Você está na página 1de 3

Perkembangan tenaga solar di Malaysia MALAYSIA BAKAL PENGELUAR SEL SOLAR KETIGA DUNIA - TPM Utusan Malaysia 15 Dec

2010 IPOH 14 Dis. - Malaysia kini berada di landasan tepat untuk muncul sebagai pengeluar sel solar ketiga terbesar dunia selepas China dan Jerman, sekali gus menyumbang sebanyak 17 peratus kepada pengeluaran global menjelang 2020. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia tidak mustahil melonjak ke tangga kedua berikutan permintaan global yang tinggi, selain peralihan pusat pengeluar sel solar dari negara berkos tinggi seperti Jerman ke negara ini. Beliau berkata, kemampuan negara ini dalam industri semikonduktor harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai perkembangan tenaga solar dunia kerana kedua-dua bidang tersebut mempunyai rantaian perniagaan yang sama. Menurutnya, bagi merealisasikan peningkatan pengeluaran global, Malaysia harus meningkatkan kapasiti sel solar sebanyak 10 kali ganda iaitu daripada 2.3 gigawat (GW) ketika ini kepada 23 GW. "Industri ini mempunyai potensi yang besar kerana ia lebih ekonomik dari segi jangka masa panjang meskipun kos permulaannya agak tinggi. "Syarikat luar yang berminat melabur akan diberikan insentif mengikut saiz industri, selain itu kita juga mempunyai sumber tenaga manusia terlatih untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak kilang panel solar Twin Creeks Malaysia Sdn. Bhd. (TCMSB) di Kawasan Perindustrian Kanthan di sini hari ini. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua Pengarah Eksekutif, Twin Creeks Technologies Inc. Amerika Syarikat, Dr. Siva Sivaram serta Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pengarah Eksekutif The Red Solar (M) Sdn. Bhd., Datuk Rais Husin Mohamed Ariff. Projek kerjasama antara Twin Creeks Technologies, The Red Solar serta Perbadanan Kemajuan Negeri Perak itu bakal menjadikan negeri ini sebagai salah sebuah hab pengeluaran sel solar di rantau ini. Fasa pertama pelaburan Twin Creeks melibatkan sejumlah RM1.023 bilion akan membangunkan fasiliti berkuasa 100 megawat (MW) dalam tempoh lima tahun akan datang serta menghasilkan sekurang-kurangnya 1,000 peluang pekerjaan. Fasa kedua pula dijangka bermula pada 2015 melibatkan kawasan seluas 24 hektar tanah berdekatan Perak Hi-Tech Park (PHTP). Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), tenaga solar dikenal pasti sebagai satu pemangkin utama pembangunan negara di bawah Pelan Halatuju Program Transformasi Kerajaan (ETP). Beliau berkata, Malaysia kini sedang meneliti pelan terperinci bagi menarik pelaburan intensif dalam bidang pengeluaran tenaga solar termasuk membangunkan inovasi melibatkan penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, katanya, MIDA kini sedang berusaha meningkatkan pengeluaran silikon kepada 170 tan kilogram menjelang 2020 kerana kekurangan sumber bahan mentah itu menjadi penghalang kepada perkembangan tenaga solar.

Cetak . RM1b bina loji jana kuasa solar

Emel Rakan .

BCorp rancang bangunkan di Bukit Tagar dengan kerjasama POSCO E&C BERJAYA Corporation Bhd (BCorp) akan membangunkan sebuah loji jana kuasa solar dengan kapasiti menjana 100 megawatt (MW) tenaga elektrik di Bukit Tagar, Selangor membabitkan pelaburan bernilai kira-kira RM1 bilion. Ia dirancang dilaksanakannya dengan kerjasama POSCO Engineering & Construction Co Ltd (POSCO E&C), iaitu antara lima syarikat pembinaan terbesar Korea Selatan yang turut mempunyai kepakaran luas dalam sektor teknologi hijau menerusi pembabitannya dalam beberapa projek tenaga boleh diperbaharui dan loji petrokimia. Penerokaan ke dalam sektor tenaga boleh diperbaharui itu adalah antara langkah BCorp mempelbagaikan lagi sumber pendapatannya, selain bertujuan menampung keperluan sumber tenaga alternatif di negara ini. Pengerusi BCorp, Tan Sri Vincent Tan, berkata pihaknya sudah menghantar kertas cadangan bagi pembinaan loji kuasa solar itu kepada kerajaan awal tahun ini dan sedang menunggu keputusannya. Bagi loji kuasa solar, kita perlukan penetapan harga feed-in-tariff (FiT) yang berdaya maju dan sepadan dengan pelaburan. Setakat ini Tenaga Nasional Bhd (TNB) turut menghasilkan tenaga solar, tetapi dalam jumlah kecil dan kami meninjau peluang menjana kapasiti lebih besar, katanya selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara BCorp dengan POSCO E&C di Kuala Lumpur, semalam. Beliau memeterai perjanjian itu bagi pihak BCorp, manakala POSCO E&C diwakili Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Chung Dong-Hwa. Menerusi kerjasama itu, kedua-dua syarikat berkongsi kepakaran serta sumber untuk meneroka dan mengenal pasti peluang perniagaan dalam sektor tradisional. Ini termasuk pembangunan hartanah, pembinaan infrastruktur selain bidang perniagaan baru seperti tenaga boleh diperbaharui. Jika menjadi kenyataan, loji yang dirancang dibina oleh BCorp di Bukit Tagar itu akan menjadi loji jana kuasa solar terbesar di negara ini. Sebelum ini, BCorp menerusi syarikat usaha samanya dengan KUB Malaysia Bhd, iaitu KUB Berjaya Enviro Sdn Bhd, mengendalikan pusat pengurusan sisa pepejal di Bukit Tagar yang dirancangnya dibangunkan sebagai pusat penghasilan tenaga boleh diperbaharui. BCorp juga menceburi sektor tenaga hijau menerusi pembabitan dalam projek pengurusan kumbahan air dan sisa pepejal di China.

Sementara itu, Tan berkata, kerjasama pertama yang dijalin BCorp dan POSCO E&C adalah projek pembinaan resort kediaman dan komersial, Berjaya Jeju Resort di Korea yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) AS$2.9 bilion (RM8.7 bilion). POSCO E&C akan menjadi kontraktor utama fasa pertama Berjaya Jeju Resort yang dimajukan oleh Berjaya Land Bhd. Setakat ini BCorp telah melabur kira-kira AS$30 juta dari segi infrastruktur dan pembelian tanah untuk memajukan projek itu, katanya. Di Malaysia, POSCO E&C turut membida projek sambungan transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang dan aliran transit massa (MRT) Lembah Klang. Tan berkata, jika POSCO E&C berjaya dalam bidaan itu, BCorp tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dalam beberapa bahagian projek berskala mega berkenaan.

Você também pode gostar