Você está na página 1de 8

AKTIVITI 2E MEMBANTU RAKAN MENYELESAIKAN KONFLIK

Baca dan fahami surat yang berikut. 105, Kampung Murni, 21020, Kuala Terengganu, 6 Mac 2005 Sahabatku, Apa khabar anda sekarang ? Saya di sini sihat-sihat sahaja. Saya berharap anda sekeluarga juga sihat. Saya ingin berkongsi masalah saya dan mendapatkan nasihat daripada anda. Saya tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar kerana rakan yang duduk bersebelahan saya sering mengajak saya melakukan aktiviti lain. Biasanya dia akan melukis kartun dan menyuruh say mencipta dialog kartun tersebut. Dia juga sering menunjukkan surat yang di terimanya daripada sahabat pena dan meminta saya membaca serta memberikan pendapat untuk membalas surat tersebut. Saya risau dengan sikapnya yang suka mengganggu sehingga menyebabkan saya tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Saya tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan kerana dia merupakan rakan saya. Dia sering bersama-sama saya dan pasti membantu jika say menghadapi sebarang masalah. Saya berharap anda dapat memberikan pendapat dan nasihat supaya saya dapat menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Siti Nurhaliza binti Taruddin

PENYELESAIAN KONFLIK MENGGUNAKAN TEKNIK AWAN


Bincangkan cara anda dapat membantu Siti Nurhaliza menyelesaikan konflik yang di hadapinya. Gunakan teknik awan untuk membantu beliau. Matlamat Bersama Keperluan Kehendak

D1

AKTIVITI 2F SAYA BERTINDAK RASIONAL


Menjauhi rakan sebaya yang melakukan kegiatan yang negatif
Melepak Peras ugut Ponteng sekolah

Merokok

Kesan kegiatan negatif kepada:

Pelajaran akan merosot Tindakan disiplin akan dikenakan Masa depan yang gelap Dipulau oleh rakan Maruah diri terjejas

Kesan kegiatan negatif kepada:

Keluarga akan mendapat malu Ibu bapa akan susah kerana tiada tempat bergantung Keluarga tidak akan dihormati oleh masyarakat Keluarga akan bimbang dan risau dengan sikap anda

Kesan kegiatan negatif kepada:

Kepincangan dalam masyarakat Tiada pemimpin masa depan Hidup bermasyarakat tidak wujud

Lengkapkan akujanji untuk tidak terlibat dalam kegiatan negatif demi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

Lengkapkan akujanji untuk tidak terlibat dalam kegiatan negatif demi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

Você também pode gostar