Você está na página 1de 14

Amalan 5S AJK induk 5S Ketua Zon Induk 5S Polisi 5S Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Objektif Amalan 5S Carta Perbatuan 5S FKM Garis Panduan 5S FKM


Apa Itu 5S

5S ialah untuk keselamatan, keselesaan dan kehidupan produktif untuk semua orang di tempat kerja. Bila 5S berjaya dilaksanakan akan membawa banyak perubahan. Bahan / item yang tidak diperlukan akan dibuang dan hanya yang diperlukan sahaja berada tempat kerja. Mesin dan kelengkapan menjadi bersih dan berfungsi lebih berkesan . 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. 5S untuk semua meliputi pengetahuan teknik dan amalan praktikal di tempat kerja sepanjang masa.
Penyebaran 5S ke Syarikat di Luar Jepun

Ia bermula pada 1986 bila pertama kalinya diperkenalkan di Singapura dan diamalkan dengan jayanya. Ia juga dipraktikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica, and Mexico. Program 5S adalah asas meningkatkan produktiviti dan kualiti, ianya menjadi sangat popular di Jepun dan negara lain kerana : TEMPAT KERJA LEBIH BERSIH DAN KEMAS HASILNYA NYATA KEPADA SEMUA - ORANG. LEBIH BANYAK IDEA BARU DIKETENGAHKAN OLEH PEKERJA. SEMUA ORANG AKAN LEBIH BERDISIPLIN. OPERASI DI TEMPAT KERJA LEBIH SENANG ,PANTAS DAN SELAMAT. MENJADI KEBANGGAAN SEMUA PEKERJA DAN MENINGKATKAN IMEJ ORGANISASI.
Kesan 5S

Produktiviti - tinggi Kualiti - yang berkekalan Kos - menurun Penghantaran- yang tepat Selamat - di tempat kerja Moral Pekerja tinggi
7 Sebab Kenapa 5S Popular

1) Tempat kerja lebih bersih dan tersusun. 2) Tempat kerja menjadi lebih selamat.

3) Hasil mudah dilihat oleh semua orang. 4) Pekerja mudah menambah idea baru. 5) Semua orang lebih berdisiplin secara semulajadi. 6) Pekerja berbangga dengan tempat kerja dan menghargainya. 7) Keupayaan syarikat menambah peluang perniagaan.
Sebab Amalan 5S disukai

Mudah dilaksana oleh semua syarikat sama ada kecil, sederhana atau besar. Sama ada sektor pengilangan, perkhidmatan atau individu. Falsafahnya senang difahami tidak dan memerlukan pemahaman istilah yang susah. Semua orang sukakan kebersihan keselesaan ,keselamatan & kecekapan .
Asal Usul Perkataan 5S

5S adalah 5 set perkataan Jepun dengan setiap satunya bermula dengan bunyi se or shi. Iaitu; Se-i-ri,- sisih Se-i-to-n, - susun Se-i-so, - sapu Se-i-ke-tsu, - seragam Shi-tsu-ke.- sentiasa
Amalan 5S

Amalan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif. Kebersihan, kekemasan dan keselamatan nyata dilihat. Mempastikan mesin dan alat kelengkapan menjadi bersih, berfungsi dan cekap tanpa masalah. Membina budaya kerja dan nilai-nilai bersama yang baik dan cemerlang. Melahirkan idea kreatif dan inovatif untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan. 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke.
SEIRI - SISIH

SEIRI - Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja
KESAN LAKSANA SISIH Kuantitatif

Penjimatan ruang Kawalan stok & produk yang cekap Masa pencarian yang pantas
Kualitatif

Tempat kerja lebih selamat Suasana kerja lebih selesa Mudah mengesan tempat/ alat/bahan rosak lebih awal

SEITON - SUSUN

SEITON - Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.
KESAN LAKSANA - SUSUN Kuantitatif

Kawalan stok & produk yang cekap Masa pencarian yang pantas Proses kerja lebih pantas Mengelak kesilapan & kesalahan Kadar kehilangan peralatan rendah
Kualitatif

Suasana kerja lebih selesa Mendidik pekerja disiplin positif Menjana idea kreatif dikalangan pekerja Moral tinggi pekerja Selamat ditempat kerja Mengamalkan FIFO

SEISO - SAPU

SEISO - Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk,kotoran di lantai, mesin dan peralatan.
Bagaimana SAPU?

Mungkin tempat/peralatan/kawasan itu perlu disapu/dibersih/dijaga (Setiap jam, Setiap hari, Sekali seminggu, Sekali sebulan, Tiga bulan sekali, Enam bulan sekali, Setahun sekali).
KESAN LAKSANA - SAPU Kuantitatif

Kos kerosakan peralatan rendah Kualiti produk bertambah Masa membersih lebih pantas
Kualitatif

Suasana kerja lebih selesa dan ceria Pekerja terus menjana idea kreatif Moral pekerja tinggi Selamat di tempat kerja

SEIKETSU - SERAGAM

SEIKETSU- Seragam & memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso dengan berkesan.
Bagaimana SERAGAM ?

Memerlukan panduan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan standard yang telah ditentukan. Antaranya, Standard Operation Procedure(SOP), Work Instruction (WI), Guidebook, Cartalir Process flow, Gambar atau contoh fizikal (dilihat), Sistem Visual yang jelas dan terang dan lain-lain.
KESAN LAKSANA - SERAGAM Kuantitatif

Kos selenggaraan rendah Kos overhead rendah Kecekapan proses meningkat Kuantiti pengeluaran meningkat Rungutan pelanggan rendah Produktiviti pekerja meningkat
Kualitatif

Mendidik pekerja disiplin positif Pekerja terus menjana idea kreatif Kemahiran pekerja meningkat Pekerja setia kepada organisasi Imej organisasi meningkat

SHITSUKE - SENTIASA AMAL

SHITSUKE - Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.
Bagaimana SENTIASA AMAL ?

Mematuhi panduan dan standard yang telah ditentukan supaya budaya kerja cemerlang itu dapat dibangunkan.
KESAN LAKSANA - SENTIASA AMAL Kuantitatif

Kos pengeluaran rendah Produktiviti pekerja meningkat Kualiti produk / perkhidmatan meningkat Memperolehi Sijil 5S Kemalangan sifar ditempat kerja

Kualitatif

Pekerja lebih kreatif dan inovatif Kemahiran pekerja meningkat Pekerja setia kepada organisasi Budaya kerja berpasukan yang tinggi
4 Faktor Kejayaan 5S

Sokongan dan komitmen berterusan dari pengurusan atasan. 5S bermula dengan kesedaran, latihan ,pemantauan dan penilaian. Semua orang mengamalkannya dan tiada siapa yang memerhati sahaja. Ulangi putaran 5S untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dan menjadi budaya.

Bentuk Tentangan Terhadap 5S

Apa yang hebat sangat tentang 5S? Kenapa saya sebagai Ketua Jabatan, perlu jadi pengerusi 5S? Kenapa perlu bersih, sedangkan ia akan kotor lagi? Melakukan sisih dan susun tidak akan meningkatkan output? Kenapa perlu tumpu sangat pada suatu yang remeh seperti 5S (sisih dan susun)? Kita memang dah lakukan 5S. Memang tempat kerja saya berserabut, tapi saya tahu mana nak mendapatkannya? Kita dah lakukan 5S setahun dulu. 5S dan aktiviti penambahbaikan lain hanyalah untuk kilang. Kami terlalu sibuk untuk melaksanakan 5S (sisih dan susun). Siapa mereka, nak arahkan saya buat 5S? Kita tak perlukan 5S. Kita kerja cari untung, jadi buat kerja kita sajalah.

Bahagian pengurusan Maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia

PRINSIP 5S SEIRI - Put things in order (remove what is not needed and keep what is needed) 1. Jangan meletakkan barang-barang yang tidak diperlukan di atas/ di bawah meja. yang boleh menghalang laluan di tempat kerja. di bilik mesyuarat atau bilik yang tertutup

SEITON - Proper Arrangement (Place things in such a way that they can be easily reached whenever they are needed) 1. Simpan barang-barang dan peralatan-peralatan dengan teratur supaya senang dicapai. 2. Jangan meletakkan barang-barang dalam keadaan mengelilingi atau menghalang alatalat memadam api atau alat-alat keselamatan.

SEISO - Clean (Keep things clean and polished; no trash or dirt in the workplace) 1. Sentiasa bersihkan mesin-mesin dan peralatan-peralatan. 2. Bersihkan tempat rehat dan kawasan merokok secara bergilir-gilir.

SEIKETSU - Purity( Maintain cleanliness after cleaning - perpetual cleaning) 1. Setiasa memelihara kebersihan pakaian dan kasut kerja. 2. Gunakan tempat membasuh tangan dan tandas dengan betul.

SHITSUKE - Commitment(Actually this is not a part of 4S, but a typical teaching and attitude towards any undertaking to inspire pride and adherence to standards established for the four components) 1. Beri salam dalam keadaan ceria dan bertenaga. 2. Gunakan alat-alat perlindungan dengan betul. 3. Bimbing atau melatih yang lain.

Mempraktikkan SEISO Objektif : 1. Kebersihan menjamin tempat kerja yang lebih selesa dan selamat. 2. Kebersihan akan menghasilkan suasana yang lebih jelas begitu juga menjimatkan masa. 3. Kebersihan dapat memastikan mutu kerja yang tinggi. Panduan 1. Alat mengumpul habuk atau lain-lain alat yang sesuai digunakan untuk menghindar atau mengurangkan habuk. 2. Menyiasat punca kekotoran dan melaksanakan satu pelan tindakan untuk membasmi punca kekotoran. 3. Gelungan wayar, kaki mesin, dan meja perlu ditutup supaya kekotoran senang dibersihkan dan dikeluarkan 4. Pekerja-pekerja harus membersihkan peralatan/mesin, kawasan kerja masing-masing dan juga melakukan asas-asas penyelenggaraan. 5 Kebersihan perlu dikekalkan sentiasa. Langkah 1 1.1 Kenal pastikan tempat kerja anda dan jumlah rakan sekerja/tenaga kerja. 1.2 Aturkan mereka dengan mengagih-agihkan aktiviti-aktiviti SEISO sama rata. 1.3 Sediakan jadual harian seperti Jadual Kebersihan untuk sebelum dan selepas kerja. Langkah 2 2.1 Jadual tersebut hendaklah dipatuhi sama ada sebelum dan selepas kerja mahupun pada bila-bila masa.

2.2 Berikut adalah contoh-contoh untuk melakukan SEISO : Jangan biarkan kekotoran terkumpul. Bersihkan setiap masa/ hari supaya kekotoran dapat dikawal sepenuhnya. Kerja-kerja membersihkan menjadi mudah dan cepat jika dilakukan setiap hari, dimana habuk-habuk tekumpul adalah sedikit. Oleh yang demikian, bersihkan tempat kerja anda sekurang-kurangnya 3 5 minit setiap hari. Anda dan rakan sekerja anda haruslah bertanggungjawab membersihkan persekitaran anda.

Menganalisis Semasa Melaksanakan SEISO 1. Kaedah 5W & 1H digunakan untuk melaksanakan SEISO secara lebih berkesan : Why Mengapa harus dibersihkan? - Kebersihan adalah tanggungjawab semua. Where - Di manakah perlu dibersihkan? - Kawasan penyimpanan, peralatan & mesin persekitaran. Who - Siapakah yang harus membersihkannya? - Kerja-kerja kebersihan bukan sahaja untuk tukang sapu. - Setiap orang harus menjaga kebersihan tempat kerjanya sendiri. - Bergilir-gilir untuk menjaga kebersihan tempat kerjanya sendiri. - Bergilir-gilir untuk menjaga kebersihan dan penyelenggaraan peralatan dan mesin dan sebagainya. - Berkongsi kerja-kerja kebersihan dapat mengurangkan bebanan kerja. When Bilakah perlu dibersihkan? - 3 kaedah yang telah dikenal pasti : - Kebersihan yang ditetapkan. - Kebersihan berkala. - Jadual Kebersihan. What Apa yang boleh dibersihkan

How - Bagaimana hendak dibersihkan ? - Sediakan peralatan kebersihan i.e. kain, penyapu dsb di tempat am supaya senang di capai. - Carta susunan mesin atau carta susunan kawasan kerja digunakan untuk menunjukkan kawasan-kawasan kritikal dan tidak keritikal untuk kebersihan. - Kaedah-kaedah menjaga kebersihan dipamerkan untuk tempat/ bahagian kritikal.

Pengenalan kepada SEIKETSU & SHITSUKE 1. Langkah seterusnya adalah - Mengekalkan standard pengurusan yang tinggi - Melatih semua orang mengikut peraturan-peraturan pengurusan yang baik. 2. Langkah pertama, tubuhkan Jawatankuasa 5S di mana diwakili dari pelbagai peringkat dan jabatan. 3. Ahli-ahli jawatankuasa tidak harus berat sebelah. 4. Peranan-peranan ahli-ahli 5S adalah : - SEIKETSU - SHITSUKE SEIKETSU 1. Terdapat dua cara untuk memastikan dan mengekalkan mutu pengurusan yang tinggi : - Melakukan audit 5S. - Menghasilkan Kertas Semak - Melakukan Audit - Mengenal pasti apa yang dijumpai/kawasan bermasalah - Mengambil tindakan pembetulan - Periksa dan tindakan susulan - Menghasilkan Tindakan Pencegahan - Tubuhkan Pasukan Projek atau SGA - Perkenalkan Skim Cadangan - Mengutamakan Standardisasi

SHITSUKE Terdapat juga dua cara untuk mencapai tahap pengurusan yang baik : 1. Latihan - Mengadakan kelas-kelas latihan 5S - Mendidik setiap pekerja pada setiap hari 2. Promosi - Pertandingan Kebersihan - Kempen Kesedaran - Hari 5S - Lawatan Kilang

Panduan untuk melaksanakan SEIKETSU 1. Punca-punca kekotoran disiasat dan melaksanakan satu pelan untuk Melenyapkan punca kekotoran tersebut. 2. Lindungi objek-objek dari habuk-habuk. 3. Kekalkan kesemuanya dalam keadaan bersih. 4. Lakukan pengawasan berjadual atau Audit 5S untuk memastikan perlaksanaannya dikekalkan. 5. Periksa kawasan-kawasan yang perlu diperbaiki. Mempraktikan SEIKETSU Langkah 1 1.1 Rancang untuk mengekalkan kesemua 3S yang pertama dengan menjadualkan aktiviti-aktiviti kebersihan dan menyusun tempat kerja. 1.2 Pamerkan jadual supaya semua orang boleh mengikutnya. 1.3 Rancang untuk sesuatu pembaharuan yang diperlukan untuk mempertingkatkan tempat kerja anda. Langkah 2 2.1 Jadual-jadual kerja dan penyelenggaraan perlu dipatuhi 2.2 Lakukan Audit 5S atau pemeriksaan berjadual. 2.3 Pastikan kesemuanya dapat dilihat dengan jelas.

Mempraktikkan SHITSUKE 1. Pastikan semua orang mematuhi peraturan-peraturan. 2. Semua orang perlu mendisiplinkan dirinya terhadap 5S. 3. Lakukan 5S sebagai satu tabiat ke arah pengurusan yang baik. 4. Mendidik dan menyediakan latihan. 5. Peranan dan tanggungjawab dikenal pasti. 6. Didik dan latih rakan sekerja dan pekerja-pekerja anda. Langkah 1 1.1 Langkah oekerja-pekerja pentadbiran adalah membentuk satu budaya kerja didalam syarikat 1.2 Tugas penyelia pula adalah menanam sikap pengurusan kerja yang baik dan menjadikan 5S sebagai satu tabiat untuk semua pekerja-pekerja. 1.3 Pekerja-pekerja bertanggungjawah memastikan pengurusan kerja yang baik dilaksanakan dan dikekalkan. Langkah 2 2.1 Berkongsi pendapat dengan mengajar konsep yang baik tentang 5S untuk memperbaiki tempat kerja. 2.2 Betukar-tukar pendapat adalah salah satu cara mengajar dan melatih pekerja-pekerja dan rakan sekerja. 2.3 Sedar akan sikap dan tabiat sendiri.

Você também pode gostar