Você está na página 1de 1

Anjing dengan Bayang-bayang Ada seekor anjing. Nama anjing ini Dodo. Suatu hari Dodo berasa lapar.

Sudah dua hari Dodo tidak makan. Dodo pun pergi berjalan-jalan untuk mencari makanan. Tiba-tiba Dodo terjumpa seketul tulang. Dodo sangat suka makan tulang. Dodo sangat gembira. Dodo menari-nari kegembiraan. Dodo pun membawa tulang itu balik ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Dodo melalui sebuah titi. Dodo meniti dengan berhati-hati. Tiba-tiba Dodo ternampak ada lagi seekor anjing yang membawa tulang. Tulang anjing itu lebih besar daripada tulang Dodo. Dodo tamak, Dodo mahu tulang anjing itu juga. Dodo pun menyalak pada anjing itu. Apabila Dodo menyalak, dia membuka mulut. Tulang dalam mulut Dodo pun terjatuh. Plum! Bunyi tulang Dodo jatuh dalam air. Air pun terpercik. Baru Dodo tahu, anjing yang dia nampak adalah bayangbayangnya sendiri. Disebabkan Dodo tamak, Dodo tidak dapat makan tulang langsung. Sebab itu kita tidak boleh bersikap tamak, kerana orang yang tamak itu selalu rugi.

Você também pode gostar