Você está na página 1de 12

APA ITU TAKAFUL?

Takaful adalah kata terbitan bahasa arab kafala yang bermaksud jamin dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu. Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep Aqilah yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu. Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar(ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep Mudharabah dan Wakalah. Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.

CIRI CIRI TAKAFUL 1. Sistem Islam 2. Sumbangan At-Tabarruat 3. Pelaburan halal 4. Majlis Pengawasan Syariah 5. Tiada unsur riba 6. Tiada unsur maisir (Judi) 7. Tiada unsur gharar (Tidak jelas) 8. Al-mudharabah (Perkongsian untung)

SISTEM ISLAM Konsep insurans iaitu Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam . Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji). SUMBANGAN AT-TABARRUAT Tabarruat merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarruat) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan. Dalam industri Takaful, At-tabarruat yang diperkenalkan ialah Al-tabarruat yang bersyarat. Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarruat kerana ingin memastikan Tabarruat yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarruat yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut. PELABURAN HALAL Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah.

BENTUK PELABURAN; 1. Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan). 2. Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah). 3. Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil). 4. Harta bangunan. 5. Pembiayaan perumahan. 6. Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan TIADA UNSUR RIBA Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam. TIADA UNSUR MAISIR (JUDI) Para ulama menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait. Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud apabila: 1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya. 2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku. 3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima. TIADA UNSUR GHARAR (TIDAK JELAS) Maksud Gharar ialah Ketidakpastian. Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah : Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain. Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu: 1. Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan 2. Tidak diketahui kadar bayarannya 3. Tidak diketahui bila masanya AL-MUDAHARABAH (PERKONGSIAN UNTUNG) 1. Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat. 2. Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan 3. Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat

KONSEP TAKAFUL Takaful merupakan satu konsep insurans berlandaskan Muamalat Islam yang menepati Syariah. Takaful berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud saling menjamin atau joint guarantee. Ia boleh digambarkan sebagai satu perjanjian antara sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang ditimpa kerugian tertentu. Konsep takaful ini sudah pun wujud pada asasnya sejak sebelum zaman Islam lagi. Pada masa itu, ia dikenali sebagai sistem aqila (tanggungjawab bersama) yang dipelopori oleh kaum-kaum Arab pada waktu itu. Takaful yang dikenali sekarang beroperasi sebagai satu jenis perniagaan (tijari), dan ia berlandaskan prinsip Syariah, iaitu tiada unsur riba, perjudian atau ketidakpastian dalam kontrak dan pengendalian perniagaan takaful itu. Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menderma sebahagian daripada caruman mereka untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan/kerugian tertentu (ini di kenali sebagai tabarru). Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, saling menjamin dan melindung sesama mereka. Ini merupakan teras kepada sistem takaful yang menjadikan unsur ketidaktentuan dibenarkan dalam kontrak takaful. Secara prinsipnya, sistem Takaful adalah diasaskan atas semangat saling bekerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling bantuan membantu di antara kumpulankumpulan peserta. ASAS KERJASAMA Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa (al-Birr dan alTaqwa) dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (Surah Al-Maidah, Ayat 2) ASAS TANGGUNGJAWAB Perbandingan hubungan dan perasaan antara Mukmin umpama sebuah badan; apabila salah satu daripada bahagian merasa sakit, akan terasa seluruh badan. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim) ASAS PERLINDUNGAN BERSAMA Demi diriku, yang di dalam kekuasan ALLAH, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika ia tidak melindungi jirannya yang di dalam kesusahan. (Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal) Berdasarkan dalil-dalil di atas, para sarjana Islam telah membuat keputusan bahawa perlunya ada usaha yang bersepadu untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah yang terbaik untuk menghuraikan keperluan ini. UNDANG-UNDANG TAKAFUL Industri Takaful di Malaysia tertakluk di bawah Akta Takaful 1984, dan diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Para Pengendali Takaful perlu mematuhi Syariah, syarat-syarat Berkanun dan Kawal Selia yang ketat.

APA ITU INSURAN?

Secara literal, insuran sebagai mana dipraktikkan oleh sistem kewangan konvensional merujuk kepada sistem perlindungan kewangan yang melibatkan kontrak insuran di antara penjamin (insurer) dan yang dijamin (insured) yang mana penjamin bersetuju untuk menanggung risiko subjek yang dipersetujui di dalam kontrak.

Kontrak insuran ialah kontrak yang mana pihak syarikat insuran (the insurer) bersetuju untuk menanggung pihak lain yakni pencarum atau pemegang polisi (the insured) terhadap sebarang kerugian yang mungkin terjadi akibat berlakunya sesuatu kejadian atau membayar sejumlah wang akibat berlakunya sesuatu kejadian. Dalam erti kata lain, kontrak insurans bolehlah ditakrifkan sebagai satu kontrak dimana seseorang itu menanggung, sebagai balasan kepada persetujuan membayar kepada orang lain. Sejumlah wang atau nilaian yang setara dengannya apabila terjadi sesuatu kejadian terhadapnya.Kerugian yang ditanggung itu dikenali sebagai risiko, dan dokumen yang mempunyai terma dan syarat kontrak digelar sebagai polisi. Mereka yang mencari perlindungan membayar penjamin sejumlah wang yang dikenali sebagai premium dalam tempoh-tempoh tertentu kepada penjamin sebagai balasan kepada perlindungan yang diberikan.

Daripada penjelasan di atas, dapat difahami bahawa insuran mempunyai dua karekteristik penting yang perlu ditekankan. Iaitu insuran bertujuan mengurangkan ketidak pastian atau ketidak jelasan, dan ketidak jelasan ini dikurangkan kerana kerugian yang berkemungkinan berlaku dikongsi bersama atau dipindahkan. Oleh itu, insuran boleh digambarkan sebagai strategi pengurusan risiko.

MENGAPA KONTRAK INSURAN MENJADI HARAM? Di samping berpuas hati dengan fatwa pengharaman insuran nyawa yang telahpun dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada 15 Jun 1972 yakni persidangan kelima, maka ada baiknya kita telusuri sebab-sebab ianya diharamkan dengan lebih mendalam di dalam topik ini. Terdapat beberapa sebab utama mengapa kontrak insuran menjadi satu kontrak yang diharamkan. Elemen yang menjadikan kontrak insuran suatu kontrak yang tidak sah adalah kerana elemen-elemen berikut

Sebahagian besar ulama bersepakat bahawa insurans konvensional tidak selaras dengan ketentuan-ketentuan hukum syarak, kerana ia mengandungi unsure-unsur di atas, berikut akan dijelaskan maksud elemen-elemen tersebut dan contoh pengamalannya dalam sistem insurans konvensional.

Riba Riba adalah satu unsur yang jelas diharamkan di dalam Islam dalam apa jua transaski. Dan ianya berlaku dalam kontrak insuran konvensional. Hal ini berlaku kerana insurans konvensional merupakan suatu kontrak perniagaan dan termasuk daripada kalangan kontrak pertukaran pemilikan kewangan ('Uqud Mu'awadat Maliah). Oleh itu, kontrak Insurans termasuk kepada kontrak sarf iaitu pertukaran nilai wang dengan nilai wang.

Kontrak jual beli sebegini ialah satu kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ijab (tawaran) dan kabul (penerimaan) di antara syarikat insurans dan pencarum. Kontrak tersebut mewajibkan syarikat insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang telah ditentukan di dalam kontrak (aqad).

Maka daripada kontrak itu difahami bahawa insuran konvensional berasaskan perniagaan risiko. Unsur riba di dalam insuran konvensional berlaku melalui contoh seperti berikut: Penjual: Syarikat insurans Pembeli: Pencarum Benda yang dijual: Jaminan kewangan terhadap musibah tertentu Harga: RM1, 200 setahun (melalui anggaran RM100 sebulan)

Memandangkan contoh di atas mencakupi syarat-syarat jual-beli. Maka kontrak tersebut mesti mencakupi dan mengikut syarat-syarat jual-beli. Riba wujud dalam insurans ini apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum yang terkena musibah. Wang yang dibayar pencarum semestinya tidak sama jumlahnya (dalam kebanyakan kes) jika dibandingkan dengan jumlah yang dibayar oleh syarikat insuran. Wang merupakan barangan ribawi, seperti mana yang disebutkan di dalam hadis Nabi seperti berikut:

Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, jelai dengan jelai, kurma dengan kurma, garam dengan garam, semisal dengan semisal, dalam jumlah yang sama dan tunai, tangan dengan tangan. Dan jika jenis-jenis ini berbeda, maka juallah sekehendak hati kalian, jika dilakukan serta diserahkan seketika [Direkodkan oleh Imam Muslim]

Daripada hadis di atas pelajaran yang mesti diambil ialah syarat apabila berurusan di antara dua barangan ribawi yang sama jenis ia mestilah terikat dengan syarat: Sama nilai (Mithalan Bi Mithlin) Diserahkan ketika muamalah dilakukan (Yadan Bi Yadin)

Makanya contoh dalam kes insuran konvensional, wang (emas dan perak diterjemahkan juga sebagai wang) daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans ternyata tidak menepati syarat-syarat di atas. Maka dua jenis riba yang diharamkan berlaku: i. Riba al-Fadhl (Perbezaan nilai dalam pertukaran barangan ribawi) Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza iaitu tidak sama nilai dalam urusniaga dua barangan ribawi. Seperti contoh kes di atas, pencarum membayar RM1,200 setahun, tetapi apabila berlaku musibah, pencarum akan mendapat wang berjumlah RM50,000 (contoh jumlah polisi yang dibeli). Maka jumlah premium yang dibayar adalah tidak sama dengan jumlah wang yang diterima melalui syarikat insuran. Inilah contoh riba alfadhl yang berlaku. Justeru jelas apabila tiada unsur sama nilai (Mithalan Bi Mithlin) dalam kebanyakan kes melibatkan jumlah premium yang dibayar dan jumlah pampas an yang diterima. ii. Riba an-Nasiah (Pembayaran bertangguh dalam dua barangan ribawi) Berlaku penangguhan dalam kontrak insuran konvensional dalam pertukaran barangan ribawi yakni wang yang dibayar dan wang yang diterima oleh pencarum. Itu juga sekiranya berlaku musibah seperti yang dinyatakan di dalam kontrak, sekiranya tidak berlaku sebarang musibah, maka wang tersebut tidak akan diterima oleh pencarum insuran. Contohnya seperti kes di atas, RM1,200 premium dibayar setahun, dan RM50,000 hanya diterima oleh pencarum secara tangguh, itu juga sekiranya berlaku musibah, maka jika tidak berlaku sebarang musibah, pembayaran premium itu akan dianggap keuntungan bagi pihak syarikat insuran. Hatta jika ada yang ingin berhujah bahawa insuran menggunakan kontrak sosial (Tabarru) dan kerjasama (Taawwun) untuk memperbaiki kerosakan atau musibah, riba masih tetap berlaku dalam pampasan yang dijanjikan memandangkan keuntungan yang diperolehi oleh syarikat insuran melibatkan riba seperti hasil tetap dan transaksi berunsurkan riba.

Gharar (Ketidak jelasan) Al-Gharar menurut bahasa diertikan sebagai kekurangan, bahaya, kecenderungan yang mengarah kepada ketidakjelasan. Manakala dari sudut istilah pula al-gharar adalah sesuatu yang telah ditutup akibatnya atau tidak diketahui. Ada juga para ulamak fekah yang mendefinisikan dari sudut istilah sebagai sesuatu yang tidak diketahui hasilnya. Berikut beberapa pandangan dan definisi ringkas para ulamak tentang konsep ini: Imam Al-Sarakhsi: Gharar ialah tidak jelas akibatnya Imam Al-Qarafi: Gharar ialah tidak diketahui sama ada berhasil ataupun tidak Imam As-Syirasi: Gharar ialah sesuatu yang tersembunyi dan tidak diketahui akibatnya. Imam Ibn Hazm: Gharar ialah pembeli tidak mengetahui benda yang dibelinya dan penjual tidak mengetahui perkara yang dijualnya. Ibn Taimiyyah: Gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi menerimanya. Antara bukti pengharaman ketidakjelasan (al-gharar) ini daripada hadis yang bermaksud: Rasulullah melarang daripada berjual beli dengan kewujudan ketidakjelasan (al-gharar) [Dikhabarkan oleh Imam Muslim] Rasulullah melarang daripada menjual barang (secara melontar batu) dan jualan yang mempunyai ketidak jelasan (al-gharar) [Dikhabarkan oleh Imam Baihaqi]

Bagaimana gharar ini boleh berlaku dalam kontrak insuran konvensional? Hal ini berlaku akibat ketidak tentuan yang berlaku dalam perkara yang dikontrakkan. Perkara ini boleh dilihat baik dalan insuran nyawa dan juga insuran am, terutama apabila benda yang dijual oleh syarikat insuran ialah jaminan kewangan terhadap musibah tertentu. Benda yang dijual (Maqud alaihi) dalam kontrak insuran tidak dapat dikenal pasti dan tidak diketahui bila ianya berlaku. Hujah ini selari dengan laporan Badan Petugas Penubuhan Pengendali Insurans Secara Islam di Malaysia menyatakan wujud unsure gharar adalah kerana: v Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan. v Tidak diketahui kadar bayarannya. v Tidak diketahui bila masanya. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah yang dibayar oleh kedua-dua belah pihak tidak diketahui sepanjang sesi kontrak. Contohnya, syarikat insuran mungkin terpaksa membayar pampasan sejurus selepas pembayaran premium yang pertama pada bulan pertama, akibat daripada berlakunya musibah yang disebut di dalam kontrak dan syarikat insuran terpaksa membayar pencarum, atau musibah tidak pernah berlaku dan pencarum membayar untuk sesuatu yang tidak berlaku.

Di dalam hal ehwal muamalat, Islam meletakkan garis panduan jelas apabila syarat-syarat perkara yang dikontrakkan ialah perkara atau benda itu mestilah wujud semasa berkontrak dan jika tidak, ia telah melibatkan unsur-unsur gharar dan juga ia mestilah jelas kepada kedua-dua pihak yang berkontrak. Tetapi dalam kes insuran konvensional ini, pihak pencarum tidak akan menerima sebarang pengambilan premium ataupun sekiranya diberi tetapi kaedah pengiraannya tidak berasaskan prinsip sama rata, apabila pemegang polisi

membatalkan atau menamatkan polisi insurans sebelum tamat tempohnya yang tertentu, di sini wujud jelas bahawa unsur ketidak pastian yakni gharar. Maysir (Perjudian) Secara istilah arab, maysir difahami dengan maksud pertaruhan (Qimar) dan balingan (Aqdan) untuk membahagikan bahagian-bahagian daging unta dengan cara-cara tertentu. Adapun maysir atau perjudian ini bermaksud risiko yang melibatkan harapan untuk memperoleh hasil dan ketakutan menghadapi kerugian, yang bukan merupakan keperluan dari salah satu aktiviti normal dalam kehidupan. Islam melarang perjudian dan sebarang aktiviti permainan nasib seperti yang dimaksudkan dalam firman Allah berikut: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. [Surah al-Maidah 5:90] Dalam sistem insurans, mengapa dikatakan mempunyai unsure perjudian adalah kerana kontrak antara pemegang polisi atau pencarum dan syarikat insuruan, wujud kesamaran dalam keuntungan samada pencarum peroleh keuntungan akibat diselematkan daripada kerugian akibat musibah yang berlaku, atau syarikat insuran peroleh keuntungan kerana mendapat premium yang dibayar tetapi tidak perlu membayar pencarum sekiranya tidak berlaku musibah seperti mana dalam kontrak. Ini bermaksud berdasarkan sesuatu kejadian yang tidak pasti terjadi yang mana ianya berlaku atau tidak,asas sebegini lebih merupakan satu pertaruhan atau loteri. Bukankah situasi ini sama seperti perjudian, yang mana jika dianalogikan, syarikat insuran memainkan peranan seperti pemilik kedai judi, dan pencarum umpama mereka yang membuat taruham, sekiranya taruhan yang dibuat terkena, pencarum memperoleh keuntungan manakala sekiranya taruhan tidak berlaku, syarikat insuran yang memperoleh keuntungan. Jahalah (Ketidak tahuan) Unsur jahalah ini berlaku disebabkan ketidak tahuan, atau lebih tepat ianya berkait rapat apabila berlakunya gharar (kesamaran atau ketidak jelasan). Maka apa jua yang melibatkan jahalah, juga menyebabkan wujudnya unsure gharar. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa objek yang dijual atau harga barangan yang dijual beleh menyebabkan ketidak tahuan yang utama (jahalah fahisha), hal ini yang boleh menyebabkan perbezaan pendapat, perselisihan, pertengkaran, hasilnya jual beli itu dianggap cacat. Para ulamak secara umumnya menkategorikan jahalah fahisha kepadabeberapa aspek yakni ketidak tahuan objek yang dijual ketidak tahuan harga objek dijual ketidak tahuan tempoh kontrak ketidak tahuan cara perekodan kontrak Dalam kes insuran konvensional, insuran nyawa contohnya, jumlah yang dibayar oleh pencarum dan syarikat insuran boleh bertambah dan berkurang. Selain itu, jumlah yang perlu dibayar oleh satu pihak syarikat insurans diketahui jumlahnya sekiranya berlaku kejadian yang dinyatakan di dalam kontrak, manakala jumlah bayaran premium oleh pencarum masih

lagi samar. Maka tindakan kedua-dua pihak di dalam kontrak bertindak dalam keadaan tidak mengetahui sama ada keuntungan atau kerugian yang akan mereka alami sepanjang tempoh kontrak.

Bertentangan dengan hukum Faraid Insuran konvensional dikatakan bertentangan dengan hukum Faraid di dalam Islam kerana pihak pencarum telah lebih awal meletakkan bahagian terhadap wang khairat kematian itu kepada penerima manfaat (beneficiaries) ke atas harta yang bakal pihak pencarum miliki. Walhal melalui sistem Faraid harta pihak pencarum sekiranya beliau meninggal hendaklah dibahagikan mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Berdasarkan hukum Faraid, pihak pencarum tidak boleh meletakkan sesiapa sahaja menjadi penerima manfaat atas harta atau jumlah wang tersebut. Malah, ada juga kes yang mana dalam sistem insuran, sesiapa sahaja boleh diletakkan sebagai penerima manfaat, sebagai contoh kes apabila pihak pencarum meletakkan haiwan peliharaannya sebagai penerima manfaat, maka selepas kematian pihak pencarum, duit khairat kematian itu menjadi milik haiwan peliharaan tersebut. Malah ada juga kes yang meletakkan tunang sebagai pihak penerima manfaat. Semua kes begini jelas bertentangan dengan hukum dan ilmu Faraid. Bertentangan dengan konsep Qadha dan Qadar Sistem insuran yang dipopularkan oleh sistem konvensional ini dilihat bertentangan dengan keimanan seorang Muslim, yang mana salah satu rukun iman ialah beriman dengan Qadha dan Qadar. Menjadi keimanan seorang Muslim bahawa wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, semuanya itu menurut apa yang ditentukan dan ditetapkan oleh Allah, sejak sebelumnya (zaman azali). Oleh itu, mengganggar ketentuan dan ketetapan masa hadapan dalam bentuk ramalan adalah diharamkan kerana hanya Allah yang mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ketidak adilan Dalam sistem insuran konvensional, pihak syarikat insuran meletakkan klausa di dalam kontrak yang mana premium yang dibayar akan pihak pencarum akan kehilangan hak atas premium yang telah dibayar. Syarikat insuran sentiasa memiliki kelebihan dalam hal sebegini terutama dalam hal-hal seperti pihak pencarum atau pemegang polisi tidak memberikan pendedahan yang cukup, tidak berlaku musibah seperti yang dinyatakan di dalam kontrak, dan sebagainya. Kehilangan wang premium yang dibayar itu, baik ianya separuh ataupun kesemuanya, adalah bertentangan dengan Shariah kerana wang yang dibayar itu adalah satu bentuk pembayaran yang melibatkan kepercayaan pencarum kepada pihak yang menjamin. Islam melarang sekiranya transaksi sedemikian hanya menguntungkan dan member manfaat hanya kepada

satu pihak walhal pihak lain mendapat kerugian dan ketidak adilan berlaku, walaupun telah mendepositkan duit dengan niat yang baik.

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:

Hukum Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram. Kontrak asas yang digunapakai Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Muawadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru) Kontrak-kontrak lain Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi) Tanggung jawab pemegang polisi Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi. Saluran pelaburan Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC). Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

Perjalanan operasi Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional. 2. Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad. 3. Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini. 4. Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai. Aspek perundangan Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996). Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.

TAKAFUL Sistem Islam Mengajak/menyertai Sumbangan (derma bersyarat) Akad Pengendali Pelaburan saham yang halal sahaja Lembaga pengarah Lembaga syariah Mudharabah (80/20) Tiada gharar Tiada maisir

INSURANS Sistem Kapitalis Menjual/membeli Premium Kontrak Penanggung Pelaburan apa sahaja saham Lembaga pengarah Tiada Dividen (%) Gharar M aisir

Você também pode gostar