Você está na página 1de 4

"apa ni kata nak jd muslimah solehah tp dgr vivaldi...

apa hukum dgr


lagu cik kak bawa2lah dgn al-quran selalu"

=========================================================

Bismillahi Rahmani Raheem,


Assalamu'alaikum Warahmatullah..
Ketika membaca message yang ditinggalkan di tagbox oleh bro/sis
'antu'.. sara teringat diri sara satu ketika dahulu. First of all buat
saudara yang meninggalkan message tu.. jazakallahu khayran dan ana tak
sedikit pun kecik hati dengan komen yang dibuat. Ana pasti niat
anta/anti baik dan lillahi ta'ala. Apa yang ana bakal tulis ni takde
kaitan dengan anta/anti tapi sesuatu yang ana dah lama fikirkan.
"apa ni kata nak jadi muslimah solehah tp dgr vivaldi.. apa hukum dgr
lagu cik kak bawa2lah dgn al-quran selalu"

Sara teringat diri sara yang dulu. Diri yang ingin melakukan amar
ma'ruf nahi mungkar, tapi tidak tahu caranya. Maka.. sara berda'wah je
dengan apa cara sara tahu. Sara mengambil contoh daripada kakak2..
apabila mereka nampak satu kemungkaran.. mereka cepat2 menegur si
pembuat. Ada yang menegur dengan baik alhamdulillah, tapi tak kurang
juga yang menegur dengan cara yang menyebabkan orang yang ditegur rasa
nak lari je daripada orang yang tegur tu. Kenapa jadi perkara camni? Di
Malaysia, situasi begini sangat lazim. Kalau kita tengok orang buat
maksiat, dosa dsb.. kita takut kalau kita tak tegur, kita akan ditanya
di akhirat.

No 1. Tegur dengan tak memikirkan orang yang ditegur. Diri sendiri


takut diazab.. tulah pendorong kita "beramar maaruf nahi mungkar".
Bukan kerana kasihankan orang yang melakukan larangan Allah tu..

No 2. Cara kita tegur seolah-olah kita superior pada orang yang


ditegur. Perkara ni sara sendiri slalu la buat. Bila tengok orang
keluar dengan pakwe.. pandang rendah sangat kat diorang. Jeling2 dan
macam2 lagi. Seolah-olah kita ni baguslah sangat. Mungkin kita tak
melakukan perkara yang sama dengan orang tu, tapi kita juga ada
melakukan dosa yang orang lain pun boleh pandang slack juga. Dan tak
mustahil satu hari nanti kita buat perkara sama yang kita pernah fikir
kita takkan buat sampai2 bila. Kita menegur orang lain bukan dengan
kasih sayang sesama muslim, tapi kerana merasakan diri kita bagus.
Naudzubillah.

No 3. Mempunyai pemikiran seperti "apa la budak ni sekolah agama tapi


pakai baju tak tutup aurat", "apa la minah ni cakap punya bagus pastu
ngumpat orang", "apa ni kata nak jadi muslimah solehah tapi dengar
lagu".. dan seumpamanya. Sara sendiri slalu la berfikiran camni dulu.
Sehinggakan bila kita tengok orang.. kita nampak semua benda dia buat
salah.. tapi diri kita sendiri.. kita tak nampak pulak salahnya.
Perkara ini sangatlah bahaya.. menyebabkan kita sangat pantas untuk
memperbetul kekurangan orang lain tetapi tidak bersedia mengoreksi
kelemahan diri sendiri. Naudzubillah min zalik.

No 4. Focus kita jadi pada hukum. Pada feqh. Tutup aurat, dating,
dengar lagu dan seumpamanya. Kalau bagi yang memikirkan hal yang lebih
remeh lagi.. mereka mempertikaikan isu seperti menyimpan janggut,
angkat takbir ke tidak sblm dan slps ruku' dan setelah rakaat kedua,
bersugi dsb. Sebenarnya di Malaysia.. mmg daripada kecik kita banyak
belajar feqah. Banyak belajar hukum. Kita tau.. benda ni wajib. Benda
ni haram. Benda ni sunat dan sebagainya. Dan sewaktu kita nak
menjalankan 'dakwah' kita pun.. focus kita adalah perkara2 yang zahir.
Orang ni pakai tudung ke tak.. orang ni couple ke tak.. dan sebagainya.
Kita terlupa yang perkara2 feqah ni teramat kecillah kalau nak
dibandingkan dengan isu yang lebih besar yang patut diberi perhatian..
iaitu aqidah.

OK. Sara tak nak melalut panjang sangat, nanti ada yang bosan. Tapi
sesuatu yang sara peroleh di Australia adalah konsep dakwah kasih
sayang.. inilah dakwah yang dibawa oleh Rasulullah saw. Mula-mula
sekali, kita mesti ingat. Target kita adalah membetulkan aqidah,
bukannya memakaikan tudung dan sebagainya. Rasulullah saw menggunakan
sepuluh tahun di Makkah untuk menyampaikan berkenaan syahadah je, yakni
kalimah tauhid. Tahun ke-10 kenabian bila berlaku Isra' Miraj.. barulah
diperintahkan solat.. dan mulalah zaman yang lebih menekankan syariat
Allah.. terutamanya sewaktu berada di Madinah. 10 tahun.. cerita
syahadah je! Kalau kita ingat kita kecik2.. sara rasa ramai di antara
kita tidak pernah ditanamkan dengan aqidah yang kukuh. Sekadar tahu
Allah itu ada, Allah itu pencipta.. begitu sahaja. Kemudian banyak
ditekankan ini boleh.. ini tak boleh.. hal hukum. Sebenarnya aqidah
kita tak mantap. Kalau aqidah kita mantap, masakan kita dapat melakukan
sesuatu yang melanggar syariat Allah? Kerana inilah.. apabila ingin
melakukan da'wah dan mengembalikan manusia pada jalan yang benar iaitu
Islam.. focus kita mestilah aqidah.. bukannya dia pakai tudung ke
keluar dengan pakwe ke apa. Kerana sekiranya aqidah seseorang itu
betul, tidak mungkin dia melakukan sesuatu yang Allah larang.. dan
tidak mungkin dia enggan melakukan sesuatu yang Allah suruh. Kalau
aqidah ok, hal2 lain insya'Allah ok juga.

Seterusnya, berkenaan da'wah kasih sayang. Mengapa kita melakukan kerja


da'wah? Kerana kita sayangkan diri sendiri dan juga sayangkan orang
lain. Kita sedih bila tengok orang buat dosa. Kita sedih tengok maksiat
di sekeliling kita. Kita sayang kat orang yang buat dosa.. kita kesian
kat dia kerana kalau dia mempunyai aqidah yang strong.. insya'Allah dia
tak buat. Berlandaskan dasar kasih sayang inilah.. kita berda'wah.
Kerana kasih sayang inilah.. tidak mungkin kita melakukan sesuatu yang
menyebabkan orang lari daripada kita. Kita nak ummah kembali pada
Islam. Kalau kita nak da'wah seseorang.. tapi awal2 lagi dah cakap..
"apa ko ni.. sekolah agama.. keluar dengan pakwe.. ko pun tahu haram
kan?".. agak2 dia nak dengar cakap kita ke dia jadi menyampah? Matlamat
kita, ummah kembali pada Islam. Kalau kita tegur seseorang, pastu orang
tu lari.. camne kita nak sampaikan Islam pada dia? Kalau kita tengok
dosa.. kita patut rasa benci.. patut rasa tak suka.. kerana ia adalah
maksiat.. yang dilarang Allah.. tapi kena la simpan dalam hati. Kalau
kita marah2 kat orang yang buat.. apa yang kita dapat? Adakah kita
yakin dengan kita tegur camtu, kita dikira 'selamat' daripada azab
Allah. Adakah di akhirat kita akan berkata pada Allah.. "aku dah tegur
dah, dia tak nak dengar.. nak buat camne"
Sebenarnya orang yang ingin membawa Islam perlu faham. Kalau setakat
kita tahu sesuatu menyebabkan kita dapat terus lakukan.. dah lama
Malaysia mempunyai rakyat yang benar-benar ikut ajaran Islam. Kita
semua tahu kan solat 5 waktu itu wajib, tapi kenapa ada yang enggan
melakukan? Kita semua tahu tutup aurat tu wajib, tapi kenapa ada yang
masih berdegil? Kita semua tahu arak itu haram, tapi kenapa masih ada
yang minum? Kerana aqidah kita tak strong. Kat Malaysia ni.. majority
masyarakat belajar macam2 berkenaan Islam.. sebab di sekolah pun wajib
belajar. Maka kalau atas alasan 'tak tahu' masyarakat kita lari jauh
daripada Islam.. sara rasa kurang masuk akal. Sebab tu kalau setakat
kita nak menyampaikan pada orang lain.. "eh.. ko tau tak ko keluar
dengan makwe ko tu haram.. dosa.. masuk neraka".. sara rasa sampai bila
pun masyarakat tak kembali pada Islam.

Kalau kita tengok orang buat sesuatu yang bercanggah dengan Islam..
kita baik-baiklah dengan dia. Sampai dia selesa dengan kita. Tak
perlulah tegur direct kalau memungkinkan dia akan lari daripada kita.
Tertarik dengan kata-kata seseorang.. "kita nak ajak orang lain duduk
bersama dengan kita di bawah pohonan yang rendang ini".. pohon yang
disebut ialah Islam.. maka kalau kita nak orang selesa dengan kita..
supaya kita dapat sampaikan apa yang kita tahu.. macam mana caranya..
dengan kawan dengan dia dulu rite?
Waktu sara belajar kat UIA.. sara belajar banyak berkenaan apa yang
sara namakan 'dakwah menghukum'. Kerana apa yang sara lihat berlaku..
orang tengok maksiat.. dia marah2.. terus boikot orang tu.. hantar
surat layang.. jeling2.. bisik2 bila orang tu lalu dsb. Adakah ini
da'wah yang diajar oleh Nabi Muhammad saw??? Pada masa kita ingin
melakukan amar maaruf nahu mungkar, kita memperkecil orang lain.
Contohnya dengan komen "apa ni kata nak jadi wanita solehah".. pada
pendapat sara komen seperti ini adalah tidak perlu.. kerana tidak
mendatangkan apa2 faedah pun melainkan mungkin ada yang kecik hati dan
sbgnya.. seolah-olah kita menafikan niat seseorang untuk menjadi muslim
yang baik.. sedangkan semua manusia melakukan dosa dan kesilapan. Cuba
bayangkan kalau sesorang memang jahil mengenai hukum satu perkara.
Contohnya memang dia tak tahu kena wanita kena pakai stokin kerana kaki
termasuk dalam aurat. Mungkin dia seorang wanita yang sangat baik,
menjalankan tanggungjawab agama dan mempunyai hubungan yang sangat
bagus dengan Penciptanya.. tapi dia tak pernah pula terserempak dengan
sesiapa yang memberitahunya harus pakai stokin (hukum kaki sbg aurat
pun berbeza ikut mazhab ye).. adakah kita nak menuduh dia bukan seorang
muslimah yang solehah.. kerana satu perkara yang kita tidak tahu??
Naudzubillah.

Cukuplah kita merasakan diri kita lebih bagus daripada orang lain.
Cukuplah kita memandang besar dosa orang lain dan memandang kecil dosa
diri sendiri. Cukuplah kita menegur orang kerana ingin menyelamatkan
diri sendiri. Dan cukuplah kita melabel. Jom kita focus pada aqidah,
bukan feqah. Jom kita menjalankan tanggungjawab da'wah mengikut sunnah
Rasulullah saw.. da'wah dengan kasih sayang. Kita nak jadi dai'e..
bukan penghukum, kan? Insya'Allah.

Oh, satu lagi sara teringat. Sara pun selalu buat kesilapan ni. Mulai
sekarang, tak perlulah kita membuat assumption dan hukuman pada perkara
yang kita tidak tahu. Kalau kita lihat seseorang itu tidak datang
usrah, tak perlulah kita tuduh dia tak nak belajar Islam. Apa kata kita
bersangka baik, kurang2 kita tanyala.. dia busy ke waktu tu.. ada kerja
ke dan sebagainya. Kalau kita tak nampak hasil kerja seseorang itu, tak
perlulah kita menganggap memang tiada hasil. Kalau kita tak nampak
orang solat tahiyatul masjid, tak perlulah kita memarahinya kerana
perkara yang kita sendiri tidak tahu. Dan kalau rasa dengar vivaldi itu
haram, apa kita tanya.. sekarang masih dengar lagu vivaldi ke? A great
lesson from a great friend - jangan disangka perkara yang tidak nampak
itu tidak wujud. Satu lagi, jom kita start bertanya sebelum membuat
kesimpulan. Terlalu banyak kemungkinan. Kalau seseorang buat sesuatu
yang salah, mungkin dia jahil dan tidak tahu. Maka menjadi peranan kita
untuk memberitahu.

Insya'Allah.. moga kita semua lebih bijak dalam menjalankan


tanggungjawab menyampaikan Islam.

Sara menyampaikan semua ni kerana sara sendiri pernah lakukan, dan sara
juga pernah menjadi orang yang ingin lari apabila berhadapan dengan
perkara sebegini. Sara takut perkara yang sama berlaku pada orang lain,
menyebabkan dia rasa susah untuk belajar Islam.. susah untuk berubah
menjadi lebih baik.. sukar untuk jadi muslim sejati. Terlalu banyak
halangan seseorang ingin yang berubah ke arah kebaikan.. betapa
sedihnya kalau halangan itu datang daripada orang yang mendakwa membawa
Islam, kan?