Você está na página 1de 8

1.0 PERINGKAT KIMIA 1.

1 Pengenalan

Kimia adalah sau bidang sains yang mengkaji jasad yang kecil serta interasinya. Dalam kimia, jasad ini dikenali zarah-zarah yang dibahagi kepada atom, molekul dan sebatian(kompoun). Interaksi antara atom seperti ikatan kavalen dan ikatan ionic akan mempengaruhi sifat-sifat fizikal sesuatu zarah. Manakala elektron dalam atom tersebut akan menentukan sifat kimia. Bahan kima selalunya ditulis sebagai Na, O2, CH4, NaCldsb. Bidang ini adalah penting kerana setiap unit jasad adalah terdiri daripada bahan kimia. Contohnya air adalah dibentuk melalui pengabungan satu atom oksigen dan dua atom hydrogen. Garam masak adalah daripada natrium dan klorin.

1.2 Bahan kimia utama dalam badan Pada amnya, seseorang yang melakukan aktiviti sukan memerlukan kordinasi dan kerjasama daripada semua organ badan. Lebih terperinci, setiap sel dalam badan manusia melakukan sesuatu semasa seseorang bersukan. Yang penting, pengwal aturan adalah salah satu proses dalam badan yang sentiasa menimbangi ketidak normalan manusia. Pengawal aturan ini dinamakan sebagai suap balik positif dan suap balik negative. Dalam menjalankan aktivit fizikal yang cergas seperti bermain hoi dan bola keranjang, seseorang mungkin kehilangan air yang berlebihan. Jadi, badan manusia melalui sistem saraf dan sistem endokrin (hormone danenzim) akan mengembalikan badan ke keadaan normal melalui proses suap balik positif. Kehilangan air dapat dicegah melalui mekanisme tersebut dengan mengurangan pembuangan air ke dalam ginjal dan menaikkan kadar penyerapan air dari ginjal. Selain itu, ia juga menimbulkan rasa dahaga supaya seseorang itu meminum untuk membekalkna air ke dalam badan. Sebaliknya, suap balik negatif akan berlaku apabila pengambilan air yang berlebihan. Pengawal aturan ini direka supaya seseorang dapat hidup dalam keadaan yang normal. Biasanya suap balik ini melibatkan denyutan jantung, pengecutan dan pengembangan salur darah, dan penyingkiran dan penambahan air dalam konteks sukan. Bidang kimia dalam sistem biologi pula digelarkan sebagai biokimia. Bahanbahan diperlukan untuk sel hidup adalah seperti karbohidrat, protein, lemak, asid nukleik dan sebagainya. Pada asasnya, bahan ini adalah signifikan kerana mereka memainkan peranan dalam membina dan menggantikan sel-sel untuk tumbesaran. Ia juga berkemampuan untuk mengeluarkan tenaga untuk aktiviti asas sel hidup. Setiap sel memerlukan tenaga haba dijana daripada tenaga untuk menghadamkan molekul-molekul makanan dalam sitoplasma. Oleh yang demikian, manusia memerlukan tenaga untuk bernafas dan bergerak. Dalam teori fizik, tenaga disebut dalam unit joule(J). Tenaga ini adalah unit

Atom boleh dibezakan antara satu sama lain dengan bilangan subatomnya iaitu electron. Proton dan neutron yang terkandung dalam suatu atom.

2Molekul Walaupun tidak mengalami perubahan bilangan electron, sesuatu boleh unsurboleh bergabung melalui ikatan kovalen. Kedua-dua unsur itu dicantum melalui perkongsian electron apabila electron terluar bagi sesuatu unsur adalah komplimentari dengan unsur yang digabungan. Dalan air, molekul tidak terlarut da tidak membentukion kerana sifat kimia adalah berlainan dengan air (air merupakan molekul yang berkutub). Molekul bolehwujud dalam cecair apabila ia dileburkan ataupun larut dalam pelarut organik yang bersifat kovalen. Contoh molekul adalah seperti CC14, O2, C12, H2.

3.Karbohidrat Sumber tenaga yang paling penting dalam proses metabolik. Ia adalah sejenis makanan organik yang larut dalam pelarut organik kerana kehadiran banyak ikatan kovalen antara unsure unsur C, H dan O.

4.Lpid Lipid adalah lemak yang diperlukan untuk melindungi badan kita. Ia berfungsi sebagai penebat bawah kulit untuk melindungi badan daripada kesejukan. Ia juga bertindak sebagai minyak pelincir untuk mengelakkan geseran antara organ semasa bergerak. Lipid juga merupakan komponen yang penting dalam membentuk sel membrane. Selain itu, lemak juga merupakan pembekal tenaga terakhir apabila ketandusan karbohidrat atau protein untuk memberi tenaga kepada badan.

5.Protein Protein adalah sumber yang penting dalam membina otot-otot badan. Ia adalah unsur yang penting semasa pertumbuhan dari peringkat kanak-kanak ke dewasa. Protein biasanya diambil dari daging daging seperti ayam, lembu, ikan, soya dsb.Biasanya, otot akan mengalami kerosakan dan kepecahan apabila seseorang menjalankan sukan, jadi oto tersebut perlu diperbaiki dengan menambahkan satu lapisan protein ke atas bahagian otot yang rosak. Jadi, otot kelihatan besar pada tubuh badan.

2.0 SISTEM SELLULAR 2.1Pengenalan Makhluk- makhluk hidup yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu sel haiwan dan tumbuhan. Bagi Makhluk hidup. Unit halus sekali dari mana semua strukturnya terbentuk ialah sel hidup.

2.2 Sifat sifat sel hidup Semua sel hidup mempunyai sifat-sifat yng sama, walaupun sel itu datang dari makhluk ekasel atau dari makhluk berbilang sel. Sifat-sifat ini ialah: 2.2.1.Penafasan Oksigen adalah mustahak untuk ungkaibina (metabolism)semua sel hidup dan selsel tubuh menerima oksigennya melalui pengalirandarah. 2.2.1.Pengganaan zat-zat makanan Ini termasuk proses memakan, menghadam, menyerap dan menggunakan zat-zat makanan.Hal ini menyebabkan berlakunya pelanggaran di antara dua molekul air dan molekul udara.

2.2.3.Pembuangan kumuh Setiap sel mempunyai bahagian di dalamnya yang dikenali sebagai lompang (vacuole). Kumuh dari sel itu dikeluarkan melalui ini dan diangkut oleh darah ke organ organ perkumuhan seperti buah pinggang paru-paru dan kulit tubuh. 2.2.4. Membina dan memperbaiki Zat-zat makanan terutamanya protein adalah perlu untuk membaiki sel-sel yang rosak. 2.2.5.Pembiakan Sel makhluk peringkat rendah seperti rendah seperti kuman atau hidupan seni ameba membiak dengan proses belahan biasa. Sel-sel bagi makhluk peringkat tinggi seperti manusia, membiak dengan cara mitosis. 2.2.6.Tindakbalas terhadap penggalak (rangsang) a.Sesetengah sel mempunyai kuasa bergerak seperti sel darah putih. b. Sesetengah daripadanya menghasilkan bedalir apabila tergalak atau terangsang seperti kilang air liur. c.Setengah daripadanya menguncup terangsang seperti sel otot.

2.3 Kandungan sel hidup 2.3.1. Selaput sel (cell membrane) Terdiri daripada selaput yang amat nipis dan telap kepada cecair. 2.3.2.Protoplasma (Sitoplasma) Bahan yang menyerupai agar-agar.Didapati diseluruh sel melainkan di nukluesnya. Terdiri daripada protein,lemak, karbohidrat,garam-garam galian dan air. 2.3.3 Lompang (vacuole)

Kumuh sel disingkir dari sel melalui lompangnya. 2.3.4.Nukleuolus Jisim bulat halus yang terdapat didalam nucleus sel. 2.3.5.Nukleus Terbina daripada protein. Di dalamnya terdapat suatu bahan yang teramat penting bagi kehidupan dan ia di kenali sebagai Kromosoma.Kromosoma itu mengandungi bahan kimia yang dinamakan Asid-De-oksiribonukleik (D.N.A.). 2.3.6.Jen (Gen) Jen adalah sebahagian daripada molekul D.N.A (yang terdapat di dalam kromosoma).Beribu-ribu jen yang di dapati dalam tiap-tiap jenis sel menentukan sifat-sifat keturunan sel itu dan oleh yang demikian sifat keturunan tiap-tiap jenis makhluk hidup adalah bergantung kepada jen-jennya.

3.0 TISU ORGANISMA Tisu ialah sekumpulan sel yang telah bersatu untuk menjalankan tugas yang tertentu. Dalam tubuh manusia terdapat empat jenis tisu utama iaitu Tisu Epitelium, Tisu Otot, Saraf, dan Tisu pengikat.

3.1 Tisu epithelium Tisu epithelium adalah satu daripada empat tisu asas.Setiap tisu asas mempunyai peranan masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu. Epitelium ialah tisu yang dibina oleh sekumpulan sel. Sel merupakan komponen utama tisu ini. Dari segi struktur, sel-selnya tersusun rapi menyerupai kepingan dan mempamerkan susunan sama ada berbentuk unilaminar atau multilamnar.Epitelium berasal

daripada ketiga tiga lapisan germa embrio, iaitu ektroderma, mesoderma, dan endoderma.

3.1.1.Tugas utama tisu epithelium Tugas utama bagi epithelium adalah sebagai perlindungan seperti tisu epithelium yang membentuk kulit luar, lapisan dalam mulut, faring,faraj,pundi kencing,selaput para-paru dan selaput selom. Selain itu, tugas tisu epithelium ialah menghasilkan bendalir penyerapan seperti di lapisan di lapisan dalam perut dan usus.Pergerakan juga merupakan salah satu tugas tisu epithelium iaitu epithelium bersilia yang membentuk lapisan salur udara.

3.1.2 Tisu epithelium merangkumi: a. tisu epithelium permukaan b. tisu epithelium kelenjar c. tisu epithelium khusus a.Epitelium permukaan Epitelium yang menyelubungi atau melapisi sesuatu permukaan. Ini termasuk permukaan eksterior atau permukaan interior badan atau organ.