Você está na página 1de 3

1. Apakah yang dimasudkan dengan ayat?

Jawab Ayat ialah unt pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

2. Ayat terdiri daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat maksud kedua-dua bahagian yang tersebut? Jawab Subjek ialah satu daripada dua bahagian ayat yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan yang dipenuhi oleh frasa nama atau bertungsi sebagai frasa nama.

3. Tuliskan 10 contoh ayat serta memberi pengjelasan subjek dan predikat yang tersebut? Jawab (1) Ali makan nasi. Subjek : Ali

Perdikat : makan nasi. (2) Anak Pak Osman menjawat jawatan baharu. Subjek : Anak Pak Osman

Perdikat : menjawat jawatan baharu. (3) Adik tidur di dalam bilik. Subjek : Adik

Perdikat : tidur di dalam bilik. (4) Aminah pahit mulut. Subjek : Aminah

Perdikat : pahit mulut. (5)Pegawai itu amat rajin. Subjek : Pegawai itu

Perdikat : amat rajin. (6) Rumah saya di Kampung Sungai Liang. Subjek : Rumah saya

Perdikat : di Kampung Sungai Liang. (7) Rohani menjahit baju kurung. Subjek : Rohani

Perdikat : menjahit baju kurung (8) Baju Aminah sungguh mahal. Subjek : Baju Aminah

Perdikat : sungguh mahal. (9) Bapa Aiman ke Pulau Pinang. Subjek : Bapa Aiman

Perdikat : ke Pulau Pinang. (10) Lelaki itu tinggi. Subjek : Lelaki itu

Perdikat : tinggi

4. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat biasa dan songsang? Jawab Ayat biasa ialah subjek sentiasa diletakkan pada bahagian hadapan ayat. Ayat songsang ialah ayat yang predikat terletak pada awat ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat.

5. Jelaskan pengertian peribahasa? Jawab Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas mengandungi kebenaran, sedap didengan dan bijak perkataannya.

6. Berikan 10 contoh peribahasa melayu serta maknanya? Jawab No . (1) (2) (3) Peribahasa Ada air, adalah ikan. Babi merasa gulai. Cacing hendak menjadi naga. Maknanya Ada negeri tentulah ada rakyatnya. Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar

(4) (5) (6) (7) (8) (9) (1 0)

Dalam rumah membuat rumah. Elok buruk dan busuk hanyir. Gajah dipandang seperti kuman. Kain dibakar tiada berduduk. Macam kikir besi. Lagi lebai lagi berjanggut. Naik tak bertangga, turun tak berpintu.

Mencari keuntungan atas ongkos orang lain. Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan. Terlalu marah. Kemiskinan yang amat sangat. Orang kaya yang bakhil. Berilmu dan berbudi. Melakukan sesuatu perbuatan yang salah.

Você também pode gostar