Você está na página 1de 3

MENGENALI PERBEZAAN BAHASA LELAKI DENGAN WANITA DALAM MEMBINA PERSEFAHAMAN DAN KERJASAMA

Oleh DALILA BT. SHARINGAT KETUA JABATAN PROGRAM LATIHAN PENGAJAR KEBANGSAAN (NITP) CIAST Shah Alam. 22 NOV. 2006

Fenomena pekerjaan di Negara kita memberi peluang yang sama rata tidak kira lelaki mahupun wanita di dalam kebanyakan bidang. Oleh itu, membina kemahiran berkomunikasi di kalangan kakitangan lelaki dan wanita bagi tujuan menjalin persefahaman dan kerjasama antara kedua-dua pihak haruslah dititikberatkan ke arah perkhidmatan yang berkualiti.

Bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni di kalangan pekerja lelaki dan wanita, kedua-duanya perlu memahami ciri-ciri tingkah laku dan bahasa jantina yang berbeza antara satu sama lain. Jika dilihat pada ciri-ciri tingkah laku dan bahasa wanita, terdapat kajian yang menyatakan wanita lebih submisif, iaitu mudah mengalah, lebih mudah terkesan oleh tekanan-tekanan sosial, dan lebih responsif kepada keperluankeperluan orang lain. Wanita juga lebih mengambil berat pada pendapat orang lain, lebih menyumbang kepada kelancaran perbualan dan wanita memberi lebih banyak maklumbalas positif kepada orang lain yang sedang bercakap.

Manakala di pihak lelaki pula, mereka lebih banyak memulakan interaksi dan mereka juga lebih banyak mencelah orang lain dan juga lebih banyak tidak peduli kepada kata-kata orang lain berbanding wanita.

Wanita juga apabila berkata-kata lazimnya akan menggunakan lebih banyak perkataan, menggunakan kata penekan maksud seperti amat, terlalu, sangat dan juga lebih banyak bertanya dan lebih banyak menggunakan soalan ekor, seperti Cantik tak?. Penggunaan perkataan emosi juga seringkali digunakan oleh wanita berbanding lelaki. Lelaki pula seringkali membuat kesilapan nahu, bahasa slanga dan juga lebih banyak menggunakan gaya bahasa agresif berbanding wanita yang lebih suka menggunakan bahasa lembut.

Walaubagaimanapun, sebenarnya lelaki dan wanita sama banyak bercakap tentang perasaan mereka. Kajian mendapati apabila lelaki bercakap dengan lelaki,

mereka kurang menggunakan kata-kata emosi berbanding apabila lelaki bercakap dengan wanita. Manakala bagi wanita, bilangan perkataan emosi yang digunakan

adalah sama banyaknya sama ada mereka bercakap dengan lelaki mahupun wanita. Bagi penggunaan kata pelapik seperti mungkin juga digunakan sama banyak sama ada ketika lelaki bercakap dengan lelaki mahupun ketika lelaki bercakap dengan wanita.

Terdapat teori yang menyatakan bahasa lelaki menunjukkan kuasa yang mereka miliki dan dominasi ke atas wanita. Gaya bahasa lelaki melambangkan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan maklumat yang betul. Disebabkan itu, perbualan di antara sesama lelaki akan lebih kepada cuba memperlihatkan status masing-masing dan ini juga merupakan cubaan agar mereka tidak dilihat sebagai orang kecil yang tidak penting.

Manakala bagi perempuan pula, mereka berbual untuk menjalin hubungan. Oleh itu, bahasa yang digunakan bersesuaian dengan tujuan mereka di mana mereka lebih suka menunjukkan mereka ada banyak persaman dengan orang lain dan mempunyai pengalaman yang serupa.

Perbezaan-perbezaan inilah yang menimbulkan banyak masalah salah faham antara lelaki dan wanita contohnya lelaki dan wanita tidak suka percakapan mereka dicelah tetapi terdapat perbezaan perbuatan mencelah yang tidak disukai oleh mereka. Sebenarnya ada banyak lagi perbezaan tingkah laku dan bahasa lelaki dan wanita. Hakikatnya kaum adam dan hawa sememangnya dilahirkan dengan gaya bahasa dan tingkah laku tersendiri yang mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Walaubagaimanapun, bagi mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni untuk menjamin output yang berkualiti perbezaan-perbezaan ini harus difahami. Satu

kemestian yang tentu adalah penerapan budi bahasa dan tingkah laku yang baik sebagai agenda setiap individu/kakitangan dalam membina organisasi yang cemerlang selaras dengan kempen kerajaan untuk menjadikan BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

Rujukan: Buku-Buku Berkaitan Komunikasi

Você também pode gostar