Você está na página 1de 12

Definisi Keselamatan

Keselamatan merupakan satu kaedah / cara / langkah yang diambil untuk mengelak berlakunya kejadian kemalangan / kecelakaan.

Kepentingan Keselamatan

Kemalangan / kecelakaaan yang berlaku boleh menyebabkan ,

i. kecederaan sementara atau kekal ii. kerosakan atau kemusnahan harta benda iii. kehilangan nyawa

Punca Terjadinya Kemalangan

Lazimnya, kemalangan atau kecelakaan yang berlaku di tempat kerja dapat dikategori kepada tiga faktor utama iaitu,

i.

Faktor kecuaian manusia / tingkahlaku

ii. Faktor peralatan dan mesin yang digunakan. iii. Faktor persekitaran dan suasana tempat kerja

Faktor persekitaran dan suasana tempat kerja

Tingkah Laku & Tabiat Diri

Keselamatan Diri

i. ii. iii.

Patuhi peraturan berpakaian yang sesuai semasa berada di tempat kerja. Amalkan kaedah atau cara yang betul ketika kendali alatan dan mesin. Tidak bergurau / bermain / mengganggu rakan menggunakan alatan dalam bengkel ataupun tidak.

Keselamatan Tempat Kerja

i.

Sedia dan pastikan susunatur yang baik bagi memudahkan aktiviti kerja dijalankan.

ii.

Pastikan bekalan cahaya mencukupi dan sistem pengudaraan baik

di persekitaran tempat kerja.. iii. Sentiasa pastikan tempat kerja bersih daripada sisi dan serpihan besi

serta minyak yang bolek mengakibatkan kemalangan.

Pakaian & Alat Perlindungan

Pakaian Am

i. Berpakaian yang sesuai ketika bekerja. Iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. ii. Rambut sentiasa pendek dan kemas bagi lelaki. Manakala bagi perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat dan yang bertudung mensisipkan ke dalam baju. iii. Elakkan daripada memakai barang perhiasan, rantai, jam tangan, cincin dan lain-lain aksesoris yang boleh menjadi punca kemalangan

Pakaian & Peralatan Perlindungan

i. Gunakan kasut keselamatan untuk lindungi kaki dari bahan berat & tajam. ii. Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk memegang bahan & alatan. iii. Gunakan apron bahan kulit untuk lindungi tubuh semasa kerja mengimpal. iv. Gunakan pelindung mata (gogal) dan pelindung muka ketika bekerja.

Faktor Kecuaian Manusia / Tingkahlaku

Kesilapan manusia ditakrifkan sebagai tindakan mana-mana individu yang tidak konsisten dengan corak tingkahlaku yang dikehendaki untuk diterima sebagai normal, ataupun tingkahlaku yang bercanggah dari prosedur yang tertulis. Terdapat dua bentuk kesilapan manusia,

kesilapan yang boleh dijangkakan (predictable errors) kesilapan rawak (random errors).

Keselamatan mesin

Keadaan persekitaran/cara kerja sentiasa berubah. Kerja baru, produk, bahan, alat dan cara kerja sentiasa diperkenalkan dari masa ke semasa. Piawaian keselamatan dan prosedur-prosedur keselamatan perlu sentiasa dikaji. Penggunaan peralatan secara merbahaya dan kerosakan peralatan/mesin adalah juga antara punca utama kemalangan

Punca Kemalangan

Menjangkau tangan untuk memperbetulkan alat atau mengalih bahan tersangkut Tidak menggunakan lockout/Tagout Orang tidak kompeten mengguna atau menyelenggara mesin Pelindung mesin hilang atau longgar

Jenis-Jenis Bahaya Mesin

Mesin dengan Putaran yang boleh menyebabkan Tersepit

Kawasan yang merbahaya adalah bahagian pergerakan permukaan berputar. Contoh : mesin conveyor belt, sprockets, rantai dsb. Untuk mengelakkan kemalangan perlu ditutup bahagian/kawasan pergerakan yang boleh menyepit.

Mesin Penebuk

Risiko dalam penggunaan mesin ini adalah terbelit pada batang dan permukaan penebuk. Kemalangan yang kerap berlaku adalah pada lengan baju dan rambut. Cara pencegahan adalah melindungi bahagian rambut dan lengan baju yang longgar

Mesin Memotong dan Memancung

- Mesin-mesin ini adalah mesin mencanai, guillotines, gergaji, mesin ketam dsb. - Kecederaan kerap berlaku di bahagian mata pengguna yang disebabkan oleh serpihan, percikan bunga api dan habuk. - Langkah pencegahan adalah dengan memakai pelindung diri e.g. goggle, sarung tangan, apron dsb. - Mesin-mesin ini perlu mempunyai perisai perlindungan, sentiasa diperiksa sebelum penggunaan.

Penyelenggaraan Mesin

a) Papan tanda peringatan bahaya mesin diletakkan di kawasan kerja. b) Pastikan mesin tidak beroperasi ketika kerja penyelenggaraan dilakukan. c) Gunakan alatan yang sesuai mengikut spesifikasi mesin yang hendak diselenggara.

Alat Perlindungan Keselamatan Mesin

Setengah mesin, perlindungan secara perisai mekanikal tidak dapat mengelak dari sentuhan bahagian bahaya oleh pengguna. Oleh itu alat kawalan keselamatan digunakan untuk mengelakkan kecederaan. Antara alat-alat ini ialah: Alat perlindungan cahaya Pelindung Saling Kunci interlocking Guard pemutus otomatik alat kawalan jauh operasi dua tangan Alat penarik pelindung

Penghadang Buka

Penghadang Tutup

Keselamatan Elekrik

Tempat kerja meliputi persekitaran, keadaan dan suasana kerja yang amat luas. Bangunan pejabat, kilang- kilang, tapakpembinaan, pelantar minyak, dan lombong bawah tanah adalah antara contoh- contoh tempat kerja.

Walaupun suasana dan keadaan pekerjaan berbeza,semuanya bergantung kepada sistem elektrik untuk tenaga, kawalan, komunikasi dan sebagainya dalam hampir setiap operasi kerja. Oleh itu kemalangan elektrik kemungkinan besar boleh berlaku di semua tempat kerja.

Bahaya elektrik boleh menyebabkan kemalangan dan kebakaran. Aliran arus boleh mencacatkan anggota, menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan dan sebagainya.

Jenis-Jenis Bahaya Elektrik

Renjatan Elektrik

i.

Berlaku kebocoran arus akibat kabel pendawaian rosak atau pecah.

ii. Tiada pendawaian kabel pembumian atau kabel penebat digunakan. iii. Persekitaran yang terdedah kepada air atau basah. iv. Kerosakan yang terdapat pada alatan elektrik.

II

Kebakaran

i.

Litar pintas akibat kerosakan pada kabel penebat.

ii. Penggunaan arus yang berlebihan. iii. Penggunaan alat pelindung yang salah. 8

iv. Penyambungan litar pada peranti longgar.

III

Elektrik Statik

- Kesan dihasilkan oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat.

Mangsa kemalangan elektrik boleh juga mengalami kecederaan berikut ;

1. Luka sentuhan voltan rendah 2. Luka sentuhan voltan tinggi kemasukan dan keluaran arus ke badan 3. Melecur 4. Susah bernafas (tersekat laluan pernafasan oleh lidah) 5. Kecederaan urat saraf 6. Kecederaan mata (jangka panjang boleh berlaku selepas 3 tahun terkena renjatan) 7. Masalah jangkitan 8. Retak tulang disebabkan pengecutan otot (bahagian sendi bahu)

Penyelenggaraan Elektrik

a) Gunakan penyambungan dan kabel yang sesuai untuk sesuatu kerja seperti saiz yang sama denagan kabel alat dan kekuatan yang boleh tahan kepanasan dan sebagainya. b) Semua alat penguji perlu di selaraskan c) Baca dan patuhi arahan operasi alat yang digunakan d) Alat yang rosak mesti dibaiki oleh mereka yangberkemahiran dan bertauliah e) Matikan semua peralatan selepas diguna f) Tanggalkan alat dari bekalan kuasa g) Sentiasa bersihkan kawasan kerja dengan memastikan ianya kering. h) Kekemasan dan rekaletak terancang pendawaian sementara akan mengurangkan bahaya renjatan dan kebakaran elektrik

Perlindungan Elektrik

Perlindungan bermakna memberi jagaan kepada alat alat pemasangan daripada sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus lebih, kebocoran arus ke bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya.

PEMENCIL (ISOLATOR)

Alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada pengguna dengan membukakan sambungan kabel hidup dan neutral secara serentak. Tujuan mengadakan pemencil mengasingkan litar dan seterusnya dapat melindungi pengguna daripada renjatan elektrik yang berterusan jika berlaku kebocoran dan sentuhan renjatan. a) Untuk bekalan 1 fasa ia menggunakan suis 2 kutub berangkai. b) Untuk bekalan 3 fasa ia menggunakan suis 3 kutub berangkai.

II

PERLINDUNGAN ARUS LEBIH(OVER CURRENT PROTECTION)

Alat ini boleh memutuskan litar bekalan dengan sendiri (automatik) apabila berlaku arus lebih (litar pintas dll) daripada yang dihadkan.

Umumnya, pelindung arus lebih terbahagi kepada 3 iaitu:

Fius Pemutus litar (circuit breaker) Geganti (relay)

10

a) Fius

i.

Asasnya ialah dawai pengalir yang akan lebur apabila arus yang mengalir melebihi had keupayaannya.

ii.

Terdapat 4 jenis fius:

Fius yang boleh didawai semula Fius katrij Fius keupayaan pemutus tinggi Fius palam

11

b) Pemutus litar (Circuit Breaker)

i.

Dapat dikendali secara automatik dan boleh dilaraskan pada nilai (arus dan masa) yang dikehendaki.

ii.

Tidak perlu ditukar ganti, boleh dihidupkan semula.

c) Geganti (Relay)

i. ii.

Memutuskan litar secara tidak langsung. Litar geganti biasanya dibuat secara kendalian terma atau magnet untuk disaling kuncikan dengan bekalan utama melalui sesentuh.

iii. iv. v.

Banyak digunakan di litar pemula motor. Tidak perlu ditukar ganti, boleh direset semula. Geganti boleh dilaraskan ke beberapa kadaran yang diperlukan dan boleh dilaraskan (reset) semula apabila sambungan telah terputus.

12

Você também pode gostar