Você está na página 1de 2

NAMA : NUR DIYANA BINTI SABRI NO MATRIK : 101303 NAMA PENSYARAH : ENCIK AZHARUDDIN BIN HJ.

ABDOLLAH

1. Apakah yang anda paham berkaitan dengan perinsip pengurusan ? Secara umumnya perinsip pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali maneggiare iaitu menangani dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis mesnagement telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris management pada abad-abad ke 17 dan 18. Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.

2. Kenapakah pengurusan sangat penting?

Pengurusan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Termasuklah dalam mengatur semua pergerakan kita hari-hari. Selain itu, dengan pengurusan diri akan lebih terurus, terjaga, dan juga berdisiplin. Apabila wujudnya pengurusan maka, semua yang di atur pasti akan berjalan dengan lancar dan kemas. Di dalam pengurusan tersebut terdapat elemenelemen yang melengkapi sesuatu pengurusan. Di antaranya adalah pengurus, organisasi dan tatacara. Secara tidak langsung ke semua elemen-elemen ini bergantung dan berkait bagi menghasilkan satu pengurusan yang berkesan. Sebahagian dari itu, pengurusan sangat penting bagi menyempurnakan setiap misi dan visi sesuatu.

3. Perkembangan aspek pengurusan dari dulu hingga kini ?

Secara telus, kita dapat melihat banyak perbezaan yang terdapat di dalam pengurusan dari dulu hingga kini. Sebagai contoh kita dapat lihat dari sudut pengurusan dalam islam sejak dari zaman jahiliah. Rasulullah sendiri, sudah mengatur satu sistem pengurusan yang sistematik dan berkesan pada masa itu. Seperti contoh, beliau mewujudkan piagam madinah yang di mana terdapat peraturan dan syarat-syarat yang harus di patuhi oleh semua orang. Selain itu, terdapat beberapa jawatan penting bagi organisasi yang di wujudkan. Beliau juga melantik ketua-ketua di setiap negeri bagi menjaga keamanan. Di setiap organisasi yang di wujudkan terdapat lagi organisasi kecil yang di wujudkan. Ketua di setiap negeri yang di lantik amat tegas dan jujur dalam menunaikan tanggungjawab mereka. Tiada pecah amanah dan pertelingkahan yang berlaku. Setiap keputusan dan masalah akan di bincang dan dirujuk terlebih dahulu dengan rasulullah.

Selain daripada itu wujud juga majlis asyura. Wujud organisasi ini adalah bagi memastikan semua didalam keadaan yang baik. Di dalam organisasi ini telah di lantik ketua, pembantu dan seterusnya. Tiada unsur rasuah mahupun belot dalam organisasi. Mereka semua amat berdedikasi. Tetapi, jika dibandingkan dengan sistem pengurusan pada hari ini, masih lagi sistematik tetapi kurang berkesan. Ini adalah kerana hari ini kerap kita dengar dalam suatu pengurusan tersebut terlibat dengan masalah seperti rasuah, belot dan sebagai nya. Ini adalah salah satu faktor kepada pengurusan yang tidak kemas. Misi dan visi boleh tercapai tetapi tiada kualiti di dalam pengurusan tersebut. Jika kita lihat juga, kini wujud nya sistem pemerintah menindas rakyat, iaitu diktator. Pemerintah tidak mendengar suara rakyat dan orang bawahan. Mereka hanya membuat keputusan berdasarkan kehendak mereka sahaja. Misi dan Visi pengurusan boleh tercapai tetapi kurang berkesan kerana ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem tersebut. Secara kesimpulan nya, terdapat banyak perbezaan pengurusan dari dulu hingga kini yang telah di buat.

Você também pode gostar