Você está na página 1de 4

9. Aspek Kebersihan dan Keselamatan 9.

1 Aspek kebersihan Bagi memastikan kawasan prasekolah yang terdiri daripada tama permainan dan bangunan prasekolah, kami telah meminta bantuan pekerja-pekerja untuk

membersihkan kawasan prasekolah terutama taman permainan. Setiap sebulan sekali, tukang kebun akan menebas rumput dan membersihkan kawasan taman permainan supaya bersih dan kemas. Kami juga memastikan kawasan dalam bangunan sentiasa dibersihkan oleh Pembantu Pengurusan Murid dimana kawasan tandas, dapur dan ruang pengajaran dan pembelajaran sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur. Kami telah menyediakan sabun untuk mencuci tangan serta panduan untuk mencuci tangan dengan betul supaya murid prasekolah sentiasa menjaga kebersihan semasa keluar dan masuk dari tandas. Selain itu, penerapan supaya menjaga kebersihan tandas juga dititikberatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ruang dapur juga dipastikan supaya sentiasa dibersih sebelum dan selepas digunakan terutama di bahagian ruangan memasak. Selain itu, minyak untuk menggoreng atau juga dipastikan tidak tertumpah di lantai atau dibahagian meja. Ruang sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan ruangan yang terpenting dalam prasekolah kerana ruangan tersebut merupakan tempat untuk murid-murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan serta proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, lantai bagi ruang tersebut sentiasa disapu pada setiap hari. Selain itu, prasekolah ini juga turut menyediakan program kebersihan diri seperti menggosok gigi selepas makan serta terdapat pemeriksaan kuku ada setiap pagi bagi menerapkan kebersihan diri kepada murid-murid prasekolah. Disamping itu, terdapat lawatan dari Klinik Sekolah untuk memeriksa gigi murid-murid di prasekolah serta mengajar cara memberus gigi dengan betul.

9.2 Aspek Keselamatan Aspek keselamatan sengat penting kepada murid prasekolah kerana mampu membantu murid-murid prasekolah untuk menjalankan aktiviti dalam kelas dengan bebas dan rasa selesa serta dapat mengelakkan dari berlakunya kemalangan yang tidak diduga dalam kelas. Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Keselamatan bukan hanya tertumpu kepada murid-murid prasekolah tetapi juga turut tertumpu kepada soal harta benda, peralatan di dalam dan di luar bangunan serta semua yang berkaitan. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan plan bangunan di luar dan dalam beserta kertas kerja dan kemudiannya dihantar kepada Jabatan Pelajaran, pihak bomba, Jabatan Kerja Raya dan mana-mana pihak yang terlibat sebelum sesebuah bangunan tersebut diluluskan untuk dibina. Aspek keselamatan ini boleh terbahagi kepada beberapa aspek yang penting antaranya aspek bangunan, perabot dan peralatan, bahan bantu mengajar, bahan makanan, jalan raya dan lalu lintas, serta aspek emosi kanak-kanak. Dari aspek bangunan, kami telah memilih jubin yang separa kesat untuk diletakkan di bahagian bilik pembelajaran, bilik penyediaan makanan, bilik aktiviti khas, dan ruang pembelajaran terbuka. Manakala jubin kesat pula kami letak di garaj dan tandas kerana kawasan ini kerap terkena air. Disamping itu, kami juga turut menjaga punca kuasa mempunyai penutup bagi mengelakkan berlaku renjatan elektrik. Setiap punca kuasa juga ditempatkan di ketinggian yang tidak mudah untuk dicapai oleh kanak-kanak. Kedudukan untuk punca kuasa juga diletakkan ditempat yang tinggi bagi mengelakkan dari dicapai oleh muridmurid. Tingkap yang kami pilih juga terdiri daripada tingkap gelongsor bagi memudahkan perudaraan dan cahaya memasuki ruang bilik darjah dan di sekeliling

tingkap tersebut kami telah memasang grill bagi memastikan kawasan bilik darjah prasekolah sentiasa terjaga dari sebarang kecurian. Grill yang kami pilih adalah grill yang boleh dibuka dari dalam supaya sekiranya berlaku kecemasan grill ini boleh dibuka dan sekaligus dapat membantu pihak bomba dan penyelamat menyelamatkan kanak-kanak dengan lebih cepat. Kami juga telah memilih perabot dan peralatan yang sesuai dengan saiz kanakkanak, kukuh, tegap, stabil dan tidak tajam. Kesemua perabot yang kami pilih juga menepati standard dan keperluan murid supaya tidak menyekat pergerakan mereka semasa menggunakannya. Perabot yang kami pilih juga terdiri daripada warna-warna yang menarik untuk menarik minat murid-murid. Bahan bantu pula telah disimpan dan dilekatkan di tempat yang sesuai dan terdiri daripada bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan kanakkanak. Bahan basah dan bahan kering pula diasingkan kedudukannya untuk mengekalkan kualiti bahan bantu mengajar dan memudahkan pengurusan bahan tersebut. Kesemua bahan makanan disimpan di tempat yang betul di bilik penyediaan makanan. Bahan kering dan bahan basah diasingkan dimana bahan kering disimpan di dalam kabinet manakala bahan basah disimpan di dalam peti ais. Bahan kering dan bahan basah dibeli dalam tempoh yang berlainan. Bahan basah dibeli secara borong sebulan sekali manakala bahan basah dibeli seminggu sekali untuk menekalkan kesegaran.

Kami telah memilih bahan pengajaran yang sesuai dengan keperluan dan kehendak minat murid-murid bagi memastikan keselamatan emosi kanak-kanak di prasekolah kami. Kami turut mengaitkan pengajaran kami dengan isu-isu semasa yang tidak terlalu berat dan tidak sensitif. Kami tetap menitik beratkan aspek ini kerana tanpa emosi yang stabil, adalah mustahil untuk kanak-kanak itu belajar dengan selesa dan mudah. Bagi kawalan keselamatan juga kami telah menyediakan alat pemadam api sprinkler di syiling, pengesan asap dan haba serta pelan laluan kecemasan. Pada

selang satu masa pihak bomba dan penyelamat akan datang untuk memeriksa alat-alat berkenaan serta member ceramah dan latihan kebakaran kepada murid-murid.

Você também pode gostar