Você está na página 1de 19

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

AZLIANI ABDULLAH AP080085 FARAFADILLAH MUHAMAD HUSSIN AP080086 UMMI KARTINA ABDULLAH AP080231

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

REFLEKSI TUGASAN BERKUMPULAN


ISU PERKAUMAN DI SEKOLAH Kini, majoriti kanak-kanak di Malaysia kini lebih berpeluang untuk mendapat pendidikan formal melalui dasar kerajaan untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Dalam proses mendapat pendidikan formal di sekolah, aspek pergaulan antara pelbagai bangsa dan kaum tidak dapat dielakkan. Penyelidik-penyelidik di Britain sudah mendapati kanak-kanak yang menghadiri sekolah di mana para pelajar terdiri daripada kanak-kanak yang terutamanya dari satu kaum sahaja, lebih mungkin bertembung dengan masalah berkawan dengan dan memahami orang daripada keturunan dan kaum yang lain.( John Lee) Peranan sekolah dilihat begitu penting dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat FPK, aspekaspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Dalam menitikberatkan pencapaian akademik disamping menaikkan reputasi sekolah, pihak sekolah terutamanya guru lebih memberi penekanan dalam aspek fizikal dan aspek perkembangan intelek . Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah. Manakala aspek perkembangan intelek merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Namun , kesedaran untuk mengekalkan serta menambahbaik aspek sosial semakin kurang diberi perhatian. Aspek sosial merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan. Dalam masa yang sama , pengukuhan penggunaan bahasa juga semakin ketinggalan sejak kebelakangan ini. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global. Keghairahan pihak sekolah dalam menaikkan nama sekolah dalam segi pencapaian akademik dan aspek fizikal telah menyebabkan kakitangan sekolah terutamanya guru kurang atau tidak lagi memberi perhatian dalam aspek sosial dan penggunaan bahasa. Berikutan itu , timbul sikap tidak ambil peduli di kalangan guru terhadap para pelajarnya. Sikap sebegini mendorong guru-guru untuk lebih menumpukan pengajaran dan memberi perhatian kepada para pelajar yang dianggap mereka lebih berminat atau berpotensi untuk mencapai keputusan akademik yang baik. Tidak dinafikan bagi sesetengah guru yang berlainan bangsa, mereka cenderung untuk mengambilberat perihal anak didik sebangsa dengannya dan bersikap tidak acuh kepada pelajar lain yang berbangsa lain. Secara tidak sedar sikap sebegini mewujudkan sikap perkauman yang secara tidak langsung akan menjejaskan matlamat sebenar seorang guru untuk memberikan pendidikan yang sama rata kepada semua pelajarnya .

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

Dalam pada itu, isu bahasa juga mesti ditangani.Penggunaan bahasa yang berbeza sedikit sebanyak mengundang masalah komunikasi baik di kalangan para pelajar mahupun pihak guru. Penggunaan bahasa yang berlainan antara kaum seperti bahasa Melayu , Mandarin dan Tamil membuatkan para pelajar tidak dapat berinteraksi dengan pelajar berlainan bangsa. Masalah ini diruncingkan lagi dengan tahap penguasaan bahasa kedua yang rendah menyebabkan para pelajar ini lebih selesa untuk bergaul dengan rakan sebangsa mereka. Komunikasi antara pelajar dengan guru juga agak terbatas apabila mesej sebenar yang ingin disampaikan pelajar kepada guru tidak dapat difahami sepenuhnya menyebabkan hubungan pelajar-guru menjadi semakin renggang apabila pelajar terbabit lebih banyak menyampaikan mesej tersebut melalui rakan mereka yang lebih fasih berbahasa lain untuk diterjemahkan kepada guru. Situasi ini secara langsung mengelakkan interaksi secara langsung antara pelajar dengan guru di sekolah. Sedikit sebanyak isu bahasa ini mengheret pelajar terbabit untuk lebih menghabiskan masa sesama rakan dan guru sebangsa dengannya berbanding dengan rakan dan guru yang berlainan bangsa. Aspek sosial dan penggunaan bahasa ini apabila dibiarkan berlarutan akan mengundang kepada pembentukan sikap perkauman sama ada di kalangan guru mahupun pelajar. Sikap perkauman yang wujud ini bakal memberikan impak yang negatif terhadap para pelajar daripada segi pembelajaran dan guru dari segi pengajaran mereka .Bagi guru , sikap perkauman sebegini akan menyebabkan berlakunya situasi tidak adil ketika memberikan tumpuan pengajaran kepada pelajar , bersikap berat sebelah ketika menilai pelajar , memandang rendah pelajar berbangsa lain serta menjejaskan interaksi guru-pelajar kerana tingkahlaku guru tersebut akan dapat diperhatikan para pelajar yang akan menganggap guru tersebut tidak mempedulikan mereka malah lebih parah lagi sekiranya komen dan luahan pendapat guru tersebut lebih terarah untuk mencari kesilapan pelajar dan mengguris perasaan pelajar . Manakala ,dalam masa yang sama , sentimen perkauman di kalangan pelajar telah dibina oleh keluarga pelajar itu sendiri. Kecenderungan ibu bapa yang mengutamakan kepentingan kaum sendiri dalam sebarang urusan harian telah menjadi ikutan anak-anak mereka. Perbualan harian , pergaulan rakan keluarga , galakan untuk menyertai dan aktiviti pertubuhan anjuran bangsa tertentu sahaja selain batasan dalam persahabatan dengan bangsa lain secara langsung membentuk anak-anak mereka bersikap perkauman. Malah ,keputusan segelintir ibu bapa yang

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

hanya menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan dan ke pusat tuisyen yang majoriti pelajar dan guru sebangsa dengan mereka menunjukkan bahawa mereka tidak mahu anak mereka berinteraksi dengan bangsa lain . Ini melahirkan generasi pelajar yang bersifat perkauman dan mementingkan diri sendiri. Isu bahasa ini menjadi lebih hangat dan parah apabila kerajaan telah mengambil langkah untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah- sekolah. Ini tidak dinafikan amat menjurus kearah timbulnya perkauman dimana ia menjadi satu masalah pada pelajar melayu yang rata- rata lemah di dalam bahasa kerkenaan. Walaupun dengan memperkenalkan dasar penginggerisan bagi meningkatkan kualiti bahasa inggeris, namun kesan yang paling dalam dan serius wujud sebagai permasalahan berkaitan isu perkauman di antara guru melayu dengan guru bukan melayu, pelajar melayu dengan pelajar bukan melayu. Walaupun kita sedia maklum penggunaan bahasa Inggeris merupakan salah satu kunci kearah kemajuan namun bahasa melayu juga merupakan bahasa yang mampu melahirkan ramai siswazah dalam bidang sains dan teknologi seawall tahun 1967 di Universiti Malaya. (www.malaysiakini.com) Pada hakikatnya bahasa telah membawa banyak nilai yang mewarnai ilmu dalam kehidupan. Dimana kita boleh lihat, sekiranya pelajar melayu tidak pandai bercakap dan tidak faham bahasa Inggeris, ia akan ditindas dan dilemparkan macam-macam, malah berbeza dengan yang pandai bertutur dalam bahasa Inggeris. Besar kemungkinan yang pandai bertutur akan dijadikan kawan oleh kaum lain. Selain itu, kita boleh lihat dimana ia berkaitan dengan dunia luar, sekiranya melayu membeli barang dengan orang cina atau india, aktiviti pembelian mungkin akan menguntungkan orang cina dan merugikan kita sebagai kaum melayu, malah sekiranya ditipu orang melayu masih tidak tahu. Ini berbeza dengan orang cina datang membeli barang dengan orang cina, berkemungkinan besar harga barang tersebut jauh lebih murah dari kaum melayu. Di sini kita telah nampak dan mudahnya wujud perkauman. Kalau difikirkan kembali apa salahnya harga barang tersebut adalah ditetapkan tidak mengira kaum apa pun datang membeli. Situasi ini sama juga dengan keadaan guru melayu

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

dengan cina atau pun india. Dalam menyampaikan ilmu pengajaran, seorang guru tidak boleh wujudkan jurang perkauman sesame pelajar dan jurang komunikasi sesame guru lain kaum. Sekiranya sikap ini ada, tidak mustahil pelajar sekolah yang sama juga akan ada masalah perkauman. Masalah perkauman makin menebal di sekolah, di mana ada segelintir guru melayu mahupun guru bukan melayu melebihkan pelajar satu bangsa mereka. Ada yang beranggapan bahawa buat apa aku tolong pelajar bukan bangsa aku, baik aku tolong bangsa aku sahaja lagi bagus. Selain itu, timbulnya perkauman, seorang guru melayu yang datang dari Bandar dan mengajar di kawasan pendalaman yang terdiri daripada pelajar india. Kadanag- kadang sifat manusia ini akan memandang rendah pada orang yang lebih mundur dari diri sendiri. Apabila sikap ini ditanam wujudlah perbandingan dan kemungkinan akan menyebabkan ada beberapa golongan akan terasa hati dan salah faham antara satu sama lain dan akhirnya membawa kepada pergaduhan kaum di sekolah. Di sekolah- sekolah ada menyediakan aktiviti- aktiviti persatuan dan kokurikulum. Walaupun setiap aktiviti kokurikulum tidak menghadkan penglibatan pelajar, namun dengan adanya sikap guru yang suka menghadkan akan menyebabkan masalah perkauman. Misalnya kita boleh lihat sekolah ada menyediakan persatuan bahasa melayu, persatuan bahasa inggeris, persatuan bahasa cina dan sebagainya. Hasil daripada itu, majoriti penyertaan dan penglibatan hanya mengikut kaum. Contohnya persatuan bahasa cina, apa salahnya separuh pelajar melayu dan india menyertai persatuan cina dan bagi guru dan pelajar pelajar cina cuba bantu kaum lain. Begitu sebaliknya dengan persatuan- persatuan lain. Semangat ini tiada disebabkan sikap guru dan pelajar yang suka membeza- bezakan dari segi sosio- ekonomi, taraf, warna kulit, kepandaian dan sebagainya. Kalau disoroti dengan teliti didapati bahwa penempatan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan akan membolehkan pelajar- pelajar SRJK menguasai Bahasa Melayu. Ketegangan hubungan kaum dan masalah yang berkaitan berpunca daripada sikap prejudis serta perasaan curiga- mencurigai, lantaran kurangnya interaksi dan hubungan yang terjalin di antara mereka. Keadaan ini diburukkan lagi apabila anak- anak mereka dibesarkann dalam lingkungan

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

masyarakat kaum mereka semata- mata berlatarkan keadaan sekeliling kaum mereka sahaja. Isolasi yang berlaku itu tidak memungkinkan mereka mendapat gambaran yang sebenar mengenai masyarakat dan kaum yang lain. Hasil dan akibatnya mereka membesar di dalam suasana yang penuh dengan prasangka terutamanya bagi mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah kebangasaan. Berbeza dengan sikap para pelajar Cina dan India yang mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan seta bercampur gaul dengan pelajar melayu kerana didapati sikap mereka lebih terbuka, bertoleransi dan tidak meminggirkan dirinya daripada masyarakat lain. Walaupun pelbagai cara pihak Kementerian laksanakan bagi merealisasikan intergrasi nasional dan cuba menghapuskan jurang yang wujud di antara pelbagai kaum di Negara ini, namun masih banyak masalah perkauman timbul malah yang lebih teruk masalah gangsterisme yang melibatkan kaum- kaum dan masalah ini akan menindas pelajar kaum lain seperti dan sebagainya. Sehingga hari ini sistem Memetik kata- kata membuli, memukul, pergaduhan berlainan kaum

pendidikan pendidikan Malaysia tidak pernah juga lekang daripada kemelut dalaman yang lahir daripada ketidakupayaan murid dan institusi pendidikan itu sendiri. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato Mahadzir Mohd Khir, istilah gangsterisme tidak senonim dengan suasana pendidikan Negara ini. Pengawasan yang lebih menyeluruh dengan bilangan pelajar yang lebih ramai perlulah difikirkan dan perancangan serta pentadbiran yang lebih teliti. Pengumpulan pelajar secara pemusatan akan menemukan kepelbagaian dalam budaya, agama, ras, sosial, dan ekonomi setiap ahli sekolah berkenaan. Sekiranya faktor ini tidak dilaksanakan dengan betul, wujud kecenderungan pelajar melakukan sesuatu di luar jangkaan. Dengan jumlah pelajar yang ramai dan melibatkan pelbagai kaum, mampukah guru dan sekolah menghadapi tekanan bagi memenuhi peranan mereka? Sungguhpun sekolah sedia ada masih terasing antara satu dengan lain, institusi sekolah masih gagal mengawal keruntuhan disiplin yang melibatkan perkauman di antara pelajar sekolah tersebut.

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

Pihak

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

mengambil

langkah

untuk

memperkenalkan Sekolah Wawasan bagi merealisasikan integrasi nasional dan menghapuskan jurang di antara pelbagai kaum di sekolah di Negara ini, namun timbul pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, baik individu, NGO, parti- parti politik , terutamanya masyarakat Cina mereka begitu gusar dan bimbang dengan konsep Sekolah Wawasan akan menguburkan identiti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan yang didukung selama ini. Mereka juga khuatir kewujudan sekolah tersebut akan menjejaskan pentadbiran SRJK Cina dan penggunaan bahasa Ibunda di kalangan pelajar daripada aliran berkenaan. Persatuan sekolah Cina dan Jiao Zong yang bermaksud guru guru sekolah Cina telah menolak penubuhan Sekolah Wawasan dengan alasan mereka ialah kekhuatiran akan kehilangan identiti SRJKC dan identity orang Cina akan terhakis, walaupun telah di perjelaskan beberapa kali oleh pihak kerajaan namun mereka tetap sangsi dengan hasrat untuk menyapadukan antara kaum. Mereka masih beranggapan terdapat sesuatu agenda yang tersirat yang dapat mengganggu dan menggugat kepentingan mereka. Sebenarnya segelintir orang Cina tidak faham tentang konsep Sekolah Wawasan sehingga sanggup menganggap Sekolah Wawasan sebagai senjata untuk mengikis identiti orang Cina di Malaysia. Mereka bimbang anak mereka jika bergaul dengan kanak- kanak lain ketika kecil dimana mereka akan terpengaruh dengan bahasa lain. mereka juga beranggapan jika ketika ketika kecil mereka sudah biasa berbahasa Melayu, kanak- kanak ini tidak lagi mempunyai kecenderungan untuk berbahasa Cina. Lama kelamaan bahasa itu akan pupus. Lebih buruk lagi sifat mereka yang tidak mahu berkongsi pelbagai peralatan seperti padang, dewan dan gelanggang permainan. Keadaan akan menjadi lebih teruk dan masalah akan timbul apabila pihak sekolah atau institusi menganjurkan aktiviti yang menggunakan kemudahan berkongsi bersama. Apa yang dilakukan oleh persatuan sekolah cina dan Jiao Zong dimana bersikap negetif dengan menolak konsep Sekolah Wawasan adalah seolah- olah menentang proses menyepadukan rakyat pelbagai kaum di Negara ini melalui sistem pendidikan. Kita boleh lihat betapa teruknya dan sinisnya pandangan kaum cina terhadap kaum lain. Ternyata isu

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

perkauman ini, tercetus adalah berpunca dari sikap kaum ini terhadap kaum lain. tambahan lagi, kaum ini bukannya mempertahankan bahasa Cina atau pelajaran dalam bahasa Cina tetapi sengaja membangkitkan isu supaya dapat menghalang perpaduan di kalangan masyarakat majmuk dan kita boleh lihat mereka ini hanya pandai menentang usaha oaring lain dan bukan berusaha untuk membantu atau mencari jalan penyelesaian malah menghancurkan perpaduan di Negara ini. Selain itu , polarisasi kaum ini juga berlaku akibat daripada dasar penempatan sekolah yang dibuat sejak beberapa tahun sebelum ini. Ini diperkukuhkan lagi dengan penyataan berikut ; Bahagian pendidikan awam di peringkat sekolah rendah ke sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang telah dikritik kerana didakwa mewujudkan polarisasi kaum pada usia awal. ( Hannah Beech , Oct 2006). Umum mengetahui kanak-kanak memulakan pendidikan sekolah rendah pada usia tujuh untuk tempoh enam tahun. Sekolah rendah dibahagikan kepada dua kategori, sekolah rendah kebangsaan dan sekolah vernakular. Sekolah-sekolah vernakular (Sekolah Jenis Kebangsaan) menggunakan sama ada Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar pengajaran, di mana sebagai sekolah rendah kebangsaan (Sekolah Kebangsaan) menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran kecuali Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sekolah jenis kebangsaan seterusnya dibahagikan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJK (C)) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJK (T)). Antara 1995 dan 2000, peruntukan Rancangan Malaysia Ke7 bagi pembangunan pendidikan rendah memperuntukkan 96,5% kepada sekolah-sekolah rendah kebangsaan yang mempunyai 75% daripada jumlah enrolmen. Sekolah rendah Cina (21% enrolmen) menerima 2.4% daripada peruntukan ini manakala sekolah rendah Tamil (3.6% enrolmen) mendapat 1% daripada peruntukan. (Sumber : Wikipedia _Education in Malaysia)

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

Secara tidak sedar , dalam usaha pihak kementerian pelajaran untuk menambahbaik dasar pendidikan kepada kaum Bumiputera disamping memperkukuhkan bahasa kebangsaan , masih terdapat pihak yang pada asalnya berkehendakkan penubuhan sekolah khusus untuk kaum mereka di mana mereka smempunyai hak dan kuasa menentukan sendiri pentadbiran pendidikan sekolah tersebut, kembali mempersoalkan peruntukan yang diberikan kepada sekolah rendah kebangsaan. Terdapat juga 60 Sekolah Bebas Cina Tinggi di Malaysia, di mana kebanyakan subjek diajar dalam bahasa Cina. Cina Sekolah Tinggi Bebas dipantau dan diseragamkan oleh Persatuan Sekolah Cina Bersatu Jawatankuasa 'Malaysia (UCSCAM). Pelajar-pelajar di sekolah-sekolah Cina yang tinggi bebas mengambil ujian piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) pada akhir Junior Tengah 3 dan Tengah Kanan 3. UEC telah dikendalikan oleh UCSCAM sejak tahun 1975. UEC ini boleh didapati dalam tiga peringkat: Peperiksaan Unified Vokasional (UEC-V) UEC Junior Middle Level (UEC-JML/JUEC) dan Tahap Tengah Kanan (UECSML/SUEC),. Sukatan pelajaran dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML hanya terdapat dalam bahasa Cina. UEC-SML mempunyai soalan-soalan untuk matematik, sains (biologi, kimia dan fizik), simpan kira, perakaunan dan perdagangan dalam kedua-dua bahasa Cina dan Inggeris. Tanggapan golongan tertentu bahawa tahap pendidikan di Sekolah Bebas Cina Tinggi lebih tinggi berbanding sekolah harian biasa juga biasanya mempengaruhi golongan ibu bapa dalam membuat keputusan menghantar anak mereka ke sekolah terbabit. Mereka beranggapan sekolah harian biasa tidak kompetitif dalam pengajaran&pembelajaran untuk mencapai keputusan peperiksaan yang benar-benar berkualiti. Pendapat sebegini juga terbentuk ekoran komen-komen negatif yang diterima dari kenalan sebangsa mereka terhadap sekolah harian biasa. Mereka sanggup mengeluarkan pembelanjaan yang lebih asalkan anak-anak mereka dapat menerima pendidikan yang dianggap mereka terbaik sepanjang persekolahan . Malah , bagi golongan yang berkemampuan , mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi membolehkan anak mereka mengambil peperiksaan A-Level di luar negara berbanding Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan harapan agar anak mereka lebih berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara berbanding lepasan SPM.

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

Sebenarnya sikap sebegini dilihat lahir daripada mentaliti golongan yang sentiasa memandang rendah dan tidak berpuas hati terhadap institusi pendidikan negara ini yang berteraskan pendidikan nasional dan dilihat memihak kepada kepentingan kaum bumiputera.Ini berikutan khabar bahawa tidak semua pemohon untuk matrikulasi diterima masuk dan kriteria pemilihan tidak diisytiharkan kepada umum, yang telah membawa kepada spekulasi bahawa mana-mana kriteria yang sedia ada mungkin tidak dipatuhi. Kuota berasaskan kaum dikenakan ke atas proses kemasukan, dengan 90% daripada tempat-tempat yang dikhaskan untuk Bumiputera, dan lain-lain 10% untuk bukan Bumiputera. (Sumber : Developing And Retaining A First-World Talent Base,RMK10) Daripada kenyataan dan penerangan di atas , berdasarkan pengalaman kami belajar di sekolah kebangsaan(SK) dan mengikuti pembelajaran dalam bahasa Melayu dalam kesemua subjek yang dipelajari sehingga tamat persekolahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ,adalah diakui bahawa semangat dan keinginan untuk belajar banyak dipengaruhi tingkahlaku guru yang mengajar matapelajaran ketika di dalam kelas. Sikap guru yang lebih mementingkan pelajar sebangsa dengannya kadangkala akan mengakibatkan pelajar lain berasa terpinggir seterusnya mereka akan beranggapan guru tidak mempedulikan apa yang mereka lakukan. Sikap guru yang sebegini bukan saja tidak memuaskan hati malah menimbulkan rasa marah pelajar kerana tidak lagi diendahkan guru terbabit meskipun mereka berada dalam kelas yang sama. Justeru, pelbagai kerenah akan ditunjukkan pelajar dalam memprotes sikap guru seperti tidak lagi mengendahkan pengajaran guru terbabit dan tidak bersemangat untuk membuat kerja sekolah yang diberikan. Bagaimanapun , kami sebagai pelajar perlu bersikap positif dan mengambil inisiatif tertentu dalam menangani situasi sebegini seperti memperuntukkan masa belajar yang berkualiti dan memperbaiki keputusan peperiksaan agar setanding malah lebih baik berbanding pencapaian pelajar bangsa lain dalam usaha membuka mata guru agar guru terbabit sedar bahawa pelajar lain juga mempunyai potensi yang tidak patut dipandang rendah dan layak diberikan perhatian yang sama adil ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Malah ada ketikanya pelajar lain

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

dilihat lebih bersemangat dan pintar ketika sesi soal jawab di dalam kelas berbanding pelajar yang diberi perhatian tersebut. Sikap positif dan inisiatif sebegini selalunya dibantu oleh ibu bapa dan guru yang akrab dengan pelajar memandangkan golongan ini lebih berpengalaman dan berpengetahuan dalam selok-belok bidang pendidikan . Galakan dan bantuan seperti nasihat , panduan serta tunjuk ajar daripada mereka ini banyak menolong pelajar seperti kami dalam usaha mencari penyelesaian berkaitan masalah yang dihadapi. Meskipun menyedari bahawa ketidakadilan yang diamalkan rakan sejawat mereka sebenarnya menyalahi etika perguruan , namun demi menjaga hubungan baik antara pelajar dengan guru terbabit , mereka bersedia membantu pelajar dalam soal pembelajaran demi kebaikan para pelajar sendiri. Nilai-nilai murni yang ditunjukkan para guru yang membantu kami ketika menyelesaikan permasalahan yang dihadapi telah menyedarkan kami bahawa tidak semua guru mengamalkan diskriminasi kaum di sekolah . Walaupun sentiasa dibebani tugasan mengajar yang meletihkan , guru-guru terbabit sentiasa bersedia untuk membantu pelajar sekiranya perlu sekalipun pelajar terbabit bukan merupakan pelajar dari kelasnya. Kesungguhan guru yang ikhlas memberi bantuan dalam pelbagai bentuk menimbulkan rasa kagum dan hormat di kalangan pelajar. Segala pemerhatian dan pengalaman ketika melalui proses pengajaran &pembelajaran di sekolah dahulu menjadi inpirasi kepada kami dalam mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan peringkat ijazah sarjana muda di universiti. Kami sedar,meskipun arus pendidikan masakini telah banyak berubah , sikap dan etika perguruan tetap merupakan aspek terpenting yang perlu dikekalkan sekiranya seseorang itu mencebur diri dalam dunia pendidikan . Guru kini bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk mengajar , malah diberi pelbagai tugasan lain berkaitan hal-ehwal pelajar. Sungguhpun kuasa guru dalam membentuk sahsiah pelajar dari segi disiplin semakin berkurangan namun guru tetap perlu melaksanakan proses pengajaran&pembelajaran walau dengan apajua cara sekalipun demi memastikan pelajar beroleh ilmu pengetahuan. Dan dalam menunaikan kewajipan menyampaikan ilmu , kami harus prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi para pelajar . Pelajar masakini bukan sahaja terdedah kepada masalah berkaitan pembelajaran sahaja , malah dengan perkembangan dunia yang

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

semakin moden dan canggih , tumpuan mereka dalam pelajaran mudah terpesong dengan pelbagai bentuk hiburan dan masalah yang tidak dapat dijangka. Justeru , ketika menjalani latihan praktikal mengajar di sekolah , kami bukan sahaja perlu memberi perhatian dalam menyediakan bahan malah perlu prihatin dengan suasana bilik darjah ketika menyampaikan pengajaran. Ini bagi mengelakkan para pelajar daripada leka dan tidak menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang diikuti.Situasi ketika pengajaran perlu diambilkira agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sentiasa berada dalam suasana yang kompetitif dan selesa . Perhatian dan tunjuk ajar kepada pelajar perlu dikendalikan dengan baik agar semua pelajar sedar guru memberikan perhatian yang sama rata kepada semua pelajar di dalam kelas. Selain itu , guru praktikal juga perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana persekolahan yang terdiri daripada pelajar berbagai-bagai kaum . Demi mengekalkan hubungan baik antara pelajar dan guru , guru praktikal harus memastikan bahawa pelajar-pelajar tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan guru. Halangan bahasa boleh diselesaikan dengan bantuan pelajar lain dalam menterjemahkan mesej yang hendak disampaikan kepada guru terutamnya berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran.Guru juga dikehendaki menjaga tutur kata yang bersopan agar dapat menjadi contoh ikutan para pelajar dan sentiasa mengelakkan diri dari membicarakan atau melakukan sesuatu yang menyentuh sensitiviti pelajar terutamanya melibatkan isu agama dan kaum. Pergaulan sesama pelajar juga perlu diperhatikan dan digalakkan agar mereka sentiasa berinteraksi sesama sendiri meskipun berlainan agama dan bangsa. Dalam membentuk sebuah negara yang maju , meningkatkan pendidikan bukan sahaja satu perkara hak-hak asasi manusia, ia merupakan salah satu kepentingan ekonomi. Prestasi yang lemah dalam pendidikan hari ini akan mempunyai kesan negatif untuk masa depan negara kerana kualiti pendidikan tinggi secara konsisten dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh. Melainkan jika sistem pendidikan Malaysia terus untuk meningkatkan tahap piawaian antarabangsa dan merapatkan jurang pencapaian semasa di seluruh sekolah-sekolah, Malaysia menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan hari ini dan daya saing esok. Sistem pendidikan akan memperkukuh kepentingan nilai-nilai dan etika kerana ini merupakan blok

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

binaan penting dalam perjalanan ke Wawasan 2020. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah akan diberi penekanan yang lebih untuk memupuk kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar, untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keupayaan baru untuk memenuhi permintaan ekonomi berpendapatan tinggi. Pembangunan modal insan adalah penting pada pertumbuhan ekonomi dan terletak pada asas utama dalam mengubah Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada negara yang berpendapatan tinggi. Dalam dunia pendidikan , pencapaian akademik seseorang dilihat sebagai kayu pengukur terhadap potensi individu tersebut dalam dunia pekerjaan. Kemampuan dan keupayaan individu menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran dapat membantu individu tersebut menyelesaikan tugasan tertentu dalam memenuhi jangkaan pihak industri dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Melalui pendidikan yang sempurna , individu akan beroleh pencapaian akademik dan mempelajari kemahiran yang diperlukan dengan baik yang dapat membantu individu memohon pekerjaan yang sesuai dan memberi mata pencarian yang lumayan. Pendapatan yang lumayan akan dapat menjana ekonomi yang tinggi di kalangan masyarakat dan akan mendatangkan impak positif kepada negara . Secara tidak langsung , status ekonomi yang baik akan dapat membantu individu menanggung keperluan keluarga dengan lebih baik dan memberikan pendidikan yang lebih sempurna kepada anak-anak mereka. Daripada pengalaman yang diperolehi, didapati kesan ekonomi sangat mempengaruhi mental individu dalam pendidikan. Pelajar yang mengalami kekurangan dari segi keonomi lebih cenderung untuk menyendiri dan tidak bergaul dengan pelajar lain yang lebih mampu. Mereka seperti berada didalam dunia mereka sendiri. Pengaruh ekonomi sangat jelas dikalangan pelajar yang berbeza bangsa, contonhya pelajar india dan cina yang kebanyakan mempunyai status ekonomi yang tinggi akan lebih gemar bercampur dengan kumpulan mereka sendiri. Mereka makan bersama, belajar bersama, dan hanya bergaul dengan kalangan mereka. Pelajar yang berstatus ekonomi rendah tidak akan dapat bergaul dengan mereka melainkan untuk dibuli atau dijadikan mangsa ejekan.

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

Kadangkala bagi mengatasi masalah buli dikalangan pelajar yang berlainan status ekonomi, guru mengambil tindakan dengan mengasingkan mereka kepada kelas-kelas yang berlainan. Pelajar kaya dibenarkan berada di dalam kelas yang sama. Pekara ini menjatuhkan lagi motivasi dikalangan pelajar yang kurang berkemampuan. Mereka akan mengalami masalah rendah kesedaran diri dan sentiasa merasakan diri mereka berada di kelas kedua. Kurang motivasi dikalangan pelajar ini semua akan menyebabkan mereka kurang minat untuk belajar di sekolah yang sama.

CADANGAN Sekolah kebangsaan tidak boleh menggantikan sekolah jenis kebangsaan, tetapi mereka masih boleh mengadakan kelas-kelas untuk bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. Ini lebih baik daripada tidak mengadakan apa-apa kelas untuk bahasa ibunda kaum lain. Apabila isu bahasa ditangani, dan apabila ibu-bapa boleh mempercayai guru-guru ini, tiadalah halangan kepada satu sistem sekolah kebangsaan seperti Sekolah Wawasan yang ingin diwujudkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun telah diwartakan bahasa pengantar Melayu untuk Sekolah Kebangsaan, Mandarin dan dipermudahkan huruf Cina yang bertulis untuk SJK (C), dan Tamil bagi SJK (T), dan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran wajib di semua sekolah, kecenderungan ibu bapa kaum tertentu yang tetap mengutamakan bahasa ibunda mereka menyebabkan matlamat untuk membolehkan semua pelajar menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih belum tercapai. Dasar Pelajaran Kebangsaan merupakan salah satu cara yang boleh digunakan dalam usaha mewujudkan perpaduan antara etnik dimana dasar ini menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa pengantar yang sama. Sebagai contoh dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

kepercayaan kepada tuhan serta menjadikan warga Negara yang baik. Pelajar- pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan kegiata ko- kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Perlaksanaan Sekolah Satu Aliran juga dapat mewujudkan perpaduan di antara etnik dimana dengan menggunakan satu bahasa pengantar saja di sekolah- sekolah. menerusi sistem ini, tidak akan menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain- lain etnik. Altenatifnya ialah bahasa Cina atau Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa sahaja dari lain- lain etnik yang berminat. Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas antara mereka dan mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain. jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan anatara pelajar dan saling fahammemahami. Selain itu, pihak sekolah perlu menyokong dalam penubuhan sekolah berkonsepkan Sekolah Wawasan dimana dengan memberi peluang kepada para pentadbir, guru guru dan kakitangan sokongan dari setiap sekolah untuk berinteraksi dengan lebih kerap, berkongsi dan bertukar- tukar pendapat, pengalaman dan cadangan demi kemajuan sekolah masing- masing. Warga sekolah tidak kira apa pun kaum perlu mempunyai semangat untuk membudayakan sikap bertolak ansur, bertimbang rasa, tolong menoong dan hormat menghormati dalam situasi sebenarnya selain itu, berkesempatan untuk mnegkonkritkan semangat permuafakatan melalui pembinaan projek- projek guna sama melibatkan pelbagai kaum. Pihak sekolah juga meletakkan syarat dimana dengan menyediakan peluang untuk menjalankan aktiviti aktiviti kokurikulum yang integrasi dan interaksi dengan matlamat memantapkan semangat dan amalan muhibah dan perpaduan di kalangan pelajar- pelajar berlainan bangsa serta mewujudkan persaingan yang sihat dari aspek pendidikan dengan membantu rakan- rakan yang lain kaum contohnya pelajar Cina mahir dalam matematik dan pelajar India pandai dalam bahasa Inggeris dan pelajar Melayu pandai bahasa Melayu. Dalam situasi ini mereka boleh belajar secara bersama dan membantu rakan- rakan sekiranya

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

menghadapi masalah walaupun berlainan bangsa. Semangat inilah yang Kementerian Pendidikan hendak dan dapat melengkapkan konsep 1 Malaysia yang sering di perkatakan oleh Perdana Menteri kita. Di samping itu, pihak sekolah dan para pendidik perlu mengambil langkah dan strategi dalam mewujudkan perkongsian kemahiran pengajaran dan kemudahan peralatan pengajaran dan pembelajaran. Guru- guru juga perlu peka dan tidak mengamalkan diskriminasi terhadap golongan pelajar serta tidak membezakan bangsa di kalangan pelajar. Diskriminasi dikalangan pelajar yang berbeza status ekonomi juga patut dielakkan bagi mengelakkan kejatuhan motivasi dikalangan pelajar yang mengalami masalah ekonomi. Guruguru sepatutnya memainkan peranan dalam meningkatkan motivasi kendiri dikalangan pelajar. Masalah sosioekonomi sepatutnya tidak menjadi halangan untuk seseorang terus berjaya dan berdaya saing dalam masyarakat, dan menonjol disekolah. Kesedaran sangat penting dikalangan pelajar supaya mereka sentiasa berfikiran positif. RUMUSAN Masyarakat Melayu ataupun masyarakat-masyarakat bukan Melayu, mesti sedia berkompromi sedikit. Dalam iklim masyarakat yang majmuk, hanya kompromi akan mengelakkan keganasan dan huru-hara. Mungkin cadangan-cadangan saya tidak begitu sesuai untuk masyarakat kita; itu tidak apa. Yang kita mesti tumpukan ialah masalah perpaduan; masalah sistem sekolah kebangsaan. Suatu sistem yang pada terasnya merupakan sistem yang dibahagi mengikut keturunan akan menyumbang kepada polarisasi kaum. Setiap sekolah mestilah mempunyai matlamat bagi mengukuhkan hubungan dan perpaduan pelbagai kaum di kalangan para pelajar aliran Sekolah Rendah Kebangsaan dengsn Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil. Seperti mana yang kita boleh lihat objektif penubuhan Sekolah Wawasan yang menjadi satu agen dalam menyepadukan kaum dan perancangan yang mendalam serta perbincangan di antara pelbagai pihak seperti yang berkaitan dengan sistem pendidikan.

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

Sekolah merupakan unit yang penting dalam sistem pendidkan kita bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan sahaja berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman. Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi di anata etnik antaranya ialah memperkukuhkan konsep Sekolah Wawasan dan atau Sekolah Satu Aliran harus difikirkan bagi mewujdkan integrasi antara etnik. Sekolah merupakan tempat bermula segalnya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Tetapi walaupun perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya. Selain usaha mengintegrasi pelajar, guru- guru juga perlu memainkan peranan dalam meyepadukan etnik di kalangan guru berlainan bangsa. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pula hendaklah memberikan penjelasan dan mengambil inisiatif untuk menerangkan kepada semua masyarakat berhubungs kekeliruan dan kebimbangan yang timbul dalam usaha menyepadukan pelbagai kaum melalui sistem pendidikan. para pendidik juga disarankan supaya menjadikan agenda perpaduan sebagai keutamaan dalam semua aktiviti dan program pendidikan yang dilaksanakan dan apa yang diusaha oleh Kementerian dan pendidik adalah demi kebaikan semua lapisan masyarakat dan kaum di Negara ini.

RUJUKAN
1. Chapter 5 , Developing And Retaining A First-World Talent Base , Rancangan Malaysia

ke10
2. "Primary School Education". Malaysia.gov.my. Retrieved 2010-10-26.

3. Education in Malaysia.wikipedia.org.wiki.Education_in_Malaysia. 4. John Lee .Sistem Pendidikan di Malaysia - Punca Masalah Perkauman? 5. K. Raveendran . Diskriminasi Dalam Bidang Pendidikan Negara
6. Beech, Hannah (Oct. 30, 2006). Not the Retiring Type

SPP4052 Sociology & Professionalism in Education

7. Dong Jiao Zhong Diminta Buktikan Keikhlasan. (8/11/2000). Berita Harian, 20 8. Kemelut Di Sebalik Isu Sekolah Wawasan. (11/11/2000). Berita Minggu, 9. Konsep Wawasan Gagasan Terbaik Generasi Alaf Baru. (20/12/2000). Berita 10. Harian, 21. 11. Masyarakat Cina Perlu Bersikap Lebih Terbuka. (4/12/2000). Berita Harian, 11

Você também pode gostar