Você está na página 1de 6

Projek Rumah Terbengkalai

Sesuatu projek perumahan telah terhenti aktiviti-aktiviti kerja di tapak projek selama enam (6) bulan atau lebih secara berterusan dalam atau luar tempoh Surat Perjanjian Jual dan Beli (S&P) pertama Petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 218 Akta Syarikat 1965 atau Undang-Undang yang berkaitan Projek perumahan yang dimajukan oleh syarikat pemaju perumahan telah digulung dan diletakkan dibawah Pegawai Penerima, Likuadator atau Jabatan Insovensi (JIM) Pemaju memaklumkan bahawa tidak berupaya untuk meneruskan kerja secara bertulis kepada Pengawal Perumahan Disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaras dengan Seksyen 11(1)(ca), Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 (Akta 118)

Faktor-faktor
Masalah aliran kewangan syarikat pemaju Masalah pertikaian antara tuan tanah dan pemaju Kajian pasaran tidak dilaksanakan dengan terperinci Masalah teknikal tapak Masalah penempatan setinggan Masalah dalaman syarikat

Kesan-kesan
1. Pembeli dibebani dengan hutang pinjaman sedangkan rumah tidak siap 2. Kerajaan negeri hilang hasil kutipan cukai tanah dan cukai pintu 3. Perumahan terbengkalai mendatangkan risiko kesihatan seperti pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi 4. Perumahan terbengkalai mendatangkan risiko keselamatan seperti sarang penagih dadah, sarang penjenayah serta binatang liar 5. Mencacatkan pemandangan 6. Pelabur, pemaju hartanah dan pembeli sendiri akan takut melabur dan membeli di negeri yang mempunyai banyak projek perumahan terbengkalai

Langkah-langkah
Memperketatkan prosedur pengeluaran lesen pemaju perumahan di mana keupayaan kewangan pemaju diutamakan Menguatkuasakan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan berkaitan. Pemaju yang terbukti melanggar Akta dan Peraturan diambil tindakan tegas melalui pendakwaan, kompaun dan senarai hitam pemaju perumahan dan pengarah-pengarah syarikat serta menahan permit iklan dan jualan dan membekukan pengeluaran Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) Pengawasan projek yang lebih rapi dibuat secara berterusan. Setiap pemaju dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan fizikal projek setiap enam (6) bulan sekali. Lawatan ke tapak kerja akan diadakan dari masa ke semasa Kawalan ke atas Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) dan penyata kewangan beraudit syarikat dipertingkatkan. Pemaju-pemaju yang gagal mengemukakan laporan penyata kewangan beraudit akan didakwa ke Mahkamah. Penguatkuasaan ke atas Akta/Peraturan Pemaju Perumahan diperketatkan

Jenis-jenis Pemulihan
1) Pemulihan Yang Dilaksanakan oleh Pemaju Asal 2) Pemulihan Dengan Bantuan Agensi Kerajaan 3) Pemulihan Oleh Pemaju Baru Yang Mengambil Alih Projek daripada Pemaju Asal Yang Mungkir 4) Pemulihan Yan Dilaksanakan oleh Pelikuidasi/Pelikuidasi Sementara atau Penerima dan Pengurus 5) Pemulihan Yang Dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bertindak Pembeli 6) Pemulihan Yang Dilaksanakan oleh Danaharta Nasional Berhad

http://ehome.kpkt.gov.my/ehome/ informasi/terbengkalai.cfm

Você também pode gostar