Você está na página 1de 17

Teknik Drama Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Sikap Dan Minat Murid Orang

Asli Di Sekitar Negeri Pahang Oleh: Ghazali Bin Ismail Mazlan Zaharuddin Bin Mat Arof Mohamad Hanifah Bin Moideen Jabatan Pengajian Melayu Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang Abstract This quantitative survey research was conducted in order to gain some understanding into the interest and attitude of Orang Asli pupils toward the application of drama techniques in the teaching and learning of Bahasa Melayu. Drama techniques such as plays, pentomime and several other related activities in the pedagogical practice of Bahasa Melayu have been proven to be successfull in inspiring liveliness in the teaching and learning process in the classroom because of the diversity of medium and heterogeneity of the activities. Henceforth, this study tries to unreval the extent to which drama techniques influence the interest and attitude of the pupils towards Bahasa Melayu as a subject insofar as to induce a positive attitude towards the learning in general. A total of 160 Orang Asli pupils in six districts in the state of Pahang were involved in this study which was analysed using statistical frequency. The finding of this study indicated that Orang Asli pupils were interested in the nature of the teaching and learning of Bahasa Melayu using drama techniques. They participated actively in the all activities prepared by the teacher. This study also proved that by using drama techniques in the language classroom, the school became more appealing as the Orang Asli pupils were now interested in attending school.

Pendahuluan Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembangkan potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Ini akan membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan negaranya Bagi mencapai hasrat itu, guru memainkan peranan penting. Seseorang guru harus merancang, melaksana dan membuat penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran agar menepati citarasa dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui daya kreativiti guru, pengubahsuaian strategi dan teknik mengajar dapat dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan membawa kesan yang maksimum lebih-lebih lagi berdepan dengan murid-murid yang bermasalah. Salah satu teknik yang mampu memenuhi ciri tersebut adalah melalui pelaksanaan

2
teknik drama dalam Melayu. amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa

Matlamat ini akan menjadi realiti sekiranya para guru dapat melaksanakan set pengajaran dan pembelajaran dengan berpaksikan ilmu kemahiran yang tinggi, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang sistematik. Sesungguhnya pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dalam bilik darjah mampu menyuburkan minat belajar dan menamkan sikap positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi menangani murid-murid yang agak lambat menguasai kemahiran membaca dan menulis. Dari segi sosialnya pula, aktiviti yang berteraskan elemen drama seperti berlakon, berupaya menyuburkan kemahiran bersosial seperti semangat kerjasama, berani dan bertanggungjawab. Pendidikan drama di sekolah atau dalam bilik darjah lazimnya diserapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau aktiviti kebahasaan yang lain. Bahkan aktiviti berunsurkan drama, begitu bermanafaat kepada murid-murid kerana mereka akan meneroka dan meraih pelbagai kemahiran baik secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sebagai contohnya, melalui aktiviti berdialog dengan menggunakan skrip, akan mengasuh murid-murid membaca dan bertutur dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dan jelas. Manakala melalui aktiviti gerak lakon pula, akan memupuk semangat berani tampil ke hadapan tanpa malu dan segan, sekaligus akan menjadikan seorang murid yang bersikap yakin diri, bertolak ansur dan seterusnya berupaya mencorakkan pembinaan personaliti diri yang mantap. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa masyarakat orang asli merupakan satu kelompok masyarakat yang mendiami kawasan luar bandar. Mereka hidup dalam keadaan yang serba ringkas dan mudah. Corak kehidupan sebegini ternyata banyak mempengaruhi gaya pembelajaran murid-murid Orang Asli. Secara puratanya murid-murid Orang Asli mempunyai pencapaian yang lemah dalam akademik. Mereka juga tidak mempunyai minat yang tinggi. Begitu juga dengan sikap terhadap pelajaran pelajaran. Kebanyakkan murid orang asli begitu pasif dan pemalu. Namun begitu, sifat-sifat negatif yang sinonim dengan murid orang asli terutamanya dari aspek minat dan sikap terhadap pelajaran bukanlah sesuatu yang tepu sifatnya. Minat boleh dipupuk dan sikap boleh diubah jika kena dengan cara dan gayanya. Apa yang paling penting adalah usaha yang berterusan oleh para pendidik untuk mencari strategi yang sesuai dalam usaha menyampaikan ilmu dan nilai kepada murid orang asli. Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan kemahiran sosial murid-murid. Apa yang diharapkan agar strategi yang dirancang dengan mengaplikasikan beberapa teknik drama mampu memberi semangat dan dimensi baru kepada minat dan sikap murid-murid orang asli terhadap subjek Bahasa Melayu khususnya dan terhadap bidang pelajaran amnya. Sesungguhnya usaha murni ini diharap dapat mengubah senario amalan pedagogi Bahasa Melayu ke arah yang lebih mantap,kemas dan tersusun dalam usaha mengubah nasib masyarakat orang asli ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang. Tujuan Kajian

Kajian ini mengemukakan 4 objektif seperti berikut: 1. Untuk meninjau bagaimana reaksi murid Orang Asli terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang menerapkan teknik drama. 2. Untuk meninjau penglibatan murid Orang Asli dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama. 3. Untuk meninjau implikasi daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran teknik drama ke atas kemahiran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan murid-murid Orang Asli. 4. Untuk meninjau implikasi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu teknik drama terhadap motivasi diri untuk datang ke sekolah di kalangan murid Orang Asli. Rasional Kajian a. Guru

1. Dapat memberi kesedaran kepada guru tentang keberkesanan penerapan teknik drama dalam usaha mengajar kemahiran berbahasa. 2. Dapat membantu guru-guru merancang aktiviti drama yang kreatif dan inovatif bagi menarik minat murid orang asli belajar dengan seronok dalam bilik darjah. 3. Dapat membantu guru mengetahui dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid Orang Asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Dapat membantu guru mengetahui tahap aprisiasi murid Orang Asli sebagai asas dalam penyediaan perancangan dan pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu melalui penerapan teknik drama. b. Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Dapat membantu Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha merangka modul berkesan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid Orang Asli. Definisi Operasi Untuk menjelaskan lagi gaya operasional yang digunakan dalam kajian ini, beberapa frasa penting diberi penjelasan untuk mengikis sebarang ketaksamaan yang mungkin timbul daripada pelbagai istilah yang agak relatif:

Pengajaran Pengajaran dalam kajian ini bermaksud satu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, inetelek, rohani dan emosi seseorang individu. Pengajaran dalam konteks kajian ini pengajaran yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah bagi menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid.

Pembelajaran Pembelajaran ialah satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap kepercayaan. Proses ini merupakan perkembangan sikap, emosi, nilai dan estetika serta kesenian. Teknik Merupakan tindakan yang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mestilah menguasai teknik pengajaran yang pelbagai supaya mereka dapat menyesuaikan diri teknik tersebut dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Drama Abdul Rahman Napiah (1984: 2) berpendapat: ..drama ialah bentuk karya fiksyen atau cereka yang mementingkan dialog dan aksi watak. Sesebuah drama yang lengkap ditulis dinamakan skrip.. Manakala Mustafa Kamal Yasin (1963: 23) pula menyatakan: drama satu bentuk seni sastera untuk mempersembahkan terus perlakonan dan watak manusia menerusi lakonan seseorang di hadapan para penonton.. Teknik Drama Teknik drama dalam kajian ini bermaksud cara bagaimana sesuatu pergerakan tubuh badan bergerak atau dilakonkan. Teknik ini juga merujuk kepada pengesahan secara spontan atau diatur sama ada bersuara atau tidak. Dalam erti kata lain, cara bagaimana seseorang itu melakonkan atau melakukan aksi seperti; 1. main peranan, 2. meniru perlakuan watak atau orang sebenar. 3. dialog 4. Lakonan bisu 5. Pentomin dan lain-lain. Minat Minat merujuk kepada reaksi pelajar mengikuti secara berterusan dan mendalami sesuatu perkara atau kemahiran yang dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Orang Asli Satu kelompok masyarakat yang menghuni di sesuatu tempat. Biasanya di kawasan pedalaman yang jauh dari arus pembangunan. Hidup dalam keadaan yang serba sederhana dan ringkas.Terdapat beberapa jenis suku kaum seperti jakun, jahut dan semelai. Batasan Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan untuk melihat reaksi murid Orang Asli dari segi minat dan sikap semasa dan selepas mengikuti set pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama. Oleh itu populasi kajian ialah murid-murid sekolah Orang Asli yang mengikuti kelas

5
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di 8 buah sekolah dalam Temerloh, Bera, Cameron Highland, Pekan, Rompin dan Bentong. daerah

Kajian juga dibataskan kepada perkara-perkara berikut: 1. Murid tahap dua yang dijadikan kumpulan sasaran di 8 buah sekolah tersebut. 2. Kelas dan guru yang telah dipilih sahaja yang akan dibuat pemerhatian dan pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Hanya aplikasi teknik drama dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sahaja yang dicerap. 4. Dua aspek yang dikaji iaitu proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Tinjauan Literatur Drama dalam pendidikan telah bermula apabila anak-anak Queen Victoria dan Albert mementaskan Athalia dan beberapa cerita lain. Bermula dari sinilah dikatakan drama telah mula digunakan untuk membantu pengajian bahasa di sekolah-sekolah. Peranan drama dalam pendidikan begitu signifikan berlaku pada pertengahan abad kelapan belas (Zainal Abd. Latiff 1989: 4) Kemudian Coldwell Cook sebagaimana yang dipetik oleh Zainal Latiff (1991:4) pula telah memperkenalkan kaedahnya cara mainan (Play Way) untuk pembelajaran. Prinsip asasnya ialah aktiviti drama adalah cara yang berkesan untuk pembelajaran, dimana kanak-kanak belajar dengan cara membuat sesuatu. Tokoh-tokoh yang lain menggunakan kaedah-kaedah yang hamper serupa ialah John Menik dan William Went. Bermula dari sini, banyak sekolah telah cuba mengadakan aktiviti pembelajaran dengan berbagai-bagai kaedah drama. Cook dalam Courtney Richard (1975: 54) menyatakan bahawa lakon merupakan satu cara yang sebenar untuk belajar. Di negara-negara barat terutama di England, terdapat pendekatan yang dikenali sebagai The Living History yang membenarkan kata-kata Cook di atas. Pendekatan ini menggunakan peristiwa dalam sejarah dan dilakonkan semula oleh kanak-kanak di tempat kejadian. John Adam (1960) sebagaimana oleh Zainal Latiff (1991:5) telah mempelopori pendidikan yang dikenali sebagai Pidato Centric dan pendidikan dari kaca mata kanakkanak. Pendekatan ini lebih mementingkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak terhadap pendidikan. Pendekatan ini selaras dengan pendapat Athur T. Jershild (1963: 35) yang menyatakan bahawa apabila kanak-kanak itu memasuki sekolah rendah, mereka telahpun mempunyai daya ingatan untuk mengumpul semua pengalamanpengalaman silam dan merancang untuk masa depannya. Beliau juga menegaskan bahawa kanak-kanak itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan boleh mentakrif lambang-lambang yang mereka lihat tanpa menyoal apakah sebenarnya maksud lambang itu. Di Britain, pada tahun 1974, kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 7 tahun kebanyakkan daripada masa mereka dihabiskan dengan mainan. Bagi yang

6
berumur 7 11 tahun, mereka mempunyai waktu-waktu tertentu untuk aktiviti drama. Pada peringkat sekolah menengah pula, terdapat pertambahan guru-guru pakar dalam bidang drama. Oleh itu, banyak sekolah yang mempunyai drama dalam jadual waktu mereka ( Zainal Abdul Latif 1989: 5) Penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya mampu memikul tanggugjawab untuk memperkembangkan potensi murid-murid. Menurut Mana Sikana (1985:90), beliau mengungkapkan bahawa meskipun drama yang sifatnya sebagai satu cabang seni selalunya bercorak ekslusif tetapi drama dapat digunakan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dilakukan oleh Faziah Sulaiman (1980) mendapati bahawa pelaksanaan teknik drama dalam pedagogi Bahasa Melayu KBSR mampu mencapai objektif program Bahasa Melayu melalui aktiviti lakonan, main peranan dan improvisasi. Misalnya melalui teknik main peranan, murid-murid berupaya untuk bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai bentuk perhubungan. Hal ini juga sejajar dengan pendapat Robiah Kulup Hamzah (1989:3) yang mengungkapkan bahawa pengaplikasian teknik drama dalam bilik darjah mampu membina daya pemikiran intelek yang tinggi, perkembangan bahasa dan interaksi sosial yang baik. Tegasnya, penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya di sekolah rendah mampu memainkan peranan sebagai pemangkin dalam usaha dan menambah kefahaman terhadap isi pelajaran dan menyuburkan minat belajar di kalangan murid.

Metodologi Kajian ini telah dilakukan untuk melihat reaksi murid-murid Orang Asli terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sekitar negeri Pahang Darul Makmur. Pengelasan reka bentuk kajian ini adalah untuk menentukan kesan pembolehubah tak bersandar (teknik drama) pada pemboleh ubah bersandar (minat belajar, penglibatan murid, keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis dan minat datang ke sekolah). Pengelasan rekabentuk adalah berdasarkan kepada sejauh mana sesuatu rekabentuk memberi kawalan terhadap eksperimen. Oleh itu, kajian ini menggunakan reka bentuk pemerhatian satu kumpulan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan (Gay & Arasian, 2003:10). Populasi kajian ialah murid orang asli sekolah rendah kebangsaan di enam daerah di negeri Pahang Darul Makmur. Kajian ditadbir ke atas satu kumpulan eksperimen untuk mengkaji kesan olehan pembolehubah tak bersandar. Cerapan dilakukan dengan menggunakan borang pemerhatian (BP1) bagi menentukan kedudukan subjek semasa olahan diberikan. Ujian juga dilakukan selepas olahan

7
diberikan bagi menentukan kedudukan subjek dengan menggunakan borang soal selidik(BSS1). Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini ialah a. Pemerhatian turut serta b. Soal selidik Borang pemerhatian (Borang BP1) digunakan untuk melihat pemboleh ubah kajian semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala satu set soal selidik (BSS1) juga digunakan untuk melihat pemboleh ubah selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. SET 1 : Soal selidik kepada murid-murid (subjek) selepas mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui teknik drama. Bahagian A: Butir-butir peribadi murid Bahagian B: Soalan umum tentang minat murid dan sikap murid setelah mengikuti satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan teknik drama. SET 2 : Borang Pemerhatian.. Populasi Populasi kajian ini adalah murid-murid orang asli sekolah kebangsaan yang dipilih berdasarkan daerah iaitu daerah Bera, Pekan, Rompin, Temerloh, Bentong dan Cameron Highland. Bagi mendapatkan sampel kajian yang benar-benar mewakili populasi, kaedah persampelan kelompok telah digunakan. Kaedah persampelan kelompok adalah pemilihan sampel berdasarkan kumpulan dan bukan individu secara rawak (Gay, 1996). Murid-murid yang telah dipilih sebagai responden terdiri daripada murid lelaki dan perempuan yang belajar dalam Tahun 5. Seramai 160 orang murid yang mewakili 6 daerah dalam negeri Pahang telah terlibat dengan kajian ini. Taburan persampelan ditunjukkan melalui jadual di bawah.

Jadual 1 Taburan murid-murid mengikut jantina dan suku kaum di sekolah yang dipilih Suku kaum Jahut Temuan Semelai Semai Jakun Asli Lain-lain Bil Sekolah pilihan Jantina L P Jum

1.

S.K Peneras,Kuala Krau, 18 Temerloh. 2. S.K Sungai Dua Karak, Karak, Bentong. 3. S.K Bukti Rok, Bera. 4. S.K Bukit Gemuroh, Bera. 5. S.K Telanok, Tanah Rata, Cameron Highland. 6. S.K Menson, Tanah Rata, Cameron Highland. 7. S.K Kedaik, Rompin. 8. S.K Tasik Chini, Pekan. JUMLAH 18

1 21 2 4 20 21 15 23 17 5 22 1 1 1

11 12 11 8 5 14 5 1 67

8 14 12 14 10 9 12 14 93

19 26 23 22 15 23 17 15 160

23

45

38

9 9

Prosedur Pengumpulan Data Pengumpulan data kajian ini dijalankan di 8 buah sekolah yang mewakili 6 daerah. Dengan bantuan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pihak sekolah, guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kelas yang terpilih diberi penerangan mengenai tatacara pengendalian kajian ini terlebih dahulu. Sebelum pencerapan dilakukan, guru-guru telah dibekalkan dengan beberapa set rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menggaplikasikan teknik drama sepenuhnya dalam setiap langkah pengajaran. Hal ini bertujuan supaya guru dapat membuat persiapan secukupnya. Proses pengumpulan data dimulakan dengan pencerapan ke atas sampel murid semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan teknik drama sepenuhnya. Catatan pemerhatian dibuat dalam Borang Pemerhatian (BP1). Selepas sesi pengajaran pembelajaran berlangsung, sampel murid yang sama telah diminta menjawab soalan yang terdapat dalam Borang Soal Selidik (BS1) dengan bimbingan pengkaji.

Analisis Data Data telah dikumpul hasil daripada maklumat yang terdapat dalam Borang Soal Selidik (BS1) dan Borang Pemerhatian Pra (BP1). Data yang dikumpulkan dalam borang soal selidik, telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS Window versi 11.0. Manakala borang pemerhatian dianalisis secara deskriptif. Penganalisisan data dalam kajian melibatkan statistik deskriptif seperti jadual di bawah. Jadual 2 Kaedah analisis data kajian Bil Permasalahan kajian Pemboleh ubah Skala pengukura n Ordinal teknik Statistik

1.

Minat murid-murid orang asli terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan. Untuk mengetahui sambutan murid orang asli dalam setiap aktiviti drama yang dirancangkan semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Untuk mengetahui pengaruh aktiviti drama dalam p-p yang mampu menjana daya fikir yang kreatif dan kritis murid orang asli.

a. Minat murid b.Pengajaran mengunakan drama

Frekuansi

2.

a.Penglibatan murid Ordinal b.Pengajaran menggunakan teknik drama.

Frekuansi

3.

a. Kemampuan berifkir secara kritis yang Ordinal dijelmakan melui aksi yang kreatif b.Pengajaran menggunakan teknik drama a. Minat datang ke Ordinal sekolah b.Amalan p-p menggunakan teknik drama

Frekuansi

4.

Untuk mengetahui kesan amalan pengajaran yang menerapkan teknik drama terhadap menarik minat murid Orang Asli untuk hadir ke sekolah

Frekuansi

Analisis Data

10
Analisis data tertumpu kepada empat aspek yang merupakan angkubah signifikan bagi melihat reaksi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama. Empat aspek tersebut adalah: 1. 2. 3. 4. Minat belajar mata pelajaran Bahasa Melayu Penglibatan murid-murid untuk mengikuti aktiviti yang dirancang oleh guru Keupayaan murid berfikir lebih aktif dan kreatif Motovasi diri murid untuk datang ke sekolah

Soalan-soalan yang diajukan berdasarkan kepada 4 aspek tersebut dipilih, diproses dan diperturunkan dalam bentuk jadual yang memperlihatkan data dalam bentuk peratusan dan kekerapan. Dapatan Kajian Kajian ini melibatkan sejumlah 160 orang murid Orang Asli. Ia terdiri daripada 8 buah sekolah kebangsaan sekitar negeri Pahang. Dapatan kajian dapat dirumuskan melalui jadual di bawah: Jadual 3 Sikap dan Minat Murid Orang Asli terhadap Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama

Setuju Bil Perkara

Tidak Setuju

Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus % (f) % (f) 1. Guru yang mengajar melalui teknik drama menjadikan saya seronok belajar subjek Bahasa Melayu Saya sedia menawarkan diri melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru Aktiviti yang saya dilakukan mendorong saya berfikir lebih kritis dan kreatif. Saya suka datang sekolah jika cikgu mengajar aktiviti lakonan dan nyanyian setiap hari.

118

73.8

42

26.3

2.

128

80

32

20

3.

109

68.1

51

31.9

4.

149

93.1

11

6.9

Jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat 73.8 % murid-murid Orang Asli bersetuju bahawa mereka berminat untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar pada hari tersebut. Manakala hanya terdapat 26.3% sahaja yang tidak bersetuju. Dapatan daripada pemerhatian turut serta oleh pengkaji juga mendapati murid-murid menunjukkan riak muka yang ceria dan gembira semasa sesi pengajaran dan

11
pembelajaran berjalan. Keadaan ini sedikit sebanyak mencerminkan perasaan dalamannya yang cukup seronok dan gembira mengkuti kelas tersebut. Selain itu, jadual di atas juga menunjukkan bahawa peratus murid-murid yang bersedia untuk menawarkan diri bagi mengikuti aktiviti yang dirancang oleh guru adalah besar iaitu 80 %. Manakala hanya 32 orang sahaja yang tidak bersedia untuk ikut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Hal ini juga dibuktikan melalui pemerhatian pengkaji yang mendapati bahawa murid-murid sentiasa mengangkat tangan apabila guru meminta murid melakukan aktiviti yang dirancangkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah suasana kelas menjadi agak bising tetapi terkawal. Melalui salah satu aktiviti berasaskan drama yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu aktiviti main peranan tugas seorang posmen , ternyata beberapa orang murid orang asli yang diberi peranan masing-masing, berjaya melakukan dengan baik. Daripada pemerhatian pengkaji terdapat beberapa adegan dan situasi spontan yang sangat kreatif telah dipamerkan oleh murid-murid. Ternyata melalui aktiviti drama mereka mampu berfikiran lebih kreatif dan kritis. Pernyataan ini dibuktikan lagi melalui dapatan kajian yang menunjukkan bahawa terdapat 68% murid bersetuju bahawa aktiviti berasaskan drama mampu menjadikan mereka berfikiran lebih kreatif dan kritis. Manakala hanya 32% sahaja yang tidak bersetuju dengan pernyataan itu. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa unsur-unsur hiburan, keseronokan dan peluang turut serta dalam setiap aktiviti yang berunsurkan drama sememangnya memberi pengaruh besar kepada minat murid-murid orang asli untuk datang ke sekolah. Ini dibuktikan daripada hampir 93% murid orang asli bersetuju apabila diajukan soalan yang berkenaan. Selebihnya pula, iaitu hanya 6.9% sahaja yang tidak bersetuju bahawa aktiviti drama tidak mendorong minat mereka untuk datang ke sekolah setiap hari mata pelajaran Bahasa Melayu di ajar. Rumusan, perbincangan dan cadangan Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid Orang Asli begitu seronok dan berminat untuk mengikuti kelas mata pelajaran Bahasa Melayu, yang diajar oleh guru yang menggunakan teknik drama. Kenyataan ini dibuktikan dengan sebahagian besar murid (73.8%) memberikan reaksi positif semasa menjawab soalan yang diajukan dalam borang soal selidik. Pemerhatian turut serta oleh pengkaji juga mendapati bahawa murid-murid telah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung selama satu jam, dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Segala arahan dan permintaan guru, dipatuhi dan dilakukan dengan baik. Riak muka mereka begitu ceria dan situasi bilik darjah begitu hidup. Situasi ini bukanlah perkara yang luar biasa, bahkan ia sememangnya diduga akan berlaku. Beberapa faktor mungkin boleh dikaitkan dengan hal ini. Pertamanya, tidak boleh dinafikan bahawa segala bentuk aktiviti yang dijalankan itu, lebih menjurus kepada gaya pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar (student oriented). Gaya pengajaran dan pembelajaran ini sudah tentu menuntut kepada penyertaan yang menyeluruh dan penglibatan yang aktif daripada murid. Murid-murid bukan sahaja sebagai penonton dan pendengar yang setia (hanya memasang telinga dan membuka mata), malah akan turut serta dalam sebarang aktiviti yang dirancangkan oleh guru.

12
Tambahan pula dengan perancangan yang rapi dan persediaan yang baik dibuat oleh guru, sudah tentu hasilnya tentu membanggakan. Murid seronok belajar, manakala guru seronok mengajar. Menurut aliran pendekatan teori tingkahlaku yang dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Pavlov, Thorndike, Watson dan Skinner (Slavin, R.E 1997) telah membuktikan bahawa pembelajaran yang dilakukan dengan adanya kesediaan dalaman sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran positif. Thorndike, misalkan melalui teorinya yang berkait rapat dengan konsep Hukum Kesediaan, Hukum Kesan dan Hukum Latihan, berpendapat bahawa pembelajaran akan menjadi lebih sempurna sekiranya dilaksanakan dalam bentuk yang menyeronokkan. Seandainya dapat dilaksanakan dalam bilik darjah sudah pasti akan memberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran (Roblyer, M.D, et al. (1977).. Faktor kedua adalah minat murid-murid Orang Asli terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama, juga disebabkan oleh mereka diberi ruang dan peluang untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru. Lumrah kehidupan sebenar masyarakat orang asli yang lasak dan sentiasa bergerak untuk survivalnya nampak lebih sinonim dengan aktiviti yang disediakan melalui teknik drama. Sebagai contohnya, melalui aktiviti main peranan, murid diminta tampil ke hadapan, bergerak dan bertindak sebagaimana yang diarahkan, sudah tentu akan menghilangkan rasa bosan dan mengantuk. Teknik drama mampu memenuhi keperluan ini kerana drama membuat situasi pengajaran dan pembelajaran yang kurang konkongan, tidak formal dan penglibatan secara lansung dan aktif di kalangan murid-murid ( Faridah Jaafar 1989:2) Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa setelah diserapkan teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran, bilangan murid Orang Asli yang bersedia untuk memberikan kerjasama kepada guru dalam setiap aktiviti mempunyai peratus yang tinggi. Tidak kurang daripada 80% responden bersedia untuk mengikuti sebarang aktiviti teknik drama yang dirancang oleh guru. Melalui pemerhatian pengkaji, murid Orang Asli begitu ghairah mengangkat tangan dan menawarkan diri, untuk turut serta dalam setiap aktiviti. Pemerhatian pengkaji juga mendapati, situasi ini memberi sedikit cabaran kepada guru dalam pengurusan bilik darjah. Fenomena ini agak luar biasa dan jarang berlaku. Sebagaimana yang kita ketahui masyarakat orang asli begitu pasif dan sangat menebal rasa rendah dirinya. Anak-anak murid Orang Asli amat sukar untuk memberi kerjasama jika dia tidak berminat terhadap sesuatu perkara. Faktor inilah merupakan salah satu tabiat negatif yang menyumbang kepada kemunduran masyarakat Orang Asli di negara kita. Namun begitu, pengalaman mengikuti kelas Bahasa Melayu di 8 buah sekolah Orang asli yang menjadi subjek kajian, didapati bahawa rata-rata murid Orang Asli memberikan respon yang baik terhadap aktiviti yang dijalankan oleh guru. Perasaan malu, segan dan rendah diri ternyata berjaya dihindari seketika semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama. Walaupun tempoh pemerhatian yang singkat iaitu selama 60 minit sahaja, namun dapat diperhatikan dengan jelas perubahan sikap ini. Sekaligus, dapatan kajian ini juga selari dengan pendapat Faridah Jaafar dan Hasriah Hussein (1989). Menurut dua orang pengkaji ini, tujuan drama di sekolah adalah untuk meningkatkan daya pemikiran murid supaya lebih cerdas serta dapat membina keyakinan diri (1989:2)

13
Selain itu, menurut Rahmah Bujang (1989), pendidikan drama di sekolah antara lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam memahami sesuatu subjek dan membolehkan murid-murid mengendalikan sesuatu melalui lakonan. Sememangya, murid-murid Orang Asli yang menjadi subjek kajian sudah memenuhi matlamat tersebut. Hal ini kerana melalui aktiviti main peranan yang dijalankan, murid-murid harus melibatkan diri untuk memahami tugas sebenar mengikut peranan yang diberikan. Seandainya, mereka diberi peranan sebagai polis misalnya, maka murid perlu terlebih dahulu memahami tugas sebagai seorang anggota polis, mengaitkan dengan pengalaman sedia ada, kemudian menterjemahkan semula dalam bentuk lakonan dalam bilik darjah. Corak pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama, amat berkait rapat dengan falsafah pembelajaran Konstruktivisme. Pendukung teori ini seperti Dewey, Piaget, Vysgotsky dan Bruner (Epstein, 2002) mempercayai bahawa dalam proses pembelajaran, peranan utama seharusnya dimainkan oleh pelajar atau murid itu sendiri. Seseorang murid dianggap telah mengalami proses belajar sekiranya beliau berjaya membina kefahaman kendiri tentang ilmu atau idea baru melalui pengalaman sedia ada atau skemata. Green & Gredler (2002) menambah bahawa seseorang murid akan belajar apabila pembelajaran mereka sentiasa dibawah kawalan dan mereka juga sedar bahawa mereka belajar dalam keadaan terkawal. Sehubungan itu, melalui aktiviti yang dijalankan dalam teknik drama, banyak menyediakan gabungan pengalaman sedia ada murid untuk di bawa dan dilakonkan atau dinyanyikan dalam bilik darjah. Jadi tidak hairanlah murid-murid Orang Asli sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan guru bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan jayanya kerana ia merupakan satu saluran murid-murid orang asli berkongsi pengalaman dengan kawan lain. Masalah ponteng sekolah sudah menjadi sinonim dengan budaya sekolah orang asli. Kedatangan harian ke sekolah begitu mengecewakan. Sememangnya, pihak pengurusan sekolah telah melakukan berbagai-bagai cara dan ikhtiar untuk mengatasi gejala ini kerana jika keadaan ini berterusan maka hasrat kerajaan untuk mengatasi masalah murid tercicir, khusunya di kalangan masyarakat luar bandar, akan menemui jalan buntu. Dapatan kajian ini mendapati bahawa murid Orang Asli berminat untuk datang ke sekolah jika guru menyediakan set pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan drama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir 92% responden bersetuju dengan kenyataan ini. Dengan bahasa yang lebih mudah dapat dikatakan iaitu, teknik drama yang diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu berkeupayaan bagi menarik minat murid-murid Orang Asli untuk datang ke sekolah. Fenomena ini nampaknya memberikan satu dimensi baru dalam usaha mengurangkan masalah keciciran murid yang menjadi salah satu agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara semula jadi, ramai orang gemar kepada hiburan sama ada melalui nyanyian, tarian dan lakonan. Persembahan yang menghiburkan ini merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat, tidak kira rupa paras dan warna kulit. Melalui seni pesembahan (lagu atau tarian), seseorang itu dapat berhibur, meluahkan perasaan dan menyampaikan mesej. Begitu juga dengan masyarakat orang asli. Anakanak orang asli amat meminati seni persembahan dan seni muzik. Sejak dari kecil lagi

14
mereka didedahkan dengan lagu-lagu rakyat warisan nenek moyang mereka. Salah satu daripadanya adalah persembahan tradisional Sewang. Oleh itu tidaklah menghairankan jika seni persembahan menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat orang asli. Arnald Bently (1966), mendefinisikan nyayian sebagai melafazkan sesuatu perkataan atau rangkaikata ayat dalam bentuk lagu yang merangkumi beberapa unsur muzik termasuk irama, melodi, tempo, rentak, dimanik dan mod. Aktiviti nyanyian sememangya menjadi salah satu aset yang dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Murid diminta untuk menyanyi sambil bergerak mengikut seni kata lagu dan murid diminta berlakon mengikut skrip yang dibekalkan, merupakan sebahagian daripada aktiviti biasa dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran teknik drama. Misalnya, melalui lagu rakyat dan lagu kanak-kanak, seperti Burung Kenek-Kenek dan Seloka Pak Kaduk. Menurut Siti Khairiah Zubir (2006: 229-230), aktiviti nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja mengembirakan murid-murid malah ia berupaya mengeksplotasi kecerdasan pelbagai murid seperti kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan kinestatik dan kecerdasan muzik. Tambahnya lagi, Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh Gardner , David G. Lazer dan Thomas Amstrong sangat perlu diaplikasikan dalam bilik darjah kerana ia boleh digunakan untuk meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan . Guru dan murid seronok ke sekolah, kadar ponteng kelas menurun dan pencepatan pembelajaran berlaku. Kes slah laku berkurangan dan murid bermasalah dan lembam dapat meningkat tahap pencapaian mereka. Pemikiran kritis yang dijelmakan melalui aksi yang kreatif telah berjaya ditunjukkan oleh murid-murid Orang Asli. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa lebih daripada 68% responden bersetuju apabila diajukan soalan yang mengaitkan aktiviti drama dengan dorongan keupayan berfikir. Menurut Rahmah Bujang dan Azlin Hamdon yang dipetik oleh Dahlia Janan dan Zuraini Ramli (2006:308), seni persembahan yang mencakupi aktiviti bercerita,berlagu, gerak tari atau lakonan pendek (sketsa) membolehkan peserta atau orang yang melakukannya menguji pencapaian intelek, emosi dan nilai hidup mereka. Selain itu, mereka juga dapat meluahkan pernyataan perasaan seperti marah, kasih, suka dan duka selain dapat memperlihatkan kreativitinya. Ciri-ciri sedemikian semangnya dapat dieksploitasikan melalui aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran teknik drama. Murid-murid akan diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri melalui medium seni persembahan. Melalui aktiviti simulasi, main peranan, pentomin dan improvisasi, murid boleh melakukan aktiviti mengikut daya kreativiti masing-masing. Sebagai contohnya, melalui satu aktiviti yang meminta murid Orang Asli menghayati watak seorang posmen. Ternyata beberapa orang yang dipilih untuk melakonkan aksi sebagai seorang posmen, berjaya menghayatinya dengan baik. Sebahagian daripada mereka juga menyatakan perasaan simpati terhadap nasib yang menimpa seorang posmen yang dikejar anjing semasa menghantar surat di sebuah rumah. Walaupun diungkapkan dalam bahasa lisan yang ringkas, tetapi ternyata mereka telah berkemampuan mengaplikasikan kemahiran berfifkir secara kritis dan kreatif di dalam bilik darjah. Menurut Rubin (1991), kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif memerlukan pemikiran bercapah yang bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman personal

15
murid. Kemahiran yang dimaksudkan merangkumi kemahiran menilai, membuat kesimpulan, menghayati dan mengesan pengajaran. Melalui teknik mengalami menghayati yang dilakukan oleh murid Orang Asli dalam aktiviti lakonan, ternyata menyerlahkan kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa murid orang asli sememangnya tidak ada beza dengan muridmurid bangsa lain jika dididik dengan gaya dan cara yang betul. Diharapkan kajian ini dapat diaplikasikan oleh guru Bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya di kalangan Orang Asli. Kajian ini menunjukkan bahawa minat yang mendalam dan sikap yang positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu boleh meningkatkan kebolehan murid menguasai kemahiran berbahasa sekali gus dapat meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengalaman menjalankan kajian ini membuatkan penyelidik merasakan bahawa teknik drama seperti main peranan, nyanyian, melafazkan dialog dan lakonan begitu berkesan dalam usaha menarik minat murid Orang Asli untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Apabila pengkaji melakukan refleksi tentang sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama, kami berasa sungguh kesal kerana didapati guru-guru di sekolah Orang Asli jarang menggunakan teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sedangkan sudah terbukti bahawa teknik ini sangat sesuai dan begitu berkesan. Setelah menjalankan kajian ini pengkaji mendapati bahawa kita seharusnya berani berubah demi kejayaan murid-murid Orang Asli. Berubah dari segi amalan dalam pendekatan pengajaran, perancangan dan perspekstif terhadap murid. Kepelbagaian pendekatan dan teknik dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran adalah aset penting untuk menarik minat untuk belajar di kalangan murid-murid. Secara keseuruhannya kajian ini telah menunjukkan bahawa peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa di kalangan murid Orang Asli boleh dipertingkatkan melalui amalan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama. Serentak dengan itu dapat membantu mengatasi masalah buta huruf yang begitu membimbangkan sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini.

16

Rujukan Abdul Rahman Napiah 1987. Drama Moden Malaysia: Perkembangan dan Perubahan. K. Lumpur: DBP Azman Wan Chik 1981. Prinsip dan Kaedah Mengajar Kesusasteraan Melayu, K.L : Utusan Publication & Distributors _______________1982. Drama Melayu Melalui Sistem Pendidikan, dalam Rahman Bujang (ed). Drama Melayu 25 tahun. K.L : DBP Countney, Richard 1991 (terjemahan). Lakon, Drama dan Pemikiran. K. Lumpur: DBP Epstein, M. 2002. Cinstruction. http://tiger.fowson.edu Faziah Sulaiman 1995. Drama Dalam Pendidikan Bahasa. K. Lumpur:Bahagian Pendidikan Guru. _____________1995. Pengajaran Lisan melalui Drama. K.Lumpur: Institut Bahasa. Faridah Jaafar dan Hasriah Hussein. 1989. Peranan Drama Dalam Pendidikan. Kerta Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,. Universiti Pertanian Malaysia. Serdang, 14-15 Okt. Gay, L.R. dan Arasian, P., 2003. Educational Research: Competencies for analysis and application. (5th.Ed) . New Jersey :Prantice Hall Green, S.k. & Gredler, M. E, 2002. A review and analysis of constructivism for schoolbased practice. Dlm School Psycology Review, V.3 n1 ms 53-70. Idris Mohd Radzi dan Dahlia Janan (ed). 2006. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu : Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjung Malim : UPSI Mana Sikana 1985. Kaedah Kajian Drama. K. Lumpur: Karya Bestari.

17

Rahmah Bujang. 1989. Falsafah dan Matlamat Drama Dalam Pendidikan. Kerta Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, 14-15 Okt. Rubin,D., 1991. Diagnosis and Correction in Reading Instruction. (2nd. Ed.). Massachussets Allyn and Bacon. Robiah Kulop Hamzah. 1989. Pengendalian Aktiviti Drama dalam Pendidikan di luar bilik darjah. Kerta Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, 14-15 Okt. Roblyer, M.D., Edwards,J, Harviluk, M.A., 1977. Antegrating Educational Technology into Teaching. New Jersey: Prantice Hall. Slavin, R.E 1997. Educatinal Psychology : Theory and Practise. Boston: Allyn Bacon. Zainal Abdul Latif.1989. Bentuk Teater yang sesuai untuk Pendidikan masa kini. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, 14-15 Oktober.

Você também pode gostar