan diri sebagai persepsi mental seseorang tentang kualiti dirinya dan bukan ciri-ciri fizikalnya. Nathaniel Branden (1969) pula melihat harga diri sebagai pengalaman kemahiran yang membantu gaya tindakbalas seseorang terhadap cabaran-cabaran asas dalam kehidupan. Maslow menjelaskan harga diri sebagai keinginan untuk dihormati oleh orang lain dan rasa menghormati diri sendiri. Harga diri menurut pendapat Maslow memerlukan kemahiran, keyakinan diri, penguasaan, pencapaian, berdikari dan kebebasan. Sementara rasa dihormati orang lain ialah pengiktirafan, penerimaan, status dan penghargaan. Tanpa perasaan ini Maslow menganggap seseorang tidak bersemangat , lemah dan rasa rendah diri. Dalam konteks Tingkah laku sosial, harga diri menjadi faktor penentu sama ada seseorang akan memilih untuk melibatkan diri dalam perlakuan sosial yang baik atau sebaliknya. Mereka yang memiliki harga diri yang positif dilihat sebagai lebih berjaya sama ada dalam kehidupan berkeluarga, bersosial mahupun kerjaya. Mereka yang mempunyai harga diri yang rendah lebih cenderung berasa tidak mampu untuk berjaya, tidak disukai dan antisosial. Mereka dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial yang negatif seperti penagihan dadah.

Konsep Kendiri
Kendiri merujuk kepada diri atau empunya diri. Konsep kendiri merujuk kepada cara mana seseorang membuat tanggapan terhadap dirinya. Contohnya,Saya orang yang baik dan Saya pandai memasak. Carl Rogers (1947) menjelaskan kendiri sebagai produk sosial yang dibangunkan hasil daripada hubungan interpersonal dan berusaha untuk sentiasa konsisten. Konsep kendiri yang baik atau melihat diri secara positif akan melahirkan individu yang berperibadi positif. Didikan nilai moral positif oleh institusi keluarga, masyarakat, sekolah dan agama boleh membentuk konsep kendiri yang positif.

7.2.2 Delekuen Juvenil


Perlakuan delekuen juvenil adalah di antara isu tingkah laku sosial. Delekuen juvenil merujuk kepada salah perlakuan yang bertentangan dengan peraturan dan undangundang yang dilakukan oleh mereka yang di bawah umur. Banyak faktor yang boleh mendorong perlakuan salah ini berlaku. Antara yang sering dibincangkan ialah:

Kegagalan sistem keluarga atau kelemahan kemahiran keibubapaan. Kekurangan sokongan dan campur tangan masyarakat.

Tarikan keseronokan di luar yang lebih kuat. Kurang daya kawalan diri akibat harga diri dan konsep kendiri yang lemah. Kurang didikan kerohanian yang dapat memperkukuhkan keimanan seseorang.

7.2 Masalah Psikologi Remaja Seksualiti semasa kanak-kanak dan remaja 7.3.1 Pragenetal dan Genetal
Model Sigmund Freud. Model ini membahagikan perkembangan psikoseksual kepada lima fasa (Rajah 7.1).

Topik 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN PERKAHWINAN 8.1 Definisi dan Konsep Perkahwinan


Perkahwinan ialah upacara yang membolehkan seorang lelaki dan seorang perempuan tinggal bersama atau cohabit untuk jangka masa yang lama dan mempunyai anak (Mimi Kamariah Maji, 1992).

Dalam konteks undang-undang Islam perkahwinan ialah satu ikatan lahir di antara dua orang iaitu lelaki dan perempuan, untuk hidup bersama di dalam sebuah rumahtangga di samping melahirkan zuriat sebagai meneruskan kelangsungan hidup manusia menurut batas-batas (disiplin) hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh syarak (Dr. Mat Saad Abd. Rahman, 1993). Perkahwinan disahkan melalui undang-undang atau peraturan. Walaupun secara umumnya perkahwinan disahkan oleh peraturan perkahwinan sivil atau berdasarkan undang-undang agama seperti dalam masyarakat Islam, wujud juga perkahwinan yang mengikut adat. Dalam negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, perkahwinan mengambil kira adat yang telah diwarisi sesuatu kaum.

8.2 Perkahwinan Secara Sivil


Perkahwinan sivil memerlukan pasangan mengisytiharkan perkahwinan di depan kerani atau pegawai kerajaan yang bertanggungjawab mendaftar perkahwinan tersebut. Pendaftaran secara sivil ini dianggap sah dan berkesan. Sebarang isu berkaitan dengan perkahwinan sivil seperti penceraian, pembahagian harta, penjagaan anak akan dirujuk kepada undang-undang sivil. Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) digunapakai di negara kita untuk masyarakat bukan Islam. Segala masalah berkaitan keluarga dan perkahwinan akan dikemukakan ke mahkamah sivil.

Perkahwinan Secara Islam


Perkahwinan menurut undang-undang Islam ialah suatu kontrak sivil dan suatu tindakan keagamaan (Mimi Kamariah Majid, 1992). Dr. Mat Saad Abd Rahman (1993) telah mengatakan bahawa para ulamak memberi pengertian perkahwinan sebagai suatu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan muhrim dan menimbulkan hak serta kewajiban antara kedua-dua mereka.

8.2 JENIS KELUARGA


Di negara kita terdapat tiga jenis keluarga yang biasa kita dengar iaitu (Rajah 8.1):

8.2.1 Keluarga Nuklear


Keluarga nuklear ialah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri dan anak mereka.

Kebaikan Keluarga Nuklear

b.

Pasangan berdikari dalam menentukan gaya pengurusan rumahtangga mereka tanpa campurtangan orang lain. Mereka mempunyai privasi dan lebih terbuka dalam komunikasi atau perlakuan. Cara berfikir dan bertindak tanpa campurtangan ahli keluarga lain boleh membentuk keyakinan diri dan keserasian dalam penyelesaian masalah. ii. Dari segi ekonomi, keluarga nuklear dapat berjimat cermat serta menguruskan perbelanjaan mengikut kemampuan. Tidak timbul rasa bersalah atau malu jika tidak memberi sumbangan seperti mana di dalam keluarga extended. Keburukan Keluarga Nuklear Keluarga nuklear memupuk sifat keindividuan dan boleh menjauhkan jalinan hubungan sesama ahli keluarga. Ahli keluarga nuklear terdedah kepada tekanan emosi apabila berlaku konflik dalam keluarga. Pasangan tidak mempunyai ahli keluarga lain yang lebih dewasa untuk menjadi tempat berkongsi perasaan atau masalah. ii. Anak juga tidak ada tempat mengadu atau menumpang kasih jika berlaku masalah dengan ibu bapa. iii. Ibu kepada keluarga nuklear yang tiada pembantu rumah terpaksa membuat kerja rumah secara bersendirian. Ibu yang baru lepas bersalin misalnya memerlukan sokongan emosi dan fizikal untuk penjagaan selepas bersalin. i.

i.

8.2.2 Keluarga Sekunder


Keluarga sekunder merujuk kepada lain-lain bentuk keluarga selain daripada keluarga nuklear.

Keluarga extended merujuk kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri serta anak mereka, ibu bapa serta adik-beradik mereka.

Keluarga poligami pula terdiri daripada beberapa keluarga yang diketuai oleh seorang suami.

a.

Kebaikan Keluarga Extended Sokongan emosi dan sosial adalah lebih baik dalam keluarga extended. Apabila berlaku konflik dalam keluarga atau masalah kesihatan, ahli keluarga yang lain boleh membantu. Dalam kes ibu lepas bersalin misalnya. Sokongan ahli keluarga yang lain dapat meringankan beban ibu di samping memberi sokongan emosi. Tahap kesihatan mental dapat dipelihara. ii. Walaupun dari segi ekonomi mereka kurang mewah jika pendapatan kurang, tetapi dengan bilangan ahli yang ramai mereka boleh saling membantu dan menyokong. Perasaan tertekan dapat dikurangkan. iii. Isu atau masalah dalam keluarga dapat dibincang bersama dan jalan penyelesaian dapat dicapai. Ikatan persaudaraan dapat dikekalkan kerana mereka sentiasa saling berhubungan.Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, ahli keluarga lain dapat membantu menjaga kebajikan anak mereka. Ahli keluarga lain seperti datuk atau nenek boleh mengambil alih tugas ibu bapa untuk memberi pendidikan sosial serta kerohanian kepada anak. iv. Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, ahli keluarga lain dapat membantu menjaga kebajikan anak mereka. Ahli keluarga lain seperti datuk atau nenek boleh mengambil alih tugas ibu bapa untuk memberi pendidikan sosial serta kerohanian kepada anak. Keburukan Keluarga Extended i. Ruang privasi agak kurang antara suami isteri atau individu lain dalam keluarga. Mungkin akan berlaku campur tangan yang tidak sepatutnya dalam masalah peribadi seseorang.

i.

b.

Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, ahli keluarga yang ramai membataskan kemampuan hidup yang lebih selesa. iii. Ruang rumah yang terhad juga boleh membawa masalah kepada ahli keluarga ini. Masalah ini akan menimbulkan emosi yang tidak sihat di kalangan anak. Mereka cenderung untuk keluar dari rumah atau tidur di rumah rakan sebaya. Masalah ini mungkin akan membawa kepada masalah sosial negatif lain jika anak terpengaruh dengan gaya hidup yang tidak sihat. iv. Ahli keluarga yang lebih berumur akan menjadi model kepada kanak-kanak. Kanak-kanak mudah meniru perlakuan dan cara berkomunikasi. Dalam keluarga extended berkemungkinan wujud perlakuan yang bertentangan dengan nilai baik dan ini mungkin akan ditiru oleh kanak-kanak.

ii.

KEBAHAGIAN DALAM HIDUP BERKELUARGA


Meluangkan masa untuk keluarga membolehkan ibubapa: Menyampaikan hasrat dan harapan terhadap anak Meluahkan perasaan kasih sayang mendengar dan memahami perasaan anak Berkongsi perkembangan semasa dengan ahli keluarga Membimbing anak untuk menyelesaikan kerja sekolah Menurunkan nilai-nilai murni sosial kepada anak Mendidik anak daripada aspek kerohanian Memerhati dan memahami karekter atau personaliti anak Mempamerkan kemahiran hidup bersosial yang sepatutnya seperti bersopan-santun, saling membantu dan saling menghormati. Merapatkan hubungan dengan anak dan ahli keluarga yang lain Manfaat bagi anak: Dapat meluahkan perasaan Dapat berkongsi masalah atau kemusykilan Lebih memahami karekter atau personaliti ibu bapa Dapat mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan ibu bapa Dapat berkomunikasi dengan lebih terbuka dan positif Dapat membina harga diri dan keyakinan diri yang positif Melalui komunikasi positif dapat membentuk ciri-ciri asertif Topik 9 KELUARGA

BAHAGIA

KONSEP DAN DEFINISI KELUARGA BAHAGIA


Konsep dan definisi keluarga bahagia boleh dipandang dari beberapa perspektif. Kita akan belajar konsep dan definisi keluarga bahagia dari perspektif Islam dan dari perspektif sivil.

Keluarga Bahagia dari Perspektif Islam


Konsep kebahagiaan adalah sesuatu yang abstrak. Konsep kebahagiaan adalah berkait rapat dengan sistem budaya, agama dan sistem kepercayaan sesebuah masyarakat. Pada peringkat individu ia berkait rapat dengan sikap, pandangan dunia, taraf sosio ekonomi dan pendapat individu. Menurut perspektif Islam, keluarga bahagia adalah meliputi keseluruhan cara hidup

Keluarga Bahagia dari Perspektif Sivil

Kebahagiaan adalah asas kepada keharmonian sesebuah masyarakat. Kebahagiaan bukan setakat kemampuan untuk memenuhi keperluan asas seperti menyediakan tempat tinggal, pakaian dan keperluan makan serta minum tetapi lebih dari itu.

ciri-ciri keluarga bahagia ialah:

a. Amalan Sembahyang dalam Keluarga.


Amalan yang paling penting adalah sembahyang. Bagi umat Islam ialah bersembahyang jemaah dalam keluarga. b. Makan Bersama Keluarga. Masa yang diluangkan bersama-sama keluarga semasa makan dapat mengukuhkan perhubungan sesama ahli keluarga. Ini merupakan masa yang baik dan sesuai untuk memupuk komunikasi yang positif antara ahli keluarga dan menggunakan waktu ini untuk bertukar-tukar fikiran, menyelesaikan masalah dan lebih memahami antara satu sama lain. c. Rekreasi Bersama Keluarga. Misalnya berkelah di tepi pantai atau pusat rekreasi adalah amalan yang sihat.

9.3.1 Peranan Suami/Isteri


Suami berperanan memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Hubungan seksual dalam perkahwinan mesti berdasarkan rasa hormat, persefahaman dan persetujuan. Memupuk dan mengeratkan hubungan kasih sayang, saling mempercayai, bertolak ansur dan prihatin terhadap keperluan emosi, fizikal dan kesihatan pasangan amat penting. Isteri mempunyai tanggungjawab menjaga suami baik ketika sihat mahupun sakit. Kesetiaan kepada suami adalah ajaran setiap agama. Isteri mempunyai tanggungjawab untuk membimbing suami ke arah amalan yang baik dan menjauhi daripada perkara yang ditegah agama.

Peranan Ibu bapa


Bapa adalah ketua dalam sesebuah keluarga. Sebagai ketua beliau bertanggungjawab memimpin keluarga ke arah amalan yang baik dan mengelak daripada perkara yang ditegah oleh agama. Tanggungjawab sebagai ketua dan pemimpin bukan setakat mencari nafkah dan mengurus keperluan asas keluarga sahaja. Bapa menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak dan isteri. Corak kepimpinan dalam sesebuah keluarga hendaklah berdasarkan kepada sifat tolak ansur dan saling hormat menghormati. Maknanya kepimpinan yang berbentuk demokratik. Corak kepimpinan bapa yang terlalu autokratik boleh membentuk anak yang memberontak. Ini amat penting dalam aspek pengurusan konflik yang berlaku dalam sesebuah keluarga. Tidak ada keluarga yang tidak ditimpa masalah.

Topik 10 Keruntuhan keluarga

Kurang Penghayatan Terhadap Konsep Kekeluargaan Konflik Peranan dan Tanggungjawab Kemiskinan 10.2 PENDERAAN Keganasan terhadap pasangan Gangguan seksual dan sumbangan mahram Penderaan kanak-kanak UNDANG-UNDANG KEKELUARGAAN
Undang-undang kekeluargaan bertujuan untuk mencegah atau menghindarkan berlakunya perceraian, kelahiran anak tidak sah taraf dan keluarga berpecah belah. Undang-undang kekeluargaan juga bertujuan untuk mempastikan kesejahteraan dan kestabilan institusi kekeluargaan sentiasa terjaga. Terdapat undang-undang kekeluargaan yang berbeza untuk masyarakat Islam dan bukan Islam serta antara negeri. Rajah 10.4 menunjukkan undang-undang kekeluargaan seperti akta, enakmen dan ordinan.

Ordinan
Administration of Estates Ordinance di Sarawak adalah berkaitan pembahagian harta. Harta si mati hendaklah dibahagi menurut wasiatnya atau menurut undang-undang yang diiktiraf. Sekiranya tidak ada adat yang terpakai, maka undang-undang Inggeris akan digunakan (Mimi Kamariah Majid, 1992). Intestate Succession Ordinance 1960 di Sabah pula digunakan untuk harta pesaka tidak berwasiat. Ia tidak terpakai kepada harta pusaka mana-mana anak negeri atau orang Islam.

10.3.2 Enakmen
Enakmen keluarga Islam meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai peruntukan yang seakan-akan sama (Mimi Kamariah Majid, 1992). Antaranya ialah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Johor dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan. Ia merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan berkeluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri.

10.3.3 Akta
Pada 1 Mac 1982, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU) telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Statut ini terhad kepada perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang berkaitan sahaja. Pada umumnya, semua orang bukan Islam tertakluk kepada Akta ini (Mimi Kamariah Majid, 1992). Akta Pewarisan (Peruntukan Keluarga) 1971:Akta ini terpakai di seluruh Malaysia tetapi tidak termasuk harta orang-orang Islam atau anak negeri di Sabah dan Sarawak. Akta Perempuan Bersuami 1957: Dalam akta ini membolehkan seseorang perempuan yang sudah berkahwin dan bersuami layak memegang harta dan menjual hartanya seolah-olah dia belum bersuami.

Você também pode gostar