Você está na página 1de 27

Taraf hidup rakyat di Malaysia 1.

0FAKTA Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman damai dalam pelbagai budaya, bahasa dan adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang mantap. Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan negaranya mengikut acuan tersendiri sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keberkesanan dasar luar negara yang diamalkan. Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan dengan ekonominya yang seimbang antara kaum, Malaysia bukanlah negara yang diramal akan aman dan boleh dimajukan. Ramai yang meramalkan bahawa perselisihan kaum akan berlaku dan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti akan merampas kuasa dan merompak harta kepunyaan kaum-kaum lain tetapi tanggapan itu ternyata silap kerana para pemimpin negara telah mencorak kerjasama antara kaum tanpa menghilangkan identiti kaum masing-masing. Inilah formula yang telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju tanpa menghiraukan ideologi yang diamalkan oleh negara tersebut. Taraf hidup umumnya diukur menerusi piawai seperti pendapatan benar (iaitu pendapatan terlaras inflasi) setiap orang dan kadar kemiskinan. Ukuran-ukuran yang lain seperti ketersediaan dan kualiti penjagaan kesihatan, ketaksamaan pertumbuhan pendapatan dan taraf pendidikan juga digunakan. Contoh-contohnya termasuk keupayaan memiliki sesetengah barang (misalnya bilangan peti sejuk setiap 1,000 orang), atau ukuran kesihatan seperti jangka hayat. Taraf hidup ialah mudahnya seseorang yang hidup pada sesuatu masa dan tempat dapat memenuhi keperluan mereka. Gagasan terhadap 'taraf' dapat dibezakan daripada mutu kehidupan yang mengambil kira bukan sahaja taraf hidup kebendaan tetapi juga aspek-aspek kehidupan
1

yang tidak begitu ketara seperti masa lapang, keselamatan, sumber budaya, kehidupan sosial, kesihatan fizikal, isu kualiti persekitaran, dan sebagainya. Cara mengukur kesejahteraan harus digunakan untuk membuat pertimbangan, dengan ini seringnya amat bersifat politik dan justera itu, amat berkontroversi. Walaupun dua buah negara atau masyarkat mempunyai taraf hidup kebendaan yang sama, faktor-faktor mutu kehidupan boleh menjadikan sesuatu tempat lebih menarik kepada sesesuatu orang atau kelompok berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, masih terdapat masalah hanya dengan menggunakan purata berangka untuk membandingkan taraf hidup kebendaan, berbanding dengan, misanya, indeks Pareto (ukuran lebar pendapatan atau pengagihan kekayaan). Taraf hidup pada dirinya bersifat subjektif. Misalnya, negara-negara yang mempunyai kelas atasan kaya yang amat sedikit dan kelas bawahan yang amat miskin boleh mempunyai tahap pendapatan min yang tinggi, walaupun kebanyakan penduduk mempunyai "taraf hidup" yang rendah. Ini mencerminkan masalah pengukuran kemiskinan yang cenderung juga bersifat relatif dan menggambarkan bagaimana pengagihan pendapatan boleh menyembunyikan taraf hidup yang sebenar. Kos sara hidup merupakan pengiraan kos yang terpaksa ditanggung oleh seseorang, atau satu keluarga (jika telah berkeluarga) untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dan keperluan-keperluan untuk keselesaan hidup. Taraf hidup pula mengukur perbandingan di antara pendapatan boleh belanja yang diterima oleh seseorang atau satu keluarga yang tinggal serumah dengan kos sara hidup. Sekiranya peningkatan pendapatan berada pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan kos sara hidup, bererti taraf hidup seseorang dikatakan semakin merosot. Begitulah sebaliknya, sekiranya taraf pendapatan meningkat pada kadar lebih tinggi dari kos sara hidup, taraf hidup dikatakan semakin meningkat. Serupa juga, Negara A, sebuah negara sosialis yang sempurna dengan pendapatan per kapita purata yang sangat rendah akan ditempatkan lebih tinggi tentang ketaksamaan pendapatan yang lebih rendah, berbanding dengan Negara B
2

dengan ketaksamaan pendapatan yang lebih tinggi, walau jika lapisan terendah pengagihan penduduk Negara B mempunyai pendapatan per kapita yang lebih tinggi daripada Negara A. Contoh-contoh benar terhadap keadaan ini termasuk bekas Jerman Timur berbanding dengan Jerman Barat serta Korea Utara berbanding dengan Korea Selatan. Dalam setiap kes tersebut, negara sosialis mempunyai ketaksamaan pendapatan yang lebih rendah (dan oleh itu, ditempatkan lebih tinggi daripada segi ini), tetapi mempunyai pendapatan per kapita yang lebih rendah daripada kebanyakan kaunterpart berjiran mereka. Ini dapat dielakkan dengan menggunakan ukuran pendapatan pada pelbagai persentil penduduk, berbanding dengan menggunakan ketaksamaan pendapatan yang sungguh bersifat relatif dan berkontroversi. Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun. Daripada pengalaman pahit tersebut, Malaysia sedar bahawa kemajuan ekonomi tidak lengkap sekiranya tidak ada kestabilan politik. Namun, kestabilan politik tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Oleh yang demikian, kestabilan politik dan pembangunan ekonomi perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan. Ekonomi ialah sekumpulan manusia yang berinteraksi antara satu sama lain semasa mereka menjalankan aktiviti seharian. Makroekonomi pula diklarifikasikan sebagai satu bidang kajian yang mengkaji bagaimana sesuatu masyarakat

menguruskan sumber-sumber yang terhad dan mengkaji fenomena ekonomi secara keseluruhan. Makroekonomi juga merangkumi inflasi, pengangguran dan pertumbuhan ekonomi, berbanding pula dengan mikroekonomi yang mengkaji bagaimana isirumah dan firma membuat keputusan dan berinteraksi diantara satu sama lain. Ekonomi Malaysia sejak merdeka dan keupayaan menangani masalah sejak kemelestan ekonomi pada 1997 tanpa menerima bantuan kewangan dari IMF (International Monetary Fund) adalah membanggakan . Selain itu keupayaan kerajaan Malaysia dalam menjana pertumbuhan ekonomi tempatan juga merupakan

perbincangan utama dalam kerja kursus ini.Tahun 2005 merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Kelapan dan pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun

ini akan menyediakan asas yang kukuh bagi negara melangkah ke satu lagi fasa penting, yakni pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Ketika melangkah ke tahun 2006, cabaran dalaman dan luar akan terus menguji kekuatan dan ketahanan kita. Dalam era globalisasi ini kita tidak boleh mengasingkan diri jika kita tidak mahu diketepikan. Untuk terus menyerlah, kita perlu meningkatkan penyertaan dalam arus persekitaran global. Dalam hal ini, kita perlu memperluaskan gelanggang dan menjangkau ke arah menjadi pemain global terutamanya dalam bidang yang mana kita mempunyai kelebihan kompetitif.Malaysia telah mempunyai kemudahan

infrastruktur yang cemerlang. Sudah tibalah masanya untuk kita memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk melengkapi pencapaian pembangunan fizikal. Adalah penting sekali untuk mengimbangkan pencapaian kebendaan dengan kerohanian yang luhur, sekiranya kita ingin mencapai matlamat Wawasan 2020. Sehubungan ini, pembangunan modal insan akan terus menjadi agenda utama dan usaha-usaha akan ditumpukan ke arah pembentukan individu yang berketrampilan di tempat kerja dan dalam masyarakat. Rakyat Malaysia perlu menghayati nilai jujur, berintegriti, cemerlang dan bertanggungjawab serta memiliki pemikiran kelas pertama seiring dengan infrastruktur kelas pertama yang dimiliki sekarang. Rakyat Malaysia juga perlu terus berusaha untuk menjadi sentiasa relevan, berdaya tahan dan kompetitif selaras dengan pendekatan Islam Hadhari.. Kerajaan berperanan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi

Tumpuan Kajian Separuh Penggal ini ialah untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara dan mengembalikan ekonomi kepada pertumbuhan mapan supaya objektif pembangunan seimbang dan matlamat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Ini memerlukan antara lain pengukuhan asas-asas ekonomi makro dan sektor kewangan serta mengembalikan keyakinan pelabur dan awam, memajukan sector-sektor ekonomi yang berpotensi termasuk pembuatan, pertanian dan

perkhidmatan, mengambil langkah-langkah bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi dan mengurangkan kadar kemiskinan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.1 Berdasarkan petikan di atas, kerajaan berusaha keras untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Sejak mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini, kerajaan telah memainkan banyak peranan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
4

Antara

langkah-langkah

yang

dijalankan

oleh

kerajaan

ialah:

(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB) (b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (c) Dasar Percukaian dan Subsidi (d) Pelan Induk Perindustrian Dasar-dasar yang ditunjukkan di atas hanyalah sebilangan daripada langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Langkah-langkah ini digubal dan dijalankan semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini dan ianya menempakkan kejayaan yang memberansangkan. (a) Dasar Ekonomi Baru (DEB) Tiga puluh tahun dulu, kebanyakan rakyat Malaysia yang miskin terdiri daripada orang Melayu tetapi itu bukanlah isunya hari ini. Jurang antara kaum dilihat semakin rapat kerana pendapatan orang Melayu kini semakin meningkat, walaupun persamaan masih belum tercapai. Pada 1990an inilah lahirnya tokoh-tokoh ekonomi Melayu melalui pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang secara rasminya dimansuhkan pada 1990 tetapi semangatnya tidak pernah padam. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah memberi manfaat kepada lebih tujuh juta rakyat bumiputera negara ini dalam bentuk pemilikan saham-saham amanah serta ekuiti syarikat gergasi. Kata beliau, ia sebenarnya memberi peluang kepada individu-individu bumiputera yang berkemampuan untuk memiliki saham dengan harapan mereka akan berjaya dalam perniagaan dan menguasai sesebuah syarikat. Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya. Pada 1971 Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian sumber ekonomi dalam pelbagai sektor melalui kewujudan dasar yang dikenali sebagai DEB (Dasar Ekonomi Baru). DEB merupakan satu rancangan ekonomi
5

jangka panjang yang dibuat untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Berdasarkan dua petikan di atas, objektif utama kewujudan DEB adalah untuk membuka peluang kepada kaum bumiputera melibatkan diri dalam bidang ekonomi. Dahulu, kaum bumiputera hanya bekerja sebagai petani dan nelayan dan

kesinambungan pekerjaan ini diteruskan oleh generasi-generasi seterusnya. Melalui DEB wujudnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di mana bumiputera digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan. Dengan adanya IKS kaum bumiputera mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan mengkomersialkan barangan buatan tempatan. Ia sekaligus meningkatkan ekonomi negara dan meningkatkan eksport negara.DEB telah melahir dan membangunkan ramai usahawan yang berkemahiran, berkualiti, berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju di dalam bidang keusahawanan yang berpotensi dan berkembang. Melalui DEB juga telah menanamkan dan memupuk budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia. Dasar Penswastaan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan dengan menyerahkan beberapa sektor tertentu untuk diurus sendiri oleh pihak swasta. Ia juga bertujuan menggalakkan pertandingan dan meningkatkan kecekapan serta daya pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara, mengecilkan saiz sektor awam dan membuka peluang seluas mungkin untuk mencapai matlamat DEB.Dasar Penswastaan merupakan salah satu daripada instrumen DEB. Melalui cara ini, daya pengeluaran juga meningkat kerana pada kebiasaannya sektor swasta mampu meningkatkan tahap kecekapan berbanding dengan sektor-sektor kerajaan atau awam. Penswastaan projek-projek baru seperti air, elektrik dan sebagainya dijangka akan menyumbangkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Melalui dasar ini, kita dapat lihat usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk. Hal ini kerana penglibatan kerajaan dalam sektor awam tidak dapat meningkatkan harapan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan awam serta keberkesanannya turut berkurangan. Oleh itu penswastaan adalah dasar yang paling rasional dalam menghadapi permasalahan ini.Namun begitu sungguh pun Dasar Penswastaan memberikan nafas baru kepada kerajaan dalam menangkis serangan kemelesetan ekonomi dan beban hutang negara yang kian bertambah, tetapi para pemerhati dan penganalisa ekonomi yang kritis berpendapat bahawa ia akan
6

mengakibatkan kesan yang buruk terhadap para pekerja di sektor awam serta rakyat negara ini seluruhnya. Seperti yang telah disebutkan penswastaan hanya akan mengutamakan pertimbangan mengaut keuntungan di samping mengorbankan kebajikan sosial dan kepentingan awam. Para pekerja di sektor awam akan menghadapi ancaman pembuangan kerja di samping beban kerja yang sentiasa bertambah dan sebagainya. Komplot, pakatan dan campur tangan ahli-ahli politik menyebabkan dasar ini boleh bertukar menjadi jenayah kolar putih. (b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Dasar Pembangunan Nasional yang dilancarkan pada tahun 1991 untuk menyusuli Dasar Ekonomi Baru telah menyediakan rangka pembangunan ekonomi negara untuk tempoh sepuluh tahun yang lalu. Di samping mengekalkan strategi asas dan matlamat utama DEB, beberapa dimensi baru telah diperkenalkan dalam DPN dengan memberi tumpuan kepada isu ketermiskinan, penekanan kepada pembangunan pesat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), tanggungjawab yang lebih besar kepada sektor swasta untuk mencapai matlamat penyusunan semula masyarakat dan peningkatan pembangunan sumber manusia.Dasar Pembangunan Nasional atau DPN merupakan satu kesinambungan daripada DEB. Objektif utama DPN ialah untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian moden dan telah menghasilkan kemajuan ekonomi dan sosial yang pesat. Melalui kewujudan DPN, taraf hidup rakyat menjadi tinggi dan kadar pengangguran semakin menurun. DPN telah menyebabkan ekonomi Malaysia semakin mapan dengan pertumbuhan yang positif dari tahun ke tahun. Keadaan ini menunjukkan keberkesanan DEB dan DLN walaupun berlaku kemelestan ekonomi pada tahun 1997. jika dilihat kemelesetan ekonomi yang melanda rantau Asia Tenggara yang menyebabkan negaranegara rantau ini berhutang dengan IMF, Malaysia dengan gahnya mengharungi masalah ini tanpa bergantung dengan bantuan negara-negara maju.

(c) Dasar Percukaian dan Subsidi Dasar Percukaian dan Subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja dapat memantapkan lagi ekonomi Malaysia tetapi juga dapat menjaga kebajikan
7

rakyatnya. Dasar ini dapat dilihat melalui peningkatan dan penurunan. Peningkatan cukai-cukai dikenakan ke atas barangan import seperti kereta kerana untuk menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan. Apabila cukai yang tinggi dikenakan ke atas barangan import akan menyebabkan barangan tersebut bertambah mahal. Namun begitu dalam masa yang sama, kerajaan menurunkan cukai barangan tempatan. Melalui cara ini, permintaan terhadap barangan tempatan akan meningkat. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku persaingan sihat antara barangan import dan barangan tempatan ini menyebabkan berlakunya peningkatan kualiti.Import barangan modal berkembang 10.1 peratus dalam tempoh kajian dengan semua subkategori barangan mencatatkan peningkatan. Import alat kelengkapan pengangkutan bagi tujuan perindustrian untuk tempoh berkenaan bertambah 20.7 peratus berbanding kenaikan 170.7 peratus dalam tempoh sama tahun lalu, manakala import barangan modal (kecuali kelengkapan pengangkutan) meningkat 9.1 peratus. Sementara itu, import barangan pengguna mengukuh tujuh peratus dalam tujuh bulan pertama berbanding kenaikan 22.6 peratus untuk tempoh sama tahun lalu, sejajar perbelanjaan swasta lebih tinggi.Penurunan cukai pula dibuat apabila pemintaan terhadap barangan tersebut meningkat. Jika dilihat dari petikan di atas, sesuatu barangan import yang mendapat permintaan yang menggalakkan seperti alat perindustrian, ia bererti sector perindustrian negara menajdi semakin kukuh. Penurunan cukai terpaksa dibuat kerana

ketidakupayaan untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki. Meskipun kerajaan tidak meraih pendapatan dari cukai yang dikenakan, sector perindustrian akan menyumbang pendapatan kepada negara. Ini bererti meskipun kerajaan menanggung sedikit kerugian, tetapi pulangan yang besar akan diperolehi walaupun memakan sedikit masa. Malaysia juga berterusan memberi perlindungan kepada industri-industri dalam negara seperti pengeluar-pengeluar kereta kebangsaan Proton dan Perodua pada ketika apabila penggabungan industri automobil global menjadikan ia sangat sukar untuk pengeluar-pengeluar kereta bebas yang kecil, terus bertahan.

Dasar ini dilakukan untuk memajukan sektor-sektor perindustrian negara. Cukai barangan tempatan dilonggarkan untuk memberi galakkan kepada barangan tempatan untuk bersaing dengan barangan luar. Melalui cara ini, sektor perindustrian tempatan
8

dapat bersaing dan sekaligus dapat memangkin pembangunan ekonomi negara. Contohnya dapat dilihat pada sektor perkilangan yang menyumbang kira-kira satu pertiga dari Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia. Sektor ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kekurangan buruh berkemahiran yang tenat, peningkatan kos buruh, produktiviti yang rendah dan keupayaan-keupayaan dari segi teknologi asing. Pengurangan cukai dan pemberian subsidi kepada sektor ini merupakan satu langkah drastik yang diambil oleh kerajaan untuk memberi perlindungan kepada sektor ini. Bagi mematuhi peraturan-peraturan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada tahun ini, Malaysia telah mengurangkan duti-duti import ke atas kereta-kereta keluaran Asean daripada setinggi 190 peratus kepada 20 peratus, tetapi pada masa yang sama duti-duti eksais ke atas kereta-kereta telah meningkat dengan mendadak (pengeluar kereta Malaysia menikmati rebat 50 peratus ke atas duti-duti eksais).

Dasar percukaian dan subsidi juga menyebabkan limbahan barangan import kerana Malaysia terikat dengan beberapa peraturan antarabangsa. Apabila keadaan ini berlaku, kesukaran akan berlaku bagi usahawan-usahawan tempatan kerana persaingan dengan syarikat asing. Contohnya dalam pengeluaran kereta, kereta tempatan terpaksa bersaing dengan kereta import kereta cukai import kereta dikurangkan dan menyebabkan harga kereta import menjadi murah. Oleh yang demikian apabila kerajaan mengurangkan subsidi gula, petrol, liquefied petroleum gas (LPG) dan diesel pada hari ini, Jumaat, 16 Julai 2010 tentulah akan berlaku peningkatan kepada kos sara hidup penduduk Malaysia. Dilaporkan harga gula akan meningkat sebanyak 25 sen kepada RM1.75 sekilogram, LPG meningkat 10 sen kepada RM1.85 sekilogram, petrol RON95 meningkat 5 sen kepada RM1.85 seliter, dan diesel 5 sen kepada RM1.75 seliter. Maklumat ini boleh diperolehi dari PMO and PEMANDU www.pmo.gov.my dan http://www.pemandu.gov.my/. Perubahan dasar subsidi ini bersesuaian dengan usaha kerajaan mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM750juta pada tahun 2010. Keadaan ini bermakna kerajaan semakin kurang memberikan tumpuan kepada pengawalan harga barangan keperluan, dan menuju kearah penentuan harga berdasarkan permintaan dan penawaran. Pelbagai strategi telah dibuat untuk menguatkan alasan kerajaan pengurangan subsidi tersebut seperti pengurangan subsidi gula akan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat
9

Malaysia dengan pengurangan penggunaan gula dalam makanan dan minuman. Dilaporkan 40% rakyat Malaysia menghadapi masalah obesity. Begitu juga

pengurangan subsidi akan mengurangkan keuntungan yang banyak diperolehi oleh pengeluar makanan, yang didapati dua kali ganda lebih banyak menggunakan gula berbanding dengan isirumah. Penggunaan kereta lebih kecil dan motorsikal juga dijangkakan akan meningkat. Begitu juga penyeludupan gula dan diesel di kawasan sempadan, terutamanya di sempadan Malaysia-Thailand akan berkurangan. Dilaporkan 200 metrik ton gula di jual ke negara jiran sepanjang tahun ini. Wang sebanyak RM750 juta itu dijanjikan akan dibelanjakan untuk perbelanjaan pendidikan dan penjagaan kesihatan.Memang diketahui dasar pengurangan subsidi ini suatu dasar yang tidak popular, meyukarkan orang-ramai dan meningkatkan kos sara hidup. Apa yang pasti, harga barang makanan yang berasaskan gula akan meningkat, dan diikuti pula kos pengangkutan yang meningkat (lori menggunakan diesel untuk bergerak) akan meyebabkan pengeluar, pemborong dan peruncit menyerapkan kos tersebut kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan akhir. Pada pandangan saya, dasar subsidi memang perlu dikaji, tetapi dasar pengurangan subsidi perlu dibuat berhati-hati. Kepastian peningkatan taraf hidup dengan pengkajian lebih terperinci kepada dasar-dasar yang membawa kepada pengurangan produktiviti seperti pergantungan buruh asing yang keterlaluan, projekprojek mega yang tidak pasti pulangan ekonominya, ketirisan dalam perlaksanaan projek-projek pembangunan, ketidakseimbangan agihan pendapatan, dan perbelanjaan yang membazir dalam sambutan-sambutan perayaan tertentu seperti menyambut tahun baru dan pesta-pesta tidak berfaedah perlu dikawal dan dilaksakan dasar yang bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan. Kenaikan kos sara hidup tanpa kenaikan pendapatan akan membawa kepada penurunan taraf hidup. Rakyat yang merosot taraf hidupnya akan memberikan tekanan dan mungkin membawa kepada peningkatan kejadian rasuah, penyelewengan wang awam dan kejadian jenayah. (d) Pelan Induk Perindustrian Sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah dilaksanakan ke arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gantian-import. Bagaimanapun
10

strategi ini telah mula berubah dalam tahun 1970 di mana lebih banyak tumpuan telah dibuat terhadap kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport, memandangan kegiatan berorientasikan gantian import membantutkan perkembangan perindustrian oleh kerana Malaysia dianggap mempunyai skop pasaran yang kecil.

Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah menampakkan hasil yang memberansangkan terutamanya pada tahun 1970an. Pelan ini merupakan salah satu kesinambungan DEB. Ia bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Untuk mencapainya, kepelbagaian dalam bidang perindustrian perlu dilakukan. Selain itu PIP itu merupakan satu tindakan yang dibuat bagi menghadapi kemelesetan ekonomi yang melanda Malaysia pada 1985 dan 1986. Perlaksanaan PIP telah membantu memulihkan ekonomi Malaysia dari kemelesetan ekonomi negara ketika itu. Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Antara instrumen penting pelan induk perindustrin yang dibuat oleh kerajaan ialah adanya Industri kecil dan sederhana (IKS). IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. Lebih penting lagi, pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberansangkan sejak 1980-an telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini dan menjana pertumbuhan ekonomi negara. Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Pertumbuhan pesat sektor perkilangan memperlihatkan kepentingan dan peranan IKS yang kian ketara. Penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan sektor perkilangan amnya. Rakyat Malaysia perlu berusaha dengan lebih gigih dan penuh keazaman ke arah membina satu bangsa yang bersatu padu, adil, maju, berdaya saing serta mempunyai
11

tahap ketahanan yang tinggi selaras dengan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Kerajaan memberi tumpuan perbelanjaan ke arah terus menjana aktiviti ekonomi. Perbelanjaan pembangunan meningkat 5.7 peratus dengan penekanan kepada projek kecil yang memberi kesan berganda cepat dalam menggalakkan aktiviti ekonomi jangka pendek, terutama pertanian, pembinaan, perumahan dan infrastruktur luar bandar. Sehubungan ini, kerajaan sudah mengumumkan pelaksanaan projek bernilai RM2.4 bilion untuk dilaksanakan serta merta oleh kontraktor kecil tahun ini.Kerajaan telah mengamalkan protectionist kerana untuk menjaga kebajikan penduduk dan mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. untuk mencapai hasrat ini, salah satu prasyarat penting ialah dengan terus meningkatkan keyakinan para pelabur dan penduduk. Sebelum nerlakunya kemelesetan ekonomi, kadar pertumbuhan ekonomi tinggi dengan kadar inflasi yang rendah dan guna tenaga yang penuh. Pelaburan swasta dan eksport memainkan peranan utama. Selain itu, langkah ini diambil untuk meningkatkan tahap produktiviti. Oleh itu, tumpuan kepada kecekapan, keberkesanan dan produktiviti yang tinggi untuk mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan yang berterusan tidak boleh dipandang ringan dan diabaikan. Pertumbuhan ekonomi negara tidak akan dapat berlaku sekiranya tahap produktiviti tidak dapat dipertingkatkan. Taraf hidup penduduk Malaysia jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan taraf hidup penduduk semasa merdeka dahulu. Keadaan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap penduduknya.

12

2.0FAKTOR Masalah Perbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa Perbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa bertujuan untuk menentukan sama ada taraf hidup rakyat telah meningkat atau menurun melalui masa. Masalah Perbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa wujud kerana faktor-faktor berikut yang turut mempengaruhi taraf hidup rakyat tidak diambil kira: 1. Perubahan dalam tingkat harga umum Taraf hidup sesebuah negara akan meningkat apabila jumlah barangan yang dinikmati oleh rakyat bertambah. Ini ditunjukkan oleh kenaikan dalam nilai keluaran negara dan perbelanjaan negara. Namun begitu, keluaran negara dan perbelanjaan negara juga boleh meningkat jika tingkat harga umum telah naik, sementara jumlah barangan tetap tidak berubah.

Untuk menghapuskan kesan perubahan tingkat harga umum, pendapatan negara benar (pendapatan negara mengikut harga tetap) digunakan.

Y0 Y0 Y1 IH0 IH1

= = = = =

IH0

IH1 negara harga

x negara mengikut pengguna

Y1

di

mana benar

pendapatan pendapatan indeks

harga tahun

semasa asas

indeks harga pengguna tahun semasa

2. Perubahan dalam jumlah penduduk Jika jumlah penduduk negara bertambah dengan kadar yang lebih besar daripada kadar kenaikan pendapatan negara, taraf hidup rakyat akan menurun. Untuk menghapuskan kesan perubahan jumlah penduduk, pendapatan per kapita (PPK) digunakan.PPK =Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk

13

3. Perubahan dalam kualiti barang Perbandingan nilai pendapatan negara antara dua tahun yang berlainan tidak menggambarkan perubahan dalam kualiti barang yang turut menmpengaruhi taraf hidup. Peningkatan kualiti barang pada lazimnya akan membawa kepada kenaikan tingkat harga umum. Dalam kes ini, peningkatan tingkat harga umum akibat peningkatan kualiti barangan tidak menjejaskan taraf hidup rakyat.

Untuk mengatasi masalah perbandingan pendapatan negara melalui masa, perubahan tingkat harga umum akibat perubahan kualiti barang harus dipastikan. 4. Perubahan dalam pengagihan pendapatan Perubahan pendapatan negara melalui masa tidak menunjukkan sama ada pengagihan pendapatan menjadi lebih setara atau kurang setara.

Pengagihan pendapatan yang lebih setara melalui masa bermaksud taraf hidup rakyat negara telah meningkat. 5. Perubahan-perubahan lain Perubahan dalam jenis keluaran negara Pertambahan keluaran negara akibat pertambahan barang pengguna akan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pertambahan keluaran negara akibat pertambahan senjata api tidak akan meningkatkan taraf hidup rakyat kerana tidak memberi faedah/utiliti kepada pengguna secara langsung.

Perubahan dalam masa kerja dan masa rehat pekerja Jika pertambahan keluaran negara adalah akibat daripada peningkatan dalam masa kerja pekerja, taraf hidup rakyat tidak meningkat. Jika penurunan dalam keluaran negara adalah akibat daripada peningkatan dalam masa rehat pekerja, taraf hidup rakyat tidak semestinya menurun.
14

Perubahan dalam eksternaliti negatif Jika peningkatan dalam pendapatan negara turut mengakibatkan masalah pencemaran alam sekitar, menjejaskan kesejahteraan semulajadi dll, taraf hidup rakyat tidak naik.

15

3.0 Usaha-usaha yang dijalankan untuk menaik taraf hidup rakyat Malaysia. Pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menandakan bermulanya era baru

pembangunan di Negeri di Bawah Bayu itu.Selepas pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), SDC menjadi satu lagi koridor pembangunan yang dicetuskan untuk membawa manfaat kepada setiap lapisan rakyat.Pelancaran SDC juga dilihat tepat pada masanya kerana negeri yang kaya dengan pelbagai sumber alam semula jadi itu jelas masih ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.Bak kata Abdullah, SDC bukan angan-angan Mat Jenin atau cerita dongeng tetapi pernyataan hasrat kerajaan untuk memajukan Sabah, seterusnya membasmi kemiskinan di negeri itu.Sabah mempunyai segala-galanya untuk muncul sebagai satu kuasa ekonomi dan aset paling utamanya iaitu keluasan tanah untuk aktiviti pertanian dan perladangan serta alam semula jadi untuk sektor pelancongan.Jika segala perancangan selama 18 tahun yang digariskan berjalan lancar, Sabah bukan sahaja akan menjadi antara negeri yang pesat membangun, malah tiada kumpulan rakyat yang patut ketinggalan.Justeru, apa yang perlu kini ialah rakyat Sabah membuka mata dan mengambil setiap peluang yang wujud untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negeri itu.Rakyat Sabah tidak boleh membiarkan orang luar mengecapi segala nikmat pembangunan yang bakal wujud di bawah projek SDC.Ini kerana SDC akan menawarkan beribu-ribu peluang pekerjaan dan rakyat Sabah tidak boleh melepaskan peluang tersebut kepada orang asing.Kegagalan mereka merebut peluang itu bukan sahaja menghampakan harapan kerajaan tetapi akan membuatkan mereka terus berada dalam kepompong

kemiskinan.Di sinilah letaknya peranan setiap peringkat pemimpin untuk mengajak semua lapisan rakyat mengecap nikmat kemakmuran yang bakal dibawa ke negeri itu.Pemimpin masyarakat perlu membantu rakyat untuk mengenal pasti peluangpeluang yang bersesuaian supaya hasil yang maksimum dikecapi oleh mereka.Selain itu, institusi pengajian tinggi juga perlu berperanan dengan menawarkan kepakaran masing-masing ke arah memajukan projek agropolitan yang menjadi teras

SDC.Pemimpin tertinggi negeri pula tidak boleh berlengah-lengah lagi, sebaliknya terus memulakan projek di bawah SDC secepat mungkin.Semua projek perlu dikenal pasti
16

segera dan pelaksanaannya perlu dicepatkan. Jika semua ini dapat dilaksanakan, mereka tidak perlu bimbang berdepan rakyat pada pilihan raya umum tidak lama lagi. Di Kedah pula, kerajaan telah menyusun strategi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.Kerajaan sedang menyusun strategi meningkatkan taraf hidup rakyat

berpendapatan antara RM1,000 dan RM3,000 sebulan bagi meringankan beban mereka ekoran kegawatan ekonomi pada masa ini.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, strategi itu akan memberi tumpuan khusus mengikut sektorsektor yang dikenal pasti seperti pertanian, usahawan kecil dan perkhidmatan.Katanya, beliau telah meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) membentangkan kepada kerajaan mengenai strategi berkenaan supaya inisiatif yang ingin dilaksanakan itu dapat disegerakan.Kita dapati masyarakat Malaysia ramai berpendapatan rendah. Mereka tidak miskin tetapi berpendapatan RM1,000, RM2,000, RM3,000 atau lebih sikit daripada itu.Ini yang kita teliti agar golongan berpendapatan rendah mempunyai strategi khusus supaya dapat membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan, katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dalam akbar 11 April 2010. Kemajuan kegiatan ekonomi juga meningkatan taraf hidup penduduk.Antara petunjuk taraf hidup termasuklah jumlah pendapatan keluarga, kos hidup, perumahan, pendidikan, kesihatan, dankemudahan-kemudahan lain. Secara anbya, taraf hidup oenduduk Malaysia adalah tinggi.Peningkatan taraf hidup penduduk dapat dilihat melalui peningkatan pendapatan per kapita. Dengan adanya kegiatan ekonomi, penduduk Malaysia di bandar mahupun di diluar Bandar dapat menikmati pelbagai kemudahan yang moden bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan. Ini termasuklah bekalan elektrik dan bekalan air yang bersih. Sistem pengangkutan dan perhubungan serta sistem pembetungan yang bersepadu. Kerajaan juga boleh menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.Perkembangan kegiatan ekonomi juga telah berjaya meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Semua penduduk yang
17

berumur tujuh tahun ke atas diberi peluang untuk mendapatpendidikan di sekolah rendah. Pembinaan sekolah , pusat latihan dan kemahiran, serta university telah meningkatkan taraf pendidikan rakyat dan mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan masyarakat. Selain itu, kemajuan ekonomi juga meningkatkan taraf kesihatan penduduk Mentakab. Iniberlaku kerana penduduk Mentakab mampu untuk menikmati lebih banyak makanan berkhasiat dan mendapat rawatan perubatan yang sempurna. Sistem kesihatan awam yang baik dan murahdi Mentakab juga dapat meningkatkan tahap kesihatan rakyat setaraf dengan negara maju. Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak pada 31 Mac 2010, menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik bagi merealisasikan program transformasi ekonomi Malaysia ke arah melonjakkan kualiti hidup rakyat semua kaum.Saya beri jaminan MEB menjanjikan manfaat kepada semua kaum tanpa mengetepikan kepentingan Bumiputera menerusi matlamat dan pendekatan pertumbuhan yang menyeluruh Najib Razak, Perdana Menteri Lapan inisiatif itu ialah:Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.Selain daripada itu, kerajaan mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing dan memperkukuhkan sektor awam. Beliau juga menyatakan ingin melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran serta membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan. Akhir sekali, meningkatkan sumber pertumbuhan dan memastikan pertumbuhan yang mapan. Mengumumkan laporan MEB pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di sini, Perdana Menteri menjelaskan lapan inisiatif itu saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor untuk menjadikan Malaysia ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan terangkum. Najib berkata, berdasarkan laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), 80 peratus daripada tenaga kerja negara hanya berpendidikan setakat kelayakan SPM yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan kerajaan. Beliau turut menyatakan bahawa Saya bukan saja mahu rakyat mendapat pendapatan lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan lebih baik.Kita mahu melihat Malaysia melakukan lonjakan kuantum daripada pendapatan tahunan per kapita
18

sebanyak AS$7,000 (RM22,931) kepada AS$15,000 (RM49,137) dalam tempoh 10 tahun.katanya.Najib, yang juga Menteri Kewangan, memberi jaminan MEB menjanjikan manfaat kepada semua kaum tanpa mengetepikan kepentingan Bumiputera menerusi matlamat dan pendekatan pertumbuhan yang menyeluruh.Beliau bagaimanapun berkata, di bawah MEB kerajaan tidak boleh lagi bertolak ansur dengan amalan yang menyokong aktiviti rent-seeking dan patronage yang sudah sekian lama menjejaskan matlamat murni Dasar Ekonomi Baru (DEB). Penyertaan menyeluruh diperlukan yang mana semua rakyat Malaysia dapat menyumbang dan mengambil manfaat daripada pertumbuhan ekonomi perlu menjadi teras utama bagi sebarang pendekatan ekonomi baru.Objektif asalnya masih lagi relevan, namun sudah tiba masanya kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kita akan menyasarkan pencapaian matlamat sama, tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya.Oleh itu, dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksanakan berdasarkan empat prinsip, ia perlu mesra pasaran, berdasarkan merit, telus dan berasaskan keperluan, katanya.Sebagai contoh, kata Perdana Menteri, antara pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus dengan peraturan yang tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera terdiri daripada Melayu dan pribumi lain.Ini adalah pemantapan dasar kita bagi menghadapi keadaan ekonomi baru, di mana keterangkuman menjadi komponen penting di dalam MEB. Secara praktiknya, pendekatan ini bermakna sokongan kepada Bumiputera dipertingkatkan, yang mana ia berdasarkan kepada keperluan dan bukannya bangsa.Golongan Bumiputera masih menjadi majoriti dalam kumpulan yang mudah terjejas, walaupun dalam pelbagai pendekatan, sementara pendekatan baru kita akan membantu mereka yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan rendah.Pendekatan ini sebahagian besarnya masih lagi akan memanfaatkan komuniti Bumiputera dan pada masa yang sama, memberi manfaat kepada komuniti lain yang kurang bernasib baik, jelasnya.Untuk menilai pencapaiannya pula, Perdana Menteri berkata, pengagihan adil hendaklah merangkumi keseluruhan spektrum pengukuran kekayaan seperti pemilikan ekuiti, aset kewangan dan bukan kewangan lain serta akses kepada peluang menjana kekayaan seperti konsesi jangka panjang dan kontrak.Malah, dari segi pengukuran

19

pemilikan, ia perlu melangkaui aspek ekuiti termasuk harta benda lain, aset perniagaan seperti peruncitan, harta tanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan lain serta perjawatan dalam pengurusan.Najib berkata, beliau sudah mengarahkan MPEN untuk menyediakan rangka kerja yang terperinci untuk melaksanakan model pemantapan baru berdasarkan mekanisme yang telus dan berasaskan pasaran untuk mencapai pengagihan yang saksama, manfaat daripada ekonomi berpendapatan tinggi.Perdana Menteri berkata, MPEN juga mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia dari segi individu dan wilayah.Matlamat akhirnya, tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara, katanya.Bagaimanapun, laporan MEB yang diserahkan Pengerusi MPEN, Tan Sri Amirsham A Aziz kepada Perdana Menteri itu, bukanlah laporan muktamad.Ia dibentangkan untuk mendapatkan maklum balas rakyat dan pemegang kepentingan sebelum disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan

dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Hasil diperolehi dari berita harian 11 mei 2010. Dalam mengukur sektor ekonomi antarabangsa pelbagai aspek perlu diambil kira kerana di dalam sistem ekonomi antarabangsa pelbagai aspek akan mempengaruhi situasi ataupun keadaan di dalam sistem ekonomi antarabangsa. Antara aspek yang dapat mempengaruhi sistem ekonomi anrarabangsa ialah aspek dari segi politik serantau ataupun politik di dalam sistem antarabangsa. Selain daripada aspek politik serantau dan keamanan dalam sistem antarabangsa, teknologi tinggi juga merupakan satu apek yang penting bagi mengukur sektor ekonomi antarabangsa kerana keupayaaan teknologi yang tinggi mampu untuk mempengaruhi keadaan ekonomi antarabangsa. Kesemua negara yang terdapat di dalam sistem antarabangsa akan

menggunakan teknologi yang tinggi bagi memastikan negara mereka dapat bersaing dengan negara-negara lain yang terdapat di dalam sistem antarabangsa dalam aspek ekonomi antarabangsa, contohnya negara Malaysia dalam memastikan Malaysia dapat

20

terus bersaing dalam sistem ekonomi antarabangsa, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Di dalam Pelan Induk Industri kerajaan Malaysia telah berusaha untuk mempertingkatkan lagi keupayaan teknologi Malaysia dalam sektor pembuatan bagi mengurangkan pengimportan barang-barang untuk sektor perindustrian.

Ini jelas menunjukan kerajaan Malaysia juga turut berusaha bagi mempertingkatkan lagi teknologi yang terdapat di Malaysia pada masa kini kerana teknologi yang tinggi merupakan satu aspek yang penting supaya kerajaan Malaysia mampu untik bersaing dengan negara-negara lain di dalam sistem ekonomi antarabangsa dan memastikan negara Malaysia tidak jauh ketinggalan dari negara-negara maju.

Selain daripada berusaha untuk mempertingkatkan lagi teknologi di dalam negara seperti melakukan penyelidikan, kerajaan sesebuah negara yang terdapat dalam sistem antarabangsa juga akan mengalu-alukan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional melabur ataupun membuka kilang di negara mereka, kerana melalui kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional ke dalam sesebuah negara secara tidak lansung akan membawa masuk sekali kepakaran dan teknologi daripada negara asal pelabur-pelabur tersebut ke dalam negara yang mereka melabur. Pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional yang melabur dalam sesebuah negara dalam sistem antarabangsa bukan sahaja memberi keuntungan dari segi ekonomi semata-mata kepada negara yang mereka melabur tetapi pelaburan mereka juga juga telah memberi keuntungan dari segi pemindahan teknologi-teknologi yang canggih kepada negara-negara yang di masuki oleh syarikat-syarikat

multinasional. Pelan Induk Industri yang telah di gubal oleh kerajaan Malaysia dalam memastikan sektor perindustrian di Malaysia berjaya di majikan dan di pertingkatkan, kerajaan Malaysia juga telah mengggalakan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat-syarikat multinasional supaya melabur di dalam Malaysia.Melalui Pelan Induk Perindustrian yang dilaksanakan di Malaysia ini jelas menunjukan kerajaan Malaysia ingin menarik pelabur-pelabur asing ataupun syarikat-syarikat multinasional supaya melabur ataupun membuka kilang-kilang mereka di Malaysia. Ini adalah bertujuan
21

supaya pelabur-pelabur asing ataupun syarikat-syarikat multinasional yang melabur di dalam Malaysia akan membawa masuk kepakaran ataupun teknologi tinggi dari negara asal mereka ke dalam negara Malaysia.Malaysia juga telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, di mana dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) tersebut kerajaan Malaysia telah menggalakan rakyat Malaysia terutamanya kaum melayu dan bumiputera pada waktu tersebut berusaha untuk belajar bagi memajukan teknologi yang sedia ada di Malaysia, kerana pada waktu tersebut kaum melayu dan bumiputera di Malaysia telah jauh ketinggalan dari kaum cina yang telah mencapai tahap ekonomi yang agak tinggi pada waktu tersebut. Selain untuk memastikan kaum melayu dan bumiputera dapat bersaing dengan kaum cina, kerajaan Malaysia juga bersedia untuk bersaing dengan negaranegara yang terdapat dalam sistem antarabangsa.Selain daripada menggalakan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional untuk melabur di negaranya, kerajaan sesebuah negara di dalam sistem antarabangsa juga

menggalakkan rakyat-rakyatnya supaya mencontohi rakyat-rakyat negara-negara yang telah mencapai taraf negara maju, kerana pada masa kini untuk mencapai kemajuan teknologi yang tinggi bukan sahaja mementingkan aspek hartanah ataupun

pembangunan fizikal semata-mata tetapi untuk mencapai tahap kemajuan ataupun teknologi yang tinggi pada masa kini memerlukan kecerdasan akal fikiran dan pengetahuan yang diperolehi daripada pendidikan, kajian atau penyelidikan dan sebagainya. Usaha untuk mencapai kemajuan dan teknologi yang tinggi pada masa kini jauh berbeza dengan usaha untuk mencapai teknologi yang tinggi pada suatu masa dahulu, kerana untuk mencapai kemajuan dan teknologi yang tinggi pada masa kini memerlukan daya pemikiran yang tinggi contohnya bagi membangunkan industri masa depan seperti industri bioteknologi dan sektor industri ICT.Malaysia telah melaksanakan satu dasar yang berkaitan dengan tersebut, iaitu Dasar Pembangunan Modal Insan bagi memastikan rakyat Malaysia mampu untuk membentuk rakyat Malaysia yang intelek. Dalam melaksanakan Dasar Pembangunan Modal Insan ini kerajaan Malaysia telah menggalakan rakyat Malaysia mencontohi rakyat negara Jepun dan China yang sentiasa berusaha untuk memajukan diri mereka sendiri dan juga memajukan negara
22

supaya teknologi negara mereka sentiasa ditingkangkan dan membolehkan negara mereka terus bersaing dalam sistem ekonomi antarabangsa.Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia ini jelas menunjukkan bahawa teknologi tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam mengukur sektor ekonomi antarabangsa, kerana teknologi pada masa kini merupakan satu perkara yang terlalu penting. Sekiranya sesebuah negara gagal untuk mempertingkatkan teknologi dalam negara mereka ini mungkin akan menyebabkan negara mereka gagal untuk bersaing dalam sistem ekonomi antarabangsa dan apabila sesebuah negara gagal untuk bersaing dalam sistem antarabangsa negara tersebut akan menjadi sebuah negara yang mundur(Ahi Sarok, Mac.2002).Bagi memastikan sesebuah negara dalam sistem ekonomi antarabangsa, kerajaan bagi negara tersebut haruslah sentiasa berusaha dan memastikan teknologi negara sentiasa dipertingkatkan dan tidak jauh ketinggalan oleh negara-negara lain dalam sistem antarabangsa. Syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional merupakan satu asset yang penting dalam ekonomi sesebuah negara, kerana dengan kewujudan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional inilah yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan sekiranya hanya syarikatsyarikat tempatan sahaja yang terdapat dalam sesebuah negara, negara tersebut mungkin tidak akan dapat mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang baik dan mungkin mereka juga akan gagal untuk bersaing dengan negara-negara lain yang terdapat dalam system antarabangsa kerana sekiranya tidak terdapat syarikat-syarikat multinasional dalam sesebuah negara tersebut pengaliran mata wang asing yang masuk ke negaranya akan menjadi perlahan dan mata wang negara tersebut akan jatuh dan tidak mampu untuk bersaing dengan mata wang negara-negara yang lain. Bagi memastikan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional dapat beroperasi dengan sempurna dan tidak mengalami sebarang masalah dalam operasi syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional, mereka haruslah menitik beratkan aspek pengurusan perniagaan keran pengurusan perniagaan ini merupakan satu aspek yang penting yang dapat mempengaruhi perancangan syarikat-syarikat tersebut. Pengurusan perniagaan ini dapat mempengaruhi
23

perancangan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional kerana jika syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional gagal untuk melakukan pengurusan perniagaan dengan baik perancangan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional tidak dapat berjalan dengan lancar dan sempurna dan juga membolehkan syarikat-syarikat tempatan dan multinasional mengalami kerugian yang besar. Pengurusan perniagaan ini dapat merangkuim pelbagai aspek yang membolehkan operasi syarikat-syarikat tempatan dan syarikatsyarikat multinasional menjalankan operasi mereka dengan sempurna dan lancar dan juga membolehkan melakukan perancangan yang teliti supaya mereka dapat menghasilkan keuntungan yang maksima. Pengurusan perniagaan ini juga membolehkan pihak pengurusan syarikatsyarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional menguruskan syarikat mereka dengan sempurna. Pengurusan perniagaan ini penting bagi pihak pengurusan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional keran melalui pengurusan perniagaan inilah pihak pengurusan syarikat-syarikat tersebut dapat menjalankan penyelidikan bagi untuk melakukan perancangan terhadap pengoperasian syarikat-syarikat mereka. Ini jelas menunjukan bahawa pengurusan perniagaan ini penting kepada pihak pengurusan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional kerana sekiranya pihak pengurusan syarikat-syarikat tersebut tidak mahir dalam pengurusan perniagaan adalah sukar untuk mereka perancangan untuk syarikatsyarikat mereka dan masalah ini boleh membawa kepada kerugian yang besar terrhadap syarikat-syarikat tersebut, dan disebabkan inilah setiap pihak pengurusan dalam syarikat-syarikat tersebut pelu mahir dalam pengurusan perniagaan untuk memastikan syarikat-syarikat mereka dapat beroperasi dan melakukan perancangan yang baik bagi membolehkan syarikat-syarikat tersebut mendapat keuntungan yang besar di dalam perniagaan mereka. Pengurusan perniagaan ini bukan sahaja merupakan satu perkara yang penting kepada pihak pengurusan sahaja tetapi pengurusan perniagaan ini merupakan satu perkara yang penting kepada semua pihak yang terlibat dalam syarikat-syarikat tempatan dan syarikat multinasional kerana menjalankan perancangan dalam
24

pengoperasian syarikat-syariakat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional dan memastikan perancangan tersebut berjaya dilaksanakan bukan sahaja melibatkan pihak pengurusan syarikat-syarikat tersebut sahaja tetapi melibatkan semua pihak yang berada dalam syarikat-syarikat tersebut. Sekiranya pihak pengurusan sahaja yang mahir dalam pengurusan perniagaan tetapi pihak lain tidak mahir dalam penguirusan perniagaan perancangan yang dilakukan oleh pihak pengurusan mungkin tidak akan dapat di laksanakan dengan sempurna juga. Ini membuktikan pengurusan perniagaan merupakan satu aspek yang penting yang dapat mempengaruhi perancangan syarikatsyarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional kerana jika semua pihak tidak mahir dalam pengurusan perniagaan syarikat-syarikat tersebut mungkin tidak dapat melakukan perancangan yang baik dan mungkin akan menyebabkan berlakunya kerugian dalam syarikat-syarikat tersebut.

25

4.0 HARAPAN Apabila Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi yang bertindak sebagai badan penasihat dalam menangani masalah inflasi dan kelembapan ekonomi negara, ia pastinya memberikan harapan baru kepada pemulihan taraf hidup rakyat. Melihat kepada struktur dan modus operandi seperti yang digariskan, ia secara jelas mencakupi satu bentuk tindakan pemulihan ekonomi yang sangat luas dan lebih fokus serta mencakupi pelbagai bidang utama. Malah, objektif yang digariskan oleh Majlis Ekonomi jika diteliti dengan mendalam berfungsi sama seperti Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), yang ditubuhkan bagi mengatasi krisis ekonomi pada 1997 dan 1998, sekali gus diharapkan mampu memainkan peranan yang sama dalam menangani cabaran inflasi ketika ini. Besar harapan sekiranya Majlis Ekonomi dapat mengkaji semula mekanisme yang komprehensif dalam menyusun pemberian subsidi minyak atau penetapan harga bahan mentah supaya lebih realistik dalam konteks yang mampu membawa manfaat kepada rakyat terutamanya golongan miskin. Langkah ini sangat penting dalam mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat dan mengembalikan semula kelegaan hidup mereka yang terhimpit ekoran kenaikan harga minyak serta kenaikan berantai lainnya yang dihadapi ketika ini. Majlis Ekonomi juga perlu berperanan mengekalkan kualiti hidup sedia ada yang dinikmati oleh rakyat selama ini, dan bukannya mencadangkan tindakan yang mengajak rakyat menurunkan taraf hidup mereka. Mengaitkannya dengan cadangan beralih kepada kenderaan awam misalnya, kesediaan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam seharusnya tidak dikaitkan dengan langkah berjimat- cermat sebaliknya sebagai melambangkan rasa bangga kepada keselesaan dan kualiti sektor itu. Malangnya, apa yang berlaku ketika ini, rakyat diajak untuk menggunakan pengangkutan awam kerana kualiti dan taraf hidup yang jatuh dan lebih malang lagi apabila sektor itu pula tidak mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Perkara-perkara seperti ini termasuk meningkatkan kecekapan sektor pengangkutan awam perlu diberi perhatian yang serius oleh Majlis Ekonomi,
26

sementelah kita sendiri sehingga kini tidak menggerakkan sektor berkenaan secara menyeluruh dan berkesan. Sebagai kesimpulannya Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi yang memberangsangkan sejak zaman pemimpin terulung, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hinggalah ke zaman Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dengan kejayaan ini, taraf hidup rakyat Malaysia di bandar mahupun diluar bandar telah mendapat banyak perubahan. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk, ekonomi dapat dijanakan dengan mapannya. Menerusi MEB, pendapatan penduduk luar bandar terutama golongan petani dapat ditingkatkan lagi melalui pelbagai program perniagaan berasaskan pertanian, antaranya ialah projek agropolitan dan perusahaan burung walit dan ladang pertanian komersial berskala besar. Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan negara walaupun mengalami beberapa kali kemelesetan ekonomi menunjukkan kekukuhan ekonomi negara. Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Tambahan pula strategi-strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju. Oleh itu, jika prestasi ini terus diamalkan nescaya matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 pasti akan tercapai.

27

Você também pode gostar