Você está na página 1de 4

Lukispelan.

com
Disediakan oleh Maser

Membina rumah impian

Impian membina rumah sendiri pasti menjadi idaman setiap orang,lebih-lebih lagi yang
sudah mempunyai keluarga.Dengan mempunyai tanah sendiri serta sumber kewangan
yang boleh perolehi untuk membiayai kos pembinaan rumah,mereka boleh membinanya
mengikut konsep dan citarasa tersendiri.Tetapi ada juga sesetengah daripada kita tidak
mengetahui bagaimana langkah yang perlu diambil untuk memiliki rumah diatas tanah
sendiri.Ada juga terkeliru dengan jawapan-jawapan berbeza yang diberikan oleh pihak
tertentu.Bukan itu saja,terdapat pemilik rumah yang belum lagi menerima CF walaupun
rumah sudah diduduki,ini tentulah semasa submission pelan,terdapat masaalah yang
timbul.

Ada juga sesetengah pemilik rumah yang mempunyai masaalah ketika proses pertama
submission pelan serta berbagai-bagai lagi masaalah lain,padahal jika pelan yang di
submit itu lengkap,kelulusan pertama iaitu kelulusan untuk memulakan pembinaan
dilakukan boleh diperolehi dengan satu hari sahaja (mengikut kawasan)

Sebenarnya untuk membina rumah,prosedur yang perlu dilalui bukanlah terlalu


susah,Kita hanya melantik Arkitek untuk menguruskannya,tapi memanglah cas
penyediaan pelan jika difikirkan agak mahal bagi pemilik rumah.Tetapi tanggungjawap
yang dipikul oleh Arkitek juga agak besar,ini kerana untuk memastikan pembinaan rumah
dari mula hingga mendapat CF bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah.Masa yang
diluangkan untuk merekabentuk rumah,masa untuk ‘deal’ dengan pihak berkuasa lebih-
lebih lagi projek mempunyai masaalah juga perlu diambil kira.

Apakah perkara yang anda perlu lakukan untuk memiliki rumah idaman?.Laman
lukispelan.com saya bina khas untuk memberikan panduan kepada anda dengan
memaparkan maklumat yang berkaitan dengan membina rumah/banglo,tambahan
rumah,ubahsuai rumah serta yang berkaitan.anda boleh mencari maklumat yang
dikehendaki mengikut kategory yang saya sediakan.Bukan itu saja lukispelan.com juga
boleh menjadi sumber rujukan kepada semua pelukis pelan samada pelukis pelan Arkitek
atau pelukis pelan Jurutera,para sesiapa yang masih lagi belajar didalam bidang pelukis
pelan serta sesiapa saja yng menceburi bidang senibina dan kejuruteraan awam.
Pelan Arkitek : Pelan Rumah

CADANGAN MEMBINA SEBUAH BANGLO/RUMAH 1 TINGKAT/2 TINGKAT

1-Pelan Perancang bandar (jika perlu)


2-Pelan Arkitek
3-Pelan jurutera

Pelan Arkitek merupakan pelan yang pertama harus disediakan terlebih dahulu untuk
mendirikan rumah.Pelan ini menunjukkan pandangan luaran dan dalaman rumah.Sebuah
pelan rumah (Arkitek) yang lengkap dan bersedia untuk submission adalah mengandungi

A-Pelan H-pelan keratan


tapak 1-1 dan 2-2
B-Pelan lokasi I-schematic diagramme sanitary dan
C-Pelan kunci plumbing
D-pelan lantai bawah J-jadual saiz tingkap,pintu,
E-pelan lantai atas (tingkat satu) K-pelan pagar
F-pelan bumbung L-jadual pengudaraan dan cahaya
G-pelan pandangan M-pelan bangunan sementara
-hadapan dan belakang
-kiri dan kanan

A-Pelan tapak
Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina,ianya juga
menunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut.pelan tapak ini juga perlu
dimasukkan pelan rumah ke dalam lot tanah.pelan tapak ini mesti ditunjukkan tapak
rumah (pelan lantai bawah),sistem sanitary iaitu manhole,piping,septic tank,parit,limit
jarak antara rumah dan lot serta lAin-lain yang diminta oleh pihak majlis.

B-Pelan lokasi
Pelan ini menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut,juga ditunjukkan pelan dari
jalan utama ke lot tanah, nama bangunan seperti sekolah,hospital yang berdekatan juga
perlu ditunjukkan.

C-Pelan kunci
Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot.

D-Pelan lantai bawah (ground floor keyplan)


Pelan tingkat bawah yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik

E-Pelan lantai atas (1st floor keyplan)


Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik

F-Pelan bumbung (roof plan)


Menunjukkan jenis bumbung dan kecerunannya,juga perlu ditunjukkan wire mesh iaitu
paip udara bagi sanitary.

G-Pelan pandangan (elevation)


Ia menunjukkan pandangan rumah dari luar
H-Pelan keratan
Pelan ini menunjukkan pandangan keratan rentas rumah

I-Shematic diagramme,isometric
Menunjukkan saiz dan jenis paip,tangki air,tangki najis,sink,basin,floor trap serta yang
berkaitan dengan piping installation sanitary dan plumbing

J-Jadual pintu dan tingkap


Jadual yang menunjukkan saiz dan jenis pintu dan tingkap

l-Pagar
Pelan ini mengandungi pelan pagar dan perician untuk tempat meter air,tong sampah dan
meter elektrik

K-Jadual pencahayaan dan pengudaraan


Jadual menunjukkan pengiraan ruang cahaya dan udara

L-Pelan bangunan sementara


Pelan yang menunjukkan

-pelan tapak -perician hoarding


-pelan kunci -perician kabin/setor
-pelan tandas sementara

Pelan Jurutera : Rekabentuk banglo

Pelan Jurutera : Rekabentuk banglo


Penyediaan pelan oleh pihak jurutera bagi pembinaan banglo terdiri daripada pelan
r.c,pelan sanitary,pelan plumbing,pelan kerja tanah (jika perlu).semua pelan ini akan
direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek.setiap jenis pelan tersebut akan di
hantar ke jabatan yang berbeza iaitu pelan R.C disertakan pelan arkitek perlu di submit ke
Majlis.Pelan sanitary ke IWK/JPP.pelan plumbing ke PBA/SYABAS.

Pelan R.C
Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur (kerangka) sesuatu bangunan,setiap saiz
besi,saiz tiang,saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontaktor
semasa
dalam pembinaan nanti.pihak jurutera akan melakukan pegawasan terhadap kontraktor
supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan.Pembinaan rumah yang
tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami keretakan dan runtuh.

Pelan Plumbing.
Pelan plumbing merujuk kepada sistem paip bekalan air rumah.ianya menunjukan saiz
paip,saiz water tank serta punca paip sediada yang akan disalurkan ke rumah.pelan ini
akan di submit kepada PBA/SYABAS untuk kelulusan.

Pelan Sanitary
Pelan yang menunjukan sistem pembentungan rumah,terdapat beberapa siri submission
untuk pelan sanitary,bermula dari PDC1 hinggalah PDC8.jika dilihat pelan jenis ini
adalah lebih kurang sama dengan pelan plumbing kerana ianya menunjukkan saiz-saiz
paip yang akan digunakan.Jenis septic tank yang disediakan adalah mengikut jumlah
penghuni dan akan ditentukan oleh jurutera.(Jumlah P.E) .IWK/JPP adalah pihak yang
bertanggungjawab dalam kelulusan pelan jenis ini dengan mengikut prosedur yang
ditetapkan.

Pelan Kerja Tanah (Earthwork)


Pelan ini disediakan jika keadaan tapak perlu di timbun atau di korek (cut ‘n’ fill)

Untuk maklumat penuh sila layari http://lukispelan.com

Maser
http://lukispelan.com
http://lukispelan.com/forum/

Você também pode gostar