Você está na página 1de 18

Seni Dalam Pendidikan (SDP) Pengenalan Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik

dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti citarasa pancaindera. imaginasi Murid untuk untuk meneroka, mengalami dan dapat mengamalkan optimum, mengekspresi kepekaan, diharapkan mencapai

pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kreativiti, daya pembelajaran menyeluruh dan menyeronokkan. Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, kita mengetahui bahawa sendiri dalam pendidikan amat penting diintegerasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. KESAN-KESAN POSITIF BIDANG SENI DALAM PENDIDIKAN Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Integrasi seni dalam pendidikan (merujuk kepada seni visual, muzik dan pergerakan) membawa banyak faedah kepada murid dan juga guru. Antara kesan-kesan positif daripada ketiga-tiga bidang seni yang dimaksudkan ialah: i. Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential. ii. Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan. iii. Bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehankebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis. iv. Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. v. Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan

pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga lebih mudah untuk merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Berdasarkan kepada kesan-kesan dan kepentingan yang diperolehi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, seni dalam pendidikan ini banyak membantu mengembangkan pelbagai potensi pelajar. Seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam menentukan jenis kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas mengikut tahap penerimaan murid. PENGHUBUNGKAITAN PEMBELAJARAN Seni merupakan satu cara komunikasi. Penghubungkaitan Seni boleh disamakan dengan program antara disiplin dalam seni. Ia berperanan sebagai satu strategi pendidikan bagi membantu melahirkan pembelajaran dan pesekitaran yang menyelitkan aspek sosial agar setiap insan dihormati; menggalakkan kepimpinan, inisiatif dan inovasi, di mana setiap pelajar akan mencapai kecemerlangan akademik. Ringkasnya, seni memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan murid-murid. Oleh yang demikian setiap guru dan murid mempunyai peranan masing-masing dalam melaksanakan penghubungkaitan bidang-bidang ini bagi menjamin objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai. 2.1 i. Peranan Guru Merancang PELBAGAI BIDANG DALAM PENGAJARAN DAN

Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Semasa proses perancangan tersebut, guru haruslah mengemukakan beberapa persoalan untuk dirinya sendiri dan perlulah dijawab sebelum membuat sesuatu perancangan. Setelah berjaya menjawab persolan-persoalan tersebut, barulah guru merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian, penilaian yang bersesuaian

dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar dan juga penghubungkaitan pengajaran yang hendak dijalankan. ii. Memberi motivasi Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Terdapat dua jenis motivasi yang boleh diberikan oleh guru semasa proses penghubungkaitan pelajaran, iaitu motivasi ekstrinsik dan intrinsik. Dengan adanya motivasi yang diberikan guru, murid akan berasa terangsang apabila menyedari adanya sesuatu yang menarik yang bakal diperolehi. Tanpa dipaksa murid akan melakukan apa sahaja mengikut kehendak aktiviti yang dirancang oleh guru. iii. Menyediakan kemudahan pembelajaran (fasilitasi) Guru dan pihak sekolah juga berperanan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan pembelajaran kepada murid-muridnya. Ini adalah bagi membolehkan pelajar untuk belajar dengan lebih selesa tanpa ada sebarang gangguan serta serba kekurangan. Beberapa kemudahan penting yang perlu disediakan termasuklah bilik yang selesa, terdapat peredaran cahaya dan udara yang sesuai serta bahan dan peralatan yang mencukupi. iv. Penyampaian Pengukuhan Guru juga berperanan sebagai penyampai pengukuhan semasa penghubungkaitan seni dalam pendidikan. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. 2.2 i. Melibatkan Peranan diri Murid sepenuhnya

Murid adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kesemuanya ini terbentuk hasil dari penglibatan secara total

dengan interaksi yang aktif ibu bapa, guru disekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitarannya. ii. Membentuk kepercayaan dan saling bergantung Penghubungkaitan seni dalam pendidikan tidak akan berjaya tanpa ada kepercayaan dan kerjasama. Untuk itu setiap murid perlulah mempercaya antara satu sama lain bahawa mereka perlu mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi semua anggota dalam kumpulannya. iii. Kesedaran akauntabiliti Akauntabiliti bermaksud tanggungjawab. Dalam proses penghubungkaitan seni dalam pendidikan, setiap murid haruslah menyedari akan tanggungjawabnya sebai ahli komuniti dalam kelas berkenaan. Mereka juga perlu sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya. Kesedaran terhadap akauntabiliti akan membolehkan murid melaksanakan peranannya dengan baik. Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti tangan manusia dengan jejarinya sebagai murid, dan ibu jari sebagai guru. Jejari murid dibolehkan bergerak dengan bebas meneroka idea-idea baru, sementara ibu jari (guru) berperanan sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Tanpa ibu jari, jari-jemari masih lagi boleh bergerak, akan tetapi ia menghadapi masalah untuk mengenggam sesuatu benda.

Read more: http://kulanzsalleh.net/seni-dalam-pendidikan/seni-dalam-pendidikansdp#ixzz1L0dbpscQ (a) Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah satu kata yang sesuaidigunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkintidak dalam Bahasa Melayu.Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atautidak, tujuannya tetap sama:

seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asasselain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikanmemainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti MataPelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah: (i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsure seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakankapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapatmenjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebihselesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapatbertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktivitiaktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran. (ii) Memupuk Nilai Kerjasama Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidakdapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsurkerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksiyang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melaluideria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyaiasas yang boleh menjalinperhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan. (iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuaidengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi idealyang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dankeinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan SeniDalam

Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkanaktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkansuasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru danrakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki. (iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut belumdiketahui. Namunbegitu, Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), dengan bahan penerokaan cara dan dapat ditakrifkansebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang Penerokaan proses ini dapat dilaksanakan menjelajah. kaedah. memerlukan pelbagai

Pengalamanmeneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan. (v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi. Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterimasama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapatmemberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru bolehmengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Muridyang menyertai aktivitiaktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasanakeriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalammenghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenaipandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukanperlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek inimempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akanmemperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajukyang diajar.

http://www.scribd.com/doc/21216934/Seni-Dalam-Pendidikan Seni Dalam Pendidikan dari Perspektif Teori Pembelajaran - Teori Konstruktivisme - Teori Kecerdasan pelbagai - Teori Behaviorisme Sosial - Teori Perkembangan - Teori Otak Kiri Otak Kanan - Teori Pemprosesan Maklumat

PENGENALAN KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.

Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh :

Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan idea sebagai secara wadah untuk bebas membolehkan dan murid kreatif. mengekspresikan

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburandapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan

minda

murid

dengan

lebih

menyeluruh.

Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual. Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan. Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.

MATLAMAT SENI DALAM PENDIDIKAN Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku. http://notapismp.blogspot.com/2010/10/matlamat-seni-dalam-pendidikan.html

DEFINISI Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.Jean Piaget, berasal dari Switzeland, ialah seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai Peringkat Deria Motor ( 0-2 tahun ), Peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun ), Peringkat Operasi Konkrit ( 7-12 tahun ), dan Peringkat Operasi Formal ( selepas 12 tahun ). Setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak. Menurut Piaget, proses berfikir akan berkembang secara berperingkat-peringkat sehingga kita berfikir secara logik. Berikut ialah keempat-empat peringkat perkembangan kognitif tersebut. Peringkat Sensorimotor ( Sejak lahir 2 tahun ): Mengikut kebiasaan, bayi dan kanak-kanak kecil akan menggunakan deria dan kebolehan motor untuk menimba pengalaman daripada persekitaran mereka. Oleh itu, jikalau mereka tidak boleh lihat atau sentuh sesuatu objek, mereka tidak akan mencari objek tersebut.

Peringkat Pra operasional ( 2- 7 tahun ): Pada peringkat ini, kanak-kanak yang berada di prasekolah akan menggunakan simbol seperti bahasa untuk mewakili objek sebenar. Contohnya, jika guru prasekolah menunjukkan gambar sebiji epal, kanak-kanak tersebut akan faham apa yang diwakili dalam gambar tersebut walaupun epal sebenar tidak ditunjukkan.

Peringkat Operasional Konkrit ( 7- 12 tahun ): Kanak-kanak yang berada di peringkat sekolah rendah mula berfikir secara logik. Mereka boleh menyelesaikan tugas berkaitan dengan pengabadian. Walaupun objek diubah kedudukan atau disusun semula, mereka faham bahawa tiada perubahan telah berlaku.

Peringkat Operasional Formal ( 12 tahun ke atas ): Kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu-satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

9 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK: 1.0 Pendahuluan: Setiap insan di dunia ini mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru, kita perlu memahami keinginan mereka dan memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi pembelajaran serta pendekatan yang digunakan dengan cara yang lebih berkesan. Seni Dalam Pendidikan merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni visual. Salah satu cara untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. Seni merupakan asas perembangan individu. Jika diajar dengan baik maka akan dapat merangsang kepakaran deria kerana semua deria merupakan ruang

bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang member kesan kepada mereka. Ini akan membolehkan mereka menyentuh, merasa dan meneroka melalui interaksi terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang merteka temui. Mereka boleh meluahkan idea dan perasaan mereka melalui aktiviti pendidikan yang merupakan satu keperluan dan keinginan asas kepada setiap kanak-kanak. Berdasarkan teori pembelajaran Maslow, pendidikan boleh diumpamakan berada di tahap fisiologi iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak. Pendidikan perlu dipenuhi sebelum manusia mencapai tahap kesempurnaan kendiri dan estetik. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan pelajar dapat dipenuhi. Sebagai seorang guru secara amnya dan sebagai seorang ibu atau bapa secara khususnya kita hendaklah membantu kanak-kanak dalam memperkembangkan kebolehan kreatif dan imaginatif kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, kita perlu memahami naluri semulajadi kanak-kanak dan keinginan asas mereka bersesuaian dengan kecenderungan dan peringkat umur. Dauer dan Pangrazi (1983: 11-12) telah mengenalpasti 9 keinginan asas kanak-kanak antaranya:
1. Keinginan untuk bergerak.

Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain & melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Dari aspek perkembangan fizikal, Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat denganperkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus.Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalampendidikan awal kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal member fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus,perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Kenyataan Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982) dalam

ErnieSuliana (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan ataupergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan ( knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan ( knowledge of results). Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang bolehdijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah: i. Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktivitipergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermainterutaman ya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka sertamelicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor,bergayut pada monkey bar , bermain buaian dan sebagainya dapatmembantu perkembangan fizikal kanak-kanak. ii. Aspek Perkembangan Motor Halus K e m a h i r a n m o t o r h a l u s p u l a i a l a h k e m a h i r a n y a n g m e l i b a t k a n kemahir an menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari sertakoordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baikadalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dankemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalbentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembanganfizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kadberlubang, menconteng kertas, melipat,mengoyak dan merenyukkertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan pergerakkan badan. Contohnya, menulis sesuatu perkataan dipapan putih dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk memastikan seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding dengan menggunakan kaedah mengeja. Menurut Howard Gardner, badan manusia bukan sejenis mesin, amat berbeza daripada objek tiruan didunia ini. Ia adalah saluran deria rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, dan tidak ketinggalan entiti dimana orang lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan. Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada seseorang individu daripada sejak kecil lagi. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh binaan, atlit, penari, guru tari, ahli terapi fizikal dan sebagainya.

2. Keinginan untuk berjaya & diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai. Contohnya mempamerkan sesuatu lukisan di dalam kelas, atau

dicop bintang apabila menyelesaikan sesuatu tugasan dalam buku aktiviti atau buku latihan. Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh yang demikian, emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran. Guru boleh memberikan pujian dan galakan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang bersesuaian dengan penglibatan haruslah diberikan kepada setiap murid yang mengambil bahagian. Ganjaran dalam pelbagai bentuk seperti hadiah atau token ekonomi turut boleh diberikan kepada murid. Bagi murid yang perlu ditegur atau didenda pula, tindakan yang diambil seharusnya tidak menjejaskan emosi mereka. Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid. Peneguhan negatif yang diberi boleh membawa kesan yang tidak menyeronokkan. Oleh yang demikian, diskriminasi penting dalam pembelajaran untuk mencapai kejayaan.

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam

masyarakat. Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain. Contohnya memberanikan diri menyanyikan sesuatu lagu di di hadapan kawan-kawan di sekolah atau memenangi tempat pertama dalam pertandingan bercerita, berpidato, Tilawah Al-Quran dan sebagainya.

4. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dengan masyarakat.

5. Keinginan untuk bersaing.

Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya.

6. Keinginan untuk meneroka.

Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.

Kanak-kanak sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi kognitif dan ahli teori konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara pasif. Mereka membina pengatahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-kanak akan mendapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka, mengeksprimen, dan mengolah objek atau bahan. Teori konstruktivisme berhubung rapat dengan perkembangan kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak boleh meluahkan idea secara bebas dan kreatif.

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.

Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.

. 9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan & ingin mengembangkan kefahaman & ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

Você também pode gostar