Você está na página 1de 14

Lampiran A

PERBADANAN K-EKONOMI
MELAKA
LATAR BELAKANG
Usaha Malaysia kearah sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan telah
mencapai kemajuan yang menggalakkan. Usaha-usaha tersebut telah
bermula awal 1990n. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001-
2010, menghuraikan secara terperinci matlamat Malaysia untuk
membangunkan sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai
langkah untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

Pada tahun 2002, Perdana Menteri iaitu Dr. Mahathir Bin Mohamad telah
melancarkan K-Economy Masterplan bagi memberi meletakkan dasar
kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara kita ke arah
ekonomi berasaskan pengetahuan.

Namun begitu usaha kearah itu perlu dipertingkatkan lagi. Untuk


meneruskan dan meningkatkan usaha ini, kerajaan negeri Melaka telah
menubuhkan Bahagian K-Ekonomi bagi menggerakkan
aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan dan seterusnya
mempercepatkan lagi agenda negara Malaysia dalam menuju Wawasan
2020.
APA ITU K-EKONOMI
Pelbagai takrifan yang telah ditakrifkan dengan maksud ekonomi yang diasaskan oleh pengetahuan.
Istilah yang sesuai dengan ekonomi berasaskan pengetahuan adalah satu bentuk ekonomi dimana
pengetahuan, kreativiti dan inovasi merupakan peranan utama dalam membina dan mengekalkan
pertumbuhan ekonomi. Dalam ekonomi diasaskan oleh pengetahuan, nisbah yang tinggi dalam
memperolehi KDNK ( Keluaran Dalam Negara Kasar ) adalah dari asas pengetahuan dan industri
knowledge-enabling seperti industri teknologi sederhana, kewangan dan perkhidmatan perniagaan
yang lain dan profesion pendidikan. Ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan ekonomi yang
mempunyai karakter seperti pelaburan tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan, tahap membaca
yang tinggi, kemahiran dan kapasiti teknologi yang baik, kukuh dalam inovasi dan tahap penembusan
celik ICT dan penggunaan internet yang tinggi.

Ekonomi yang diasaskan oleh pengetahuan ini adalah selari dengan salah satu cabaran Wawasan
2020 iaitu mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang berdaya saing, giat dan
kental. Maka, sudah tentulah pendidikan dan sumber manusia yang berkemahiran atau modal insan
merupakan aset yang berharga.

Untuk merealisasikan agenda ekonomi berasaskan pengetahuan, kerajaan negeri Melaka telah
menubuhkan Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menteri Melaka bagi memberi fokus untuk
merealisasikan misinya iaitu membuat perubahan dari ekonomi berasaskan pengeluaran kepada
ekonomi berasaskan pengetahuan. Penubuhan bahagian ini juga selari dengan rancangan induk
ekonomi berasaskan pengetahuan yang mahu menubuhkan satu bahagian di peringkat negeri untuk
merealisasikan agenda ekonomi berasaskan pengetahuan negara Malaysia.
MISI

Untuk membuat anjakan paradigma dari ekonomi berasaskan pengeluaran ke


ekonomi berasaskan pengetahuan dengan cara:

1. Memastikan peningkatan pengetahuan yang optima dalam proses pengeluaran


dalam semua sektor dalam ekonomi yang ”lama” dan ”baru”

2. Memastikan pembangunan yang tinggi dalam pengetahuan , industri enabling


yang mengguntungkan dan menumpukan kepada industri yang mempunyai
intensif pengetahuan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
VISI

Untuk membina ekonomi yang kukuh dan kompetatif – berkembang mengikut


kadar pertumbuhan sebanyak 7 % sehingga ke tahun 2010 – ianya akan dipacu
oleh peningkatan aplikasi pengetahuan dalam produksi dan pembangunan industri
berasaskan pengetahuan yang intensif.
OBJEKTIF
Membangunkan sumber manusia berasaskan pengetahuan.

Membina institusi bagi memacu ekonomi berasaskan


pengetahuan.

Memastikan insentif dan infostruktur kearah


ekonomi berasaskan pengetahuan

Membina kapasiti sains dan teknologi.

Memastikan sektor swasta memandu kearah


ekonomi berasaskan pengetahuan.

Memastikan sektor awam bertindak lebih jauh


ke perkhidmatan sivil berasaskan pengetahuan.

Merapatkan jurang pengetahuan dan digital.


STRUKTUR ORGANISASI
Pengarah

Dasar &
Makro

Unit Sumber Unit Infra & Unit Unit Sains & Unit Ekonomi Pentadbiran &
Manusia Infostruktur Pembangunan Teknologi & Wilayah Kewangan
Industri & Kerajaan
Tiada Norshufaad Dasar Elektronik Aida Abas Siti
Md Norani Rusdy Abd Nurirdawaty
Hakmal Rabah Aziz

( Pegawai ) (Pegawai) (Pegawai ) (Pegawai ) (Pegawai ) (Pegawai )

Penolong Penolong Penolong Penolong Penolong


Pegawai Pegawai Pegawai Pegawai Pegawai
Kerani Kewangan Pembantu Am
Rendah

Kerani Kerani Kerani Kerani


Kerani
UNIT SUMBER MANUSIA
Fungsi

• Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negeri Melaka serta


memupuk ’minda kelas pertama’
• Menumpukan pembangunan modal insan bagi menggalakkan pertumbuhan
ekonomi dalam menghadapi persaingan dari globalisasi dan liberalisasi pasaran
• Mengukur indicator ekonomi berasaskan pengetahuan
UNIT INFRASTRUKTUR & INFOSTRUKTUR
Fungsi

• Meningkatkan infrastrukur, infostruktur dan insentif untuk menggalakkan dan


memberi tumpuan kepada aplikasi yang mempunyai nilai yang tinggi dan optima
dalam proses produksi.
• Mengukur indicator ekonomi berasaskan pengetahuan
UNIT PEMBANGUNAN INDUSTRI & DASAR
Fungsi

• Menggalakkan sektor swasta sebagai peneraju utama bagi menangani


ketidakseimbangan sosioekonomi dengan mewujudkan generasi baru
usahawan dan enterprise bumi yang berdaya saing dalam bidang ICT.
• Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi dengan menjana
sumber kekayaan baru dalam sektor yang berintensifkan teknologi dan
pengetahuan seperti ICT dan perkhidmatan berintensifkan pengetahuan.
• Menyelaras dasar dan indicator ekonomi berasaskan pengetahuan
UNIT SAINS & TEKNOLOGI DAN KERAJAAN ELEKTRONIK

Fungsi

3. Untuk membina daya cipta, penggunaan dan penyerapan pengetahuan.


• Menjadikan perkhidmatan awam lebih berkemahiran dan berkesan yang
berfungsi sepenuhnya dalam persekitaran berasaskan pengetahuan bagi
memangkin,memudahkan dan menyokong ekonomi berasaskan pengetahuan.
• Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negeri Melaka serta
memupuk ’minda kelas pertama’ dengan menyediakan persekitaran dan sistem
inovasi yang menggalakkan R&D berkualiti tinggi dan boleh dikomersilkan
• Mengukur petunjuk ekonomi berasaskan pengetahuan
UNIT PEMBANGUNAN EKONOMI & WILAYAH
Fungsi

• Meningkatkan pengetahuan di kalangan rakyat dengan menangani


ketidakseimbangan sosioekonomi dengan merapatkan jurang digital dan
mewujudkan menjadikan rakyat Melaka adalah rakyat yang bermaklumat.
• Mengukur indicator ekonomi berasaskan pengetahuan
UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN
Fungsi

3. Menguruskan hal-hal kewangan, sumber manusia dan pentadbiran


TAMAT

Você também pode gostar