Você está na página 1de 11

Jawapan: UJIAN 1 SOALAN 1 Teknik penyoalan merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru.

Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik menyoal. Kemahiran penyoalan dapat menjana dan mencetus idea yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Misalnya di dalam set induksi, iaitu peringkat permulaan sesuatu pelajaran, kemahiran menyoal digunakan untuk menolong pelajar mengingat kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan. Di dalam peringkat perkembangan, kemahiran menyoal digunakan untuk mencungkil fikiran pelajar untuk membantu mereka mengikuti fikiran pelajar untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Di peringkat penutup, kemahiran menyoal digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran. Kaedah adalah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk membimbing pelajar menemui sesuatu kesimpulan.

PRINSIP-PRINSIP TEKNIK MENYOAL Berikut merupakan prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran menyoal:i) Pembentukan Soalan Aras soalan hendaklah sesuai dengan pelajar mengikut umur, kebolehan dan pengalaman masing-masing. Sebelum aktiviti pengajaran dimulakan, guru haruslah merancangkan jenisjenis soalah yang berkaitan. Untuk memastikan soalan mudah difahami oleh pelajar-pelajar, perkataan dan istilah yang digunakan harus mudah dan telah dipelajari oleh mereka. Untuk menarik minat pelajar, bentuk soalan hendaklah diubah dari semasa ke semasa. Soalan yang dibentuk harus boleh mendorong pelajar berfikir. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti Bumi kita adalah suatu sfera yang besar, betulkah?. Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas. ii) Teknik Mengemukakan Soalan Untuk menggalakkan setiap pelajar dalam bilik darjah memikirkan jawapan, guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa pelajar-pelajar berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab soalan itu. Soalansoalan yang dikemukan haruslah ditujukan kepada seluruh kelas dan bukan hanya pelajar cerdas sahaja diberi peluang menjawab soalan-soalan guru. Guru juga harus mengelakkan

daripada memberi soalan-soalan mengikut susunan tempat duduk belajar dalam kelas. Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh seorang pelajar, guru kadangkala boleh memanggil seorang pelajar yang lain mengulang jawapan pelajar itu. Untuk menarik perhatian pelajar, guru hanya menyebutkan soalan sekali sahaja, dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru. iii) Penerimaan Jawapan Pelajar Untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik, pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul. Guru hendaklah mengelakkan amalan mengulangi jawapan pelajar kerana cara ini secara tidak langsung akan menggalakkan pelajar-pelajar yang lain tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar, dan hanya menunggu guru mengulangi jawapan itu. Jika jawapan yang diberikan adalah baik dan penting, guru boleh meminta pelajar yang lain mengulangi jawapan itu. Jika jawapan yang diberikan kurang lengkap, guru boleh meminta pelajar yang lain melengkapkannya atau guru sendiri boleh menambahkan maklumat-maklumat kepada jawapannya. Jika pelajar tidak boleh menjawab, guru hendaklah membantunya menjawab dengan mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan. Melarang pelajar-pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal. Untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru, guru haruslah mengelakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan salah atau jawapan yang bersifat bodoh.

TUJUAN-TUJUAN MENYOAL Setelah membincangkan secara terperinci prinsip-prinsip penyoalan, kita beralih pula kepada tujuan-tujuan menyoal. Berikut merupakan secara ringkas tujuan-tujuan menyoal:Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar Merangsang dan mencungkil fikiran pelajar Membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri-penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks Menarik perhatian pelajar supaya menumpukan perhatian mereka kepada aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran Membantu pelajar mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan diri dalam ujian yang akan datang

Menjalin perhubungan yang baik di antara guru dengan pelajar melalui aktiviti soal jawab Membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru dipelajari pada peringkat akhir pelajaran Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar dengan mengemukakan soalan yang menarik atau mencabar Mengembangkan daya pemikiran pelajar melalui satu siri soalan terancang Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Memberi contoh serta menggalakkan pelajar supaya berani menyoal apabila mereka ada keraguan atau kurang faham sesuatu

KOMPONEN KEMAHIRAN MENYOAL Berikut merupakan komponen kemahiran menyoal:Pembentukan soalan Jelas, tepat dan ringkas Fokus (tunggal) - soalan ditumpukan kepada satu idea - soalan konvergen Fokus (pelbagai) - soalan ditumpukan lebih daripada satu idea - soalan divergen Sebaran soalan disebarkan kepada seluruh kelas Hentian memberi masa kepada pelajar memikirkan jawapannya Melayani jawapan memberi pujian, melengkapkan dan memperbaiki jawapan Memberi petunjuk menjawab memberi petua atau petunjuk untuk membantu pelajar Mencungkil fikiran mengemukakan satu siri soalan untuk mencungkil fikiran

ARAS-ARAS PENYOALAN

Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti yang dinyatakan oleh Bloom (Taxonomy of Education Objectives). Peringkat-peringkat itu ialah:Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

SOALAN 2 : KAEDAH INKUIRI INDUKTIF TERBIMBING SOALAN (2a) Hasil pembelajaran bagi setiap domain hasil pembelajaran yang boleh dicapai melalui aktiviti ini ialah:Mata pelajaran : Sains Tahun Tema Topik Objektif kecerahan mentol Mengenal pasti jenis-jenis pembolehubah. Hasil Pembelajaran: Murid memerhati dan membandingkan tahap kecerahan mentol dalam litar bersiri Domain Pembelajaran: Psikomotor; membina litar bersiri yang lengkap menggunakan komponen elektrik. Afektik ; menyatakan kepentingan menjaga keselamatan semasa menggunakan peralatan elektrik Kognitif ; mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah. : Lima : Menyiasat Alam Tenaga dan Daya : Elektrik (Litar Bersiri) : Pada akhir pembelajaran, murid dapat; Menyatakan hubungan antara bilangan sel kering dan tahap

SOALAN (2b)

Saya memilih hasil pembelajaran di atas boleh dicapai dengan menggunakan kaedah inkuiri induktif terbimbing. Merujuk mepada tokoh psikologi Bruner yang menyarankan penggunaan pendekatan induktif untuk pembelajaran konsep, hukum dan prinsip dalam mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah. Pendekatan induktif terbimbing melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah induktif terbimbing ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan, murid-murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Kaedah induktif terbimbing merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa. Berikut merupakan suatu contoh pengajaran dan pembelajaran Sains yang menggunakan kaedah induktif terbimbing.

Rajah: Proses pengajaran-pembelajaran melalui kaedah induktif terbimbing di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri penemuan

SOALAN (2c) Berikut merupakan contoh spesifik aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa fasa kedua pengajaran (menstruktur / menstruktur semula idea) mengikut model pengajaran 4 fasa.

Mata pelajaran Tahun Tema Topik Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran

: Sains : Menyiasat Alam Kehidupan : 1. Hidupan mempunyai keperluan asas : 1.2 Memahami bahawa haiwan mempunyai keperluan asas : Murid . mengenalpasti keperluan asas haiwan.

. menyatakan hipotesis antara pembolehubah yang terdapat dalam ujikaji yang dijalankan

CONTOH AKTIVITI YANG DIJALANKAN:: 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. FASA 2. Murid diminta mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah yang terdapat di dalam ujikaji dan melabelkannya. PENGAJARAN i) apakah yang diubah (C)? ii) apakah yang diukur (M)? MENSTRUKTUR iii) apakah yang dimalarkan/ditetapkan (S)?

SEMULA 3. Murid menyatakan alasan terhadap pemerhatian yang IDEA telah dibuat. 4. Murid diminta menyatakan hubungan/hipotesis antara ( 30 MINIT ) kedua-dua pembolehubah ( C dan M ) Misalnya; Jika kuantiti udara(C) meningkat maka jangka hayat juga akan meningkat.

5. Guru bertindak sebagai pemudah cara.

LAMPIRAN: CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN YANG MELIBATKAN PENGAWALAN PEMBOLEHUBAH DALAM KAEDAH INKUIRI INDUKTIF TERBIMBING

SOALAN 2 (d) Ciri-ciri yang menunjukkan pengajaran dan pembelajaran itu mengaplikasi pendekatan inkuiri induktif terbimbing ialah:Aktiviti yang dijalankan dalam fasa pengajaran ini berasaskan strategi pemusatan murid. Aktiviti pembelajaran melalui kaedah ini dapat menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau generalisasi yang diperoleh. Aktiviti kajian dapat membangkitkan naluri ingin tahu murid serta menimbulkan minat mereka supaya berusaha mengejar ilmu pengetahuan selanjutnya. Pendekatan ini memberikan peluang kepada mereka memperolehi ilmu pengetahuan melalui aktiviti pembelajaran sendiri. Pendekatan ini membolehkan ilmu pengetahuan yang diperoleh akan kekal dalam ingatan jangka panjang Pendekatan ini membolehkan murid menggunakan pengalaman, pengetahuan lepas serta kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan kajian mereka. Ia dapat melatih murid berfikir secara rasional dan bernilai saintifik. Murid-murid yang berjaya mendapat dan menemui rumusan (hipotesis) mendapatkan ilmu pengetahuan yang selanjutnya. akan merasa puas hati, dan perasaan ini akan mendorong mereka berusaha untuk

SOALAN (2e) Berikut merupakan contoh aktiviti ringkas dalam fasa 2 pengajaran iaitu menstruktur semula idea yang tidak melibatkan penyiasatan perhubungan antara pembolehubah.

Mata pelajaran Tahun Tema Topik Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran

: Sains : Menyiasat Alam Kehidupan : 2. Hidupan menjalani proses hidup : 2.1 Haiwan bernafas untuk hidup : Murid . mengenalpasti jenis-jenis organ pernafasan haiwan. . menyatakan alasan terhadap pemerhatian yang dijalankan.

CONTOH AKTIVITI YANG DIJALANKAN:: 1. Guru menayangkan slaid video berkaitan organ pernafasan haiwan. FASA 2. Guru mengedarkan lembaran aktiviti kepada murid. 3. Murid diminta melabelkan organ pernafasan haiwan. PENGAJARAN 4. Murid diminta menyatakan alasan mereka terhadap pemerhatian dalam ujikaji yang ditayangkan dalam slaid MENSTRUKTUR video.

Misalnya; belalang tidak mati apabila kepalanya SEMULA direndam di dalam air kerana ia organ pernafasannya terdapat pada bahagian badan IDEA (abdomen). 5. Guru bertindak sebagai pemudah cara. ( 30 MINIT )

LAMPIRAN: CONTOH LEMBARAN UNTUK AKTIVITI PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH INKUIRI INDUKTIF TERBIMBING TANPA MEMBUAT HUBUNGAN ANTARA PEMBOLEHUBAH

Você também pode gostar