Você está na página 1de 26

BAB 3

REKABENTUK ELEKTRIK

3.0

AM

Bab ini akan menerangkan prinsip-prinsip asas rekabentuk elektrik dan lebih ditumpukan kepada pemasangan voltan rendah.

Langkah langkah yang biasa digunakan dalam proses reakbentuk elektrik ialah :

a)

Penentuan kedudukan lampu-lampu, kipas-kipas, mata kuasa dan alat-alat yang digunakan oleh pengguna.

27

b) c) d) e) f) g)

Pengiraan jumlah beban tersambung (TCL) dan Beban Kehendak Maksima (MD) Penentuan lokasi Papan Agihan Fius (DFB/DB), Papan Suis Kecil (PSK/SSB), Papan Suis Utama (PSU/MSB) dan Pencawang. Pemilihan jenis kabel dan saiz-saiznya untuk setipa bahagian pemasangan. Perlindungan dari litar pintas, lebihan beban, rosak ke bumi, bocor ke bumi, dan panahan kilat. Menyediakan lukisan-lukisan elektrik (rajah skema dan rajah susun atur.) Menyediakan anggaran kos projek.

3.1

ANGGARAN BEBAN

Perkara utama sebelum rekabentuk pemasangan elektrik dibuat ialah membuat anggaran beban terlebih dahulu. Beban secara amnya terdiri darip beban resistif dan induktif.

Diantara beban-beban biasa yang digunakan di dalam mana-mana bangunan ialah :

Lampu-lampu Kipas angis/kipas pelawas Soket alir keluar 13A dan 15A Alat hawa dingin Moto elektrik Pengasing (isolator) Mesin-mesin elektrik Lain-lain peralatan

28

Anggaran ini adalah merupakan jumlah beban tersambung (TCL) sahaja. kerja-kerja rekabentuk sesuatu pemasangan elektrik.

Jadual

dibawah adalah anggaran beban untuk perbagai peralatan elektrik yang boleh di gunakan untuk

Beban Loceng elektrik Jam elektrik Mata lampu (watt lampu belum ditentukan) 18W fluorescent 36W fluorescent 60W tungsten 100W ftungsten Lampu kecemasan Kipas siling/dinding Mata kipas siling Soket alir keluar 13A (domestik) Soket alir keluar 13A (industri) Soket alir keluar 15A Mata alat pendingin udara Isolator 30A Isolator 60A Sistem pam air Sistem gas CO2 Pemanas air Unit pemasak

Anggaran kuasa (Watt) Abaikan Abaikan 10 25 50 60 100 20 90 100 250 300 500 1.2 kW (1.5kk), 1.5 kW (2kk) 2.3 kW (3kk) 3.7 kW (5kk) 3 kW 1 kW 3kW 7.5 kW

Untuk beban-beban tertentu seperti lampu berkuasa besar, motor, mesin, alat hawa dingin pusat, dan beban-beban besar yang lain anggarannya seperti yang tersebut di atas tidak boleh digunakan. Alat-alat tersebut hendaklah diketahui kuasa wattnya terlebih dahulu. Selain dari itu faktor kuasa suatu beban induktif hendaklah diambil kira. Kecekapan beban seperti motor elektrik pun perlu diambil kira juga.

29

Semua lampu nyahcas (discharge) hendaklah didarabkan wattnya dengan 1.8 untuk mengambil kira faktor kuasa lampu, kehilangan di dalam cok atau ballast dan kesan harmonik.

3.2

JUMLAH BEBAN TERSAMBUNG (TCL), FAKTOR KEPELBAGAIAN (DF) DAN BEBAN KEHENDAK MAKSIMA.

3.2.1

JUMLAH BEBAN TERSAMBUNG

Jumlah beban tersambung (TCL) ialah jumlah beban anggaran (KW) dengan andaian kesemua beban-beban elektrik di dalam sesuatu pemasangan digunakan secara maksima dan serentak. Namun begitu penggunaan beban secara maksima dan serentak sangatlah jarang berlaku kecuali beberapa pemasangan tertentu sahaja. Contohnya sebuah bangunan mempunyai 30 bilangan soket alir keluar 13A. Bukan kesemua soket tadi dibebankan dengan 250W dan jarang sekali kesemua soket tadi digunakan secara serentak pada satu-satu masa.

3.2.2

BEBAN KEHENDAK MAKSIMA (MD)

Beban kehendak maksima (MD) pula ialah beban maksima (KW) yang diperlukan oleh sesuatu pemasangan tanpa mengira bila ianya akan berlaku. Pemasangan akan mengalami beban tertinggi ketika itu. Beban maksima mestilah kurang ataupun sama dengan jumlah beban tersambung.

30

3.2.3

FAKTOR KEPELBAGAIAN

Perbezaan atau nisbah antara beban maksima ini kepada jumlah beban tersambung dipanggil Faktor Kepelbagaian (DF). Oleh itu Kehendak Maksima (MD) bersamaan dengan Jumlah Beban Tersambung (JBT) atau Total Connected Load (TCL) didarab dengan Faktor Kepelbagaian.

MD = TCL x DF

Faktor Kepelbagaian (DF) paling tinggi adalah 1, tetapi selalunya kurang dari 1. setiap bangunan digunakan dengan keperluan MD yang tertentu dan berbeza antara satu bangunan dengan bangunan yang lain. Oleh itu DF bergantung kepada bagaimana kuasa elektrik digunakan di dalam sesuatu bangunan itu.

Beban kehendak maksima perlu diperolehi bagi membolehkan kita menentukan saiz pemutus litar utama dan kabel serta alat-alat yang berkaitan. Nilai beban kehendak maksima ini juga perlu diberitahu kepada pihak pemegang lesen (TNB) untuk menentukan saiz kabel masuknya serta keupayaan alatubah yang perlu dipasang.

Dalam usaha untuk menentukan beban kehendak maksima bagi sesuatu bangunan baru, nisbah bagi Faktor Kepelbagaian mestilah ditentukan setepat mungkin supaya sistem yang direka itu kelak tidak overdesingned dan jauh sekali underdesingned. Untuk satu-satu bangunan yang standard seperti rumah kediaman, rumah kedai, nilai Df boleh dirujuk kepada jadual di dalam peraturan IEE.

31

Namun begitu nilai Df yang disebutkan di atas adalah sebagai panduan sahaja. Tiada siapa yang dapat memberikan dengan tepat nilai Df sesuatu pemasangan semasa didalam peringkat rekabentuk. Jurutera yang lebih berpengalaman dalam rekabentuk elektrik akan dapat memberikan nilai Df yang lebih baik.

Setelah beban kehendak maksima diperolehi ia hendaklah ditambah 10 15% lagi bagi menampung pertambahan beban akan datang.

Standard JKR untuk factor kepelbagaian ( D.F ) adalah seperti berikut :-

Lampu Kipas S/S/O Alat hawa dingin

0.85 0.85 0.25 0.4 1

Contoh bagi jadual beban-beban elektrik tersambung dan pengiraan bagi arus maksima dan beban maksima bagi sistem 3 fasa dan 1fasa terdapat pada bahagian lampiran mukasurat 222.

3.3

PROSIDUR DAN KRITERIA REKABENTUK

Sesuatu rekabentuk yang baik perlulah merangkumi aspek-aspek keselamatan dan keselesaan kepada pengguna, praktikal, kos efektif, mempunyai nilai estetik, berkesan dan

32

mengikut peraturan-peraturan semasa. Aspek teknikal senggara dan kos senggara juga perlu diambil kira.

Antara peraturan-peraturan yang berkuatkuasa adalah :-

Akta Bekalan Elektrik 1990 Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 Peraturan IEE Factories and Machinery Act 1967 British Codes of Practice/Malaysian Codes of Practice British Standard/Malaysian Standard Illumination Engineering Siceity (IES) UK Codes of Practice

3.4

PENENTUAN KEDUDUKAN LAMPU DAN MATA KUASA

3.4.1

KEDUDUKAN LAMPU

Dengan menggunakan lumen method kita boleh membuat kiraan bagi mendapatkan bilangan lampu-lampu yang diperlukan untuk sesuatu bangunan. Bilangan lampu-lampu ini adalah bergantung kepada jenis-jenis lampu yang akan digunakan dan juga paras pencahayaan yang diperlukan. Dari rule of thumb jika ketinggian siling adalah 9 kaki, maka lampu 2 x 36W akan dipasang pada jarak 8 kaki antara baris dan 6 kaki di dalam barisan yang sama.

33

Paras pencahayaan adalah berdasarkan pada IES ( Illumination Engineering of Soceity Uk Codes Of Practices ) dan boleh dikurangkan sebanyak 20% sehingga 50% bagi kegunaan di Malaysia.

Apabila bilangan lampu-lampu dan jenis-jenis lampu telah dikira dan ditetapkan, kita perlu menyusun atur lampu-lampu tersebut untuk menyesuiakan dengan layout lantai. Jenis siling perlu diketahui dalam menentukan kedudukan lampu-lampu dan kipas-kipas. Pemasangan kipas yang berhampiran dengan beam atau alat grill hawa dingin umpamanya tidaklah bijak. Suis-suis lampu pula sebaik-baiknya dipasang pada tempat yang senang dicapai dan tidak terlindung dari pandangan.

3.4.2

KEDUDUKAN MATA KUASA

Mata kuasa yang banyak digunakan ialah mata kuasa suis alur keluar 13A. Terdapat mata kuasa untuk tujuan khas umpamanya 15A, 20A dan 30A. Bagi maksud mata kuasa khas, senarai alat-alat dengan kuasa-kuasanya sekali haruslah diperolehi dari pengguna.

Peraturan IEE mengenai mata kuasa mestilah diambil kira seperti satu fasa sahaja digunakan di dalam bilik. Jika tidak boleh dipastikan jarak diantara dua soket berlainan fasa itu sekurangnya 2 meter. Soket harus dipasang sekurang-kurangnya 2 meter dari pili air, dapur dan lain-lain. Soket tidak dibenarkan dipasang di dalam bilik mandi yang mengandungi shower atau bath kecuali untuk shaver unit.

Untuk bilik computer serta bilik-bilik makmal lain dimana soket diperlukan dengan bilangan yang banyak, satu DB khas hendaklah disediakan untuk mengawalnya. Untuk bilik

34

computer penggunaan RCCB 30mA mungkin menimbulkan masalah disebabkan computer mempunyai kadar kebocoran ke bumi yang tinggi.

3.5

LOKASI PAPAN SUIS UTAMA (PSU), PAPAN SUIS KECIL (PSK), DAN PAPAN AGIHAN (DB)

Peringkat agihan bekalan 415V terbahagi kepada berikut:

Bekalan dari TNB atau alatuabah

Papan suis utama

Papan suis kecil

Papan agihan

35

Ke beban beban melalui alat kawalan,perlindungan dan suis.

Setelah beban-beban kehendak maksima dikira bagi satu-satu bahagian bangunan, kita boleh mengira beban kehendak maksimabagi keseluruhan bangunan. Dengan maklumat ini bolehlah kita menetukan tempat yang paling sesuai menempatkan PSU. Perkara paling mustahak yang perlu diambil kira ialah arah mana bekalan TNB masuk ke dalam bangunan tersebut, jaraknya dengan beban besar, tidak dibawah atau disebelah bilik air, mudah akses dan sebagainya.

Namun begitu perbincangan dengan pihak arkitek amatlah perlu untuk menentukan kedududkan sebenar PSU serta saiznya. DB selalunya bersaiz kecil dan tidak memerlukan bilik khas, ia akan dipasang pada permukaan dinding bilik atau ruang yang sesuai.

3.6

REKABENTUK PSU DAN PSK

PSU dan PSK hendaklah direkabentuk berdasarkan kadaran pemutus litar utama, bilangan pemutus litar agihan, bustie, suis tukar alih ( Change over contactor ), kapasitor bank, pengecas bateri, ruang alat tukang dan sebagainya.

Jenis-jenis PSU adalah terdiri daripada :-

36

Tiada compartment Sebahagian sahaja compartment (untuk ACB dan matering) Sepenuhnya berkompartment

Jenis-jenis tersebut menentukan tahap keselamatan dari segi percikan api arus kerosakan. Harganya juga bergantung kepada jenis-jenis tersebut.

3.7

PEMILIHAN KABEL

Jenis kabel dan saiz kabel sangantlah mustahak untuk memastikan kelancaran bekalan elektrik.

3.7.1

JENIS-JENIS KABEL VOLTAN RENDAH

Kabel PVC Kabel PVC/PVC (PVC insulated PVC sheated) Kabel PVC/SWA/PVC (PVC Armoured) PILC (paper insulated lead covered) PILCDSTAS (paper insulated lead covered double steel tape and serving) XLPE (cross link polyethelene) XLPE/SWA/PVC MICC (mineral insulated copper cable) FRC (fire rated cable)

37

Kabel-kabel di atas terdapat dalam bentuk satu teras, dua teras, tiga teras dan berbilang teras mengikut jenis kabel, kadaran voltan dan penggunaannya. selalunya dalam bentuk satu teras. mengandungi 4 teras. Kabel dua teras 16mm
2

selalunya digunakan untuk lampu jalan atau lampu kawasan bekalan satu fasa. Kabel MICC Kabel untuk bekalan 3 fasa voltan rendah selalunya

3.7.2

JENIS-JENIS PENGALIR

A. B.

Stranded copper (majority digunakan) Stranded aluminium (semakin popular kerana harga tembaga mahal.)

3.7.3

JENIS-JENIS PENDAWAIAN

A.)

Pendawaian permukaan

Kabel PVC/PVC dilarikan di atas hard wood baten, sesuai untuk rumah kayu.

B.)

Pembuluh / Sesalur

Kabel PVC digunakan.

Pembuluh dan sesalur digunakan untuk memberikan

perlindungan mekanikal. Pembuluh dan sesalur terdapat dalam 2 jenis iaitu galvanized

38

iron (G.I) dan PVC. Ia sesuai untuk semua jenis permukaan tetapi kurang sesuai dari segi astetik (kecantikan).

C.)

Pendawaian Terbenam

Kabel PVC digunakan kecuali bahagian bumbung perlu digunakan pembuluh. Ia hanya sesuai untuk bangunan-bangunan batu atau konkrik berplaster simen. Kaedah ini amat baik kerana kemas dan selamat sebab kabel terlindung di dalam dinding batu.

D.)

Dulang (Tray)

Kabel pelbagai jenis sesuia digunakan dan hanya tempat terlindung dari bahaya kerosakan mekanikal dibenarkan untuk pendawaian jenis ini. Dulang tidak mempunyi penutup dan ia hanya memberi sokongan kepada kabel dan bukan melindungi kabel.

E.)

Riser

Untuk kegunaan tinggi penyaluran kuasa ke tingkat-tingkat atas adalah menggunakan riser dan bukannya kabel jenis biasa. Riser selalunya berbentuk kekotak dan di dalamnya terdapat basbar. Disetiap tingkat akan terdapat unit penyambungan serta tap off unit untuk sambungan ke DB di setiap tingkat bangunan. Kadang-kadang terdapat lebih daripada satu riser di dalam sesuatu bangunan. Adalah lebih baik jika riser untuk lampu dan alat AHU diasingkan untuk memudahkan kerja-kerja senggaraan.

F.)

Bus duct

Bus duct adalah lebih kurang sama fungsinya dengan riser, cuma secara lazimnya ia dipasang secara mendatar. Berbanding dengan menggunakan kabel biasa, penggunaan bust duct akan menjimatkan ruang, nampak lebih kemas dan mudah

39

memasangnya. Bus duct amat sesuai digunakan di kilang-kilang dimana mesen-mesen akan mendapat bekalan yang disambung dari overhead bus duct

3.7.4

SAIZ KABEL

Saiz kabel hendaklah mampu membawa arus yang perlu mengalir di dalamnya dengan selamat tampa memudaratkan kabel. Keupayaan membawa arus untuk kabel hendaklah lebih besar dari kadaran arus pemutus litar yang mengawalnya.

Keupayaan kabel membawa arus juga dipengaruhi oleh factor-faktor pembetulan (correction faktor) berikut :-

Ib

In Ct x Ci x Cf x C8

Dimana

Ib

= arus rekabentuk Faktor suhu Faktor penebat haba Faktor fius Faktor kumpulan

Ct = Ci = Cf = Cg =

In = Kadaran arus alat perlindungan

Jika fius semu enclosed digunakan faktor fius Cf ialah 0.725 dan bagi fius-fius lain faktornya adalah 1.

40

Disamping itu untuk kabel masuk utama pertambahan beban akan datang hendaklah diambil kira supaya beban boleh ditambah pada masa akan datang tanpa menukar kabel masukan yang baru. Tambahan 20% bolehlah diambil kira untuk tambahan beban akan datang.

3.7.5

KABEL LITAR AKHIR

Untuk kabel litar akhir perkara-perkara yang di atas tidak diambil kira untuk tujuan keseragaman tetapi bilangan beban dan kuasanya adalah dihadkan.

Contohnya untuk litar lampu biasanya tidak melebihi 1000 watt atau 10 poin lampu biasa, kadaran fius 5A, saiz kabel 1.5mm digunakan manakala litar soket alir keluar 13A, fius 30A, sambungan gelang kabel 2.5mm digunakan. Jadual dibawah dirujuk.
2 2

LITAR Lampu dan Kipas Litar gelang (soket) Radial Radial

FIUS/MCB 5A/6A 30A/32A 30A/32A 20A

KABEL 1.5mm2 2.5mm2 4.0mm2 2.5mm2

LUAS LANTAI 100m2 50m2 20m2

Dalam keadaan di atas bilangan soket tidak dihadkan, namun aspek mudah menjalankan senggaraan dan bilangan soket yang terlibat apabila satu litar mengalami kerosakan hendaklah diambil kira untuk meminimakan kesan kerosakan kepada pengguna.

41

Hanya dua jeis kabel sahaja digunakan untuk litar-litar akhir iaitu PVC atau PVC/PVC atau disebut Single PVC atau Double PVC.

3.7.6

SAIZ KABEL PERLINDUNGAN ATAU KONDUKTOR BUMI

Saiz kabel perlindungan iaitu kabel PVC hijau hendaklah mengikut peraturan IEE seperti berikut:-

Saiz Kabel Fasa (S) mm2 Kurang dari 16mm2 Antara 16mm2 hingga 35mm2 Melebihi 35mm
2

Saiz Kabel Perlindungan

S 16mm2 Separuh dari S Lebih dari 70mm2 pita tembaga berukuran 3mm x 25mm digunakan

3.8

PAPAN AGIHAN (DB)

DB adalah papan terakhir sebelum bekalan disalurkan kepada beban. Terdapat DB satu fasa dan tiga fasa. Ada DB yang diperbuat daripada kayu,plastic dan logam. Jenis kayu dudah kurang digunakan. Jenis logam paling baik sebab ia kukuh dan tahan lama. Jika

42

bilangan lampu dan soket adalah banyak DB boleh diasingkan untuk lampu sahaja dan untuk soket sahaja bagi memudahkan kerja-kerja senggaraan.

Antara kompenen-kompenen yang terdapat dalam DB adalah seperti berikut: Kabel masuk Pengasing (isolator) Suis utama berfius / MCB dua kutub RCCB (satu atau tiga fasa) Palang bus hidup Fius / MCB Terminal neutral Terminal bumi Lampu penunjuk (jika perlu)

Bilangan hala (ways) adalah diantara 4 hala hingga 18 hala (1 atau 3 fasa).

Hala

simpanan sebanyak 20% hendaklah disimpan atau disediakan untuk litar lampu dan litar soket kecuali DB lampu. dan soket adalah berasingan. Jika Db lebih daripada satu, penomboran (numbering) hendaklah dibuat berdasarkan tingkat, kawasan atau bangunan, DB lampu atau DB soket. Pengenalan ini amat penting untuk kerja pemasangan dan senggaraan. Susunan litar dan jenis serta bilangan beban hendaklah dilabel khas dan ditampal dibahagian dalam penutup DB.

3.9

PERLINDUNGAN

Setelah beban maksima ditentukan dan kabel-kabel dari PSU ke PSK atau PSK ke DB juga ditentukan, boelhlah ditentukan pula kadaran arus perlindungannya. Apa yang penting

43

kadaran arus alat perlindungan hendaklah lebih kecil dari keupayaan membawa arus kabel yang dilindunginya.

Alat perlindungan arus lebih dan beban lebih yang biasa digunakan adalah fius, MCB (miniature circuit breaker), MCCB (moulded case circuit breaker) dan ACB (air circuit breaker). Elemen fius akan lebur dan memutuskan litar manakala MCB, MCCB, dan ACB akan terpelantik untuk memutuskan litar.

Kadaran arus pemutus litar yang dipilih mestilah mempunyai keupayaan tidak kurang dari arus beban. Fius banyak digunakan di dalam papan agihan fius (DFB). Fius-fius adalah sebagai alat perlindungan litar akhir. Namun begitu penggunaan fius telah digantikan dengan MCB. MCM menggunakan prinsip magnetic untuk operasinya berbanding fius yang menggunakan prinsip haba. Factor ekonomi, senggaraan dan KA rating menentukan pemilihan antara fius dengan MCB, MCCB atau ACB.

Fius terdiri dari 3 jenis iaitu fius dawai (rewirable), fius catridge dan fius HCB/HRC (high breaking capacity / high rupcturing capacity). Setiap fius mempunyi factor fius yang berbeza.

Faktor Fius = Arus manima yang akan meleburkan fius Arus kadaran fius

JENIS FIUS Fius Dawai Catrij HBC/HRC

FAKTOR FIUS 2 1.5 1.25

44

Kelemahan fius adalah:-

Elemen fius mudah sebati dengan oksigen untuk menjadi oksid Tidak berupaya untuk membezakan diantara denyutan arus tinggi (high impulse current) dengan arus rosak yang berterusan.

Tidak boleh digunakan lagi selepas elemen fius itu lebur.

Kebaikan fius pula adalah harganya secara perbandingan adalah murah dan mempunyai keupayaan kA yang tinggi.

Kelebihan MCB atau MCCB

Semasa kerosakan semua pemutus litar akan diasingkan serentak. Boleh di on kan semula selepas kerosakan litar telah diperbaiki. Boleh dikawal dari jauh melalui butang tekan (undervoltage release / shunt trip coil).

Kadaran arus beban lebih MCCB yang dipasang dengan gelung shunt trip boleh diubah untuk disesuaikan dengan keadaan beban.

Litar yang rosak dapat dikenalpasti dengan mudah Tidak mudah ditukarganti dengan kadaran yang membahayakan oelh orang yang tidak berpengetahuan tentang elektrik.

Keburukannya adalah ia mahal dan kadaran kA nya adalah rendah.

Selain pemutus litar jenis alatubah arus, bilangan nisbah alatubah arus, jenis geganti dan tatahan arus geganti hendaklah ditentukan. Maklumat ini selalunya akan dimuatkan di dalam rajah skema.

45

Kadaran arus suis fius dalam pasaran untuk SPN (single pole and neutral) adalah 30A, 40A, 60A dan kadaran untuk TPN (three poles and neutral) adalah 30A, 40A, 60A dan 100A. kadaran arus MCB adalah 6A, 10A, 15A, 20A dan 32A. kadaran bagi arus MCCB pula adalah dari 30A hingga 2000A. kadaran arus bagi ACB adalah dari 600A hingga 6300A.

3.9.1

DISKRIMINASI

Diskriminasi bermaksud perlindungan yang akan mengasingkan bahagian litar yang mengalami kerosakan sahaja tanpa melibatkan bahagian-bahagian lain pemasangan. Oleh itu sistem perlindungan arus lebih, beban lebih dan arus bocor ke bumihendaklah mempunyai ciriciri tersebut supaya gangguan bekalan adalah paling minimum.

Diskriminasi boleh dilakukan terhadap arus dan juga masa ataupun kedua-duanya sekali. Oleh itu penggunaan geganti jenis lewat masa (IDMT) adalah perlu untuk pemasangan yang besar terutama yang terdapat papan suis utama dan papan suis kecil.

3.9.2

PERLINDUNGAN LITAR AKHIR

Rekabentuk litar akhir mestilah mengikut peraturan IEE, TNB dan JKR yang piawainya adalah seperti di bawah:-

46

FIUS (A) 5

SAIZ KABEL (MM2) 1.5

HAD KUASA 10 bilangan mata lampu dan kipas, TCL nya tidak melebihi 1000W

15

2.5

1 bilangan 13A suis alur keluar (s/s/k)

20 30 gelang

2.5 2.5

2 bilangan 13A s/s/k 10 bilangan 13A s/s/k di dalam kawasan 100m2

30 jejari 15

4.0 2.5

6 bilangan 13A s/s/k 1 bilangan unit pemasak tidak melebihi 3kW

30

4.0

1 bilangan unit pemasak tidak melebihi 8kW

15

4.0

bilangan

1.5kW

mata

pemanas air 15 4.0 1 bilanagan 1.5HP alat

penghawa dingin 30 6.0 1 bilangan 1.75 hingga 2.5HP alat penghawa dingin

3.9.3

PERLINDUNGAN LITAR SUBMAINS

Fius atau MCB digunakan juga juga untuk perlindungan bagi litar-litar submain. biasanya dipasang pada kabel masuk atau keluar PSU, PSK dan DB. papan suis tersebut.

Ia

Fius atau MCB

disambung secara siri dengan satu suis yang berfungsi sebagai membuka dan menutup pintu ke Kesimpulannya disamping melindungi litar oleh fius, kita boleh

47

mengasingkan litar-litar tersebut untuk tujuan penyelenggaraan. dimaksudkan ialah Suis Fius, Fius Suis dan MCCB.

Perkakas suis yang

Suis Fius mempunyai pengasing secara siri dengan fius yang boleh ditarik keluar. Ia datang dalam bentuk SPN (single pole and neutral) dan TPN (three poles and neutral).

Fius Suis pula fiusnya disatukan bersama dengan pengasing. Fius akan terpisah dari bahagian hidup (live) kija di off kan. Pergerakan fius ke dalam dan keluar apabila di on dan di off kan boleh dilihat denagn jelas. Kadaran yang terdapat ialah 100A, 150A, 300A 400A dan 600A.

SPN adalah untuk bekalan satu fasa dan TPN adalah untuk bekalan 3 fasa. Pada amnya bekalan tiga fasa diperlukan bagi beban melebihi 60A satu fasa.

3.9.4

PERLINDUNGAN ROSAK ATAU BOCOR KE BUMI

Pembumian yang baik dan berkesan diperlukan di dalam sesuatu pemasangan elektrik bagi menjamin keselamatan pengguna dari bahaya kejutan elektrik, kebakaran dan litar pintas yang melibatkan konduktor bumi atau bahagian-bahagian logam yang dibumikan.

Apabila litar pintas atau bocor ke bumi berlaku kita mahukan arus bocor tersebut mengalir ke bumi dengan segera supaya alat perlindungan dapat berfungsi dengan cepat untuk menghindarkan bahaya kejutan elektrik kepada pengguna. Oleh itu rintangan ke bumi mestilah serendah mungkin.

48

Fius juga boleh berperanan sebagai alat perlindungan bocor ke bumi seperti tersebut di dalam peraruran IEE. Ini disebut sebagai solid earthing.

Perlindungan bocor ke bumi boleh menggunakan fius jika arus kerosakan melebihi tiga kali ganda kadar arus yang mengawal litar itu (faktor fius melebihi 1.5) Keperluan galangan bagi beban 60A dikira seperti berikut:

Ohm

= =

240 V 3 x 60A 3.66

nilai 3.66 boleh diperolehi dengan mudah

Lazimnya untuk arus melebihi 150A, galangan bumi yang diperlukan ialah 0.53ohm. Nilai ini tidak mudah diperolehi. Apabila nilai galangan bumi yang diperlukan tidak boleh Untuk dicapai, pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus (RCCB) perlu digunakan.

pemasangan selain dari domestic Earth Leakage Relay atau Earth Fault Relay digunakan.

3.9.5

RCCB (RESIDUAL CURRENT CIRCUIT BREAKER)

RCCB mestilah dipasabg di dalam setiap DB mengikut peraturan IEE dan peraturan Elektrik 1994 untuk memberi perlindungan dari kejutan elektrik. 40A/43A (2P), 60A/63A (2P dan 4P), 100A (4P). Kadaran arus RCCB ialah

49

Kepekaan RCCB ialah 10mA untuk mesin permainan kanak-kanak, 30mA untuk litar soket alir keluar 13A, 100mA untuk DB satu fasa atau tiga fasa (lampu dan soket).

3.9.6

PERLINDUNGAN KILAT

Sistem perlindungan kilat perlu dipasang untuk bangunan yang melebihi 2 tingkat atau bangunan yang berada di tempat lapang atau di atas tanah yang tinggi. digunakan adalah British Standard Codes of Practices CP 326:1965. Standard yang

Antara komponen-konponennya adalah:-

Air termination (air final) Down conductor Joint and bonds Earth terminations Earth elektrods

3.10

PROSIDUR LUKISAN ELEKTRIK

Lukisan elektrik yang biasa diperlukan bagi sesuatu projek adalah:-

50

Pelan tapak dan pelan susunatur bangunan dimana ia akan menunjukkan laluan kabel, kedudukan lampu kawasan dan jalan.

Pelan susunatur elektrik yang mana menunjukkan kedudukan pelbagai peralatan elektrik, lampu, kipas angina, mata kuasa, PSU, PSK, DB dan sebagainya.

Lukisan Elevation and Roof Plan yang menunjukkan system perlindungan kilat. Rajah pendawaian skema dimana ia menunjukka agihan kuasa bagi keseluruhan projek seperti PSU, SSB, DB dan sebagainya.

3.10.1 SIMBOL PERALATAN ELEKTRIK

Simbol-simbol piawaian peralatan elektrik yang sedia ada perlulah digunakan sebagai satu keseragaman untuk memudahkan pelbagai pihak memahami sesuatu lukisan. bahagian sesebuah lukisan. Contoh simbol-simbol kelengkapan elektrik terdapat pada bahagian lampiran mukasurat 223 Namun begitu suatu ruangan yang menerangkan perincian setiap symbol hendaklah disertakan disatu

3.10.2 KETINGGIAN PERALATAN ELEKTRIK (ELECTRICAL FITTING)

Ketinggian minima untuk beberapa alat-alat elektri adalah seperti berikut:-

51

Peralatan Tergantung di siling Terlekat di siling Suis lampu Soket alir keluar (permukaan) Soket alir keluar (terbenam/sesalur) Papan agihan fius

Ketinggian 240 cm (8) 205 cm (6 9) 145 cm (4 9) 145 cm 30 cm (1) 205 cm

52

Você também pode gostar