Você está na página 1de 15

PERLEMBAGAAN BADAN KELUARGA SK. GEMBUT PINDAAN 2009 Pengenalan Badan Keluarga SK.

Gembut berperanan bagi melakanakan program-program yang berkaitan dengan guru-guru dan kakitangan sekolah yang menjadi ahli. Di samping menjaga kebajikan AJK dan ahliahli di dalam Badan Keluarga berkuatkuasa 18 Januari 2012. PERKARA 1 : NAMA dan ALAMAT
a. Nama Kelab b. Alamat

: Badan Keluarga SK. Gembut Jalan Tanjung Sedili, 81910 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

: Sekolah Kebangsaan Gembut,

PERKARA 2: MATLAMAT Memupuk kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di SK. Gembut lebih kondusif dan produktif. PERKARA 3: TUJUAN 3.1 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan staf sokongan. 3.2 Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak-kehendak serta keperluan-keperluan guru-guru dan staf sokongan. 3.3 Untuk membolehkan guru-guru serta staf sokongan berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan. 3.4 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif. PERKARA 4: FUNGSI

4.1 Fungsi Badan Keluarga ini adalah untuk menjalankan aktiviti dan program bagi mencapai tujuan-tujuan badan yang dinyatakan dalam 3 perkara, seperti: 4.1.1 Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan staf sokongan serta menjaga kebajikan mereka. 4.1.2 Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan staf sokongan serta sekolah. 4.1.3 Membantu guru-guru dan staf yang ditimpa kemalangan semasa bertugas. 4.1.4 Menyelesaikan masalah guru-guru dan staf-staf sokongan semasa menjalankan tugas. 4.1.5 Membantu mengemas dan menceriakan bilik-bilik seperti bilik guru, bilik pekerja, bilik rehat guru dan staf serta kedai buku sekolah agar lebih bersih, tersusun dan ceria. PERKARA 5: KEAHLIAN 5.1 Guru-guru, kakitangan sekolah dan pengusaha kantin SK. Gembut adalah secara automatik menjadi ahli Badan Keluarga ini. 5.2 Guru Besar juga merupakan ahli Badan Keluarga SK. Gembut. 5.3 Guru-guru yang sedang menjalankan latihan mengajar dari manamana institusi selama 3 bulan atau lebih adalah juga menjadi ahli badan ini. PERKARA 6: AHLI JAWATANKUASA 6.1 Badan Keluarga hendaklah diurus oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Tinggi Badan Keluarga. Ahli Jawatankuasa

Tinggi Badan Keluarga hendaklah dilantik oleh ahli-ahli badan semasa mesyuarat tahunan. 6.2 Ahli Jawatankuasa Badan Keluarga hendaklah terdiri daripada mereka yang berkhidmat di SK. Gembut. 6.3 Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tinggi Badan Keluarga manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab juga layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi Badan Keluarga. 6.4 Pemilihan Ahli Jawatankuasa secara undian. 6.5 Ahli Jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat. 6.6 Ahli Jawatankuasa Badan Keluarga terdiri: 6.6.1 Pengerusi 6.6.2 Naib Pengerusi 6.6.3 Setiausaha 6.6.4 Naib Setiausaha 6.6.5 Bendahari 6.6.6 Naib Bendahari 6.6.7 8 orang AJK / Biro 6.6.7 (a) Hadiah dan Cenderahati 6.6.7 (b) Lawatan / Sukan / Permainan 6.6.7 (c) Keceriaan Dalaman dan Luaran 6.6.7 (d) Jamuan 6.6.7 e) Ekonomi dan Penaja 6.6.7 (f) Sambutan dan protocol 6.6.8 Pemegang Amanah 6.6.9 Pemeriksa kira-kira 6.7 Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa Badan Keluarga adalah bermula dari tarikh perlantikan sehingga tarikh mesyuarat agung tahunan pada tahun berikutnya. ( 1 tahun ) PERKARA 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa Tinggi Badan Keluarga ialah mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti badan serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan badan tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan Mesyuarat Agung Tahunan. 7.1 Pengerusi 7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Tinggi dan mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat. 7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan sewajarnya. 7.1.3 Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan badan sepanjang tempoh berkhidmat. 7.1.4 Menandatangani minit mesyuarat apabila telah diluluskan. 7.1.5 Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran badan serta memastikan apa-apa peraturan dipatuhi oleh sumua ahli badan. 7.1.6 Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi. 7.1.7 Memastikan segala aktiviti dan program badan dilaksanakan dengan teratur. 7.2 Naib Pengerusi 7.2.1 Bertangungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsifungsi pengerusi. 7.2.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi. 7.3 Setiausaha 7.3.1 Menjalankan urusan badan mengikut perlembagaan. 7.3.2 Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat

jawatankuasa tinggi Badan Keluarga. 7.3.3 Mencatat, menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa tinggi Badan Keluarga dan mesyuarat-mesyuarat agung tahunan. 7.3.4 Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya. 7.3.5 Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod badan. 7.4 Naib Setiausaha 7.4.1 Bertanggungjawab membantu setiausaha dalam fungsi-fungsi setiausaha. 7.4.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi setiausaha semasa ketiadaan setiausaha. 7.5 Bendahari 7.5.1 Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal-hal kewangan badan dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang dikemaskini dari masa ke semasa. 7.5.2 Menguruskan perbelanjaan wang badan keluarga seperti yang diputuskan oleh mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa. 7.5.3 Menerima bagi pihak badan semua derma dan sumbangan daripada mana-mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan. 7.5.4 Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun badan.

7.5.5 Menyediakan laporan dan penyata kewangan untuk diaudit dan dibentangkan kepada mesyuarat agung serta laporan-laporan yang berkaitan.

7.6 Naib Bendahari : 7.6.1 Bertanggungjawab membantu setiausaha dalam fungsi-fungsi setiausaha. 7.6.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi setiausaha semasa ketiadaan setiausaha. 7.7 Ahli Jawatankuasa: 7.7.1 Membantu tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 7.7.2 Mempengerusikan biro yang dilantik. 7.8 Pemeriksa kira-kira: 7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya. 7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul. PERKARA 8 : KEWANGAN 8.1 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran seperti berikut setiap bulan. 8.1.1 Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Guru: RM10.00 8.1.2 Pembantu Tadbir sekolah dan asrama : RM10.00 8.1.3 Staf sokongan : RM5.00 8.2 Setiap ahli juga dikenakan bayaran lain atau bayaran khas dengan jumlah tertentu yang dipersetujui ramai bagi membiayai aktiviti sekiranya kewangan badan tidak mencukupi untuk menampungnya. 8.3 Badan Keluarga juga memperoleh sumber kewangan melalui aktiviti. 8.4 Semua pungutan dan peyimpanan dimasukkan ke dalam akaun yang akan disediakan oleh bendahari.

8.5 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir pada akhir tahun. PERKARA 9 : KEHADIRAN DAN PENYERTAAN 9.1Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung. 9.2 Sekiranya tidak dapat hadir, hendaklah menulis surat makluman kepada pengerusi badan. 9.3 Ahli yang tdak menjelaskan tunggakkan yuran tahun sebelumnya tidak boleh menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa sehingga dijelaskan keseluruhan hutangnya. PERKARA 10 : AKTIVITI 10.1 Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Keluarga. 10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. 10.3 Semua aktiviti yang dianjurkan badan boleh disertai semua ahli kecuali ahli-ahli seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 9 perenggan 9.3. PERKARA 11 : KEBAJIKAN 11.1 Khairat Kematian 11.1.1 11.2 Sakit 11.2.1 Untuk ahli / suami / isteri / anak yang ditimpa kemalangan. 11.2.2 Diberi sekali dalam setahun. 11.2.3 Masuk wad hospital selama 3 hari berturut-turut. 11.2.4 Sumbangan sebanyak RM50.00. 11.3 Perkahwinan 11.3.1 Untuk suami dan isteri pertama sahaja. 11.3.2 Hadiah perkahwinan bernilai RM50.00. 11.4 Kelahiran Kematian kepada ahli / suami / isteri / anak / ibubapa / ibubapa mertua sebanyak RM50.00.

11.4.1 Anak kandung yang tiada had. 11.4.2 Hadiah sebanyak RM35.00 11.5 Hari Lahir 11.5.1 Hanya untuk ahli 11.5.2 Cenderahati akan diberikan setiap hujung bulan di perhimpunan rasmi sekolah. 11.5.3 Cenderahati dalam lingkungan harga RM7.00. 11..6 Pertukaran / Pindah 11.6.1 Untuk ahli yang bertukar ke sekolah lain. 11.6.2 Bertugas di SKG dalam tempoh 3 tahun atau kurang RM25.00. 11.6.3 Bertugas di SKG dalam tempoh 4 tahun hingga 5 tahun RM30.00 11.6.4 Bertugas di SKG dalam tempoh 6 tahun hingga 10 tahun RM40.00 11.6.5 Bertugas di SKG dalam tempoh melebihi 10 tahun RM50.00 11. 7 Bersara Penuh 11.7.1 Ahli bersara penuh semasa berumur 56 atau 58 tahun. 11.7.2 Hadiah akan ditentukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tinggi Badan Keluarga. 11.8 Bersara Pilihan 11.8.1 Ahli memohon bersara awal atau disarakan. 11.8.2 Hadiah akan ditentukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tinggi Badan Keluarga. 11.9 Sumbangan lain 11.9.1 Ahli boleh membuat tuntutan bayaran sebanyak RM 50.00 bagi perkara berikut: a. Ahli yang menunaikan haji atau umrah. b. Anak ahli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi untuk 2 orang sahaja dalam satu-satu masa. c. Anak-anak ahli yang mendapat keputusan peperiksaan awam cemerlang. 11.10 Pinjaman 11.10.1 Ahli boleh membuat pinjaman maksima RM 100.00 dalam sekali pinjaman kepada Badan Kebajikan dalam satu masa.

11.10.2 Pinjaman kecemasan ini mestilah dibayar balik apabila peminjam menerima gaji pada bulan berikutnya. 11.10.2 Pinjaman tidak akan dikeluarkan kepada ahli yang mempunyai yuran tertunggak dan masih belum dan membayar pinjaman sebelumnya. 11.10.3 Setiap ahli yang mahu membuat pinjaman bolehlah memaklumkan kepada Bendahari atau Pengerusi Badan Kebajikan dengan mengisi borang khas yang disediakan. 11.10.4 Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Tinggi Badan Keluarga boleh meminda peraturan tersebut jika perlu dengan memutuskan dalam mesyuarat yang diadakan. PERKARA 12 : HAD MASA JAWATANKUASA TINGGI 12.1 Tempoh Jawatankuasa Tinggi Badan Keluarga memegang sesuatu jawatan hanya 1 tahun. 12. 2 Badan Keluarga SK. Gembut secara automatik terbubar bagi 1 tahun tersebut. 12.3 Tempoh 30 hari dari tarikh pembubaran diberikan untuk melantik AJK baru. 12.4 Guru Besar berhak memanggil mesyuarat bagi perlantikan AJK dan mesyuarat tahunan. PERKARA 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN 13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ianya dipinda. 13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli jawatankuasa semasa mesyuarat agung tahunan.tu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pengerusi dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. 13.3 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh pengerusi. PERKARA 14 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

14.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada selewatlewatnya 29 Januari. 14.2 Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh mesyuarat. 14.3 Agenda mesyuarat agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: 14.3.1 Ucapan Pengerusi 14.3.2 Membentangkan dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu. 14.3.3 Membentangkan dan menerima laporan kewangan dan aktiviti. 14.3.4 Membahaskan perkara berbangkit. 14.3.5 Pemilihan Jawatankuasa Tinggi Badan Keluarga bagi tahun berkenaan. 14.3.6 Ucapan penangguhan. 14.3.7 Lain-lain hal. 14.4 Mesyuarat agung tahunan bertabggubgjawab memilih jawatankuasa serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan jawatankuasa dibuat seperti berikut: 14.4.1 Ahli dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 6 perenggan 2 dan 3. 14.4.2 Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan peyokong. 14.4.3 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yang ditandingi. 14.4.4 Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingan. 14.4.5 Mesyuarat agung khas bagi kelab ini boleh diadakan: a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Tinggi. b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada

daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan sebab-sebab dan tujuantujuan mengadakanya. 14.4.6 Mesyuarat khas yang diminta ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu. 14.4.7 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu mesyuarat agung khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli oleh setiausahanya sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh yang ditetapkan. PERKARA 15 : KUOROM 15.1 Kuorom mesyuarat yang diadakan oleh badan adalah seperti berikut. 15.1.1 Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli. 15.1.2 Mesyuarat jawatankuasa Badan Keluarga hendaklah tidak kurang dari daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa Badan Keluarga. 15.2 Jika kuorom tidak cukup setelah 30 minit daripada waktu yang ditetapkan mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tinggi Badan Keluarga, dan jika kuorom tidak cukup juga selepas 30 minit daripada waktu yang ditetapkan, mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang badan atau membuat keputusan mengenai semua ahli. PERKARA 16 : PEMBUBARAN BADAN KELUARGA 16.1 Badan Keluarga akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun semasa.

16.2 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan Badan Keluarga Guru dan Staf sekiranya mendapati pelembagaan dan Falsafah Pendidikan Malaysia. PERKARA 17 : FAIL SETIAUSAHA 17.1 Fail setiausaha dan bendahari adalah fail hidup. 17.2 Setiausaha dan bendahari hendaklah menyerahkan fail yang telah ditutup dengan sempurna kepada setiausaha dan bendahari baru apabila pembubaran Badan Keluarga Guru dan Staf dilakukan. PERKARA 18 : 18.1 Perlembagaan ini adalah sebagai bahan rujukan Badan Keluarga dan Staf SK. Gembut. 18.2 Segala pindaan perlembagaan hendaklah dibuat dalam mesyuarat agung secara pungutan suara. 18.3 Satu mesyuarat ahli-ahli diadakan jika timbul perkara berbangkit yang tiada dalam perlembagaan. 18.4 Pengerusi berhak bermesyuarat dan memanggil AJK untuk bermesyuarat pada bila-bila masa jika perlu.

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMBUT, JALAN TANJUNG SEDILI, 81910 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM.

PERLEMBAGAAN BADAN KELUARGA DAN STAF SEKOLAH KEBANGSAAN

Diterbitkan oleh : Badan Keluarga dan Staf Sekolah Kebangsaan Gembut Kota Tinggi Cetakan Edisi 2012

Você também pode gostar