Você está na página 1de 8

Definisi kerja kumpulan:

Melibatkan pengelompokan pelajar dalam satu kumpulan yang mengandungi dua orang atau lebih pelajar bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama.

Jenis-jenis kumpulan:

Kumpulan Kecil - 2 hingga 4 orang dan lebih bersifat tidak formal. Tidak perlu ada ketua untuk koordinasi aktiviti dan peluang untuk pelajar berinteraksi adalah tinggi, dan oleh itu paling berkesan untuk pembelajaran. Kumpulan Sederhana - 5 hingga 10 orang dalam satu kumpulan. Lebih bersifat formal dan berfungsi dengan lebih baik sekiranya seorang ketua dipilih untuk mengkoordinasi aktiviti pembelajaran atau tugasan.

Kumpulan Besar lebih daripada 10 orang dan bersifat sangat formal. Kumpulan ini tidak dapat berfungsi dengan berkesan melainkan mempunyai seorang ketua yang benarbenar boleh mengawal ahli.

Menurut Newble dan Cannon (1995) pengajaran dalam kumpulan perlu ada ciri-ciri berikut: Penglibatan yang aktif dari pelajar. 2. Pertembungan secara bersemuka (face-to-face). 3. Aktiviti yang bertujuan tertentu dan bersebab (purposeful).
1.

Kekuatan/Faedah Pengajaran Berkumpulan


Sangat versatile dari segi membantu menghasilkan pelbagai hasil pembelajaran. Membina sikap dan tabiat yang baik seperti berfikiran terbuka dan kesediaan untuk mendengar serta menghormati orang lain. Peluang untuk menjana pelbagai idea, pengalaman dan pengetahuan bagi memperteguhkan tabiat dan amalan. Dapat memperkembangkan kemahiran komunikasi dan hubungan interpersonal. Penglibatan dalam kumpulan akan mempertingkatkan komitmen individu terhadap pembelajaran.

Kelemahan/Masalah

Memerlukan penglibatan aktif murid untuk menjayakan pembelajaran. Seringkali terdapat masalah yang berkaitan dengan sikap murid yang pasif. Masalah dalam aspek penilaian, iaitu susah untuk menilai murid secara adil. Tekanan kepada guru memerlukan pelbagai kemahiran untuk disesuaikan dengan pelbagai peranan yang perlu dimainkan oleh guru untuk facilitate pembelajaran. Kesan pembelajaran tergugat sekiranya tidak adanya kerjasama antara anggota kumpulan, over-domination dan tekanan daripada anggota kumpulan.

SEKIAN TERIMA KASIH

Você também pode gostar