Você está na página 1de 2

PROSEDUR MENERIMA TAWARAN ARAHAN:

LANGKAH 1 SEMAKAN STATUS PERMOHONAN 1. Calon yang bermohon membuat SEMAKAN STATUS PERMOHONAN : o Calon Berjaya boleh terus ke LANGKAH 2 o Calon Tidak Berjaya boleh membuat Rayuan dengan click Butang Rayuan. Permohonan Rayuan akan dipertimbangkan sekiranya masih terdapat kekosongan tempat. LANGKAH 2 PAPARAN SURAT TAWARAN 1. Calon Berjaya boleh menyemak maklumat dalam Surat Tawaran. 2. Calon Berjaya yang bersetuju menerima tawaran boleh ke langkah seterusnya. LANGKAH 3 PENGESAHAN SETUJU TERIMA 1. Calon Berjaya dimestikan membuat Pengesahan Setuju Terima dengan click butang SETUJU atau TIDAK SETUJU. Calon Berjaya yang SETUJU Terus ke Langkah 4. 2. Jika anda TIDAK membuat pengesahan dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan sendirinya tawaran tersebut akan terbatal dan keputusan pembatalan adalah muktamad. LANGKAH 4 CETAKAN SURAT TAWARAN RASMI 1. Pastikan komputer anda mempunyai program Adobe Acrobat Reader untuk tujuan cetakan dokumen. 2. Surat Tawaran Rasmi hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian (bagi satu satu muka surat). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam. LANGKAH 5 CETAKAN SET DOKUMENTASI 1. Pastikan komputer anda mempunyai program Adobe Acrobat Reader untuk tujuan cetakan dokumen. 2. Set Dokumentasi mempunyai dokumen-dokumen seperti: a. Surat Dokumentasi 1 Salinan b. Buku Pendaftaran 1 Salinan c. Surat Perjanjian 3 Salinan (Dibenarkan 1 set cetakan computer dan 2 set salinan fotostat. Sila Lengkapkan dan tandatangan pada ketiga-tiga set dokumen berkenaan) 3. Dokumen yang tersenarai di atas hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian ( bagi satu-satu muka surat ). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam. 4. Sila baca Buku Pendaftaran (Perkara b) dengan teliti bagi tindakan anda seterusnya.

INGATAN! Tindakan anda yang membuat pengesahan menerima tawaran tetapi TIDAK DATANG mendaftar merupakan amalan yang AMAT DIKESALI! Perbuatan ini telah menutup peluang kepada calon-calon lain yang betul-betul berminat untuk melanjutkan pengajian ke IKM dan KKTM.

SENARAI SEMAKAN SETELAH TERIMA SURAT TAWARAN:


Sila tanda / setelah anda melaksanakan perkara berikut: BIL 1 PERKARA Setuju atau Tidak Setuju tawaran dengan segera melalui laman web : http://aplikasi.mara.gov.my/WebInqIKM TINDAKAN

Mencetak Surat Tawaran Latihan Kemahiran MARA

Menghantar Wang Pos berjumlah RM100.00 seperti tempoh yang telah ditetapkan dalam Surat Tawaran

Mencetak Set Dokumentasi: a. Surat Dokumentasi 1 Salinan b. Buku Pendaftaran 1 Salinan c. Surat Perjanjian 3 Salinan

Melapor diri pada tarikh, masa dan pusat seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran

Você também pode gostar