Você está na página 1de 4

ASEAN berdepan krisis identiti, semangat antara penduduk negara anggota

Oleh Faridzwan Abdul Ghafar faridzwan@bharian.com.my 2011/04/21 CADANGAN segelintir ahli akademik dan aktivis politik rantau Asia Tenggara yang menginginkan negara ASEAN peranannya menjurus kepada kesatuan politik dilihat sukar untuk dilaksanakan. Impian mereka yang mahu melihat ASEAN bergerak sebagai entiti politik negara serantau boleh menjejaskan kestabilan dan hubungan diplomatik rantau Asia Tenggara dengan negara di rantau Asia yang lain. Aktivis politik dan ahli akademik terbabit kerap mencanangkan kepada 600 juta penduduk Asia Tenggara menerusi pelbagai saluran, termasuk media baru bahawa ia boleh dilaksanakan dengan berpandukan model pembentukan Kesatuan Eropah (EU) yang dianggap berjaya itu. Hakikatnya, tujuan penubuhan ASEAN dan EU adalah berbeza, di samping faktor demografi negara anggota sama ada ASEAN atau EU yang diketahui menerusi rentetan sejarah yang langsung tidak sama. Masyarakat antarabangsa mengetahui bahawa ASEAN yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok pada asalnya dianggotai Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina adalah untuk menyekat perkembangan pengaruh komunis Kesatuan Soviet dan China. Selain itu, ASEAN juga dijadikan platform bagi memacu kerjasama hubungan serantau kerana negara anggota pada masa itu kebanyakannya baru mengecapi nikmat kemerdekaan dan sedang dalam proses pembelajaran mengenai hubungan antarabangsa. Sejak itu, peranannya berkembang sejajar dengan peredaran zaman dan berjaya untuk menarik minat negara Asia Tenggara lain seperti Brunei, Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar untuk menganggotainya. Malah, selepas tamatnya Perang Dingin, ASEAN sekali lagi berubah dengan menumpukan kepada kerjasama ekonomi, sosial, pendidikan, budaya dan mewujudkan pentas perbincangan bagi membawa pelbagai isu negara serantau secara rundingan. Walaupun persatuan negara Asia Tenggara itu bersatu dalam pelbagai kerjasama, tetapi ia masih mengekalkan identiti dan kepentingan masing-masing lantaran perbezaan sistem politik, budaya, bahasa dan agama. Ia sangat jelas bahawa terlalu banyak perbezaan latar belakang yang harus diatasi jika ASEAN ingin berubah kepada kesatuan politik serantau seperti yang berlaku kepada negara anggota EU.

EU tidak mengalami masalah perbezaan ketara seperti dialami negara anggota ASEAN, terutama apabila ia membabitkan pertumbuhan ekonomi dan kadar kuasa beli penduduk setempat. Berbanding dengan ASEAN, EU ditubuhkan bagi mengatasi masalah nasionalisme melampau di kalangan penduduk Eropah, selain menyatukan kuasa ekonomi bagi mengurangkan persaingan dan mendapatkan pasaran yang lebih luas. Nasionalisme melampau dan persaingan ekonomi antara negara berkuasa besar di Eropah menyebabkan dua perang dunia tercetus dan mengakibatkan masyarakat antarabangsa trauma dengan agenda Eropah. Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Chilman Arisman, berkata ASEAN sebenarnya berdepan dengan krisis penentuan identiti dan semangat serta jati diri membabitkan penduduk negara anggota. Dulu kita ingat bahasa Melayu adalah identiti dan jati diri untuk penduduk ASEAN, tetapi dengan kemasukan negara seperti Laos, Myanmar dan Kemboja, nampaknya bahasa Melayu sukar untuk dilihat sebagai identiti ASEAN. Kita perlu mengkaji semula titik persamaan antara negara anggota ASEAN jika mahu menjadi kesatuan politik serantau seperti EU, tetapi saya fikir ia agak mustahil untuk ke arah itu dan memerlukan masa yang lama, katanya. Setakat ini, titik persamaan yang boleh diketengahkan ialah kerjasama ekonomi kerana setiap negara anggota ASEAN saling bergantung antara satu sama lain bagi menjana pertumbuhan ekonominya, manakala kerjasama kesatuan politik adalah titik persamaan yang amat sukar dicapai. Justeru, tindakan yang boleh diambil negara anggota ASEAN ialah mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi serantau kerana kemakmuran ekonomi negara Asia Tenggara akan membawa kepada kestabilan politik, kemajuan pendidikan dan mengurangkan kadar kemiskinan.
Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

Kerjasama Bahasa & Sastera Serantau di JB


CATATAN A. F. YASSIN
KERJASAMA BAHASA & SASTERA SERANTAU DI JOHOR

Seorang wakil Indonesia yang mahu dikemal dengan hanya Daeng di sidang MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia) dan Mastera (Majlis Sastera Asia Tenggara) sebelum meninggalkan Johor Bahru menuju Batam melalui Stulang laut Rabu lalu berkata, Bertemu kita lagi di Jakarta 1 April ini dalam seminar di Universitas Indonesia. Daeng ini barangkali merujuk kepada seminar bahasa dan sastera anjuran universiti tertua Indonesia itu. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) diundang ikut serta. Daeng ini orang Makasar (dulunya Ujung Pandang) di Sulawesi Selatan. Dia penulis dan budayawan. Januari lalu dia ditemui di Makasar dalam rangka menjejaki bahasa Melayu di sana. Pertemuan santai di warong kopi bersama temannya, salah seorang pewaris raja terakhir Makasar berakhir malam itu dengan harapan akan bertemu semula di seminar MABBIM di Johor. Maka selama seminggu kami bertemu di Johor Bahru sempena Sidang MABBIM dan Mastera yang berakhir Sabtu semalam. Turut bersama menuju Batam ialah Taufik Ikram Jamil, sasterawan dari Riau dan Dustin Cornwell dari Wisconsion, Amerika Syarikat. Dustin adalah wakil tunggal dari Amerika dalam seminar ini. Dia fasih berbahasa Melayu dan pintar menulis dalam Jawi. Malah beberapa catatannya semasa mengikuti seminar ditulis dalam Jawi. Terpukau juga orang melihatnya menulis begitu spontan dan cantik. Kata Dustin dia mahu ke Batam dan Tanjung Pinang melihat kesan sejarah silam. Dan dia berada di dalam tangan orang yang mengenal sejarah nusantara seperti Daeng dan Taufik. Seperti halnya Daeng berbicara tentang sejarah MABBIM dan Mastera. Saya mengikuti perjalanan Mabbim sejak tahun 1972 dan Mastera sejak lima tahun lalu. Satu usaha yang baik dari pemerintah saudara. Saya kagum dengan peruntukan yang begitu besar untuk membangun bahasa dan sastera di negara ini. Yang buat kami belum pernah diimpikan, kata sasterawan Makasar ini. Kata-katanya meyakinkan dan usianya yang dilihat dari tanda rambutnya yang mula memutih memperkuat kesahihan ceritanya itu. Soalnya bagaimana dia boleh dan mampu menjemputkan diri datang ke sidang di Johor Bahru ini menarik juga untuk dicari jawapan. Sebabnya jarak Makasar dengan Johor bukan kepalang jauhnya Naik pesawat juga akan memakan masa hampir empat jam melalui Jakarta dan KualaLumpur. Apakah jemputannya ditaja atau dia memang punya peruntukan peribadi untuk berkunjung demi bahasa dan sastera yang dia cintai dan dukung. Begitu pulalah para peserta lainnya yang datang dari pelusuk Indonesia, terutama Riau dan Jakarta. Daripada 250 peserta yang hadir dalam persidangan seminggu ini hampir seperlima adalah dari negara jiran itu. Persoalan ini timbul kerana dalam sidang Jawatankuasa Kerja Mastera malam Jumaatnya perkara pembiayaan perwakilan Indonesia disentuh. Malah persoalan ini menyita waktu yang banyak. Penyair Taufik Ismail menyuarakannya. Begitu juga halnya dengan Kepala Pusat Bahasa Indonesia Jakarta, Hassan Alwi. Mereka menyuarakan hambatan fiskal dengan kosnya yang terlalu tinggi untuk, misalnya menghantar perwakilan yang besar ke Negara Brunei Darussalam tahun depan sempena Pertemuan Sasterawan Nusantara. Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah setelah pertemuan terakhir di Johor Bahru tahun lalu. Apapun jua, Daeng atau Ikram punya keterikatan emosi yang tinggi dan kental terhadap perjuangan bahasa dan sasetara Melayu. Anak Makasar dan Riau ini adalah contoh ideal warga negara jiran yang hampir seluruh usianya diabadikan kepada pembangunan bahasa san sastera ibundanya. Mereka seperti tidak tergugat dengan kedudukan kewangan apatah lagi situasi politik yang tidak menentu di negera sendiri. Taufik Ismail juga begitu. Namun rasanya dia sedikit beruntung kerana kehadirannya di Johor Baharu barangkali di taha oleh Balai Pustaka Jakarta. Sebabnya Taufik merupakan salah seorang wakil Indonesia ke persidangan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (Forkeps) yang dilancarkan dengan rasminya oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Rahim Bakar Khamis lalu. Dan Taufik turut menjadi wakil Indonesia dalam Sidang Mastera. Apapun jua, persidangan serentak MABBIM, Mastera dan Forkeps ditandai dengan seminar bahasa dan sastera selama dua hari. Manakala pada hari pertama berlangsung pula sidang eksekutif Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu yang dihadiri oleh peserta dari Malaysia, Indonesia, Negara Brunai Darusaalam dan Singapura. Beberapa tokoh bahasa dan sastera dari masing-masing negara anggota membentangkan kertaskerja. Malaysia mengenengahkan tokoh-tokohnya seperti mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Hj Hassan Ahmad, Prof. Madya Dr. Idris Zakaria, Dr. Norizan Ramli dan Prof.Madya Dr Aziz Deraman ( sama nama dengan Ketua Pengarah DBP). Indonesia pula menampilkan Drs. Saini KM, Dr. Multiamia RMT Lauder. Brunei diwakili Dr. Hj Abu Bakar Pangiran Haji Saifuddin dan Dr. Ampuan Haji Brahim Haji Tengah. Singapura mendatangkan Prof Madya Dr.Kamsiah Abdullah. Dalam bidang sastera Malaysia mengirimkan Dr. Mohd Anwar Rethwan dan Prof. Dr. Baharuddin Ahmad. Indonesia diwakili Prof. Dr. Suparno dan Taufik Ikram Jamil. Brunei mengenengahkan Dr. Haji Jaludin Haji Chuchu, Dayang aminah Hj Momin dan Awang Hj Mohd Zaini Haji Omar manakala Singapura mendatangkan Dr. Hadijah Rahmat. Dari Negeri Thai dijemput Prof.Madya Rattiya Salleh. Sidang seminar ditakhir dengan forum bahasa dan sastera dengan ahli panelnya Prof. Madya Dr. Sidek Fadzil dari Malaysia, Dr. Hassan Alwi dari Indonesia dan Awang Haji Mohd Zaini Haji Omar dari Negara Brunei Darussalam. Yang dibincangkan menyangkut cekrawala bahasa dan sastera dari daerah nusantara dengan pengkhususan kepada negara ahli panel. Menariknya ialah ada semacam kebersamaan dan kesatuan dalam hasrat dan upaya untuk meningkatkan penggunaan dan kemampuan bahasa dan sastera di daerah Melayu, dilihat dari sisi yang lebih luas. Perkataan Melayu seperti bahasa Melayu dan sastera Melayu bukan lagi diucapkan dengan hati-hati oleh para pembentang kertas kerja dan peserta, tetapi lepas bebas. Seolah-olah sudah terlahir satu pengakuan bahawa bahasa Melayu sememangnya bahasa pertuturan di alam Melayu. Bahasa Indonesia disebut secara berkembar dengan menggunakan garis miring. Daeng, peserta dari Makasar berkali-kali menyebut bahasa Melayu setiap kali kami bertemu dan berbincang santai di luar sidang atau di lobi hotel, tempat persidangan diadakan. Sebenarnya yang menjadi ranjau, jika ia dikatakan ranjau ialah tentang istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Seorang peserta Indonesia menyuarakan pendapatnya yang barangkali dianggap radikal jika diucapkannya dalam sebarang acara rasmi di Jakarta. Kita dipisahkan oleh istilah politik saja, katanya. Saya kagum dengan bahasa Inggeris yang dijadikan istilah menunggal untuk semua penuturnya di dunia. Mereka tak kata bahasa Amerika di Amerika Syarikat. Tidak juga bahasa Australia di Australia. Begitu juga di Kanada. Semuanya berkata bahasa itu bahasa Inggeris. Kami di era reformasi Pak. Kami bisa bicara apa sahaja kerana kami melihat realiti sospol (sosial-politik). Apakah itu ranjau? Ya dan tidak. Dari sisi politik tidak. Kerana ia satu realiti. Tapi dari sisi budaya, ia ranjau. Kerana budaya itu tidak tanpa sempadan. Kalau pun ada ia dibatasi oleh etnogografis, jawabnya. Menurutnya, kependekan MABBIM, Mastera cukup untuk menjelaskan apa yang dia katakan. Katanya, Nama Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau MABBIM dan Majlis Sastera Asia Tenggara atau Mastera secara tidak langsung memperakukan bahawa bahasa Melayu itu sudah begitu identik dengan bangsa-bangsa di keempat-empat negara di Asia Tenggara malah nama Mastera itu sendiri telah menyatukan jiwa dan semangat Melayu di kalangan empat negara. Bahkan dalam ucapan Datuk Rahim dalam majlis perasmian sidang MABBIM dan Sastera 12 Mac mengungkapkan perlunya datu penyelarasan sistem bahasa di kalangan umat negara-negara berbahasa Melayu yang hampir mencecah 300 juta orang. Menurut Datuk Rahim, Dengan adanya sistem bahasa yang relatif seragam bagi satu rantau, walaupun tidak mungkin, malah memang tidak perlu seratus peratus seragam, pelbagai kerjasama dapat dilakukan dan hasilnya pasti mendatangkan manfaat kepada semua pihak. Sebagai contoh yang jelas, dengan adanya penyelarasan sistem ejaan rumi dan peristilahan antara negara-mnegara berbahasa Melayu, komunikasi dalam bidang ilmu dan maklumat menjadi demikian lancarnya sehingga rakyat di setiap negara berbahasa Melayu dapat saling memanfaatkan ilmu yang dikembangkan di negara jirannya. Gagasan perkongsian pintar seumpama inilah yang dapat menjadi asas kukuh bagi pembinaan semula peradaban atau tamadun besar di rantau ini dengan bertunjangkan bahasa Melayu. Ketua Pengarah DBP, Haji Aziz Deraman pula dalam majlis yang sama mengulas tema persidangan kali ini, iaitu Bahasa Melayu Pembina Peradaban Baru. Menurutnya bahasa Melayu dari segi tafsiran dan kosenpnya telah dipersetujui oleh Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu sebagai bahasa yang supranasional yang digunakan dengan meluasnya dalam kehidupan penduduk di Alam Melayu, sejak zaman awal tanpa mengira batas politik. Maknanya, bahasa Indonesia, bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu Brunei serta Singapura itu cuma merupakan variasi bahasa sahaja. Di dalamnya juga sudah terangkum apa jua hasil tulisan, kepustakaan, karya kreatif atau bukan kreatif, dan sebagainya dalam bahasa Melayu. Buah fikir kedua-dua tokoh ini ditunjangi pula oleh pandangan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman ketika merasmikan sidang bahasa dan sastera serantau itu. Katanya, Sudah menjadi bukti bahwa kebangkitan kuasa politik dan ekonomi bangsa Melayu di rantau ini, turut berasaskan kekuatan dan persuratannya. Bahasa Melayu dalam tempoh yang cukup panjang, telah menjadi lingua franka untuk pelbagai keturunan di pusat-pusat tamadun Melayu.ketika itu, bahasa Melayu yang secara relatif seragam itu jugalah yang menjadi wahana oengungkap segala peraturan dan undangundang serta menjadi bahasa pentadbiran dan perhubungan diplomatik antgarabangsa di antara kerajaan Melayu dengan kerajaan asing seperti Belanda dan Inggeris.

Dan bagi Ghani, walaupun tidak dapat dielakkan wujudnya kepelbagaian di alam Melayu yang terutamanya disebabkan oleh pengaruh setempat tetapi asas-asas keseragaman dalam ejaan, istilah, sebutan, kosa kata dan laras bahasanya amat penting bagi aktiviti komunikasi rasmi dalam pengajian, pendidikan dan media massa. Tentunya yang diinginkan Ghani ialah suatu hari nanti keseragaman dalam berbahasa di alam Melayu, tanpa sempadan politik, akan menguasai peradaban bangsa yang dinamakan Melayu. Kalau mampu keseragaman yang bernama bahasa Melayu itu akan sekali lagi menjadi pengikat utama rumpun Melayu, setidak-tidaknya dilihat dari sudut kebudayaan. Ketika Daeng dan Ikram meluahkan semangat dan emosinya tentang bahasa yang mereka namakan Melayu itu, secara tidak langsung dua orang peserta Indonesia itu seperti menggemakan semula buah fikir tiga tokoh ini. Bagaimana nanti di Jakarta dua minggu lagi? Apakah unsur kebersamaan dalam pemikiran terhadap gagasan bahasa Melayu ini akan terus diungkapkan? Johor Bahru, 16 Mac 2001. Be the first to start a conversation

Leave a Reply
Enter your comment here... Fill i

Você também pode gostar