Você está na página 1de 23

PENGURUSAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Pengurusan persekitaran sosioemosi


SAYA NURASHIKIN BINTI MOHD SAID PENSYARAH : EN. YEE YONG FAK

Definisi sosioemosi
Sosial
Ciri-ciri kehidupan manusia yang membentuk masyarakat

Perkembangan sosial
Proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya.

Emosi
Perasaan dan gerak hati yang dialami oleh individu melalui tindak balas fisiologi apabila berlaku rangsangan terhadap emosi

Perkembangan emosi
Perkembangan emosi yang positif menyebabkan seseorang itu sentiasa mempertimbangkan emosinya dan menguruskan emosinya dengan mengekalkan emosi positif dan mengawal emosi yang negatif.

Teori perkembangan sosioemosi


Oleh Erik Erikson (1956)

Personaliti kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial kanakkanak.

kanak-kanak terdedah kepada persekitaran yang mempunyai jalinan hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka

Menurut Erik Ericson (1956), terdapat lapan peringkat perkembangan sosioemosi manusia. 1. Percaya vs tidak percaya 2. Autonomi vs keraguan 3. Inisiatif vs rasa bersalah 4. Kecekapan vs rasa rendah diri 5. Identiti vs kekeliruan identiti 6.Keintiman vs keasingan 7. Generativiti vs kekakuan 8. Integriti vs kekecewaan

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAKKANAK


Teori pembelajaran sosial menekankan aspek pemerhatian sbg proses pembelajaran yg berkesan. Setiap perkara dan tindakan positif mendatangkan keinginan kpd individu untuk melakukan tindakan yg betul dan diterima oleh org sekeliling, perlakuan dan tindakan tersebut akan ditiru, dicontohi dan diterima sebagai amalan.

Cornell Montgomery (1843-1904) mengemukan 4 peringkat peniruan berlaku


Hubungan yg rapat Peniruan drpd pihak yg lebih dewasa Memahami konsep Mencontohi perlakuan

Hal ini menekankan pemerhatian, peniruan dan pengukuhan.

Albert Bandura (1977) pd awalnya mengemukakan kepentingan pengukuhan dan dendaan sebagai prinsip perkembangan tingkah laku tetapi menegaskan bahawa pandangan tradisional terhadap perlakuan tidak lengkap tanpa membincangkan faktorfaktor sosial sebagai elemen penting terhadap pembentukan tingkah laku manusia. Beliau juga berpendapat perkembangan emosi kanak-kanak diperolehi dgn cara peniruan.

Pemerhatian itu memupuk pemahaman dan mereka akan meniru tingkah laku, sikap dan reaksi orang lain. Kanak-kanak memerhati tingkah laku orang yang berada di sekelilingnya sewaktu berinteraksi.

Perkara yang perlu dipertimbangkan oleh GURU dalam merancang persekitaran mesra budaya

1. Guru sbg model utama yg sentiasa diperhatikan oleh murid


Guru perlu menjadi model perlakuan yang baik,penyayang terhadap murid, mengurus emosi dgn berkesan dan mempunyai kemahiran sosial yang tinggi. Sopan santun + rajin +bertanggungjawab+ bijak+ kemas + berperikemanusiaan+ beri ganjaran + ikhlas = murid mempercayai guru / jadikan guru sbg model utama

2. Persekitaran dan pengalaman


Pengalaman melalui peraturan yang ditetapkan dan guru perlu membuat pengukuhan terhadap perlakuan murid sama ada perlakuan yang betul diberi ganjaran atau perlakuan yang salah diberi teguran atau dendaan. Pengalaman bekerja dalam sebuah pasukan yg memberikan pengalaman kpd murid untuk memahami orang lain dan cuba bertingkah laku baik agar disenangi dan diterima oleh kumpulannya.

3. Komuniti pembelajaran
Diwujudkan melalui pembinaan persekitaran yang prihatin dan penyayang di mana murid mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Nilai-nilai kepercayaan dan saling bergantung dipupuk Hubungan interpersonal adalah penting

3. Komuniti pembelajaran
Dibina melalui pendekatan koperatif Murid diberi peluang dan ruang untuk bekerja bersama-sama dalam mencapai matlamat Guru perlu bersikap terbuka dan membenarkan murid berdebat kerana perdebatan akan memupuk persefahaman dan saling menerima. Dalam hal ini, Piaget mengatakannya sebagai cognitive conflict atau konflik pemikiran.

3. Komuniti pembelajaran
D. Johnson dan R. Johnson (1999) menyebut ini sebagai konflik akademik yg akan mendorong kpd pemikiran kritikal dan penukaran konsep.

4. Peranan bermain dlm perkembangan sosioemosi kanak-kanak


Menurut National Association of School Psychologists, Amerika Syarikat (2010), kanak-kanak belajar melalui tindakan mereka. Kanak-kanak berasa gembira jika tindakan tersebut diterima sebagai kejayaan, kanak-kanak akan bersemangat untuk mencuba lagi bagi meningkatkan proses belajar. Menurut Department for Children, Education, Lifelong learning and Skills, Welsh Assembly Government (2010), kanak-kanak yg sedang bermain secara aktif sebenarnya sedang mengalami proses pembelajaran.

Guru sepatutnya menyediakan lebih banyak aktiviti bermain kerana bermain mendorong pemupukan budaya kolaboratif dan koperatif. Melalui bermain, beberapa perkara dapat dipelajari:
1. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal 2. Kemahiran berkomunikasi 3. Penyelesaian masalah dalam bermain

MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJARAN


Kajian Walter Vispoel dan James Austin (1995) mendapati, minat murid terhadap pembelajarannya mempengaruhi kejayaan dan kecemerlangannya. Pengalaman memainkan peranan penting dalam membina rasa minat murid terhadap pembelajaran mereka. Walaupun murid tidak cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran, namun sekiranya terdapat satu tarikan, murid tersebut pasti akan bersemangat untuk berada di dalam bilik darjah tersebut.

Guru boleh menyelitkan aktiviti menyanyikan lagu pelbagai kaum dalam satu pembelajaran dan ini menjadikan murid gembira tanpa mengira lagu bangsa apa dan bahasa siapa. Murid akan berasa teruja apabila mampu menyanyikanlagu kaum lain.

MOTIVASI, BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Banyak pengkaji bersetuju bahawa murid drpd pelbagai budaya mempunyai cara yang berbeza dalam memotivasikan diri untuk mencapai kejayaan. Markus dan Kitayama (1991) menunjukkan kanak-kanak di Barat lebih berani membuat pilihan dan keputusan dan ciri ini mempengaruhi cara mereka berfikir ketika berada di sekolah.

Kanak-kanak Barat mempunyai self-esteem yg tinggi kerana ibu bapa , guru dan masyarakat sekeliling memberikan galakan untuk mereka lebih optimistik, memfokuskan kekuatan yg ada pada diri mereka, percaya pd diri sendiri dan berkeyakinan tinggi.

Kanak-kanak Asia kurang berani membuat keputusan kerana sistem hieraki masyarakat Asia yang mengutamakan golongan lebih dewasa dengan kepatuhan dan rasa hormat yg tinggi. Namun begitu, self-esteem dlm diri kanak-kanak akan meningkat apabila mereka mampu mengenali dan menerima ciri-ciri individualiti dan berasa hebat lebih-lebih lagi bila rakan lain turut menghargai ciri tersebut.

Langkah untuk memotivasikan murid dalam pembelajaran


1. Memberikan galakan kpd murid dgn menjelaskan nilai dan keperluan sesuatu tugasan kpd murid. 2. Menunjukkan bagaimana sesuatu tugasan ada perkaitan dan kesinambungan drpd pelajaran lepas. 3. Menggunakan persekitaran sosial untuk menggalakkan pembelajaran.

Você também pode gostar