Você está na página 1de 16

-MOHAMAD YAZID ADHAR- 2011, USM 1.

0 Pengenalan Kepada Pelancongan di Malaysia


Malaysia merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai keunikan alam semulajadi yang mampu menarik kehadiran pelancong untuk berkunjung ke negara ini. Menyedari kelebihan itu, Sejak tahun 1970 - an lagi kerajaan telah merangka pelbagai pelan untuk memajukan sektor tersebut agar mampu menjadikannya salah satu punca terbesar pendapatan negara (Pelan Pemulihan Ekonomi Negara, 1998: 34). Dengan tertubuhnya Perbadanan Kemajuan Pelancongan (TDC) pada tahun 1972, sektor pelancongan di negara ini semakin rancak dicanangkan dan seterusnya kerajaan menaikkan tarafnya kepada kementerian yang dinamakan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987 (Chamhuri, Surtahman Kastin Hasan, 1994: 116). Dalam Rancangan Rangka Jangka Panjang Negara Kedua (RRJP2) telah dikemukakan agar sektor pelancongan dijana sebagai industri penting yang mampu menyumbang ke arah

pembentukan sumber pertumbuhan baru yang diperlukan untuk pembangunan sosio - ekonomi negara. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah menggariskan teras dasar pelancongan negara dengan mewujudkan imej yang unik mengenai warisan semulajadi dan sumber kebudayaan di Malaysia (Kenyataan Dasar RRJP2 dan RM 6, 1991: 74). Usaha berterusan pihak kerajaan akhirnya membuahkan hasil apabila pada tahun 2004, jumlah kehadiran pelancong telah meningkat hampir 55 peratus dan lebih kurang 15 juta pelancong telah melawat negara ini dengan menyumbangkan pendapatan kasar melebihi RM 28 bilion berbanding tahun tahun sebelumnya (Azleza Hanafee,2006:4). Kemajuan yang ditunjukkan dalam sektor ini telah menjadikan sektor pelancongan penyumbang kedua terbesar pendapatan negara selepas sektor perindustrian (www.tourism.gov.my). Perkembangan yang positif dalam sektor ini menyebabkan kerajaan berani memasang impian untuk mensasarkan Malaysia antara sepuluh negara teratas dari segi pendapatan menerusi

-1-

pelancongan pada tahun 2015 semasa Rancangan Malaysia Kesepuluh dibentangkan pada pertengahan tahun 2010. (http://www.bernama.com/bernama)

2.0 Perkembangan Sektor Pelancongan di Negeri Johor Darul Tazim.


Negeri Johor Darul Tazim merupakan negeri di Malaysia yang berjaya menarik kehadiran pelancong antara teramai berbanding negeri negeri lain di Malaysia. Kawasannya yang strategik disamping berhampiran dengan negara Singapura telah menjadikan negeri ini sebuah kawasan tumpuan pelancong. Pada tahun 2009, sektor pelancongan di negeri Johor telah berjaya menyumbang sebanyak RM 1.1 bilion ringgit sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun tersebut (http://www.iskandarmalaysia.com.my/news). Jadual 1: Jumlah Kedatangan Pelancong Dari Tahun 2005 Hingga 2008. Tahun Jumlah Kehadiran Pelancong 2005 12,329,685 2006 12,603,007 2007 20,335,203 2008 21,786,025

Sumber : Jabatan Imigresen Johor Bahru. Jadual 2 : Jumlah Kedatangan Pelancong Mengikut Negara ke Negeri Johor Pada Enam Bulan Pertama Tahun 2009. Negara Singapura Indonesia China Filipina India Jepun Thailand United Kingdom Ireland Korea Selatan Australia Jumlah (Orang) 6,043,618 401,882 202,669 118,215 101,875 76,604 41,391 40,349 40,349 39,384 32,318

Sumber : Utusan Malaysia, Edisi Johor, keluaran 25 November 2009. Negeri Johor yang terkenal sebagai pintu masuk utama di selatan Malaysia bukan sahaja terletak di semenanjung selatan Malaysia malah merupakan kutub paling selatan bagi Asia Tengggara. Keindahan sumber - sumber alam semulajadi seperti pantai, hutan rimba dan
-2-

pulau pulau telah berjaya menarik ramai kehadiran pelancong untuk bercuti di negeri ini (Tiada Penulis, Rancangan Struktur Negeri Johor 2001 - 2020).

3.0 Kaitan Antara Kawasan Pelancongan Dengan Konsep Determinisme Alam Sekitar.
Konsep determinisme alam sekitar merupakan konsep yang mengutarakan maksud bahawa kehidupan manusia telah dikawal sepenuhnya oleh alam sekitar dan manusia juga tidak

berkebolehan langsung untuk mengubahsuai unsur unsur yang telah ditetapkan oleh alam (Chan Ngai Weng, 1993: 32). Teori yang telah dipelopori oleh Friedrich Ratzel ini berkait rapat dengan taburan kawasan pelancongan di negeri Johor yang jika diperhatikan, pertumbuhan pesat kawasan tersebut disebabkan oleh faktor alam sekitar. Peta 1 : Taburan kawasan pelancongan di negeri Johor yang rigid dengan sumber alam sekitar.

Sumber : www.johordt.gov.my/pelancongan
-3-

Berikut merupakan kawasan kawasan pelancongan terkenal di negeri Johor yang pertumbuhan pesat dalam industri pelancongan dipengaruhi oleh alam sekitar ataupun rigid dengan konsep determinisme:

3.1 Air Terjun Kota Tinggi (Kota Tinggi Waterfalls)

Rajah 1 Sumber: www.tourism.gov.my

Rajah 2

Air Terjun Kota Tinggi yang terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kota Tinggi merupakan destinasi pelancongan yang amat popular dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara. Air terjun setinggi 36 meter ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter daripada aras laut (www.johordt.gov.my/pelancongan). Kedinginan air dari puncak gunung ini dengan landskap alam semulajadinya di kawasan hutan tebal dengan bunyi unggas hutan bersahutan menjadikan kawasan ini memiliki panaroma yang indah dan mempesonakan (Maruwiah Ahmat,2008:38). Terdapat sebatang sungai dikenali sebagai Sungai Angkat mengalir merentasi beberapa kolam yang cetek dan ideal untuk pengunjung mandi - manda, melakukan aktiviti perkhemahan di kawasan berhampiran sungai dan BBQ. Sumber alam semulajadi yang terdapat disini telah menjadikan kawasan ini tumpuan pelancong yang dahagakan keindahan alam semulajadi
(www.tourism.gov.my/destinations/item/airterjunkota). -4-

3.2 Pantai Desaru, Kota Tinggi

Rajah 3 Sumber : www.tourism.gov.my

Rajah 4

Pantai Desaru merupakan destinasi pelancongan yang tidak asing lagi di negeri Johor. Pantainya yang bersih dengan lautan yang membiru dari Laut China Selatan menjadikan pemandangan pantai Desaru begitu mempesonakan. Pohon pohon kelapa yang hidup subur di persisiran pantai yang mempunyai pasir yang memutih menjadikan kawasan ini tumpuan pelancong yang menginginkan ketenangan (Maruwiah Ahmat, 2008 : 45). Kawasan percutian ini yang terletak 88 kilometer dari bandar Johor Bahru menjadi tumpuan pelancong terutama pelancong dari Singapura untuk beristirehat dan beriadah pada hujung minggu (www.virtualmalaysia.com).

-5-

3.3 Gunung Ledang, Muar

Rajah 5 Sumber : www.ledang.com/photo_gallery.htm

Rajah 6

Gunung Ledang yang dikenali juga sebagai Gunung Ophir berketinggian 1,276 meter menjadikannya gunung tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia (Maruwiah Ahmat,2008:34). Hutan lipur Gunung Ledang yang menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi dengan hidupan flora dan faunanya masih terpelihara menjadikan Gunung Ledang sebuah tapak percutian yang menarik bagi pelancong (www.ledang.com). Gunung ini menjadi tumpuan penggemar aktiviti mendaki gunung dan aktiviti perkhemahan untuk pelancong. Bukan hanya mempunyai khazanah alam semulajadi yang masih belum terusik namun turut sinonim dengan hikayat masyarakat lampau iaitu Lagenda Puteri Gunung Ledang yang dipercayai tinggal di gunung tersebut. Kehangatan cerita lagenda di Gunung Ledang ini menjadikan gunung ini popular dalam kalangan pelancong tempatan mahupun asing. (ms.wikipedia.org/wiki/Puteri_Gunung_Ledang)

-6-

3.4 Taman Negara Endau Rompin

Rajah 7 Sumber : www.naturemalaysia.com

Rajah 8

Pusat Pelancongan berasaskan alam semulajadi ini terletak di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin bersempadan dengan negeri Pahang Darul Makmur. Taman negara ini berkeluasan 50 000 hektar dianggarkan berusia sekitar 250 juta tahun (Maruwiah Ahmat,2008:39). Menariknya kawasan ini, pintu masuk ke taman negara ini perlu melalui sebuah perkampungan orang asli.

Pelancong boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah, mendaki gunung, meneroka hutan, menaiki sampan, menyusuri jeram, meneroka gua, memerhati burung dan berenang di dalam taman negara yang mempesonakan ini. Taman Negara ini mempunyai spesis burung, haiwan mamalia, katak, serangga dan pelbagai jenis bunga orkid yang eksotik. (www.tourism.gov.my/my/destinations/tmendau/rompin). Kawasan hutan taman negara ini juga banyak terdapat hidupan liar yang semakin dihambat kepupusan seperti harimau, gajah dan badak sumbu sumatera yang terbesar di dunia (Maruwiah Ahmat, 2008 : 39). Taman Negara Endau Rompin ini menjadi pusat pelancongan yang terkenal di negeri Johor dengan khazanah hutan rimba yang bernilai tinggi. Pelancong luar negara yang rata rata datang dari pelbagai negara seperti dari Amerika Syarikat, Singapura dan Australia amat terpesona dengan keindahan alam semulajadi yang sukar ditemui di tempat lain (www.journeymalaysia.com/tn_endau.htm).
-7-

4.0 Konsep Posibilisme Dalam Aktiviti Pelancongan


Walaupun aktiviti pelancongan amat sinonim dengan alam semulajadi, namun variasi dalam konteks pelancongan masa ini semakin diperluas. Kini aktiviti pelancongan tidak hanya terikat dengan alam semulajadi sebagai penentu kepada perkembangan pelancongan di sesebuah kawasan. Hal ini berkait rapat dengan konsep yang dipelopori oleh Vidal de la Blache iaitu konsep Posibilisme. Mengikut konsep ini manusia berupaya mengubahsuai alam sekitar mengikut corak keperluan kehidupan manusia itu sendiri (Chan Ngai Weng, 1993: 41). Melalui fahaman konsep posibilisme ini, Aktiviti pelancongan telah mengalami revolusi yang jika dahulunye terlalu rigid dengan alam sekitar tetapi kini telah berkembang selaras dengan kemajuan dan dasar kerajaan sesebuah negara. Berikut merupakan kawasan pelancongan di negeri Johor yang telah bebas daripada pengaruh alam semulajadi sebagai medan utama tarikan pelancong ke sesebuah kawasan:

4.1 Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan


Di negeri Johor, kebudayaan, kesenian dan warisan negeri ini mampu menarik kehadiran pelancong datang ke negeri ini. Produk pelancongan seperti ini memberikan peluang kepada pelancong untuk tinggal dalam tempoh tertentu di sesebuah perkampuangan budaya. Kaedah pelancongan seperti ini memberikan pelancong merasai secara dekat budaya dan kesenian yang terdapat di sebuah kawasan yang tidak luput ditelan arus pemodenan.

-8-

4.1.1 Tarian Zapin

Rajah 9

Rajah 10

Sumber : www.google.com/images/zapin Tarian yang sangat sinonim dengan negeri Johor ialah tarian Zapin. Tarian yang banyak mengandungi unsur unsur islam ini telah diperkenalkan oleh mubaligh dari timur tengah untuk menyebarkan agama islam. (www.tourism.gov.my/my/about/culture_music.asp). Zapin juga dikenali dalam dua bentuk iaitu zapin Melayu dan zapin Arab. Perbezaan kedua duanya adalah dari segi lenggok tariannya (Maruwiah Ahmat, 2008 : 51). Tarian Zapin kini banyak menggabungkan gerak tari yang berasaskan kaki penari - penarinya. Kaedah persembahan tarian ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu dimulakan dengan permulaan tarian atau pembuka tari. Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga merupakan penutup tarian. Alat muzik utama yang sering mengiringi tarian Zapin ialah rebana, gambus, maracas dan gendang. Petikan gambus untuk mengiringi lagu, sementara rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu-lagu Zapin ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang rebana dan lain-lain. Pada asalnya rentak Zapin adalah rentak yang digunakan untuk lagu - lagu keagamaan seperti nasyid dan lagu yang menggunakan bahasa Arab. Namun demikian, gerak geri tari Zapin mencerminkan tingkah laku dan kesenian orang Melayu

(www.daftarwarisan.gov.my).
-9-

4.1.2 Tarian Kuda Kepang

Rajah 13 Sumber : www.google.com/images/kudakepang

Rajah 14

Tarian dan permainan kuda kepang merupakan tradisi masyarakat Jawa di Johor. Kuda kepang yang dibentuk menyerupai kuda dibentuk daripada kulit binatang dan anyaman buluh dicorak seakan kuda tetapi tidak berkaki (Maruwiah Ahmat, 2008 : 50). Jumlah pemain kuda kepang mestilah dalam bilangan ganjil 7, 9, ataupun 11.
Perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat beberapa orang penari

akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang "naik syeikh" ini boleh melakukan gerakan aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan sedar seperti , meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, mengupas kelapa dengan gigi dan melompat setinggi enam atau tujuh kaki. Semasa penari-penari sedang "naik syeikh", bunyi - bunyian pengiring mesti terus dimainkan. Jikalau tidak mereka akan naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut. Di Johor tarian kuda kepang sering diadakan dalam majlis majlis kenduri kahwin, keputeraan Sultan Johor, dan menyambut pembesar pembesar yang mengunjungi

daerah daerah tertentu (Zakaria b. Abdullah dan Ahmad b. Buyong, 1990: 52). Kebudayaan Johor yang unik ini pasti memberikan pengalaman yang berharga kepada para pelancong.

- 10 -

4.1.3 Festival Layang Layang

Rajah 11 Sumber : www.dejohore.com

Rajah 12

Festival layang layang antarabangsa yang berlangsung di Bukit Layang Layang Pasir Gudang merupakan festival yang mempromosikan kebudayaan negeri Johor ke peringkat antarabangsa. Festival yang saban tahun dilangsungkan ini berjaya menarik pecinta layang layang dari 27 buah negara seperti Australia, Jepun, Perancis, Jerman, New Zealand, China, India, Amerika Syarikat dan negara-negara Asean.(www.johordt.gov.my) Bukit Layang Layang yang setinggi 20 m dari aras laut dengan tiupan angin pada kelajuan tiga hingga sepuluh meter sesaat membolehkan layang diterbangkan dengan mudah dan layang layang boleh diterbangkan sehingga ketinggian melebihi 200 meter. Festival ini juga telah berjaya menarik kehadiran pelancong yang dianggarkan seramai 50 000 orang pada Festival Layang - Layang Antarabangsa kali ke-12.(www.johordt.gov.my)

4.2 Pelancongan Sejarah


Pelancongan sejarah merupakan pelancongan dengan melawat ke kawasan kawasan tinggalan sejarah masa lampau. Pemuliharaan tempat bersejarah dan bahan artifak ini mampu menarik kehadiran pelancong (Tiada Penulis, Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 - 2010: 212). Di negeri Johor banyak kawasan kawasan tinggalan sejarah yang mampu menarik kehadiran pelancong.

- 11 -

4.2.1 Makam Makam Diraja, Kota Tinggi

Rajah 15 Papan tanda ke makam Sultan Mahmud di Kg. Makam Kota Tinggi, Johor.

Rajah 16 Makam Sultan Mahmud Mangkat di Julang.

Rajah 17 Makam Laksamana Bentan di Kg. Kelantan, Kota Tinggi Johor. Sumber : Gambar simpanan peribadi Penulis.

Rajah 18 Makam Megat Seri Rama dan isterinya yang dibunuh oleh Sultan Mahmud.

Kota Tinggi yang terkenal dengan statusnya sebagai Daerah Pelancongan Sejarah banyak menyajikan kawasan kawasan pelancongan bermotifkan warisan sejarah. Antara lokasi sejarah yang terkenal ialah di Kampung Makam yang menempatkan lima belas makam lama yang antaranya makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ( Tiada penulis, Tempat Tempat Bersejarah di Semenanjung Malaysia, 1974 : 35). Di Kampung berhampiran iaitu Kampung Kelantan terletak pula Makam Megat Seri Rama ataupun Laksamana Bentan. Menurut sejarah, Laksamana Bentan telah menikam Sultan Mahmud yang dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Hal ini disebabkan oleh dendamnya terhadap sultan yang telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas isterinya tanpa usul periksa kerana memakan seulas nangka dari kawasan larangan diraja kerana pada waktu itu Dang Anum sedang mengandung
- 12 -

dan mengidamkan buah nangka. Namun sultan sempat menikam balas Laksamana Bentan dan bersumpah Orang orang bentan akan muntah darah jika berkunjung ke Kota Tinggi, selama tujuh keturunan (Kassim Tukiman, Yahaya Abu Bakar dan Mahmud Embong, 2001 : 32). Cerita sejarah yang dikenali sebagai Sultan Mahmud Mangkat di Julang ini telah menjadikan kawasan tersebut tumpuan pelancong yang ingin melihat secara dekat artifak sejarah yang telah menelan hayat ratusan tahun (Han Oo Kwang,1987: 70-71).

4.3 Pelancongan Sukan - Triathlon Antarabangsa Desaru - Pengerang (TADP)

Rajah 19

Rajah 20

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia, Edisi Johor keluaran 30 Ogos 2009. Desaru yang terletak di daerah Kota Tinggi merupakan kawasan tumpuan atlit triathlon dari seluruh dunia untuk beraksi menguji ketahan fizikal dan mental mereka. TADP ini melibatkan acara berenang sejauh dua kilometer, berbasikal sejauh 90 km dan berlari sejauh 21 km dalam pertandingan Long Distance Triathlon.

Kejohanan yang dianjurkan saban tahun ini boleh diklasifikasikan sebagai program bertaraf lima bintang kerana berjaya menarik bilangan triatlet dan pengunjung yang ramai dari luar negara. Triathlon Antarabangsa Desaru - Pengerang (TADP) ini bukan sahaja untuk penganjuran sukan semata mata tetapi juga bertujuan mempromosikan negeri Johor sebagai lokasi tumpuan pelancong di Malaysia (Utusan Malaysia, Edisi Johor keluaran 30 Ogos 2009).
- 13 -

Penutup
Merujuk daripada perubahan konsep determinisme yang terlalu rigid terhadap alam sekitar kepada konsep posibilisme yang memungkinkan manusia melakukan apa sahaja tanpa sekatan alam sekitar telah berjaya mempengaruhi aktiviti manusia dalam pelancongan.

Jika dahulu, apabila disebut pelancongan pasti tergambar pantai, gunung dan kawasan peranginan di benak fikiran kita. Namun kini, aktiviti pelancongan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada alam semula jadi untuk menggerakkan aktiviti pelancongan. Pelancongan berlandaskan sejarah, kebudayan, kesenian, sukan dan kesihatan telah mengambil tempat untuk memujuk pelancong berkunjung ke sesebuah kawasan. Negeri Johor yang kaya dengan keindahan alam semulajadi telah berjaya menarik ramai pelancong domestik mahupun luar negara untuk menikmati keindahan panorama yang sukar diperoleh ditempat lain. Keindahan alam ini menjadi aset yang sangat bernilai terhadap kerajaan Johor untuk menyemarakkan pelancongan dinegeri ini. Kini, Dengan kewujudan pelbagai jenis pelancongan yang tidak hanya rigid pada alam sekitar telah berjaya menjadikan Johor sebagai kawasan tumpuan pelancong dari seluruh pelosok dunia (Maruwiah Ahmat,2008:5). Oleh hal yang demikian jelaslah membuktikan bahawa alam semula jadi bukanlah satu satunya faktor yang menjadi pemangkin terhadap perkembangan sektor pelancongan.

- 14 -

Bibliografi
Rujukan Buku : Tiada Penulis, Pelan Pemulihan Ekonomi Negara: Agenda Tindakan(1998), Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Tiada Penulis, Kenyataan Dasar RRJP2 dan RM 6: Pelaksanaan Dasar dan Program(1991), Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara. Tiada Penulis, Rancangan Struktur Negeri Johor (2001 2020), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor. Tiada Penulis, Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 2010 (2006), Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri. Tiada penulis, Tempat Tempat Bersejarah di Semenanjung Malaysia(1974), Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Maruwiah Ahmad, Kenali Negeri Kita: Johor Darul Tazim(2008), Selangor: Karisma Production Chamhuri, Surtahman Kastin Hasan(1994), Ekonomi Malaysia, Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Chan, N.W. et.al(1993). Pengantar Geografi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Han Oo Kwang, Malaysia Kita: Tempat Tempat Penting(1987), Selangor: Times Books International. Azleza Hanafee(2006), Sektor Pelancongan, Kuala Lumpur: Penerbitan Hartamas. Zakaria b. Abdullah dan Ahmad b. Buyong(1990), Kebudayaan Rakyat di Malaysia, Selangor: PAM Publishing (M) Sdn Bhd. Kassim Tukiman, Yahaya Abu Bakar dan Mahmud Embong(2001), Menelusuri Sejarah Tempatan Johor, Johor: Yayasan Warisan Johor.
- 15 -

Rujukan Akhbar dan laman Sesawang : Utusan Malaysia, tarikh keluaran 25 November 2009. Utusan Malaysia, tarikh keluaran 30 Ogos 2009. www.tourism.gov.my dilayari pada 18 Ogos 2010. www.bernama.com dilayari pada 18 Ogos 2010. www.iskandarmalaysia.com.my/news dilayari pada 18 Ogos 2010. www.imi.gov.my dilayari pada 19 Ogos 2010. www.johordt.gov.my/pelancongan/ dilayari pada 19 Ogos 2010. www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=airterjunkota dilayari pada 20 Ogos 2010. www.tourism.gov.my/my/about/culture_music.asp dilayari pada 20 Ogos 2010. www.virtualmalaysia.com dilayari pada 23 Ogos 2010. www.daftarwarisan.gov.my dilayari pada 24 Ogos 2010 www.ledang.com/photo_gallery.htm dilayari pada 25 Ogos 2010. www.freewebs.com/anakjohor/ dilayari pada 29 Ogos 2010. ms.wikipedia.org/wiki/Puteri_Gunung_Ledang dilayari pada 2 September 2010. www.dejohore.com dilayari pada 4 September 2010. www.google.com/images/zapin dilayari pada 12 September 2010. www.google.com/images/kudakepang dilayari pada 15 September 2010.

- 16 -

Você também pode gostar