Você está na página 1de 5

Maya (ilusi)

Maya 1 Suatu perkataan yang berasal dari bahasa Sanskrit yang telah lazim digunakan didalam kamus Melayu, dan merupakan sebahagian dari Bahasa Melayu membawa terjemahan kepada ilusi, antara nyata dan tidak nyata (alam maya, alam fana, bayangan maya dll). Dari sudut dunia komputer pula, "Virtual Reality" juga dikenal sebagai realiti maya yang mana adalah teknologi yang membuat pengguna dapat berintegrasi dengan suatu lingkungan yang disimulasikan oleh komputer (computer-simulated environment), lingkungan samaada yang sebenarnya ditiru atau lingkungan yang hanya ada dalam imaginasi. Lingkungan realiti maya terkini umumnya menyajikan pengalaman visual, yang ditampilkan pada sebuah layar komputer atau melalui sebuah penampil stereoskopi (Stereoscopy), dengan beberapa simulasi disertakan tambahan maklumat hasil dari penderiaan, seperti suara melalui speaker dan lain-lain. Manakala dari tafsiran perkataan maya pula, ia membawa suatu erti yang berbagai dan mendalam, mengikut kefahaman mahupun pegangan seseorang sebagaimana contohnya, dunia ini digelar alam maya, yang mana dalam menghadapi kehidupan seharian yang nyata, insan itu sendiri terperangkap dalam dunia fata-morgananya, dunia ilusinya, dunia mimpinya, dunia antara permintaan zahiriah mahupun lahiriah, dunia yang penuh fonemena yang logik atau pun yang tidak dapat dijangkau oleh segala deria mahupun dengan alat pembantunya dan begitulah seterusnya. Dan setiap insan yang hadir dalam alam maya ini, akan pergi dan tiada siapa yang mampu tinggal selama-lamanya dalam alam maya ini. Hadir dalam tarikh sekian-sekian, dan akan pergi juga bila tarikh pemergiannya datang. Dalam erti, dunia yang didudukinya tidak dapat dimiliki selamalamanya, hatta tubuh-badannya sendiri yang mana bukan kepunyaan mutlaknya, akan ditinggalkannya. Biarpun sekian lama diusahakan agar tubuh-badannya awet muda, namun bila datang waktunya, maka menjadilah tubuh-badannya reput, hancur hingga menjadi debu. Atau pun sesuatu yang tidak diduga terjadi kemalangan atau seseuatu penyakit yang menimpa, yang mana menyebabkan kehilangan sebahagian tubuh-badannya. Sebagaimana juga segala harta miliknya yang mana sampai suatu ketika, segalanya terpaksa ditinggalkan, biarpun selama hidupnya,

dilakukankan apa sahaja cara untuk menokok-tambahkan hartanya. Lantas alam (maya, fana) yang tidak kekal ini, memerlukan suatu pengertian akan erti kehadiran setiap yang bernyawa dan manakah arah seterusnya untuk kealam (baqa) yang kekal abadi....

Maya 2 Alam maya, yang mana dalam menghadapi kehidupan seharian dalam waktu-waktu dialam maya, sentiasa adanya suasana atau keadaan bermaya mahupun tidak bermaya. Dari segi fizikal hingga ke mental, lahiriah ke batiniah. Bermaya atau berkeupayaan untuk sesuatu perkara, bidang, ruang, permintaan kehidupan dan seterusnya adalah suatu ikatan yang utama dalam menghadapi kehidupan dialam maya. Kerana kewujudan setiap sesuatu dialam maya ini bergantung kepada sesuatu asbab, menyabitkan keupayaan sesuatu itu terletak keatas faktor asbabnya. Contohnya sebagaimana yang diketahui melalui penderiaan kasar, bahawa setiap yang hidup bergantung kepada kewujudan air, dari segala haiwan hingga ketumbuh-tumbuhan. Dan dari dari situ juga hadirnya akan keupayaan sesuatu tempat untuk menyediakan dataran untuk kehidupan, kerana semakin kontang kawasannya, maka semakin mengecillah peluang untuk kehidupan samaada untuk tumbuh-tumbuhan hingga ke haiwanat. Disamping bergantung kepada faktor lainnya seperti qualiti air tersebut, quantiti, bahan kandungan air tersebut ( seperti air laut yang masin, untuk kehidupan darat adalah suatu yang tidak sesuai, tetapi untuk kehidupan laut, ia memang memerlukannya) dan seterusnya. Malah bila ia berlebihan pula, ianya sebaliknya berupaya memudaratkan kehidupan itu sendiri seperti fonemena ribut-banjir dan lain-lain. Sebagaimana juga, untuk menghadirkan sesuatu tenaga yang samaada untuk menjanakan cahaya, membakar dan seterusnya memerlukan asbab seperti minyak, arang batu dan lain-lain bahan pembakar, tetapi bila diperhatikan matahari mahupun didalam bumi sendiri, adanya tenaga yang hebat yang belum dikenali dengan begitu pastinya dari mana sumber tenaganya yang tidak putusputus, tetapi tetap saban waktu ia berupaya menghasilkan haba yang dahsyat yang mana juga membantu kelangsungan kehidupan dialam maya ini. Dan sebagaimana asbab air, asbab haba juga sekiranya ia berlebihan, ia bakal memusnahkan kehidupan yang bergantung keatasnya seperti gunung-gunung berapi yang mengeluarkan lahar-laharnya, sinar matahari yang tinggi menembusi atmosphera bumi dan seterusnya. Kerap juga terjadi, sesuatu unsur yang membawa asbab yang jelas kesan dari asbab tersebut sendiri, boleh berubah. Seperti contohnya, atas faktor asas asbab kejadiaan air iaitu H2O, unsur hidrogen yang merupakan asbab pembakaran dan juga oksigen yang merupakan juga asbab membantu pembakaran tetapi bila dicantumkan menjadi molekul air yang begitu berlawanan dengan segala asbab asasnya yang membantu pembakaran dan malah air berupaya digunakan untuk mencegah kebakaran. Namun diatas unsur asasnya itu, ia dapat pula mengalirkan elektrik yang pada mata kasar adalah bertentangan dengan keupayaan air itu sendiri. Selain itu, adanya suatu keupayaan yang tidak dapt dilihat dengan mata kasar, hanya dirasai seperti oleh deria sentuhan iaitu udara, bau-bauan, rasa-rasa yang terdapat contohnya didalam makanan, buah-buahan dan lain-lain, bunyi-bunyian, haba dan seterusnya. Mahupun juga keupayaan diatas perasaan insan itu sendiri seperti atas rasa cintanya kepada sesuatu, ia sanggup berkorban apa sahaja, atas rasa takutnya keatas sesuatu, ia merasa tidak aman, atas rasa gembiranya pada sesuatu, ia merasa selesa dan seterusnya. Sedang dalam diri insan itu sendiri, tersimpan sejuta rahsia

keupayaan, dari akalnya hingga kejantungnya yang saban detik berupaya mengepam darah keseluruh anggota badan melalui pembuluh-pembuluh darah yang begitu seni saiz salurannya tetapi bila dicantumkan, berkilometer panjangnya.

Maya 3 Didalam alam maya ini, sentiasa hadir perkataan "mungkin" untuk sesuatu yang mana sesuatu itu wajar sahaja berubah samaada dari sudut sesuatu tersebut sendiri mahupun dari pengaruh luaran sesuatu tersebut. Yang mana situasi, bentuk, rupa atau apa sahaja dari sesuatu tersebut "mungkin" sahaja berubah-rubah misalnya hari yang panas kehujan, sihat kesakit, pagi kepetang, hadir dalam kehidupan atau pergi dari kehidupan dan seterusnya. Perkataan "mungkin" yang berasal daripada bahasa Arab dan telah sebati digunakan didalam Bahasa Melayu bukanlah bermakna "dualiti"(sebagaimana dualiti adalah bererti dua sifat yang berlawanan seperti malam-siang,lelaki-perempuan,hitam-putih dll) tetapi membawa erti adanya berbagai jalan, rupa, penyelesaian, suasana dan lain-lain untuk sesuatu yang dinyatakan berkaitan dengan perkataan mungkin. Misalnya dari warna hitam-putih mungkin adanya warna kelabu. Dalam pertuturan untuk perkara yang lepas, perkataan mungkin adalah lebih menjurus kepada kebaikan kerana ia lebih menyampaikan adanya suatu pilihan lain, suatu alternatif dari yang dilalui atau yang berlaku, adanya suatu cubaan memperbaiki dan lain-lain berbandingkan dengan perkataan "kalau", yang lebih menjurus maknanya kepada kekecewaan, ketidak penerimaan terhadap apa yang berlaku atau taqdir sesuatu itu berlaku, penyesalan dan lain-lainnya.(Sebagaimana adanya perbezaan antara "Probability" dengan "if") Lantas berpijak diatas perkataan mungkin, segalanya dialam maya ini dipengaruhi oleh kemungkinan, yang mana membawa maksud juga bahawa, tiada yang tetap (kecuali apa yang ditetapkan dan ditunjukkan oleh Pencipta alam). Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai I.Q yang tinggi, tetapi kemungkinan E.Qnya rendah atau sebaliknya, seseorang yang begitu mendalami sesuatu bidang tetapi kemungkinan besar dia tidak menguasai segala bidang, seseorang yang mempunyai segala harta-benda tetapi kemungkinan jiwanya tertekan, sesebuah negara yang kelihatan begitu maju dari segi kebendaan tetapi kemungkinan rakyatnya ramai yang mengalami keruntuhan moral, sesesuatu keputusan yang dilihat sebagai penyelesaian buat masaalah kehidupan harian tetapi kemungkinan membawa kesan jangka-panjang yang buruk dan seterusnya. Atau ubat yang pahit tetapi kemungkinan ubat tersebut membantu mencegah sesuatu penyakit, suasana perkampungan-perkampungan yang kelihatan bosan kehidupannya buat seseorang yang sentiasa bergerak pantas tetapi kemungkinan suasana tersebut dapat menenangkan jiwa, aktivitiaktiviti amal jariah seperti membantu golongan tidak berupaya, menziarahi sesamanya, berpesanpesan kearah kebaikan dan lain-lain yang dilihat sebagai membazirkan waktu tetapi kemungkinan itu adalah suatu yang membawa kebaikan besar pada diri dan masyarakat, kehidupan yang tidak berkiblatkan kebendaan yang dilihat sebagai kemunduran tetapi kemungkinan itulah kehidupan yang membawa ketenangan serta melindungi diri dan masyarakat dan seterusnya. Dalam arus kemungkinan-kemungkinan ini, insan lazim sahaja bereksperimen, mencari penyelesaian keatas sesuatu masaalah, berteka-teki mahupun ia terjebak kedalam sesuatu masaalah, namun darinya juga lahir kefahaman, kematangan, kejayaan, kegagalan dan lain-lainnya. Segala yang dicipta insan samaada untuk kegunaan harian mahupun untuk melalui kehidupan harian

lazimnya dibawah faktor ini, misalnya kemungkinan membina roda-roda yang berpusing dapat membantu melancarkan pergerakkan benda-benda berat, lantas dari situ, diciptanya roda dalam berbagai bentuk dan cara dan sehingga kehari ini, penggunaan keatasnya sentiasa dipertingkatkan dalam berbagai bentuk dan sentiasa diperbaharui. Kemungkinan-kemungkinan juga wujud dalam bentuk lahirian atau batiniah, nyata atau ghaib, sesuatu yang jelas atau sebaliknya, logik atau tidak dan seterusnya. Misalnya adalah jelas dengan beranggota sempurna maka seseorang itu dapat bergerak bebas tetapi bagaimana pula dengan yang beranggota sempurna tetapi tidak dapat bergerak langsung, mungkinkah dia lumpuh, koma atau mungkinkah roh didalam jasadnya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar telah keluar dari jasadnya? Seorang yang kelihatan begitu sihat mental dan fizikalnya, tiba-tiba meracau-racau, mungkinkah dia mengalami tekanan jiwa, histiria atau dalam pengaruh sesuatu bahan yang mengkhayalkan? Seorang yang kelihatan begitu terpelajar lalu dipilih mengetuai sesuatu masyarakat tetapi tindakan-tindakannya mengundang kehancuran kepada masyarakat tersebut, mungkinkah dia tidak berpengalaman, mementingkan diri sendiri dan seterusnya? Atau seseorang yang mempercayai sesuatu batu, pokok, patung-patung dan lain-lain dapat membantu dalam penyelesian masaalah kehidupan hariannya, tetapi apakah mungkin benda-benda yang tiada langsung bermaya dapat membantunya? Begitulah dunia maya ini yang terikat dibawah perkataan "mungkin" atau kemungkinan dan kerana adanya ikhtiar serta dugaan yang diberikan kepada insan, Pencipta Alam tidak membiarkan insan hanyut begitu sahaja dalam kemungkinan-kemungkinan insan itu sendiri, tetapi diutusNya para-para anbiya hinggalah kenabi terakhir dan seterusnya dipikul oleh umat nabi terakhir untuk membimbing insan sekelian kearah suatu kebenaran biarpun insan itu sendiri melalui kehidupannya dalam seribu kemungkinan. Dalam mana rangka kehidupan yang ditunjukkan oleh Rasulullah adalah benteng agar umat terlindung daripada kemungkinan-kemungkinan buruk menimpa mereka didunia dan diakhirat.

Maya 4 Dalam alam maya ini, wujudnya daya tarikan yang menjadi salah satu sebab berputarnya kehidupan seharian. Daya tarikan ini wujud dalam beribu bentuk samaada yang dapat dicapai oleh pandangan kasar namun lazimnya ia wujud dalam alam yang tidak dicapai oleh pandangan kasar. Contoh antara daya tarikan yang wujud adalah seperti daya tarikan graviti yang mana asbab seluruh cakerawala berputar pada paksi masing-masing, dari putaran bulan yang mengelilingi bumi pada hubuknya (lorong putarannya), bumi yang mengelilingi suria dan bahkan seterusnya kesetiap lapisan langit yang berbillion-billion planet yang berputar pada hubuk masing-masing. Daya tarikan seperti magnet yang sentiasa menunjukkan arah dikutub yang hampir padanya, daya tarikan untuk sesuatu kehidupan menghuni disesuatu tempat seperti adanya sumber air, daya tarikan sesuatu makanan samaada dari baunya ataupun atas sebab-sebab individu seperti makanan kegemarannya dan lain-lain, tarikan dari rupa sesuatu samaada penampilan mahupun sifatnya (seperti akhlaknya, karismanya, kebijaksanaanya dan lain-lain), tarikan diatas sebab-sebab keinginan samaada kerana duniawi atau ukhrawi, tarikan dari bunyi-bunyian, tarikan dari penghasilan warna-warna, permintaan dalam memenuhi keperluaan dan seterusnya. Dan tentunya daya tarikan antara perbezaan jantina adalah merupakan suatu daya tarikan yang begitu besar kesannya dalam kehidupan seharian mahupun dalam kewujudan generasi seterusnya. Samaada dari kehidupan haiwanat yang terhad daya tarikannya, jinnat yang sukar diungkapkan

hinggakan kepada insan yang hidup dengan seribu daya tarikan. Daya tarikan sesuatu tersebut tentunya bergantung kepada kuasa upaya tarikannya sebagaimana suria yang mempunyai kuasa tarikan yang hebat lantas menyebabkan planet-planet lain seakan akur mengelilinginya namun kerana setiap planet lain ada kuasa upaya tarikannya tersendiri maka tidaklah ia menuju menghampiri suria, sebaliknya berlitar diatas daya tarikan suria dengan daya tarikannya sendiri. Sebegitulah dalam kehidupan ini, samaada tarikan yang membawa kesan kebaikan atau sebaliknya sering berlumba-lumba dalam pentas alam maya ini dan masing-masing terikat akan pada daya kuasa tarikannya. Terbiasa juga sesuatu daya tarikan tersebut membawa kebinasaan seperti kalkatu yang tertarik pada cahaya pelita, lalu terbang menghampirinya sehingga terbakar diri. Atau serangga yang tertarik akan manisan didalam pohon periuk kera, didekati lalu masuk kedalam untuk mengambil manisan tersebut,tetapi ia sebenarnya merupakan perangkap maut. Atau ikan-ikan yang tertarik dengan cacing umpan sepemancing yang mana menyebabkannya kehilangan nyawanya. Atau juga bahan yang menjadi tarikan, membinasakannya kerana tarikan yang dimilikinya seperti daging mentah yang terbiar lalu menjadi tarikan pada langau-langau yang membinasakan daging tersebut. Dalam kehidupan alam maya ini, insan akan sentiasa terhidang akan kepada satu-satu tarikan buat fikirannya mahupun perasaannya. Tidak kira dimana, selama ia bernyawa, akan sentiasa wujud tarikan untuknya. Mungkin faktor umur, jantina, permintaan kehidupan samaada dari dalaman mahupun luaran, desakan-desakan yang sentiasa mendatang seperti dari sudut fikiran dan seterusnya. Hanya-sanya pertanyaan apakan tarikan-tarikan kearah kejayaan didunia dan akhirat, atau hanya untuk duniawi yang bersifat sementara atau pun juga tarikan-tarikan yang membawa musibah untuk seterusnya? Sedang Ahli hikmah berpesan, insan sentiasa lupa akan 4 tarikan dalam menempuh alam seterusnya (yang merupakan alam yang benar-benar realiti): 1- Malaikat maut yang akan menarik rohnya. 2- Para ahli waris akan menarik harta atau peninggalannya. 3- Ulat-ulat akan menarik tubuh-badannya. 3- Mereka-mereka yang dizalimi semasa hayat didunia akan menarik amalnya dihari perhitungan.

Você também pode gostar