Você está na página 1de 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR BATU BERENDAM 75350 MELAKA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL KALI PERTAMA 2012 Tarikh : 14 Januari 2012 Hari : Sabtu Tempat : Kelas 3V Masa : 9.00 pagi Kehadiran : . Pn Lim Kim Chu : Pn Yong Siok Fang : Pn Jamilah Bt Sahid : En Zambri B. Abu : En Khoo Ah Seng Turut Hadir Urusetia Tidak Hadir : Pn Lim Lay Neo : Pn Abby Lim Sze Chia : Cik Aniha Bt Ahmad : En Saiful Fazdli B. Mohamad (GKMP Kemanusiaan) (Guru B&K) (Setiausaha) (Mesyuarat Panitia PJK) (KP Pendidikan Moral)

: Cik Nor Hafizah Ismail (Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris) : Pn Pon Sau Keng (Mesyuarat Panitia KH) : En Nor Hisham B. Zainuddin (Mesyuarat Panitia PJK) AGENDA MESYUARAT 1.0 Ucapan Pengerusi Pengerusi Pn. Lim Kim Chu mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru Pendidikan Moral dan meminta semua bekerjasama menjayakan aktiviti panitia sepanjang tahun 2012. 2.0 Membentang Dan Mengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke 2/2011 Minit mesyuarat disahkan oleh En Khoo Ah Seng dan disokong oleh Cik Aniha Ahmad. Bangkitkan minit mesyuarat yang lalu Tiada

3.0 4.0

Perkara yang dibincangkan 4.1. Dasar Panitia 4.1.1. Pn Lim Kim Chu memberitahu bahawa Dasar Latihan Minimum Tahun 2012 telah diperkenalkan. Semua guru yang mengajar Pendidikan Moral

mesti mengikut dasar yang telah ditetapkan. Antara dasar yang telah ditetapkan ialah: Bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 3 setiap murid wajib mempunyai 1 buku latihan dan 1 buku nota. Manakala guru perlu beri latihan kepada murid mengikut dasar yang telah dipersetujui iaitu 10 soalan objektif dan 5 soalan struktur bagi setiap bab yang diajar. Tindakan: guru pendidikan moral ting. 1- ting. 3 ii) Bagi pasukan SPM iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 juga murid diwajibkan mempunyai 1 buku latihan dan 1 buku nota. Guru yang mengajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 perlu memberi 2 soalan struktur setiap minggu dan 3 soalan esei setiap bidang yang diajar. Modul cemerlang juga disediakan dari bulan Jan hingga November. Tindakan :guru pendidikan moral ting 4 dan 5 iii) Selain itu modul guru ganti juga perlu disediakan. Panitia akan menyediakan 1 set buku modul (mobile set)bagi setiap tingkatan yang akan disimpan oleh Penyelaras Tingkatan. Pengerusi juga melantik penyelaras bagi setiap tingkatan iaitu Tingkatan 1 : En khoo Ah Seng Tingkatan 2 : Pn Pon Sau Keng Tingkatan 3 : En Zambri Bin Abu Tingkatan 4 : Cik Aniha Bt Ahmad Tingkatan 5 : Pn Lim Kim Chu Tindakan : penyelaras tingkatan 4.2. Perancangan Aktiviti Panitia 2012 4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat 2 program yang akan dikendalikan oleh panitia pendidikan Moral iaitu Program Hari Jumaat dan juga Program semasa Program Agama. 4.2.2 Pengerusi juga memberitahu bahawa jadual bertugas program pagi hari Jumaat akan disediakan. (sila rujuk lampiran) Tindakan : ketua panitia pendidikan moral Selain itu, pengerusi juga memaklumkan bahawa terdapat 5 program pendidikan moral akan dilaksanakan semasa program agama berlansung sepanjang bulan Februari hingga November. Cadangan program adalah seperti berikut: a) Ceramah Pengurusan Diri b) Ceramah Polis c) Ceramah Keselamatan Jalan Raya & Pameran daripada JPJ d) Senamrobik dan senaman e) Pendidikan Kesihatan (Pendidikan Seks) f) Ceramah Pengaruh Internet Tindakan : semua guru pendidikan moral i)

4.2.3

4.3

Strategi Meningkatkan Keputusan 4.3.1 Dasar Latihan Minimum.(sila rujuk lampiran) 4.3.2 Pelajar dibekalkan dengan modul cemerlang.

4.3.3 4.3.4 4.4

Calon-calon SPM akan diberi latih tubi menjawab set soalan percubaan SPM sebagai persediaan menduduki SPM pada bulan November 2011. Teknik Menjawab Soalan. Tindakan : semua guru pendidikan moral

Penilaian Berasaskan Sekolah 4.4.1 Pengerusi memberitahu bahawa pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 terlibat dengan kerja kursus dan bagi pelajar tingkatan 5 kerja kursus perlu disiapkan sebelum bulan Mei manakala bagi pelajar tingkatan 4 boleh mula dengan kerja amal dan bidang perkembangan diri dan alam sekitar. (sila rujuk lampiran) Tindakan: guru pendidikan moral ting 4 & ting 5

5.0

Laporan Kewangan 5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa duit peruntukan panitia sebanyak RM3,000.08 akan dibelanjakan untuk: a) Fotostat Bahan b) Modul (1 set bagi setiap tingkatan) c) Hadiah untuk Aktiviti moral d) Membeli peralatan ABM seperti CD berunsurkan pengajaran dan nilai e) Peruntukan kewangan bagi setiap tingkatan untuk P&P dan aktiviti moral yang akan dijalankan. 6.0 Program Inovasi Panitia 6.0 En Khoo Ah Seng mencadangkan supaya mengadakan satu lawatan bagi pelajar tingkatan 1 dan gabungan dengan pelajar Pendidikan Khas. 6.1 Pn Yong Siok Fang mencadangkan supaya mengadakan satu sketsa pendek berkaitan nilai yang terdapat dalam pendidikan moral yang akan dikendalikan oleh pelajar manakala pelajar yang lain akan meneka nilai yang berkaitan dengan situasi yang dipersenbahkan. Hadiah akan disediakan bagi pelajar yang berjaya menjawab dengan betul. Tindakan : En Khoo Ah Seng & Pn Yong Siok Fang

7.0

Hal-hal lain 7.1 7.2 Pn Lim Kim Chu memberitahu bahawa jadual penggubal soalan peperiksaan telah disediakan dan guru-guru dikehendaki menyediakan soalan mengikut giliran yang telah ditetapkan. Cik Aniha memaklumkan bahawa bagi kelas moral 4SN2 beliau tidak mempunyai kelas kerana kelas 4SN1 digunakan oleh Pn Lim Kim Chu manakala kelas 4SN2 digunakan bagi pelajar agama. Beliau memberitahu bahawa beliau menggunakan bilik tayang atau peepustakaan dan akan sesekali meggunakan kelas sekiranya pelajar agama berada di surau. Tindakan : Cik Aniha Pn Lim Lay Neo mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat panitia kali 1 bagi tahun 2012 dan berharap semua guru

7.3

7.4

7.5 7.6 7.7

dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada segala program atau aktiviti panitia. Beliau juga memaklumkan kepada semua guru bahawa pencerapan akan dilakukan oleh pentadbir sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Mac dan bulan Julai serta meminta guru menghantar buku palajar untuk disemak oleh pentadbir sebanyak 10 buah buku iaitu 4 buku yang baik, 3 sederhana dan 3 yang lemah dan latihan yang diberikan mestilah mengikut dasar yang telah ditetapkan. Beliau juga mengingatkan semua guru supaya mesti berada di tapak perhimpunan bagi program budaya membaca dijalankan setiap pagi. Beliau turut memberitahu bahawa bahan-bahan pengajaran yang hendak direxo mestilah disemak dan diluluskan oleh GKMP Kemanusiaan. Beliau seterusnya meminta panitia mengemaskini blog dan menambah maklumat terkini dalam blog panitia.

Mesyuarat ditangguhkan pada 10.30 pagi. Disediakan oleh, .................................. (Cik Aniha Bt Ahmad) Setiausaha, Panitia Pendidikan Moral. Disemak oleh, ...................................... Pn. Lim Kim Chu, Ketua Panitia Pendidikan Moral.

Você também pode gostar