Você está na página 1de 36

AGAMA DAN MASYARAKAT

OBJEKTIF
1.Definisi agama
2.Memahami aspek-aspek agama
3.Mengenalpasti persamaan antara agama
4.Mengetahui asal usul agama dan teori-teori yang berkaitan
5.Mengenalpasti fenomena yang berkaitan dengan anutan sesuatu
agama
6.Memahami peranan agama terhadap kehidupan manusia

1
PENGENALAN
-AGAMA: sebuah institusi sosial yang menyumbang
kepada pembentukan struktur masyarakat.

-Fokus institusi agama:fenomena di sebalik (beyond),


hubungan manusia dan pegangan mereka terhadap
fenomena beyond dan implikasi yang boleh diperolehi.

-Asas kemunculan agama: perasaan untuk mencari satu


kuasa tertinggi/perasaan ingin beragama (worshipping
instinct)

2
Sebab-sebab manusia beragama

1.warisan kebudayaan kumpulan, suku kaum atau keluarga

2.faktor keselamatan

3.kesejahteraan di akhirat

4.jawapan persoalan kehidupan yang sukar dijawab

5.elemen pengukuhan ikatan persaudaraan

3
DEFINISI AGAMA
-Agama- merujuk kepada peraturan, tatacara atau hubungan
yang wujud di antara manusia dan raja-raja

-Igama-merujuk kepada hubungan dewa-dewa

-Ugama- bermaksud hubungan yang terjalin di antara manusia

dengan manusia lain.

Ada pendapat yang mengatakan kata agama berasal dari


perkataan “gam” dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud
jalan. Di dalam bahasa Belanda (ga, gaan) dan Inggeris (go)-
membawa maksud jalan

4
RELIGION – berasal dari bahasa Latin-“religere” atau “religare”
yang bermaksud berhati-hati

AD-DEEN
Maksud
1)Keadaan Terhutang- dengan Allah sebagai pencipta, pentadbir dan
pemilik alam ini

2)Ketundukan (duunu)- makhluk di alam ini adalah lemah, hina dan


mesti tunduk kepada kekuasaan Allah

3)Kecenderungan semulajadi- manusia secara sukarela untuk tunduk


dan berbakti kepada Tuhan

4)Kuasa Kehakiman atau Kebijaksanaan


Konsep din- gambaran masyarakat yang hidup dalam sistem undang-
undang, keadilan dan dipimpin oleh kepimpinan mengikut Islam 5
ISTILAH UMUM
Religion is belief in a god and activities that are
connected with the belief.
Agama merujuk kepada aspek kepercayaan kepada tuhan
sama ada kepercayaan kepada satu atau banyak tuhan.
Kedua, aktiviti keagamaan mempunyai kaitan dengan
kepercayaan agama tersebut.

6
Istilah Sarjana Sosiologi
Taylor & Spencer mentakrifkan agama sebagai
mepikiran manusia semata-mata
Durkheim & Freud menyatakan agama lebih bersifat
naluri dan emosional akibat dari nafsu dorongan
seksual

7
Hans Joachim Schoeps
Dalam buku The Religion of Mankind menyatakan “hubungan
yang wujud antara manusia dan kuasa terbesar/agung yang
dipercayai(manusia) dan manusia merasai adanya
kebergantungan dengan kuasa agung itu”
Tiga perkara manusia dengan kuasa agung
i. Kepercayaan
ii. Ketakutan dan kepatuhan
iii. Menterjemah kepercayaan, ketakutan dan kepatuhan itu
melalui upacara-upacara tertentu (spt. pemujaan)
Semua ini direalisasikan dengan aktiviti kegamaan(ritual)
8
Nottingham
Menyatakan agama suatu pegangan berkaitan dengan
manusia untuk mengukur dalamnya makna dari kewujudan
alam semesta.
•Menimbulkan sifat khayal
•Membangkitkan kebahgiaan kebatinan
•Menampilkan dunia lain(akhirat)
•Alam-alam ghaib
•Melepaskan manusia dari belenggu adat yang usang

9
Istilah Sarjana Islam
Syeikh Ibrahim Al-Baijuri mendifiniskan agama sebagai
“sesuatu kepercayaan yang diturunkan Allah melalui utusan-
Nya meliputi perturan-peraturan tertentu. Dinamakan agama
kerana manusia tunduk kepada tuhan dan di bawah peraturan
tuhan”

10
Fungsi dan Peranan Agama

3. Manusia dan keadaan ketidakpastian


• Manusia perlukan keamanan, kesejahteraan dan
kebahgiaan yang diluar jangkaan.

6. Kemampuan manusia untuk menguasai keadaan hidup


terbatas
• Kadangkala manusia tidak mencapai apa yang diinginkan
• Manusia dalam keadaan ketidakupayaan

11
3. Manusia mesti hidup bermasyarakat
• Institusi masyarakat membentuk agihan tugas, kerja
pendapatan dan hasil.
• Keadaan kerja menyebabakan wujudnya kekurangan
(scarcity)
• Kekecewaan kerana agihan tidak adil
• Agama membantu mengharmonikan kekecewaan ini

12
MENGAPA MANUSIA BERAGAMA

3. Sifat semulajadi
• Manusia percaya kewujudan alam semulajadi menguasai
alam semesta

6. Jawapan kepada persoalan hidup yang sukar


• Persoalan sukar seperti kematian

13
3. Warisan kebudayaan
• Agama ikutan kelompok masing-masing
• Agama nenek moyang
• Agama diutuskan oleh nabi dan rasul

4. Keselamatan
• Rasa selamat dan sejahtera apabila menganuti agama
• Ada kuasa agung yang mengawasi manusia

14
5. Pengukuhan Persaudaraan
• Membentuk budaya kekeluargaan
• Ikatan persaudaraan Islam

6. Kesejahteraan di Akhirat
• Agama menyentuh kehidupan selepas mati
• Menjanjikan bentuk-bentuk kesejahteraan selepas mati
• Janji kesejahteraan terdapat dalam kitab-kitab suci
agama

15
ASAL-USUL AGAMA
Pendapat beberapa ahli sosiologi barat tentang kemunulan
agama tetapi berbeza dengan sarjana sosiologi Islam

•Barat berpendapat agama muncul sejak ratusan tahun


dahulu sejajar dengan kewujudan manusia
•Penulis The Ancient City – kemunculan agama berkait
rapat dengan perasaan dalaman dan ransangan psikologi
•O’dea menyatakan agama muncul dari tindakbalas
manusia terhadap kekuatan alam

16
1. Teori Taylor
• Sir Edward Burnett Tylor (1800an)
• Makhluk halus @ semangat roh(spirits) mendiami serta
menguasai semua benda termasuk matahari, laut, sungai dan
bulan
• Semangat dikenali sebagai animae
• Kepercayaan dicetus oleh diri manusia apabila menemui fakta
dalam mimpi
• Yakin terdapat 2 unsur kepada diri iaitu (i) tubuh kasar (ii) jiwa
dan roh yang menghidupkan tubuh yang kasar.
• Manusia maju beralih kepada bertani dan memburu.
• Kepercayaan Politeisme(kepecayaan banyak tuhan) kepada
Monoteisme(kepercayaan tuhan yang satu)
17
2. Teori Muller
• Pengasas Frederick Max Muller
• Menyatakan kemunculan agama berkait rapat dengan hal
yang tidak mampu diramalkan manusia mengenai alam ini.
• Menyatakan juga agama bermula dengan pemujaan
semangat

3. Teori Schmidt
• Oleh William Schmidt
• Mendakwa agama bermula dari kepercayaan Tylor dan
Muller.
• Agama pertama dinamakan “Monoteisme Permulaan”18
Sarjana Islam
• Ahli sosiologi Islam menyatakan manusia pertama
Adam
• Ajaran Nabi Muhammad S.A.W menyembah tuhan
yang satu.
• Agama Adam serupa dengan agama yang di bawa
Muhammad.

19
CIRI-CIRI AGAMA

• Mempercayai Ketuhanan (Belief in Diety)


Tiga aliran falsafah kewujudan Tuhan
a. Athies
Masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan
b. Theis
Masayarakat yang mempercayai kewujudan Tuhan @ Tuhan-
tuhan
c. Agnostik
Masyarakat yang menyatakan kewujudan tuhan boleh
dibuktikan @ tidak boleh dibuktikan.
20
Dua bentuk fahaman Theis iaitu monotheistic dan politeistik
• Monotheistic-percayai wujudnya tuhan yang
satu(Islam,Kristian & Yahudi)
• Politeistik-mempercayai banyak tuhan(Hindu &
Buddha)

21
2. Doktrin Kesejahteraan (Doctrine of Salvation)
• Doktrin tertingi bagi setiap pengaruh agama
• Mempercayai individu perlu diselamatkan dari
sebarang ancaman berbentuk fizikal, mental &
kerohanian.
• Dalam Islam, ancaman adalah bala, musibah dan
seksa selepas kematian & memasuki syurga adalah
kebahagiaan
• Penganut Hindu mempercayai kelahiran
semua(Mokhsa).
• Buddha berkaitan doktrin Nirvana yang merujuk
kepada kehendak(desires) dan kesedaran(conciousness).
22
3. Kod Tingkah Laku(Code of Conduct)
• Ajaran nilai dan moral dalam agama
• Bagaimana berkelakuan, mengatur kehidupan sesama
manusia dan ketika berhubungan dengan tuhan
• Berbuat baik dan larangan makan dan minum.

4. Penggunaan cerita-cerita suci(The use of sacred stories)


• Cerita suci bagi menguatkan keyakinan pada agama
• Ahli sosiologi mengatakan cerita suci sebagai mitos
• Dalam Islam, menolak sama sekali cerita mitos yang
bertentangan dengan ajarannya.
23
5. Upacara bercorak keagamaan(Religious Rituals)
• Amalan ritual diadakan untuk memperkukuhkan ajaran
agama
• Ritual mencakupi tingkahlaku seperti berpakaian,
pengorbanan nyawa dan harta, pengucapan formal,
menyanyi(kristian), berdoa(Islam), memuja(Hindu &
Buddha), menari, berteriak dan sebagainya.

24
KLASIFIKASI AGAMA
•Agama Langit(revealed religion) dan Agama Budaya(natural
religion)

Agama Langit
•Agama yang diturunkan secara wahyu oleh Allah
•Penurunan kitab suci
oTaurat kepada Nabi Musa untuk masyarakat Yahudi
oInjil kepada nabi Isa – akhirnya didakwa kemunculan kristian
Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh umat

25
Ciri-ciri umum agama langit
a. Menganggap alam bukan sebagai tuhan. Alam adalah
ciptaan tuhan. Tuhan adalah pencipta kepada alam dan
bersifat Maha Suci dan Maha Berkuasa
b. Mengakui kewujdan kitab suci sebagai pedoman dan
ikutan. Semua peraturan adalah ketetapan yang mesti
dipatuhi.

26
Agama langit yang bersifat immanent(penjelmaan tuhan
dalam diri manusia tertentu)
Agama Yahudi dan Kristian menyakini tuhan yang satu tetapi
masih mengaitkan diri manusia dengan rupa bentuk dan kuasa
tuhan.
Yahudi mendakwa mereka suci dan berbeza dengan makhluk lain
dan hanyalah makhluk tuhan

27
Agama Kristian juga menghubungkaitkan manusia memiliki
kuasa ketuhanan
i. Mendakwa penjelmaan tuhan dalam Isa
ii. Penjelmaan Isa selaku tuhan dalam gereja
iii. Penjelmaan tuhan dalam roti dan wain dalam upacara
Eucharist
iv. Penjelmaan unsur tuhan dalam upacara
penyucian(sacrament)

28
Agama langit bersifat transcendent (Pemisahan mutlak
antara tuhan dan bukan tuhan)

Agama yang dikaitkan adalah Islam. Memisahkan


ketuhanan dengan rupa alam secara mutlak. Wujudnya
perbezaan antara tuhan dan bukan tuhan. Tuhan pencipta
yang tunggal, tidak beristeri dan tidak mempunyai anak.

29
Agama Budaya
•Mendakwa bahawa alam ini hanya dapat dibezakan dalam
fikiran.
•Tuhan dan alam maya adalah satu.

Masih wujud perbezaan pendapat mengenai kepercayaan ini


iaitu :
a. Agama yang mempercayai tuhan boleh menjelma dalam
segala benda (agama kuno Afrika dan Hindu Veda).
b. Agama yang mempercayai tuhan dalam bentuk penjelmaan
tertentu. Hubungkait tuhan dengan alam tabii. Hubungan ini
diperlihatkan dalam bentuk mitos.
30
FUNGSI AGAMA DALAM PEMBENTUKAN
MASYARAKAT DI MALAYSIA

3. Mengawal nilai moral masyarakat


• Nilai-nilai dan moral yang baik diajar dalam agama
• Islam-penekanan akhlak yang baik
• Masyarakat perlu patuhi nilai-nilai ini
• Hukuman dan ganjaran dijanjikan oleh agama kepada
manusia.

31
2. Mencetus semangat dan motivasi hidup serta kerjaya
• Agama memberikan kekuatan dan kepercayaan untuk
berjaya dalam hidup
• Agama memberikan keyakinan hidup bermasyarakat

3. Membentuk Stratifikasi Sosial Masyarakat


• Masyarakat membentuk stratifikasi social bagi mencapai
keperluan-keperluan hidup
• Agama mengiktiraf kepimpinan masyarakat, agama dan
negara, pendidikan dan sebagainya.

32
4. Mengawal Berlaku perubahan social negatif yang tidak terkawal
• Agama berperanan menyokong undang-undang membendung
perubahan social negatif masyarakat

5. Membentuk Pendidikan yang sempurna


• Cth : Institusi pondok yang diamalkan masyarakat Islam
• Mubaligh kristian membina sekolah sejak kemasukan Inggeris
di Tanah Melayu

6. Membangunkan Aspek Kesenian, Kebudayaan dan


Kesusasteraan
• Pengaruh reka bentuk bangunan berdasarkan budaya dan
33
agama
AGAMA DAN KONFLIK SOSIAL

Abad ke 14-konflik antara agama dan kepentingan sosial.


Penguasaan agama terhakis dengan fahaman sekularisme
(Pemisahan agama dalam kehidupan manusia)

Fahaman sekularisme dalam pemikiran manusia


7. Pekerjaan
• Sejak revolusi industri Perancis peranan agama diketepikan
dan pekerjaan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

34
2. Perang
• Sekularisme menolak pengangan agama (doa) dan hanya
menganggap ketenteraan dan taktikal yang boleh mencapai
kemenangan.

3. Kegiatan Ekonomi
• Sekularisme keuntungan diterapkan yang menghakis
kedudukan agama dalam bidang ekonomi
• Kemunculan fahaman kapitalisme yang hanya
berorientasikan keuntungan semata-mata

35
4. Pemerintahan
• Zaman pertengahan kuasa gereja memberikan hukum
agama
• Sekularisme menetapkan hukuman adil berdasarkan
rasional

5. Ilmu dan Sains


• Pengetahuan saintifik hanya menekankan aspek rasional
• Agama dinafikan dalam ilmu tabii dan sains tulen

36

Você também pode gostar