Você está na página 1de 1

LAWAN NAFSUMU !!!

Apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri? Jelas maksud menguasai diri ialah menundukkan nafsu jahat yang ada di dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sedangkan nafsu itu sebahagian daripada diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan diri kita. PRINSIP ASAS DALAM MELAWAN HAWA NAFSU (DARIPADA: IMAM AL-GHAZALI)
i) Menahan atau menyekat sumber kekuatannya. - berpuasa - menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain. ii) Membebankan nafsu itu dengan ibadah. - solat 5 waktu, solat sunat, qiamulail - membaca al-Quran, berzikir, sedekah dan lain2 iii) Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya. -pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya: Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini: Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu. - Antara doa melawan nafsu ialah: Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku.

PENGENALAN
Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia, demikian kata cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat jahat. Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Firman Allah: Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya. (Surah al-An am 6: 32)

3 TINGKATAN MANUSIA DALAM USAHA MEMERANGI HAWA NAFSUNYA: - Telah menyerah kalah - Sedang & sentiasa berperang - Orang yg telah menang

KISAH RAJA DAN PETANI


Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, siapa kamu? Petani yang soleh itu menjawab, aku seorang raja. Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, raja kerajaan mana? Petani menjawab, raja untuk kerajaan diriku. Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri? Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu

Você também pode gostar