Você está na página 1de 32

1.0 PENGENALAN. Perkataan komunikasi berasal dari perkataan Latin communicare yang bermaksud persamaan.

Beberapa definisi lain menitikberatkan idea persamaan atau perkongsian satu contoh ialah definisi Alexander Gode (petikan daripada What is Communication?1959): Komunikasi adalah satu proses persamaan dua atau lebih perkara yang menjadi monopoli kepada satu atau lebih perkara yang menjadi monopoli kepada satu atau lebih perkara lain(m.s 5). Definisi yang lebih khusus adalah dari ahli teori komunikasi Wilbur Scharamm (1971) : hari ini kita boleh mendefinisikan komunikasi dengan berkata bahawa ia adalah perkongsiaan dan penyesuaian sekumpulan lambang-lambang bermaklumat (m.s 13). Shramm (1971) telah menyatakan bahawa komunikasi boleh bertindak sebagai fungsi pemujukan, pemberitahuan, pengajar, penghibur. Sesetengah sarjana mendefinisikan semua komunikasi sebagai pemujukan sebenarnya. Satu contoh dalam definisi ini oleh ahli psikologi Carl Hovland, Irving Janis dan Horold Kelley (1953) : Komunikasi merupakan satu proses seorang individu komunikator) menghantar rangsangan (selalunya suara) untuk mengubahsuai tingkah laku individu lain (penonton) (m.s 12). Selain itu Hovland, Janis dan Kelley yang dikemukakan oleh Forsdale (1981) adalah ahli sosiologi Amerika, mengatakan bahawa, communication is the process by which an individual tranmitis stimuly (usually verbal) to modify the behaviour of other individuals. Dengan kata lain komunikasi adalah proses individu mengirim stimulus yang biasanya dalam bentuk verbal untuk mengubah tingkah laku orang lain. Pada definisi ini mereka menganggap komunikasi sebagai proses, bukan sesuatu hal. Satu contoh lain datang daripada ahli teori komunikasi David Berlo (1960) yang menulis : Semua tingkah laku komunikasi mempunyai tujuan menarik keluar tindakbalas yang khusus dari seorang individu yang khusus atau sekumpulan individu (m.s 16). Definisi yang memasukkan apa jua jenis pengaruh atau tidak balas dengan tujuan atau tanpa tujuan. Definisi dalam kategori ini adalah definisi komunikasi yang luas bidangnya. Mereka melibatkan pendapat Warren Weawer 1949, (M.S 3 ) kesemua prosedur yang menyebabkan pemikiran boleh mempengaruhi yang lain dan pendapat S.S Steven tindak balas yang tidak membezakan dari satu organisme kepada satu rangsangan (dipetik dari cherry.1966,m.s 7). Definisi oleh Forsdale, menurut beliau ahli komunikasi dan pendidikan communicaton is the process by which a system is established, maintened and altered by means of shared signal that operate according to rules. Komunikasi adalah suatu proses memberi signal menurut
1

aturan tertentu sehingga dengan cara ini suatu sistem dapat didirikan,dipelihara dan diubah. Pada definisi ini komunikasi juga dipandang sebagai proses. Kata signal maksudnya yang berupaya verbal dan nonverbal yang mempunyai aturan tertentu. Dengan adanya aturan ini menjadikan orang yang menerima yang telah mengetahui aturannya akan dapat memahami maksud dari signal yang diterimanya. Forsdale mengatakan bahawa pemberian signal dalam komunikasi dapat dilakukan dengan maksud tertentu atau dengan disedari atau tidak disedari. Menurut Brent D.Ruben (1988) memberikan definisi mengenai komunikasi manusia lebih komprehensif sebagai berikut komunikasi manusia adalah suatu proses melalui mana individu dalam hubungannya, dalam kelompok, dalam organisasi dan dalam masyarakat menciptakan, mengirimkan dan menggunakan informasi untuk mengkoordinasi lingkungan dan orang lain. Pada definisi ini komunikasi juga dikatakan sebagai suatu proses iaitu suatu aktivis yang mempunyai beberapa tahap yang terpisah antara satu sama lain tetapi berhubungan (Dr. Arni Muhammad:3). Menurut William J.Seller(1988) definisi komunikasi bersifat universal. Dia mengatakan komunikasi adalah proses dengan mana simbol verbal dan nonverbal dikirimkan, diterima dan diberi erti. Dalam definisi ini proses komunikasi sangat sederhana, iaitu mengirim dan menerima pesan tetapi komuniksai adalah sesuatu fenomena yang kompleks dan sulit difahami tanpa mengetahui prinsip dan kompenan yang penting dari komuniksasi tersebut.

2.0 BIDANG KOMUNIKASI DI BARAT DAN MALAYSIA. Bidang pendidikan komunikasi di Malaysia mempunyai kesan pengaruhnya daripada penyelidikan di Amerika Syarikat. Bidang komunikasi berkembang daipada perkara yang kecil hingga menjadi bidang utama. Kita melihat perkembangan di barat dan kemudian diikuti perkembangan bidang ini di Malaysia. Dalam tahun-tahun 1930an ramai sarjana Amerika Syarikat tertarik untuk mengkaji tentang proses proses dan kesan komunikasi. Namun begitu, komunikasi pada ketika itu bukan merupakan satu displin ilmu seperti matematik, kimia, atau ekonomi, tetapi merupakan bidang yang sangat popular dan menarik bagi penyelidikpenyelidik dan ahli-ahli teori. Ini kerana komunikasi merupakan the busiest crossroads in the study of human behavior (Schramm 1963: 1) kerana sifat komunikasi itu sebagai satu proses sosial yang asas.

Permulaan kajian dalam bidang komunikasi menjadi satu kontroversi akademik. Penyelidikan komunikasi telah bermula sebelum perang dunia kedua tetapi lebih berbentuk propaganda (Cmiel 1996). Ini bermaksud, pada masa itu komunikasi merupakan satu cara untuk memanupulasi atau memutar belitkan fikiran dan sikap orang ramai. Tujuan komunikasi ini berlanjutan sehingga perang dunia kedua apabila konotasinya berubah ini kerana pada masa itu usaha untuk menukar fikiran orang ramai dan utusan yang dikirim begitu sahaja dengan tidak ada niat yang tertentu ( Merton 1996). Masalah wujud apabila sesuatu komunikasi yang disampaikan mempunyai tujuan maka ianya dikatakan sebagai satu bentuk propaganda. Terdapat empat tahap dalam perkembangan penyelidikan komunikasi di Amerika Syarikat yang boleh dibahagikan berdasarkan tahun-tahun tertentu. Tahap pertama, antara tahun 1760-1870 an, tahap kedua 1870 hingga 1990 an, tahap ketiga 1920-1950 an dan tahap keempat pula iailah dari tahun 1950 hingga hari ini. Umumnya, pada tahap satu hingga ketiga, penyelidikan berorientasikan kepada kewartawanan kerana ini disebabkan kewartawanan merupakan bidang utama dan yang terawal dalam pengajian komunikasi di pusat-pusat pengajian tinggi. Ianya dipelopori oleh bekas-bekas wartawan yang kemudiannya membentuk Jabatan Kewartawanan seperti yang terdapat di Wisconsin dan Minnesota yang

menggantikan Jabatan Bahasa Inggeris. Seterusnya, penyelidikan yang dilakukan pada ketika itu lebih berorientasikan kepada penyelidikan kewartawanan secara deskriptif. Schramm menggariskan tiga tahap dalam penyelidikan dalam komunikasi. Tahap pertama ialah kemunculan komunikasi sebagai satu bidang dalam sains sosial. Kedua pengaruh yang dibawa oleh empat tokoh dalam penyelidikan komunikasi iaitu Lazarfeld, Lassweld Kurt Lewin dan Carl Havlond dan terakhir sekali ialah kemajuan yang diperolehi dalam bidang kewartawanan. Dalam masa tahap pertama, Schramm mengatakan sejarah penulisan paling awal tetapi hanya pada abad 19 dan 20 barulah komunikasi diterima sebagai satu bidang kajian di university. Di Amerika Syarikat aktiviti di Chicago School banyak menyumbang kepada kemajuan dalam penyelidikan komunikasi. Ramai sarjana mempunyai kepakarannya asing dari bidang komunikasi dan hanya tampil seketika untuk membuat penyelidikan di dalam bidang komunikasi sebelum mereka kembali ke displin masing-masing. Cooley contohnya adalah seorang yang mempelajari bidang kejuruteraan tetapi mengajar sosiologi. Sapir pula adalah seorang ahli antropologi linguistic. Park, Cooley dan Sapir membawa kajian dalam bidang komunikasi manusia sebelum kajian komunikasi menjejak kepada tahap kedua (Schramm, 1996).
3

3.0 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI DI BARAT Bidang komunikasi hanya dikenali sebagai bidang pengajian yang penting pada abad ke-20. Ini menjadikan bidang komunikasi sebagai bidang pengajian yang baru berbanding bidangbidang lain. Komunikasi mula menjadi tumpuan dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi seperti radio, televisyen, telefon, satelit, rangkaian computer, serta perkembangan perindustrian dan politik dunia. Pada masa itu timbul keperluan untuk mengetahui apakah kesan perkembangan teknologi komunikasi terhadap individu, masyarakat, dan rakyat jelata sesebuah negara. Begitu juga timbul keinginan di kalangan para penyelidik untuk mengetahui kesan ucapan-ucapan politik terhadap masyarakat, sehingga timbul kajian-kajian tentang propaganda dan pendapat umum. Selain itu kajian-kajian dalam bidang psikologi sosial tentang tayangan wayang gambar terhadap kanak-kanak, propraganda dan pembujukan, dan dinamik kelompok turut dijalankan. Ada kajian yang bertujuan mengetahui tentang penggunaan teknologi baru seperti radio dalam pengajaran, pengajaran kemahiran asas komunikasi seperti pidato umum, perbincangan kumpulan dan kesan amalan komunikasi di dalam bilik darjah. Pergiklanan juga menjadi penting pada separuh pertama abad ke-20. Oleh itu, kajian awal di universiti-universiti di Amerika bertumpu kepada memenuhi keinginan sektor pemasaran untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang komunikasi. Hanya selepas Perang Dunia Kedua barulah bidang komunikasi diakui sebagai bidang pengajain yang sah dan penting. Walau bagaimanapun ada perbezaan pendekatan dalam mengkaji komunikasi di antara sarjana Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika Syarikat penyelidik komunikasi mengkaji tajuk-tajuk berkaitan secara objektif dengan mengunakan kaedah kuantitatif, manakala para penyelidik di Eropah pula lebih dipengaruhi oleh sejarah, budaya dan minat untuk mengkritik. Ketegangan di antara dua tradisi ini bertambah setiap tahun walaupun ada percubaan antara kedua pihak untuk melihat kedua-dua pendekatan pendekatan ini. Kebanyakan kajian komunikasi di Amerika Syarikat dan Eropah adalah kebaratan dan keeropahan. Teori-teori komunikasi yang banyak dibincangkan di dalam bukubuku diutarakan mengikut tradisi barat. Ada juga percubaan untuk memahami komunikasi daripada perspektif Timur. Percubaan oleh Kincaid (1987) untuk membezakan di antara Teori Komunikasi daripada perspektif Barat dan Timur adalah salah satu daripadanya.

Sementara itu, jika kita lihat perkembangan bidang komunukasi di Amerika Syarikat dan Eropah, kita dapati penubuhan Jabatan Komunikasi, Jabatan Pengucapan, Jabatan Komunikasi Massa bagi menambah kepada jabatan-jabatan yang sedia ada. Walau bagaimanapun bidang ini masih tidak sekata, daripada pelbagai pilihan (elektif) dan pelbagai displin. Kepelbagaian teori komunikasi mengambarkan komunikasi adalah sesuatu yang kompleks. Sejak dari awal lagi, persoalan mengenai komunikasi memang menarik minat para sarjana daripada pelbagai bidang. Keadaan ini sama seperti mana yang pernah di utarakan oleh Wilbur Schram mengenai penyelidikan komunikasi di Amerika Syarikat dimana ahli psikologi, sosiologi, antropologi, sains politik, ekonomi, matematik, sejarah dan bahasa telah turut sama menyumbang dalam membangun dan memperkembang bidang ini. Namun menurut Schram Penyelidikan komunikasi telah menjadi prsimpangan akademik yang telah dilalui oleh ramai tetapi hanya segelintir sahaja yang terus kekal. (1988:1). Dan yang terus kekal ini adalah sarjana komunikasi.

4.0 PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI DI MALAYSIA Bidang komunikasi di Malaysia berkembang dengan pesat dan berperingkat-peringkat. Namun begitu, perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor keperluan industri media dan komunikasi negara. Menurut Syed Arabi (2002) sejarah dan perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia dapat ditinjau menerusi empat fasa. Pada peringkat awal, bidang komunikasi di Malaysia dipengaruhi oleh bidang kewartawanan. Sebelum mencapai kemerdekaan, media cetak khususnya surat khabar memainkan peranan penting dalam masyarakat untuk memupuk semangat kebangsaan (Mohd Safar, 1996). Di peringkat ini peranan komunikasi ialah untuk politik dan sosioekonomi. Dari segi pengajian komunikasi dalam era ini tidak wujud secara formal. Fasa kedua yang bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan memperlihatkan bidang komunikasi menjadi semakin berkembang dan mula mendapat perhatian. Salah satu titik awal perkembangan tersebut dalam fasa ini ialah apabila operasi persuratkhabaran berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Perpindahan ini telah menjana sektor baru iaitu media cetak negara ini. Selain itu, sekitar tahun 1970-an pula bidang komunikasi di Malaysia berkembang lagi dengan wujudnya bidang. Pada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an keperluan latihan secara formal bagi ilmu komunikasi diperluaskan (Syed Arabi, 2002). Ini dapat dibuktikan dengan tertubuhnya beberapa institusi yang bersifat profesional berhubung komunikasi.
5

Antara institusi yang dimaksudkan ialah Berita Nasional Malayisa (BERNAMA) pada tahun 1968 yang memfokus terhadap hal-ehwal kewartawanan. Pada tahun 1971 pula memperlihatkan tertubuhnya Institut Perhubungan Awam Malaysia dan penubuhan Institut Penyiaran Tun Abdul Razak pada tahun 1972 untuk memberi latihan dalam bidang penyiaran dan media elektronik. Fasa ketiga pula telah menyaksikan anjakan paradigma dalam bidang komunikasi negara. Pada fasa ini, ilmu yang merupakan amalan komunikasi mula memperlihatkan bidang-bidang baru selain bidang kewartawanan dan penyiaran. Latihan serta profesion dalam penyiaran radio, televisyen dan agensi berita mula digandingkan dengan bidang periklanan dan perhubungan awam. Pertengahan tahun 1970-an merupakan tahap kemunculan komunikasi sebagai satu bidang pengajian formal. Pada fasa ini juga menyaksikan penubuhan beberapa institusi pengajian tinggi yang menawarkan

bidang komunikasi massa khususnya sebagai satu program pengajian. Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan institusi pengajian tinggi awam yang pertama menawarkan pengajian komunikasi dan diikuti dengan universiti-universiti awam lain. Hakikatnya pendidikan komunikasi pada fasa ini tidak terhad kepada para pengamal media sahaja sebagaimana fasa-fasa sebelum ini. Sebaliknya, bidang komunikasi pada fasa ini lebih bersifat terbuka tetapi masih tertumpu kepada komunikasi massa khususnya penyiaran dan kewartawanan. Fasa terakhir iaitu yang keempat bermula sekitar 1980-an telah menunjukkan perkembangan pesat dan meluas dalam bidang komunikasi di samping pengajian. Seiring dengan perkembangan sosio ekonomi negara,komunikasi menjadi semakin signifikan apabila ia berjaya muncul sebagai salah satu bidang komersial. Pada peringkat awal hampir keseluruhan pusat pengajian tinggi awam di Malaysia menawarkan pengajian komunikasi massa. Namun, senario 1990-an dengan berkembangnya bidang perniagaan,maka bidang komunikasi di Malaysia telah memperlihatkan kemunculan bidang-bidang baru seperti komunikasi keorganisasian, komunikasi korporat, periklanan, teknologi komunikasi dan telekomunikasi di universitiuniversiti awam. Malah kini, teknologi komunikasi merupakan komponen pengajian komunikasi yang semakin penting dan popular. Bidang teknologi komunikasi tidak muncul sebagai satu aliran yang tersendiri. Boleh dikatakan hampir kesemua bidang komunikasi hari ini turut menjadi teknologi komunikasi sebagai komponen ilmu bersama. Dengan erti kata lain ianya bersifat interdisiplin.

5.0 KRONOLOGI PERKEMBANGAN BIDANG PENGAJIAN KOMUNIKASI DI MALAYSIA Bidang komunikasi adalah merupakan satu bidang akademik yang telah berkembang dengan begitu pesat di Malaysia iaitu selepas tahun 1970 an dan bidang ini berkembang secara berperingkat. Pada mulanya iaitu sebelum tahun 1970 an, bidang komunikasi ini dianggap tidak begitu penting untuk diajar di peringkat universiti dan ianya hanya diterima sebagai satu pengetahuan teknikal yang harus dipelajari oleh mereka yang berada dalam bidang kewartawanan. Namun begitu, perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia adalah banyak dipengaruhi oleh fakor keperluan industri media dan komunikasi negara. Syed Arabi (2002) mengatakan bahawa sejarah dan perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia dapat dilihat menerusi empat fasa. Pada peringkat awal iaitu fasa pertama, bidang komunikasi di Malaysia adalah dipengaruhi oleh bidang kewartawanan. Dunia kewartawanan amat menarik dikaji kerana ia terlibat dalam pelbagai peristiwa politik tanah air. Sebelum mencapai kemerdekaan, media cetak khususnya surat khabar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat untuk memupuk semangat kebangsaan (Mohd Safar, 1996). Pada fasa ini, peranan komunikasi adalah untuk politik dan sosioekonomi. Terdapat ahli akademik yang bukan dari bidang komunikasi telah menggunakan bahan dalam akhbar-akhbar untuk menulis tentang politik dan juga sejarah tanah air. Contohnya Roff yang telah menulis tentang pergerakan Kaum Muda dan Kaum Tua melalui bahan-bahan yang ada dalam akhbar Malaysia. Dalam fasa ini, pengajian komunikasi tidak wujud secara formal. Fasa kedua pula telah bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dan ini telah memperlihatkan bidang komunikasi menjadi semakin berkembang dan bidang ini juga telah mula mendapat perhatian daripada masyarakat. Salah satu titik awal perkembangan dalam peringkat ini ialah apabila operasi persuratkhabaran berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur dan perpindahan ini telah menjana satu sektor baru iaitu media cetak. Dan, pada sekitar tahun 1970 an bidang komunikasi di Malaysia berkembang disebabkan kewujudan bidang penyiaran yang mampu membawa bidang komunikasi berkembang dengan lebih jauh. Pada sekitar tahun 1960 an dan 1970 an, keperluan latihan secara formal bagi ilmu komunikasi diperluas (Syed Arabi, 2002). Hal tersebut dapat dilihat dengan penubuhan beberapa institusi yang bersifat profesional berhubung bidang komunikasi ini. Antara institusi yang dimaksudkan ialah Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang ditubuhkan pada tahun
7

1968 dan penubuhannya adalah memberi fokus terhadap hal-ehwal kewartawanan.Dan pada tahun 1971 pula telah tertubuhnya Institut Perhubungan Awam Malaysia dan juga pada tahun 1972 penubuhan Institut Penyiaran Tun Abdul Razak untuk memberi latihan dalam bidang penyiaran dan media elektronik. Peringkat seterusnya adalah fasa ketiga yang menyaksikan anjakan paradigma dalam bidang komunikasi di negara Malaysia. Pada peringkat ini, ilmu komunikasi mula memperlihatkan bidang-bidang baru selain daripada bidang kewartawanan dan bidang penyiaran. Malah, latihan dan profesion dalam penyiaran televisyen, radio dan juga agensi berita telah mula digabungkan digandingkan dengan bidang pengiklanan dan juga perhubungan awam. Pertengahan tahun 1970 an adalah merupakan tahap kemunculan komunikasi sebagai satu bidang pengajian formal dan pada fasa ini juga menyaksikan penubuhan beberapa institusi pengajian tinggi yang ada menawarkan bidang komunikasi massa khususnya sebagai satu program pengajian. Namun, pada hakikatnya pendidikan komunikasi pada fasa ketiga ini adalah tidak terhad kepada para pengamal media sahaja seperti dalam fasa pertama dan fasa kedua dan sebaliknya bidang komunikasi pada fasa ini adalah lebih bersifat terbuka tetapi ia masih tertumpu kepada komunikasi massa khususnya dalam bidang penyiaran dan juga bidang kewartawanan. Fasa yang terakhir ialah fasa keempat yang telah bermula dalam sekitar tahun 1980 an. Dalam fasa ini, bidang komunikasi di samping pengajian telah menunjukkan perkembangan yang pesat dan begitu meluas sekali. Seiring dengan perkembangan sosioekonomi Negara, bidang komunikasi telah menjadi semakin bermakna apabila ia telah berjaya muncul sebagai salah satu bidang komersial. Pada peringkat awal fasa ini, hampir keseluruhan institut pengajian tinggi awam di Malaysia ada menawarkan pengajian komunikasi massa. Namun, pada tahun 1990 an iaitu dengan berkembangnya bidang perniagaan, bidang komunikasi di Malaysia telah memperlihatkan kemunculan bidang-bidang baru seperti bidang komunikasi korporat, komunikasi keorganisasian, teknologi komunikasi, periklanan dan telekomunikasi di universiti-universiti awam di Malaysia. Bidang komunikasi ini berkembang secara meluas di Malaysia selepas tahun 1970 an dan ianya dibuktikan dengan penubuhan jabatan-jabatan komunikasi di Malaysia dan penubuhan jabatan-jabatan tersebut adalah merupakan titik tolak perkembangan bidang komunikasi ini di Malaysia. Ini diperlihatkan oleh penubuhan Jabatan komunikasi pertama pada tahun 1970 di Universiti Sains Malaysia (USM). Dan seterusnya diikuti oleh universiti8

universiti awam malaysia yang lain iaitu penubuhan Sekolah Komunikasi Massa di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1972, Jabatan Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1976, Jabatan Komunikasi Pembangunan di Universiti Pertanian Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1979, malah kini program komunikasi juga terdapat di Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak dan juga di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Penubuhan jabatan dan program komunikasi dalam institut-institut pengajian awam Malaysia telah mampu membawa bidang komunikasi ini berkembang lebih jauh lagi dan ia mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan pelajar yang mengikuti pengajian komunikasi walaupun di Institut Teknologi MARA sahaja bidang komunikasi mendapat tempat yang utama iaitu dengan pembentukan School of Mass Communication tetapi di universiti lain ia adalah di jabatan dalam fakulti yang berbeza. Ini dapat dilihat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Komunikasi telah dibentuk di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, manakala di Universiti Putra Malaysia pula ia dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Pembangunan iaitu yang diletakkan dibawah Pusat Pengembangan dan Penyelidikan Lanjutan (PPPL). Namun, walau di manapun jabatan komunikasi dtempatkan, ini tidak menghalang para sarjana yang terdiri daripada pegawai akademik untuk menjalankan peranan mereka sebagai tenaga pengajar iaitu dengan melaksanakan tiga fungsi utama seperti pengajaran, penyelidikan serta penulisan dan manakala di UPM pula, tenaga pengajar di Jabatan Komunikasi Pembangunan melaksanaksanakan satu lagi fungsi tambahan iaitu pengembangan. Seperti bidang-bidang yang lain, bidang komunikasi ini juga mempunyai pengasas yang telah memulakan penyelidikan ke atas bidang komunikasi di Malaysia.Mereka adalah seperti Prof.Vincent Low dan Prof.Ramli Mohamad (USM), Datin Sharifah Mariam, Dr.Bukhori (ITM), Dr.Shamsuddin A.Rahim, Prof.Madya Dr.Rahmah Hashim (UKM), Prof.Dr.Mohd Yusof Hussain (yang dahulu bertugas di UPM dan kini beliau berada di UIA), Prof.Madya Dr.Md.Salleh Hassan, Prof.Dr.Sulaiman Yassin, Dr.Saodah Wok (yang dahulu di UPM dan kini di UIA), Prof.Madya Dr.Musa Abu Hassan, Prof.Madya Dr.Ezhar Tamam dan Dr. Narimah Ismail.Mereka telah mula menceburi dalam bidang komunikasi seawal tahun 1976. Oleh itu, perkembangan bidang komunikasi di Malaysia adalah dipengaruhi oleh apa yang telah berlaku di barat kerana kebanyakkan pengasas bidang komunikasi di Malaysia mendapat pendidikan dan latihan di barat dan ilmu yang diperolehi mereka seterusnya

diaplikasi dan diperkenalkan di Malaysia dan melahirkan para pakar komunikasi yang terlatih di dalam negara. 6.0 PENGENALAN DAN PENUBUHAN PROGRAM KOMUNIKASI DI

UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MALAYSIA. Menurut Anderson, yang bekerja sebagai sukarelawan pasukan keamanan di Malaysia selama tiga tahun, kakitangan ITM mengandungi lima pensyarah sepenuh masa, yang kesemuanya mempunyai M.A. ijazah-ijazah dari universiti-universiti Amerika. Keempat-empat pensyarah tersebut merupakan pensyarah malaysia, tetapi tiada seorang pun yang mempunyai pengalaman dalam praktikal media. Pensyarah yang kelima tidak mempunyai pengalaman dalam bidang media tetapi mempunyai pengalaman dalam bidang majalah. Dalam kajian ini, selain pendidikan dan latihan dalam kewartawanan, Anderson turut menekankan perlunya penyelidikan komunikasi di Malaysia. Dalam ketiadaan tradisi intelektual dalam bidang komunikasi, UNESCO mlibatkan diri melalui pelaksanaan program penyelidikan komunikasi antarabangsa. Anderson mengatakan tradisi penyelidikan tidak wujud di negara membangun, dan usaha-usaha untuk penyelidikan hanya bermula apabila selepas rangka kerja program penyelidikan komunikasi antarabangsa yang dilakukan oleh UNESCO. Di seminar AMIC semasa latihan komunikasi dan selidik yang diadakan di Kuala Lumpur dari 29 Mei hingga 1 Jun 1972. Peserta-peserta telah diberitahu bahawa negara Asia berupaya membina asas penyelidikan komunikasi yang agak baik, walaubagaimanapun masih ada di kawasan tertentu dimana penyelidikanya terbatas bukan sahaja bagi penyelidik dari luar malahan penyelidik dari negara Asia sendiri. Turut dinyatakan yang kebanyakan daripada usaha-usaha penyelidikan juga berbeza-beza dan lebih bercorak individualistik. Ini telah dibuktikan dengan hasil penyelidikan yang tidak menepati kualiti penyelidikan kerana tidak ada dialog secara professional, perbincangan dan kritikan positif yang dihasilkan. Politik kewartawanan dan pendidikan komunikasi massa di Malaysia mempunyai tempoh tertentu. Anderson menggambarkan ini sebagai satu tragedi kerana tiada perancangan dan rundingan, ia bersifat kurang akademik. Merujuk kepada dua program di USM dan ITM, pada masa itu banyak persoalan sama ada sebuah negara kecil seperti malaysia mampu menyediakan gaya program komunikasi Amerika yang mewah berbanding kemudahan sedia ada yang terhad. Terdapat kekurangan Penyelarasan dan kerjasama antara sarjana-sarjana, pegawai kerajaan, dan golongan yang berkemahiran agar dapat menerajui kedua-dua institusiinstitusi tersebut untuk bergerak secara unilitari dalam mencapai tujuan sama. Anderson
10

menyatakan

sebagai salah satu ciri pembangunan pesat, program-program komunikasi

berprestij memerlukan penyelarasan dan kerjasama dari pelbagai arah tetapi ia perlu bergerak secara satu haluan bagi mencapai tujuan yang sama. Sejak 1971, terdapat sembilan bidang pengajian komunikasi dan media di universiti awam di malaysia. Dari itu, terdapat Sekolah Komunikasi di USM, dan Falkulti Komunikasi dan Pengajian Media di UITM yang pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Komunikasi pada tahun 1972. Manakala, Jabatan Komunikasi ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975 telah berkembang kepada sekolah media dan pengajian komunikasi di bawah fakulti sains sosial dan kemanusiaan. Di Universiti Putra Malaysia sekarang mempunyai jabatan komunikasi di bawah fakulti komunikasi dan bahasa moden. Jabatan mengantikan jabatan pembangunan komunikasi universiti pada 1979, di bawah Pusat pengajian Lanjutan yang di tubuhkan 3 tahun terawal. Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media (FKPM) (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sebaran Am) telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan kerjasama Universiti Ohio dan telah menjadi pusat pembelajaran bidang media yang pertama di Malaysia. Universiti Malaya yang merupakan universiti terawal yang menolak cadangan program komunikasi, sekarang mempunyai Jabatan Pengajian Media yang pada mulanya dikenali sebagai Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Kesenian pada tahun 1976. Sebelum dinamakan bahagian Pengajian Media, program komunikasi telah beroperasi di bawah nama Jabatan Penulisan yang turut terletak bersama Falkulti Kesenian dan Sains Sosial. Pada tahun 1990, Universiti Islam Antarabangsa menubuhkan Jabatan Komunikasi, diasaskan oleh Sharif Muhajid, ahli akademik yang berasal dari pakistan. Pada tahun 1990 juga, terdapat 3 lagi program komunikasi di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak yang ditubuhkan pada 1993, Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1994 di bawah Sekolah Sains Sosial. Manakala, penubuhan program Komunikasi terbaru iailah pada tahun 1999 di Universiti Utara Malaysia dibawah Sekolah Pembangunan Sosial, dan sekarang diasingkan menjadi Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden. Bidang komunikasi ini berkembang secara meluas di Malaysia selepas tahun 1970 an dan ianya dibuktikan dengan penubuhan jabatan-jabatan komunikasi di Malaysia dan penubuhan jabatan-jabatan tersebut adalah merupakan titik tolak perkembangan bidang komunikasi ini di Malaysia. Ini diperlihatkan oleh penubuhan Jabatan komunikasi pertama pada tahun 1970 di Universiti Sains Malaysia (USM). Dan seterusnya diikuti oleh universitiuniversiti awam malaysia yang lain iaitu penubuhan Sekolah Komunikasi Massa di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1972, Jabatan Komunikasi di Universiti Kebangsaan
11

Malaysia (UKM) pada tahun 1976, Jabatan Komunikasi Pembangunan di Universiti Pertanian Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1979, malah kini program komunikasi juga terdapat di Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak dan juga di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Penubuhan jabatan dan program komunikasi dalam institut-institut pengajian awam Malaysia telah mampu membawa bidang komunikasi ini berkembang lebih jauh lagi dan ia mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan pelajar yang mengikuti pengajian komunikasi walaupun di Institut Teknologi MARA sahaja bidang komunikasi mendapat tempat yang utama iaitu dengan pembentukan School of Mass Communication tetapi di universiti lain ia adalah di jabatan dalam fakulti yang berbeza.Ini dapat dilihat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Komunikasi telah dibentuk di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, manakala di Universiti Putra Malaysia pula ia dikenali sebagai Jabatan Komunikasi Pembangunan iaitu yang diletakkan dibawah Pusat Pengembangan dan Penyelidikan Lanjutan (PPPL). Namun, walau di manapun jabatan komunikasi dtempatkan, ini tidak menghalang para sarjana yang terdiri daripada pegawai akademik untuk menjalankan peranan mereka sebagai tenaga pengajar iaitu dengan melaksanakan tiga fungsi utama seperti pengajaran, penyelidikan serta penulisan dan manakala di UPM pula, tenaga pengajar di Jabatan Komunikasi Pembangunan melaksanaksanakan satu lagi fungsi tambahan iaitu pengembangan. Seperti bidang-bidang yang lain, bidang komunikasi ini juga mempunyai pengasas yang telah memulakan penyelidikan ke atas bidang komunikasi di Malaysia. Mereka adalah seperti Prof.Vincent Low dan Prof.Ramli Mohamad (USM), Datin Sharifah Mariam, Dr. Bukhori (ITM), Dr.Shamsuddin A.Rahim, Prof.Madya Dr.Rahmah Hashim (UKM), Prof. Dr. Mohd Yusof Hussain (yang dahulu bertugas di UPM dan kini beliau berada di UIA), Prof. Madya Dr. Md. Salleh Hassan, Prof. Dr. Sulaiman Yassin, Dr. Saodah Wok (yang dahulu di UPM dan kini di UIA), Prof. Madya Dr. Musa Abu Hassan, Prof. Madya Dr. Ezhar Tamam dan Dr. Narimah Ismail. Mereka telah mula menceburi dalam bidang komunikasi seawal tahun 1976. Menurut Anderson lagi, dia tidak melihat pembangunan pesat bidang komunikasi di malaysia. Apa yang berlaku di Malaysia pada awal tahun 1970 adalah lebih kepada meniru gaya kewartawanan Amerika dan menghasilkan graduan menara gading dengan banyak yang tidak berkebolehan membuat praktikal dalam usaha membangunkan negara. Kebimbangan
12

kemudian dijelaskan oleh Anderson yang sama ada Malaysia mengambil pendekatan gaya Amerika (pendekatan akademik), atau pendekatan gaya British (pendekatan vokasional) atau gabungan kedua-dua pendekatan tersebut. Dalam susur galur perkembangan bidang pengajian komunikasi di Malaysia pada tahun 1970 mengikut Syed Arabi Idid dapat dikenalpasti

kepada 3 perkara utama iaitu, pertama penubuhan universiti di malaysia dan penerimaan pengajian komuniksi sebagai bidang akademik pada peringkat ijazah dan lepasan graduan. Kedua, pensyarah yang mengajar dalam bidang komunikasi di universiti malaysia kebanyakanya mereka mendapat pendidikan dari Amerika. Ketiganya penyelidikan masih kekal terbatas hanya melibatkan media cetak ( Tham, 1981 dalam Idid) sebelum televisen, radio dan filem. Idid turut mengatakan sejak penginstitusian penyelidikan pengajian komunikasi di malaysia pada awal tahun 1970, iailah telah mewujudkan penyimpangan, pengubahsuaian, dan aplikasi dari aliran utama pengajian komunikasi Amerika.

7.0 BIDANG KOMUNIKASI DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) Di Malaysia, selepas tahun 1970-an bidang komunikasi sebagai satu bidang akademik yang telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Kenyataan ini dapat membuktikan dari segi jumlah pelajar dan juga jumlah tenaga pengajar serta jumlah institusi yang menawarkan kursus komunikasi. Pada masa kini, penawaran kursus adalah pada peringkat sarjana dan Doktor Falsafah. Di samping itu, pelajar-pelajar juga berpeluang untuk mendapatkan didikan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Selain itu, bermula pertengahan tahun merupakan tahap kemunculan komunikasi sebagai satu bidang pengajian formal. Sebelum itu, bidang komunikasi tidak mempunyai tumpuan dalam kalangan masyarakat seperti pada masa kini. Dengan itu, perhatian daripada beberapa sarjana bidang komunikasi maka muncullah beberapa institusi-institusi pendidikan mula membuka tirai untuk mengembangkan bidang komunikasi di tanah air. Peranan daripada institusi-institusi ini bidang pengajian komunikasi menjadi suatu bidang yang popular dan menjadi fokus daripada pelbagai pihak. Institusi pengajian tinggi awam pada tahun 1970-an adalah merupakan titik permulaan kepada penyelidikan komunikasi di Malaysia. Inisiatif awal dalam memantapkan sesebuah bidang pengajian ialah melalui penubuhan program-program pengajian dan institusi-institusi pendidikan tinggi. Di Malaysia, program-program pengajian komunikasi mula diperkenalkan
13

dalam dekad 1970-an. Sebelum itu, tidak ada institusi pendidikan tinggi yang menawarkan program pengajian komunikasi. Perkembangan yang lembab dalam bidang pendidikan komunikasi mempunyai kaitan rapat dengan tradisi keilmuan di Britain sebagaimana pendapat Lent (1972):

Malaysia was at a disadvantage since until the late 1960s the indigineous attitude was the same as that of the British: Journalism should be taught on the job and in technical schools, not at universities.

Selain itu, pertubuhan jabatan-jabatan komunikasi menjadi asas kepada penyelidikan komunikasi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Program komunikasi adalah program bidang komunikasi yang pertama telah diperkenalkan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1970 diikuti Universiti Teknologi Mara (UITM) pada tahun 1972di sekolah komunikasi Massa. Jabatan Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Program Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1976 dan Jabatan Pembangunan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1979. Selain itu, Program Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diperkenalkan pada tahun 1990, 1993, 1994 dan 1999. Tambahan pula, penawaran kursus komunikasi telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar. Hasil daripada ini, Universiti Sains Malaysia (USM) yang dikenali sebagai APEX universiti telah meningkatkan atau menaiktarafkan program komunikasi ke peringkat sekolah iaitu bertaraf sebagai sebuah fakulti. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mula menceburi bidang ini dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya mereka. Mereka juga mula sedar bahawa bidang ini akan memberikan manfaat kepada mereka pada masa hadapan. Apabila terlalu ramai pelajar mengambil program ini maka berlaku kekurangan tenaga pengajar di Universiti tersebut. Selain itu, USM juga mengambil kakitangan akademik dari beberapa institusi luar termasuk Asian Mass Communication and Information Center (AMIC), Southeast Asia Press Centre (SEAPC) dan Pusat Latihan Penyiaran Kebangsaan (National Broadcasting Training Centre, NBTC). Selain itu, USM juga membelanjakan banyak wang terhadap tenaga pengajar yang melanjutkan pelajaran di
14

Universiti-Universiti terkemuka di dunia. John Lent, bekas penyelaras Program Komunikasi di USM telah mengatakan dan mendapati bahawa wujud beberapa implikasi dalam pengurusan program tersebut. Selain itu, beliau juga mengeluarkan kenyataan bahawa Program Komunikasi di USM bermula dengan persediaan yang kurang cekap. Tambahan pula, USM juga menghadapi kepincangan dari segi pengurusan Program Komunikasi, kakitangan akademik yang tetap, Bangunan, peralatan yang berkaitan dengan bidang, sumber perpustakaan serta silibus program yang kurang cekap. Selain itu, para kakitangan akademik yang bekerja sambilan juga mengekrut daripada pelbagai tempat seperti SEAPC dan AMIC dari Kuala Lumpur dan Singapura. Mereka mengajar kursus komunikasi asas seperti Writing for Mass Media (1 dan 2), Mass Media in Education dan Development, Audio Visual Media, dan Mass Communication. Di samping itu, para pelajar juga harus mempelajari Kaedah Kuantitatif selama tiga tahun dan melibatkan diri dalam lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap minggu di sesebuah organisasi yang dipilih. Tambahan lagi, kurikulum bagi bidang komunikasi di USM berbeza dengan kurikulum pada masa kini. Kurikulum di USM lebih menekankan kemahiran media massa, komunikasi antarabangsa dan pendekatan komunikasi budaya kepada komunikasi

pembangunan. Kursus-kursus ini juga bermain dengan kaedah menulis, penyuntingan, pengiklanan dan akhir sekali directing skills. Keempat-empat kursus ini telah

digeneralisasikan kepada pelajar tahun dua yang mengambil program komunikasi manakala pelajar tahun tiga telah dikhususkan dengan kursus bidang komunikasi seperti percetakan, pengiklanan, kajian dan umum. Dengan itu, pelajar-pelajar dapat mempelajari bidang komunikasi dengan menyeluruh dan menimba ilmu dengan lebih mendalam dalam bidang tersebut. Hal ini disokong dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang tersebut dan membentuk para pelajar dengan lebih bersistematik. Oleh itu, para pelajar juga berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu komunikasi dalam aktiviti harian mereka. Selain itu, tidak juga dilupakan bahawa institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) menyumbangkan tenaga dalam perkembangan bidang komunikasi di Malaysia. UPM juga salah satu Universiti tertua yang menawarkan pengajian komunikasi kepada pelajar-pelajarnya. Selain itu, pihak UPM yang memulakan program ijazah sarjana dahulu telah memulakan program ijazah sarjana muda pada masa itu. Dengan itu, bidang komunikasi terus berkembang dengan maju melalui inisiatif yang telah diimplimentasikan oleh institusi pengajian tinggi. Selain itu, program komunikasi juga telah diperkenalkan di beberapa Universiti tempatan bermula dengan program sarjana muda. Selain
15

dari program sarjana muda, beberapa jabatan/program telah memulakan program siswazah seperti yang terdapat di USM, UKM, UM, dan UIAM. Pada tahun 1972 salah satu IPTA iaitu Institut Teknologi Mara kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UITM) memulakan program Kajian Sebaran Am, manakala Universiti Malaya memulakan satu projek yang berkaitan dengan Penyelidikan Media sebagai Program percubaan di bawah Jabatan Bahasa Inggeris pada tahun yang sama. Program komunikasi di Universiti Malaya berpayung di bawah Rancangan Penulisan Kreatif dan Deskriptif 1977, kemudian ia bertukar kepada Jabatan Penulisan pada tahun 1987. Kini, program komunikasi di Universiti tersebut ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Media. Selain itu, Universiti termuka di Malaysia seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menubuhkan Jabatan Komunikasi pada tahun 1975. Pada tahun yang sama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memulakan kursus komunikasi setelah tertubuhnya Jabatan Komunikasi Pembangunan di bawah Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan. Dengan pengenalan ilmu komunikasi di Malaysia kita dapati bahawa hampir semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menawarkan program komunikasi. Malahan bidang komunikasi ini terus mendapat pengiktirafan dan perhatian apabila beberapa institusi pengajian tinggi telah menubuhkan pusat pengajian dan fakulti seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM). Program komunikasi di UITM di bawah Sekolah Komunikasi Massa telah ditubuhkan pada tahun 1972. Dengan itu, satu laporan daripada Ralph Kliesch dari Ohio Universiti telah memberi pandangan bahawa Program Komunikasi Massa perlu diperkenalkan dengan segera dan meletakkan Program tersebut di Sekolah yang tersendiri. Program tersebut meliputi dan berkhususkan kepada tiga bahagian iaitu Kewartawanan, Perhubungan Awam dan Pengiklanan. Kemudian, pada tahun berikutnya kursus Penyiaran telah diperkenalkan. Apabila kursus-kursus seperti ini diperkenalkan maka program tersebut telah menjadi satu program yang sistematik dan lengkap. Dari segi pemberian markah atau proses penilaian di IPTA yang disenaraikan mempunyai kaedah yang sama dan pada masa yang sama sebahagian IPTA mempunyai kaedah penilaian yang tersendiri. Di UITM proses penilaian kursus yang agak baik dan tepat. Di UITM proses penilaian kursus berdasarkan kepada Model Amerika. Melalui model ini program tersebut dinilai oleh sistem semester dengan jam kredit, di mana pelajar diperlukan memenuhi 134 jam kredit bagi minimum 6 semester. Pada akhir sekali pelajar tersebut dinilai
16

oleh Markah Purata (G.P.A). Selain itu, populasi pelajar bagi program tersebut meningkat dengan drastik pada tahun selepasnya. Populasi pelajar bagi program tersebut iaitu bilangan 42 meningkat kepada 700 pada tahun berikutnya. Bilangan ini tidak dicampur dengan pelajar yang mengambil program ini pada waktu petang. Akibat peningkatan populasi pelajar maka wujudlah kekurangan tenaga pengajar bagi program tersebut. Bilangan pelajar bergraduasi telah meningkat daripada 26 pelajar pada tahun 1975 kepada jumlah kumulatif 724 pada tahun 1987. Sejak daripada 1980, pengambilan pelajar adalah dua kali setahun di universiti tersebut iaitu pada bulan Januari dan julai. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) penilaian kursus menjadi fokus dan melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti. UKM adalah institusi pengajian awam yang ketiga menawarkan Program Komunikasi. Selain itu, di UKM terdapat keperluan untuk menawarkan kursus Kewartawanan kepada para pelajar yang bakal mengambilnya. Di UKM jabatan Komunikasi telah mengikuti sistem Major dan Minor dalam penilaian kursus. Untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda para pelajar perlu bertungkus-lumus untuk

mendapatkannya. Selain itu, penentuan Ijazah Sarjana Muda telah ditentukan oleh sistem 3-22-1. Students enroll in three departments in the first year and continues in two departments in the second and third year and majoring in one department in the final year. Di UPM pula, lebih menekankan kepada disiplin akademik dengan aplikasi praktikal. Pihak UPM berfokuskan kepada bagaimana seseorang individu melahirkan kendiri diri melalui program tersebut. Tambahan lagi, pihak UPM juga menggunakan kaedah sistem Jam Kredit dalam penilaian kursus. UPM telah menawarkan lebih daripada 20 kursus yang bermula dengan Diploma ke Ijazah dan pascasiswazah. Selain itu, UPM hanya menawarkan Program Master of Science dan Ijazah Kedoktoran kepada pelajar yang berkelayakan dan telah menghabiskan Bachelors dan Masters degree dari Kolej atau Universiti-Universiti yang disahkan oleh UPM. Bagi Diploma pihak UPM tidak akan mengesahkannya. Dalam Jabatan Komunikasi terdapat pelajar-pelajar daripada seluruh Malaysia dan luar Negara seperti Nepal, Filipina dan Thailand. Pembelajaran dan Pengajaran Kursus adalah dalam Bahasa asing seperti Bahasa Inggeris kecuali dalam sesebuah Kursus yang pelajarnya daripada Malaysia akan diajarkan dalam Bahasa Malaysia. Di Universiti Malaya (UM), masih menggunakan Sistem Semester dan Continuous Assessment bagi mengukur keupayaan pelajar yang berkelayakan, (Lent, 1988:110). Sistem ini telah diperkenalkan semasa British menjajah Malaysia. Selain itu, tenaga pengajar
17

daripada Universiti tersebut kebanyakkannya memperoleh pendidikan dari Amerika Syarikat. Selain itu, buku rujukan dan buku teks berdasarkan kepada pendidikan di Amerika Syarikat. Dengan itu, unsur-unsur asing telah diterapkan dalam sistem pembelajaran dan pengajaran. Kebanyakannya buku-buku rujukan di Universiti itu dalam Bahasa Inggeris dan ditulis oleh Pensyarah-pensyarah luar Negara yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Para pelajar juga berminat dalam bidang ini dan menerokai ilmu komunikasi supaya mereka bersaing dalam dunia yang mencabar nanti. Pihak IPTA juga memastikan bahawa para pelajar memenuhi syarat untuk mengambil Program ini dalam pengajian mereka. Selain itu, keupayaan seseorang pelajar mudah dikenalpasti melalui Sistem Jam kredit dan kaedah ini membantu pihak Universiti untuk mengenalpasti pelajar yang berkelayakan. Tenaga pengajar atau kakitangan akademik adalah golongan yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah Negara. Tanpa mereka, tidak boleh mewujudkan generasi intelek yang mempunyai kemahiran dalam apa saja bidang yang diceburinya. IPTA amat memerlukan kakitangan akademik yang mempunyai kemahiran dalam sesebuah bidang. Begitu juga, dalam bidang Komunikasi kakitangan akademik memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang berilmu. Sarjana komunikasi di Malaysia kebanyakannya mendapat Masters dan PhD dalam bidang tersebut dari luar Negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Australia. Di antara pengasas bidang komunikasi di Malaysia ialah Prof. Dr.Vincent Low (USM), Prof. Syed Arabi Idid (dulu UKM,sekarang UIA), Prof. Dr. Md Salleh Hassan (UPM) dan ramai lagi. Kini, sarjana-sarjana Komunikasi di IPTA menjalankan tugas mereka dengan melatih atau melahirkan para pelajar yang cemerlang berpandukan kepada matlamat IPTA. 8.0 BIDANG KOMUNIKASI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS). Dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia, fokus kerajaan bukan sahaja terhadap universitiuniversiti awam seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dan sebagainya. Akan tetapi, Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga dilihat memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pengajian tinggi yang mana setiap bidang dibangunkan bagi mencapai taraf yang berkualiti setaraf dengan peringkat antarabangsa. Di Malaysia, bidang pengajian komunikasi semakin berkembang dan merupakan bidang pengajian yang penting. Ini dapat dibuktikan melalui peranan IPTS dalam menawarkan bidang komunikasi untuk pelajar di Malaysia.
18

Pengalaman luas IPTS dalam mengadakan program kerjasama dengan negara luar telah membuka pintu untuk pelaksanaan program kerjasama antara IPTS dan IPTA melalui francais. Melalui langkah ini, IPTA dan IPTS telah meningkatkan tahap kualiti kursus pengajian yang ditawarkan di IPTS. Oleh itu, IPTS telah mendapat pengalaman dalam jaminan kualiti kursus pengajian yang ditawarkan. IPTS menawarkan kursus pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam bidang seperti perniagaan, kejuruteraan, komunikasi, computer dan teknomlogi maklumat melalui program kerjasama dengan United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Kanada dan Perancis. Kemajuan pendidikan komunikasi IPTS di Malaysia menawarkan bidang komunikasi dalam senarai bidangnya dapat dilihat bermula daripada tahun 1980-an sehingga akhir tahun 2000 sehingga sekarang. Pada tahun 1980-an, IPTS telah berkembang dengan pesat. Melalui institusi ini, ianya menawarkan kursus-kursus pengajian di peringkat sijil dan diploma secara kerjasama dengan universiti atau badan professional dari luar negara iaitu United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kanada, New Zealand dan Australia. Seterusnya, pada 1990 pendidikan tinggi swasta semakin meningkat. Ini dapat dilihat apabila banyak IPTS yang mula menawarkan kursus pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah. Pada tahun 1997, kegawatan ekonomi dunia telah memberi impak yang signifikasi kepada kemajuaan pendidikan tinggi swasta di peringkat tempatan. Melalui pengurangan penghantaran secara besar-besaran pelajar dibawah tajaan kerajaan ke luar negara. IPTS bukan bertaraf universiti telah dibenarkan untuk mengendalikan kursus pengajian dengan kerjasama universiti luar negara melalui program 3+0, di mana pelajar dapat menamatkan keseluruhan pengajian di IPTS tempatan. Hingga tahun 2000, sebanyak 32 IPTS telah diberi kelulusan mengendalikan program 3+0. Melalui program ini,telah memberi pengalaman berguna kepada IPTS dalam mengendalikan kursus pengajian di peringkat ijazah pertama dan dalam masa yang sama telah berjaya menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian tinggi di Malaysia. Antara IPTS yang menawarkan bidang pengajian komunikasi di Malaysia ialah Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Universiti Selangor (UNISEL), Kolej IACT, Kolej IKIP, Kolej Antarabangsa Selangor (KUIS) dan sebagainya. Kesemua IPTS ini menawarkan bidang pengajian komunikasi yang telah diiktiraf MCQ dan diberi pengiktirafan kualiti yang setanding dengan kursus komunikasi yang ditawarkan di Universiti Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
19

8.1 Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR). Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) atau juga dikenali sebagai TARC atau KTAR. Kolej ini mempunyai enam cawangan kampusnya yang terletak di enam negeri di Malaysia dan

menjadi sebuah institusi di bawah Persatuan Cina Malaysia (Malaysian Chinese Association). Majoriti pelajar di kolej tersebut adalah terdiri daripada pelajar kaum Cina. Selain itu, kolej ini juga beroperasi dengan subsidi sebanyak 50% daripada kerajaan Malaysia. Kolej Tunku Abdul Rahman ini ditubukan pada 24 Februari 1969 dengan sokongan daripada (MCA). Nama kolej ini diberi sempena nama Bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kampus utamanya terletak di Kuala Lumpur iaitu seluas 186 ekar. Dari tahun 1969 seramai 764 pelajar menyambung pengajian di kolej ini dan kini dianggarkan seramai 30,000 pelajar menyambung pengajian mereka di kolej TAR ini. Kolej ini bermula dengan penubuhan falkuti Pra-Universiti pada tahun 1969 dan diikuti dengan Falkuti Pengajian Perniagaan pada tahun 1971. Pada 1972, Falkuti Teknologi dan Falkuti Seni dan Sains ditubuhkan di kolej berkenaan. Falkuti Sais Sosial dan Masyarakat pula ditubuhkan pada tahun 1999. Falkuti Sains Sosial dan Masyarakat di Kolej TAR merupakan bidang pengajian yang terbaru diperkenalkan dan terletak di kolej tersebut. Di bawah falkuti ini adanya bidang-bidang seperti Komunikasi Massa, Sains Sosial dan Pengurusan Hospitaliti ditawarkan. Dibawah bidang komunikasi massa program-program yang ditawarkan ialah pengiklanan, journalism, komunikasi penyiaran, dan pengajian media. Secara terperinci, terdapat lima program yang ditawarkan dibawah bidang komunikasi massa iaitu Komunikasi Efektif dan Pengajar, Diploma Komunikasi Massa (Pengajian Media), Diploma Komunikasi Massa (Kewartawanan), Diploma Komunikasi Massa (Komunikasi Penyiaran) dan Diploma Lanjutan Komunikasi Massa ( Pengajian Media). Di bawah kursus Komunikasi Efektif dan Pengajar, program ini direka bagi para pensyarah, guru, pelatih atau sesiapa sahaja yang sangat berminat dengan profesion yang dapat membawa kepada penambahan kemajuan bidang pengajar. Program ini juga dapat membangunkan interpersonal seseorang individu dan meningkatkan kemahiran

komunikasinya. Seterusnya, di bawah program Diploma Komunikasi Massa (Pengajian Media) program ini bertujuan untuk mempromosi kebolehan menulis dalam masyarakat bermaklumat dimana audien akan didedahkan kepada pelbagai bentuk kandungan media. Sudah lama, impak-impak negatif media tradisional seperti televisyen dan filem diberi perhatian. Melalui teknologi moden, bentuk media massa yang baru dan maju dapat
20

menghantar sesuatu mesej dengan pantas dan merentasi dunia. Disamping itu, kursus ini penting kerana wujudnya keperluan untuk memilik pengetahuan yang mendalam terhadap media massa misalnya seperti fungsi media, kesan dan mengetahui hala tuju media pada masa akan datang. Pelajar akan menganalisis secara kritikal semua bentuk komunikasi massa melalui televisyen, radio, media pencetakan, filem dan internet. Ini akan menjadikan mereka lebih bertanggugjawab dan berpengatahuan sebagai penerbit informasi atau maklumata dalam sektor awam dan swasta di peringkat tempatan dan paras antarabangsa. Tahap standart Diploma Komunikasi (Pengajian Media) ini adalah setaraf dengan Ijazah Sarjana tahun pertama mahupun tahun kedua. Graduan-graduan boleh menyambung pengajian mereka ke peringkat Diploma Lanjutan Komunikasi Massa (Pengajian Media) di Kolej TAR dan kursus Sarjana Dengan Kepujian di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) atau universiti lain. Graduan dyamg memiliki diploma dari program ini, boleh mencari peluang kerjaya dalam industri media seperti pengiklanan, hubungan awam, surat khabar, majalah, filem dan penyiaran. Mereka juga boleh menjadi penulis atau penerbit informasi atau maklumat dan menjadi sebahagian daripada creative team dalam membawa atau

membentuk idea-idea dan konsep-konsep baru serta sebagai pengajar. Diploma Komunikasi Massa (Kewartawanan) pula berfokus sebagai pembekal bagi para pelajar yang mempunyai bakat dan kemampuan untuk dibangunkan di dalam bidang kewartawanan samada sebagai wartawan, penulis, atau pengkaji maklumat dalam organisasi media massa. Pelajar yang mengikuti kursus ini perlu mempunyai minat dalam mengikuti perkembangan peristiwa terbaru yang berlaku samada di peringkat tempatan mahupun dalam konteks dunia. Melalui program ini, pelajar akan lebih memahami isu-isu budaya dan polisi politik yang mempengaruhi masyarakat plural di Malaysia yang mana pengetahuan ini akan memberi persediaan kepada mereka untuk menjadi wartawan media yang professional. Mereka juga akan mendapat peluang pekerjaan sebagai penulisan kewartawanan, wartawan, editor, dan sebagainya. Selain itu, mereka juga berpeluang terlibat dalam bidang pengiklanan, pemasaran, penerbitan, pengurusan media dan perhubungan awam. Program Diploma Komunikasi Massa ( Komunikasi Penyiaran) pula berfokus kepada pengetahuan dan kemahiran untuk pemahaman teknikal, penulisan, skrip, persembahan dan membentuk penyiaran tradisional dan media elektronik yang baru. Ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori dan kemahiran teknikal bagi menjadi pakar dalam industri media elektronik moden termasuklah pembuat skrip, DJ, pengacara program televisyen,
21

pengiklanan dan komunikasi untuk komuniti dengan elektronik baru. Semasa program, pelajar juga akan belajar mengenai undang-undang media, polisi kerajaan dan amalan budaya, kemahiran menyelidik dalam diri pelajar dikembangkan melalui unit komunikasi kaedah penyelidikan dalam diri penuntut akan dibangunkan semasa melakukan projek-projek kerja dalam program tersebut. Graduan daripada program ini akan diperlukan untuk menjadi profesion komunikasi di stesen-stesen televisyen dan radio, teknologi informasi, perkhidmatan berita secara on-line dan industri elektronik. Diploma Lanjutan Komunikasi Massa (Pengajian Media) yang ditawarkan di TAR merupakan program yang menyediakan pengetahuan lebih lanjut yang akan mempersiapkan mereka dengan tanggungjawab, positif. Ianya melatih individu media professional yang mahir dalam kepelbagaian budaya, sosio-ekonomi dan sifat politik sesebuah negara. Selain itu, diploma diploma ini setaraf dengan Ijazah Sarjana dan boleh menyambung Ijazah Seni Dalam Komunikasi, Budaya dan Media di Conventry Universiti, United Kingdom. 8.2 Universiti Selangor (UNISEL). Universiti Selangor atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai University of Selangor. Dahulunya dikenali sebagai Universiti Industri Selangor tetapi telah diubah kepada nama Universiti Selangor bermula pada 14 Februari 2011. Universiti ini telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan mempunyai dua kampus induk yang terletak di Bestari Jaya yang siap dibina pada tahun 2005 dan cawangan atau satelit utama kampus berkenaan yang terletak di Shah Alam, Selangor. UNISEL merupakan universiti milik penuh kerajaan Negeri Selangor dan taraf universiti ini berada dalam kategori universiti swasta yang mana universiti ini dikelola oleh Pendidikan YS. Sdn. Bhd iaitu sebuah perbadanan milik kerajaan Negeri Selangor Kumpulan Darul Ehsan Sdn. Bhd. Bagi bidang pengajian komunikasi di UNISEL, wujudnya Falkuti Pengajian Komunikasi Dan Media. Falkuti ini terletak di kampus satelitnya iaitu di Shah Alam. Dibawah falkuti ini terdapat tiga kursus dibawahnya di peringkat Diploma dan Ijazah. Antara Diploma Komunikasi & Media, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi (Jurnalisme), Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi (Korporat Komunikasi) .

22

8.3 Kolej IACT. Bidang pengajian yang popular dan terbukti kesahihanya dalam kalangan kolej swasta tempatan ialah bidang Komunikasi Massa. Kolej IACT merupakan salah satu kolej yang menawarkan jurusan Komunikasi Massa tetapi jurusan ini disampaikan dengan cara yang berbeza dan unik berbanding dengan kolej-kolej swasta lain yang turut menawarkan kursus ini. Kebanyakkan tenaga pengajar di Kolej IACT ini terdiri daripada pelatih dari industri professional yang mana akan berfungsi bagi memberi pendedahan kepada para penuntutnya secara meluas dalam dunia komunikasi di semester pertama mereka. Keunikan bidang pengajian komunikasi di Kolej IACT ini dapat dilihat yang mana para pelajar yang mengikuti Kursus Komunikasi Massa ini akan diberi latihan praktikal iaitu mereka diberi peluang untuk berurusan dengan pelanggan-pelanggan daripada organisasi korporat sebagai langkah menyediakan diri mereka apabila melangkah ke dunia pekerjaan sebenar. Melalui pendedahan ini, para pelajar akan berupaya untuk membuat pilihan di dalam memilih jurusan utama mereka seperti kewartawanan, penyiaran, penerbitan, perhubungan awam, komunikasi korporat, pengurusan majlis dan sebagainya. Kolej IACT ini menawarkan jurusan Diploma Komunikasi Massa bagi memberi pendedahan yang sepenuhnya kepada pelajar lepasan SPM agar dapat memilih jurusan secara bijak selepas diberi pendedahan sepenuhnya. Kolej ini merupakan institusi pengajian tinggi yang dibangunkan dan diiktiraf oleh Association of Acccredited Advertising Agents Malaysia (4As) dan Malaysia Advertisers Associations (MAA) yang mengkhusus dalam bidang pengiklanan dan komunikasi. Kolej IACT turut diakreditasi oleh International Advertising (IAA) New York sebuah organisasi antarabangsa yang mewakili hak asasi semua pengiklan, agensi dan juga media. Selain daripada pengajian Diploma Komunikasi Massa, Kolej IACT ini juga menawarkan program Diploma Pengiklanan dan Komunikasi Pemasaran, Diploma Reka Bentuk Grafik, Diploma Kreatif Multimedia, Diploma Penyiaran, dan Sijil Komunikasi Massa. Selepas menjadi graduan dalam bidang jurusan komunikasi, kesemua graduan ini mendapat akses bagi menyambung ijazah mereka selama satu hingga satu setengah tahun di universiti-universiti yang bergabung dengan Kolej IACT di Amerika, Australia, United Kingdom dan New Zealand.

23

9.0 PUSAT LATIHAN DAN KURSUS KOMUNIKASI. 9.1 Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR). Sebuah pusat latihan yang dinamakan sebagai Pusat Latihan Penyiaran Negara ditubuhkan pada tahun 1971 di Rumah Persekutuan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Penubuhan pusat ini mengikut keperluan latihan untuk kakitangan Jabatan Penyiaran di Malaysia. Seterusnya, pada tahun 1975 pusat latihan ini dipindahkan ke Kompleks Angkasapuri, Bukit Putra dan diubah kepada nama Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR). IPPTAR merupakan satu-satunya institusi sosial yang menyediakan kursus-kursus professional dalam bidang penyiaran terutamanya penerbitan rancangan dan kejuruteraan radio dan televisyen. IPPTAR mengubah hala tujunya supaya bergerak seiring dengan kemajuan media massa pada masa kini. Dibawah IPPTAR ini, pusat ini juga melatih penyiarpenyiar luar negara melalui Program Kerjasama Teknikal (PKTM) sejak tahun 1984. Pada 16 Ogos 2008, IPPTAR dijadikan sebagai sebuah institusi latihan di bawah Kementerian Penerangan, Komunukasi, dan Kebudayaan Malaysia seterusnya dikenali sebagai Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdu Razak (IPPTAR). Selain berfungsi sebagai pusat penyiaran peringkat tempatan, dua badan penyiaran antarabangsa iaitu AIBD (Asia-Pasific Institute for Broadcasting Development) dan Asia-Pasific Broadcasting Union (ABU) turut menjadikan IPPTAR sebagai ibu pejabatnya. Fungsi kedua-dua badan ini melaksanakan program dan aktiviti berkaitan untuk para ahlinya. Antara aktiviti tersebut ialah mengadakan seminar, persidangan, Asia Media Summit, dialong media dan latihan yang sesuai untuk karyawan penyiaran di rantau Asia dan Pasifik. Melalui misi IPPTAR ini iaitu bagi meningkatkan tahap profesionalisma bagi warga kerja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui latihan dan kursus. Latihan dan kursus ini diberikan kepada pekerja yang terlibat secara lansung. Visi IPPTAR pula adalah untuk menjadikan IPPTAR sebagai sebuah institusi latihan Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang cemerlang dan bertaraf dunia. Terdapat beberapa objektif IPPTAR yang dilaksanakan. Antaranya ialah, menyediakan latihan kepada para pekerja dalam KPKK dalam bidang yang mengkhususkan dalam bidang penerangan, komunikasi dan kebudayaan. Seterusnya, IPPTAR menyediakan latihan dan kursus yang diiktiraf bagi warga kerja di dalam kerjaan iaitu jabatan Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ke arah melahirkan modal insan yang bersifat profesional, cemerlang dan berkebolehan. Objektif lain IPPTAR adalah mengadakan kajian keperluan latihan secara berterusan seiring dengan
24

kemajuan dan perkembangan semasa. IPPTAR juga bekerjasama dengan agensi-agensi dalam dan luar negara dalam penyediaan latihan kepada Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Seterusnya, IPPTAR antara lainya berobjektif bagi melatih warga kementerian kearah memperkasakan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak melalui modul kursus khas atau dalam modul setiap kursus anjuran IPTTAR. Penubuhan IPPTAR ini mempunyai beberapa fungsi yang dijalankan di bawahnya. IPPTAR berfungsi bagi merancang dan menyediakan program latihan untuk warga

kementerian, jabatan atau agensi-agensi yang berada di bawahnya. Selain itu IPPTAR juga berfungsi melaksanakan program latihan yang berkualiti selaras dengan keperluan semasa pelanggan. Fungsi lain IPPTAR adalah bekerjasama dengan agensi-agensi di dalam dan luar negara dalam bagi latihan dalam bidang penyiaran, perfileman dan komunikasi korporat. Selain itu, fungsi terakhir IPPTAR adalah menyediakan infrastruktur dan khidmat sokongan selaras dengan keperluan latihan. IPPTAR juga mempunyai piagam pelanggannya yang tersendiri bagi memastikan latihan atau kursus yang disediakan dapat mencapai tahap yang dimahukan. Piagam

pelanggan di bawah IPPTAR adalah melaksanakan 80 latihan dan kursus yang berkualiti setiap tahun selaras dengan keperluan semasa pelanggan. IPPTAR juga menawarkan 10 bidang kepakaran latihan yang professional. Dibawah piagam pelanggan IPPTAR, pusat ini akan menghebahkan projek kursus kepada pelanggan satu bulan sebelum kursus tersebut bermula. Disampaing itu, IPPTAR juga akan menerbit dan mengedar buku program dan kalendar kursus tahunan kepada pelanggan sebulan sebelum tahun berakhir. Akhir sekali dibawah piagam pelanggan IPPTAR ini, mereka akan mengadakan keperluan kursus setiap dua bulan.

10.0 PERBEZAAN INSTITUSI SEKOLAH, JABATAN, DAN FAKLUTI. Permulaan sesuatu bidang pengajian IPT bermula dengan tertubuhnya jabatan komunikasi kemudian barulah ialah ditukar kepada sekolah komunikasi. Sekolah membawa maksud tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi ilmu. Tahap pengajian di sekolah lebih khusus, bidang pengajian ilmu lebih luas, dan cabang ilmu pengajian lebih banyak. Sekolah juga lebih kepada mengkaji bidang bagi sesuatu aliran ilmu secara khusus.
25

Program yang terdapat dalam institusi sekolah tidak begitu kompleks dan cabang-cabang ilmu pengajian yang disediakan juga spesifik. Sekolah boleh dikatakan penghususan bagi sesuatu pengajian aliran ilmu dengan lebih mendalam sebelum berubah kepada fakulti. Jabatan merupakan bahagian daripada sesuatu badan pentadbiran kerajaan yang menguruskan tugastugas tertentu. Jabatan ditubuhkan secara penghususan hanya dalam satu-satu bidang sahaja. Ini bermakna jabatan merupakan unit-unit kecil yang mengkaji sesuatu pengajian, seperti Jabatan Komunikasi yang mengfokuskan pembelajaran dan penyelidikan Komunikasi

sahaja. Perubahan dapat dilihat dalam urutan di bawah yang menunjukkan semakin tinggi tahap dalam pengistitusian dalam pengajian semakin luas skop pengajian. Jabatan Komunikasi ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975 telah berkembang kepada sekolah media dan pengajian komunikasi di bawah fakulti sains sosial dan kemanusiaan.

Jabatan

Sekolah

Fakulti

Pusat

Fakulti merupakan cabang ilmu yang terdapat

dalam sesuatu bidang. Fakulti

merupakan penaung satu jabatan di universiti atau kolej yangg mengajarkan sesuatu cabang ilmu atau yang khusus dalam sesuatu jurusan pengajian. Dalam bidang komunikasi, taraf sekolah akan berubah menjadi taraf fakulti apabila berkembagan cabang-cabang bidang pengajian yang banyak dan terdapat di universiti tersebut . Pensyarah-pensyarah dan mahasiswa-mahasiswa dari sesuatu jabatan akan mempelajari ilmu pengetahuan yang terdapat dalam di universiti. Jabatan di Universiti yang mengajar sesuatu cabang ilmu atau yang khusus dalam sesuatu jurusan pengajian seperti pengajian komunikasi. Seperti Falkulti Komunikasi dan Pengajian Media di UITM yang pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Komunikasi pada tahun 1972.

26

11.0 GENERALISASI BIDANG KOMUNIKASI DI IPTS DAN IPTA DI MALAYSIA. Sebagai generalisasi, institut pengajian tinggi yang menawarkan program komunikasi di Malaysia telah berkembang secara berperingkat. Namun, tidak semua IPTA yang menawarkan program komunikasi dengan harapan pada masa akan datang seluruh IPTA akan menawarkan bidang ini dan memberi perhatian secara menyeluruh. Dengan penawaran program ini di IPTA maka sudah pasti ia akan berkembang dan menjadi opsyen kepada para pelajar yang mengikutinya. Bidang pengajian komunikasi di Malaysia iaitu di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dapat dilihat perbezaanya melalui tenaga pengajarnya. Tenaga pengajar di IPTA hanya terdiri daripada tenaga pengajar yang menamatkan pelajaran mereka di luar negara seperti United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat dan lain-lain berbanding dengan tenaga pengajar di IPTS sebilangan besar tenaga pengajar yang menamatkan pengajian bidang komunikasi di luar negara. Dengan itu, maka wujudlah perbezaan dari segi teknik pembelajaran dan pengajaran dalam bidang komunikasi antara IPTA dan IPTS. Sebagai bukti, graduan dalam bidang pengajian komunikasi yang dihasilkan melalui IPTA lebih berkebolehan dan ada kelebihan daripada IPTS. Tetapi dari segi peluang pekerjaan kerja graduan IPTS lebih mudah mendapat kerja berbanding IPTA dalam kerajaaan dan swasta tetapi graduan IPTA lebih mudah mendapat pekerjaan di sektor kerajaan sahaja (UKM,2010). Graduan bidang pengajian komunikasi dari IPTA mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Mereka yang mengambil bidang pengajian komunikasi di IPTA lebih menekankan aspek teori dalam kursus-kursus yang ditawarkan. Mereka lebih menekankan aspek teori daripada pratikal. Mereka juga lebih dekat dengan sosiobudaya negara, persekitaran ekonomi dan politik tempatan serta dapat memahami kehendak rakyat dan aspirasi kerajaan. Akan tetapi, graduan daripada IPTA ini mempunyai kekurangan yang mana apabila mereka membuat pratikal harus membuat pratikal sewaktu masuk fasa pekerjaan mereka tidak dapat kedepan disebabkan mereka bergantung dengan pembelajaran secara teori yang banyak bergantung pada pensyarah dan buku. Sementara di IPTS bidang pengajian komunikasinya lebih menekankan kepada latihan pratikal kepada penuntut-penuntut pengajian komunikasi di IPTS diberi latihan industri atau amali mendedahkan pelajar kepada pengalaman professional di industri luar sebagai persediaan graduat kepada dunia sebenar. Pelajar pengajian komunikasi di IPTS didedahkan kepada pengeluaran, penerbitan, dan pengurusan media massa seperti akhbar kampus, berbentuk cetak dan elektronik, radio, produksi program televisyen, filem dan dokumentari.
27

Perhatian yang diberikan terhadap penggunaan komunikasi untuk pembangunan telah menarik para sarjana bukan sahaja dari bidang komunikasi tetapi juga bidang-bidang lain seperti antropologi, sosiologi, psikologi, sains politik dan geografi. Program komunikasi wujud pada tahun 1970 an di Universiti Teknologi Mara (sebelumnya dikenali Institut Teknologi MARA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (sebelumnya dikenali Universiti Pulau Pinang) menempatkan bidang komunikasi sebagai kursus yang signifikan, terutamanya pada

peringkat ijazah sarjana dengan jangkaan bahawa UPM yang menjalankan program bagi peringkat ijazah (Master). Dibawah Jabatan Komunikasinya yang ditubuhkan pada tahun 1976, rangkaian Komunikasi Pembangunan diperkenalkan di UPM. Pada tahun yang sama, berlakunya penubuhan Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan (PPPL) untuk menlaksanakan penggembangan bidang komunikasi . Di bawah Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan terdapat dua jabatan ekonomi yang dinamakan Jabatan Penggembangan Pendidikan dan Jabatan Komunikasi Pembangunan yang diwujudkan pada tahun 1979. Dalam menjejak pembangunan institusi pengajian komunikasi di Malaysia, kaedah analisis dilakukan melalui struktur kursus mereka. Beberapa penerbitan jurnal yang ditemui terdapat pengaruh ideologi dalam sistem pembelajaran dan penyelidikan komunikasi. Selain daripada komunikasi antarabangsa dan komuniksai pembangunan, terdapat penawaran kursus yang terdiri daripada komunikasi atau media yang berasaskan teori, seperti Komunikasi Massa, Komunikasi atau media masyarakat, pengajian komunikasi dan perubahan perfileman, Komunikasi Pengurusan dan teori komunikasi. Komponen kemahiran pula terdiri daripada penulisan dan penghasilan bagi kewartawanan, televisyen, dan radio.

12.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, bidang komunikasi bukan satu perkara yang baru. Manusia zaman kuno sudah pun berkomunikasi. Namun yang membezakan penelitian terhadap ilmu komunikasi banyak berkaitan dengan cara, proses dan perantaraan yang digunakan. Pada peringkat awalnya perbincangan komunikasi berkisar tentang simbol, isyarat dan bahasa diikuti dengan penulisan. Bidang ini terus berkembang seiring dengan kemunculan peralatan-peralatan berkomunikasi dan media massa. Justeru itu, jika ditinjau latar belakang ilmu komunikasi pada peringkat awalnya, ia banyak dipengaruhi oleh bidang-bidang sains sosial yang lain seperti psikologi, sosiologi, politik, ekonomi dan juga sains tulen seperti kejuruteraan dan
28

elektronik (Rogers, 1994). Hasil penelitian terhadap bidang-bidang sains sosial yang lain didapat ibeberapa teori utama bidang berkaitan telah menyumbang kepada kerangka ilmu komunikasi. Sebagai contoh, Teori Evolusi oleh Darwin akhirnya telah mencetuskan idea dan penelitian terhadap komunikasi bukan lisan. Manakala teori Freud iaitu Teori Psikoanalitik pula dibuktikan telah menyumbang kepada kerangka pengajian ilmu pemujukan yang dipelopori oleh Carl Hovland. Dalam pada itu, Teori Kritikal oleh Karl Marx pula membantu bidang kajian kesan media dari politik-ekonomi komunikasi. Ternyata bahawa bidang komunikasi merupakan satu ilmu yang mempunyai hubung kait dengan ilmu-ilmu sains sosial yang lain. Tidak menghairankan jika ada yang berpendapat bahawa komunikasi merupakan satu bidang yang agak baru. Hal ini berlaku kerana komunikasi sering memerlukan bidang lain bagi menyokong penjelasannya. Oleh yang demikian, ia banyak dikaitkan dengan ilmu-ilmu lain yang lebih kelihatan dominan, maka idea utamanya secara tidak langsung juga turut tenggelam. Menurut Rogers (1994), komunikasi sebagai satu bidang ilmu yang dikendalikan oleh institusi pengajian tinggi mula diperkenalkan oleh Schramm. Schramm yang sering dikenali sebagai tokoh dan bapa komunikasi telah memperkenalkan program komunikasi massa pertama dunia pada tahun 1943 semasa beliau menjadi Pengarah Iowa Journalism School.Pada ketika itu kajian dan bidang komunikasi amat menumpukan kepada soal-soal kewartawanan seiring dengan keperluan dan senario semasa. Hasil daripada inisiatif beliau maka muncullah pusat-pusat pengajian ilmu komunikasi baru di universiti-universiti Amerika Syarikat. Usaha Schramm dikatakan sebagai pencetus kepada pengajian ilmu komunikasi secara formal dan di peringkat pengajian tinggi serata dunia. Justeru itu, tidak menghairankan jika pengajian komunikasi sering kali disinonimkan dengan ilmu media massa. Ini kerana pengajian media massa merupakan antara bidang pelopor yang telah menjadikan pengajian komunikasi popular serta terkenal.Selepas tahun 1960-an barulah horizon komunikasi ini diterima luas mencakupi komunikasi antara budaya, perhubungan awam, pemujukan, periklanan, komunikasi organisasi, komunikasi pembanguan, teknologi komunikasi, telekomunikasi dan sebagainya. Jelas komunikasi merupakan mengenai ilmu komunikasi sebagai disiplin ilmu sains sosial. Ilmu komunikasi mempunyai hubung kait dengan ilmu-ilmu sains sosial yang lain. Perkembangan bidang komunikasi di Malaysia semakin berkembang dari pelbagai aspek. Ini terbukti apabila pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta sudah banyak menawarkan kursus-kursus komunikasi seperti

29

komunikassi massa, kewartawanan dan sebagainya. Ini dapat dilihat sudah banyak institusiinstitusi yang muncul selaras dengan perkembangan bidang komunikasi di Malaysia. Oleh iti jelaslah, bidang komunikasi semakin penting kepada negara kerana selaras dengan era globalisasi agar dapat melahirkan lebih ramai graduan-graduan komunikasi selaras perkembangan semasa yang memerlukan lebih ramai graduan-graduan yang berilmu dan bijak dalam menyuarakan pendapat agar dapat bersaing dengan masyarakat luar khususnya masyarakat dari negara-negara maju yang lebih lantang dan tegas dalam menyuarakan pendapat dan berani bersaing untuk mencapai kemajuan. Bidang komunikasi semakin mendapat perhatian daripada masyarakat, ini terbukti apabila bidang komunikasi dapat melahirkan ramai graduan setiap tahun tetapi tetap menjadi masalah apabila graduan tidak mampu berkomunikasi dengan baik walaupun mengambil jurusan komunikasi ,ini menunjukkan graduan-graduan tidak mampu untuk bersaing dengan pasaran kerja yang

ditawarkan kerana kurangnya kemahiran komunikasi dalam kalangan graduan-graduan.Ini terbukti menurut kajian yang dilakukan oleh Mohammad Mahdi Abas iaitu kelemahan berkomunikasi dalam kalangan graduan menurut beliau pada tahun 2005, utusan Malaysia melaporkan sebanyak 59250 graduan gagal mendapatkan perkerjaan yang sewajarnya sebahagian besar ialah graduan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ini menyumbang 3.5 peratus kadar pengangguran di Malaysia ini jelaslah faktor komunikasi merupakan masalah yang dialami oleh graduan masa kini. Untuk meningkatkan bidang komunikasi di Malaysia agar lebih berdaya saing dengan bidang komunikasi di negara barat yang lebih dahulu wujud. Campurtangan daripada badan pemerintah amat penting. Peranan kerajaan sebagai pemerintah sangat penting kerana kerajaan memainkan peranan untuk membangunkan bidang komunikasi agar dapat berkembang dan mewujudkan lebih banyak pusat untuk membangunkan bidang komunikasi di Malaysia.Bidang komunikasi tidak seharusnya dipandang rendah iaitu sebagai bidang yang tidak penting dalam pembangunan negara seperti dalam bidang ekonomi yang sering dianggap bidang yang mampu memberi keuntungan kepada negara.Selain itu juga, tidak dapat dinafikan lagi komunikasi sangat penting untuk kehidupan kerana tanpa komunikasi manusia tidak dapat berinteraksi antara satu sama lain untuk menyampaikan maklumat yang hendak disampaikan iaitu melalui perhubungan sosial.Komunikasi bukan sahaja untuk berinteraksi melalui perbualan sahaja tetapi meliputi perbagai aspek iaitu setiap tingkah laku yang memberi makna kepada orang lain untuk menilai.
30

13.0 RUJUKAN Soadah Wok, Narimah bt Ismail & Mohd Yusof. 2006. Teori-Teori Komunikasi: Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Vincent Lowe & Abdullah bin Hassan .1988. Teori Komunikasi: Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahktiar Mohammad & Syd Abdul Rahaman. 2008. Isu dan Cabaran Alaf Baru. Sintok :Universiti Utara Malaysia.

Dr.Arni Muhammad. 2000 . Komunikasi Organisasi. Jakarta : Bumi Askara.

Lent, John A. 1979. Malaysian Studies Present Knowledge and Research Trend. Northern Illinois University. Center for Southeast Asian Studies.

Majlis Ketua-ketua Pengajian Komunikasi. 2010. Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kementerian Pengajian Tinggi.

Lent, John. 1998. Communication Education in Malaysia: A Retropective, Prospective Introspective View; Forum Komunikasi, Sekolah Komunikasi Massa: Universiti Teknologi Mara.

and

Samsudin A. Rahim. 1991. Pengantar Komunikasi. Bangi: Jabatan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia.

31

A. Murad Merican. 2008. Blind By The Light: Journalism and Comunication Study in Malaysia Since 1971. Universiti Teknologi Mara, Shah Alam: UPENA.

Samsudin A. Rahim. 1993. Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Arabi Idid. Bidang (Penyelidikan) Komunikasi Di Malaysia-Realiti Kini atau masam muka?, Pasca Sidang Seminar Penyelidikan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Adnan Hussein. Pengajian Komunikasi di Malaysia: Satu Retrospektif, Universiti Sains Malaysia. Bahktiar Mohammad & Syed Abdul Rahaman. 2008. Isu dan Cabaran Alaf Baru. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

http://www.hotcourse.co.id/study/course/Malaysia/diploma mass communication broadcast.communication/2139109/program.html

http://www.iact.edu.my/pdf/press/110

http:ftp.jrc.es/EURdoc/JRCF8707.TN.pdf

http://jpt.mohe.gov.my.IPT%20MALAYSIA/perkembangan%20ipts.php

http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=286&Itemid=21 &lang=bm

www.scribd.com/doc/.../Modul-Teori-Komunikasi .

32

Você também pode gostar