Você está na página 1de 3

ANALISIS SOALAN NOVEL PMR 2002 2009 TAHUN 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009

9 2010 2011 SOALAN Tema dan persoalan (Novel Tg.1/2/3) Watak dan perwatakan (watak utama) (Novel Tg. 1/2/3) Nilai; kerjasama, bertanggungjawab, kegigihan (Novel Tg.1/2/3) Latar; masa, tempat dan masyarakat (Novel Tg.1/2/3) 3 perbandingan watak utama dan sampingan (Novel Tg.3) Pengajaran kita wajar tolong-menolong (Novel Tg.2 & 3) 3 latar tempat (Novel Tg. 3) 3 persoalan (Tg 1, 2 dan 3) HOTSPOT! Perwatakan Dan Latar Masyarakat (Tg 1, 2 dan 3)

Nota buat pelajar: Dalam bahagian ini, anda perlu memahami konteks dan pengisian novel yang ada pelajari sepanjang 3 tahun pengajian anda. Analisis menunjukkan hanya tiga jenis soalan novel yang keluar dalam peperiksaan PMR bahasa Malaysia kertas 2. Tiga jenis soalan ini ialah : 1. 2. 3. Tema, nilai, persoalan dan pengajaran. Latar masa, tempat dan masyarakat. Watak dan perwatakan novel (utama dan sampingan)

KLIMAKS DALAM NOVEL KOMSAS TINGKATAN SATU Oleh Ghazali Lateh Dalam kajian novel, aspek binaan plot merupakan satu perkara penting. Binaan plot merujuk kepada jalan cerita yang disampaikan oleh pengarang meliputi bahagian permulaan, perkembangan, klimaks, dan peleraian. Klimaks ialah kemuncak cerita yang menjadi titik paling tinggi dalam konflik watak utamanya. Sesebuah karya pasti memiliki titik klimaks ini kerana tanpa klimaks cerita akan mendatar dan tiada daya tarikan. Dalam menentukan klimaks dalam novel Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan 1, terdapat pelbagai pandangan berdasarkan buku-buku ulasan dan rujukan yang ditulis oleh beberapa orang penulis. Pandanganpandangan ini ada kalanya berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini akan mengelirukan murid yang merujuki buku-buku berkenaan. Novel-novel yang digunakan sebagai bahan bacaan komponen sastera tingkatan satu termasuklah Meniti Kaca, Anak Din Biola, Aku Anak Timur, dan Limpahan Darah di Sungai Semur. Bagi tingkatan dua pula novel-novel yang dikaji ialah Pahlawan Pasir Salak, Timulak Kapal Perang, Kapten Hassan Wira Bangsa, dan Tragedi Empat Disember. Manakala novel-novel tingkatan tiga pula Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, Panas Salju, Ekspedisi, dan Merdeka! Merdeka! Untuk memudahkan murid mengenal pasti klimaks yang terdapat dalam novel-novel kajian, beberapa perkara hendaklah diberikan perhatian. Perkara-perkara tersebut termasuklah; i. Klimaks ada kaitan dengan tema dan persoalan novel. ii. Klimaks biasanya melibatkan watak utama.

iii.Klimaks membawa perubahan kepada diri watak. iv.Klimaks menyelesaikan konflik watak utama dengan watak-watak lain. Dalam hubungan ini, terdapat buku-buku ulasan dan rujukan yang tersalah memilih klimaks dalam kajian mereka. Sebagai contoh, dalam novel Anak Din Biola, peristiwa yang dianggap klimaks ialah peristiwa penangkapan Pak Mat Tukang Masak di rumah pangsa kawannya. Pemilihan peristiwa tersebut sebagai klimaks adalah tidak tepat. Walaupun peristiwa itu dianggap penting, namun tidak menyentuh perjuangan sebenarnya watak utamanya iaitu untuk memenangi Bintang Biola Remaja Kotaraya. Peristiwa tersebut juga tidak ada kaitan dengan tema novel. Oleh itu klimaks yang lebih tepat ialah pengumuman Budiman sebagai juara Bintang Biola Remaja. Hal ini demikian kerana sepanjang perkembangan plotnya, fokus utama cerita ialah usaha Budiman untuk belajar bermain biola dan memenuhi wasiat bapanya. Jadi apabila Budiman diumumkan sebagai juara, maka terjawablah segala konflik yang diwujudkan sejak awal cerita. Perkara ini dapat diringkaskan seperti yang berikut; Tema Watak utama Konflik Klimaks Penyelesaian konflik Kegigihan seorang remaja melaksanakan amanat arwah bapanya supaya dia berjaya dalam bidang muzik Budiman Memenuhi wasiat arwah bapa. Budiman berjaya menjadi juara Bintang Biola Remaja Kotaraya. Budiman telah berjaya memenuhi impian arwah bapanya.

Bagi novel Aku Anak Timur, klimaksnya agak mudah dikesan. Peristiwa yang dialami oleh watak utama iaitu Zarina di rumah rakan Niek amat nyata melibatkan kriteria-kriteria penentuan klimaks. Peristiwa tersebut membawa perubahan pada diri Zarina. Tambahan pula peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang paling penting dan mudah dikesan oleh pembaca. Jadi, tidak ada masalah bagi pelajar menentukan klimaksnya. Tema Watak utama Klimaks Penyelesaian konflik Pertembungan budaya barat dan timur yang menimbulkan pelbagai masalah dan kesan serta perlu ditangani dengan tegas dan berhemah Zarina. Sering ditegur oleh ibu bapa dan dikawal pergaulan dengan rakan-rakan yang berketurunan barat. Zarina melarikan diri dari rumah rakan Niek setelah dia cuba dipeluk ketika lampu terpadam. Zarina insaf dan sedar akan kebenaran nasihat ibu bapanya.

Dalam novel Meniti Kaca, klimaks yang sering diketengahkan dalam buku-buku rujukan ialah peristiwa kematian Mahyun, iaitu ibu Nazar ketika hujan lebat. Namun begitu, peristiwa ini tidak boleh dianggap sebagai klimaks kerana tidak melibatkan watak utama. Peristiwa ini memang penting tetapi tidak dianggap berperanan sebagai klimaks, kerana peristiwa itu hanya salah satu cabaran atau konflik besar bagi watak utama. Jadi klimaks cerita ini adalah apabila Nazar berjaya masuk ke sekolah asrama penuh setelah melalui pelbagai cabaran. Perkara ini bertepatan dengan tema iaitu ketabahan dan kesabaran Nazar menghadapi cabaran. Tema Watak utama Konflik Klimaks Penyelesaian konflik Ketabahan dan kesabaran seorang remaja menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Nazar Terpaksa menghadapi cabaran akibat ibu mengalami penyakit jiwa. Nazar berjaya memasuki sekolah berasrama penuh untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor. Nazar berjaya memenuhi cita-cita yang diimpikan walaupun ibu dan bapanya telah meninggal dunia.

Novel Limpahan Darah di Sungai Semur pula mengetengahkan tema keberanian Jamaludin Mohamed berhadapan dengan pihak musuh demi mempertahankan kedaulatan tanah air. Oleh itu kemuncak cerita ini mestilah berkaitan watak utamanya. Dalam novel ini, peristiwa yang menjadi klimaks agak jelas dan mudah dikesan. Hal ini demikian kerana dalam novel bercorak perjuangan, episod peperangan yang terakhir dan membawa kejayaan akan menjadi klimaksnya. Tema Watak utama Konflik Klimaks Penyelesaian konflik Keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis. Jamaludin Mohamed Terpaksa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis. Jamaludin ditangkap dalam pertempuran di Sungai Semur tetapi dibebaskan kemudiannya. Jamaludin berjaya memenuhi impiannya menjadi seorang anggota tentera

Oleh yang demikian, murid-murid harus berhati-hati dalam membuat rujukan. Fakta-fakta yang terdapat dalam buku-buku ulasan hendaklah dibandingkan dengan teliti. Murid-murid juga perlu berbincang dengan guru-guru untuk mengenal pasti fakta-fakta yang betul untuk dpelajari. Kekeliruan atau fakta yang tidak tepat akan meninggalkan kesan yang tidak baik terhadap murid, terutama apabila mereka menjawab kertas peperiksaan.

Você também pode gostar