Você está na página 1de 38

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui KPD 3026 opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj [PANDUAN KERJA KURSUS]

klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz xcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyu iopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop asdfghjklzxcvbqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz xcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv bnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa

ARAHAN
1. 2. 3. Kursus KPD 3026 ini mengandungi 1 (satu) tugasan sahaja. Tugasan ini mengandungi 2 (Dua) Pecahan iaitu Pecahan A dan Pecahan B. Jawab kedua-dua pecahan ini. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft-copy dan hard-copy kepada Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing..
KATEGORI TUGASAN PECAHAN TUGASAN PECAHAN A : KERJA KURSUS ARAHAN MARKAH TARIKH

1. Tugasan ini perlu dibuat secara


individu. 2. Perkara yang mesti ada dalam kerja kursus ini terbahagi kepada 4 Bahagian iaitu: Bahagian I
MIKROPENGAJARAN Mikropengajaran adalah untuk: mengukuhkan pendekatan pelajar kepada sesuatu pengajaran; mengenal pasti kemahiran yang perlu diperbaiki; meningkatkan kefahaman pelajar bagi pelbagai gaya pengajaran yang berkesan; menerima maklum balas yang berkesan.

10 markah

Pelajar akan mengajar satu pelajaran (pilihan

pelajar) selama 5 -10 minit. Oleh kerana masa adalah singkat, alat bantuan visual seperti Powerpoint tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, carta, flipchart, papan putih, handouts boleh digunakan.

Rakaman boleh dibuat oleh pelajar untuk membantu mereka untuk membuat refleksi. Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap mikropelajaran. REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang mikropelajaran mereka:

10 markah

1. Apa tema/isu yang muncul dari maklum balas


pensyarah dan rakan tentang pengajaran saya?

2. Apakah kekuatan saya? Bagaimana saya boleh


membina dari kekuatan itu?

3. Apakah yang saya perlu menambahbaikan?

Bahagian II
MAKROPENGAJARAN

20 markah

Pelajar dikehendaki untuk menyampaikan 30

minit sesi makropengajaran. Topik pengajaran mesti mengikut mata pelajaran opsyen masingmasing, rakaman video mesti dibuat.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan Pengajaran Harian mesti disediakan untuk makropengajaran tersebut. Dalam Rancangan Pengajaran Harian: menetapkan hasil pembelajaran (hasil) untuk sesi pengajaran dengan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan pemahaman terlebih dahulu. menetapkan aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan semasa sesi pengajaran. Menyatakan: o apa pembelajaran dan pendekatan pengajaran yang akan digunakan; o apa isu-isu / halangan yang dapat diatasi oleh pendekatan pembelajaran itu; o pengurusan persekitaran pembelajaran bagi memastikan pembelajaran yang berkesan berlaku dengan selamat dan efektif.

10 markah

menetapkan cara-cara menilai pembelajaran. Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap makropelajaran REFLEKSI MAKROPENGAJARAN Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang makropelajaran mereka: 1. Adakah objektif pengajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu? 2. Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif ? Bagaimana saya tahu? 3. Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa? 4. Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat

10 markah

5.

pertingkatkan pelajaran ini lagi? Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?

20 markah

Bahagian III

(Mingg u 1) (Mingg u ke 3) (Mingg u ke 5) (Mingg u ke 7) (Mingg u ke 9) (Mingg u ke 11)

i.

Laporan Kajian Tindakan yang dilaksanakan berdasarkan isu P&P yang dihadapi oleh guru. a. Mengenalpasti masalah yang akan dikaji

b. Mengumpul eviden mengenai


masalah yang akan dikaji c. Tinjauan awal masalah d. Melaksanakan tindakan e. Mengumpul data dan analisis data hasil tindakan yang dilaksanakan 80 markah

f. Menulis refleksi dan menyiapkam


laporan kajian. Jumlah markah

FORUM

5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru:

1. Apakah yang anda faham dengan maksud


refleksi pengajaran? Nyatakan kebaikan yang anda boleh dapati dengan melakukan aktiviti refleksi pengajaran selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Huraikan.

4 markah

(Minggu Ke-3)

2. Sebagai seorang guru, nyatakan salah satu


daripada sepuluh kemahiran mikropengajaran yang perlu dimiliki oleh seseorang guru agar pengajarannya lebih berkesan. Huraikan.

4 markah

(Minggu Ke-5)

3. Huraikan secara ringkas perbezaan di


antara prinsip pengajaran pembelajaran

4 markah

(Minggu Ke-7)

yang menggunakan pendekatan inkuiri atau masteri?

4. Berdasarkan pengalaman anda, apakah


perbezaan yang terdapat di antara guru yang menjalankan kajian tindakan dengan guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan dalam konteks perkembangan profesionalisme? Bincangkan.

4 markah

(MingguKe-9)

5. Setiap kajian tindakan yang hendak


dijalankan oleh penyelidik, permasalahan atau masalah kajian adalah sebagai punca utama. Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan eviden bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti?.

4 markah

(Minggu -11)

JUMLAH

100

Sila ikut arahan Tutor E-Learning anda. FORMAT PENULISAN Pecahan A Bahagian I : Rakaman Mikropengajaran (CD) dan Refleksi pembelajaran Bahagian II : Rakaman Makrropengajaran (CD), RPH & Refleksi pembelajaran. Bahagian III : Laporan kajian Tindakan a. b. c. 2. Panjang esei: 10 muka surat (Minimum) Font: Arial; Saiz 11; Spacing 1.5 line Ada rujukan (minimum 5 rujukan) yang ditulis mengikut format yang betul.

1.

Pecahan B Forum E-Learning: Jawapan yang sama dengan yang di masukkan ke dalam forum MyGuru. PANDUAN PENYERAHAN TUGASAN

1.

Kerja Kursus i. Kerja kursus mestilah lengkap dan mesti mengandungi 3 komponen di dalamnya: (a) Rakaman Mikropengajaran (CD) dan Refleksi pembelajaran. (b) Rakaman Makropengajaran (CD), RPH dan Refleksi pembelajaran (c) Laporan Kajian Tindakan.

ii.

Kerja kursus yang telah lengkap mestilah disusun mengikut susunan: (a) Muka hadapan (Gunakan format seperti di Lampiran 1) (b) Mempunyai isi kandungan dan halaman (Rujuk format dalam lampiran 2) (c) Refleksi pembelajaran untuk Mikropengajaran (d) Refleksi pembelajaran untuk Makropengajaran (e) Laporan Kajian Tindakan (f) Himpunan forum untuk 5 soalan perbincangan. (g) Senarai rujukan/bibliografi (h) Lampiran (CD mengandungi rakaman mikropengajaran dan makropengajaran) Kerja kursus (Refleksi I & II dan Laporan Kajian Tindakan) mestilah dimuat naik (upload) ke dalam tapak penghantaran tugasan mengikut kumpulan masing-masing menerusi laman MyGuru2. CD rakaman perlu dihantar melalui youtube/google atau emel mengikut arahan tutor kumpulan masing-masing. Tarikh akhir penghantaran ialah pada minggu ke 11. Pelajar perlu peka dengan tarikh yang ditentukan. Sebagai backup tugasan boleh dihantar kepada Tutor E-Learning melalui pos dalam bentuk hard copy & soft copy.

iii.

iv. v.

2. 3.

Forum i. ii. Terdapat 5 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on-line bersama tutor dan sesama pelajar yang lainnya. Pelajar diminta menjawab semua soalan forum tersebut dengan idea asli yang bernas. Minimum 100 patah perkataan bagi setiap satunya. (2 markah diperuntukkan bagi jawapan ini) Pelajar juga dimestikan memberi pandangan, ulasan, penambahan dan komentar terhadap jawapan rakan-rakan yang lain (minimum 4 kali bagi setiap satu soalan perbincangan). Lebih banyak perbincangan adalah lebih baik. (2 markah diperuntukkan bagi perbincangan ini) Pemarkahan diberikan menerusi jawapan kepada soalan dan kekerapan penyertaan berforum dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Secara keseluruhannya jawapan pelajar dalam E-forum pada aras minimum ialah 5 jawapan kepada soalan dan 20 kali interaksi secara on-line untuk mendapatkan markah penuh (20 markah). Semua jawapan dan perbincangan yang dilaksanakan mestilah dicetak dan dimasukkan ke dalam kerja kursus dan disalin ke dalam CD. Hantarkan kedua-dua bahan (kerja kursus dan CD) kepada Tutor ELearning masing-masing sebagai back-up.

iii.

d.

e.

4.

PERINGATAN!!!!!!!
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa. Berhubung dengan tutor E-Learning anda. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor ELearning bagi kumpulan masing-masing.

5.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN A Menepati format penulisan refleksi dan laporan kajian tindakan, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan). Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan). Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan). Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan

A-

B+ B

B-

C+

ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara. D Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara. Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

SELAMAT BELAJAR DAN MENYELESAIKAN KERJA KURSUS

Lampiran 1: Cover Kerja Kursus 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

PEMARKAHAN RAKAMAN 1 REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK

KERJA KURSUS DAN FORUM

KUMPULAN _________ DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________ TARIKH SERAH: ________________

Lampiran 2 ISI KANDUNGAN


Halaman

1.0 2.0 3.0 4.0

Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran Refleksi Pembelajaran Makropengajaran Rancangan Pengajaran Harian Laporan Kajian Tindakan Bibliografi Lampiran : CD Rakaman Mikropengajaran CD Rakaman Makropengajaran

SEMUA TUGASAN MIKRO DAN MAKRO TEACHING PERLU PATUHI SYARAT2 BERIKUT: 1. WAJIB TULIS RPH DALAM DWIBAHASA (BM@BI DAN BAHASA IBUNDA (CINA dan TAMIL) 2. RPH Mikro dan Mkaro adalah sama kecuali peruntukan masa 3.MASA MIKRO TEACHING 10 MINIT DAN MASA MAKRO TEACHING 40 MIN 4. LANGKAH2 PENGAJARAN MIKRO / MAKRO a. Set Induksi - 2 min/ 5 min b. Langkah c. Langkah d. Langkah 3 1- 5 min/10 min 2 - 5 min/10 min / 10 min (untuk makro)

d. Penutup

3 min

/ 8 min

e. Refleksi (untuk makro) -7 min Peringatan: Refleksi dan langkah 3 hanya untuk makro sahaja

Shaheda binti Usof Thu, Oct 27, 11


Share|

Thursday, October 27, 2011 - Permanent

tUGASAN kpd 3026

1. SILA CURIER SEMUA TUGASAN KE ALAMAT: DR SHAHEDA BT USOF FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900, TANJUNG MALIM PERAK HP 0125600175 EXT 6007

Shaheda binti Usof Thu, Oct 27, 11


Share|

Thursday, October 27, 2011 - Permanent

Forum 1-5 Kepada semua Grup EL-A29, EL-A30, EL-A31 DAN EL-A32

SILA JAWAB FORUM 1 HINGGA SEBELUM TARIKH TUTUP. JIKA SEBARANG MASALAH CONTACT SHAHEDA USOF FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UPSI HP 012-5600175

Shaheda binti Usof Thu, Oct 27, 11


Share|

Thursday, October 27, 2011 - Permanent

Forum 1-5 Kepada semua Grup EL-A29, EL-A30, EL-A31 DAN EL-A32

SILA JAWAB FORUM 1 HINGGA SEBELUM TARIKH TUTUP. JIKA SEBARANG MASALAH CONTACT SHAHEDA USOF FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UPSI HP 012-5600175

Teaching activities
Introduction

1. 2.
3. 4. 5.

Watch and learn the 2D shape song and 3D shape song. Work through the Bitesize shapes revision bite on the class whiteboard. Revise the names and properties of the shapes featured. The pages are a good starting point for discussions of the children's knowledge of the shapes and terms. Re-test the children using a variety of 2D and 3D shapes in a feely bag. Keep one of the shapes hidden in the bag and describe some of its properties (e.g. "It is a 2D shape with 2 parallel sides" or "It is a 3D shape with one flat face"). Invite the children to ask questions to find out more information about the shape before guessing what shape it is.

Activity Demonstrate the Bitesize shapes activity to the class using the class whiteboard. Show the children how to drag the shapes into the appropriate categories. Explain that if they hold down the left mouse key while on the shape, it freezes, giving them a better look at the shape's properties. Demonstrate and work as a class through the 2D shapes. The children can then take it in turns, in small groups or pairs, to work through the 3D shape activity. Lower ability - In pairs or small groups, play the feely bag game from the introduction. Middle ability - Ask the children to outline 100 squares on a piece of squared paper and, within it, to draw areas for different playground apparatus (slide, swings, monkey bars and so on). Explain that some areas can be multiples of 10 but some should not be (e.g. swings 14% of the playground). Ask them to then write down the percentage of the area each piece of apparatus took up and afterwards to convert these figures into decimals and fractions. Higher ability - Using squared paper, ask the children to draw nets from 3D shapes. Before sticking them together ask them to write the properties relating to their shape on one of the outside faces.

Plenary Using the Bitesize shapes activity again, work through the 3D section as a class to see if everyone understands the correct categorisation of the 3D shapes. Discuss awkward 3D shapes, such as cylinders. Extension Ask the children to work through the Bitesize problem solving quizor complete the Shapes worksheet (PDF 49KB). Homework 1. Ask the children to choose a 3D shape and design a promotion poster for it.

2. 3. 4.

What makes this shape 'great'? What are its properties? What is it used for/where is it seen (eg packaging, buildings) and what makes it a good shape for this use?

Budaya meyelidik dikalangan guru di Malaysia masih belum menyeluruh. Aktiviti kajian tindakan adalah aktiviti yang sangat berkesan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Pada pemahaman saya, masalah ialah hal yang dilihat belum mencapai kehendak, belum menepati sasaran atau objektif yang dirancangkan oleh guru belum tercapai. Kebiasaannya kajian dijalankan oleh guru untuk mengenalpasti kepelbagaian kebolehan murid, mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid, mengkaji hasil dapatan serta merancang sesuatu yang lebih berkesan supaya murid menguasai sesuatu kemahiran sepenuhnya. Penyelidikan dijalankan untuk mendorong ke arah suatu perancangan penambahbaikan yang mempunyai matlamat dalam memperkembang atau menambahbaikan situasi amalan. Sebagai contoh keputusan ujian bulanan Mac lepas, didapati hampir separuh daripada murid kelas saya tidak dapat memberikan jawapan yang betul bagi soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi. Kedua-dua operasi tersebut adalah melibatkan kemahiran sifir. Oleh itu, guru merancang dan melaksakan aktiviti untuk memantapkan sifir murid dahulu, barulah diteruskan kepada kemahiran darab dan bahagi tersebut. Masalah dapat dikenalpasti berdasarkan : 1. Melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu juga guru dapat mengenal kelemahan murid melalui respon murid terhadap aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti kuiz atau congak sifir. 2. Melalui sesi temubual antara guru dengan murid, guru dengan ibu bapa penjaga sewaktu hari perjumpaan ibu bapa penjaga (mengambil penyata keputusan peperiksaan) serta perkongsian pengalaman bersama rakan sejawat atau pihak pentadbir.

3. Berasaskan data keputusan ujian pra yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan releven (analisis item bilangan murid yang salah mengikut nombor soalan atau tajuk soalan). Meliputi aspek hasil kerja murid melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru (soalan latihan pada bukuatau kertas latihan murid ).

Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Sesuatu Kajian Tindakan bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk sesuatu mata pelajaran. Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilah mengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang hendak ditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus berkaitan dengan satu-satu masalah atau kemahiran yang cuba ditangani. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenalpasti masalah yang wujud dalam bilik darjah atau di sekolah yang berkaitan dengan P&P. Sebarang isu yang berkaitan dengan pendidikan khususnya yang melibatkan P&P di bilik darjahjuga boleh dijadikan sebagai masalah. Pernyataan masalah amat penting dalam kajian tindakan. Masalah merupakan isu yang ingin dikaji. Masalah dapat dikenalpasti melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual serta penelitian dokumen dan juga soal selidik.. Seperti,
Masalah dapat dikenalpasti berdasarkan :

1. Melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu juga guru dapat mengenal kelemahan murid melalui respon murid terhadap aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti kuiz atau congak sifir. 2. Melalui sesi temubual antara guru dengan murid, dengan ibu bapa penjaga sewaktu hari perjumpaan ibu penjaga (mengambil penyata keputusan peperiksaan) perkongsian pengalaman bersama rakan sejawat atau pentadbir. guru bapa serta pihak

3. Berasaskan data keputusan ujian pra yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan releven (analisis item bilangan murid yang salah mengikut nombor soalan atau tajuk soalan). Meliputi aspek hasil kerja murid melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru (soalan latihan pada bukuatau kertas latihan murid ).

CONTOH KENALPASTIAN MASALAH DALAM KAJIAN TINDAKAN Masalah : masalah membaca Langkah 1 : Pemerhatian masalah Guru memerhatikan terdapat murid yang mendapat markah kurang dalam Bahasa Melayu. Untuk itu guru akan memerhati pembelajaran murid supaya dapat memastikan masalah sebenar mereka. Langkah 2 : Kenalpasti masalah Guru akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam menentukan masalah membaca perkataan diftong. Misalny, guru akan menyuruh semua murid membaca perkataan diftong dan mengenalpasti murid yang tidak dapat membaca. Langkah 3 : Mengumpul data masalah Selepas mengenalpasti masalah, guru akan mengumpul maklumat dan data tentang pembacaan murid yang menghadapi masalah pembacaan.

Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.

Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum. Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan. Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan. Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah sesuatu yang boleh menghasilkan kejayaan selepas kajian dilaksanakan. Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari perspektif penyelidik.

6. Setiap kajian tindakan yang hendak dijalankan oleh penyelidik, permasalahan atau
masalah kajian adalah sebagai punca utama. Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan eviden bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti?.

3.1.3 Tujuan Kajian Untuk Mencapai Kecemerlangan Penyelidik perlu jelas tentang tujuan kajian supaya langkahlangkah untuk mencapai tujuan itu dapat ditentukan dan dirancang dengan teliti. Dalam konteks untuk mencapai kecemerlangan pendidikan, tujuan kajian yang diarahkan untuk menangani berbagai masalah pembelajaran adalah lebih tepat. Perhatikan contoh-contoh ini. "Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru", atau "Meningkatkan

pencapaian murid melalui pembelajaran terancang". K-eduadua contoh tersebut menunjukkan bahawa masa atau skop kajian tidak terhad. Tujuan itu boleh digunakan oleh seorang pengkaji, beberapa orang pengkaji dan untuk satu atau semua mata pelajaran. 3.1.4 Mengutip data Jawapan kepada sebarang soalan dalam penyelidikan adalah berasaskan data. Kajian Tindakan memerlukan data daripada beberapa sumber untuk mengukuh dan memantapkan dapatan kajian. Selain itu penggunaan data daripada pelbagai sumber atau pandangan turut memantapkan kefahaman penyelidik tentang masalah/isu yang ditangani. Berikut dicadangkan beberapa perkara yang wajar diberi perhatian sebelum mengutip data. Fikirkan dan senaraikan semua aspek yang berkaitan dengan masalah/isu yang hendak ditangani. Lazimnya, dari segi P&P aspek tersebut merangkumi amalan guru di bilik darjah pada masa lalu dan kesan amalan itu kepada murid. Penyelidik boleh mengutip seberapa banyak data yang diperlukan. Persediaan untuk mengutip dan menganalisis data memerlukan guru meluangkan sejumlah masa. Bagi mengelakkan pembaziran masa manfaatkanlah data yang telah sedia terkumpul di sekolah atau dalam bilik darjah. Dengan memanfaatkan data tersebut guru tidak perlu membina alat. Alat hariya perlu disediakan untuk mengutip data tambahan sekiranya data yang ada belum mencukupi untuk guru memahami sesuatu masalah atau keadaan. Mungkin timbul anggapan bahawa semua data adalah penting atau relevan tetapi setelah dianalisis didapati hanya sebahagian sahaja daripada data berkenaan boleh membantu

guru merancang tindakan. Sudah tentulah pengutipan data yang tidak membantu itu membazirkan masa. Dalam sesuatu kitaran kajian tindakan, pengutipan data berlaku pada dua peringkat. Peringkat pertama ialah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang masalah yang dikenalpasti supaya aktiviti P&P dapat dirancang. Peringkat kedua pula ialah untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dirancang melalui proses pemerhatian. Catatan terperinci harus dilakukan semasa membuat pemerhatian. Bagaimana data diperolehi? Pengutipan data memerlukan alat. Lazimnya dalam penyelidikan tradisi, alat yang sering digunakan ialah soal selidik atau temu bual. Dalam Kajian Tindakan alat mengutip data tidak dihadkan kepada satusatu alat tertentu. Berbagai alat boleh diguna seperti senarai semak, komen bertulis oleh murid tentang amalan guru, catatan harian murid/guru tentang pengalaman di bilik darjah, dairi murid/guru, jurnal, kertas ujian, buku latihan murid dan sebagainya. Alat boleh dibina sendiri oleh guru. Membina alat melibatkan sejumlah masa. K-eupayaan penyelidik dari segi masa, dan beban tugas perlu diberi perhatian apabila membina alat. Fikirkan alat yang praktikal dilaksanakan di bilik darjah. Pengalaman menyediakan alat-alat untuk menilai murid-murid boleh membantu guru membina alat untuk mengutip data. Di mana data boleh diperolehi? Data untuk memahami masalah di peringkat awal kajian mungkin sudah sedia ada di sekolah dalam bentuk minit mesyuarat, laporan sekolah, rekod pencapaian, buku latihan murid, kertas ujian dan sebagainya. Langkah yang perlu dilakukan ialah menyemak

dokumen-dokumen tersebut dan mengeluarkan data-data yang relevan yang boleh menjawab soalan apa, mengapa dan bagaimana berhubung dengan masalah yang hendak ditangani. Apabila membuat permerhatian, data yang dicatat hendaklah seperti yang dilihat bukan penilaian terhadap apa yang dilihat. Catatlah apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah semasa guru mengajar dan murid belajar. Perhatikan beberapa contoh data mengikut catatan pihak yang terlibat dalam kajian. Guru a. Tidak semua murid turut serta dalam perbincangan. b. Murid tidak mengikut arahan guru bila membuat aktiviti kumpulan. Rakan a. Guru lebih banyak bercakap daripada murid. b. Murid yang duduk di barisan belakang menguap dan kedengaran mengeluh beberapa kali semasa guru mengajar. Data Berbentuk Penilaian a. Murid berbual-bual semasa guru memberi arahan sebab mereka memang tidak minat belajar Bahasa Inggeris. b. Penyampaian guru lemah. Data berbentuk statistik bukanlah satu kemestian dalam Kajian Tindakan. Jika berlaku keadaan di mana data berbentuk statistikdiperlukan seperti untuk menunjukkan jumlah murid yang terlibat dalam sesuatu aktiviti, markah ujian dan sebagainya, data ini tidak perlu dianalisis mengikut program analisis statistik yang telah ditentukan tetapi

memadai dianalisis dalam bentuk peratus, kekerapan atau jumlah sebenar mengikut perkiraaan biasa. Perhatikan contoh berikut: a. 8 orang murid belum menguasai kemahiran mendarab. b. 3 daripada murid masih belum menguasai kemahiran mendarab. c. Hanya 5 daripada 30 orang murid turut serta dalam perbincangan. d. 5 orang pelajar mendapat markah 60 daripada 100. Sekiranya data yang dikutip itu tidak membantu atau tidak mencukupi untuk membuat rumusan atau keputusan tentang sesuatu keadaan, langkah yang perlu dilakukan ialah mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkara itu. Dapatkan data daripada murid atau pihak yang berkaitan dalam bentuk komen, penjelasan atau sebagainya sama ada melalui catatan, temu bual senarai semak atau lain-lain. Dengan cara ini guru boleh mengesan dengan lebih terperinci mengapa sesuatu keadaan berlaku. Sebelum mendapatkan maklumat lanjut, fikirkan perkaraperkara yang berkaitan dengan data yang tidak lengkap itu supaya maklumat tambahan yang diperolehi boleh membantu menjelaskan dengan lebih mendalam tentang sesuatu keadaan dan rumusan boleh dibuat tentang perkara itu. Gurujuga boleh meminta murid memberi cadangan untuk memperbaiki aktiviti P&P. 3.1.5 Menganalisis Data Data yang dianalisis memberikan gambaran yangjelas tentang perkara atau situasi yang dikaji. Analisis itu juga

menjadi asas kepada guru untuk .merancang aktiviti P&P seterusnya atau mengubahsuai aktiviti yang telah dijalankan. Terdapat beberapa cara untuk menganalisis data. Antaranya ialah dengan mengelompokkan data daripada catatan guru, murid dan rakan guru mengikut tajuk, kemahiran, kategori atau sebagainya. Setelah data dikelompok cuba buat perbandingan antara kelompok itu untuk melihat perkaitan. Rumusan, kenyataan atau keputusan boleh dibuat berdasarkan perkaitan antara data guru, rakan dan murid di bawah tajuk yang sama atau tajuk yang berbeza. Contoh menganalisis dan merumus data terdapat dalam Bahagian Keempat - Menulis Laporan Kajian. 3.1.6 Merancang Aktiviti Apabila merancang aktiviti eloklah dilakukan sumbang saran terhadap langkah-langkah yang akan dilaksanakan melalui pertanyaan apa, mengapa dan bagaimana. Contoh di bawah boleh dijadikan panduan. Apa aktiviti yang boleh dilaksanakan? Mengapa menggunakan aktiviti itu? Bagaimana aktiviti dijalankan? Dalam proses merancang aktiviti, sumbang saran wajar dilakukan terhadap jenis aktiviti P&P, alat bantu mengajar, persediaan guru, strategi pelaksanaan, peraturan pelaksanaan, latihan yang disediakan, langkah-langkah pemerhatian dan alat mengutip data. Jawapan kepada pertanyaan yang dikemukan semasa sumbang saran hendaklah dikaitkan dengan analisis data. Sumbang saran membantu guru memahami mengapa sesuatu keputusan

dibuat. Antara perkara yang boleh diberi perhatian apabila merancang aktiviti P&P ialah: Aktiviti boleh dilaksanakan oleh guru dan murid di bilik darjah. Penyelidik mempunyai otoriti atau bidang kuasa untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. Elak aktiviti yang bertujuan untuk mengubah amalan pihak lain yang berada di luar bilik darjah. Rancang aktiviti yang boleh melibatkan murid sepenuhnya. 3.2 Bertindak Setelah aktiviti P&P dirancang dengan teliti, langkah seterusnya ialah bertindak iaitu melaksanakan aktiviti di bilik darjah. Walaupun aktiviti dirancang berdasarkan analisis data yang telah dikutip, keberkesanan aktiviti belum dapat dipastikan. Aktiviti dijalankan melalui proses 'cubacuba' (trial and error). Ini bermakna bahawa masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki. Sekiranya pelaksanaan peringkat pertama tidak berjaya, aktiviti yang dirancang itu perlu diperbaiki atau diubahsuai dan dilaksanakan dalam pelajaran seterusnya. Proses cuba-cuba dilaksanakan berterusan sehingga berla-ku perubahan iaitu pencapaian murid meningkat ke tahap yang lebih baik daripada masa lepas. Murid adalah pihak yang turut terlibat secara aktif dalam kajian. Mereka bukan sahaja melaksanakan aktiviti tetapi juga membantu guru mengutip data tentang perkembangan proses P&P berkaitan dengan aktiviti yang dilaksanakan. Dalam konteks ini adalah wajar bagi guru memaklumkan kepada murid tentang kajian itu supaya mereka dapat

memainkan peranan untuk bersama-sama menjayakan penyelidikan itu. 3.3 Pemerhatian Apakah yang dimaksudkan dengan pemerhatian dan apa pula perkara-perkara yang diperhati? Pada peringkat pemerhatian penyelidik sebenarnya mengutip data. Data adalah sangat penting dalam mana-mana kajian kerana sesuatu rumusan atau kenyataan tentang sesuatu situasi berhubung dengan kajian hanya boleh dibuat dengan berlandaskan data. Penyelidikan dilakukan untuk mencari kebenaran. Data adalah bukti kepada kebenaran tentang sesuatu kajian. Sesuatu rumusan atau kenyataan yang dibuat tanpa berlandaskan data adalah merupakan andaian. Data boleh dikutip secara berpasukan melalui guru sebagai penyelidik, murid dalam darjah yang terlibat atau rakan guru. Langkah pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya proses mengutip data berjalan dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang sebenar. Tentukan cara dan alat mengutip data sebelum pemerhatian dilakukan. Maklumkan juga kepada pihak yang terlibat dalam mengutip data iaitu murid dan rakan guru, perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa mengutip data. 3.4 Merenung Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses P&P berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa merenung penyelidik cuba menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan. Selain

daripada menghuraikan proses P&P, gurujuga boleh menyelami perasaannya sendiri tentang kesulitan, kejayaan, kelemahan, keseronokan, keinsafan dan sebagainya setelah melaksanakan kajian.

Selamat sejahtera, Memang betul pandangan cikgu. Maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan ialah sesuatu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaian atau sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu perkara yang perlu membuat perubahan,dan sesuatu yang dijalankan tidak seperti yang diharapkan. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, pada mulanya, kita haruslah membuat tinjauan awal dengan menjalankan aktiviti atau membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas; temubual dan ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid kepada perkara tersebut. selepas itu, guru membuat analisis tinjauan masalah untuk mengenal pasti masalah. kemudian, membuat rancangan tindakan untuk menentukan aktivitiaktiviti yang sesuai dijalankan dalam tempoh kajian itu serta melaksanakan rancangan. Mengumpul data berdasarkan ujian pos yang diberi. Akhir sekali, guru akan membuat refleksi terhadap kajian yang dijalankan. Kajian tindakan diperkenalkan oleh Kurt Lewin sebagai satu proses untuk menyelidik isu di tempat kerja dan masalah sosial. Kajian tindakan asalnya sukar diterima sebagai kajian dalam pendidikan, namun kini ia digunakan sebagai cara untuk membuat kajian di dalam kelas dan dan sekolah untuk pemantapan sekolah. Selamat sejahtera, Memang betul pandangan cikgu. Perkara yang paling penting sebelum sesuatu kajian tindakan dilakukan adalah pengenalpastian masalah atau isu. Ianya penting bagi menentukan fokus dan hala tuju kajian kerana dapat membantu pengkaji membuat perancangan tindakan dengan lebih rapi. kajian tindakan dilakukan

hasil dari kehendak untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah atas dasar keprihatinan pengkaji iaitu guru. Guru dapat memahami bahawa tindakannya merefleksi kepercayaan dan pengalamannya Pengkaji perlu menganalsis dan mentafsirkan idea dan perspektif orang lain yang terlibat dalam kumpulan kolaboratif. Selain itu, pengkaji perlu membuat refleksi dalam terma di mana tindakan akan diambil terhadap isu atau masalah untuk dibawa ke dalam kajian secara proaktif.

Proses kajian tindakan bermula di peringkat apabila berfikir untuk meneroka dan mengenal pasti masalah yang dihadapi di

sekolah serta berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya. Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Suatu yang didapati tidak memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan. Ia melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prihatin, minat penyelidik, keadaan yang hendak dipertingkatkan, kesukaran yang dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya. Untuk megenal pasti dan memperkecilkan topic kajian kita boleh menulis rumusan sesuatu masalah atau persoalan kajian itu. Sebagai panduan menulis rumusn sesuatu masalah atau persoalan kajian itu, garis panduan berikut boleh digunakan : Cuba melibatkan masalah atau persoalan kajian yang boleh diambil tindakan. Pilih masalah atau persoalan kajian yang penting bagi pelajar kita Rumusan masalah atau persoalan kajian perlulah ditulis dengan jelas menggunakan bahasa yang tidak terlalu teknikal. Skopnya cukup kecil supaya memperbaiki amalan sendiri. mudah diurus dan untuk

Diletakkan dengan baik dalam konteks membina teori-teori daripada amalan sebenar. Setelah masalah dikenal pasti, langkah seterusnya adalah untuk mengetahui magnitud masalah tersebut. Misalnya berapa ramaikah pelajar yang sebenarnya bermasalah, serta kekerapan pelajar melakukan masalah tersebut. Ini memerlukan maklumat atau data yang sesuian untuk mengetahuinya. Oleh itu guru perlulah mengumpul data yang sesuai melalui cara pemerhatian, menjalankan ujian pra, soal selidik, dan temu bual. Berdasrkan maklumat tersebut barulah penyelidik mengetahui sebenarnya tentang magnitud masalah yang telah dikenalpasti.

Salam 1 Malaysia

pada pandangan saya, maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan ialah jurang antara realiti dan idea,atau pada kefahaman yang lebih ringkas , iaitu sesuatu yang perlu diubah , diperbaiki supaya kesan akhirnya atau dapatan pada akhir adalah lebih baik daripada sebelumnya. selain itu, masalah kajian tindakan juga boleh dikatakan sebagai satu halangan dimana apa yang hendak kita lakukan atau sesuatu yang hendak kita capaikan dihalang oleh isu-isu tertentu. satu masalah yang pernah saya nampak ialah ketidaksamaan bahasa

yang digunakan semasa dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. untuk mengenal pasti masalah-masalah yang ada pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, kita perlu membuat refleksi. setelah satu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya mendapati terdapat beberapa orang murid tidak dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. hal ini telah memerlukan saya membuat kajian tindakan untuk mencari punca masalah tersebut, sita boleh mengenal pasti sesuatu masalah dengan menanya sendiri mengapakah mendapat kesimpulan sebegini, sita akan dapat mencari punca masalah yang berlaku. semasa membuat refleksi, kita akan melihat balik apa yang telah kita lakukan dan sejauh mana pencapaian tersebut. dengan langkah-langkah ini, kita dapat mengenal pasti masalah yang telah berlaku terutamanya seseorang murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran atau tidak dapat mencapai objektif pada hari tersebut. kesimpulannya, masalah dapat dikenal pasti dengan membuat kajian tindakan supaya dengan adanya hasil kajian tindakan dapat membantu dan mempertingkatkan lagi kebekesanan pendidikan.

setelah sesuatu masalah dikenalpasti, langkah seterusnya adalah selesaikan masalah. tetapi, sebelum itu, guru-guru mesti bersama-sama mengkaji masalah yang timbul dan bersama-sama membincangkan cara penyelesaian yang sesuai. sesuai terhadap umur murid-murid, sesuai dengan latar belakang murid-murid. hal sedemikian adalah untuk mendapat cara penyelesaian yang paling sesuai untuk membasmi masalaj yang timbul.

Dengan melalui pemerhatian, pengkaji perlu memiliki pengetahuan dan pemahaman yang luas mengenai situasi yang dikaji. Pemerhatian melibatkan aktiviti meneliti dan berfikir secara original dan kritikal tentang situasi. Aspek penting ialah pemerhatian dilakukan secara sistematik. Data yang dikutip dengan cara ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip secara teratur dan pada masa sebenar kajian. Tiga aspek penting dalam melakukan pemerhatian ialah tumpuan permerhatian (siapa, dimana), masa pemerhatian (diadakan masa yang berlainan untuk dapatkan kepelbagaian maklumat) dan cara pemerhatian (bagaimana dicatat, teknik, prosedur pemerhatian iaitu mencatat data-data penting serta merta semasa permerhatian data bentuk nota)

Selamat sejahtera, salam 1Malaysia, saya ucapkan kepada semua. Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Kajian tindakan merupakan kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif adalah menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu kajian tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu. Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan kajian tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.

Menurut penulis buku Improving School Through Action Research: A Comprehensive Guide for Educators, kajian tindakan dilakukan hasil dari kehendak untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah atas dasar keprihatinan pengkaji iaitu guru. Dalam mengenalpasti masalah kajian tindakan, apa-apa idea atau isu pun boleh digunakan tetapi ia hendaklah sesuatu yang bertujuan untuk penambahbaikan contohnya berkait dengan perkembangan sekolah, target sekolah, target dan misi untuk perkembangan diri dan juga profesion perguruan selain dari meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengenalpasti masalah, idea-idea atau isu-isu hendaklah dicatat terlebih dahulu tetapi isu yang dipilih hendaklah bukan sesautu isu yang memang tidak boleh lagi diubah contohnya mengubah isi kandungan buku teks dalam tempoh yang singkat atau sebagainya. Isu yang dipilih juga hendaklah spesifik dan dalam skop yang kecil sahaja. Ini bertujuan untuk memudahkan kita mengenalpasti masalah yang menyelesaikannya, di sebenar dan juga untuk samping senang

merancang penggunaan masa yang diperlukan. Selain

itu,

isu

yang

dipilih

juga

hendaklah

memberi

kepentingan atau faedah kepada guru, pelajar atau sekolah itu sendiri. Permalasalahan kajian tindakan ini juga boleh dikenalpasti melalui refleksi yang dilakukan oleh guru itu sendiri terhadap pengalamannya di dalam bilik darjah. Apabila terdapat satu isu yang difokus, guru hendaklah mengemukakan soalan-soalan bagi tujuan penyelesaian masalah tersebut. isu yang spesifik yang Walaubagaimanapun, dikenalpasti. Ini guru juga boleh melakukan hipotesis jika terdapat satu telah bermaksud, kajian tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan berdasarkan refleksi pengalaman guru itu sendiri di dalam bilik darjah, sebaliknya mendapat idea baru mengenai sesuatu isu tersebut dan kemudian membuat satu hipotesis, melihat seterusnya kebenaran melakukan kajian tindakan untuk hipotesis tersebut.

Bagi pelaksanaan kajian dalam jangka waktu yang panjang, masalah yang umum yang dihadapi oleh ramai pelajar sesuai dijadikan tumpuan kajian. Contoh masalah seperti "pencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di kalangan murid" adalah umum dan memberi gambaran bahawa ramai pelajar menghadapi masalah dalam mata pelajaran itu. Bagi saya memudahkan langkah mencari masalah, mulakan dengan bertanya "apa yang berlaku?" Jawapan kepada soalan itu mungkin seperti contoh berikut:

Wujud masalah P&P dalam bilik darjah - guru telah berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris tetapi masih tidak berkesan. Sekumpulan murid berprestasi tinggi dalam semua mata pelajaran kecuali sains. Keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk mendapat peluang menceburi bidang sains selepas persekolahan. Guru yang prihatin terhadap keadaan ini berhasrat untuk membantu murid tersebut meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut. Isu dera kanak-kanak rancak diperkatakan di media masa. Guru berasa bertanggungjawab untuk turut serta membina sifat-sifat penyayang di kalangan pelajar melalui P&P di bilik darjah.

Maksud masalah dalam kajian tindakan ialah isu yang dihadapi oleh guru atau pelaksana pengajaran dan murid atau pelaksana pembelajaran mengenai kelemahan penguasaan kemahiran atau kegagalan mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan. Masalah dikaji untuk mancari punca masalah dan jalan penyelesaian yang paling wajar untuk mengatasi masalah. Maklumat mungkin telah diperoleh melalui pemerhatian dalam bilik darjah semasa murid/pelajar memberi respons kepada soalan-soalan anda, pemeriksaan buku latihan, sesi temu bual, melalui soal selidik atau ujian pra. Ujian dan analisis pepriksaan juga membantu masalah dikenalpasti. Masalah ialah sesuatu perkara yang didapati tidak memuaskan atau tidak seperti yang diharapkan dalam pengajaran dan hendak dicari jalan penyelesaiannya. Masalah kajian tindakan bilik darjah adalah merupakan masalah yang berbangkit di dalam proses dan persekitaran sesuatu pengajaran. Guru perlu memfokuskan kepada masalah yang berada dalam ruang lingkup atau dalam kawalan guru di mana guru mempunyai kuasa untuk bertindak dan menyelesaikannya. Antara contoh masalah ialah tidak boleh membaca ayat, tidak boleh menguasai operasi darab dan bahagi, malas, mengantuk dan ponteng kelas. Guru akan dapat memgenalpasti masalah murid ini apabila menjalankan refleksi. Untuk mengenalpasti punca masalah , guru dikehendaki membuat tinjauan awal untuk mengumpul data dan maklumat secara tepat pada peringkat permulaan. Pengumpulan data dan maklumat secara tepat ini penting bagi membolehkan guru mengenalpasti punca sebenar berlakunya masalah tersebut. Pengumpulan data ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui pemeriksaan buku tulis, ujian, soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen . Pemerhatian boleh dilakukan sebelum dan sermasa melaksanakan kajian tindakan. Dokumen -dokumen yang boleh dijadikan eviden ialah seperti buku tulis murid, maklumat tentang soal selidik dan temubual, analisa ujian dan merekodkan pemerhatian. Maklumat -maklumat yang diperolehi dari

pengumpulan data ini banyak membantu guru untuk mencari punca sebenar berlakunya masalah seterusnya merancang, melaksanakan tindakan dan membuat refleksi tentang keberkesanan dapatan yang diperolehi dalam kajian tindakan tersebut. Antara contoh punca masalah ialah tidak boleh membaca ayat disebabkan tidak mahir mengeja dan membunyikan suku kata .

Você também pode gostar